Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

25 June, 2009

Spell 14 : The Past and The Present


Spell 14 : The Past and The Present


“Mine?” Panggil Moon apabila ternampak Mine sedang duduk sambil memeluk kaki dibawah pokok cherry.Kepalanya dibenamkan dicelah lutut.Mine mendongkok.Kelihatan matanya membengkak.Moon yang agak terkejut terus mengambil tempat disebelah Mine.


“Kau nangiskah?Kenapa?” Soal Moon sambil memeggang bahu Mine.


“Moon,..aku penat..” katanya sayu,air mata mengalir dipipi.


“Why?It’s okey...nangis saja seberapa banyak yang kau nak...aku temankan kau,” moon memeluk Mine,dan Mine pun terus menangis.Menangis semahu-mahunya.Habis basah baju Moon dek air mata Mine.


Beberapa minit berlalu….

“Puas?” Soal Moon.Mine tersenyum sambil menyeka sisa air matanya.


“Kau nak tinggal sini atau masuk kelas?” Soal Moon lagi.


“kalau aku kata tinggal,kau laporkan pada President(Zero)?” Moon tidak menjawab,tapi terus duduk disamping Mine.Mine mengedutkan dahi.


“Aku takkan laporkan..tapi aku ikut serta,” Jawab Moon sambil tersentum.Mine tergelak kecil.Lepas tu…senyap.


“Moon,kenapa kau tak tanya aku kenapa aku menangis?” Setelah lama mendiamkan diri,Mine memulakan bicara.


“Kenapa aku perlu tanya?” Jawab Moon selamba.Mine tergelak lagi.


“You’re so mean!”


“Yalah..kenapa pula kau perlu tanya kalau benda itu akan menyakiti kau lagi?Aku tak tanya sebab aku nak kau sendiri ceritakan pada aku,”


“Moon..Witch..Perempuan sihir..you are my bestfriend!” Mine memeluk Moon lagi.


“Sebenarnya..aku ada sesuatu nak bagi tau kau..lama dulu..” Mine melepaskan pelukan sambil menyambung ayatnya.Takkan dia nak bagi tau aku yang dia sukakan Zero selama ni?


“I have a cousin..tapi dia juga sukakan orang yang aku suka,”


“Cousin?Kau tak pernah bagitau aku pun kau ada sepupu?”


“Sebab kau tak pernah tanya..lagi pun kitakan jarang cerita pasal keluarga.Aku nak kenalkan dia pada kau,tapi takda masa..sebab dia makan angin dengan keluarganya dan kita pula ada kem.” Moon mengangguk,faham.


“Her name is Lily Madalina..dia berpindah ke US waktu umur dia 9 tahun,dan sekarang dia balik ke Logenberry semata-mata nak cari lelaki yang dia suka,dan orang itu….” Ayat Mine segera terhenti apabila terpandang Moon yang seakan terkejut.Lily..Lily Madalina??Bukankah dia…ahh..kecilnya dunia..

“Mine!!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara panggilan dari belakang.Mine dan Moon sama-sama menoleh.Kelihatan seorang gadis berkulit putih berjalan menuju kearah Mine dengan senyuman,dan tiba-tiba muncul lelaki yang cukup dikenali dibelakangnya.Lelaki itu adalah Zero.Alangkah terkejutnya Moon.Zero kenal gadis ini?Nanti!Macam kenal aja gadis ni..diakan gadis yang pernah aku selamatkan dulu??Ya..gadis putih tu!


“Lily..” Kata Mine.Moon tersentak.Lily?Jadi gadis putih ni Lily..sepupu Mine??Moon memandang Zero.

Zero juga kelihatan amat terkejut apabila terpandang Moon.Zero menghampiri mereka sambil matanya tidak lepas daripada memandang Moon.Mata Moon terus beralih pada Mine,dia tahu yang Mine penat berpura-pura dihadapan sepupunya itu.Wajah Mine waktu itu sudah berubah keruh tapi dia tetap cuba untuk berpura-pura tenang.


Moon memandang Zero,Zero sudah pun mengalihkan pandangannya.Sebelah tangan masuk dalam poket,sebelah lagi menyelak rambut kebelakang.Wajahnya kelihatan gusar.


“Mine,Zero setuju nak keluar dengan aku!” Kata gadis putih gembira seolah-olah Moon tiada disana.Lily..kau dah tak kenal akukah?Tiba-tiba gadis putih itu memandang Moon,dia merapatkan mukanya pada Moon dan Moon pula menjauhkan wajahnya.


“Macam kenallah..kau kan gadis super tu?” Soal gadis itu.Zero dan Mine sama-sama memandang kearah mereka.Moon tersenyum sumbing.


“Gadis super?” Tanya Mine pelik.


