Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

15 May, 2009

Spell 3: Flashback


Spell 3: Flashback.

Hari ini adalah hari pertama dalam neraka buat aku.Aku akan jadi maid tak bergaji dirumah Zero.Semua ni pasal dia,kalau dia tak cabar aku depan semua orang..benda ni takkan terjadi..tapi,kalau pun dia cabar aku di tempat yang tersembunyi..aku akan tetap terima.Nanti,dia anggap aku penakut pula.
.Bila aku bagi tau Mine tentang perjanjian itu,dia menunjukkan reaksi yang belum pernah dia tunjukkan pada siapa-siapa..bermakna aku orang pertama yang melihat dia sedemikian rupa.Begitu juga dengan Uncle Adin,lagi-lagi dia tau yang aku memang anti-Zero.Dia memang larang aku,tapi aku harus tepati janji.Aku juga menyuruh Uncle untuk menyembunyikan hal ni dari mama,papa..kalau diorang tahu,kemungkinan besar diorang akan tukarkan aku ke sekolah lain.
Aku tak boleh rapat dengan Zero,tapi..kalaupun boleh..fuuhh..gempa bumi pun aku taknak juga.Aku hanya tahu ada sesuatu yang terjadi pada kakak yang berkaitan dengan keluarga mereka.Dan seorang lelaki..aku tak tahu siapa lelaki tu..Ahh!! Biarlah..taknak peduli lagi..yang penting hari-hari ini berlalu dengan cepat.
Tritt! Tritt! Moon dikejutkan dengan bunyi dari handphonenya.Handphonenya disaluk dalam beg sandang.Mesej itu dibuka.

Zero: Masuklah!Tunggu apa lagi?tunggu pintu tu terbuka sendiri?

Witch: Kalau ko hak sangat..bukalah sendiri!

Zero: Masuk sendiri!

Witch: So,takpayah nak paksa2 orang masuk..aku boleh masuk sendiri.

“Keras kepala!” Getus Zero.Moon dipandang melalui kaca bersebelahan dengan pintu.Apa agaknya reaksi Moon bila masuk nanti,ya?
Moon menolak daun pintu.Sebaik saja pintu terbuka luas.Jantungnya seakan tersepit diantara paru-paru.Belum pernah dia melihat rumah sekotor dan sesemak ini.Even,kalau dibandingkan dengan kandang kuda di lading keluarganya,kalah-kalah kandang mereka.
Plastik keropok bersepah,kusyen tunggang-terbalik..macam baru lepas gempa bumi pun ada juga.Kulit kacang..ya ampun..bertaburan di merata tempat.Dalah cermin pun berminyak macam disembah dengan minyak pula.Kenapalah rumah dia boleh jadi begini??

“Wow!ini rumah apa??” Kata Moon seakan menyindir.
“Kau tak payahlah nak sindir-sindir aku,aku bukan suka-suka nak buat terjanjian dan seksa kau,tapi aku betul-betul perlukan orang gaji.” Moon tergelak sinis.
“Bukan suka-suka??Kau tau tak,kau memang dah pun seksa aku hidup-hidup.Kau memang taukan aku tak pernah buat kerja-kerja ni.”
“So,bila lagi kau nak mula..takkan kau dah ada suami baru nak mula belajar?”
“I don’t need..” Suara Moon tiba-tiba bertukar rendah.Zero kehairanan.
”Mana orang gaji kau?Takkan seorang pun takda kot..” Namun hanya sementara.Moon kembali seperti biasa.Galak.Apalah dia ni..macam cuaca,pandai berubah-ubah.
“Diorang cuti seminggu.” Jawab Zero.
“Cuti seminggukah,cuti selama-lamanya?” Sindir Moon lagi.
“Wei!Aku suruh kau masuk bukan nak dengar kata-kata kau ni,tapi kemaskan rumah ni,faham?” Kata Zero pula.Moon menjeling tajam.Sebal.
“Kau ingat aku nak sangat jejakkan kaki kat rumah kau ni..kalau bukan pasal perjanjian tu,aku takkan sesekali mendekati rumah ni apatah lagi menjejakkan kaki!” Balas Moon lagi.Zero mendengus kasar.
“Sudahlah..malas aku nak bercakap dengan kau.Semua tugas kau ada kat meja.Pastikan semuanya siap.” Zero terus beredar.Bosan bertekak dengan Moon.Last-last,dia juga yang kalah.
Moon menuju ke meja seperti yang dimaksudkan.Sekeping kertas terbentang atas meja.Kertas A4 itu dibaca.

