Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

21 June, 2009

Spell 13 : A Proposal To Date

Spell 13 : A Proposal to Date


“Nah!” Kata Zero sambil menghulurkan Ice-cream cone dihadapan Moon yang sedang bersandar dibadan motorsikal.Moon menyambut huluran itu.Ice-cream cone yang ada ditangan Zero dibuka.


“Thank you!” Kata Zero pula sambil memandang Moon dengan ekor mata.Moon tidak mempedulikan sindiran Zero.


“Apa kau nak cakap dengan aku?” Soal Zero.Moon memberhentikan suapan ice-cream cone dimulutnya.Moon tidak terus menjawab soalan Zero,dia berjalan menuju ke satu tempat yang terdapat bangku.Zero membuntuti Moon.


“Aku nak minta maaf sebab buat tangan kau luka,”

“Maksud kau?”


“Sebab aku,tangan kau cedera dan kau bersengkang mata untuk mencari aku,”


“Moon..aku tak perlu ucapan maaf kau..cukuplah kau ucapkan terima kasih pada aku..bukan sebab aku selamatkan kau,tapi ice-cream tu,” Pantas kepala Moon berpaling kearah Zero.Zero tersenyum.


“Pasal apa pula?”


“Takdalah,aku gurau aja…kasih kau diterima,sayang kau juga diterima..maaf kau juga diterima,” Sambung Zero lagi dalam nada bergurau.

“Aku takda cakap aku sayang kau,okey?But,thanks for saving me.”


“Memang kau takkan cakap sekarang tapi aku akan tunggu sehinggalah kau cakap ayat itu depan aku,” Bulat mata Moon mendengar ayat yang keluar dibibir Zero.


“Actually,aku selamatkan kau pun sebab sifat kemanusiaan..aku tau kau ni witch,tak takut pada apa-apa pun..tapi kau mungkin akan takut kalau kau jumpa harimaukah,singakah,beruangkah…”


“Zero,are you okey?Aku tak tanya kau pun kenapa kau selamatkan aku,” Pintas Moon,ice-cream ditangannya disuapkan ke dalam mulut.


“Aku cuma tak nak kau salah faham,itu aja.” Kata Zero


“Kau takut aku salah faham yang aku sukakan aku?” Suapan ice-cream dimulutnya terhenti.Zero memandang Moon dengan pandangan terkejut.


“Kenapa pula kau perlu takut kalau memang kau tak sukakan aku?” Moon memandang Zero.Pandangan mereka bertaut.

“Sebenarnya aku…”


“Oya!Kenapa kau nampak risau bila aku datang kat rumah kau?” Belum sempat Zero menghabiskan ayatnya,Moon sudah memintas.Zero melarikan matanya.Tangannya satu menyelak rambutnya kebelakang.Zero tergelak.Zero apa yang kau cuba nak cakap?Yang kau cintakan dia?Jangan jadi bodoh!


“Zero?” Zero tersentak.

“Takda apa-apa..papa,mama aku ada kat rumah..kau taukan kita tak boleh bergaul,” Jawab Zero seikit kecewa.


“Yah..aku faham…”

Trit!Trit! Bunyi telefon bimbit Moon mematikan ayat mereka.Panggilan itu dijawab.


“Hello Moon?Moon di mana?” Kedengaran suara cemas milik Puan Saphiera dicorong telefon.

“Mama..Moon okey,kejap lagi balik..ya?”

“Nak mama cakap kat Uncle Adin?”

“Takpalah..masih ada teksi lagi ni.Moon akan balik sekarang.” Kata Moon.Rasa sakit hatinya sudah beransur pulih.Entah kenapa dia tidak lagi sakit hati selepas berbual dengan Zero.Talian dimatikan.

“Kau nak balik?” Soal Zero.Moon mengangguk.


“Jom..aku hantar!” Zero terus berdiri.Moon kelihatan ragu-ragu.


