Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 June, 2009

Spell 9: Believe

Spell 9: Believe

Setelah sampai di rumah Warge Emas,mereka sekali lagi dibahagikan kepada dua kumpulan,tapi bukan lagi seperti kumpulan asal.Kini pelajar yang mendapat biasiswa dan tidak mendapat biasiswa akan dicampurkan.Kumpulan A akan tidur di vila milik keluarga Trisha,vila itu hanya berada diatas rumah Warga Emas,atas bukit.Manakala Kumpulan B pula akan tidur di dalam kemah dikawasan rumah Warga Emas.Cikgu Rohani sebagai pemantau Kumpulan A,Cikgu Jhul pula menjadi pemantau Kumpulan B.


Moon dan Trisha berada di kumpulan yang sama iaitu Kumpulan B,tapi Moon terpisah dengan Mine.Mine berada di Kumpulan B,sama dengan Zero.Sungguh tidak disangka oleh Trisha, yang dia terpaksa tidur didalam kemah selama 3 hari,satu kumpulan pula dengan Moon.Tapi mereka berada dikemah yang berbeza.Satu petanda yang tidak baik bagi Moon,bagi Trisha itu adalah peluang yang dinanti-nantikannya.Walaupun terpaksa bertahan asalkan impiannya untuk membalas dendam tercapai.Itu sudah memadai.


AJK tertinggi dan Pengetua Alfred serta guru-guru sengaja mengasingkan mereka agar senang memantau dan memberi markah.Tujuan sebenar lawatan itu diadakan adalah untuk memupuk sikap prihatin pada semua pelajar.Itu juga kemahuan pengetua sendiri.


“Sayanglah tadi Zero..kau tak nampak The Mask masuk dalam bas kita tadi.Siap bagi sesuatu pada Moon lagi,” Kata Nadal sebaik saja Zero sampai dibilik mereka.Zero tergelak kecil.


“Oya?” Kata Zero dengan senyuman berbunga dimatanya.


“Tapi kau pergi mana tadi?” Tanya Nadal pula.


“Oh..aku..aku tertinggal barang.Tapi aku dah minta izin dengan Cikgu Rohani sebelum pergi,” Jawab Zero sambil mengemas barang-barangnya dan memasukkan kedalam almari yang sedia ada.


“Barang apa?Nampak tergesa-gesa aja aku tengok?

“Benda penting untuk orang penting,”

“Orang penting?Siapa..girlfriend?”

“Girlfriend…girlfriend..untuk akulah..buat apa nak bagi benda penting untuk orang lain pula?” Kata Zero sambil keluar dari bilik selepas mengemas semua barang-barangnya.Nadal membuntuti Zero menuju ke ruang tamu untuk perjumpaan mereka.


Kelihatan beberapa pelajar sudah berada di tempat itu. Tapi hanya Kumpulan A saja.Zero dan Nadal mencari tempat duduk yang selesa.


“Malam ini,kita akan berkumpulan ditapak perkhemahan kumpulan B.Sebelum kita menjalankan tugasan untuk 2 hari ini,kami telah mengadakan satu permainan.”


“Permainan apa cikgu?” Soal salah seorang pelajar di Kumpulan A.


“Kalau cikgu bagi tau sekarang,tak seronoklah malam nanti,”


“Cikgu,boleh tak kami keluar jalan-jalan disekitar sini?” Soal Arnold,pelajar yang mendapat biasiswa.


“Cikgu benarkan kamu semua keluar jalan-jalan tapi sebelum matahati terbenam,cikgu nak kamu semua mesti ada di ruag tamu..dan lagi satu,catat nama kamu sebelum dan selepas keluar.Cikgu taknak ada yang menyimpang.Kawasan ni memang banyak tempat tersembunyi.” Kta Cikgu Rohani berseloroh.Pelajar-pelajar yang faham akan kata-kata cikgu itu tersengih-sengih.Bukan Cikgu Rohani tidak tahu dalam kumpulan itu ada banyak yang berpasangan,ada pula yang terpisah dengan pasangan.


“Zero?” Panggil Cikgu Rohani.Zero tersentak.


“You as a leader,” Sambung cikgu pula.Zero hanya mengangguk faham.Sudah tugasnya sebagai President Persatuan Pelajar

******

“Mana Moon ni?boleh hilang macam tu aja..” Soal Stevey sendiri.Dia dan Moon sudah berjanji untuk membeli bahan makanan untuk mala mini,tapi Moon tiba-tiba saja menghilang.Mungkin dia dah terbang dengan broomsticknya.Stevey mendail nombor Moon denag telefon bimbitnya.Nasib baik ada yang menyambut panggilan.Kedengaran suara Moon dicorong telefon bimbitnya.


“Kau kat mana?Kiat kan nak beli bahan-bahan?”


“Eya..tapi boleh tak kita jalan 30 minit kemudian.Aku ada hal sikit,”


“Okey..dari kau saja Vice-President,” Talian dimatikan.Stevey pun balik semual di kemah mereka.


