Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 August, 2009

Spell 23 : The Moment I Fall


Spell 23 : The Moment I Fall


Sudah kerap kali Zero memandang jam ditangannya,terasa jarum panjang lama sangat nak berdetik.


“Dah siapkah?” Soal Zero sambil mengetuk pintu bilik Moon.Mendesak.


“Tak boleh tunggu sekejap lagikah?” Kedengaran suara Stevey dari dalam.


“Sabarlah Zero kejap lagi tu,” Kata Puan Saphiera yang baru saja keluar dari kamar sambil menyangul rambut ikalnya.


“Eya,” Jawab Zero sepatah.Puan Saphiera sudah pun menuruni anak tangga.Pintu bilik Moon dipandang.Lambat sangatlah..


“Moon..”


KTAK! Belum sempat Zero menghabiskan ayat,pintu bilik Moon terbuka.,kelihatan Stevey melebarkan bukaan pintu.Moon betul-betul berada didepannya.,Mine berdiri disebelah Moon.Moon begitu kelihatan berbeza,dengan skirt dan rambut lurusnya dihurai.Tiba-tiba ketawa Zero meletup.Melihat Moon yang seperti itu,rasa seperti melhat orang lain.


“See??!I told you..he’ll laugh!Aku taknak keluar!” Moon yang ingin masuk kedalam semula pantas di halang oleh Zero.


“No.no..no..you look beautiful,” Kata Zero cepat.Kelihatan Stevey dan Mine sudah menayangkan penumbuk.Zero tertunduk meminta maaf.


“Jom!” Kata Zero.


“Moon jangan lupa apa yang kita belajar semalam,ya?”Pesan Mine.Zero memandang Moon,pelik.


“Korang belajar apa semalam?”


“Takda..takda!” Jawab Moon sambil menolak Zero menuruni anak tangga.Mine dan Stevey tersenyum.Harap-harap segalah tunjuk ajar yang mereka turunkan pada Moon berhasil pada hari ini.


“Mama Moon jalan dulu!” Kedua belah pipi ibunya dikucup.


“Okey..hati-hati!” Pesan Puan Saphiera.


“Hey..anak muda..jangan calarkan tubuh anak aku!” Tuan Sarandani pula memberi pesan,khas buat Zero.


“Baik Tuan!” Mine dan Stevey yang ada dibalkoni atas sekadar tersenyum.


Memang pada mulanya,Zany menentang.Keras!Tapi setelah puas dipujuk oleh Hanna,lama-kelamaan..Zany setuju.Bila difikirkan balik,dia selama ini terlalu pentingkan diri..dia takut kehilangan Hanna dan Gia..tapi dia tidak terfikir perbuatannya itu juga membuatkan orang kehilangan seseorang.


“Zero..aku rasa aku nak tukar skirtlah,” Kata Moon sambil memegang hujung skirt.Bukan terlalu pendek,juga terlalu panjang..tapi Moon tidak pernah memaai skirt..apatah lagi waktu tu angin kuat.Takkan sepanjang perjalanan nak pegang skirt.


“Why?”


“Tak selesalah..lagi pun angin kuat!”


“Jangan risau..aku tolong pegangkan,” jawab Zero berseloroh.Pantas kepala Moon berpaling pada Zero.


“Don’t you ever!” Keras nada suara Moon,seakan memberi amaran.Zero angkat tangan tanda maaf.


“Okey..kita tukar nanti,”


****


Selesai menukar skirt,Zero dan Moon keluar dari shoping kompleks itu.


“Moon?”


“Ya?”


“I want to take you somewhere,”


“Mana?”


Yellow Leaf Lake


“Wah!!cantiknya..aku tak perasaan pun tempat ni cantik waktu datang sini dulu..cantik sangat..memang daunnya kuningkah?” Soal Moon,kelihatan tasik itu sungguh agung,dengan daun-daunnya yang berwarna kuning,macam mucim bunga.Tanpa sedar dia membongkarkan sesuatu.Wajah Zero pelik memandang Moon.


“What?”


“It was you..memang kau pernah datang sini,kan?gadis bawah pokok tu,” Moon ketap bibir.Perlahan-lahan dia mengangguk.Mengaku.Zero yang duduk di kerusi dihampiri lalu melabuhkan punggung.


“Kenapa tak datang terus pada aku?”


“I’m sorry..aku tak boleh..can’t we just forget about that?” Moon cepat-cepat menukar topic.Mengungkit pasal itu bererti mengundang kesakitan.


