Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

04 July, 2009

Spell 17 : Cinta Terungkai



Spell 17 : Cinta Terungkai


Fuhh…nasib baiklah Stevey dan Nadal bersetuju untuk ikut kami mencari Mine.Itu pun selepas aku merayu tahap dewa depan diorang.Aku sebenarnya taknak bawa diorang sekali,tapi kehadiran Zero yang memaksa aku mengadaikan maruah aku untuk merayu pada mereka.Tapi.Zero tak tahu hal ni..biarkan..aku dah tak boleh berdepan dengan dia..seorang diri..kehadiran Nadal dan Stevey sudah cukup membantu aku..

“Kata Uncle Rafie..Mine suka tempat-tempat pergunungan..patutkah kita cari dia di setiap pergunungan?” Kata Moon.Terlopong mulut Stevey dan Nadal.Moon betul-betul serius tentang Mine…


“Kau gila Moon..kau rasa berapa lama saja kita akan hidup kalau kita cari dia di setiap pergunungan?” Moon mengangkat bahu.Dia sendiri tidak kisah dengan jangka hayatnya apabila berfikir tenteng Mine.


“Hei Zero..bagilah cadangan..kau pun ada urusan dengan Mine jugakan?” Soal Nadal pula pada Zero yang sedang duduk memandang ketepi.Mukanya kelihatan masam.Memanglah aku ada urusan dengan Mine tapi sekarang ni dah takda..sebab kamu dah ada…


“Zero?” Zero memalingkan badabnya menghadap mereka.Sakit dihatinya masih bersisa.Niat untuk berdua dengan Moon musnah.


“Begini saja..kita senaraikan dulu tempat-tempat yang ada kawasan pergunungan lepas tu kita cari satu persatu.Sebab kalau misi kita tidak dirancang,ia susah untuk dilaksanakan,” Mereka mengangguk setuju dengan cadangan Zero.Begitu juga Moon.Patutlah Zero boleh meyakinkan papanya untuk mengambil ahli syarikat IE..dia memang berkebolehan.


****


Kedengaran esakan seorang gadis yang sedang duduk dipondok berhadapan dengan pemandangan luas ladang tea yang penuh dengan kehijauan dan beberapa orang sedang memungut hasil.Keindahan itu langsung tidak mampu mengusir hatinya yang sedang gundah.


Tiba-tiba seorang lelaki mendekatinya,gadis tersebut perasaan akan kedatangannya tapi buat-buat tidak tahu.


“Nah!sudah-sudahlah tu..ladang tea ni takkan subur dengan air mata jernih kau tu,” Tegur lelaki itu sambil menghulurkan sapu tangan berwarna putih.Sapu tangan itu hanya dipandang sekilas.


“Aku tak perlukan sapu tangan,” Kata gadis itu tanpa memandang kebelakang seakan dia kenal akan lelaki itu.Sapu tangan itu ditarik semula.


“Suka hati kaulah..aku dah bermurah hati nak baik dengan kau,Mine.Aku pergi dulu!” Selesai berkata-kata Lelaki tersebut terus menghayun langkah.Mine bangkit.


“Jan!” Panggil Mine.Lelaki yang dipanggil Jan itu berhenti sambil tersenyum.


“Cepat sangat putus asa..kau nak tinggalkan aku sendiri di sini lepas kau dah naik sampai sini?” Kata Mine seakan merajuk.Jan berpaling kearah Mine.


“Aku tak perlukan sapu tangan..aku perlukan bahu…” Mine menyekat air matanya yang jatuh.Jan tersenyum sambil mendekati Mine.Sampai saja,dia menepuk-nepuk bahunya.Seraya itu Mine memaut dibahu itu lalu menangis semula.


“Sorry..habis basah kot kau..” Kata Mine sebaik saja perasaannya pulih semula.


“Sebab tu aku bagi sapu tangan..aku dah beli special untuk kau ni..lepas kejadian dulu,aku dah buat persediaan..tapi kau nak juga bahu aku ni..apa boleh buat..” Jan berseloroh.


