Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

10 August, 2009

Spell 25 : Belong To Me


Spell 25 : Belong to Me


“Ches..boleh cepat tak?badan Moon dan panas ni!” kata Zero cemas sambil mengesat peluh-peluh didahi Moon.Moon mengeliat,dia memandang Zero dengan pandangan kuyu,macam orang baru bangun.Kemudian.dia tersenyum.


“Zero..my Prince..hehe..” Sah!Moon mabuk.Wajahnya merah padam.She smell’s whiskey.


“Jangan marah lagi,ya?aku dah ingat..masa pertam kali kita jumpa tu..aku ada bagi kau key-chain,kan?aku ingat..” sambung Moon lagi.Tidak sedarkan diri.


“Eya..eya..aku tak marah.Moon kau tidur,kay?kejap lagi sampai rumah,Ches cepat!” desak Zero.Terlalu cemas.


“Sabarlah sikit..atau kau nak kita semua masuk hospital,” kata Ches pula seakan marah.Kereta ni dah cukup laju dah..Zero aja yang cemas sangat.


“Okey..okey.”


“Zero..” panggil Moon.


“Thank you..” sambungnya.Mata Moon dah semakin berat dan dia diam buat seketika.


“Panas!” tiba-tiba Moon menjerit sambil ingin membuka baju yang tersarung dibadannya.Zero tersentak.Segera,dia membuka jaketnya dan membaluti badan Moon sekali gus tangan Moon.Moon dipeluk dari belakang.


“Ches cepat!” kali ini Zero tidak lagi bertolak ansur.Dia mahu mereka tetap cepat sampai ke rumah Moon.Ches menekan padel minyak,jarum menunjuk kearah 100 km/sejam.


Tiba-tiba Moon ketawa..kemudian senyap.Moon seperti orang sasau.Dia memandang Zero,tepat dianak mata Zero.Wajah Moon berubah sayu.Zero kehairanan.


“Jangan nangis lagi,aku taknak tengok kau nangis,” kata Moon sebelum kepalanya jatuh dibahu Zero.Pengsan.Zero mengedutkan dahi.Bila masa pula aku menangis??


****


Kelihatan aunty Munir sedang menuruni anak tanga sambil membawa semangku air bersih.Cepat-cepat

Zero menerpa aunty Munir.


“Macam mana keadaan Moon?”


“Dia dah tidur..aunty dah bagi dia ubat panadol.Jangan risau,ya?” jawab aunty Munir seakan cuba menenagkan hatinya yang cemas.Zero sekadar menganggukAunty Munir meneruskan langkahnya menuju ke dapur.Mengantikan air.Zero kembali ke sofa.Kelihatan Ches juga sedang menuju ke arah Zero.Baru siap bertelefon.Dia melabuhkan punggung di hadapan Zero.


“Zero,aku harus balik sekarang..ada masalah sikit,” kata Ches sambil menghampiri Zero.


“Okey..kau gunalah kereta aku dulu..aku akan balik kejap lagi.Lagi pun mama papa Moon akan sampai tak lama lagi,”


“Kau taknak aku temankan?” Zero menggeleng.


“Okeylah kalau macam tu..aku pergi dulu!” Che sudah pun keluar dari rumah.Zero menyandarkan badan ke sofa,kepala memandang iling yang dihiasi lampu kristal.Moon I’m sorry..ini salah aku…


“Zero mana Moon?” tiba-tiba Tuan Sarandani dan Puan Saphiera meluruh masuk dengan keadaan cemas.Zero bangkit.


“Dia ada di biliknya,” selesai Zero menjawab,Puan Saphiera bergegas menuju ke bilik Moon.Tuan Sarandani pula menuju ke sofa dan melabuhkan punggung.Zero sudah bersedia.


“Saya akan bertanggungjawab uncle ,” kata Zero.


“Bertanggungjawab?apa salah kamu?”


“Aku cuai..aku tak jaga Moon dengan baik..”


“First..Zero memang salah sebab bawa Moon tanpa kebenaran,dua..Zero cuai dan ke-3..uncle kagum dengan Zero kerana sikap bertanggungjawab Zero.” Kata Tuan Sarandani.


“Tapi tak apa..uncle tau esok Moon akan pulih,” kata Tuan Sarandani lagi lantas bangkit lalu menaiki tangga menuju ke bilik Moon.Zero angguk beberapa kali.


*****


“Betul kau tak ingat apa-apa semalam?” soal Uto sekali lagi.Hanya untuk meminta kepastian.Moon menggeleng.