“Dah..takpayah fikir..aku hantar kau,” Moon mengeluh.Ice-cream ditangannya yang sudah tinggal cone dibuang kedalam tong sampah yang kebetulan berada disana.Zero turut membuang ice-creamnya.Lantas mereka kembali ketempat letaknya motorsikal Zero.


Topi keledar disarungkan dikepala,dalam masa yang sama Zero menghidupkan motorsikalnya.Zero membonceng diikuti dengan Moon.


“Cepat sikit!” Arah Moon.Zero menjeling kebelakang.Tidak suka diperlakukan sebagai pemandu.Nak cepat ya? Zero mengangkat kening satu,niat jahat tertera diwajahnya.Zero menukar gear dan…ZOOMM!!!

Belum sempat Moon berpegang kuat pada tempat pegangan dibelakang,motor itu sudah dipandu seperti angin kencang.Dengan spontan,kedua-dua tangan Moon memeluk pinggang Zero.Zero tergelak kecil.


“Bukan cepat beginilah,mangkuk!” kedengaran suara jeritan Moon.Zero lagi rancak ketawa setelah mendengar ayat Moon.

*****


Seperti mat rempit memberhentikan motorsikal.Badan motor belakang terangkat tinggi akibat break ditekan secara mengejut.Berhenti saja motor itu,Moon terus turun dan cepat-cepat membuka topi keledar.


“Kalau kau pandu macam tu lagi,aku bunuh kau!!” Marah Moon sambil menghulurkan topi keledar itu dengan kasar pada Zero tapi senyuman dibibir Zero semakin besar mencecah telinga.Moon yang masih mendidih terus beredar.Benci melihat senyuman mengejek Zero.


“Moon!” panggil Zero.Moon menghentikan langkahnya lalu berpaling.


“Kau betul-betul rasa bersalah dan ingin mengucapkan terima kasih?” Moon berfikir.Kenyatannya..ya,memang.


“Eya..kenapa?”


“Aku tarik balik..aku tak nak sekadar ucapan terima kasih dan maaf.”


“So,kau nak apa?”


“Kalau aku bilang temu janji?”


“Temu janji??Apa tu?” Alahai..tepuk dahi.Soalan bonus betullah..


“Kau tak tau apa tu temu janji?Takapalah..aku faham.Nanti aku bagitau kau tarikhnya bila dan tempatnya dimana.Janji?” Zero menggeleng kepala.Bukan salah Moon kalau dia tak pernah keluar date..sebab dia takda pun teman lelaki..


“Okey!” Jawab Moon seperti berjanji dengan kawan baik.Zero menyarungkan topi keledar dikepalanya dan meneruskan perjalanannya balik ke rumah.Moon berpaling dan terus masuk ke banglo itu.


*****


Zero menghempap badannya kekatil.Tangan kiri menyelak rambutnya.Masih ada harapan lagikah?


“Zero?!” Kedengaran suara Lady Yuna memanggil Zero dari luar bilik.Zero menutup rapat matanya.Tapi bangkit juga membukakan pintu untuk ibunya.


“Apa lagi ma?” Mahu tak mahu saja Zero membukakan pintu untuk ibunya.Selepas mendengar suara panggilan ibunya,pertengkaran petang tadi terus menerpa di minda Zero.


“Kenapa Zero ikut kem tu tanpa bagi tahu mama?” Itulah soalan pertama yang terbit dibibir Lady Yuna sejurus Zero masuk kedalam rumah.Tuan Albumin yang sedang duduk diatas sofa dipandang Zero,wajahnya bersahaja.Zero mengeluh.Zero tidak menjawab soalan ibunya,dia terus menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk.Sebotol air mineral kecil dibuka dan diteguk separuh dari penuh.Namun,air sejuk itu tidak mampu untuk menyejukkan hatinya yang masih panas.


