Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 August, 2009

Spell 26 : Family

Spell 26 : Family


“Moon kau marah?” Soal Zero takut-takut.Moon memandang Zero.


“Jadi aku perlu menyanyi?” jawab Moon kasar.Zero tergelak.Kening Moon sudah bersambung.


“Hah..ketawa!Apa yang lucu?” Marah moon.


“Takda..aku rasa kau cute sangat..aku tak sangka kau betul-betul sayangkan aku,” kata Zero sambil mendekati Moon.Bush!!Muka Moon berasap,berubah merah padam.Dia malu sendiri.Moon melarikan wajah.


“Mana ada!” ego Moon.


“Kau masih taknak mengaku Moon..kau percayakan aku,kau tahu aku takkan buat benda-benda macam tu di belakang kau..kau percaya sebab kau dah mencintai aku sepenuhnya,kan?” tangan Moon digenggam.Moon tunduk.Kemudian perlahan-lahan dia angkat wajah.Zero tersentak.Mata Moon merah.


“Sekali lagi kau buat aku macam tu,aku takkan maafkan kau..sampai bila-bila!” kata Moon sambil menyeka air mata sebelah yang sudah menitis.Moon membelakangkan Zero.Moon napa kau lemah sangat!Marah Moon sendiri.


“Moon…I’m sorry..aku tak tahu pun itu niat sebenar dia..aku just nak tolong..aku dengan dia takda apa-apa..i swear!” jelas Zero.


“I know..” ujar Moon sepatah.


“Zero!!” Tiba-tiba Trisha datang dengan panggilan lantangnya.Gambar dia dan Zero semasa memasuki hetol berterbangan di udara.


“Apa kau nak lagi?” soal Zero.


“Aku nak kau!”


“Trisha..kenapa kau jadi macam ni?why are you being unreasonable?”


“Because of you!kenapa kau tak boleh lihat aku?kenapa kau tak pernah nak pandang aku?aku lebih cintakan dia dari kau!” kata Trisha sambil air matanya bergenangan.Dia terlalu cintakan Zero sehinggakan cintanya itu membuatkannya buta.Terlalu ingin memiliki.Zero menggeleng.


“No..walaupun cinta kau lebih banyak dari Moon..tapi cinta aku terhadap Moon lebih dari segala-galanya,” Zero memandang Moon.


“Sebab bagi aku..dialah orangnya..She’s the one.” Matanya dan mata Moon bertentangan.Moon senyum segaris.


“Jom..kita escape!” senyuman Moon melebar mendengar ajakan Zero.Lantas dia mengangguk walaupun dia tahu ia salah di sisi peraturan sekolah..apatah lagi sekolah itu adalah sekolah bertaraf tinggi.Zero dan Moon sama-sama meninggalkan Trisha yang masih terpinga dan terpana dengan kata-kata yang baru saha Zero tuturkan.


Trisha terjelepuk jatuh atas rumput hijau.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja berlaku.Tangan yang ada dia atas rumput mengenggam tanah.Matanya berubah tajam.Korang takkan pernah bahagia!Itu sumpah aku!


*****


“Apa ni?!korang bawa apa ni?huh?!” lantang suara Lady Yuna menyapa gegendang telinga Hanna.Morgiana yang terkejut sudah berdiri di belakang Hanna.Moon mengedutkan dahi.Zany pula wajanya jelas menunjukkan ketidaksenangan ibunya menengking Hanna depan Moon.


“Ma..apa ni??” kata Zany.


“Zany..hanya Zany yang boleh menjejakkan kaki dan membawa sebarang barang di rumah ini..not those people!” tajam ayat itu mencucuk hati Hanna.Moon,sudah tentu panas!


“Tapi mereka kan sebahagian dari keluarga kita juga..darah daging kita..tak salah kalau diorang bertandang sekali sekala,”


“Itu mereka..bukan mama.Lagi pun,Zany berkahwin tanpa mama,kan?patutkah dan layakkan mereka dipanggil darah daging mama?” kata Lady Yuna.Air mata yang sedaya-upaya ditahan akhirnya menitis juga.Moon mengusap belakang Hanna.Seakan menenangkannya.


“Mama??”


“Sudah..lepas letak barang tu,mama taknak tengok mereka kat sini.Mama banyak kerja,tak suka

bising!” katanya sinis lalu beredar meninggalkan mereka yang masih berdiri di dapur menuju ke atas..Zany menghampiri Hanna.


