Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

26 May, 2009

Spell 5: The Mask


Spell 5: The Mask

“Who’s The Mask anyway?” Soal Lady Yuna sambil meletak kasar surat khabar yang dibacanya tadi.Laporan di dalam kahbar itu membuatkan tidak puas hati.

The Mask,penaraju Infinity Enterprise semakin berjaya.

“Easy Yuna..Zero pilih dia sebab dia percayakan The Mask,so kita pun harus percaya pada Zero.” Jawab Tuan Albumin bersahaja.Teh dicawan antik itu dihirup perlahan.

“Al?Al tak takutkah suatu hari nanti The Mask tu akan rampas syarikat kita?Dia pun ada share kat syarikat tu tau?”

”Then Zero will be punish,” Jawab Tuan Albumin lagi sambil menuju ke meja kerjannya.

”Zero will be punish?Isn’t The Mask should be punish?” Soal Lady Yuna seakan terkejut.

“Kalau The Mask rampas syarikat tu,ini bermakan Zero yang menanggung masalah tu sebab dia percayakan orang luar.Tapi..Zero bukan orang sembarangan.He’s a genius,dia tidak mudah percaya pada siapa-siapa.So,kalau dia dah letakkan tanggungjawabnya pada The Mask ni bermakna orang itu boleh dipercayai sepenuhnya,”

‘Tapi…”

“My Lady..don’t worry.Percaya dengannya,” Pintas Tuan Albumin.Lady Yuna mengangguk perlahan.Tapi dalam hati dia masih ragu-ragu.Sukar baginya untuk percaya pada orang yang tidak pernah tunjukkan muka pada khalayak ramai.

Tidak lama dulu,dia pernah bertentang mata dengan The Mask pada hari perasmian,tapi mata itu seakan menunjukkan kesedihan dan keperitan yang terpendam.Lady Yuna ingin menegurnya tapi sekelip mata,The Mask hilang dalam kesesakan orang ramai.

Pandangan mata Tuan Albumin beralih pada sebuah frame gambar di mana itu adalah gambar mereka sekeluarga.Lady Yuna sedang duduk disebuah kerusi manakala Tuan Albumin berdiri di belakangnya bersama dua orang budak lelaki,dikiri dan kanannya.

Gambar budak lelaki yang ada disebelah kanannya diusap lembut.Kalau saja kau masih ada,Zero takkan terseksa begini sampai sekarang.

*******

Ring!Ring!

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Moon.Nama Zero tertera di screen telefon bimbitnya.Apalah makhluk asing ni nak lagi…

“Hello!” Jawab Moon keras.Zero yang memang tahu bahawa Moon akan menyinga dia sedia menjarakkan telefon bimbit dari telinganya.

“Jangan lupa beli bahan untuk malam ni,ya?” Pesan Zero.Apa kena pula dengan mamat ni..lupa ingatan apa??

“Ya!kau kan dah bagitau aku sebelum kau keluar rumah?”

“Oh..yakah?Okeylah kalau macam tu..thanks and be careful,” Klik!Talian dimatikan tanpa sempat Moon menjawab.Apalah makhluk asing ni…

Moon pun menyambung perjalannya menuju ke OneBorneo,shoping kompleks terbesar di Logenberry.Setelah selesai membeli-belah Moon menuju pula kesatu café untuk menghilangkan kekeringan yang mencengkam tekaknya.Cafe iru diberi nama Sparkling Café,di mana dia dan kakaknya sering berkunjung sebelum menghilang.

Tiba-tiba Moon ternampak Mine di café tersebut sedang bertelefon dan wajahnya bertukat cemas tiba-tiba.Baru saja Moon hendak melangkah masuk,Mine sudah bergegas keluar sehinggakan terlupa bukunya yang ada diatas meja.

Moon masuk ke café itu dan memungut buku coklet yang seakan dairy.Buku itu dimasukkan ke dalam begnya.Selesai saja membasahkan tekak Moon mengambil keputusan untuk balik ke banglo Zero sebelum matahari terbenam.

Selesai saja mengemas dapur dan memasukkan bahan-bahan yang sepatutnya dalam peti sejuk Moon pun beredar.Tapi sebelum beredar dia sempat memberikan nota buat Zero dan melekatkannya dipeti sejuk.

Petang yang indah itu memyebabkan Moon teringin untuk berjalan kaki balik kerumahnya sendiri.Moon hanya menumpang teksi memandangkan uncle Adin berada bersama ibunya menghadiri kempen.Turun saja diperhentian,Moon memulakan perjalannya.Tetapi suasan itu tidaklah seindah pemandangan matahari terbenam,kerana dalam perjalan itu dia terserempak dengan samseng jalanan yang sememangnya menganggu ketenteraman awam.Namun,bukan dia yang menjadi mangsa petang itu tapi seorang gadis yang putih,dalam gaun putih.Cantik bak bunga lily putih.

