Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

03 May, 2009

Spell 1: Pengenalan: Witch and Prince

“ Moon,napa kau tak marah bila diorang ambil barang-barang kau?” Soal Lily sambil mencangkung bersama Moon diatas rumput.Masing-masing berumur 9 tahun.
”Sebab diorang kawan Moon.Aku sayang diorang.” Jawabnya bersahaja.
”Kalau diorang pukul kau,kau tak marah?”
”Tapi kan..kenapa kawan perlu pukul kawan?kan..kalau kena pukul,sakit?”
”Jadi Moon marah?”
”Em..entah..tapi kenapa diorang perlu pukul pula?” Soal Moon lagi,seolah-olah Lily tahu segala-galanya.
”Entah..tapi aku tengok Narisa tu selalu bentak-bentak kau..kenapa ah?” Moon berfikir sejenak.Sememangnya Narisa,satu kelas dengannya selalu tengking-tengking Moon sedangkan Moon tidak pernah mencari pasal dengannya.
”Mungkin..aku ada salah kot?” Moon menjawab,seperti merelakan.Tiba-tiba sebiji bola melantun dikepala Moon.Moon terduduk.Sakit dikepalanya ditahan.
”Wei!Kenapa buat Moon macam tu Zero?” Kata Lily geram sambil berdiri.Dia memeng benci dengan sikap Zero yang 2x5 dengan Narisa.Selalu menyakiti Moon.
”Dia sendiri yang tak elak,aku nak buat macam mana lagi.” Jawab Zero selamba,langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.Baru saja Lily hendak menjawab,tangan Moon cepat menyambar bahunya.
”Tak apa Lily..Zero tak sengaja.”
”Aku nampak..dia sengaja.” Tegas Lily.Walaupun dia nampak tapi dia tidak menjangkakan yangbola itu akan terkena kepala Moon sebab Zero agak jauh dari mereka.
”Tak apalah..kaukan tahu sikap Zero macam mana.Jomlah,kita pergi tempat kak Hanna.” Lily mengalah.Mereka pun berdiri dan menuju ke tempat yang disebut,tepi kolam renang.Kelihatan kolam itu dipenuhi kanak-kanak seusia mereka.

Zero hanya memandang pemergian mereka dengan perasaan marah dan geram.Mata Zero langsung tidak beralih dari Moon sehinggalah Moon dan Lily sampai ke tempat Hanna,kakak Moon.
”Makin lama,makin aku nak buli budak bengong ni..tak faham betul kenapa dia takda perasaan langsung..hish!” Zero berbisik geram.
Zero menuju ke arah Moon.Dengan langkah yang cepat dan tindakan yang diluar jangkaan.Badan Moon ditolak kasar ke dalam kolam.
”MOON!!” Serentak itu satu jeritan kedengaran.

* * *

Moon seakan terkejut,matanya segera terbentang luas.Dahinya menitiskan peluh hangat.Sekali agi,dia berperang dengan mimpinya.That stupid dream!
”Arh..i hate him!” Moon bersuara sambil menyeka peluhnya sebelim menitis ke kelopak matanya.Jam di meja dikerling,tepat jam 6.00am.
Pintu biliknya diketuk,setelah diberi arahan untuk masuk,Aunti Munir segera melangkah sambil membawa sebuah meja lipat yang dipenuhi dengan sarapan.Meja itu diletakkan disisi Moon.
”Mimpi buruk lagi?” Soal Aunti Munir
”Macam biasalah..kalau dah bangun tepat-tepat jam 6..gara-gara mimpi tulah.” Jawab Moon sambil memasukkan sepotong sosej didalam mulutnya.
”Nak Aunty panaskan air?” moon mengangguk.Aunty Munir segera menurut.
“Aunty..er..mama,papa?” Soal Moon.Aunty Munir berpaling dan menggeleng.Jawapan yang sama setiap kali Moon menyoal ketiadaan ibubapanya.
“Mereka tak balik sejak dua hari lalu,tapi mereka ada hantar pesan.Aunty tak sempat sampaikan pada Moon sebab Moon sibuk dua hari ni.” Kata Aunty Munir.
“pesanan apa?”
“Tuan suruh Moon pergi ke Sparkling Café…”
”Aunty..stop..” Pintas Moon,dia tiada kekuatan untuk mendengar kata-kata Aunty Munir yang seterusnya.Aunty Munir mengeluh.Dalam diam dia berasa simpayi pada Moon yang seperti anak yatim piatu setelah kehilangan kakaknya 8 tahun lalu.Aunty Munir menyambung langkahnya ke kamar mandi.

Sarapan yang ada di depannya dipandang kosong tapi satu-persatu potongan itu dimasukkan ke dalam mulutnya.Itulah satu-satunya cara Moon untuk menahan air matanya dari keluar melihat bumi.

Sejak kehilangan kakaknya,keluarga yang dulu penuh dengan hilai tawa,kebahgiaan dan kasih sayang kini yang ada hanya kesunyian,hambar dan..kesakitan.Hanya satu yang Moon harapkan..iaitu dapat makan malam bersama ibubapanya..tapi dalam sebulan hanya 2,3 kali sahaja dia boleh bertegur dengan ibubapanya itu pun tiada masa untuk makan malam bersama.Dan itu cukup menyakitkan hatinya.

