Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 July, 2009

Spell 18 : Unveil The Truth


Spell 18 : Unveil The Truth


“Moon!” Panggil Zero di sebalik pintu.Moon buat-buat pekak.Masih bercerita dengan Stevey dan Mine.Stevey dan Mine memandang Moon dengan pelik.Takda telingakah apa?


“Moon!!” Kali ini lebih kuat.Mine menyiku Moon.


“Apa?” Soalnya buat muka bodoh.


“Tu..Zero panggil tu,”


“Biarkan..” Tiba-tiba tangannya disambar oleh seseorang.Moon mengangkat wajah.


“Sini kejap!” Zero sudah menarik Moon keluar ke beranda.


“Lepaslah!” Moon menarik kasar tangannya tapi genggaman tangan Zero lebih kemas.


“No!Diam dan baca mesej ni!” Kata Zero agak lantang.Moon terdiam dan menarik kasar telefon bimbit ditangan Zero.Sesudah itu bari Zero melepaskan tangan Moon.Terbeliak mata Moon saat membaca mesej itu.


Abg Zany : Zero..dorang dah tahu semuanya..kami tengah berkumpul sekarang..


“Macam mana?” Soal Moon cemas.


“Baliklah.Sekarang!”


“Tapikan..gelap..”


“Kereta tu kan ada lampu..dah..kita bergerak sekarang!” Moon dan Zero bergegas menuju kebilik mengemas apa yang patut.Stevey dan Mine saling berpandangan.Uncle Adin yang sedang terbaring atas sofa terbangun dek derap langkah mereka yang bising.Seketika kemudian Moon dan Zero sama-sama keluar.Zero terus menuruni tangga.


“Mine..kami terpaksa balik sekarang..urgent!Can’t talk right now..Stevey,sorry terpaksa pergi dulu,” Moon bergegas turun kebawah rumah.Serentak itu Nadal keluar dari kamar,hanya bertuala sambil baju tersarung dibadannya.Dia mengejar Zero.


“Zero,wait up..korang nak pergi mana ni?” Stevey,Mine,Jan,aunty Munir dan uncle Adin turut serta diberanda.


“kami perlu balik sekarang..takda masa nak cakap..esok ajalah baru cakap,kay?Sorry!” Laung Zero dari bawah dan terus masuk kereta.Engin kereta dihidupkan seketika baru kereta itu dipandu keluar dari perkarangan rumah itu.Mereka hanya memandang kereta itu sehingga menghilang.


“Mamanya..papa rasa rahsia dah terbongkar..” Kata uncle Adin macam tau-tau aja.Aunty Munir mengangguk,bersetuju dengan kata suaminya.Tapi yang lain kelihatan tertanya-tanya.


“Apa maksud uncle?” Soal Mine.


“Nantilah uncle cerita.kita masuk dulu..sejuk ni,” Mereka menurut kata.Semua mereka melangkah masuk.


*****


Zero memandang moon yang sedikit gusar.Telefon bimbitnya sentiasa dibelek,kot-kot kakaknya akan menghubungi dia.Sebenarnya,sebaik saja kereta mereka keluar dari perkarangan rumah Uncle Adin,Moon terus menghubungi kakaknya,tapi sentiasa mail box.Moon buntu,dia cemas.Zero juga terikut-ikut cemas.


“Moon..jangan risau..semua akan baik-baik saja,”


“Eya..aku tau..” Jawab Moon tapi suaranya jelas menampakkan yang dia sebenarnya risau.


“Okeylah..begini..kau tidurlah..sampai nanti aku bangunkan kau,k?” Pujuk Zero.Moon menggeleng.Saja Zero mahu menghilangkan cemas Moon.Zero terus memandu.Radio dipasangnya.