“Jawab mama Zero..kau tu pewaris Syarikat IE..kau sepatutnya jaga company bukan ikut kem yang tak berfaedah tu.”


“Ma..bagi Zero rehat kejap boleh..Zero penatlah..” Jawab Zero,cuba untuk menenangkan dirinya.Botol ditangannya diletakkan atas meja.Zero ingin berlalu tapi pantas dihalang oleh Lady Yuna.


“Nanti..mama nak ingatkan Zero..Zero tahu tak kat syarikat tu ada orang asing..orang asing tau tak..bila-bila masa saja syarikat itu akan dirampas.” Kata Lady Yuna lagi.Zero menarik nafas lalu menghembus nafas.


“Mama..please..not now,okey?” Jawab Zero.

“Kenapa dengan Zero ni soalan simple macam ni pun tak nak jawab..mama cuma takut syarikat itu dirampas oleh orang asing,”


“Enough ma!!He’s not a stranger..he’s not!!” Bentak Zero.Perasaan marah tidak dapat dibendung lagi.Hatinya sakit disoal sedemikian rupa.Bagus kalau soalan itu melibatkan tentang keadaan dan situasinya,ini kerisauan tentang syarikat yang tidak bernyawa..hanya memberikan nyawa kepada orang lain.Fedup!!


“Mama tak boleh tengok Zero rehat kejapkah?Zero ingat,bila Zero balik mama akan tanya macam mana keadaan Zero,ini tidak..pasal company?” Sambung Zero lagi.Lady Yuna terkejut tak terkata.Pertama kali Zero meninggikan suara terhadapnya.


“Zero…” Hanya itu ayat yang terkeluar dibibir Lady Yuna.


“Cukup ma..Zero nak naik atas,” Zero terus berlalu,tidak ingin mendengar ayat yang terbit dimulut Lady Yuna lagi.Tiba di ruang tamu,Zero tunduk memberi hormat kepada Tuan Albumin dan masa itulah Moon menekan lonceng.


“Mama nak soal apa lagi?Zero dah sedia untuk menjawab,” Kata Zero sambil keluar dari bilik dan menutup semula pintu.


“Mama minta maaf pasal tadi..mama tak sepatutnya bersikap begitu pada Zero.Mama minta…” Belum sempat Lady Yuna menghabiskan ayatnya,Zero sudah memeluknya.Hangat.


“Mama..Zero rindukan mama…” Sebak suara Zero.Walaupun pada pandangan orang Zero sentiasa tenang,tapi Zero tetap manusia yang inginkan kasih sayang dan pelukan seorang ibu.Lady Yuna

tersentak.Pelukan Zero dibalas sambil air matanya jatuh dengan sendiri.


****


“Apa??Papa aku ada kat sini??” Soal Moon lantang selepas Mine memberitahu bahawa bapa Moon,Tuan Sarandani berada di bilik pengetua bersama Trisha,Ami dan Umi.Sepantas kilat Moon keluar dari kelasnya dan menuju ke bilik pengetua.Mine mengejar Moon tapi langkah Moon lebih cepat dari sangkaannya.


Zero yang kebetulannya memandang keluar ternampak Moon berlari,dia pun segera melihat keluar kelas.Bayang Moon masih kelihatan sehinggalah dia menaiki tangga menuju ke bilik pengetua.


“Zero!” Baru saja Zero hendak meyusuri Moon kedengaran suara perempuan memanggilnya dari belakang.Zero menoleh.


Ada apa Mine?”

Sebaik tiba di bilik pengetua,pintu segera dikuak.Mereka serentak memandang kearah pintu.Trisha,Ami dan Umi berada di sofa,manakala Tuan Sarandani duduk di hadapan meja pengetua.Moon tercungap-cungap menarik nafas.


“Moon.kenapa tak ketuk dulu?” Soal Tuan Sarandani.Moon menghampiri meja pengetua.Dia sempat memandang kearah Trisha yang sedang merenung tajam kearahnya.Biarkan saja Moon…


“Papa buat apa kat sekolah?” Soal Moon pula.


