Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 August, 2009

Spell 30 : Sayonara My Prince

Spell 30 : Sayonara My Prince


Mata Moon masih bengkak seperti semalam.Selepas saja dia membelek buku ungu silver pemberian Zero itu,serta-merta air matanya menitis bercucuran.Segala yang Moon lakukan sejak berumur 9 tahun,semua tercatat di sana melalui foto.Kemana Moon pergi,ada di buku itu.


Semasa pertandingan taekwondo,pertemuan pertama kali dia dan Zero selepas 2 tahun juga ada di sana,semasa berada di atas gelanggang perlawannan juga gambarnya di tangkap.Moon langsung tidak perasaan selama ini dia diintip 24 jam sehari.Taapi Zero bukanlah pervert..semua yang di tangkapnya adalah outdoor..aktiviti luar.Sebenarnya bukan Zero yang tangkap semuanya,tapi orang suruhannya.Zero tidak mahu berjauhan dengan Moon walaupun mereka memang jauh.


Sesekali Moon tersenyum melihat fotonya sendiri,lucu bila mengingatkan zaman kanak-kanaknya.Comot,bertarung dengan orang-orang termasuk lelaki.Sepanjang 10 tahun itu,Moon langsung tidak sedar bahawa selama ini sudah ada orang yang menyayanginya separuh mati.Masakan Moon mahu perasaan,kalau hari-hari cari pasal,mencabar dan memalukan Moon di khalayak ramai.Sehinggalah Zero meletakkan jawatannya sebagai President Persatuan Pelajar dan mencabar Moon untuk bertanding.Itu semua hanyalah jalan untuk mendekati Moon.Tapi sekarang segala-galanya berubah..mereka akan jauh untuk selama-lamanya…


“Moon pasti dengan keputusan Moon?” soal Puan Saphiera lagi meminta kepastianMoon mengangguk.


“UK bukan tempat yang dekat Moon bukan juga negara yang kecil.Moon kata Moon nak pergi ke sana sebab nak belajar dalam bidang fashion,tapi sebenarnya Moon nak melarikan diri,kan?” soal Tuan Sarandani pula.


“Ma..pleaselah..Moon tak nak sini lagi..Moon nak pergi jauh.Izinkan Moon untuk ikut papa dan mama,ya?” Moon seakan merayu.


“Tapi bolehkah Moon hidup di sana sementara Moon tertinggal sesuatu disini?”


“Tiada apa yang terttinggal dan Moon yang dulu sudah pun mati.Moon bukan Moon yang dulu lagi,”


“Moon!” marah Puan Saphiera.


“Ma..please..Moon nak ikut..kalau mama dan papa tak benarkan Moon akan cari jalan untuk pergi ke sana.kalaupun bukan UK,Moon akan cari country lain.Moon seorang diri pun takapa!” Moon sudah bertekad,tiada apa yang dapat menghalang keputusannya.


“Okey..okey..papa benarkan..tapi macam mana dengan final exam?” pantas Tuan Sarandani bersetuju.Takut anaknya mengotakan apa yang dia sudah putuskan.


“Tak bolehkah sambung belajar kat sana?” soal Moon pula.


“Boleh tu boleh..tapi di sana lebih advance.Moon boleh handlekah?”


“Boleh!” Moon menjawab dengan penuh tekad.Decision had made..


*****


“…kamu sudah ditakdirkan untuk bersama..


“..tapi..”


“..hubungan ini akan berakhir..”


Peristiwa semasa berada di Kem itu menerpa di minda Zero.Macam mana wanita itu tahu hubungan kami

akan berakhir?wait..mungkin dia tahu kenapa kami putus dan kenapa Moon berubah.I should find her!


SESAMPAINYA Zero di Taman Tema,kem itu sudah tiada di situ,walaupun suasaana tetap sama,Cuma kem itu hilang.Puas Zero mencari tapi tetap tiada.Takkan dia tu ahli sihir betul-betul kot?


“Looking for me?”


“Fuhh…” Zero yang terkejut mengusap dadanya.Hampir gugur kepala lututnya dek terkejut.


“I know you’ll come,” kata wanita itu.Kening Zero bertemu.


“Adakah kau penilik itu?”


“Ya..kenapa?” wanita itu duduk atas pembahagi jalan.


“Emm..saya nak minta maaf atas perlaukan saya tempoh hari..tapi saya bukan dating sebab itu..saya nak..”


