Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

17 August, 2009

Spell 27 : Something Haven't Change


Spell 27 : Something haven’t change


“Zero mana?” soal Moon pada seorang peajar yang baru saja keluar dari makmal Biology.

“Dalam Bio lab 2,” jawabnya.


“Ah..okey.Thanks!” ucap Moon lalu menuju ke makmal bawah tanah.

Tok!Tok!Tok! Pintu makmal yang sedia terbuka diketuk.Zero angkat muka.Kelihatan Moon sedang menghampiri meja.


“Kenapa?” soal Zero tanpa mengalihkan matanya dari kertas graph.


“Kenapa?tak boleh datang?okeylah..bye!” Moon seakan merajuk.Baru satu langkah kehadapan,Zero pantas menyambar tangan Moon.Moon tersenyum tanpa berpaling.


“Itu pun nak marah..i’m just curious,okey..tak pernah-pernah kau datang jumpa aku dalam sekolah,” jelas Zero sambil melepaskan genggaman tangannya pada Moon.


“Datang jumpalah ni sekarang..”


“Why?” Zero menyambung semula lakarannya pada graph.


Ada masa tak?aku nak bawa kau pergi taman permainan,” Prak!mata pencil makenikel patah sejurus Moon menyuarakan hajatnya.Perlahan-lahan Zero angkat muka memandang Moon.Moon sudah angkat dua-dua keningnya,menanti jawapab Zero.


“Mau tak?” soal Moon lagi.


“O..okey..bila?”


“Hari ini..selepas waktu sekolah.Jangan lambat..lewat 5 minit.Cancel!” kata Moon seakan

mengugut.Zero mengangguk.


“Okey..itu aja.Bye!” sebaik saja Zero mengangguk,Moon terus beredar.Zero menguntum senyuman.


Tiba-tiba Zero dikejutkan lagi dengan ketukan pada pintu.


“Nadal?” Nadal melangkah masuk.


“Nah..surat amaran dari pengetua.Aku dah bagi Moon surat amarannya.” Kata Nadal sambil menghulurkan satu sampul surat pada Zero.Zero menyambut huluran itu dengan sengihan.Surat itu dimasukkan dalam poket kot putih.


“Hah..buat hal lagi..kan dah kena bagi surat cinta.Tapikan..aku betul-betul tak sangka Trisha boleh bertindak sampai ke tahap tu.Kalau dia buat pada aku yang masih single ni,okey lagi.Ni..kau?huh..” Zero tergelak.


“Bukan aku yang nak..lagi pun aku tak tau yang dia betul-betul sukakan aku,”


“Biasalah tu..perempuan kalau dah cinta gila,dia takkan lepaskan orang yang dia suka.Macam kat dalam tv tu,”


“Pandailah kau,”


“Emm..Zero?”


“Apa?”


“Hari tu kan..aku TAK sengaja terdengar pergaduhan kau dengan aunty Yuna masa dalam Bilik Persatuan Pelajar..korang ada mention nama Moon.Adakah lawan yang paling hebat kau maksudkan aunty Yuna?” kata Nadal sambil menekankan ayat ‘tak’.Zero mengangguk,mengakui kebenaran pada kata-kata Nadal.


“Memang mama boleh jadi ‘lawan’ terhebat dalam hubungan kami,tapi aku tak mengalah sampai mama setuju,”


“Tapi kau tak takut peristiwa 8 tahun lalu berulang lagi?”


“Kenapa nak kisah peristiwa yang dah lepas?yang pentingkan masa ini..sebab masa sekarang yang akan lead kita untuk masa depan,”


“Yalah kot..tapi baguslah kalau kau berpendapat begitu.Tapi aku just nak nasihatkan kau..becareful.”


“For what?” Zero kepelikan.Kenapa dia perlu berhati-hati pula?


“I don’t know..it just..i fill like..something bad will happen.Tapi itu cuma naluri seorang kawan,man..jangan ambil pusing sangat,kay?”


“Okey..but still,thanks for the concerned,”


“Okeylah..aku nak balik.Kau taknak balik?”


“Huh?balik?balik??!” soal Zero seakan terkejut.Nadal terundur sedikit kebelakang dek terkejut.


“Yalah..dah dekat satu setengah dah ni,”


“What??!Mampus!” jerit Zero lagi.Dengan kadar segera semua benda-benda dia atas meja di tinggalkan saja,kot di buka dan terus keluar tapi sempat memberi pesan pada Nadal.


“Tolong kemas kalau kau masih nak aku hidup!” Huh??Nadal bingung sendiri.