“Jangan salah faham Moon..papa cuma nak tanya ‘kawan-kawan’ Moon ni kenapa diorang merancang kehilangan Moon..itu saja,” Jawab Tuan Sarandani.Moon memandang Pengetua Alfred lalu memandang kearah Trisha,Ami dan Umi.


“Papa..Moon rasa tak perlulah kita besarkan masalah ni,biar Moon yang selesaikan,ya?” Kata Moon seakan merayu.


“Tak nak besarkan konon..padahal kau memang nak aku dipenjarakan,bukan?” Sampuk Trisha.


“Trisha!” marah pengetua.Trisha mendengus kecil sambil memeluk tubuh.Moon sekadar menggeleng kecil.


“Kau sepatutnya bersyukur sebab Moon yang nak selesaikan masalah ni sendiri,kalau Uncle..Uncle dah lama letak kamu dalam penjara,” Balas Tuan Sarandani pula.


“Papa dalah..jom kita keluar.Biarkan diorang..maafkan saya,cikgu!” Moon tunduk meminta maaf kepada pengetua Alfred sambil membawa papanya keluar dari bilik pengetua.


“Nanti!” Kata Pengetua cepat sebelum Tuan Sarandani dan Moon melangkah keluar.Lngkah mereka terhenti.


“Saya akan hukum Trisha,Ami dan Umi.Mereka akan cikgu hantar ke Bilik Putih!” Sambung Pengetua lagi.Bulat mata Moon.Bilik Putih hanya untuk pelajar yang bergaduh dan membuat perkara buruk dalam sekolah..kiranya bilik itu tempat hukumanlah..tapi bagi aku bilik itu lebih kepada paradise..sebab bilik itu penuh dengan peralatan,tidak pernah kurang dengan makanan,juga ada telivisyen..macam-macamlah..aku tahu sebab itu bilik persatuan kelab aku yang sudah dibubarkan lama dulu…


“Bilik Putih??” Serentak Trisha dan Ami bersuara.Terkejut beruk.


“Bilik Putih?” Soal Tuan Sarandani pula kepada Moon.


“Bilik hukuman..tapi bilik itu ada kamera yang disambungkan dalam bilik pengetua..” Jawab Moon dalam keadaan yang berbisik takut didengari oleh Trisha,nanti tak pasal-pasal dituduhnya Moon menyindir mereka.


“Ya..ada masalah?Trisha,sudah masanya papa dan juga sebagai guru bersikap lebih tegas dengan kamu..sikap kamu ni memalukan sekolah dan papa sebagai pengetua di sekolah ni,” Kata pengetua dalam nada yang sungguh serius.


“Tapi papa…”


“Disekolah..cikgu bukan papa kamu..bergerak sekarang!” Arah Pengetua sambil mengeluarkan kunci dari laci mejanya.Moon memaut lengan papanya dan berjalan ketepi untuk memberi laluan kepada mereka bertiga.Sebelum keluar dari bilik itu,Trisha sempat memberikan pandangan tajam kepada Moon.Tapi bagi Moon,pandangan itu hanya seperti pandangan orang dewasa yang ingin menakut-nakutkan budak-budak.


“Moon,do you think this is a good idea?” Soal Tuan Sarandani,Moon tersenyum.


“I hope so!”



*****************
P/s: Sorry kalau post kali ni tak baik..EnjoY!

2 comments:

  1. Bilik Putih...? mcm satu bilik exclusive je utk pesalah cm trisha tu..plus, umi agk baik kn..? dia patut dpt hukuman ringan sket kot..huhu.. =P

    ReplyDelete
  2. apsl la si moon 2 bek sgt..ad0iyai..ptt si trisya 2 msk je penjara..hehe..(ayt x pueh ati..)..btw,mmg enj0y bc cite ni..=)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.