“Oh..kau beli sebab kau kau tak nak aku nangis kat bahu kau lagi?Apa punya kawanlah kau ni..” Kata Mine sambil menepuk bahu Jan.


“Apa dah jadi sebenarnya ni..sampai datang sini hanya untuk menangis?” Jan mula menyoal.


“Aku rasa bersalah sangat..aku tak sepatutnya marah dengan Moon.Moon tak salah..aku yang salah…,”


“Kalau rasa bersalah,napa tak jumpa saja dengan dia balik..minta maaf,”


“Aku malu..aku malu dengan Zero..dia dah tahu aku suka dia..”


“Ini masalah kau,Mine..suka sangat nak melarikan diri..kau taknak terus terang dengan dia..kau selalu aja nak..” Melihat wajah Mine yang berubah sayu,Jan berhenti..lalu mengeluh.Timbul rasa bersalah dihatinya..bukan dia tak tahu,Mine ni budak manja..walaupun mereka jarang berjumpa,tapi Jan boleh kenal dari cara Mine chating dengannya.Sebenarnya nasihatnya tadi lebih ditujukan pada dirinya sendiri.


Perkenalan mereka bermula semasa Jan bercuti ke lading teh itu sambil menangkap gambar.Dia terjumpa seorang gadis..Minelah tu..menangis dipondok tersebut kerana tersesat.Dalam masa yang sama dia terlupa membawa handphonenya.Jan tidak terus menegur Mine tapi sempat mengambil gambar Mine semasa Mine menangis teresak-esak.Baginya Mine masa tu sungguh lawa..macam pemandangan lading teh yang subur menghijau.Bila saja Jan menegur Mine,Mine terus menerpa kearah Jan kerana terlalu takut,dan disitulah Mine menangis dan mereka berkenalan.


“Eyalah..sorry..” Jan meminta.


“It’s okey..aku tau dan cukup mengerti..memang salah aku sebab tak terus terang..”


“Mine,sorry?” Pinta Jan sekali lagi,dia tidak pasti jawapan Mine tadi memaafkan dia atau tidak.


“Takapa…oya!Kau kata kau tak dapat balik cuti..dapat pun.Kau dah janji nak bagi tau aku,”


“Yakah?Ada meh?” Jan buat-buat lupa.


“Issh!!Buat-buat lupa pula..”


“Taklah..aku rasa bersalah pada keluarga aku kalau aku tundakan cuti aku.Mereka nak sangat jumpa aku.So,aku baliklah,”


“Oo..tapi kenapa aku rasa kau balik demi aku?” mine berseloroh.Serta merta Jan kalut.Mukanya berubah kemerah-merahan.Panas!


“Jan..kau ambil berat tentang aku ya?” Kata Mine sambil menolak lengan Jan dengan bahunya.Jan cuba memberanikan hatinya.


“Ya..aku memang ambil berat pasal kau sebab aku sukakan kau,” Seakan berhenti nafas Mine buat seketika.Matanya berkelip-kelip memandang Jan yang sedang merenung matanya penuh makna.Mine menelan air liur.


“Jan…”


“Aku tau kau sukakan orang lain..tapi aku nak cakap juga sebelum terlambat.Aku tak kisah lepas ni kau nak mengelak,tak nak sambut call,tak nak balas mesej aku..aku tak kisah..yang penting aku tak tipu diri aku sendiri lagi..aku cintakan kau,Mine” Mine tertunduk.Dia tidak tahu apa yang patut dia katakana.Ia antara fantasi dan reality.Jan adalah seorang pegawai polis yang penuh dedikasi dan bersikap rasional tapi dia juga seorang yang suka berlawak.Bila Jan menyuarakan kata hatinya,dia seakan bangun dari mimpi.


“Jan..kau bergurau?” Takut-takut Mine menyoal Jan.Mana mungkin pegawai polis macam Jan ni boleh jatuh hati dengan aku.


“Aku serius Mine..tapi aku tak paksa kau untuk menerima aku..aku akan tunggu jawapan dari kau,” Jan lantas bangkit lalu mula melangkah.