“Kau nak tahu sebab perpisahan itu?” ayat Zero mati.Dia segera mengambil tempat disini wanita tersebut.


“Aku pernah cakap yang kau akan dating cari aku lagi.Dan memang betul kau dating.Itu bermakna kau mahukan jawapan.Kenapa korang dah berpisah?” Zero tersentak lagi.Wanita itu seakan tahu apa yang terjadi dan akan terjadi.


“Ya..and I want to know..could you please tell me..why?saya sanggup bayar apa saja,” kata Zero bersungguh-sungguh.


“No..I’m not telling you,” wanita itu memeluk tubuh.


“Kenapa?”


“Sebab aku bukan Tuhan..aku diberi anugerah ini bukan untuk memberikan jawapan tapi petunjuk,”


“Okeylah..petunjuk pun petunjuklah..”


“And you’re not paying me,okey?”


“O..okey..”


“Sebabnya adalah orang sekeliling kamu..dia gunakan kelemahan kamu untuk memisahkan kamu..itu saja!” selesai bercakap wanita itu bangkit dan melangkah.


“Wait..who’s dia?”


“Orang terdekat kamu!” jawabnya dari jauh.


“Orang terdekat kami?tapi siapa??” Zero dilanda persoalan.Keluarga Moon halangkah perhubungan kami?Tapi selama ni takda pun diorang cakap apa-apa.Kak Hanna?Tak..dia sokong kami selama ini.Abang Zany?Ya..memang dulu dia pernah halang hubungan kami.Gia?Kan dia masih kecil..Papa?Papa lagilah..dia tidak pernah cakap apa-apa pun?kalau ada kenapa tak terus-terang aja..papakan suka terus-terang.Mama?Tapi baru-baru ini aja mama setuju dengan hubungan kami.Takkan cepat sangan mama ubah keputusan?Tapi..itukan selepas kami pisah???Apa lagi yang tak kena??!Siapa yang nak tengok hubungan kami hancur?



“ZERO..” panggil Nadal sambil memandang Zero yang berbaring atas sofa meja itu dipenuhi dengan botol dan beer.Semua kosong.Dihabiskan oleh Zero,seorang diri!Nadal menggeleng.Akhirnya..benda yang aku takutkan sudah terjadi.


“Zero kita balik sekarang!” kata Nadal sambil memapah Zero keluar dari bilik tersebut.


“You know what..i love her..but she leave me..Pak!Just like that!” kata Zero sambil memetik jari.Macam orang-orang yang mabuk di tepi jalan.Sememangnya dia sudah pun hilang kesedaran.


“Apa yang kurang?” soalnya pula.Zero dan Nadal sudah pun keluar dari Wonder bar.Ches dan Alven hanya sekadar memandang sambil menggeleng.Zero belum pernah berkelakuan seperti itu,tidak pernah mabuk sampai macam itu dan dia mabuk hanya disebabkan seorang wanita.


“Takdalah..you’re perfect..jom kita balik!” jawab Nadal.Uto membantu Nadal membukakan pintu kereta.Badan Zero mengeras,tidak mahu masuk kedalam kereta.Sebaliknya memandang Nadal.


“Kalau aku perfect..why?kalau aku tak layak untuk Moon..then I’m not perfect..i’m b*****t!!” jeitnya.Semua orang yang sedang lalu-lalang di tempat itu pantas memandang mereka.Terkejut mendengar ayat

yang keluar dari bibir Zero.


“Zero..kita balik balik dulu lepas tu kau boleh menjerit sepenuh hati kau dalam bilik,okey?” kata Nadal.Zero tidak menjawab.Dia melarikan tangannya dari bahu Nadal dan melangkah ke tengah jalan.Pantas Uto dan Nadal menghalang Zero.Kecut hati.


“Listen!!Moon..wherever you are..I LOVE YOU!!” jerit Zero.Di tengah-tengah laluan.Semua orang memberhentikan langkah.Nadal dan Uto menepuk dahi.Alven dan Ches memegang dahi.


Gedebuk!Zero lantas rebah.Uto dan Nadal segera mendapatkan Zero dan memasukkan Zero kedalam kereta.


*****


“Hey Moon..kenapa kau tak berhati perut hah?” sergah Nadal sebaik saja dia sampai ke tempat dimana Moon,Stevey,Umi dan Mine berkumpul.


