Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

05 August, 2009

Spell 24 : Perfect Love


Spell 24 : Perfect Love


“Hei..kau dengar sini..aku takkan pernah mengakui kau sebagai menantu aku,kau faham?” Nyaring suara Lady Yuna menyapa gegendang telinga Hanna.Matanya tajam menikam bagai nak makan.Hanna sekadar tunduk tidak berani mengangkat muka.


“Dan lagi satu,aku nak kau cari kerja yang lebih sesuai dari kerja jururawat kat rumah orang tua-tuan tu..aku tak nak dimalukan!” sambung Lady Yuna lagi.Hanna tersentak.Itu adalah impiannya sejar dari dulu lagi..memberi kasih sayang kepada yang memerlukan..menjaga mereka yang dipersiakan.


“Bukankah kau bersekolah di oversea..takkan itu saja kemampuan kau?lagipun..kau dapat belajar disana pun disebabkan Zero..jadi aku rasa kau ada sebab nak ikut cakap aku,faham?!”


“Maaf mama..”


“Do not call me mama!mahu atau tidak kau harus cari kerja lain..yang lebih tinggi tarafnya,aku tak nak dengar apa-apa alasan!” Lebih lantang dari tadi.Hampir membuatkan Hanna hilang jasad.Teruk sangatkah aku?Rintih Hanna dalam hati.


“Mama!” panggil Morgiana sambil menuju kearah Hann dan Lady Yuna yang sedang duduk halaman belakang rumah banglo Zany.


“Nenek!” panggil Morgiana lagi.Lady Yuna menjeling sambil mendengus sinis.Meluat.Lantas bangkit meninggalkan halaman itu.


“Kenapa nenek tu?” Soal Morgiana.Tubuh Morgiana perlahan-lahan diraih.Dipeluk

erat.Seperti melepaskan hiba.


“Tak ada apa-apa,sayang..”


*****


“Zero!!” panggil Lady Yuna keras sambil merempuh masuk bilik Persatuan Pelajar.Tidak kisah siapa yang berada di dalam asalkan dia boleh bercakap dengan Zero.3 pasang mata memandang Lady Yuna dengan perasaan takut,kecuali Moon..pandangannya biasa.


“Mama?mama buat apa sini?” soal Zero sambil bangkit dari kerusinya.Lady Yuna diam membisu sambil memeluk tubuh seakan memberi isyarat pada Moon,Nadal Sofea dan Stevey untuk beredar keluar.Moon yang seperti faham akan maksud kebisuan itu segera memberi isyarat pada mereka untuk keluar.Zero hanya mengangguk.Setelah pintu itu ditutup rapat,Lady Yuna menghampiri meja yang bertimbun dengan file lantas melabuhkan punggung.Zero duduk.


“Mama..apa maksud kedatang…” Pas!Beberapa foto Moon dan Zero semasa ditasik bertaburan atas meja.Zero tersentak lantas ayatnya mati.Zero memandang ibunya dengan penuh tanda tanya.


“Putuskan perempuan tu!” Seakan ada batu besar menghempap kepala Zero.


“What?kenapa mama cakap macam ni?” Soal Zero sambi mengumpul semua gambar-gambar yang bertaburan atas meja.


“Kenapa??Zero tanya kenapa?sejak Zero berhubungan dengan perempuan tu,Zero dah jarang masuk syarikat IE,siapa yang nak jaga syarikat tu nanti?” Alasan!


“Ma..abang Zany kan ada..dia boleh jaga syarikat tu lagi pun Zero kan masih sekolah..dah pun nak dekat final exam..takkan sibuk-sibuk lagi kat syarikat tu,”


“Zero ingat Zany akan selama-lamanya kerja kat syarikat tu..tak lama lagi dia akan take over jawatan mama sebagai Pengarah kat Hotel Eclipse jadi Zero harus bersedia,”


“Itu tak lama lagi..bukan sekarang..Zero nak habiskan masa Zero kat zaman ni dulu,”


“Zaman ni atau perempuan tu?” soal Lady Yuna seakan menyindir.


“Ma..stop it!She has a name..Moon Morgana!Kenapa asyik panggil dia perempuan?” Zero sudah tidak boleh bertahan bila Moon dipanggil sedemikian rupa.


“Mama tak kisah..dia ada namakah,takdakah..Zero harus putuskan dia!”


