Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 June, 2009

Spell 10 : A Step Back In Time


Spell 10 : A Step back in time

“Cikgu!Cikgu!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan seseorang.Semua pelajar serentak berpaling kearah suara itu.Kelihatan Umi sedang berlari menuju kearah mereka dengan wajah cemas.


“Kenapa Umi?” Soal Cikgu Rohani cemas.


“Moon,Moon..hilang!” Jawab Umi dalam keadaan yang tercungap-cungap.Zero bingkas bangkit lalu menuju kearah Umi dengan langkah yang cepat.


“Apa kamu dah buat pada dia?Cakap??!!” Tengking Zero.Sungguh lantang suaranya sehingga membuatkan cikgu dan pelajar tergamam.Terkejut dengan perubahan dratis Zero.Mine yang baru hendak menyoal Umi tidak sempat mengeluarkan ayatnya. Zero.Umi yang turut terkejut tidak dapat berkata apa-apa.


“Bertenang Zero..kita harus dengar cerita Umi dulu.Tak baik tuduh-tuduh sembarangan,” Tegur Cikgu Jhul.


“Aku nak pergi cari Moon,” Tegas Zero.Mine semakin curiga dengan sikap Zero.Zero seakan berkelakuan seperti Moon adalah girlfriendnya.


“No!Kita belum dengar cerita Umi lagi..mungkin Moon sudah balik ke khemahnya,” Bantah Cikgu Jhul lagi.Salah seorang pelajar perempuan diarahkan memeriksa ke khemah Moon namun Moon tiada dalam khemahnya.


“Aku nak cari Moon sekarang!” Kata Zero lagi.


“No!Umi ceritakan apa yang terjadi tadi,” Soal Cikgu Rohani pula.


“Tadi..aku nampak Moon baru keluar dari tandas.Bila aku mahu melangkah masuk aku terdengar jeritan halus dan Moon hilang macam tu saja.Aku tak buat apa-apa pun pada dia,cikgu,” Terang Umi.Dalam hati,Umi sungguh rasa bersalah kerana terpaksa menipu dan membiarkan Moon masuk dalam perangkap Trisha dan Ami..Dia juga dalam keadaan terdesak.Dia tidak dibenarkan berkata apa-apa.


“Cikgu aku nak pergi cari Moon sekarang,” Tegas Zero sekali lagi.Keadaanya tegang sangat,seperti kehilangan isteri.


“Tidak Zero..hari sudah malam.kita akan minta bantuan dengan pasukan penyelamat.Kalau pun kau cari Moon sekarang,belum tentu kau boleh jumpa dia dalam keadaan yang gelap ni,”


“Aku tak boleh tunggu sampai esok,kalau cikgu nak cari Moon esok..okey!Tapi aku nak cari sekarang juga,” Zero segera beredar laju.Tidak mahu keinginannya dibantah lagi.Zero sudah bertekad dan tiada siapa yang akan mampu menghalangnya.Nadal yang baru saja hendak melangkah ingin menghalang Zero dihalang oleh Stevey.


Dari situ,Mine telah menyedari sesuatu,sesuatu yang dia tidak jangkakan akan berlaku.Mungkin Moon sendiri tidak tahu akan hal itu.

*******

“Hah!” Moon mengangkat wajahnya yang ada dalam singki yang berair.Moon memandang sekeliling.Dahinya berkerut.Keadaan sekeliling sungguh berbeza dengan tempatnya terjatuh.Malah,ia seperti sebuah…tandas????


“Macam mana aku boleh ada kat sini??” Soal Moon cemas lalu memandang cermin.


“Arggghh!!!!!” Bergema satu bangunan dek jeritan kuat Moon.Dia meraba mukanya.Kenapa muka aku bukan muka aku???Ini bukan muka aku,bukan juga badan aku..my God,apa yang sedang berlaku ni???! Otak Moon penuh dengan tanda tanya yang tidak mampu untuk dijelaskan oleh sesiapa pun.


“Reen,are you okey?” Soal seseorang dari arah pintu.Kedengaran suara itu milik seorang lelaki.Moon memandang lelaki itu melalui pantulan cermin didepannya.Siapa dia ni?Lelaki pula tu..dia tak tahukah tempat ni tandas perempuan?


“Kau ni siapa?” Soal Moon sambil menoleh.


“Jangan nak berguraulah Areena..You know me,” Kata lelaki itu.


“Areena??Siapa Areena?Aku bukan Areena!” Gila apa lelaki ni?Dan kenapa aku aku boleh ada kat sini,dalam badan orang lain pula tu..Wait!Badan orang lain?Areena?


“Wait!Wait!..Kau ni siapa?” Soal Moon.


“Ini akulah..Kenichi!kau ni kenapa?Kita takda masa nak bergurau tau.Pertandingan dah nak bermula ni.Kau akan masuk gelanggang lepas ni,” Kata lelaki yang menggelar dirinya Kenichi.


“Apa??Pertandingan??pertandingan apa pula ni?” Banyak betul persoalan yang bermain diminda Moon.Tiba-tiba Moon tersedar,pakaiannya juga sudah berubah menjadi pakaian seragam taekwondo(?)