Telah lama kupendam perasaan itu

Menunggu hatimu menyambut diriku

Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah

Bahagia untukku, bahagia untukku


Lagu dari Ungu bertajuk Cinta Dalam Hati berkumandang.Moon memandang Zero..apasal dia pasang radio waktu-waktu cemas begini..sot!Moon membuang pandang ke luar tingkap yang disinari lampu jalan.Lagu itu langsung tidak dapat melegakan dia..mencemaskan lagi adalah…


Ku ingin kau tahu

diriku di sini menanti dirimu

Meski ku tunggu hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Dan ijinkan aku

memeluk dirimu kali ini saja

'Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya

Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja


PAK! Radio dimatikan.Tidak suka dengan liriknya.Lirik itu membuatkan Moon mengingati kisah petang tadi.Buat jantungnya hampir gugur masuk perut.


“Kenapa padam?”


“Kau ni memang abnormal tau..cemas-cemas begini pun pasang lagu…entah!” Zero tergelak kecil.Mesti Moon teringat kisah petang tadi..


“Kenapa?” Soal Moon marah.


“Mesti kau teringat kisah petang tadi kan?Jadi betulah…”


“Kalau kau teruskan lagi..aku terjun dari kereta!” Ugut Moon.Berani.


“Okey..okey…aku tak teruskan..” Jawab Zero.Tapi senyuman masih mekar dibibirnya.Moon mendengus geram.Pandangan dibuang semula ke luar tingkap.Macam mana dia boleh tahu?Dia ni pun species ahli sihir juga kah?Kah..dia ni Wizard?Takkan dia boleh tahu apa yang aku fikir?hantamlah…

****


“Takda juga!” Kata Moon sebaik saja dia keluar dari banglo keluarga mereka.


“Kita cari kat ofis!” Cadang Zero.


“Jom!” Moon dan Zero bergegas ke Syarikat IE.Sampai saja di bawah bangunan pencakar langit itu Moon dan Zero keluar dari kereta.


“Zero aku tunggu kat luar,” Kata Moon.Zero mengangguk lalu masuk kedalam.Tapi baru tiga tapak kedepan,Zero kembali lagi sambil membuka jaket yang tersarung dibadannya.


“Pakai!” Bukan permintaan tapi arahan.Jaket itu sudah ditangan Moon,dia pun meneruskan langkah dengan laju.Moon terpana.Apa yang baru saja berlaku tadi??Dia memandang jaket ditangannya..lalu tersenyum.Namun hanya sementara.Moon,buang semuanya..jangan biar dia merebak di hati kau!Suara hati Moon kuat berbicara.Lambat-lambat jaket itu disarungkan dibadannya.


Tiba-tiba,Telefon Moon berdering tanda panggilan masuk.Cepat-cepat Moon manyaluk sakunya.Panggilan terus dijawab tanpa mengambil tahu siapa pemanggilnya.


“Hello!”


“Moon,kakak ni..keluarga Zero dan keluarga kita ada kat rumah kakak..tapi kakak minta Moon jangan datang sini..keadaan sini tegang sangat.Perang dingin!Sama-sama menunggu siapa dulu buka mulut.”


“Hah?Tapi kenapa Moon tak boleh?”


“Kakak tak nak Moon terlibat sama..nanti Moon dikira bersubahat pula.”


“Moon tak kisah..Moon nak juga!” Talian terus dimatikan.Moon tidak mahu permintaannya dibantah lagi.


“Sini pun takdalah,Moon!” Zero menyapa dari belakang.


“Diorang ada kat rumah kak Hanna,”


“Hah??Jom..gerak!” masuk saja dalam kereta,kereta terus dipecut macam angin.


Kereta berhenti di hadapan pintu utama.Moon dan Zero terus menyerbu masuk.Kelihatan 6 orang berada di ruang tamu,Gia tidak kelihatan.


6 pasang mata tepat memandang kearah pintu.Hanna mengetap bibir.Moon memang keras kepala!


“Zero?” Lady Flin bangkit.Kaget memandang Zero bersama Moon.Tuan Albumin,Puan Saphiera dan Tuan Sarandani juga turut kaget melihat anak mereka datang bersama.


“Moon buat apa sini?Macam mana tau tempat ni?” Puan Saphiera pula menyoal.Zero dan Moon tidak terus menjawab.Mereka menghampiri keluarga masing-masing.Zero menuju ke sofa kosong bersebelahan dengan bapanya.Moon pula melabuhkan punggung disofa dimana Hanna dan Zany duduki.