Aku tak salahkan samseng-samseng itu sebab pemakaian gadis itu terlalu menonjol bagi samseng-samseng tersebut.Tapi,yang aku tak suka ni..kenapa depan rumah aku pula?

“Stop it!”Jangan kacau saya!” Marah gadis itu sambil menapis segala tangan yang ingin menyentuh pipinya.

“Alah..kau jalan kat sini pun sebab nak minta perhatian kami,kan?so,janganlah pura-pura menolak pula,” Kata Donny,ketua samseng jalanan.Kata-katanya disambut dengan tawa yang nyaring dari kawan-kawannya.

“Yalah..lagipun,kecantikan kau ni untuk kami-kami.Body kau mantap!” Jawab salah seorang dari mereka.

PANG! Satu tamparan hinggap di pipi lelaki tersebut.Lelaki-lelaki itu terkesimah.

“Berani kau tampar aku,huh??!”Marah lelaki itu seakan lembu jantan mukanya.Lelaki itu mengengam bahu gadis itu dan menghayun tangan.

“Hei!” Jerit Moon dari belakang.Hayunan tangan lelaki itu terhenti.Mereka semua menoleh ke belakang,kelihatan Moon berjalan menghampiri mereka semua.

”Kau ni siapa pula?” Soal Donny.

”Nobody,” Jawab Moon selamba.Dengan tenangnya dia melintasi samseng-samseng itu untuk mendekati gadis putih itu.

”Hei perempuan!Kau taktaukah kami ni siapa?” Soal Donny lagi.

”Taktau pula..tapi aku rasa aku pernah dengar somewhere.”

”Kalau gitu kau akan kenal kami dengan lebih dekat lagi,” Serta-merta samseng-samseng itu mengelilingi Moon.Gadis putih itu memaut baju Moon dari belakang.Takut.

”Aku bagi korang amaran,sebelum keluarga kamu terpaksa bayar bil hospital,lebih baik korang pergi dari sini.” Suara Moon sudah mulai serius.Ketawa samseng-samseng itu serta merta bergema mengisi ruang kesepian kawasan itu.Donny mendekati Moon.

”Apa kau boleh buat,huh?Kau cuma perempuan tau..lebih baik kau berseronok dengan kami..perempuan jalang..” Bisik Donny di telinga Moon.

”What did you just say??!” Soal Moon dalam nada keras.Serta merta awan gelap berarak ke atas mereka,menutupi cahaya oren matahari senja.Pandangan matanya sudah berubah,aura kematian dirasai di setiap sudut.Kata-kata Donny cukup membangkitkan kemarahan Moon.

Dengan tindakan yang tidak dijangka,Moon melompat sambil menyepak kepala Donny.Donny terpelanting dan badannya terhempap ke tembok rumah banglo Moon.Kawan-kawan Donny tergamam dengan mulut ternganga.

Tapi oleh kerana samseng-samseng itu merasa maruah mereka tercalar,mereka terus menyerang Moon.Tidak lagi mengambil kira musuh mereka lelaki ataupun perempuan.Nasib baik Moon telah menguasai segala ilmu taekwando,ju-jitsu dan karate dulu.Dengan senang Moon menumpaskan mereka.

Samseng-samseng itu terbaring diatas jalan sambil menahan dan mengerang kesakitan.Setelah itu,awan gelap yang menyelubungi langit oren beransur hilang,ini bermakna kemarahan Moon pun turut reda.Moon mendekati Donny dan duduk mencangkung dihadapan Donny.

“Dengar sini,kalau aku nampak muka korang di depan rumah aku lagi..aku takkan teragak-agak untuk menghabiskan kamu,faham?” Soal Moon.Gadis putih yang sedari tadi tidak habis-habis diberi kejutan turut merasa takut.Takut kepada Moon apatah lagi setelah dia melihat apa yang Moon boleh lakukan.Donny dan kawan-kawannya mengangguk faham lalu bangkit dan segera beredar.

Moon pun bangkit sambil melihat bayang samseng itu menghilang.Satu keluhan berat lahir dibibir Moon.

“I did it again!” Kata Moon.Dia sudah berjanji tidak ingin melakukan itu tapi dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya tadi.Moon berpaling melihat keadaan gadis putih itu namun alangkah terkejutnya dia apabila gadis itu sudah lenyap.Seluruh kawasan itu dikerling tapi bayangnya juga tidak kelihatan.

“Misterious girl,” Hanya itu yang mampu Moon jelaskan tentang gadis tersebut.Moon pun masuk ke dalam banglonya.Terasa perutnya kosong setelah melakukan aksi-aksi yang sudah tidak lama dilakukan.