*******


“Adik nak pergi mana” Soal Moon sambil duduk mencangkung dihadapan budak seorang perempuan lingkungan 4 tahun.Budak itu kelihatan baru saja siap menangis.Matanaya merah membengkak.Budak itu menggeleng.Sah..sesat jalan.Anak siapalah ni..kenapa tinggalkan anaknya seorang kat sini?


“Nama adik siapa?” Soal Moon lagi.Namun budak itu masih tidak menjawab.Pandangan budak itu seakan takut dengan Moon.Takut dengan mata Moon.Moon mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya lalu menghulurkan pada budak itu.


“Nah..gula-gula tangkai ni kakak punya,ambillah.Adik tahu tak,gula-gula tangkai ni dari pari-pari tau.Gula-gula tangkai ni adalah tongkat pari-pari,” Kata Moon.Entah cerita dongeng mana yang diambilnya.


“Tongkat pari-pari?” Soal budak itu pula.Moon mengangguk pasti.Pasti?Hantam sajalah...


“Eya..lepas adik makan gula-gula ni..hajat adik akan tercapai.Nak cuba tak?” Pancing Moon lagi.Sebenarnya dia cuma ingin mengalihkan perhatian budak itu supaya tidak menangis lagi.Aku tak suka budak-budak menangis,sebab tu aku bagi dia gula-gula ni..jangan salah faham pula..


“Betulkah?” Soal budak itu meminta kepastian dari cerita karut Moon.


“Betul..tapi pari-pari tu kata,kalau nak hajat kita tercapai tak boleh menangis.” Tambah Moon lagi.Semakin mengarut ceritanya.


“Kalau gitu aku makanlah,” Kata budak itu sambil mengambil gula-gula tersebut di tangan Moon lalu membukanya.


“Tapi perlukah kita bagitau hajat kita?” Soal budak itu pula.


“Tak perlu..Dia dah tahu hajat kita,Kita cuma perlu makan saja,” Jawab Moon.Gula-gula itu pun dimasukkan ke dalam mulutnya.Eya..kita hanya perlu percaya..Moon berkata dalam hati.


“Morgiana!!” Moon tersentak.Moon dan budak itu serentak berpaling kearah suara pemanggil tersebut.Budak perempuan itu bingkas bangkit dan meluru kearah wanita yang memakai penutup muka.Mukanya ditutup dengan selendang hitam,hanya mata yang kelihatan.Moon turut bangkit.


“mama!” Kata budak yang dipanggil Morgiana sambil memeluk kaki ibunya.


“Gia pergi mana?Puas mama cari tau,” Kata wanita itu pula.


“Mama..kenapa mama pakai selendang ni?” Soal Morgiada pelik.Mungkin pelik kerana kali pertama ibunya memakai penutup muka.


“Takda apa-apa..jom kita balik.Terima kasih!” Kata wanita itu sambil menundukkan kepala kepada Moon yang jauh beberapa tapak dari mereka.


“Kejaplah mama..Gia nak bagi tau sesuatu ni..mama tau tak pari-pari gula-gula tangkai tunaikan hajat Gia,” Cerita Gia seakan teruja.Dahi wanita itu mengedut.Belum pernah dia mendengar cerita karut seperti itu


“Pari-pari..gula-gula tangkai?Benda apa tu?” Soalnya pelik.


“Mari mama..Gia tunjukkan pari-pari tu pada mama,” Morgiana menarik tangan ibunya menuju kearah Moon.Moon terpinga.Aku bukan pari-pari tulah..Wanita itu berdiri dan berjalan sambil melarikan wajahnya dari terlihat Moon.Moon mengangkat kening.Apasal pula wanita ni?


“Mama..inilah pari-pari tu,” Kata Morgiana sambil memasukkan gula-gula kedalam mulutnya.Moon tersenyum sumbing.Malu dengan cerita karutnya sendiri.


“Terima kasih..sebab tolong jaga dia,” Katanya perlahan.Seakan wanita itu tidak mahu suaranya didengari oleh Moon.Moon mengangguk sambil tersenyum.


“It’s okey..orang lain pun akan buat macam tu juga,Okeylah..aku pun ada kerja ni..pergi gulu.Gia jangan tinggalkan mama lagi tau?Bye!” Pesan Moon sambil berlalu.Wanita itu hanya memandang pemergian Moon dengan pandangan berat.


“Kenapa mama tutup muka?” Soal Morgiana.Wanita it menggeleng lalu membuka selendang itu dari wajahnya.


“Jom..kita balik,” Wanita itu menarik tangan Morgiana menuju kearah rumah mereka.Sekali lagi wanita itu memandang kebelakang.Moon lesap dari pandangan.


“Mama tau tak,gula-gula ni tunaikan hajat Gia?” Soal Morgiana sambil menunjukkan gula-gula berwarna merah jambu kepada ibunya.Wanita itu tersentak lalu memandang anaknya.


“Hajat?Hajat apa?”