“Tapi kenapa?Bukankah papa dan mama dah setuju dengan hubungan kami?”


“Sebab mama terpaksa!Tapi sekarang mama dah tak nak rasa tu semua lagi..Zero harus putuskan dia..tak kira apa pun!” Lady Yuna semakin tegas dan berkeras.


“Mama..mama tahukan Zero sayang dengan Moon..kenapa mama minta semua ni?” sayu Zero bersuara.


“Mama tak kisah..mama tak suka dengan dia atau mana-mana keluarga dia,” semakin membara rasa marah Lady Yuna.


“Walau apa pun yang yang terjadi..Zero takkan pernah lepaskan dia..mama cakaplah apa-apa..dia milik Zero!” Suara Zero sudah bertukar tegas.Menjelaskan bahawa dia bertekad.


“Apa hebatnya dia Zero sampai kau boleh fikir macam tu?!” Zero menggeleng sambil memandang ibunya.


“Hanya satu yang Zero boleh cakap…Perfect!” Lady Yuna seakan terpana.Dia tidak menyangka bahawa anaknya yang sentiasa tenang,rasional boleh hilang kawalan apabila melibatkan seorang perempuan yang bernama Moon Morgana.


Lady Yuna seraya bangkit,beg dibimbit dan terus keluar dari bilik itu.Wajahnya jelas kelihatan marah dan kesal.Keluar dari bilik itu,langkah Lady Yuna terhenti,seseorang sedang berdiri dihadapannya.


*****


“Hei!” Stevey menyiku Moon,Moon menoleh kearah Stevey.


“Kau dengan Zero ada masalah?” Soal Stevey seakan mengerti ruang udara yang tegang semasa di bilik Persatuan Pelajar tadi.Moon angkat bahu,malas berfikir.


“Korang tak bertegur pun mala tak saling pandang pun,korang macam ada masalah aja aku tengok,” Stevey masih lagi menyoal ingin tahu.Tiba-tiba tiada hujan tiada rebut nafas Moon turun naik,desah nafasnya kedengaran,Moon seakan lembu jantan yang ingin menanduk mangsa.Stevey telan liur sambil memandang langit..nasib belum final stage..


“Moon?” panggil Stevey seakan takut.


“Aku tak fahamlah!kenapa benda sekecil itu pun dia marah??dia marahkan aku hanya kerana aku lupa peristiwa 11 tahun yang lalu..11 tahun yang lalu!dia ingat aku ni robot?komputer?RAM?yang boleh simpan memori dengan lama??” Boom!!Seakan bom atom yang memusnahkan Hiroshima dan Nagasaki..bertubi-tubi!


Stevey yang mendengar terangguk-angguk,setiappersoalan yang keluar dari bibir Moon dia mengangguk,macam robot yang dah rosak.


“Kau boleh bayangkan tak??” soal Moon lagi sambil memandang Stevey yang sedikit terpaku.


“Moon you scared me..” pelan Stevey bersuara.Moon tersedar..dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh hilang kawalan.


“Err..sorry..”


“Tapi aku tetap tak faham!” sambungnya lagi membuatkan Stevey sedikit terperanjat.Mungkin kalau orang yang punya heart attack,esok juga kena kubur.Selesai bercakap,Moon segera meninggalkan Stevey dengan keadaan yang terkulat.Pelan-pelan Stevey hembus nafas..ingatkan kalau dah couple Moon berubah..sikit(sikit pun takpa) ini tambah menakutkan lagi..


*****


“Hei Zero!” Panggil Alven seakan menjerit.Zero tersentak lalu menoleh dengan kening terangkat tanda menyoal.


“Sejak bila kau jadi pekak ni?dah lebh 10 kali orang panggil,” kata Alven sambil memeluk gitar basenya.Di sebelahnya Nadal,sedang berperang dengan puzzle cubic.Pantas pergerakkannya.Manakala Uto sedang membersihkan pentas di bar itu.


“Sorry..” ucap Zero.


“Kau ni kenapa?” soal Ches pula yang sedang duduk di meja bar sambil menggoncang

gelasnya yang berisi whiskey.Zero memandang Ches.


“Aku takkan lepaskan Moon,” lancar ayat itu dituturkan.Mereka mengedutkan dahi.


“Memang siapa yang nak rebut dia dari kau?” soal Alven diikuti tawa.


“Aku tak tau..”


