Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

24 May, 2009

Spell 4: Confession

Spell 4: Confession


Kolam itu dipandang lama.Kakinya kaku disitu tidak berganjak.Kenangan yang cuba untuk dilupakan kini menerpa semula di minda Moon,kenangan yang meragut keberaniannya.

“Wei..apasal tercegat lagi?” Moon tersentak.Secara spontannya Moon terus menjauhkan diri dari kolam itu,jauh juga dari Zero.Zero kehairanan.

“Kenapa Moon?” Soal Zero.Moon menggeleng beberapa kali.Lututnya terketar-ketar.Mulutnya yang tadi merah bertukar kelabu.Zero yang sedar akan perubahan wajah Moon ingin menghampirinya.

“Stop!Berhenti di situ!” Kata Moon seakan terkejut.Langkah Zero serta merta mati.

”Moon kau pucat..ada apa?” Soal Zero.

”Bukan urusan kau!” Jawab Moon kasar pula.

”Jawablah betul-betul..kau sakit?” Soal Zero lagi sambil melangkah,mengendahkan amaran Moon tadi.

”Stop!Kan aku dah cakap berhenti..jangan dekat dengan aku!” Marah Moon.Langkah Zero mati buat kali kedua.

”Kenapa Moon?Kenapa kau tak bagi aku dekat dengan kau?”

”Aku tak sukalah..kau tak perlu tau kenapa.”

”Takkan..” Zero berfikir sambil memandang ke arah kolam yang sudah lama ditenung oleh Moon.Peristiwa 10 tahu yang lalu menerpa semula di ingatan Zero.Takkan kejadian itu masih membekas di hati Moon?Pandangan Zero beralih pula pada Moon.

”Kau takut aku tolak kau lagi?Oh..come on Moon..it’s been 10 years.Can’t you just forget about that?” Moon mengedutkan dahi tanda protes.Zero memang keterlaluan!
“Forget??Forget??!Kau tau tak aku yang hampir mati kat dalam kolam tu..kau sedar tak apa yang kau lakukan itu membuatkan aku hilang segala-galanya..termasuk kawan-kawan aku!” Moon meluah kan rasa sakit yang terpendam selama 10 tahun,hampir berkarat hati Moon menahan rasa sakit itu.

”Moon,kau yang tak sedar apa dan siapa yang ada di sekeliling kau..kau patut diubah.”

“Diubah??Siapa kau..kau untuk ubah siapa aku?Aku tak pernah sakiti kau Zero..apa yang membuatkan kau menolak aku?”

“Sebab kau terlalu baik!”

“Salahkah aku baik dengan semua orang?”

”Memang tak salah..tapi aku tak suka,”

”Kenapa pula kau tak suka?” Zero terdiam.Soalan akhir Moon membuatkan lidahnya kelu.
”Sebab...aku..aku meluat dengan sikap kau tu..anyway,aku rasa kau perlu ucap thank you pada aku,”

”Untuk apa?” Soal Moon pelik.

”Sebab kalau bukan aku,kau takkan sedar siapa kawan dan siapa lawan.Just like Lily..bila kau berubah dia tinggalkan kau.Dia tak terima baik buruk kau,Moon,”

”Because of me?Why?”

”Aku tak perlu bagi tau kau,” Jawab Moon sambil melangkah ingin keluar dari banglo itu.

”Wei..kau nak pergi mana?Kerja kau belum siap lagilah,” Halang Zero.Langkah Moon terhenti lalu berpaling semula.

”Kolam tu..aku tak boleh bersihkan..aku tak dapat.So,i’m going home now,”

”Tak boleh!Kau mesti bersihkan kolam tu,” Desak Zero lagi masih enggan melepaskan Moon pergi.

”Please Zero..i can’t,” Pinta Moon.

“Of course you can..aku takkan tolak kau lagi.Percayalah,” Pujuk Zero lagi.Masih belum mengalah lagi.Macam mana aku nak percaya pada orang yang pernah tolak aku dalam kolam?

“Please..mama papa akan balik dalam masa terdekat ni..aku tak nak diorang fikir aku tak boleh berdikari,” Sambung Zero lagi.

“Apa kena-mengena kolam dengan persepsi diorang?” Soal Moon pula.Zero mengeluh lembut.Takda gunanya bercakap dengan perempuan sihir.

”Okey..aku tak nak paksa kau lagi..pergilah!” Zero mengalah.Zero akui yang dia memang tidak boleh mengubah pendirian Moon.Moon terlalu keras.

Moon mengedutkan dahi.Kejam sangatkah aku pada Zero?Tapi takkan aku nak pertaruhkan nyawa aku demi ibubapa dia pula..think Moon..think!

”Okeylah..aku tolong kau..tapi jauh sikit..aku taknak pisang berbuah dua kali,” Moon mengambil keputusan untuk setuju.Nanti aku dikira perempuan paling kejam di bumi lagi..walaupun title tu sudah ada..

Kayu jaring yang seakan kayu untuk menangkap rama-rama itu dipungut dari lantai.Perlahan-lahan dia mendekati kolam itu.Glup!Relax Moon..

Zero tersentak.Langkah Moon yang terketar-ketar itu dipandang lalu dia tersenyum sendiri.Sudah takut separuh mati pun masih nak buat juga.Zero mendekati Moon lalu mengambil kayu jaring itu dari tangan Moon.

”It’s okey Moon...thank you..kau boleh balik.Aku boleh uruskan sendiri,” Moon melepaskan pegangannya pada jaring itu sambil berundur beberapa tapak kebelakang.