* Ruang tamu
* Dapur
* Lantai,cermin
* Tab mandi
* Siram bunga(depan & belakang)
* Tandas
* Cuci pinggan,mangkuk
* Basuh kain
* Jan lupa ambil kain kotor dlm bilik aku
* Bersihkan kolam


“Oh..my God..bersihkan kolam??Sah..tak silap lagi dia memang nak musnahkan hidup aku..errr!!” Moon mendengus geram.Lengan bajunya disinsing ke bahu.Rambut lurusnya disanggul.
“Macam mana nak buat semua ni?Takkan aku nak tanya Aunty Munir pula..It’s embarrassing.” Moon mengomel sendiri.Di satu bilik..Zero tidak habis-habis tergelak
Tiba-tiba,Moon menepuk dahi seakan terlupa sesuatu yang penting.Handphonenya dibawa keluar lalu mencari nombor seseorang.
“Hello..it’s me,Moon.Mr.Tam,I’m sorry aku tak dapat hari ni.How about tomorrow?..oh..okey..Thank you,Mr.Tam.” Kedengaran hampa nada suara Moon.Satu keluhan keluar dibibir Moon.

* * * * * * *

Akhirnya,semua kerja telah pun Moon siapkan.Kini,hanya tinggal kolam saja yang belum disentuh.Benda yang paling ditakutinya.Moon berdiri tidak jauh dari kolam.Disebabkan kolamlah,dia membenci Zero tahap dewa..dan ia kekal sehingga sekarang.Itulah perkara yanh dimimpinya hampir setiap hari.

Episode kebencian itu bermula sewaktu mereka masih berada di darjah 3.Sekolah mereka telah mengadakan perkhemahan di satu tempat.Moon kelas Biru,manakala Zero berada di kelas Hijau.Zero memang meminati Moon tapi terlalu cemburu bila Moon baik terlalu baik kepada semua orang.Moon seorang yang sungguh baik dan sikapnya seperti malaikat.

Walaupun barang-barangnya diambil,dia tak pernah marah..sekalipun duitnya dirampas,dia tidak pernah merungut apatah lagi melaporkan pada guru mereka.Dan bila orang menyoalnya.Jawapannya hanya satu. “Sebab dia kawan aku.”
Sejak itu muncul perasaan untuk mengubah Moon di hati Zero.Walau apapun terjadi,dia ingin Moon berubah.
Sepanjang perkhemahan itu,kakak Moon telah menjadi penjaga Moon.Zero pula berada di bawah jagaan abangnya.Masing-masing berumur 17 tahun.

9 tahun yang lalu…

“Moon,napa Moon tak pernah marah bila diorang ambil barang-barang Moon?” Soal Lily,kawan kepada Moon.Masing-masing berumur 17 tahun.
”Sebab..diorang kawan Moon..Moon sayangkan diorang.” Jawabnya dengan senyuman.
”Kalau diorang pukul Moon,Moon marah tak?”
”Tapikan..kenapa kawan perlu pukul kawan?Kan kalau kena pukul,sakit?”
”Jadi..Moon marah?”
”Emm..entah..tapi kenapa diorang perlu pukul orang?” Soal Moon lagi,seolah-olah lili tahu segala-galanya.
”Entah..tapi aku tengok Zero tu selalu marah-marah,bentak-bentak Moon..kenapa ya?” Moon berfikir sejenak.Dia sendiri juga tidak tahu kenapa Zero suka sangat marah-marah dengannya sedangkan selama ini Moon tidak pernah menyakiti Zero.
”Mungkin aku pernah buat salah dengan dia kot?” Jawab Moon.Merelakan. Tiba-tiba..sebiji bola melantun ke kepala Moon.Moon tertunduk menahan sakit.
”Wei! Kenapa buat Moon begitu Zero?” Marah Lily.Selama ini dia bersabar dengan sikap biadap Zero terhadap Moon sebab itu kemahuan Moon sendiri..Tapi ini sudah melampau.Bagus kalau itu bola yang lembut,tapi ini..bola sepak.Mesti sakit!

“Dia sendiri yang tak elak,aku nak buat macam mana lagi.“ Jawab Zero selamba.Baru saja Lily hendak menjawab,Moon segera memintas.
”Tak apa Lily..Zero tak sengaja”
”Aku nampak Moon,dia sengaja!” Tegas Lily.Walaupun dia nampak perbuat Zero tapi dia tidak menjangkakan yang bola itu akan mengena Moon kerana Zero berada agak jauh dari mereka.
”Tak apalah..kau kan tau sikap Zero macam mana.Jomlah..kita pergi tempat Kak Hanna.” Moon dan Lily bangkit dan segera beredar menuju ke tepi kolam.Tidak mahu masalah itu berpanjangan.Bukan mereka tak tahu sikap Zero yang baran tahap karma.
Zero hanya memandang pemergian Moon dengan hati yang membara.Zero tidak mengalihkan langsung matanya dari Moon sehinggalah Moon dan Lily sampai ke tempat tujuan.Berdekatan dengan Hanna di tepi kolam.