“Eya..gadis super yang aku cerita kat kau masa aku mencari rumah kawan aku..hebat betul kau berlawan dengan mereka..tapi aku tak sempat nak ucapkan terima kasih pada kau sebab aku takut..lagi-lagi selepas aku nampak awan gelap tu.Anyway..thank you so much!” Lily menghulurkan tangannya,pelan-pelan Moon menyambutnya.


“Lily..nama dia bukan gadis superlah nama dia Moon,Moon ini Lily,” Mine memperkenalkan mereka antara satu sama lain.Lily mengedutkan wajah.


“Moon Morgana,” Kata Moon.Satu senyuman keluar dibibir Lily.Tiba-tiba dia menjerit memanggil nama Moon.


“Rindunya!” Kata Lily seakan menjerit sambil memegang kedua-dua tangan Moon.Moon tersenyum,tapi rasa sedikit janggal dengan kawan lamanya tu.


“Stop!!Kamu dah kenal?” Mine pula yang dilanda persoalan.


“Eya..rumah Moonlah yang aku cari hari tu..aku tak tau pula gadis super tu kau..sorry,aku dah tak kenal kau,Moon,”


“It’s okey..kitakan dah lama tak jumpa,lagi pun aku juga tak cam kau..jadi,serilah!” Kata Moon.Matanya sempat melirik kearah Zero yang semakin janggal.Mesti terseksa kalau dia tahu 2 orang mencintai dia sekali gus..mungkin aku patut pergi,tinggalkan mereka.


“Okeylah..aku ada kerja lagi ni..lain kali kita berbual lagi,ya?Mine,Aku pergi dulu.” Moon terus berlalu.Zero seakan tersentak..tapi dia hanya memandang langkah Moon yang semakin laju dan hilang disebalik dinding bangunan.Zero meraup wajah.Aku harap kau tak salah faham Moon..

****

Pintu Bilik Persatuan Pelajar dibuka kasar.Moon terus menghempas badannya disofa.Kepala memandang siling putih.Kenapa dengan aku ni??Apa dah jadi..kena kejutan budayakah apa?Kenapa aku rasa begini?Hati aku sakit..sakit sangat!!Tapi..sebab apa?Tadi biasa-biasa aja…


Dua-dua mereka sukakan orang yang sama dan mereka kawan baik aku sendiri..adakah perkara yang sama akan berulang lagi?Adakah mine juga akan tinggalkan aku?

Sebelum Lily berpindah..

“Moon..aku ada nak cakap dengan kau,” Soal Lily sambil memandang Moon yang sedang berlatih judo dengan patung yang sama besar dengannya.(Kisah ini selepas Moon mengalami kejutan dan berubah secara extreme.)


“Apa?” Soalnya pendek.


“Aku...akan berpindah tidak lama lagi,” Hayunan patung itu terhenti.Payung itu jatuh ke lantai.


“Kenapa nak pindah?”


“Papa dan mama aku terpaksa pindah,so aku pun perlu pindahlah..lagi pun kau dah boleh jaga diri dengan latihan judo aja,kan?” Moon tidak menjawab.Tapi dia melabuhnkan punggung ditempat dia berdiri.


“Tapi..aku perlu lakukan sesuatu…” Moon memandang Lily,menunggu jawapan.


“Aku nak luahkan perasaan aku pada Zero..kau jangan marah..aku sebenarnya dah lama sukakan dia..Cuma dia selalu buli kau sebab tu aku tak nak cakap pada dia..kau marah?” Moon menggeleng.


“Bila kau nak cakap pada dia?” Soal Moon.


“Esok!”

Esoknya…

“Moon!!!” Jerit Lily sambil berlari kepada Moon dengan matanya yang berair.Tiba atas selanggang teakwood(Moon banyak mengikuti persatuan selepas kejutan itu).Lily terus terduduk dan menangis semahu-mahunya.Aku dah tahu jawapannya..


“Aku nak pindah cepat-cepat..aku benci dengan dia..dia tak suka dengan aku…Moon…” Rintih Lily.

Macam tulah kejadiannya..Lily berpindah sehari selepas itu.Dan aku dah takda kawan selain dia.Tapi,aku harap kejadian itu tidak menimpa Mine,aku harap juga dia berani meluahkan perasaannya pada Zero.Persoalannya sekarang...kenapa aku risau??

“Kenapa tak boleh?Kau dah cakap kau setuju tadi!” Moon tersentak.Dia seakan mendengar suara sedang menuju kea rah bilik itu.Moon terus mengangkat badan.Pintu yang tertutup tiba-tiba terbuka kasar.Moon bangkit.


“Aku minta maaf..tapi aku tak boleh,” Kata Zero tanpa sedar Moon sedang memerhatikan dia dan Lily.Serta merta mereka berhenti bergerak apabila terpandang Moon yang sedang memandang kearah mereka.