“Okey!” Jawab Zero sepatah.


“Moon..kita naik perahu tu,nak?” Soal Zero sambil memuncungkan bibir kearah perahu yang ada ditasik,sambil dijaga oleh seorang tua.


“No!” Jawab Moon pantas.


“Why?”


“Kau taukan aku takut dengan benda-benda ni semua…apatah lagi kolam ni pekat,macam ada buaya aja,”


“Akukan ada?” Pantas saja kepala Moon beralih pada Zero,memandang tepat dimatanya.


“Tak perlu takut..aku tak mungkin tolak kau lagi..kalau kau jatuh,aku akan selamatkan kau,” Lagak seperti putera,Zero berdiri dihadapan Moon sambil menghulurkan tangan.Moon kelihatan masih ragu-ragu.Moon memandang huluran tangan yang ada didepannya,perlahan-lahan tangan Moon menyambut tangan Zero.Zero tersenyum.Ini bererti Moon percaya pada Zero.Zero dan Moon menuju keseberang,ditempat perahu itu diikat.


“pakcik kali ini menjadi!” Kata Zero pada lelaki tua itu.


Kan pakcik dah kata kalau tak putus asa mesti dapat punya,” jawab lelaki itu pula.Moon kehairanan.Apa yang menjadi?Zero sudah pun berada atas perahu.


“Nak atau tak?” Perlahan-lahan kaki Moon melangkah masuk sambil menutu mata sebelah.Takut.Tangan Moon yang dalam genggaman sejuk nak beku.


“Macam mana tak jatuh kalau tutup mata,bukalah mata!”


“Diamlah!Aku tengah cuba ni!”


Akhirnya,dapat juga masuk perahu setelah 15 minit dalam percubaan.Zero pula penat ketawa melihat gelagat Moon.Bukan menolong!


“Boleh diam tak?” Kata Moon seakan marah.


“Okey..okey..” Zero menjawab dalam tawa yang bersisa.Sampai menitiskan air mata.Lucu sangatkah?


“Tapi tangan kau yang ada kat seluar aku tu bila baru kau nak tarik?sampai bila-bila?” Kata Zero seakan menyindir.Moon memandang tangannya yang bersangkut diseluar Zero.Memang dia tidak perasaan,spontan tangannya memegang seluar Zero.Moon segera melarikan tangan.


“ee..garang sangatlah kau ni Moon..orang ketawa sikit pun nak tunjuk muka macam tu,”


“Sikit kau kata?sejak tadi kau tak berhenti,aku terjun baru kau tau!” Moon seakan mengugut.


“Okey..okey..i’ll guit my Queen!” Zero angkat tangan tanda menyerah.Moon pelik tubuh.Zero mula mendayung,menuju ke tengah tasik.Seketika Moon terpesona,daunnya menarik perhatian Moon.Walaupun dia berketar tubuh badan berada di tengah tasik,tapi apa nak risau..Zero ada...


“Memang daunnya kuning?”


“Pokok ni memang begini..kuning daunnya..sebab tu diberi nama Yellow Leaf Lake..don’t ask me..aku pun tak tahu kenapa..tapi tempat ni adalah tempat kegemaran aku yang ke-2,”


“Tempat yang pertama pula?”


“I’ll show you later,”


“Zero?” Panggil Moon.Zero memandang Moon.


“Kau tak penat?I mean..dulukan kau adalah CEO Syarikat IE..sebelum abang Zany,” Zero menghembus nafas.


“Penat..penat sangat..apalagi kalau perlu pergi dua tempat dalam satu masa,”


“Macam mana boleh jadi CEO ah?”


“Mana mungkin aku boleh jadi CEO tanpa belajar..i’m not that smart,Moon..tapi papa kirim the greater usahawan yang ada di oversea untuk mengajar aku..oleh kerana diorang tu dari syarikat yang ada disana..diorang tetap datang.Dalam masa dua tahun aku dah tahu selok-belok dalam rekaan kereta.” Dalam hati,Moon kagum,tapi dalam masa yang sama..dia simpati pada Zero.


“Tapikan..kata kakak..kau dan uncle ada buat perjanjian..macam mana kau boleh meyakinkan uncle?” Zero tergelak.


“Kau betul-betul nak tahu?” Moon mengangguk.


“Just a simple words,aku cabar papa..masa tu aku memang tak tahu apa-apa..tapi kau tahu kelemahan papa..dia pantang dicabar..aku kata dalam masa sebulan aku akan dapatkan pelabur,dalam masa yang sama..aku serahkan diri aku pada papa jika aku gagal untuk mendapat pelabur,” Cerita Zero lagi.Moon kusyuk mendengar.