“Apa semua ni?!” Soal Moon buntu.Dia berpaling semual kearah cermin.Cuba mengingati semula kejadian sebelum dia berada ditandas ini.


Seingat aku,aku pergi tandas dan aku bertembung dengan Umi.Lepas tu aku terdengar satu suara lembut memanggila aku.Aku tak kenal suara itu.Dan aku seakan ternampak lembaga hitam muncul disebalik semak-samun di kawasan cerun.Aku tak tahu kenapa tapi aku dapat rasakan lembaga itu seperti memerlukan aku.Aku dikuasai rasa perasaan ingin tahu dan aku pun menuju kearah itu.Tiba-tiba,kaki aku tersedung dan aku hilang keseimbangan membuatkan aku terjatuh tergolek kebawah.Kepala aku terkena sesuatu yang keras dan bila aku tersedar aku sudah berada di tandas ini.Kepala?Moon segera meraba kepalanya..takda pun luka?


“Reen are you okey?”Tegur Kenichi.Moon tersentak lalu menoleh ke arah Kenichi.


“I need your help!” Kata Moon dalam nada yang serius.


“Help?Kenapa pula?”


“I’m not supposed to be here,”


“Hah?Apa kau cakap ni Reen..aku tak fahamlah,”


“Dengar sini baik-baik..aku tahu mungkin ini adalah sesuatu yang tidak masuk akal,tapi aku bukan Reen ataupuan Areena.I am Moon.Aku tak sepatutnya berada disini,” ulang Moon lagi,cuba meyakinkan Kenichi tapi wajah kenichi jelas menunjukkan yang dia sudah..blank!Memang aku tak faham dan memang pun tak masuk akal.Benda macam ni hanya berlaku dalam dunia lakonan saja.


“Okey..whatever..tapi,kita mesti keluar sekarang,kau dah nak naik gelanggang ni,” Kata Kenichi sambil berpaling kebelakang.Dengan langkah yang pantas,Moon memulas tangan Kenichi dan membenamkan badan Kenichi kedinding tandas.


“Aku dah cakap aku bukan Reen.I’m not!” Bentak Moon.Kenichi mengerang kesakitan.


“Okey..okey..aku percaya..lepaskan aku.Sakit!” Kata Kenichi sambil mengaduh kesakitan.Moon melepaskan tangan kenichi dan melepaskan tangannya yang ada dibelakang leher Kenichi.Kenichi memegang pergelanggan tangannya.Merah.Dia memandang Moon dengan wajah berkerut.Memang sah..dia bukan Reen.Reen tak ada tenaga sekuat dia.


“Okey..you mean you’re not Areena,tapi macam mana boleh terjadi begitu?”


“Sorry..tapi aku sendiri tak tahu apa yang sedang berlaku..yang aku ingat aku terjatuh ke gaung dan aku dah ada kat tandas ni,” Moon mengeluh.Memang tak masuk akal...aku kat dalam badan orang lain???kenapa benda macam ni boleh berlaku pada aku??!


“Tapi,pertolongan apa yang boleh aku berikan?Aku sendiri bingung dengan apa yang berlaku,”


“Keluarkan aku dari sini,”


“What?Tapi kita ada pertandingan,kita tak boleh lari sekarang..lagipun pertandingan ini sangat penting buat aku dan Reen.Mungkit next year aku dah tak dapat ikut,” Kata Kenichi.Hmm…taekwondo?Mungkin aku boleh tolong dia,lagipula aku ada pangkat tinggi dalam taekwando.


“Okey..aku tolong kamu,” Jawab Moon.Rasa pelik pula..aku harap badan ini boleh menampung tenaga aku.


“Tapi..kau bukan Reen,”


“Jangan risau aku ada black belt,” Kata Moon bersahaja.Melopong mulut Kenichi pendengar kata-kata Moon.Pangkatnya sama dengan aku?Malah,lebih tinggi dari Reen?patutlah..senang saja dia pulas tangan aku ke belakang..What is her?


“Black belt?Wow!Pangkat kau sama dengan aku..pangkat Reen tali pinggang merah.,”


“Tapi aku dah lama tak latihan..sejak aku masuk pertandingan antarabangsa,” Kenichi terkejut sekali lagi.Antarabangsa?Benda yang aku mahukan…


“Okeylah..pertandingan dan nak bermula..Reen siapa nama kau tadi?”


“Moon!” Jawab Moon.Dia dan Kenichi beriringan keluar dari tandas itu.Semua mata memandang kearah mereka..apa tidak..lelakidan perempuan keluar dari tandas sama-sama.Moon membalas balik pandangan mereka dengan pandangannya,walaupun badan dan matanya bukan miliknya..aura ungu masih terasa.Satu persatu pandangan dilarikan.Gerun.


“Reen!Your turn,” Tiba-tiba salah seorang perempuan yang juga memakai pakaian seragam taekwando memanggil Moon.Moon memandang kearah Kenichi denagn pandangan yang bermakna.


“She’s Eby..red belt,”

*******

“Impressive!” Puji Kenichi.Kagum betul dia dengan persembahan Moon.