“Jan..tunggu!Bawa aku..takkan kau nak tinggalkan aku sendiri disini?” Mine turut bangkit.


“Jom!” Kata Jan.Mine pun berjalan menuju kepada Jan dan mereka beriringan turun dari bukit itu.


*****


“Kita dah sampai mana ni?” Soal Moon.Sambil memandang keluar tingkap.Kelihatan berderet bangunan serta sesak dengan orang ramai.Di hadapan boleh melihat gunung kinabalu yang dipenuhi kabus tebal.


“Kita dah sampai Kundasang.” Jawab Nadal.


“Zero,boleh kita berhenti kejap?Aku dah mula lapar ni..” Kata Stevey pula sambil mengusap perutnya yang berkeroncong.Moon yang duduk bersebelahannya langsung tidak berasa lapar,asyik teringat dengan Mine saja.


“Yalah..” Kereta yang dipandunya itu diberhentikan di tempat letak kereta.


“Eh Zero,boleh buka bonnet kereta tak?Aku nak ambil jaket,” Kata Stevey sebelum Zero melangkah keluar.Setelah mengambil jaket,mereka berempat pun menuju ke satu restaurant,mengisi perut.Cuaca sejuk itu memaksa Moon untuk memeluk tubuhnya,dia terlupa membawa jaket.


“Kamu pergi dulu..aku ada hal,” Kata Zero sambil memberikan kunci kereta kepada Nadal.Kini tinggal mereka bertiga.Satu persatu melabuhkan punggung.


Setelah beberapa minit berlalu,Zero masih tidak muncul.Sehingga mereka selesai menjamu selera,Zero juga tidak muncul.


“Aku tahu mana Mine berada,” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan Zero yang tercungap-cungap..Semua mata memandangnya.


“Dari mana kau tau?” Soal Moon.


“Kamu dah siap makan,kan?Jom..aku bawa korang pada Mine,”


****


“Rumah siapa ni Zero?” Soal Moon sebaik saja Zero memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah kayu moden.


“Kau ni..rumah pemandu keluarga pun tak tau..ni rumah Uncle Adinlah,” Jawab Zero.


“Apa pula kena mengena Uncle Adin dengan Mine?” Soal Stevey pula.


“Kita turun dulu dan masuk..korang akan tau nanti,” Zero pun turun dari kereta begitu juga dengan Moon,Nadal dan Stevey.


“Zero?Datang juga kamu?” Kedengaran suara uncle Adin yang sedang keluar dari rumah.Muncul pula aunty Munir dan Mine serta Jan di belakangnya.


Nampak saja Moon,Mine tersenyum.Nampaknya Mine sudah pun melupakan kisah yang menyakitkan itu.Moon seakan ingin menangis apabila terampak senyuman Mine.Moon terus berlari menaiki tangga dan mendapatkan Mine.


“Aku minta maaf Mine,”


“Orang kata kau ni ahli sihir,Witch..tapi menangis pula.Dalah..aku maafkan kau,” Jawab Mine selamba.Moon melepaskan pelukan lalu menyeka air matanya.


“Macam mana kau boleh ada kat sini Mine?Dengan uncle Adin dan aunty Munir pula tu?” Soal Moon.Zero,Nadal dan Stevey menaiki tangga.


“Nantilah cerita..kita masuk dulu,”Ajak aunty Munir.Mereka semua pun melangkah masuk.


“Patutlah Zero lama sangat..dapat information tentang keberadaan Mine,” Kata Stevey sambil mengambil seketu kuih lipat yang dibuat oleh aunty Munir lalu menyuapkanya ke dalam mulut.Moon dan Mine yang duduk disudut tak habis-habis ketawa.Apa yang membuatkan mereka ketawa pun Zero tak tahu.


Tiba-tiba,Jan keluar dan menghampiri Moon dan Mine sambil tuala bergantung dilehernya.Mine seakan tersentak,lalu berpura-pura ke dapur.Dia tidak dapat berhadapan dengan Jan buat masa tu.Kini hanya tinggal Moon dan Jan.Mereka kusyuk bercerita macam dah kenal bertahun-tahun.Apa tidak,Jan juga pernah menjadi teman sepermainan Moon.Dalam kelab Taekwando masa umur 11 tahun.Kini Jan sudah dewasa dan punya masa depan yang cerah.