TERCUNGAP-cungap sebaik saja keluar dari gate sekolah.Moon..tolong jangan marah..Zero merayu dalam hati.Zero telan liur.Penat berlari,naik tangga turun tangga,belok sana,belok sini hanya untuk mengejar masa dan sesampai saja dia di luar gate,Moon sudah tiada..oh come on..Cuma lewat 10 minit aja..


“Hey!” Zero dikejutkan dengan satu sapaan dari belakangnya.Suara itu amat dikenalinya.Zero menoleh.


“Moon?” panggilnya.Kelihatan Moon sudah berpakaian biasa.Mungkin dia menukar baju di gym.


“You’re late!”


“Yah..i know..sorry..kau dah cancel?” soal Zero.


“Cancel?aku gurau ajalah..tak cancel pun.” Thanks God!syukur Zero dalam hati


“Jomlah..mana motor,aku pandu,” hah???


“Gurau ajalah..cepatlah..aku dengar Taman Tema tu akan tutup awal,nanti tak sempat,”


“Oh..okey!tunggu kejap aku hidupkan motor dulu,” Zero menuju ke tempat letak motor.Tapi dia dilanda persoalan.Why Moon’s being weird?tak marar,tak melenting seperti selalunya…dan lagi..is she likes joking around?


“Nah!” Zero menghulurkan topi keledar hitamnya pada Moon.Moon menyambut dan menyumbatkan kepalanya ke dalam topi tersebut.Moon memanjat di belakang Zero dan motor itu meluncur laju menuju ke destinasi.


*****


“Zero kita naik tu?” tunjuk Roller Costar.


Beberapa minit kemudian…


“Zero kita naik tu?” tunjuk Rocket.


Beberapa minit kemudian..


“Zero kita naik tu?” tunjuk Mines Train.Zero mengeluh..this witch has a lot of..energy..


Beberapa minit kemudian..


“Zero?” again?


“Kita naik tu?” sambung Moon sambil menuding ke arah Galaxy Travel.Oh..God!I feel dizzy..


Beberapa minit kemudian..


“Zero..kita naik tu?” tunjuk Mary Go Round.Haa???Mata dah juling tengok kuda itu berpusing,dalah slow mengalahkan kura-kura..but still..


“Okey!” Zero menjawab separah ikhlas.


“Macam tak ikhlas aja?”


“Ikhlas..ikhlas..jomlah!” Zero segera memimpin tangan Moon menuju permainan tersebut.Oh..God..jangan biar aku muntah di sini!!


“Uwakkk!!!”…”Uwakkk!!!”


Moon menepuk-nepuk belakang Zero yang sedang berdepan dengan tong sampah.,bersebelahan dengan bangku yang mereka duduki.Orang yang lalu-lalang buat tak tahu..dah biasa nampak orang muntah di taman itu.


“Are you okey?”


“Am I look like I’m okey?” Zero menyeka mulutnya dengan tisu dari Moon.Air mineral yang ada di tangannya di teguk.Botol ditutup.Badan disandarkan pada bangku sambil muka menghadap langit.Sudah lama dia tidak muntah seperti tadi..memang memalukan!


“Sorry..” minta Moon.Zero diam.Cuba merehatkan kepalanya yang sedang berpusing.


“Sorry..” minta Moon sekali lagi sebaik Zero tidak memberikan sebarang respond pada permintaannya.Zero memandang Moon.


“It’s okey..”


“Betul?kalau macam tu..kita masuk kat Kem tu,mau?” kata Moon sambil menunjuk ke arah sebuah kem

berwarna hitam bertulis ‘I Can See Your Future’.Zero mengeluh.


“Okey!”


“KAMU ditakdirkan untuk bersama,” kata wanita yang sedang duduk di hadapan Zero dan Moon.Rambutnya keriting hitam,berjubah hitam,bibir hitam.pokoknya semuanya hitam.Lagak seperti seorang ahli sihir.


Ruang itu juga gelap hanya diterangi dengan lampu mentol bercahaya oren,di sekeliling kem itu di hiasi dengan rantai yang diperbuat dari siput laut.Tangan wanita itu bergerak-gerak di seluruh kawasan bebola Kristal yang terletak dihadapannya.Seakan bebola itu sudah menunjukkan masa depan mereka.


“Tetapi…”


“Tapi apa?” soal Moon pantas.


“Hubungan ini akan berakhir!” Moon tersentak.Mata Zero yang sedang meninjau di seluruh kawasan itu pantas berpaling kearah wanita itu.