“Hei Nadal..kau apasal hah?” kata Umi seperti tidak suka dengan kata-kata Nadal tadi.


“Kalau dah perempuan sihir tu,perempuan sihirlah!” sindir Nadal lagi.


“Hey watch your mouth!” Stevey membela.


“Ei guys..stop it!Its okey..apa kau nak cakap sebenarnya?” kata Moon.Cepat-cepat dia menghalang

situasi itu daripada menjadi parah.


“Kau tahu tak semalaman Zero panggil nama kau,semalaman juga aku call kau tapi satu panggilan pun

kau tak jawab.Zero sakit,langsung tak boleh bangun..dan semua tu gara-gara kau!” Moon tergelak walaupun

dalam hati sedikit cemas.Nadal jadi pelik.


“Its nothing to do with me,Nadal.Kalau dia sakit,semua itu ada di tangan dia.Kenapa tak jaga kesihatan

sendiri?kenapa nak salahkan aku pula?” jawab Moon.


“Tapi sekurang-kurangnya..tolonglah jenguk dia.Anggap aja aku sedang merayu dengan kau Moon,”


“Aku sibuk!” Moon bangkit dan tanpa berkata apa-apa lagi dia terus meninggalkan mereka dengan tanda tanya.Enough Moon!Cukup setakat ini air mata yang tumpah..No more!Moon hilang di sebalik bangunan.


“Kenapa dia takda perasaan,huh?” soal Nadal pula.Kemudian dia turut meninggalkan mereka.Mine sekadar memandang Nadal.


TOK!TOK!TOK!


Pintu bilik Pengetua Alfred diketuk.Kedengaran suara mempersilakan masuk.Mine memulas tombol pintu dan melangkah masuk.


Ada apa Mine?” Mine mendekati meja pengetua.


“Cikgu saya nak minta maaf..mungkin ini sedikit keterlaluan tapi saya tetap nak tanya,’


“Okey..tanyalah,” Mine malabuhkan punggung tanpa disuruh.


“Moon buat apa masuk sini tadi?I saw a document on her hand..cikgu please..boleh cikgu jelaskan pada saya?” Mine seakan merayu.


“Mine..bukan cikgu tak nak bagi tahu..tapi Moon yang taknak..cikgu tak boleh,”


“Cikgu sekali ini saja..saya merayu cikgu..saya perlu tahu..please..” Mine sudah menyusun sepuluh jarinya.



“Mine..”



“Please!Please!Please!Please!Please!” minta Mine berkali-kali.



"Okey..okey..tapi jangan bagi tahu orang lain..I mean it!” Mine mengangguk.Wajahnya bersungguh-sungguh.



“She’s going to UK,with her parents.Dia datang sini untuk siapkan urusan perpindahan,”



“Pindah?Dekat UK?” fuh..jauh tu..



“Eya..dan Mine tahu kenapa Moon tiba-tiba nak pindah?”



“I wish I could..tapi saya sendiri tak tahu..semua berlaku dalam sekelip mata,”



“Okeylah..Mine nak tanya apa-apa lagi?”



“Bila Moon nak pergi?”



“Lusa!” rupanya dalam masa seminggu Moon tidak hadirkan diri,dia sudah pun memproses perpindahan itu.Dan hari ini adalah stage yang terakhir.



Malam itu…



“Ma?” panggil Moon sambil menguak pintu kamar ibubapanya.



“Moon?Tak tidur lagi?” kelihatan Puan Saphiera berada di atas katil sambil membaca buku,begitu juga

Tuan Sarandani,cuma dia dengan laptopnya.Memang tidak boleh dipisahkan.Moon naik atas katil dan mengambil

tempat di antara ibu dan bapanya.



“Why?” soal Tuan Sarandani.



“Moon nak jumpa dengan Zero buat kali terakhir,boleh?”



“Aik?Bukankah Moon juga berkeras taknak jumpa Zero lagi?kenapa nak jumpa tiba-tiba?”



“Its nothing..Nadal kata dia sakit..lagi pun Moon bukan nak cakap dengan dia,cukup boleh jenguk dia

walaupun dari jauh,bolehkan?”



“Kalau Moon kata Moon boleh,Moon pergilah.Tapi Moon pasti Moon boleh?” soal Puan Saphiera.



“Bolehlah..tengok dia dari jauh aja..lagipun mama dan papanya tak ada,kebetulan sangat,kan?”