“Eh..Kenichi!Kau tak rasa corak perlawanan Reen agak berlainan dari yang biasa,selalunya dia takkan tunggu pihak lawan menyerang dulu,” Kata Eby tanpa mengalihkan pandangannya dari gelanggang perlawanan.


Step yang diambil oleh Moon lain dengan Reen sebab Reen seorang yang agresif.Tapi Moon dia seorang yang tenang dan bijak mengatur langkah.Susah untuk membaca pergerakannya,pergerakannya sukar dijangka.

Perlawanan Kenichi juga sudah pun tamat,kini tinggal tunggu keputusan siapa pemenangnya.


“You did it great,Reen..tapi kau kan tak tahu nak buat short flying-kick?” Tanya jurulatih mereka,Encik Art.Moon meneguk air dibotolnya.


“It’s nothing,coach.Aku memang tahu semua tentang taekwando,” Jawab Moon selamba sambil meninggalkan Encik Art menuju kearah Eby.Coach?Bila masa Reen panggil aku coach ni?


“Hebatlah kau Reen kat gelanggang tu..dan the short flying-kick,macam mana kau boleh lakukan itu?” Giliran Eby pula yang memujinya.Moon mengesat peluhnya didahi lalu memandang Eby.


“Aku tau..mana Kenichi?”


“Kat luar..” Jawab Eby dengan pandangan pelik.Seperti ada yang berubah pada Reen.Sikapnya yang dingin,cara bercakap,etika perlawanannya..i’t totally difference.

Moon terus meninggalkan Eby tanpa meminta diri dan itu sedikit sebanyak membuat Eby tersentuh.Apa tidak,Reen adalah kawan baiknya.

“Kenichi!” Panggil Moon asmbil berlari kearah Kenichi yang sedang bercakap dalam telefon.Kenchi menoleh dengan telefon yang masih ada di telinganya.Mukanya kelihatan cemas.


“Kau perlu tolong aku..hanya kau yang boleh tolong aku dan hanya kau yang aku kenal.Please!” Kata Moon seakan merayu.


“Okey..but first,kita harus pergi ke satu tempat,” Jawab Kenichi cemas sambil menutup telefon bimbitnya lalu menarik tangan Moon masuk kedalam kereta.


“Kita nak pergi mana?”


“Kawan aku ditimpa masalah.Mereka ada di puncak,”


“Ditimpa masalah?Masalah apa?” Kenichi terus memandu membiarkan soalan Moon tinggal soalan.

*******

“Zany!” Panggil Kenichi sambil berjalan disemak samun.Moon yang memandang dibelakang Kenichi sudah mula naik rimas.Kenapa nak cari kat semak samun,bukankah kawannya ada di puncak?


“Kenichi,stop!!Dah lama kau menjerit macam orang kena hysteria,tapi yang menjawab hany siulan burung.Kau tak penat?” Soal Moon.Kenichi berhenti melangkah lalu mencekak pinggang.Wajahnya jelas kelihatan cemas.Apa yang membuatkan dia cemas pun Moon sendiri tidak tahu.


“Hei!Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Soal Moon sedikit lantang.Bosan soalannya tidak dijawab.


“I.m sorry..aku tengah gusar sekarang,”


“Kalau kau gusar sepatutnya kau ada di rumah sekarang.Apa yang sebenarnya terjadi..aku rasa kau perlu jawab soalan aku sebab aku ada denagn kau..in a jungle!” Kata Moon lagi.Sengaja menekankan ayat ‘jungle’ supaya Kenichisedar mereka berada di mana.


“Okey..sebenarnya kawan aku kena culik.Orang yang bagi tahu aku tu tak sempat nak bagitahu semuanya..dia hanya sempat bagitahu yang mereka dibawa ke Vila Sunset.” Jelas Kenichi.Moon tersentak.Vila Sunset??


Vila Sunset??” Soal Moon seakan terkejut.


“Eya..vila Sunset.kenapa kau macam terkejut aja?” Tiba-tiba mereka terdengar jeritan seseorang..Moon cuba mengamati suara itu,ianya milik perempuan.


“Kau dengar tak?” Moon mengangguk.


“Aku tahu dari mana suara itu.Jom!” Kata Moon sambil berlari menuju ke Vila Sunset.Kenichi hanya membuntuti Moon.


Sesampai mereka di sana mereka terus bertapak disebalik pokok besar.Kelihatan 3 orang lelaki yang memakai baju hitam.Seorang membawa lelaki,seorang lagi membawa perempuan masuk ke dalam vila.Yang seorang pula membawa sebotol yang entah berisi apa.


Moon mengamati pemilik wajah itu.lama.Alangkah terkejutnya Moon apabila dia menyedari akan wajah wanita itu.Wajah yang sering dirinduinya.


“Kak Hanna???”


Bersambung.....

*************************

End Book One:Fight As Love

3 comments:

  1. wow suspen ni...nk tau ap jadi kat hana...best..next n3 pleze!!!!!!

    ReplyDelete
  2. BLER NK BERSAMBUNG NIE??

    ReplyDelete
  3. sayang anon :)
    cerita ni dah tamat dah..hehe

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.