“Moon jomlah!semua tu tak betul!” kata Zero seakan marah.


“Tapi dia belum habis cakap lagi,” kata Moon.


“Takpayah..nobody can predict future,” jawab Zero sambil menarik tangan Moon untuk berdiri.


“You’ll come back!” ujar wanita itu pula seakan tahu.Zero mengedutkan dahi.Dia memang tidak percaya

pada itu semua.Zero menarik tangan Moon keluar dari kem tersebut.Tidak mengendahkan kata-kata wanita itu tadi.


“Kenapa kau ni?” soal Moon sebal dengan sikap Zero tadi.


“Buat apa nak dengar cakap dia tu..semua tu tak benar,Moon.”


“Kalau betul macam mana?”


“Takkan kau percaya cakap dia pula?”


“Could be..” jawab Moon pendek lalu beredar.


“Nak pergi mana tu?” laung Zero.


“Nak beli gula-gula kapas..tunggu!” jawab Moon.Sesampainya dia di gerai menjual gula-gula kapas Moon terus memesan dua.Telefon yang ada di dalam poket dibawa keluar.Dia mula mencari no seseorang.


“Hello..uncle.Uncle kat mana?dah sampai?..em..okey!” talian dimatikan.Telefon dimasukan semula kedalam poket.


“Rm 1,” kata penjual itu sambil menghulurkan dua gula-gula kapas.Moon menyambut sambil memberikan selambar wang kertas seringgit.Moon pun beredar.


“NAH!” gula-gula kapas disambut dari tangan Moon.Moon melabuhkan punggun di sebelah Zero dan mula mengunya gula-gula tersebut.


“Moon..why are you being weird?” hampir tersedak Moon mendengar pertanyaan Zero.


“Weird?”


“Yah..weird..kau tak pernah macam ni..kau tak pernah ucap kata maaf seperti awal tadi.Are you okey?” Moon berhenti mengunya.


“I’m okey..cuma aku saja nak menghabiskan masa dengan kau.Ingat lagi apa yang Ches dan Alven cakap?dorang kata kau aja yang selalu make a move..dan aku pula tak.Sekarang tiba masanya untuk aku mengambil peranan,”


“But..it’ like..you’re not you..aku nak kau yang dulu,”


“Zero..it’s time to change,”


“Apa yang perlu diubah?”


“Anything or everything..i guess..em..Zero,can you hold this for me?”


“Kenapa?”


“Aku nak pergi toiletlah,”


“Oh!Okey..” Moon bangkit menuju ke tandas.Sesampainya dia di dalam tandas,penutup tandas terus

diturunkan dan duduk.Sehelai kertas yang sudah di lipat-lipat di keluarkan dari poket.


“I’m sorry..i have to..”


*****


“Mana Moon ni?” soal Zero sendiri.Jam di tangan dijeling.sudah 15 minit Moon pergi ke tandas.Sembelitkah dia?


“Abang!” tiba-tiba seorang budak lelaki datang menghampiri Zero.


“Abang ni nama Zero?” soal budak itu.Zero mengangguk.


“Ini..ada kakak suruh saya bagi kertas ni pada abang,” kata budak itu sambil menghulurkan sehelai

kertas.Zero mengerutkan dahi.


“Siapa?” soal Zero.Budak itu mengangkat bahu.Tidak tahu.Kemudia dia beredar.Zero membuka helaian yang terlipat.


I’m sorry,Zero..selamat tinggal


“Moon’s hand writing,” ujar Zero seakan kenal dengan tulisan itu.Zero semakin binging.Apa semua ni?ini juga satu gurauan,Moon?


********************************************


p/s : sorry..aku sudah edit balik post ni..kalau tetap macam tu,bagi tau aku,aku post yg baru..sorry di atas kesilapan tu,kay?

6 comments:

  1. pesal nieh..?
    moon tgglkn zero psal mam zero ker?
    ngeeee..
    sedihnyee..
    huhu..xmo la..
    zero,crik moon..!!
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. ape nih??? kod mne plak ni??

    alaaa..okie~ cm ne nih?? x dpt bce..waa~

    btul kn la cpt..

    ReplyDelete
  4. dh bole bce pon..

    kn dh kte.. MOOOOOOOOOOOON!!!
    jngn la pegi~~~!~~~ knape hrus ikut ckp mama zero~~~

    bencinye.. ish..tumbuk kng lady yuna~!!!

    TAK KIRA..NAK MOON JUGAK..! waaa~ nangis kang..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Huhu.. terpisah lagi ke.. aduh... ciannya zero ni... Chayo!tuk witch..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.