“Hanna..i’m sorry..come here!” tubuh Hanna dan Morgiana dipeluk erat dan Hanna teresak menangis namun perlahan agar tidak didengari oleh Morgiana.Moon yang berdiri di sebelah mereka memandang dengan pandangan hiba..kemudian memandang pintu kamar Lady Yuna.Kenapa aunty Yuna layan kakak macam ni?kenapa marah kakak depan Gia?apa salah kakak?


*****


“Kakak..kakak okey?” soal Moon sebaik saja mereka memasuki rumah banglo Hanna.Morgiana sudah pun berada di hadapan tv,tengok Ben 10.Budak perempuan pun suka tengok Ben 10.Hanna tersenyum.


“Kakak okey..Moon?” soal Hanna pula.


“Moon?napa tanya Moon pula?”


“Moon..kita adik-beradik.Kakak rasa apa yang Moon rasa dan Moon juga rasa apa yang kakak rasa,kan?” kata Hanna sambil menuju ke dapur.Moon membuntuti Hanna.


“Eya..kenapa aunty Yuna macam tu,kak?kenapa layanan dia macam tu?”


“Mungkin mama masih marah dengan peristiwa 8 tahun lalu..kakak dah tak tahu nak buat apa..pertama,mama suruh kakak letak jawatan sebagai jururawat kat Rumah orang tua-tua.Lepas tu,tak suruh jejakkan kaki kat rumahnya.Kakak tak tahu nak buat apa.Pendapat Moon patutkah kakak letak jawatan?”


“No!kenapa kakak perlu korbankan impian kakak?Kakak kan pernah kata itu impian kakak.Pendapat Moon,No!” pantas saja Moon menjawab.


“Tapi macam mana kakak nak memenangi hati mama?”


“Kak..walauapa pun kakak buat,kalau hati aunty tetap macam tu..semua yang kakak buat akan jadi sia-sia.Tidak selama-lamanya aunty macam tu.Trush me,” jawab Moon lagi menyakinkan Hanna.


“Okey..tapi kakak cuba.kalau mama tetap macam tu,kakak akan letak jawatan,” kata Hanna.Ada penekankan didalam ayatnya.


“Okey..apa-apa keputusan kakak lepas ni,Moon sokong,”


“Thanks Moon!”


“Dahlah..jangan disebut lagi benda yang menyakitkan hati.Moon tak suka dengarlah.Ni..nak masak apa?Moon laparlah,” kata Moon sambil mengusap perutnya.


“Kita goreng nasi ajalah..macam yang pernah kakak buatkan Moon dulu,”


“Okey!Moon pun dah rindu dengan masakan kakak ni.Mana tahu makin power masakan kakak,kan?” usik Moon.Hanna menjeling.


“Jadi dulu,masakan kakak tak powerlah,kan?”


“Lebih kuranglah..”


“Muntahkan balik nasi goreng yang Moon pernah makan dulu,” Hanna seakan merajuk.


“Mana boleh..dah bertahun dah tersimpan kemas dalam tanah.” Serta merta ketawa Hanna

pecah.Moon turut tergelak.Hanna membawa keluar udang yang ada di dalam freezer ke singki.Dalam masa yang sama,raut wajah yang penuh dengan senyuman,perlahan-lahan bertukar sayu.Dia menelan air liur.


“Moon yang ada di belakang Hanna pun begitu juga.Dia tahu kakaknya masih terasa sakit akibat kata-kata tajam Lady Yuna.Dia tahu,hati kakaknya masih menangis semahu-mahunya.


“Kak,Moon pergi Gia,ya?” kata Moon meminta izin.Sebenarnya dia tidak perlu meminta izin,cuma nak memberi alart pada Hanna agar dia boleh bersendirian.Hanna sekadar mengangguk tanpa menoleh.Moon beredar.


*****


“What???!!” jerit Zero seakan terkejut sambil bangkit.Alven,Ches dan Nadal terkejut dengan sikap dratis Zero.Mereka semua mengangkat kepala memandang Zero.


“Hospital mana??” soalnya lagi cemas.Alven,Ches dan Nadal saling berpandangan.


“Kenapa Zero?” soal Nadal.


“Okey..aku datang sekarang.Thank you!” talian dimatikan.Telefon dimasukkan dalam poket.


“Mama accident..aku perlu pergi!” kata Zero cepat sambil mencapai jaket disebelahnya dan beredar tanpa sempat mereka bertanya dengan lebih lanjut lagi.Motosikal yang dipandunya meluncur laju menuju ke Skyscraper Hospital.