“Yalah tu..tapi kalau Zero nampak Moon,Moon nak jawab apa?” soal Yuan Sarandani tanpa

mengalihkan mata dari laptop Acernya.



“Moon tak tahu..biar Tuhan yang tentukan.Okeylah Moon balik bilik dulu,ya?Nampak sangat papa dan mama sibuk,” Moon turun dari katil.



“Yalah..Good night sweetheart!” laung Puan Saphiera.



“Night ma,night pa!” balas Moon.Pintu ditutup dari luar.Tuan Sarandani memandang isterinya.



“Kenapa?” tanya puan Saphiera.



“Ma..ini ada kaitan dengan peristiwa 20 tahun yang lalu?” soal Tuan Sarandani.Puan Saphiera tunduk.Sememangnya dia mahu melupakan kejadian 20 tahun yang lalu tapi Lady Yuna memaksa dia untuk mengingati peristiwa itu lagi.Peristiwa di mana mulanya permusuhan itu.



“Pa..kalau ini ada kaitan dengan peristiwa itu,maka mama sendiri yang akan berdepan dengan dia.Dia berani hancurkan Moon,mama takkan mendiamkan diri lagi!” kata Puan Saphiera.



“Mama..kita sama-sama lindungi Moon,ya?” kata Tuan Sarandani.



“Eya,pa!” jawab Puan Saphiera.Almari yang meninggi itu di tenung.Yuna,kenapa kau tak serik-serik lagi?sudah tak ada kemaafan lagi dalam hati kau??



*****



Ting!Tong!Ting!Tong!


Pintu banglo Zero di tekan buat kali ketiga.Zero yang masih lemas akibat demam yang berpanjangan semalam membuatkan dia malas melangkah ditambah lagi dengan kepalanya yang pusing masih.


Ting!Tong!Ting!Tong!lonceng ditekan lagi.


Zab!Selimut diselak kasar.Geram.Zero mendengus kasar.Mana pergi orang gaji ni?Kah putus telinga??Zero menuruni anak tangga dengan perasaan geram.Sudahlah kepalanya macam nak putus,pening.Orang gaji pula tak mainkan peranan.Pintu utama dikuak kasar.




“Hai?” Mata Zero membulat.



“Mine…masuklah,” rasa geram Zero serta-merta hilang.Takkan dia nak tengking orang yang tak bersalah,kot?



Moon yang baru saja ingin memasuki gate terus bertapuk di sebalik tembok sebaik saja ternampak Mine dan Zero sedang berdiri di kaki pintu.Key-chain brbentuk kunci dan kereta serta sekeping kertas terlipat di tenung.Harap-harap kau sampai di tangan Zero.



“Badan kau panas lagi?” soal Mine.Zero kembali kekatil.



“Tak tahu..” jawab Zero.Mine menarik kerusi mendekati katil Zero dan duduk.



“Ini aku bawakan bubur..aku dengar mama dan papa kau tak ada,so aku ambil kesempatan untuk jenguk kau,”



“Eya termasuk orang gaji..by the way,thanks,susahkan kau ja,” tangan diletak atas dahi.



“Tapi bukan aku yang nak masak...” mata Zero terbuka luas. “Tapi Lily yang nak aku masak,” Zero menutup semula matanya.



“Oh..” nada suaranya seakan kecewa.Mine mengeluh.Entah kenapa dia juga terasa tempiasnya.Poor Zero,kalau kau tahu Moon akan berangkat esok,mesti kau sembuh seakarang.



“Hei..tau apa,Lily akan balik Malaysia,”



“Why?”



“Entah..tanyalah dia,kan korang selalu chat?”



“Not really..”



“Okeylah..aku pun tak boleh lama ni,dan aku rasa kau masih perlukan rehat.So aku tinggalkan kau dengan bubur ni.Kalau lapar makan,kalau tak,takapa,” Mine bangkit.Zero sekadar mengangguk tanpa menjawab.Kalau menjawab terasa semua isi-isi perutnya mahu keluar.Mine keluar dari bilik itu.



SEBAIK saja ternampak Mine keluar dari banglo tersebut,Mine cepat-cepat bertapuk di semak-samun.Bayang Mine diintai meelalaui ruang-ruang kecil daun.Bila saja ketera yang Mine naiki meluncir lagu meninggalkan perkarangan itu barulah Moon keluar.DIa menuju ke pintu utama.