“Aku tak ingat apa-apa..”


Pintu bilik studio terbuka,ALven dan Zero melangkah masuk.Dia tangan Alven ada sebuah pita video berwarna hitam.


“Ini adalah rakaman CCTV semalam,mungkin kita boleh tahu apa terjadi pada kau semalam,” kata Alven sambil memasukkan pita kedalam video player.Zero melabuhkan punggung.Butang play ditekan


Skrin tv memutarkan lagi kejadian semalam di mana band Zero sedang menyanyikan lagu pada masa itu dan Moon kusyuk melihat persembahan itu sehinggakan tidak perasaan akan kehadiran pelayan yang sedang meletakkan pesanan Zero di meja.Dua minit selepas pelayan itu beredar,perlahan-lahan tangan Moon Moon mencapai gelas whiskey yang ada di sebelah kanannya tanpa mengalihkan pandangannya pada band yang ada di atas pentas..atau lebih tepat lagi,pandangannya dari Zero.Perbuatan itu seakan-akan dipukau.Dipukau oleh alunan melody dan suara milik Zero.



Semua mata beralih pada Moon.Mata Moon berkelip berberapa kali sambil mengetap bibit.You stupid Moon!Senyuman satu-persatu terukir dari bibir mereka.Termasuk Zero.Mereka sudah pun mendapat kesimpulan dari rakaman itu tadi.


“I think..i’m going outside..” kata Moon sambil bangkit.Seolah-oleh ingin melarikan diri.


“Wanna run away?why?you know what happened last night?” kata-kata Ches menghentikan langkah Moon,lalu dia berpaling.


“Selama tiga tahun aku berkawan dengan Zero,aku belum pernah nampak dia hilang kawalan seperti semalam..cemas tak sudah..dan kau selalu aja nak larikan diri,am I right?” sambung Ches.Alven mengangguk menyokong kata-kata Ches.


“Betul tu..selama ini Zero aja yang selalu kejar kau,asyik dia aja bertolak-ansur singkirkan ego dia demi kau,” kata Alven.Moon tersentak.


“Aku..aku minta maaf..kalau aku membuatkan harga diri Zero jatuh di hadapan kamu..aku minta maaf..” Balas Moon lalu beredar.Dia seakan terpukul dengan kata-kakat Ches dan Alven.


“Moon!” panggil Zero.


“Korang..kalau pun begitu..janganlah cakap sampai macam tu sekali,” tegur Zero lalu dia pun bangkit untuk mengejar Zero.


“Aku ingat dia takkan terasa..diakan keras macam batu?” kata Alven menyesali pertuturannya tadi.


“Yalah..” sokong Ches pula.Uto dan Nadal sekadar menggelengkan kepala.


Keluar saja Zero dari Wonder Bar,namanya di panggil dari belakang.Zero berpaling.


“Moon?” Zero mendekati Moon yang sedang berdiri bersebelahan dengan pintu bar.Dua anak tangga dinaiki.


“I won’t run away again..” kata Moon sambil bermain hujung bajunya.Zero tersenyum.


“Baguslah tu..takpayalah aku pent-penat kejar kau,kan?” jawab Zero berseloroh.


“Jadi..kau pun anggap..”


“No..not even once..aku tak kisah berapa banyak kali kau nak larikan diri,aku tak kisah berapa jauh kau nak lari,sebab aku tahu kau tetap akan balik pada aku..because you’re mine,” Moon buat muka meluat sambil kening kanak terangkat.


“Kenapa kau begitu pasti?”


“Because I said so..”


“Hm.arrogant!”


“Why?memang betul kau milik aku,”


“Itu kau..bagi aku,aku belum jadi milik kau..i’m belongs to my family,”


“So..bila kau boleh jadi milik aku?”


“Tengok keadaan..”


“Takpayah tengok..kau memang pun milik aku,” kata Zero pasti.


“Apa-apalah.”


“Tapi yang pasti..rakaman itu membuktikan sesuatu,”


“Apa?”


“That..you love me..a lot!” Moon tersentak,wajahnya bertukar cemas.


“Ke..kenapa pula kau boleh..fikir macam tu?” kata Moon sedikit gugup.


“Dah jelas dalam rakaman tu..kau ambil gelas berisi whiskey tanpa mengalihkan pandangan kau dari

aku..itu bermakna kau terpesona dengan aku dan kau sudah buktikan yang kau cintakan aku,kan?” Moon

tergelak.


