Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 May, 2009

Spell 6: My Saviour


Spell 6: My Saviour

“Apa??Okey..ekori diorang dan bagitau aku mana Moon dibawa,” Suara Zero benar-benar kedengaran cemas.Belum pernah dia secemas itu.Telefon di letakkan.Zero mula mundar-mandir seperti orang kehilangan anak.Di depannya pula,duduk seseorang lelaki bertopeng..The Mask.

“Apa aku nak buat ni?” Kata Zero lagi.

”Pergilah selamatkan dia..takkan kau nak mundar-mandir kat pejabat ni?” The Mask bersuara.Tenang saja tutur bicaranya.Tiba-tiba Zero berhenti dan memandang tepat ke arah The Mask.

”Mask,can i borrow your mask and white coat?”

*****

Perlahan-lahan mata Moon terbuka,pandangan masih kabur,tubuhnya terasa kebas.Mungkin kesan sampingan pada jarum penidur itu.Tengkuknya terasa pedih namun pergerakannya terbatas.Tangan dan kakinya terikat kebelakang.Mr. Tam masih tidak sedarkan diri.

Mata Moon melilau ke sekeliling tempat.Kawasan itu seperti sebuah gudang dan banyak tong-tong besar yang sudah berkarat di sekeliling itu.

“Hoho!Masih tidak sedarkan diri lagi orang tua ni,” Tiba-tiba Moon didatangi sekumpulan lelaki seramai 7 orang.Wajah lelaki-lelaki itu diamati.Moon seakan pernah melihat wajah-wajah itu dan dia teringat kembali peristiwa kemarin di mana dia menyelamatkan seorang gadis.Lelaki-lelaki inilah yang aku belasah kemarin.

“Perempuan ini pula siapa?Kenap korang bawa di sekali?” Soal lelaki itu pula.Dalam fikiran Moon,lelaki itu semestinya ketua mereka kalau tidak Donny dan kawannya takkan tunduk begitu.

”Bos..perempuan inilah yang belasah kitorang,” Dengan rasa malu yang menebal dia lancarkan juga ayat-ayat itu.Lelaki yang dipanggil bos itu berpaling sambil mencekak pinggang.

”Apa?Kau nak bagi tau aku yang perempuan ni yang kalahkan kamu??” Tinggi nada suaranya. PAP!! Kepala Donny dipukul kasar.

”Maaf bos!” Pintanya sambil tertunduk.

”Maaf..maaf..anak buah tak guna!” Katanya lagi.Dia berpaling semula ke arah Moon.

”Macam mana kau boleh kalahkan diorang?”

”Aku tak kalahkan diorang...diorang yang kalah pada diri diorang sendiri,” Jawab Moon lemah.Walaupun tubunya terasa lemah dan kebas sedaya-upaya dia menjawab pertanyaan itu.

”Oh..kau nak berlagak pula dengan aku?” Bos itu menghampiri Moon dengan muka bengisnya.Pipi Moon ingin disentuh.

”Jangan sentuh dia!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara dari belakang.Semua serentak menoleh ke arah suara itu.Kelihatan seorang lelaki bertopeng dan berpakaian coat panjang berwarna putih.

”The Mask?kenapa dia boleh berada di sini?” Bisik Moon.

”Apa tercegat lagi,musnahkan dia!” Arah bos itu.Serta merta mereka menyerbu ke arah lelaki bertopeng dan cuba untuk menumpaskannya.

Namun tidak disangka pergerakkannya sungguh pantas sehinggakan Moon sendiri tidak sedar,keenam-enam lelaki itu sudah rebah ke tanah.Dalam masa sesaat,lelaki-lelaki itu tumbang.

Bos itu seakan tidak percaya.Mulutnya ternganga.Tetapi sebaik saja dia tersedar bahawa nyawanya menjadi taruhan selepas itu,cepat-cepat dia mengangkat Moon dan menghunus sebilah pisau kecil ke leher Moon.Langkah lelaki bertopeng itu terhenti.

