Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 June, 2009

Spell 11: Deja Vu


Spell 11: Deja Vu

“Kak Hanna??!!!” Jerit Moon.Matanya sudah mula berkaca.Kenichi tersentak.Macam mana dia boleh kenal Hanna?Dengan panggilan kakak pula tu.


Baru saja Moon hendak melangkah,tangan Kenichi pantas menghalangnya.Dalam keadaan begitu,mereka harus menengani situasi dengan tenang.Moon bersikap terburu-buru.


“Lepas!Aku nak selamatkan kakak aku!” Kata Moon separuh menjerit.


“Aku juga nak selamatkan diorang tapi dalam situasi begini kita tak boleh terburu-buru..itu namanya menempah maut kalau kau masuk sana tanpa berfikir,faham?”


“Taknak..aku tak nak kehilangan kakak lagi..dah 8 tahun dia hilang,aku tak akan lepaskan kakak lagi,” Jawab Moon sebak.Dahi Kenihi berkerut.


“Hanna pernah masa umur 11 tahun?” Dalam situasi gawat itu pun Kenichi masih mampu bertanya soalan seperti itu.


“Tak..kakak hilang waktu umur 19 tahun,”


“19 tahun??You mean..tahun ni??” Soal Kenichi pelik.


“Tahun ni?Tahun ni tahun berapa?” Moon membalas pula dengan soalan.


“Tahun 2000,”


“You what??Tahun 2000?” Terbeliak mata Moon mendengar nombor yang keluar dari bibir Kenichi..Aku berada 8 tahun kebelakang?Mustahil..Wait!..adakah disebabkan hentakan itu aku berada 8 tahun kebelakang?Mungkin ini masa untuk aku membongkar segala rahsia antara keluarga aku dan keluarga Zero.


“Kenichi.kita dah tak dah masa nak bersoal jawab sekarang,kita mesti tolong diorang,”


“Okey..Reen..tak..Moon aku ada rancangan,” Kata Kenichi sempat lagi tersasul.

*****

PRANGG!!!

Kedengaran sebuah cermin pecah dek dilempar batu.Serentak 3 lelaki itu memandang kea rah cermin pecah.


“Kujo,tengok ada apa diluar,” Orang yang dipanggil Kujo itu menangguk sanmbil mengeluarkan sebilah pisau dan menuju ke luar vila.


Sudah 15 minit berlalu tapi Kujo masih belum muncul,Ah Chong,yang mengarahkan Kujo untuk pergi ke luar sudah mulai cemas.Takut-takut ada orang lain yang melihat mereka.


Jamie,lelaki yang membawa botol kini diarahkan untuk melihat Kujo.Sampai saja dia di luar,kepalanya terus dihempuk dengan kayu menyebabkan dia juga pengsan,terlentang seperti Kujo.



“Great idea,Ken.” Puji Moon sambil tersenyum.Tapi senyman itu tentunya bukan milik Moon tapi milik Reen.


“Thanks..tapi jangan lupa,masih ada ‘kepalanya’ lagi,” Moon mengangguk.


“Aku akan alihkan perhatiannya dan kau selamakan diorang,” Kenichi memberi arahan.Setelah Moon mengangguk,Kenichi pun memulakan langkah masuk kedalam vila.Moon mengintai diluar pintu utama.Seperti ninja.


Moon memandang Ah Chong,kelihatan dia sedang duduk dikusyen dengan tenang.Dia seperti tidak perasaan akan kawannya yang sudah beberapa minit tidak masuk ke dalam vila.Sejurus itu,Kenichi pun masuk.Kehadiran Kenichi benar-benar mengejutkan Ah Chong sehinggakan Ah Chong terus melompat kearah Kenichi.


“Kau siapa?!” Soalnya sedikit lantang sambil menghunus pisau.


“Kau dalam posisi yang salah..kau tau?” Serentak itu Kenichi memendang tangan yang memegang pisau dan pisau itu terlempar jauh ke sudut.Kenichi dan Ah Chong pun mula bergelut.