“Kau ni..lebih baik kau ramal cuaca daripada kau ramal sifat manusia..”


“Laa..kenapa pula?”


“Fikir sendiri!” kata Moon sambil menolak lembut tubuh Zero ke tepi untuk meminta laluan.


“Kau nak pergi mana?” soal Zero.


“Nak makan..lapar,” katanya sambil mengusap perut.


“Ikut?”


“Kau belanja,” kata Moon lalu menyambung langkah.


“For you my Queen,” bisik Zero sambil menyusul langkah Moon.


****


“Fikir baik-baik Puan kalu kau nak perempuan tu berpisah dengan anak puan..aku dah bukakan pintu..Puan hanya perlu melangkah..”



Suara milik sesorang menerpa kembali ke gegendang telinga Lady Yuna.Lady Yuna menggaru dahi,berfikir.Matanya beralih pada telefon bimbit yang berada di atas meja.Dia ketap bibir.Lama-kelamaan,telefon bimbit itu di capai lalu mendail nombor seseorang.


“Aku terima cadangan kau..tapi jangan apa-apakan Zero,” kata Lady Yuna.Kedengaran pemilik suara itu tertawa.


“Kenapa aku perlu sakitkan Putera aku?” katanya.


“Okey!” talian dimatikan.Telefon bimbit diletakkan kembali atas meja.Dia meraup wajah.


*****


“Mana Ami ni..kata nak datang kejap lagi,” rungut Trisha sambil meletakkan bag besar atas lantai café lalu melabuhkan punggung.Dia memandang kearah luar dinding kaca café.Tiba-tiba dia terpandang sesorang,seseorang yang amat dikenalinya.Dia bangkit lalu keluar dari café,ingin menyapa orang itu.Keluar saja Trisah dari café,kepalanya terasa berpinar,pandangannya berpusing-pusing.Sebelum dia rebah dia sempat memanggil nama orang itu.


“Zero!” Zero tersentak lalu berpaling.


“Trisha?!” Zero segera mendapatkan Trisah.


“Wake up!Trisha!!” kata Zero sambil menepuk-nepuk wajah Trisha.


“Kau dah sedar?”


“Em..” jawab Trisha lemah sambil mengangkat badan untuk bersandar.


“Kenapa kau berkeras nak masuk hotel ni?” soal Zero apa bila terkenangkan betapa Trisha bersungguh-sungguh ingin masuk kedalam Hotel Eclipse sambil menangis.Trisha tunduk.


“Aku malu nak ceritakan..”


“It’s okey..kalau kau taknak cerita..aku faham..” kata Zero sambil bangkit menuju kedapur.


“Aku lari dari rumah..” jawab Trisah perlahan.Langkah Zero terhenti,dia berpaling semula.


“Lari dari rumah?why?” Zero kembali ke sofa.


“Aku dah bosan hidup terkongkong..aku nak berdikari..tapi papa tak benarkan aku..sedangkan aku dah 19 tahun..” luah Trisha.


“He’s your father,Trish..mestilah dia risau..lagi pun final exam masih ada lagi..masih awal untuk kita berdikari..kau patut balik,Trish..pengetua mesti risau pasal kau,”


“Taknak,”


“Okeylah..aku juga tak boleh paksa kau..tapi esok kau harus balik..nanti tak pasal-pasal situasi ini akan melibatkan pihak polis..papa kau juga yang tanggung,” kata Zero lalu menuju ke dapur dan balik dengan segelas air di tangannya.Gelas itu diberikan pada Trisha.


“Aku rasa..aku perlu balik sekarang,kau dah tambah sihat,kan?”


“Tak boleh kah kau temankan aku untuk sehari saja?” bulat mata Zero.Ini dah melampau ni..


“I can’t..aku ada banyak kerja lagi..nanti aku suruh pekerja kat sini jenguk-jengukkan kau,okey?Aku pergi dulu!” kata Zero.Belum sempat Trisha menghalang,Zero sudah pun keluar dari bilik itu.Trisha bersandar pada pintu..kenapa kau tak pernah nak pandang aku,Zero?sampai bila Moon harus jadi kekasih kau??Tapi..takapa..kau akan tetap jadi milik aku..My Prince..


*****


“Moon..ni ada sampul untuk Moon,” kata aunty Munir sambil menghulurkan sampul tebal itu kepada Moon yang sedang bersarapan bersama ibubapanya.Huluran itu di sambut.


“Tebal semacam aja..duit kot,” teka aunty Munir.