“Kenapa datang juga?!” Bisik Hanna apabila Moon duduk disampingnya.Moon tidak menjawab,melainkan meletakkan jari telunjuk dibibirnya tanda senyap.


“You have an explanation,Zero!” Tegas Lady Yuna bercakap.Tuan Albumin duduk tenang,sambil kaki bersilang.Sesekali dia dan Tuan Sarandani bertembung mata.


“I can explain ma..”


“Mama..” Zany bersuara.


“Do not call me mama!!I’m not you mother since you’re gone with this woman!” Lantang Lady Yuna memintas.Zany terkedu.Hanna tersentak.Perasaan bersalah menyelubungi dirinya.Tapi cepat-cepat dia membuang rasa itu.Tangan Zany digenggam kemas.Seakan memberi kekuatan.


“Mama??Kenapa mama cakap macam tu?” Zero pula menyampuk.


“Yuna,biar diorang explain..kita dengar.Duduk!” Tuan Albumin bersuara.Lady Yuna mendengus kecil,lalu duduk.


“Moon..you have an explanation too?” Tuan Sarandani menyoal Moon.Moon memandang Hanna,seakan meminta izin dengan apa yang akan keluar dari bibirnya.


“Mama..papa..can I talk?” Hanna memintas.Semua mata memandang kearah dia.Menunggu.


“Panjang ceritanya kalau kami jelaskan satu persatu..so,Hanna just nak cakap..minta maaf..” Hanna tunduk meminta maaf.Ikhlas.Hanya itu yang mampu dia tuturkan sebab mereka menghilangkan diri bukan sebab tidak sengaja..tapi mereka sengaja menghilangkan diri.Tiada lagi ayat yang sesuai selain itu.


“Ma,pa..Zany juga nak minta maaf..” Zany ikut Hanna.Tunduk minta maaf.Tidak lama,Moon dan Zero juga ikut serta tunduk.Puan Saphiera dan Tuan Sarandani berpandangan.Sementara,Tuan Albumin tiada riak.Lady Yuna pula kelihatan upset.


“You sorry???For what??Ia takkan mengubah apa-apa!!” Lady Yuna masih dikuasi rasa marah.Malah ia membuak-buak di sanubarinya.Tapi dalam hati,dia menangis..gembira melihat Zany didepan matanya.Sihat dan selamat.Walaupun berhari-hari dia melihat Zany di Syarikat mereka.Cuma,dalam bentuk yang lain


“Yuna!Enough!” Tuan Albumin yang senyap sedari tadi tiba-tiba bersuara lantang mengejutkan semua penghuni rumah.


“Mama..” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara kanak-kanak yang datang dari atas tangga.Mereka beralih mata kearah budak yang sedang mengosok matanya sambil memegang tangan patung arnab warna biru.Kemudian beralih pula pada Zany dan Hanna.Morgiana yang sudah tidur terbangun dek bunyi bising mereka.


“Anak….?” Puan Saphiera memandang Hanna.Hanna mengangguk seakan faham apa yang sedang bermain di kepala ibunya.Serentak itu,Puan Saphiera meluru kearah Morgiana lantas memeluknya.Puan Saphiera membawa Morgiana turun ke ruang tamu.Lady Yuna menjeling,tiada rasa kasih pada budak itu.


“Yuna..I’ve heard enough..kau keterlaluan!Ibu macam mana kau ni?Kau nak penjelasan tapi kau tak bagi mereka peluang untuk menjelaskan semuanya..apa yang kau nak sebenarnya?Kau nak mereka bersujud di depan kau..meminta ampun..macam minta ampun pada raja?Aku kecewa dengan kau..Yuna..aku kecewa!” Tuan Albumin meneruskan ayatnya.Dia luahkan segala yang terbuku dihatinya.Sehinggakan semua mata menatapnya.