Moon memandang lelaki bertopeng yang ada dihadapannya.Mata hitam miliknya ditenung dalam.

”Jangan dekat..kalau tidak aku akan kerat leher perempuan ni,” Ugut bos itu pula.

”Easy..aku akan lepaskan kau tapi kau perlu lepaska dia.Aku tak akan halang kau,”

”Macam mana aku boleh percaya dengan kata-kata kau?”

”Sebab nyawa gadis itu lebih bermakna daripada menewaskan kau,” Bos itu berfikir sejenak.Dengan segera Moon dia menolak badan lemah Moon dan melarikan diri.Lelaki bertopeng itu cepat-cepat mendapatkan Moon sebelum rebah ke tanah.

Pandangan Moon yag kabur itu menyebabkan dia seakan melihat Zero disebalik topeng silver itu.

”Zero..” Bisik Moon lalu pengsan semula.Lelaki bertopeng itu tersentak.Macam mana Moon boleh tahu ini aku?Seangkan aku memakai topeng?

Sejuru itu,bunyi kenderaan polis kedengaran.Bos itu tidak sempat melarikan diri dengan lebih jauh lagi kerana dia telah dikepung.Polis-polis itu membawa Donny dan kawan-kawannya masuk ke dalam tahanan kereta.

******

”Amni ada tengok berita semalam tak?” Soal Surizan penuh minat.Amni mengangguk-angguk.

”Ada..ada..aku tak sangka The Mask tu bukan saja penaraju IE,tapi juga seprang hero..betul tak?” Jawab Amni excited.

”Tapikan apa yang aku pelik tu,kenapa dia taknak orang tau tentang orang yang dia selamatkan?” Soal Jiji pula.Amni dan Surizan menunjukkan wajah ingin tahu.The Mask memang tidak ingin memberitahu identiti orang yang dia selamatkan kerana orang itu adalah Moon,dan kalau itu diumumkan Moon yang akan mendapat susah.

Amni,Surizan dan Jiji berjalan beriringan sambil bercerita dengan lebih lanjut lagi.Bukan mereka saja yang bercerita tentang The Mask tapi seluruh sekolah juga memperkatakan The Mask.

Moon yang berdiri tidak jau dari situ telah mendengar setiap butir kata yang dituturkan mereka.Aku juga tertanya-tanya siapa The Mask?Kenapa dia selamatkan aku?

”Hei!” Bahu Mine ditepuk dari belakang.Mine segera tersentak lalu menoleh kebelakang.

”Moon!Terkejut aku.” Katanya.Moon tersenyum sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Mine.

”Kenapa ni?Dari tadi aku panggil pun kau tak menyahut,apasal?”

”Takda...buku aku hilang,” Jawab Mine ringkas.Mungkin buku yang Mine maksudkan itu buku coklat yang ketinggalan kat cafe hari tu?

”Dah cuba cari?”

”Dah..tapi takda..”

”Penting sangatkah buku tu?”
”Lebih dari segalanya..” Nasib baik aku yang jumpa buku tu kalau orang lain aku tak tau lah buku itu di buang kat mana.

”Carilah lagi..cari lagi dekat tempat yang kau pernah pergi,mana tau ada yang kembalikan balik.Jangan putus asa macam ni,aku tak suka tengok.” Kata Moon sambil menepuk bahu Mine.Moon bangkit.

”Kau nak pergi mana?”
”Nak masuk kelas..kau taknak masukkah?”Mine berdiri lantas berjalan bersama Moon menuju ke kelas mereka.

Sudah 4 hari aku menjadi maid tak bergaji di rumah Zero,bermakan ada 3 hari lagi.No!Sepatutnya 4 hari..katanya untuk menggantikan hari yang aku tak jadi maid dirumahnya..can you imagien that?Dia akan membunuh aku!