Harap-harap pintu tak kunci.Tombil dipulas.Ktak!Thanks God,pintu tak kunci.Moon masuk.



Moon berlalu ke bilik Zero.Pintu dikuak kecil dengan begitu cermat sekali.Tidak mahu meninggalkan kesan bunyi.Satu matanya melilau mencari katil Zero.Kelihatan Zero terbaring atas katil sambil tangan diletakkan atas dahi.



Moon meluaskab bukaan pintu dengan hati-hati.Nafas disedut sedikit saja.Dia mendekati katil Zero dengan langkah seperti pencuri.Sampai di katil Zero,Moon duduk mencangkung.Nasiblah..the true witch tak ada(Lady Yuna).



Key-chain dan kertas itu diletakkan di tepi bekas bubur.Moon memandang Zero.Lesu mukanya,maam tak makan dua minggu.Nasiblah Mine ada..



‘I’m truly sorry Zero.Kau mungkin fikir aku pentingkan diri sendiri.Tapi aku tak bermaksud menyakiti kau,kata-kata tu langsung tak ada erti,aku sayangkan kau.Tapi mungkin kasih sayang aku lebih kuat pada Gia.Sudah 20 kali aku fikir benda ni,dan 20 kali juga aku rasa ini lah keputusan yang terbaik.Iaitu perpisahan.Aku minta maaf..aku terpaksa korbankan semua tu.Tapi jangan risau..hanya kau yang akan pegang kunci itu untuk selama-lamanya.Kau yang pertama dan terakhir.Takada orang lain.’



“Cepat sembuh,tau?” bisik Moon perlahan.Lantas mengucup bibir Zero untuk kesekian kalinya.Moon tersenyum.Kalau kau sakit,biar aku pun sakit juga.



“Goob bye,My Prince,”



“MOON!” Zero terbangun.Kepalanya pantas mencari kelibat Moon kiri dan kanan.Zero segera turun dari katil.Melihat keluar bilik.Tidak puas hati,dia menuruni anak tangga dan keluar dari pintu utama.Derap langkahnya kedengaran.Malangnya tiada siapa di luar.



Zero pegang kepala.Pening.Kepalanya macam nak meletup namun digagahkan juga.Tapi dia sempat merasa kehadiran Moon,bau wangi Moon menusuk hidungnya.



“Stop it,Zero.Its just a dream!” Zero membuang jauh-jauh fikirannya tadi.Zero masuk semula.Naik atas katil dan memandang siling.Zero menyentuh bibirnya.Kan bagus itu bukan mimpi?Zero tergelak.



‘Adakah aku terlalu rindukan Moon sampai terbawa-bawa dalam mimpi?’



“You stupid idiot Zero!” selimut di tarik sehingga ke paras leher dan menutup rapat matanya,mahu bermimpi seperti itu lagi.



*****


“Moon!” panggil Puan Saphiera dari bawah.


“Kejap ma..sikit lagi ni!” balas Moon.Suaranya mampu menembusi dinding konkrit itu.


Kelihatan pintu bilik Moon terbuka luas.Aunty Munir keluar dengan bagasi ditangannya.,disusuli pula

dengan Moon.Moon tutup pintu.Mafela pemberian Zero terlilit dileher.Mereka sama-sama menuruni anak

tangga.Tuan Sarandani sudah menunggu delam kereta manakalah Puan Saphiera pula masih berada di pintu

utama.


“Moon ni lambat tau,tu papa nak cepat,” kata Puan Saphiera.


“Alah..kan pesawat peribadi juga.Nak cepat kenapa?” balas Moon.Kelihatan aunty Munir sudah

memasukkan bagasinya dalam bonet kereta dengan bantuan uncle Adin.


“Mestilah..ni tadi Hanna call.Dia tak dapat nak tengok berlepas,tapi dari percakapan Hanna,dia tak tahu

Moon ikut sama.Moon tak bagi tau?” Moon menggeleng.


“Dah..kita masuk kereta,” Moon dan ibunya beriringan menuju ke kereta.


“Aunty..jaga rumah baik-baik.Kirim salam dekat Jan.Cakap Moon rindukan dia dan kalau dia dah nak kahwin dengan Mine jangan lupa hantar kad jemputan,ya?” Moon peluk aunty Munir.