“Aku tahu..kau rindukan Zany..siang malam kau menangis sebab nak jumpa Zany…tapi bila dia dah didepan mata,kau buang dia..atau kau sakit hati dia sudah beristerikan Hanna Ishara?You know what..aku terima Hanna sebagai menantu aku.Aku tak kisah kau menentang..aku akan sokong diorang,” Menitis airmata Hanna dek terharu.Hanna menyeka air matanya.Moon pula memaut bahu kakaknya.Lady Yuna tertunduk..dia ingatkan suaminya tidak pernah ambil kisah dengan perasaan kehilangannya tapi rupanya..dia tahu apa yang dia buat setiap kali ulang tahun kelahiran Zany menjelang.Menangis semahu-mahunya..


“Papa..terima kasih..” Zany mendekati Tuan Albumin lantas memeluk tubuhnya.Apa yang dia takutkan tidak pernah terjadi..bapanya masih menerima Zany setelah apa yang berlaku.Malah,turut menerima Hanna.Pelukan dilepaskan.Tuan Albumin memandang Tuan Sarandani dan Puan Saphiera.


“Anda bagimana pula?Adakah anda masih boleh menerima Hanna semula dan Zany sebagai menantu anda?Rasanya sudah berkurun permusuhan dan persaingan ini berlaku..i think we should stop now for our child sake..” Kata Tuan Albumin.Tuan Sarandani berdiri Puan Saphiera pula tidak dapat berdiri kerana Morgiana tertidur dipaha empuknya.Rambut Morgiana diusap penuh kasih.Moon menghampiri Puan Saphiera.


“Ma..biar Moon bawa Gia masuk bilik,” Kata Moon.Puan Saphiera mengangguk.Perlahan-lahan Moon mendukung Morgiana takut terbangun.Sengaja Moon berbuat begitu untuk memberi mereka ruang untuk berbincang.Moon menaiki tangga dan menuju ke bilik Morgiana yang penuh dengan patung.Jaket Zero yang masih tersarung dibadannya terasa merimaskan.Morgiana diletakkan penuh berhati-hati diatas katil.Uban anak buah tercinta dikucup.Kemudian jaket itu dibuka,tapi tangannya segera terhenti apabila tersentuh sesuatu dalam poket jaket sebelah kanan.Jaket itu disaluk lalu benda bersegi itu dibawa keluar.Telefon bimbit milik Zero.


Entah apa yang difikirnya,telefon itu dibuka,bukan diserang ingin tahu tapi saja mau tengok apa didalamnya..kot-kot ada no girlfriendnya ka?


Serentak itu,telefon serta merta jatuh dari tangannya,tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.Jantungnya seakan tersepit diantara paru-paru..sukar untuk bernafas.


Pintu yang sedia terbuka kedengaran ditolak perlahan,perlahan-lahan wajah Moon beralih pada pintu.Mata Moon dan Zero bertentangan.Wajah Zero berkerut tanda hairan.Wajah Moon pucat seperi baru saja hantu berjalan depannya.Mata Zero beralih pula pada benda dibawah kaki Moon.Terbeliak matanya,cepat pula matanya beralih lagi pada Moon.You stupid Zero!!Kenapa kau tak guna otak kau sikit!!Bodohnya!!


**************************


P/S : Sorry kalau n3 kali ni kurang memuaskan..komenlah kalau ada yang terkurang terutama sekali pada penggunaan bahasa inggerisnya..hehe..sa ni bukan pndi sgat pun Bi..sj buat2 pandai..hehe..perasaan sgat,kan?Btw..enjoy your reading!Sa bersyukur sgt kalau kamu sudi komen..^_^

4 comments:

  1. testing..testing..123..ehem..

    ReplyDelete
  2. hai.. i'm Heliana.. hehe.. ok ape bi... cite ni memang best la.. cepat2 masukan yg baru erk.. ^_^ x sabar nak tunggu nie... cepat2.. hehe.. novel nie bagus.. jalan ceritanye ok.. sume ok... btw.. saye memang suka cite nie.. terutamanya watak yg awak guna tu.. kim beom dan Kim So-eun.. saye memang peminat diorg.. so memang seronok baca dgn jalan cerita nie.. Teruskan erk.. Fighting!!!

    ReplyDelete
  3. omg..thank you so much Heliana..sa terharu sangat..tQ!teruskan membaca ya?Hehe..

    ReplyDelete
  4. haah. suka sgt dgn kim bum n' kim so eun tu ~

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.