“Mana ada orang nak bagi duit tanpa di minta..tapi betul juga..tebalnya macam berisi duit,kan ma?” kata Moon pula.


“Cubalah buka..” Moon membuka sampul itu lalu membawa keluar isi kandung sampul tersebut ke atas meja makan.Bulat mata Moon,bagai nak keluar urat-urat dawai dari matanya.Tuan Sarndani,Puan Saphiera dan aunty Munir berpandangan kemudian mereka sama-sama memandang Moon yang kini sudah berubah warna wajahnya.Merah padam menahan geram.Macam gunung berapai yang sudah tak aktif,aktif kembali.


“Moon?” panggil Puan Saphiera.Moon bangkit secara mengejut.


“Saya nak pergi sekolah,” katanya sambil memasukkan sampul iu kedalam beg yang berada di bawah kakinya.Beg disandang dan terus beredar.Tuan Sarandani dan Puan Saphiera berpandangan.


*****


Pintu bilik kelas Zero dirempuh masuk.Dia tidak kisah,ada cikgu atau tiada..Moon kini bukan dirinya sendiri.Dia dikawal oleh rasa marah,cemburu,kesal dan lain-lain lagi.Perasaannya bercampur baur.Zero cukup terkejut akan kehadiran Moon yang tidak disangka dengan wajah menakutkannya.Nasib baik tiada guru yang mengajar.


Dengan langkah yang cepat dia menuju ke meja Trisha yang sedang tersenyum memandangnya.Sinis.Sampul surat yang da di tangannya di lempar kasar ke atas meja.Foto Zero dan Trisha bertaburan atas lantai.Mulut para pelajar yang ada di dalam kelas itu ternganga,tidak percaya.Zero lagilah tidak percaya.Dia segera mendekati Moon.


“Apa semua ni?” soal Zero.


“Apa maksud kau dengan menghantar gambar ini pada aku?kau nak tunjukkan betapa mesranya kamu masuk kedalam hotel??” lantang Moon bersuara.


“Memang itulah kenyatannya,kan Zero?aku betul-betul rasa selesa semalam,” kata Trisha sengaja membakar Moon yang sudah sedia rentung.Merah padam muka Moon.Marahnya sudah sampai ke tahap bom atom.Dan..eletrik terpadam.Kipas yang cepat berpusing,perlahan-lahan berhenti..


“He is mine!” PANG! Pipi gebu Trisha mendapat cop tangan.Pipinya di tampar Moon.Semua tersentak.Zero turut sama..tidak boleh berkata apa-apa..


“Moon..it’s nothing..i swear,”


“Shut up!” bentak Moon.Zero lantas terdiam.


“Kau dengar sini..nobody can tak him from me..understand that??kau boleh simpan berapa banyak foto korang berdua..aku tak kisah.Tapi,Zero milik aku seorang,kau faham?!!” bentak Moon mengejutkan Trisha.Moon memandang Zero yang terpana mendengar ayatnya tadi.Tangan Zero di capai lalu menariknya keluar dari kelas.Zero yang ditarik seperti orang sasau.Ikut saja sehinggalah mereka berada di kolam Science barulah tangan Zero dilepaskan,kasar.Mata Moon menikam tajam ke anak mata Zero.


***********************

P/s : sorry kalau tak best..EnjoY!Love u guys..hehe..

5 comments:

  1. haha...
    comey je moon ngn zero nieh..
    nieh mesty keje mama zero n trisha..
    isk2..sengal tol..
    but at least,,moon da state yg zero hak dye je..ekkekee..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. hahahaha....
    best giler...
    bagus jgk la trisha wat camtu walaupun dia nia jahat sbnrnya...
    terus je moon mengaku hak milik kekal kat zero...

    ReplyDelete
  3. wahhhhh... best3.. cpt sambung,, bgs3.. moon ni x mcm pompuan lain ayik mengalah je.. teruskan2.. sikap moon yg lain nih.. hihihi

    ReplyDelete
  4. ahaks...klakr tol..akhirnye moon ngaku gak..hahaha

    best sngt tau..pdn muke si trisha tu..bgi je penumbuk sebijik..bru puas tau..hahaha..

    cpt smbng tau..

    ReplyDelete
  5. besh...

    selalunye org x kan ngaku hggela dah darurat...

    cam kes moon die x nak ngaku sbb silvet mask...
    bler dah dpt gmbr 2...
    hah...
    dpn org rami die buat pengakuan...
    sekarang...
    die dah x leh berdolak dalik lagi...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.