“Papa sudah pun menandatangani perjanjian..dalam perjanjian itu aku minta beberapa juta dimasukkan dalam account aku,dan papa takkan usik account tu.Seminggu sebelum genap sebulan,aku upah seseorang untuk menyamar sebagai pelabur…untunglah..usaha itu menjadi,” Moon ternganga.Usaha itu menjadi?Memang Zero ni tak ada rasa takut apa?


“Uncle tak tahu?”


“Kalau papa tahu pun..papa dah tak boleh buat apa-apa lagi..semua dah terjadi..” Tenang saja Zero menuturkan ayat.Memang takda perasaan!


“Macam mana pula kau hantar kakak dan abang Zany belajar?”


“Semua ada dalam perjanjian…hanya satu,papa dan mama tidak boleh mencampuri urusan aku..dan syarikt itu akan maju,..that’s all!”


“Jadi selama ini..hidup kau hanya dalam lingkungan itu..impian kau pula macam mana?” Soal Moon lagi.Tiba-tiba Zero tergelak.


“Impian?Impian aku?hmm..aku tak taulah..aku tak terfikir pun apa impian aku..”


“Kau takda impian?I mean sesuatu yang selama ni yang kau nak capai?” Soal Moon lagi sambil mencarik-carik daun kuning yan gugur didalam perahu.Zero berhenti mendayung,perahu berhenti tepat-tepat ditengah tasik.


“I want you..” Lembut Zero menuturkan ayat.Moon telan liur.Zero dah buat dah..suka sangat buat orang mengelabah..


“Aku buang kau dalam tasik baru kau tau..jawablah betul-betul!” Zero tergelak.


“Entahlah..aku belum tau lagi..kau pula?wedding dress designer?” Blat mata Moon memandang Zero.


“Macam mana kau tau?”


“Aku ada banyak spy..tapi kan kenapa kau pilih tu?”


“Entah..mungkin baju pengantin adalah permulaan sesuatu kebahagian..entah..”


“Wow..witch pun tahu pasal kebahagian?” Soal Zero seakan menyindir.Moon menjeling.


“Jahat sangatkah aku sampai tak kisah dengan kebahagian orang lain?”


“Sebenarnya..aku kagum dengan kau,Moon..dari dulu sampai sekarang..dari first kita jumpa..aku dah kagum dengan kau,” Zero mula mengayuh menuju ke tempat asal.Mulut Moon terkunci.Setiap patah perkataan yang berbaur begitu membuatkan dia kelu..langsung tidak boleh melawan..


“Ingat lagi masa pertama kali kita jumpa?Alah masa kat taman permainan tu?” Moon ternganga mendengar soalan Zero.Ingat otak aku ni ROM apa?


“Bila?” perahu di ikat semula ke pokok.


“Alah time kecil-kecil dulu..kau dah lupa?” Moon tunjuk muka sebal.


“Kau ingat aku ada hati nak ingat pasal zaman kanak-kanak aku?zaman tu dah lama berlalu dan aku rasa separuh dari ingatan aku dah hilang,” Zero dan Moon keluar dari perahu.


“Tapi..kenapa aku tak?kenapa aku masih boleh ingat sampai sekarang?”


“Manalah aku tau..itu kan memori kau..lagi pun penting sangatkah untuk aku ingat masa pertama kali kita jumpa?” Tiba-tiba Zero berhenti,dia memandang Moon.


“Eya..memori itu penting bagi aku..mungkin pada kau itu hal remeh..tapi penting bagi aku,” Zero tiba-tiba berubah tingkah.Moon sedikit terperanjat.


“Kenapa pula?” soal Moon selamba.


“Sebab..ia buat aku rasa yang..masih ada lagi manusia yang tidak pentingkan diri sendiri!” Nada Zero sudah bertukar keras.Moon tersentak,rasa macam dia sudah melakukan sesuatu yang salah.Tapi dia sendiri tidak tahu salah jenis apa??Zero segera mengorak langkah meninggalkan Moon sendiri.Moon terpinga.


“Zero!!Hei!Tunggu..!!” Moon berlari mengejar Zero yang sudah ingin masuk kedalam kereta.Ish..Zero ni!Macam budak-budak..perkara macam tu pun nak marah-marah..