Moon mengambil kesempatan untuk masuk,dia memungut pisau tersebut dan bergegas menuju ketiang dimana Hanna dan Zany diikat sama.Tali itu dikerat sehinga putus.Moon cemas sambil memandang Kenichi yang masih didalam pertempuran.


Kelihatan Kenichi penat berlawan dengan Ah Chong yang bertubuh besar,sekali Ah Chong menendang tepat ke perut Kenichi,Kenichi tertiarap lemah.Darah pekat mengalir keluar dari bibirnya


Setelah menyedari Kenichi sudah tidak bermaya untuk berdiri,tanpa berfikir panjang,pisau yang masih ada di tangannya di lempar tepat kepaha Ah Chong.Dia tidak kisah walau itu salah disisi undang-undang,asalkan nyawa mereka berempat terselamat.Ah Chong mengerang kesakitan,sakit yang teramat sangat.Pahanya dipegang sambil darah mengalir laju keluar dari daging pahanya.


Moon segera mendapatkan Kenichi,dia memapah Kenichi menuju ke tiang itu.Ah Chong masih lagi mengerang tak henti-henti.Perlahan-lahan,pisau itu dicabut dari pahanya.Setelah pisau itu tercabut,Ah Chong sedaya-upaya untuk berdiri.Ingan menyerang balas kepada Moon.Wajahnya bengis mengalahkan singa kelaparan.Namun sebelum itu terjadi,Moon sudah pun mengorak langkah,meluru kearah Ah Chong dan membuat tendangan short flying-kick yang sering digunanya dalam pertandingan teakwood.Tendangan itu tepat dikepala Ah Chong.Ah Chong terkulai lemah dan rebah menyembah tanah.Pengsan.Moon segera menuju kearah Kenichi sebelum Kenichi pengsan.


“Kenichi..bangun!” kata Moon sambil menepuk-nepuk wajah Kenichi.perlahan-lahan matanya terbuka.Kenichi tersentak.Matanya segera melilau.Dia terpandang Ah Chong yang tidak sedarkan diri.Matanya beralih pula pada Moon.


“Takda masa nak jawab..aku nak sedarkan kakak dulu,” Sambung Moon lalu menuju kedapur.Mengambil segelas air.Air itu direnjiskan ke muka Hanna.


“Kakak?..kakak?” Panggil Moon.Mata Hanna terbuka,pandangannya yang kebur bertukar jelas.Seraya itu,Moon terus memeluk kakaknya,melepaskan kerinduan yang terpendam selama 8 tahun.Air matanya menitis.


“Moon is that you?” Soal Hanna.Moon tersentak,begitu juga Kenichi.Pelukan dilepasklan.


“Macam mana…” Hanna membaiki kedudukannya sambil mengesat darah yang tersisa dibibirnya.


“Percaya atau tidak..sekali lagi Moon selamatkan kakak..Moon pernah kesini sebelum ini,tempat yang sama dan masa yang sama.” Terang Hanna sambil tersenyum.Moon pelik,seingat dia,dia tidak pernah merentasi masa dulu..ini adalah kali pertama baginya.Namun persoalan itu dibirkan saja.


“Tapi Moon jangan lupa pada Zany,dia pun pengsan juga,” Sampuk Kenichi pula.Moon tersenyum kecil lalu merenjiskan air ke muka Zany.Moon terkejut apabila menyedari sesuatu.Wajah Zany seakan serupa dengan seseorang.


“Zero?” Tanpa diminta nama Zero terpacul dimulut Moon.Hanna memandang Moon dengan pandangan pelik.


“Dia bukan Zero,dia Zany..abang Zero,” Terang Hanna.Zany sudah pun sedar.Kepalanya terasa pedih.Bau hanyir darah.


“Zany abang Zero?” Soal Moon meminta kepastian.


“Kau ni,Moon?” Soal Zany pula.Moon mengangguk.


“Ya..Zero adik aku..Zero yang pernah tolak kau kat dalam kolam,” jawab Zany pula.


“Macam mana korang boleh tahu Reen adalah Moon?” Soal Kenichi pual.Dia ketinggalan kereta api.


“Sesuatu yang hanya kami yang akan faham,” Jawab Zany pula.