”Hei!” Moon yang sudah tidak tahan ditenung begitu segera mengejutkan Zero.Zero tersentak dan segera melarikan pandangannya pad buku diyangannya.Malunya aku...

”Apasal kau tengok aku begitu?Maca nak makan aku pun ada juga,” Kata Moon seakan menyindir lalu menyambung semula kerjanya.

”Aku bukan pandang kaulah..aku pandang cermin tu.Berhabuk!” Zero memberi alasan yang tidak munasabah.Sedangkan cermin itu bukan berada di sebelah Moon,tapi hanya berada didepannya.

”Laplah kalau tak puas hati!” Balas Moon pula.Orang dah berusaha jadi maid yang berguna.dia taknak hargai kerja aku pula.Memang tak patut Zero ni. Zero berdiri lalu mencapai kain putih dan penyembur yang ada di atas meja.Zero mellap semula cermin itu.Moon seakan tidak percaya.Pelik betullah makhluk asing ni.

”Kau pergi mana kemarin?” Soal Zero pura-pura tidak tahu.Sejak dari hari dia selamatkan Moon.fikirannya kusut memikirkan pasal Moon memanggil namanya dalam keadaan yang bertopeng.Moon tahukah itu aku?Tapi dia tak kata apa-apa pun?

”Aku tertanya-tanyalah..kenapa ya kau selalu saja ambil tahu pasal aku?Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya?” Seperti biasa.Setiap pertantaan Zero akan dibalas dengan persoalan.

”Kau ni..orang tanya lain,jawab dengan pertanyaan pula..tak bolehkah stright to the point?”

”Kan aku ada bagi nota..tak bacakah,atau tak pandai baca?” Sindir Moon pula.

”Malaslah bersoal jawab dengan orang yang tak faham soalan!” Kata Zero geram.Kain lap putih itu dilempar kelantai,penyembur itu diletak kasar keatas meja.Tujuk perasaanlah tu..

Zero melangkah menaiki tangga.Bunyi tapak kakinya jelas kedengaran.Membingitkan telinga betul..kalau tak nak bersoaljawab,janganlah soal..

”Lap semua lantai,tingkap,cermin dan seluruh rumah ni!” Laung Zero sebelum masuk ke dalam biliknya.Pintu dihempap kuat.

”Stupid Zero!” Moon mencebik lalu menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

Selesai saja mengakhiri kerja-kerjanya,barang-barangnya pula yang dikemas.Moon menuju ke dapur.Ingin membasahkan tekaknya.Sebelum beredar,dia sempat menghantar mesej kepada Zero.

Witch: Aku balik

Zero: Ya!

Ringkas saja jawapan Zero.Jelaslah masih kesal dengan adegan pertengkaran mereka tadi.Tapi semua orang tahu,Moon memang seorang yang takda perasaan.Sebaik saja Uncle Adin sampai di perkarangan rumah banglo Zero,Moon terus masuk dan balik ke rumahnya.Sampai saja Moon,dia terus menuju kebiliknya ingin mencari buku Mine.

”Mana pula buku tu pergi?” Sudah habis barangnya diselongkar tapi buku itu masih tidak dijumpai.Serentak itu,dahinya tiba-tiba ditepuk.Seperti dia terlupa sesuatu yang penting.Hanya satu tempat lagi yang masih belum diselongkar.Beg sandangnya sewaktu dia menyelamatkan gadis tempoh hari.

Beg sandangnya di capai lalu mengeluarkan segala isi kandung beg tersebut,sebuah buku terjatuh dan terbuka luas.Secara tidak sengaja,sebahagian dari isi buku itu telah terbaca oleh Moon dan alangkah terkejutnya Moon apabila terlihat nama seseorang jelas tertulis di buku itu.

1 comment:

  1. kak tengok blik ejaan banyak salah la!!!!!!! Tapi ape pun best cite ni misteri gitu....

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.