******

P/S: aku tak dapat jadi maid kau esok.I need to meet someone.

-Moon-

“Siapa pula ‘someone’ Moon ni?” Soal Zero setelah mendapat pesanan Moon.Wajahnya berkerut.Dia ingin tahu siapa yang Moon bakal jumpa.Mungkin aku tak patut tahu siapa someone Moon tapi aku dapat rasakan sesuatu yang buruk.

Dengan langkah yang cepat,Zero mendaki tangga dan menuju ke biliknya.Handphone yang ada di atas meja dicapai lalu mendail nombor seseorang.

“Hello,Master?” Suara garau seseorang kedengaran di corong telefon.

”Can you help me..again?”

“Yes Master.What can I do for you?”



“Hantar Moon kat café,ya?” Kata Moon sambil menutup pintu kereta.Uncle Adin mengangguk faham.

“Moon?” Panggil Uncle Adin pula.

“Emm..”

“Moon ada bercakap dengan Puan Saphiera?”

”Nope!” Jawab Moon pantas.Uncle Adin tidak lagi bertanya.Faham akan nada jawapan Moon.

Setelah sampai di tempat tujuan,Moon pun turun dari kereta.Kemudian masuk kedalam Sparkling Cafe.

Disatu sudut yang lain...

”Master,orang yang Moon jumpa itu adalah seorang lelaki.But nothing to be worry about.He’s to old to Moon,”

“Okey..but keep tracking her,”

“Understood!” Klik!Talian dimatikan.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.40pm,ini bermakana sudah 2 jam 20 minit lelaki itu menunggu perbualan Moon dan lelaki separuh abad itu habis.Tidak lama selepas itu,Moon dan lelaki itu berdiri dan saling bersalaman.Mereka pun beriringan keluar dan bersama-sama masuk ke perut kereta.

“Terima kasih.Moon akan jaga rantai ni baik-baik,” Kata Moon sambil menggenggam kemas rantai cristal berwarna biru itu.

“Itu adalah pemberian Hanna Ishara dan uncle tau dia ingin Moon menyimpannya,” Jawab Mr. Tam sambil menghidupkan engin kereta dan keluar dari pekarangan Sparkling Café.

“Sudah 7 tahun rantai ini ada pada uncle,kenapa perlu tunggu hari ini baru beri pada Moon?”

“Sebab itu kemahuan Hanna,”

“Sudah 8 tahun berlalu,dan selama itu juga dia menghilangkan diri.Semua usaha papa mencari kakak hanyalah sia-sia.Kenapa dia terus menghilang?”

“Jangan cakap begitu Moon.Kita tak boleh hilang harapan.Mungkin diluar sana,dia masih menunggu kita,”

“Kenapa dia perlu menunggu sedangkan kita menantinya?Kalau betul dai ada di luar sana,dia seharusnya pulang.” Suara Moon sudah mulai sebak.Setiap kali memikirkan kakaknya,setiap kali itu juga hati Moon menjadi lemah.

“Kita mesti percaya.Kalau kita percaya pada sesuatu sudah pasti ia akan pulang pada kita,Moon.”

”Aku percaya..tapi pernahkan dia percaya seperti mana kita percaya?” Kata Moon.Sedaya-upaya air matanya ditahan.Rantai itu ditenung lagi.Kalau saja rantai itu boleh menunjukkan keberadaan kakaknya,sudah pasti Moon dapat berjumpa dengan kakaknya.Tapi,itu takkan berlaku didunai realiti.

”Moon,pegang!!” Jerit Mr.Tam sambil menekan brek dengan mengejut,membuatkan Moon terdorong kedepan dengan kasar.Sebuah Van hitam tiba-tiba muncul di hadapan kereta mereka.Pada masa yang sama,lelaki yang ditugaskan untuk mengekori Moon segera menghubungi Zero untuk melaporkan kejadian itu.

Moon dan Mr. Tam sama-sama keluar dari kereta.Belum sempat Mr. Tam bersuara kedua-dua mereka ditembak dengan jarum penidur melalui jendela kereta yang terbuka separuh.Moon dan Mr.Tam serentak rebah ke tanah.

*******************************************************************

P/S : Kalau ada yang tak masuk akal,please komen.Biar sa tau mana salah dan mana yang kurang,okey?Enjoy!

2 comments:

  1. Hello2..haha..
    O-key,,sy teringin nk bca balik MWIA so...here I am...haha..

    ReplyDelete
  2. malu la izzy bc balik ceta ni, sbb bahasa pn masi tunggang langgang lagi..hehe tapi ada lag slang sabahan...hehe...sabar ya izzy, tahan2 ketawa masa baca tu..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.