“Hei..jom kita ikut dia?” cadang Ches.


“Jom!” jawab Alven.Mereka bangkit dan menuju ke kereta Ches.Kereta itu juga menuju ke hospital yang di maksudkan.


Setibanya di hospital.



Kelihatan Zany,Hanna dan Tuan Albumin sudah berada di hadapan pintu pembedahan.Zero berlari mendekati mereka.


“Macam mana keadaan mama?” soalnya sambil menelan air liur.Penat berlari sana sini.


“Belum tahu lagi..mama operation sekarang,” jawab Zany.Zero memandang bapanya yang sedang duduk di kerusi sambil tunduk,tangan memegang dahi.Zero mengambil tempat disisi bapanya.


“Macam mana mama boleh accident?” soal Zero.


“Macam mana kami nak tahu..tup-tup dapat berita tentang ni.Aku dan Hanna baru aja sampai,” jawab Zany.


“Papa..”


“Papa juga tak tahu..tapi mama ada cakap dia nak jumpa seseorang.Sejam selepas tu,papa dapat tahu yang…” ayat Tuan Albumin terhenti di situ.Tiada kekuatan untuk menyambung.terlalu perit untuk di tuturkan.


“It’s okey..mama akan okey..” kata Zero.Menenagkan setiap perasaan yang ada di ruang itu.Tiba-tiba board yang berlampu merah,terpadam.beberapa saat kemudian,seorang doctor keluar dengan mask terikat dileher.Tuan Albumin segera bangkit dan mendapatkan doctor tersebut.


“Macam mana keadaan isteri saya doctor?”


“Dia sudah berada di tahap yang stabil sekarang..tapi maafkan saya tuan,ada kemungkinan isteri tuan akan lumpuh akibat kecederaannya di bahagian pinggan.” Keadaan makin menjadi tegang.Zany dan Zero meraup wajah.


“Bersabarlah,” pesan doctor itu sambil menepuk bahu Tuan Albumin.Zany memeluk Hanna.Zero pula bersandar pada dinding.Perit berita itu.


*****


“Aku taknak benda ni semua!Aku nak jalan balik!Kau berambus dari sini!Gara-gara kau aku jadi macam ni!BERAMBUS!!!!” jerit Lady Yuan sambil melempar semua buah-buahan dan bunga yang dibawa oleh Hanna atas lantai.Hanna sudah memeluk tubuh takut benda-benda itu melayang padanya.Nasib baik Morgiana tidak ikut bersama.


“Hei..kau pekakkah??Dah putus telinga??tak dengar apa yang aku cakap?aku kata keluar,keluarlah!!!” jerit Lady Yuna lagi.


“Mama..tapi…”


“Hei apasal dengan kau ni?!” kata Lady Yuna kasar,dengan pantas tangannya mencapai pasu bunga kaca dan melemparkannya ke dinding.Percikan kaca yang pecah secara tidak sengaja melantun ke lengan Hanna dan menghirisnya.Darah pekat perlahan-lahan mengalir menitis kelantai.


“Ahha!” Hanna menrintih perlahan sambil memegang bekas luka itu.


“Keluar!!!” bentak Lady Yuna lagi.Hanna tersentak.Dia mengangguk lantas beredar.


“Hmm..dah kena baru nak keluar,” kata Lady Yuna sinissambil menjeling pada Hanna yang

sudah keluar dari wad.Nasib baik wad itu adalah wad V.I.P dan kalis bunyi.Sebarang bunyi tidak akan dikesan.


“Kakak,tak panaskah pakai baju sejuk ni?” soal Moon.Hanna tersentak kemudian tersenyum.


“Taklah..kakak rasa sejuk sangat..kenapa Moon nak pakai juga kah?” soal Hanna pula.


“Hari panas macam ni?taknak..habis rentung badan Moon nanti,” Hanna tergelak kecil.Pandangannya beralih pada anaknya yang sedang mewarna di hadapan tv.


“Sampai bila kakak nak tipu semua orang?” soal Moon tiba-tiba.Hanna tersentak.Dari nada suara Moon,dia dapat tahu Moon mungkin tahu sesuatu antara dia dan Lady Yuna.Tapi,Hanna buat-buat tenang.


“Tipu?tipu apa pula ni?”


“Kak!Please!jangan seksa diri kakak lagi..tell me!” Moon memandang tepat-tepat di anak mata Hanna.


“What?” Hanna masih tidak ingin menceritakan hal yang sebenar.