“Moon,adakah kau dengan adik aku bergaul dengan baik dimasa depan?” Soal Zany lagi.


“Agaknyalah..entahlah aku sendiri tak tahu macam mana nak describe..aku nak cari pembalut luka kejap,” Moon segera bangkit.Dia tidak tahan melihat wajah Zany yang seakan Zero.Dekat pula tu dengannya.


Tiba-tiba,langkahnya terhenti,kepalanya terasa pening.Pandanganya bertukar kabur lantas menjadi gelapSerentak itu,Moon rebah tidak sedarkan diri.


“Moon!!” Kenichi seakan menjerit.Dia segera mendapatkan tubuh Moon.


“Angkat dia..she need some rest,”

*****

“Macam mana perkara ini boleh berlaku?!”Ujar Pengetua Alfred lantang.Sejurus mendapat berita tentang kehilangan Moon,dan pencarian Zero,Pengetua Alfred terus bergegas menuju ke Vila.Semua pelajar berkumpul di vila tersebut.


“Cikgu,kamu sepatutnya tahu akan hal ini..kenapa Moon boleh hilang..dan Zero pula,kamu sepatutnya halang dia dengan lebih keras lagi,”


“Maafkan kami Pengetua,kami juga tidak menjangkakan hal ini boleh berlaku.Kami minta maaf,” Pinta Cikgu Jhul.


“Sudah..macam mana dengan pencarian pasukan penyelamat?” Soal pengetua pula.


“Pasukan penyelamat sudah mula mencari selepas kehilangan Moon tapi mereka tidak mendapat sebarabg jejak dari Moon.Begitu juga dengan Zero.” Terang Cikgu Rohani.


Ada sesiapa tahu Moon bersama dengan siapa kemarin?” Senyap.Semua tiada jawapan.Tiba-tiba Umi mengangkat tangan.Tersentak Trisha dan Ami dibuatnya.


“Aku tahu kenapa Moon boleh hilang,” Kata Umi.Semakin bulat pandangan Ami dan Trisha kepada Umi.


“Okey..kita akn peri kebalai polis dan siasat perkara ni,”


“Buat apa nak lapor polis..kan lebih baik kalau dia hilang terus.Aman dunia,” Sampuk Trisha berpura-pra tenang.Mine yang mendengar ayat itu memandang tajam kearah Trisha.


“Kenapa dengan kau Trisha?Apa masalah kau dengan dia?Entah-entah..kau terlibat dalam kes kehilangan Moon?” Kata Mine.Sudah terlalu lama dia bersabar dengan sikap Trisha tapi disebabkan Moon,dia tidak mengambil kira.Tapi tidak tahu kenapa.tahap kesabarannya sudah memuncak dan membuatkan dia menuturkan ayat itu.


“Hei!Kau jangan nak tuduh aku sembarangan okey..aku takda kena-mengena dengan kehilangan Moon!” Balas Trisha lantang.


“Stop!Ini bukannya masa untuk kamu saling menuduh.Trisha,jaga mulut kamu.Mine,kawal emosi.Nadal hubungi keluarga Moon dan Zero.Umi,kau ikut cikgu pergi balai polis,” Arah Pengetua.Umi mengangguk.Sesekali dia memandang kea rah kakaknya.Pandangannya jelas menunjukkan yang dia sungguh kecewa dengan Umi.Tapi,Umi bertekad..dia tidak mahu lagi terlibat dengan mereka.

*****

Perlahan-lahan Moon membuka matanya,kepalanya terasa pedih.Dia memegang kepalanya.Berbalut.Tiba-tiba Moon tersedar,seseorang sedang terbaring di sebelah.Rambutnya pendek.Lelaki.


Lelaki itu membenamkan mukanya dikatil sambil tangannya yang berbalut memegang tangan Moon.Moon hendak menarik kasar tangannya namun tindakannya

dihentikan.Mungkin Kenichi dah jaga aku semalaman kot..takapalah..


Perlahan-lahan tangannya ditarik agar tidak mengejutkan lelaki itu.Moon berdiri tanpa bunyi dan beredar keluar dari bilik itu.Keluar saja dari bilik itu,Moon seakan terkejut.Rumah yang sedang dia duduki itu tidak sama dengan keadaan Vila Sunset.Ianya berlainan benar.