****


“Saya nak tu juga!Kalau tak dapat saya tak nak balik!” Kata seorang budak dengan tegasnya sambil memeluk tubuh dihadapan sebuah kedai di salah sebuah taman permainan.Muka jelas yang dia bertekad yang dia akan kotakan kata-katanya tadi.


Moon dan kakaknya yang berdiri tidak jau dari tempat itu sempat memanjangkan leher,ingin tahu siapakan pemilik suara yang lantang itu.Moon memandang key-chain berbentuk kereta didalam kotak lut sinar ditangannya,kemudian memandang budak lelaki tersebut.


“Saya nak tu!saya nak tu!” Kata budak itu lagi sambil duduk mencangkung.,hampir nak menitis air matanya.Lelaki yang berdiri di sebelah budak tersebut kelihatan bingung,mengenakan pakaian serba hitam,seperti penjaga orag bangsawan.Mungkin penjaga budak tersebut.


Tiba-tiba Moon berdiri,Hanna yang sedang membaca sambil memegang segelas nescafe memandang Moon.


“Moon nak pergi mana?” Soalnya tapi pertanyaan itu tidak dihiraukan.Moon mendekati budak tersebut lalu duduk mencangkung dihadapannya.Kotak lutsinar dihulurkan kepada budak itu,tanpa keraguan.Budak itu tersentak lalu memandang Moon.Budak itu seanak terpana,comelnya!Moon yang memakai gaun biru putih sambil memakai topi berkelah dan rambut lurusnya terurai membuatkan budak itu mamandang Moon tanpa berkelip.


“Nah..saya bagi..mungkin tak sama dengan benda yang kau nak..tapi ambillah..ini untuk kau,” Kata Moon sambil meletakan kotak tersebut ditangan budak tersebut.


“Untuk saya?” Moon mengangguk dengan senyuman.


“Jangan marah-marah lagi ya?” tambah Moon sambil mengusap rambut budak itu.


"Siapa nama kau?" Soal budak lelaki tersebut.


"Nama saya Moon..nama kau?"


"Zero.." Jawab Zero sepatah.Moon tersenyum.


“Moon,jom balik..mama dah telefon tu,” kata Hanna sambil membawa Moon berdiri dan meniggalkan tempat itu.Budak tersebuat hanya memandang Moon dan Hanna sehinggalah mereka lesap dari pandangan mata.


“Comelnya..macam malaikat..” bisik lalu membelek kotak yang ada ditangannya.


“Moon..itu nama kau..kita akan jumpa lagi,” Katanya lagi.Budak itu pun berdiri dan meninggalkan kedai tu,langsung lupa tekad yang baru dibinanya tadi.Lelaki yang lebih kurang setengah abad itu menghembus nafas lega..nasiblah ada budak kecil tadi,kalau tak..alamatnya sampai ke malamlah kami disini..


“Moon napa bagi budak hadiah tu kat budak lelaki tadi?bukankah itu untuk papa?” Soal Hanna sebaik saja mereka masuk kedalam kereta.


“Moon kesianlah dengan dia..kalau dia nangis macam mana?kan mama dia tak ada di sana..siapa yang nak buat dia berhenti menangis,” balas Moon pula.Hanna mengeluh.Adik aku ni dah terlalu baik sampai sukar nak bezakan mana perlu dan tak perlu..


“Jadi hadiah untuk papa macam mana?”


“Esok ka nada lagi..kita beli yang lain pula,ya kak?”


“Yalah..yalah..suka hati Moonlah..” jawab Hanna seakan malas.


****


“Hah!!Aku ingat!key-chain kereta itu!” Kata Moon seakan terkejut.Moon segera menoleh kebelakang,ingin mengkhabarkan pada Zero namun,kereta Zero sudah meluncur laju meninggalkan rumah banglo Moon.


“Tak apalah..esokkan masih ada lagi,” katanya pula sambil berpaling,membuka pintu lalu melangkah masuk.Pintu tertutup rapat.


**********


P/s : aku minta maaf kalau post ni tidak berapa memuaskan..dan kalau ada kesilapan pada mana perbualan antara Moon dan Zero..minta maaf..aku hentam saja tu..so sorry..

3 comments:

  1. hentam pon hentam la...tpi best sngt tau...bbu sminggu dh rndu kt blog nih...ade gak n3 bru..hehehe..

    exam cam ne okie?? pe pon sy doa yg terbaik..k

    ReplyDelete
  2. hehe!
    best2.
    suka time first time moon jumpa zero

    ReplyDelete
  3. ala comel...comel ny moon ngan zero..
    (terbayang watak anime lak) huhu

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.