* * *
Kereta limosin putih milik keluarga Moon berhenti dperkarangan Skyscraper High School,sebuah sekolah elit yang ada di Loganberry,Sabah.
Pemandu Moon yang dipanggil Uncle Adin,suami kepada Aunty Munir itu membukakan pintu bagi Moon,Moon pun keluar.
”Uncle ambik Moon awal sikit hari ni ya..sebab Moon nak pergi ke satu tempat lagi.”Kata Moon,begnya disandang.Uncle Adin tunduk faham lalu masuk semula ke dalam kereta.Kereta itu dipangu keluar dari perkarangan sekolah.

Baru saja Moon hendak melangkah,kedengaran sebuah motorsikal berhenti di belakangnya.Bunyi yang tidak asing lagi baginya,siapa lagi kalau bukan musuh sebelum masihi Moon,Zero Albumin.
Tanpa berlengah lagi Moon melangkah cepat memasuki gate.Zero membuka topi keledarnya.
”Laju nampak..jaga-jaga tiang depan tu..kang bengkok aku juga yang susah.” Zero bersuara bersahaja.Langkah Moon mati dan dia segera berpaling dengan pandangan yang dikenali sebagai pandangan maut.Gelaran itu diberi kerana Moon diiktiraf sebagai Witch atau perempuan sihir.Itu kerana sesiapa saja yang menentang Moon akan mengalami kekalahan yang akan menyebabkan trauma.

Manakala,Zero telah diberi pengiktirafan sebagai Prince,lama dulu.Gelaran itu diberi kerana Zero seorang yang sempurna tidak kira dari segi luaran atau dalaman.Pelajaran,dalam sukan dan dalam apa jua bidang dialah yang sentiasa pertama tambahan pula hanya dia yang berani mencabar dan bertentang dengan Moon.

”Kenapa pula kau susah-susah nak susah?Bukan tiang kau pun.”Selesai saja menjawab Moon berpaling semula.Zero turun daripada motorsikalnya lalu membuntuti Moon.
”Mestilah..kan aku akan jadi Presiden persatuan pelajar nanti.Its my responsiblity.”
”Oh..please Zero..stop dreaming!Bangun dari mimpi bodoh kau tu!” Katanya dengan suara bersahaja kemudian dia menyambung langkahnya.
”Lihat saja nanti siapa yang bodoh.Kalau aku menang..that’s mean you’re an idiot!” Berdesing telinga Moon mendengar ucapan Zero.Namun ucapan itu membuatkan dia tergelak,hakikatnya dia tidak pernah kalah pada sesiapa.
”What so funny?” Soal Zero bingung.Moon menoleh ke belakang.
”Kan aku dah cakap tadi berhenti bermimpi..aku tak pernah kalan dan takakan kalah.Never..you hear me?” Sinis sungguh nada Moon.Zero tergelak dalam hati.Moon..tak pernahkah kau nak mengalah pada aku walau sekali?
”Okey..we’ll see.” Kata Zero sambil melangkah.Moon tersentak.
”Stop!!” Katanya separuh menjerit.Langkah Zero terhenti.Sepantas kilat Moon melarikan diri dari tempat itu,meninggalkan Zero dalam keadaan yang terpinga-pinga.Bulat matanya melihat tingkah Moon.Tadi betul-betul sinis,sekarang...jadi pelik pula?Moon,you are unpredictable.
Walaupun sikap Moon sangat-sangat kejam,panas baran dan egonya melebihi ego yang sepatutnya dimiliki oleh seorang gadis.Namun satu yang pasti,dia mencintai Moon.Entah kenapa dan bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan Witch.Dan satu lagi yang pasti,cinta itu hadir sejak mereka berada di prasekolah lagi.
Tapi,perbalahan diantara keluarganya dan keluarga Moon merumitkan lagi keadaan.Bapa Zero dan Moon sedang merebutkan jawatan Vice-Presiden di bandar Loganberry,manakala ibu mereka pula sedang dalam perebutan jawatan ketua persatuan wanita di bandar Loganberry.Ditambah pula dengan masa silam dua buah keluarga itu yang satu orang pun tidak tahu,kecuali ibubapa mereka sendiri.Entah bila akan berakhir.
”Fuuhhh....” Satu keluhan terbit dibibir Zero.Kemudian dia melangkah memasuki gate sekolah.Masuk saja,kedengaran jeritan dan laungan nama Zero milik suara pelajar perempuan yang sememangnya sentiasa begitu,setiap pagi.Zero langsung tidak dapat melarikan diri daripada itu semua,dia hanya mempu tersenyum.

6 comments:

  1. Permulaan yang baik .... minat anime erk ? Ada gaya anime gak jalan citer

    ReplyDelete
  2. akak patut letakkan HTML yang buat cite akak nie tak ley kne copy oleh org lain....

    ReplyDelete
  3. tetiba ja rasa nak baca soulmate hari ni..rindukn zero dan moon.. :)

    ReplyDelete
  4. to anayue > cerita budak2 ni...haha thanks <3

    ReplyDelete
  5. kalau ni dikira cter budak2... maksudnya... cik anayue ni budak la???

    ReplyDelete
  6. haha...takda la..cik penulis dia yg budak2 masa tu..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.