Tidak ingin berfikir dengan lebih lanjut lagi,Moon meneruskan langkahnya

menuju ke arah dapur.Ingin membasahkan tekak.Peti ais dibuka.Sebotol air mineral dikeluarkan lalu meneguknya.


“Moon!!” Moon tersentak lalu berpaling,namun belum sempat Moon berpaling pemilik suara itu sudah memeluknya dari belakan.Bulat mata Moon.


“Thanks God..kau dah sedar,” Ujarnya,dekat ditelinga Moon.Moon mengedutkan dahi.Macam kenal aja suara ni..Badan Moon dipalingkan kearahnya.Botol yang sedang dalam gengaman Moon terlepas dari tangannya.Zero???


Dengan kasar Moon menapis kedua-dua tangan Zero yang ada dibahunya lalu berundur beberapa tapak kebelakang.


“Apasal dengan kau ni?Kenapa kau peluk aku?” Marah Moon.Zero memandang Moon dengan mata yang kesal.Zero mendengus.


“Kau tahu tak kau dah buat aku hampir-hampir gila disebabkan kehilangan kau??Dan kau masih boleh kata begitu??” Luah Zero.Ada bahang dalam ayatnya.Mukanya betul-betul kelihatan marah.Tanpa bersuara lagi,Zero terus beredar dari dapur itu,tidak mahu menatap wajah Moon yang sangat membencinya.


Moon tergamam.Perlahan-lahan tangannya memegang dada.Jantungnya berdegup kencang lagi.Kenapa suara lantang Zero seperti bisikan di telinga aku???Takkan aku dah gila kot…


“Pari-pari!!” Tiba-tiba satu suara kanak-kanak kedengaran diruang itu.Moon menoleh kearah suara tersebut.


“Morgiana?Gia buat apa di sini?” Soal Moon pelik.Serta merta dia tersentak.Satu,Zero.Dua,Morgiana..ini bermakna aku dah balik ke tahun 2008!Yess!!


“Ini rumah Gia,jomlah..jumpa dengan mama Gia,” Morgiana menarik tangan Moon keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu.Wanita yang pernah ditemuinya

sedang berdiri memandang kearah Moon dan Morgiana.Masih lagi mengenakan selendang pada mukanya.Namun kali ini,Morgiana tidak lagi menyoal kenapa ibunya memakai selendang.


“Gia,Gia boleh tak Gia pergi taman belakang taman kejap?” Kata Wanita itu.Morgiana mengangguk lantas berlari anak menuju keluar rumah.


“Hai..emm..cam mana saya boleh ada kat rumah..rumah kaukan?” Soal Moon.Wanita itu menghampiri Moon lalu menyentuh lembut pipi Moon.Moon tersentak,namun tidak pula dia menapis tangan wanita itu.Menyedari wanita itu yang menyelamatkannya.


“Moon…” Bisik wanita.Moon mengedut dahi,bisikan wanita itu tidak mampu untuk didengari.


“Terima kasih sebab selamatkan saya,” Tutur Moon.Suaranya berubah lembut.Entah kenapa,dia dapat rasakan satu perasaan yang berlainan,perasaan yang dekat dan disayangi walaupun wanita itu tidak punya apa-apa hubungan dengannya.


“Moon..ini kakak,” Kata Wanita itu.Bukan lagi dalam nada berbisik.Selendang dilarikan dari mukanya.Moon menelan air liur.Dia menekup bibirnya.


“Kak Hanna…kak Hanna…” Suara Moon terketar-ketar memanggil kakaknya.Air matanya yang selama ni beku,cair meluncur laju turun kepipinya.Hanna menarik Moon masuk dalam pelukannya.Rindu yang mengunung sudah tidak tertanggung lagi.Moon menangis semahu-mahunya.


********


P/S : Sorry lambat post

- Mungkin post kali ini tak berapa bagus tapi sa arap korang komen dan sudi baca karya ni..terima kasih!EnjoY!!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.