Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

05 July, 2016

My Little Rant - One Year Break.

Greeting reader,
Setahun, dua tahun? Entah dah berapa lama saya tutup blog. Bukan merajuk. Okeylah sikit, sikit saja. Hehe…

*tarik nafas. Wah! Lama. Lama betul saya tinggalkan blog dan cerita-cerita dalam blog ni, kan? Macam mana nak mula, saya nak explain tapi tak tahu nak mula dari mana. Okey, kita mula dari beberapa tahun yang lalu sebelum saya tulis pasal Crimson Kiss (sekarang cerita tu dah kena delete, so jangan cari dalam blog)

Sebelum CK, saya sebenarnya dah hilang semangat nak menulis. Bukan setakat writer’s block. Hilang semangat. Langsung tak boleh tengok MS Word pun. Bayangkan! Kenapa? Saya tak konfiden. Saya tak yakin saya boleh siapkan cerita, saya tak yakin dengan penulisan saya dan saya fikir saya tak layak jadi penulis. So saya berhenti. Macam begitu saja.

Saya pernah terfikir nak jadi penulis baru (menulis guna pena nama yang berbeza) and I did. Orang tak tahu siapa saya sebelum ni dan saya rasa suka sangat. So kira-kira sekitar bulan Jun, saya cipta akaun wattpad buat kali ke-dua, dan kali ini ada cerita, ada karya. Dan saya boleh cakap cerita dalam wattpad tu sambutannya memang menggalakkan. Mungkin cara penulisan saya dah berubah dan tak kebudak-budakkan lagi, kot?

Waktu saya mula guna wattpad, saya mula terfikir nak buka blog soulmate lagi. Hari demi hari menulis di wattpad jadilah sekarang, saya buka blog ni. Memang saya buka blog tapi makna disebalik pembukaan semula blog ni lebih dalam bagi saya. Saya buka hati saya untuk terima kegagalan saya yang dulu dan buat saya berubah.

Mungkin saya pandang rendah terhadap bidang penulisan, mungkin saya fikir siapa2 pun boleh menulis asalkan ada idea. Tapi tak, bagi saya menulis perlukan lebih daripada idea. Bagi saya, untuk siapkan satu cerita tu perlukan dedikasi, masa, tenaga, semangat, ilmu penulisan dan seluruh hati kita dan saya masa tu apa-apa pun tiada, masa? Jangan cakap. Ilmu? Lagilah tiada.

So saya berhenti menulis dan berfikir. Lebih kurang macam, bertapa. Tapi bagi saya, masa saya berhenti tu saya gather my though sama ada nak jadi penulis lagi atau tidak. Jawapan saya, ya saya masih mahu jadi penulis. Dan dari situ, saya buat apa yang saya perlu. Baca novel, tengok tv series, tulis sikit-sikit dan sampailah saya jumpa balik diri saya yang tersesat tu.

Kali ini, saya menulis untuk terbitkan buku. Macam kawan-kawan penulis yang lain. Jeles o tengok diorang dah ada dua tiga buku terbit. Saya? Habuk pun tak da..haha. Tahniah by the way pada Hana Norisa sebab berjaya terbitkan novel pertama Versi Cinta Kita. Semoga buku kedua selamat dilahirkan…hehe

Hmm… sorry ya? Panjang lebar penjelasan saya, entah sampai atau tidak mesej yang saya nak sampaikan pada korang semua tapi saya harap korang faham. Yang masih sudi stick dengan saya, ingat saya dan rindu dengan blog saya, saya berterima kasih dan minta maaf juga sebab tinggalkan korang tanpa kata.

Ada sedikit yang saya nak buang dalam blog ni, cerita Crimson Kiss saya dah delete,Made in Heaven, Love so Divine pun saya akan delete. Cerita yang lain macam MWIA, FLK akan stay dalam blog sebab saya rancang nak buat buku. Hehe, hopefully berjaya terbitkan cerita tu. Amin J

Okeylah, sampai sini saja. Kita jumpa dilain hari. Have a nice day, y’lls J




Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.