“Dah lama aku tak jumpa kau since…umur kau 15..tak bagi khabar pun..tup..tup..dah jadi kawan Mine,” Moon memulakan cerita.


“Sorry..busy..Mine tak ceritakah pasal aku tempat kau?”


“Manalah dia tahu aku kenal dengan kau..kau pun tak bagi tau dia pasal keluarga kau,” Jan tergelak.


“So,how’s life?” Soal Jan pula.


“Nothing interesting..yang kau tu pula apa kau dah buat pada Mine sampai dia mengelak habis dengan kau?” Moon seakan menyindir.Bukan dia tak tahu yang Jan sudah pun meluah pada Mine.Saja-saja mau menyakat.Jan tergelak lagi..malu kali.


“Entah..aku just cakap apa yang aku rasa..kalau tak,mesti dah berkarat dah tak guna.”


“Kalau pun kau nak meluah..carilah masa yang stabil ni..masa dia dalam keadaan buntu..”


“Kau rasa dia nak terima aku tak?”


“Apasal pula kau tanya aku..aku bukan Mine..dan aku bukannya pernah..ehem..” Moon tidak meneruskan ayatnya melainkan berdeham..Jan yang faham,tergelak lagi.Zero yang asyik memerhati dari tadi makin tak concentrate,hilang tumpuan.


“Give her time..dia akan bagi kau jawapan bila tiba masanya,”


*****


“Hello..mama,Moon tak apa-apa..lagi pun Moon ada kat rumah uncle Adin ni..kami dah jumpa Mine,” Kata Moon berbaur ceria bercerita dengan Puan Saphiera.


“Baik-baik tau..tu papa asyik goyang kaki aja..risau dengan Moon,”


“Hehe..mungkin esok kami akan balik..say thanks to papa.Okey lah..Moon ada kat luar ni..sejuk.Dah naik beku dah..love you guys!”


“love you too dear!” Klik!Talian dimatikan.Baru saja Moon hendak berpaling terasa lehernya dilingkari sesuatu.Moon memegang lehernya.Lembut.Ia adalah selendang.Moon menoleh.Walaupun gelap dia masih kenal akan tubuh itu.


“Zero..”


“For you..aku tau kau tak bawa pun baju sejuk..” Moon seakan terpana.Dia tahu perasaan ‘itu’ akan muncul setiap kali Zero dekat dan menuturkan kata-kata yang sedemikian rupa.


“Thanks..” Moon mula melangkah sambil memegang selendang dilehernya.


“Walaupun kau tak nak mengaku..aku tahu perempuan yang ada dibawah pokok tu adalah kau,Moon.” Langkah Moon mati.


“Aku tahu kau dah mula cintakan aku,kan?” Zero berpaling kearah Moon.Moon menoleh.


“Zero..enough..stop taking nonsense kalau kau tak pernah..”


“I love you!It’s make sense..because I love you!” Hampir pitam Moon mendengar

ayat itu dari bibir Zero.Moon melangkah satu tapak kebelakang.


*****


“It’s not fair,Zany..kenapa kau halang diorang sedangkan..Zero cintakan Moon dan aku juga dapat rasa yang Moon cintakan Zero.Cuma dia tak tahu..” Kata Hanna sambil mendekati The Mask yang sedang duduk dimeja kerjanya.


“Itu aku tahu,Hanna..aku cuma tak nak sejarah berulang lagi..kau tau kan keluarga kita memang dah tak serasi sejak dulu lagi?” The Mask menyokong keputusan yang dibuatnya sendiri.


Tiba-tiba perbualan mereka diganggu sebaik saja setiasusaha The Mask merempuh masuk bersama Lady Yuna.Tergamam tak terkata.Mereka bertentang mata.The mask,Hanna dan Lady Yuna.


**********************

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.