“Sorry..aku pergi dulu!” Moon terus berlalu.Zero mendengus kasar.Tanpa berkata apa-apa Zero terus meninggalkan Lily yang masih termenggu.

“Moon!” Panggil Zero sambil menyentap tangan Moon.Moon berpaling sambil menarik tangannya.


“Kenapa?” Soal Moon sambil berundur beberapa tapak.


“Jangan salah faham ya?”


“Jangan salah faham?Apa maksud kau?”


“Aku dengan Lily takda apa-apa..”


“Zero,kenapa kau perlu jelaskan pada aku tentang hubungan korang?Aku takda kena-mengena dengan kamu tau.”


“Tapi…”


“Dan lagi..aku rasa temu janji tu tak diperlukan lagi.Aku tak nak,”


“Kau dah janji Moon..kau dah lupa?”


“You know what..bukan aku saja yang memungkiri janji..lagi pun,I don’t think it’s necessary.” Kata Moon seakan menyindir.Lantas meninggalkan Zero yang terpana mendengar kata-katanya.

****

“Kakak!!” Panggil Moon dari luar.Sudah jemu tangannya menekan lonceng rumah banglo itu tapi tiada seorang pun yang membuka pintu tersebut.Dalah tandannya penuh dengan barang-barang..Moon memanggil sekali lagi.Kali ini lebih kuat dari tadi.


KRAK! Pintu terbuka.


“Zero?” Lelaki yang dianggap Moon sebagai Zero itu mengedutkan dahi.


“Aku terlalu seiraskah dengan Zero?” Moon tersentak.Aduss!!Malunya..ini mesti abang Zany..


“Sorry..aku ingat Zero tadi,”


“Masuklah..mari abang tolong!” Zany mengambil plastic berisi sayur-sayuran ditangan kiri Moon.Zany

dan Moon beriringan masuk.


“Kakak mana?” Soal Moon sambil melabuhkan punggung disofa.


Ada..di taman belakang,” Jawab Zany sambil memasukkan sayur-sayur itu dalam peti sejuk.Patutlah tak dengar..mesti dengan Gia..Moon tersenyum lalu melepaskan beg sandang dari badannya.Dia bangkit lalu menuju ke taman belakang.


Kelihatan Hanna dan Morgiana sedang duduk di atas rumput beralaskan tikar getah.Moon mendekati mereka.Lantas mengambil tempat.


“Pari-pari!” Panggil Morgiana gembira.Hanna juga kelihatan terkejut dengan kedatangan Moon.Moon tersenyum.


“Tak bagi tau pun datang hari ni?”


“Saja..nak bagi surprise..takdalah..sebenarnya Moon datang ni sebab nak tau dan bagitahu sesuatu,”


“Cakaplah..”


“Kakak mesti dah tahu..pasal aku muncul di tahun 2000..8 tahun lalu,kan?” Hanna mengangguk.


“Moon nak tahu apa yang terjadi antara keluarga kita dan keluarga abang Zany,dan sebelum kehilangan kakak..kenapa kakak boleh diculik?” Hanna menarik nafas dalam-dalam lalu dihembusnya.Hanna memandang Moon.


“Biar kakak mulakan dari A..sebenarnya,selepas Zany selamatkan Moon,terus terang..kakak dah mula sukakan dia..dan sejak itu kami hang-out together..dan lama-lama aku dah jatuh hati dengan dia..dia juga cintakan kakak..kami couple.Tapi bila mama papa kita dan keluarga Zany tahu,diorang halang perhubungan kami.Kami pun dah terlalu saling menyayangi sebab tu kami tak boleh berpisah.Papa masa tu dah jodohkan kakak dengan Kenichi dan papa nak mempercepatkan pertunangan tu.Kakak langsung tidak dibenarkan keluar,even membuat panggilan.Kakak dikawal dengan rapi.Moon tak tahu pasal tu sebab Moon kan selalu ada latihan kat luar sekolah.”


“Lepas tu?” Moon menyoal ingin tahu.


“Masa tu..hanya Kenichi yang dibenarkan berjumpa dengan kakak,dalam masa yang sama..Kenichi menjadi perantaraan kakak dan Zany.Kami merancang untuk menghilangkan diri.Dengan bantuan Uncle Adin,kakak dapat keluar dengan bersembunyi di bonet kereta papa masa papa nak keluar kerja.Kami janji nak jumpa disebuah tasik,sejam kakak tunggu..tapi yang datang bukan Zany,tapi lelaki yang menculik kami,”


“Tapi macam mana abang Zany juga diculik sama?”


“Selepas lelaki bertiga tu membuatkan kakak pengsan..Zany muncul dan terdengar mereka bercakap pasal dimana mereka nak sembunyikakan kakak..Zany terus menghubungi Kenichi..lepas tu baru dia menyerbu kearah lelaki itu.Dia sengaja menyerbu untuk melindungi kakak.Dia percaya yang Kenichi boleh menyelamatkan kami..dalam masa yang sama..Moon muncul dari masa depan untuk membantu Kenichi,”


“Apa terjadi selepas tu?Apa jadi dengan Kenichi?”