“I was there..Moon dengar setiap butir kata yang aunty Yuna lemparkan pada kakak,Moon nampak apa yang aunty Yuna lakukan pada kakak.Pasu bunga tu..Moon nampak kak!” Hanna menutup rapat matanya seakan tidak mahu peristiwa itu diketahui oleh Moon tapi semua sudah berlaku dan semuanya jelas dimatanya.


“Kenapa kakak simpan seorang?apa fungsi Moon sebagai adik kakak?” Hanna sudah mulai menangis saat ayat ‘fungsi’ itu keluar dari bibir Moon.


“Kakak minta maaf,Moon..kakak tak berdaya...kalau kakak cakap semua tu kakak takut hubungan yang sedia ada makin hancur dan kakak taknak Zany rasa bersalah..” Hanna meluahkannya dalam sebak.


“Macam mana dengan perasaan kakak sendiri?siapa yang nak jaga?”


“Moon,kakak okey..kakak boleh tanggung semua ni..demi Gia dan Zany..”


“Kakak…” hanya itu ayat yang mampu Moon tuturkan.Perlahan-lahan Hanna masuk dalam pelukan Moon.Setidak-tidaknya,dia ada bahu untuk di pinjam.Air mata Moon ikut sama jatuh.Why are you being stupid,sis?”


*****


Tok!Tok!Tok! Pintu wad Lady Yuna diketuk dari luar.Kedengaran Lady Yuna mempersilakan masuk.Moon memulas tombol pintu dan masuk.Pintu ditutup semula.Berkerut wajah Lady Yuna memandang Moon.


“Apa kau nak?” soal Lady Yuna seakan tidak senang dengan kehadiran Moon.Moon menghampiri katil Lady Yuna.


“Saya nak tanya aunty..”


“Puan!” Pantas Lady Yuna memperbetulkan ayat Moon dari ‘aunty’ kepada ‘Puan’.


“Saya nak tanya puan..kenapa layan kakak saya dengan macam tu sekali?” sambung Moon.Lady Yuna tergelak.


“Kenapa?salah?” soal Lady Yuna selamba.


“Puan boleh kata macam tu?memang jelaslah salah..puan melakukan kakak seperti orang asing..”


“memang pun dia orang asing!” pintas Lady Yuna.Moon mendengus.Rasa marahnya sudah memuncak.Sabar Moon..dia ni mama Zero,ibu mentua kak Hanna..jangan sampai kau keluarkan ilmu ji-jitsu sudah.Tambah parah..susah nak jawab.Hati Moon sempat memberi nasihat.Moon menghembus nafas.


“Apa lagi yang Hanna perlu lakukan supaya puan terima dia sebagai menantu puan?Apa lagi agar puan boleh mengakui Gia sebagai cucu puan?” Lady Yuna tersenyum sinis.


“Kau pasti kau nak tahu?”


“Whatever it is!”


“Okey..sebenarnya senang saja…semua itu terletak di tangan kau,kau yang pegang kuncinya dan kaulah pintunya,” jawab Lady Yuna.Moon mengerutkan kening.


“Aku kunci?aku pintu?apa maksud puan?” soal Moon tidak faham.Lady Yuna semakin sinis.Hatinya melonjak kegembiraan.


**********************

P/s : EnjoY your reading!Love u guys!

4 comments:

  1. wait a minutes... jngn smpai zero ngan moon brpisah dh le..kang x psal2...sy pegi serang si lady yuna yg x guna snt tu...

    errrrrrrrrrrr... gram nye... biar jela moon serang si lady yuna tu..biar dye tahu yg hanna n moon x boleh diperselekeh kn sesuke hti dye!!!!!!!

    mrah sngt ni tau...bengang dngn moon.. kn moon ganas..hehehe lgi suke klu moon gnas...hehehe

    papepon..citer ni best tau.. jngn smpai moon buat keje bodoh sudh...huh..

    ReplyDelete
  2. To Princess..

    Moon tak ganas,dia kasar..tapi dia hormat dengan orang yang lebih tua dari dia..

    ReplyDelete
  3. hah... jgn nak kate moon kene berpisah dngan zero sudahhh!!! eiiii nape lady yuna ni tak hilang ingatan je mase xcident tu? biar dia sayang kat hanna tu.. huhuhuhuhu.

    ReplyDelete
  4. btol2..
    jgnla kunci dye moon kene pisah ngn zero..
    huhu..
    btw,,lagu2 kat sini buat lgi ade feel nk bce..seyes..
    haha..if u're not the one..!!my favroute..huhu..smbung2..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.