“Apalah kau ni..kau takut kehilangan dia tapi musuh kau sendiri pun kau tak tau,” sampuk Uto pula,seperti pakar.


“Kalau aku kata musuh itu terlalu hebat?” pergerakan tangan Nadal terhenti,dia memandang Zero.Mngkinkah..dia yang Zero maksudkan?


“It’s sound wierdlah..siapa yang boleh rampas hak milik kau?selama ni..Nobody!” kata Alven pula.


“Kalau kau takut kau buatlah sesuatu..takkan kau nak duduk sini dan fikir..kau fikir pun kalau dia terlepas dari tangan kau..dia akan tetap terlepas,” setelah lama mendiamkan diri,Nadal bersuara.Cubic diletak atas meja depannya.


“Such as?”


“Bawalah dia disini,” cadang Ches pula.Tiba-tiba sebuah mentol bercahaya diatas kepala Zero.Zero tersenyum.I should apologize to her for being childish…


“Okey!” kata Zero sambil bangkit,jaket diatas kerusi dicapai lalu malangkah.


“Kau nak pergi mana..show dah nak dekat,” kata Ches seakan mejerit.Zero yang sudah semakin menghilang sekadar melambaikan tangan tanpa menoleh.


*****


Pintu kamar mandi dirempuh dari dalam,Moon bergegas menuju ke meja solek dengan bathrobe tersarung ditubuh.Telefon yang sudah lama berdering diangkat.


“Hello?..Zero?” Soal Moon.


“Aku ada dibawah..aku nak bawa kau ke satu tempat,” kata Zero seakan pasti yang Moon akan menjawab iya.


“Belum pun tanya aku ada masa atau tak,dah nak bawa?”


“Ókey..ada masa?”


“15 minit!”


“Okey!” talian dimatikan.Dengan kadar segera,Moon keluar dari bilik lalu memanggil-manggil ibunya,namun aunty Munir pula yang menyahut.


“Aunty..aunty..cepat naik bilik Moon!”


“Kenapa ada tikus?” aunty Munir bergegas menaiki tangga.


“Tak..tolong Moon pilih baju,”


“INI?” aunty Munir menggeleng.


“Ini?” baju bertukar.Tetap geleng.


“Em..ini?” baju bertukar lagi.Tetap jawapan yang sama.Moon mendengus perlahan.


“Dah tu?” Moon seakan putus asa.Aunty Munir tersenyum.Dia bangkit mendekati almari

pakaian Moon lalu membawa selendang berwarna biru emas balik kepada Moon.


“Selendang ini padan dengan baju tu,” kata aunty Munir sambil memuncungkan bibir

ke arah baju biru yang terletak atas katil.Selendang itu..sudah lama aku tak pakai...selendang pemberian Zero..Moon mengangguk.


PINTU utama dibuka dari dalam,kelihatan Zero sedang bersandar di kereta sambil kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket.Moon menghampiri Zero yang sedang membukakan pintu untuknya.


“Selendang aku..it’s fit you..kau pakai sebab aku?” kata Zero.Moon buat muka meluat.


“Jangan nak perasaanlah..aku pakai sebab aunty Munir yang suruh!” ego Moon.Zero tergelak kecil.Dia tahu,jauh disudut hati Moon..dia pakai selendang itu kerana dia(over confident).


“Yakah?”


“Dah lah..kau nak bawa aku pergi mana?”


“Masuk dulu..kau akan tahu nanti,” Moon menurut.Pintu kereta ditutup.Giliran Zero pula yang masuk kedalam kereta.Engine kereta dihidupkan dan kereta meluncur laju menuju ke destinasi.


“WONDER Bar?” Kata Moon sebaik saja mereka berhenti di sebuah bar.Zero mengangguk.Moon dan Zero sama-sama keluar dari kereta.


“Inilah tempat yang aku maksudkan..my favorite place,” jawab Zero.Moon sekadar mengangguk.Mesti ramai perempuan kat dalam.Mereka melangkah masuk.


Kedengaran muzik dimainkan dari dalam.Kelihatan Awie,Alven,Uto,Ches dan Nadal sudah pun berada di posisi masing-masing.Para pengunjung juga sudah bertambah ramai.Bar itu sudah menjadi tempat utama bagi mereka yang suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan.Pengunjung-pengunjung yang sudah mengenali Zero melambai kearahnya,Zero sekadar tersenyum.Moon seakan patung bergerak.Belum pernah dia pergi ke tempat seperti itu apa lagi tempat yang di penuhi orang.