“Kenichi memanggil doktor keluargannya untuk merawat kami..waktu tu Moon dah ‘balik’.Doktor itu juga merawat Areena,untuk pengetahuan Moon..Areena pengsan lebih lama dari Moon..4 hari!” Melopong mulut Moon.Banyak sangatkah tenaga dia yang aku gunakan?Atau pun dia yang tak boleh menampung tenaga aku?


“Tapi kenapa kakak dan abang Zany tak terus masuk hospital?”


“Itulah perkara yang kami elakkan..lepas kejadian itu..berita telah menyiarkan tentang kehilangan kami dan kami mengambil keputusan untuk hilang selama-lamanya sebab kakak dan Zany tak nak terpisah lagi..”


“Kakak tahu tak kehilangan kakak menyebabkan papa dan mama selalu bergaduh?Moon ada atau takda..diorang tetap gaduh..tapi pernahkah kakak dan abang Zany gaduh?”


“Memang tak masuk akal kalau kakak cakap kami tak gaduh…hampir setiap hari..tapi kami tetap tak nak pisah..ada saja yang buat kami berbaik..contohnya kehadiran Zero,”


“Zero?”


“Eya..dua tahun selepas itu..Zero menemui kami dengan bantuan penyiasat peribadinya..sebab Zero,kakak dan abang Zany dapat melanjutkan pelajaran di oversea,” Terbeliak mata Moon..macam mana Zero boleh membantu sedangkan dia baru berumur 13 tahun?Budak berumur seperti Zero belum mampu untuk melakukan perkara itu..menghantar 2 orang sekali gus belajar di oversea??


“Zero kan masih darjah waktu tu..macam mana pula dia boleh melakukan sesuatu yang orang lain tak boleh buat?”


“Moon..Moon tak tahu kisah hidup Zero..Zero lebih terseksa..lebih menderita dibandingkan kami..Zero berkorban demi Zany dan kakak!”


“Berkorban?”


“Eya..dia buat perjanjian dengan papanya..dia akan takeover jawatan CEO di syarikat IE kalau ibu bapanya tidak mencampuri urusannya..seperti duit yang dia gunakan untuk menampung pembelajaran kakak dan Zany..pada mulanya,papa tak yakin dengan Zero,tapi Zero dapat juga meyakini ibubapanya.” Moon seakan tidak percaya..Zero menjadi CEO pada usia yang muda..mala sangat muda!Memang tak masuk akal…langsung!

*****

“Fuuh….” Masuk kali ini sudah tiga kali Moon mengeluh panjang.Bila teringatkan cerita kakaknya,dia tiba-tiba teringatkan Zero.Zero terseksa..Zero menderita..adakah orang lain kisah tentang perasaan dia?Mesti Zero penat..arg!Aku mengeluh pun takda gunanya..aku bukan boleh buat apa-apa untuknya…


Moon menghempap badan diatas katil empuknya.Siling putih itu ditenung sambil tangannya bersilang dijadikan bantal.Belum sempat Moon menarik nafas,telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan panggilan masuk.Moon bangun lalu menyaluk begnya.Nama Zero tertera di screen telefonnya.Lama Moon berfikir,lama juga telefon itu berdering.Akhirnya,Moon membiarkan saja panggilan Zero tidak dijawab.Telefon diletakkan lagi.Nampak saja nama Zero,dia teringatkan kejadian di Bilik Persatuan Pelajar.Dia betul-betul terkejut..Zero dan Lily seakan pasangan kekasih.Bergaduh sambil berkejaran..sakit hatinya memandang mereka.


Moon dikejutkan lagi dengan bunyi telefon,kali ini bukan panggilan tapi mesej.Mesej itu dibuka.Daripada Zero.

Zero : Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm.

Telefon ditutup.Moon merapatkan matanya.Dia tidak tahu apa harus dia lakukan.Kalau aku pergi jumpa dia,Lily dan Mine pula macam mana?Aku tak nak mereka salah faham..tapi aku juga nak jumpa dengan dia…

**************************************

P/s : Tolong komen kalau ada yang korang rasa tak bagus..aku sedia menerimanya..EnjoY!

4 comments:

  1. ske laa cerita fantasi mcm nie,,,, ~ngee

    ReplyDelete
  2. stakat baca ni...
    best sgt! tbayang camne kim so eun n' kim bum dlm citer ni ;D

    ReplyDelete
  3. haha.. sempat lagi berangan yg kita jadi kim so eun... wa i love kibum!!!

    ReplyDelete
  4. adus best gile...aq bleh terbayang kim bum.... best sngt2...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.