”Betul??Okey..aku balik dulu!” Tanpa sempat Zero berkata apa-apa,Moon sudah berlari meninggalkannya.Zero tergelak kecil.

”Ohh..Moon..you drive me crazy!” Katanya.Giliran Zero pula meninggalkan tempat itu.

“Macam mana jadi orang gaji dirumah musuh ketat?” Soal Mine sebaik saja mereka melabuhkan punggung di satu meja dimana hanya Moon yang boleh menduduki tempat itu.Bukan Moon yang mahu sebenarnya tapi pelajar semua yang menyisihkan tempat itu.

“Takpayahlah nak perli-perli aku dan aku bukan maid dia..aku Cuma nak tunaikan perjanjian itu.”

“Okeylah..apa saja yang kau buat dalam rumah agam dia tu?” Soal Mine lagi penuh minat.

“Takda benda yang menarik..yang ada hanya penyeksaan.Dahlah bertimbun kerja dia bagi,dia suruh aku bersihkan kolam lagi.The most terifing in my world!”

“Tapi aku tak buat..I mean,aku nak buat tapi dia halang aku.Aku tak buatlah.”

“Kenapa dia halang?” Soal Mine lagi,dalam nada mendesak.

”Saja..” Ringkas saja jawapan Moon.

”Alah..bagi taulah..aku nak tau sangat apa-apa yang kau buat kat sana.Bolehlah..ya??” Kata Mine pula seakan merayu pada raja.

”Vice-President!” Belum sempat Moon menjawab,mereka telah dikejutkan dengan suara yang memanggil Moon dengan jawatannya.Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut.Kelihatan Nadal Safary,Setiausaha Kelab Persatuan Pelajar.

”Kenapa?” Soal Moon.

”Lepas rehat ni kita ada mesyuarat di bilik persatuan pelaja,”

”Mesyuarat?Apasal tiba-tiba saja?” Tanya Moon pula.

“Aku sendiri tak tahu..tapi lepas ni kita akan tahu.Okey..i have to go.See ya!” Jawab Nadal lalu beredar.Lagaknya kelihatan tergesa-gesa.Cara jalan pun dah tahu dah..

“His gorgeous..” Kata Mine sambil memandang langkah Nadal sehinggalah dia lenyap disebalik selekoh itu.

“Entahlah..bagi aku dia tu biasa-biasa aja.”

“Yalah..bagi kau tu semua manusia di mata kau biasa-biasa aja..tapi pernahkah kau melihat seseorang yang bagi kau dialah segala-galanya dan dialah yang paling penting dalam hidup kau?”

“Tak pernah..sebab,aku tak percaya yang seseorang akan menjadi orang yang penting dan segala-galanya bagi aku”

“Love is learn,Moon..cinta itu dimana kita belajar untuk mencintai dan memandang seseorang dengan cinta.”

“Wow!Aku tersentuh Mine..but it’s okey..you always good on it.” Balas Moon pula,seakan menganggap kata-kata Mine hanyalah perkara remeh yang tak akan berlaku pada dirinya.

“I’m not joking,Moon..tapi aku tau kau akn faham apa yang aku cakap suatu hari nanti.,”

“Mine,are you in love?” Soal Moon.Serta merta muka Mine berubah merah bak ketam dididih.Moon tergelak.

“You’re in love,don’t you?Tell me..who’s the guy,” Giliran Moon pula tertanya-tanya.

Baru saja Mine ingin menyangkal,bunyi lonceng menandakan rehat sudah tamat berbunyi.

“Ahh..aku perlu pergi..tapi kau AKAN bagitau aku siapa orang tu.” Kata Moon sambil berdiri.Sengaja dia menekankan ayat akan.Nada suaranya seakan mengugut.Moon sudah melangkah tanpa sempat Mine menjawab.

“Macam mana Moon boleh tahu?Dia boleh baca fikiran orangkah?”

* * * * * *

“Moon!” panggil Zero sebaik saja mereka keluar dari Bilik Persatuan Pelajar.Moon mengeluh.Aku tak nak berdepan dengan dia!

“Apa lagi??” Soal Moon maran sambil menoleh kebelakang.

”Lagi??Setahu aku hari ni..ini kali pertama aku panggil kau..kau selalu dengarkah aku panggil nama kau?” Soal Zero berselorah.Sengaka menaikkan darah Moon.Suka sangat dia melihat Moon marah.

”Gila!Apa..cakaplah!” Gesa Moon.

”Okey..jangan lupa.Jam 2,”

”Hey!Kat sekolah..kau dan aku takda kena-mengena,so jangan nak arah-arah aku.Aku tahulah nak buat kerja aku sendiri!” Moon benar-benar kelihatan marah.Takda angin,takda ribut..tiba-tiba ja menyinga.Perempuan sihir samgatlah dia ni.Zero yang seakan terkejut itu tidak dapat bersuara.Tergamam.Melihat keadaan Zero yang diam membisu.Moon pun menyambung langkahnya.

”Kenapa kau benci sangat dengan aku,Moon?” Soal Zero,ada terselit kekecewaan dalam nada suaranya.Langkah Moon mati namun tidak pula dia berpaling.

”Aku tak benci kau,aku cuma...” Ayat Moon berhenti disitu.

”Cuma apa?” Zero diserang ingin tahu.

“Aku cuma…tak suka,” Sambung Moon lantas meninggalkan Zero dengan pertanyaan.

”Tak suka?” Fikir Zero sendiri.Apa bezanya benci dan tak suka?


1 comment:

  1. best lak bce cter ni... menarik!!..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.