”Makin lama,makin aku nak buli budak budak bengong tu..tak faham betul kenapa dia takda perasaan!” Hati Zero berbisik geram.
Dengan langkah yang cepat dan tindakan yang diluar jangkaan,Zero menolak kasar tubuh Moon ke dalam kolam.Tanpa perasaan dan simpati,Zero hanya memandang Moon yang sedang timbul tenggelam.

”Moon!!!” Serentak itu satu jeritan berkumandang.Tidaak sampai sesaat,seorang lelaki telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Moon.Moon dibawa ke darat dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.Semua orang mengerumuni tempat itu.
”Moon..bangun..bangun Moon!Jangan buat kakak begini..” Terketar-ketar suara Hanna.Air matanya deras mengalir.

”Excuse me miss.” Lelaki itu bersuara.Hana segera memberi ruang untuk lelaki itu.Lagaknya seperti seorang pakar.Dada Moon ditekan berulang,sejurus itu air keluar dari mulut Moon,Moon terbatuk.Segera lelaki itu membangunkan Moon.seraya itu tubuh Moon dipeluk.Ketakutan yang dirasainya masih belum berkurang.

”Moon okey?Jangan takut..kakak ada,ya?” Tubuh Moon dipeluk semula.Moon membatu,hanya nafasnya yang tidak stabil.Lelaki yang menyelamatkan Moon tadi bingkas berdiri.Dengan langkah yang cepat dia menghampiri Zero dan menghayun tangan
.
PANG!! Pipi putih Zero bertukar merah akibat hayunan itu.
”Siapa ajar Zero buat begitu?!Jawab abang!!” Bentaknya.Walaupun begitu,tamparan tadi tidak memberi sebarang reaksi kepada Zero,tetapi sedikit memberi kesan kepada orang sekeliling,Mereka tergamam melihat budak itu ditampar termasuk Hanna.Hanna melangkah menghampiri mereka.Lily pula menggantikan Hanna untuk berada disisi Moon.
”Arr..aku minta maaf kalau aku menganggu..tapi aku rasa tak perlulah angkat tangan pada dia,cukuplah sekadar tinggikan suara pada dia.” Kata Hanna.Zany langsung tidak memandang Hanna yang berad didepannya,matanya terus-menerus menikam tajam ke arah Zero.

”Zero,it’s okey..Zero boleh cakap pada kakak..kakak tak marah,kakak Cuma nak tanya kenapa tolak Moon?” Lama Zero membisu.Zany mencekak pinggang,rasa marah masih bersisa dihatinya.Belum pernah Zero bersikap demikian.Malah,dia sungguh sopan dengan orang tua.

”Sebab Moon tu bodoh,terlalu lemah!!Aku benci sikapnya yang lemah!!” Habis saja ayatnya,dia terus berlari menuju ke bilik penginapan mereka.
”Zero!!” Panggilan Zany tidak dipedulikan,pintu bilik dihempas kuat.
”Thank you for helping me.” Ucap Hanna.Zany berpaling dengan rambut yang basah terjuntai.

”Maafkan adik saya,dia belum pernah berkelakuan begini sebelum ni..i’m sorry.”
”It’s okey..aku rasa kau patut tengok Zero..kang hilang kau pula yang susah.”
”Okey..by the way,I’m Zany.” Zany menghulurkan salam.Salam itu disambut mesra.
”Aku Hanna.”
”Nice to meet you..i’m going.Bye!” Zany berlalu tapi sempat memberikan senyuman yang mampu mencairkan mana-mana hati wanita.Hanna turut tersenyum.Seperti dia merasakan satu tarikan yang kuat antar mereka.Tapi,cepat-cepat fikiran itu dilontar jauh-jauh.Bila difikirkan,tanggungjawab yang sedang dipikulnya sekarang juga sudah cukup menjadikannya robot.Dia belum bersedia untuk membina perasaan itu.

Hanna kembali ke tempat Moon,kelihatan Moon sedang tunduk memandang lantai,dia seakan hilang punca.Pucat tak berdarah.Mungkin dia masih terkejut,fikir Hanna.

* * * * * *
Sejak kejadian itu,Moon berubah seratus peratus dari sikap.Dia berubah menjadi dingin,bersikap acuh tak acuh,kadang-kadang dia boleh menjadi sangat kejam.Dia bukan lagi budak yang boleh dipijak oleh siapa pun,sehinggalah dia kehilangan Lily.Lily berpindah beberapa hari selepas kejadian itu berlaku.
Tapi,keadaan menjadi lebih teruk apabila Hanna tiba-tiba sahaja menghilangkan diri sewaktu dia berumur 11 tahun.Dan itulah yang membelengu Moon sehingga sekarang.

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.