“Tadi..Gia nak sangat mama datang pada Gia dan mama betul-betul datang.Pari-pari tu kata,gula-gula ni akan tunaikan hajat kita,”


“Yalah tu..” Jawab wanita itu.Mengiyakan saja walaupun tidak masuk akal.

******

Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 8.00pm.Kumpulan A dan Kumpulan B sudah pun berkumpul ditempat yang dijanjikan.Mereka duduk mengelilingi api.Dalam masa yang sama mereka berbual kosong sambil menunggu kedatangan Cikgu Rohani dan Cikgu Jhul.Seketika kemudian,Cikgu Rohani dan Cikgu pun sampai.


“Mungkin permainan ada sedikit kebudak-budakkan,tapi cikgu harap kamu boleh memberi kerjasama yang baik,” Kata Cikgu Rohani.


“Kita akan bercerita tentang kehidupan kita dan siapa diri kita sebelum kita berganjak kealam lain,” Sambung Cikgu Jhul pula.Zero mengangkat tangan.


“Kalau kita bercerita tentang sesuatu di luar imagenasi kita,boleh?” Soal Zero.Cikgu Rohani dan Cikgu Jhul saling berpandangan lalu mereka mengangguk.


“Asalkan ia adalah perkara yang baik,” Cikgu Rohani bersetuju dengan cadangan Zero.


“Tentulah sesuatu yang sangat baik,” Jawab Zero pula sambil memandang kearah Moon dengan pandangan yang sukar ditafsir.


“Ia tentang seorang kawan yang dulunya sangat baik bak malaikat,namun dia berubah setelah terjadi sesuatu.Sesuatu yang boleh dianggap mengerikan.Dan baru petang tadi aku ternampak dia dengan sikapnya yang dulu,” Sambung Zero.



“Siapa?” Tanya salah seorang pelajar dari Kumpulan B.


“Rasanya orang itu sendiri tidak mahu namanya disebut..tapi aku akan ceritakan kisahnya petang tadi.Dia buat seorang kanak-kanak perempuan berhenti menangis dengan ‘tongkat pari-pari’,” Moon tersentak.Tongkat pari-pari?Bukankah…Dengan pantas kepala Moon berpaling kearah Zero.Anak matanya menikam anak mata Zero.Zero tersenyum sambil mengenyitkan mata.Moon tersentak buat kali kedua.Dia segera melarikan matanya.Apa motif Zero..takkan dia nak mengugut aku lagi,kot?


“Tongkat pari-pari?Benda macam tu mana ada kat dunia ni,orang yang hidup dalam dunia khayalan saja yang akan berkata begitu,” Kata Andre.


“Then..kau tak tahu apa makna kepercayaan.Ya..it’s ridiculous..tapi orang itu menanamkan sikap kepercayaan pada seorang budak.Percaya kepada keajaiban.” Balas Zero pula.Moon memandang Zero.Kalau kau sebut nama aku depan semua orang,aku campak kau kat laut mati.Baru puas hati aku.


“Keajaiban?korang masih percayakah pada keajaiban?Setahu aku..keajaiban is nothing,” Kata Michael.Anak pengarah Skycraper High School.


“It’s exist..as long as we believe..Tapi,kalau kita tidak pernah mencuba,ia takkan datang dengan sendirinya,” Balas Zero lagi.Masih mempertahankan kebenaran pada kata-katanya.


“Ya..whatever..” Katanya malas.


“Tapi,kau kata kawan kau berubah setelah sesuatu terjadi,apa yang terjadi?” Soal Stevey pula yang duduk bersebelahan dengan Moon.


“Cikgu,aku nak pergi tandas,” Pintas Moon.Sebelum Zero memberitahu segala-galanya..lebih baik aku pergi.Moon bangkit dan beredar menuju kebelakang rumah Warga Emas.Semua memandang Langkah Moon.Betullah kata orang..she’s like a whether..


“Aku tak perlu ceritakan semuanya..cukuplah hanya dengan pengajarannya saja.Percaya pada sesuatu yang mustahil.Selagi kita percaya kita akan dapat benda yang kita mahu,” Sambung Zero lagi.


“What a good lesion Zero,siapa lagi yang ada kisah seperti Zero?” Soal Cikgu Rohani pula.Zero memandang ke belakang,risau menyelubungi dirinya..takut benda yang tidak diingini terjadi.


“Cikgu,aku nak pergi ke tandas juga,” Ujar Umi pula,setelah Cikgu Jhul mengangguk,dia pun menuju ketandas.Seperti yang dijangkakan,Trisha sudah pun memulakan rancangannya..buktinya dia tak ada kat sini.I knew it.


Zero memandang pemergian Umi,saat itu dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan terjadi.Beberapa minit berlalu Moon masih belum muncul,begitu juga dengan Umi.Apa sebenarnya rancangan diorang?

***************

P/S : Mungkin post ni ada a little bit boring,so sorry..tapi sa arap kamu enjoy juga.And please komen,ya?

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.