Zero membawa Moon menuju ke satu meja berhadapan dengan pentas agar senang untuknya mencari dan memandang Moon.Moon duduk.Sebelum menuju ke atas pentas Zero siap memesan minuman untu Moon dan Zero,barulah dia bergegas menuju keatas pentas dan melabuhkan punggung.Zero memaut microphone.


“Selamat petang dan selamat datang…sekali lagi..sudah tentu korang tahu tujuan kami berada di atas pentas ini..tapi bagi aku..ini cerita lain..hari ini adalah hari istimewa buat aku,” ucap Zero.


“Kenapa?sebab datang dengan girlfriend?” soal salah seorang pengunjung.Yang lain memandang kearah Moon sambil tersenyum.Moon garu telinga,muka tiba-tiba aja panas.


“She’s not my girlfriend..but my soul,” ujar Zero.Seraya itu mendapat sorakan yang membingitkan telinga sambil bertepuk tangan.Moon sekadar tunduk.Nahas kau..buat aku malu aja!Dengus Moon dalam hati.Alven dan yang lain sekadar tersenyum.Tap dalam hati Nadal..dia berharap,benda yang tidak diingini tidak berlaku pada hubungan Moon dan Zero.


“Okey..okey..aku sebenarnya..nak minta maaf pada dia sebab aku marah pasal benda yang kecil.Tapi aku juga nak dia tahu..aku taknak kehilangan dia..untuk selama-lamanya,” ucap Zero.Makin kuat sorakan mereka.Tapi kali ini Moon tidak pula mendengus,mala dia seakan terpaku..rasa dihatinya semakin mendalam pada Zero.


“So..aku akan nyanyikan sebuah lagu untuk dia..biar dia tahu betapa pentingnya dia dalam hidup aku,terimalah..Amazed.” bunyi tepukan gemuruh sebelum muzik dimainkan.Moon telan air liur sambil meraba dadanya.Berdegup kencang sekali.


Every time our eyes meet
This feeling inside me
Is almost more than I can take
Baby when you touch me
I can feel how much you love me
And it just blows me away

I've never been this close to anyone or anything
I can hear your thoughts
I can see your dreams


Datang seorang pelayan meletakkan whiskey dan jus mangga di meja Moon,namun tidak disedari oleh Moon.Dia kusyuk menghayati lagu dari Zero.




Chorus:
I don't know how you do what you do
I'm so in love with you
It just keeps getting better
I wanna spend the rest of my life
With you by my side
Forever and ever
Every little thing that you do
Baby I'm amazed by you


The smell of your skin
The taste of your kiss
The way you whisper in the dark
Your hair all around me
Baby you surround me
You touch every place in my heart
Oh it feels like the first time every time
I wanna spend the whole night in your eyes.


Tepukkan yng begitu gemuruh diberikan pada band tersebut.Zero tunduk sebagai penghargaan.


BUK! Kedengaran bunyi hempapan.Zero tersentak.Kepala terbaring atas meja.


“Moon!!” Zero cemas.Dia dan bandnya bergegas mendapatkan Moon.Para pengunjung juga mengerumuni tempat itu.


“Moon?!” panggil Zero sambil membuka rambut yang menutupi wajah Moon.Muka Moon kelihatan merah padam.Tiba-tiba Zero terpandang gelas yang berisi whiskey yang hampir habis.Jus mangga di sebelah masih penuh.Takkan Moon mabuk kot?satu gelas aja??Tapi kan aku pesan jus mangga untuk Moon?


*********************************


P/s : EnjoY!^-^

5 comments:

  1. Gud job..
    rsanya angkara spa ek? nadal tu npe????

    ReplyDelete
  2. waaaaaa..
    spe yg wat cmtuh kt moon??
    a ah la..
    nadal tuh npe..?
    isk2..
    smbung2..

    ReplyDelete
  3. wahhhh.. nape dengan moon??? huhuhu

    ReplyDelete
  4. oh my god...citer ni makin lme mkin best la..like very much..

    Romntic gak ek si zero tu..klu aq..
    nk lme jtuh cinta..hakhakhak..

    Okie~ citer kli ni mmng sya suke..cpt smbng tau..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.