“Eyalah tu,” aunty Munir dengan Puan Saphiera juga berpelukan,tanda selamat tinggal.Moon masuk kedalam kereta diikuti ibunya.Kereta sudah pun meninggalkan perkarangan rumah.


*****


Bekas bubur itu di kemas.Walaupun selera untuk menghabiskan bubur itu,tapi terpaksa bagi menghargai penat lelah orang lain.Tiga hari Zero diberi cuti dan hari ini adalah hari terakhir dia untuk bercuti.Bekas bubur itu ingin dibawa ke dapur tapi langkahnya berhenti di kaki pintu.Dia seperti terlepas pandang sesuatu.Zero kembali ke meja lampu.


“Benda apa ni?” soal Zero sendiri.Key-chain dan kertas itu di ambil.Kertas lipatan itu dibuka.


4-5683-968-69-774623


-IST-


Kening Zero terangkat.No apa pula ni?nombor ekor??wait..IST???


“IST??” Zero seakan menjerit.


“Mine!” kata Zero.Key-chain dan kertas dimasukkan dalam poket..Telefon dan jaket dicapai lalu keluar dari bilik.Panggilan ibunya tidak diendahkan.Pintu dirempuk keluar.


“ZERO??” tidak cukup dengan kehadirian mengejut Zero,tangannya di tarik pula keluar dari kelasnya.Sedang cikgu mengajar lagi.Tidak kisah dengan kekesalan guru.Persoalan harus dijawab.


“Key-chain ni kau punya?kertas ni?” soal Zero sambil mengeluarkan kertas dan juga key-chain.Mine terpinga.


“Emm..ah..”


“Tell me..is it your’s” nada Zero seakan mengharap barang-barang itu bukan milik Mine tapi Moon.Mine tidak dapat menjawab.


“Mine?” kata Moon.Sebaik saja di keluar dari pintu utama,Mine sudah berdiri di hadapannya.


“Kau ingat aku tak nampak kau tadi?” kata Mine pula.Rupanya Mine ternampak pantulan Moon melalui

cermin pintu utama banglo.


“Please..jangan bagi tau dia,” Moon merayu.


“Termasuk keberangkatan kau ke UK?”


“Macam mana?...apa-apalah..yang penting jangan bagi tau dia,ya?Please???”


“No..not until you tell me what on earth is going on!” Nada Mine keras meminta jawapan.


“Okey..okey..aku bagi tau,tapi jangan bagi tau Zero,janji?”

“Mine!Please answer me!” Mine tersentak.Zero hanya inginkan kepastian,walaupun dia tahu itu mungkin Moon.


“Ini Moon punya,kan?” pelan Zero menuturkan ayat.Mine menutup rapat matanya.


“Please..aku akam mati kalau kau terus diam,” Mine mengeluh..kenapa aku juga rasa terseksa?


“Yes..itu Moon punya..” belum sempat Mine menghabiskan ayat Zero sudah melangkah pergi.


“Zero..wait!!” jerit Mine.Zero berpaling.


“She’s going to UK!” seakan terasa seperti satu bangunan menghempap tubuhnya.


“U..UK?bila?”


“Now!” tidak cukup dengan satu bangunan,langit juga turut menghempapnya.


“No..Mine..” Zero kembali mendekati Mine. “..tell me everything..Moon berlepas dimana?” sambungnya.


“Lapangan terbang peribadi milik uncle Sarandani,Triangle International Airport,” habis saja ayat

Mine,Zero terus beredar.Motor yang dia naiki meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.Good luck Zero..semoga kau sempat.


“Encik..encik tak boleh masuk!” halang dua orang pengawal.Kuat Zero melawan,kuat juga dua pengawal itu menghalang.


“No..aku mesti masuk!” tegas Zero.Melalui cermin dinding itu,dia boleh melihat kapal terbang peribadi milik Tuan Sarandani sudah bersedia untuk berlepas.


“No!No!No!” jerit Zero sambil menumbuk-numbuk dinding kaca itu.


Tanpa berfikir apa-apa lagi Zero merempuh dua pengawal itu,terpaksa dia berlawan dengan mereka hanya ingin menghalang pesawat itu.Sebelum pengawal itu rebah dia sempat menekan butang kecemasan.


“Moon!Don’t go!!!” jeritnya sambil mengejar pesawat.Walaupun dia tahu Moon tidak mungkin mendengar jeritannya.


Dalam Pesawat..


“Moon?why are you crying?” soal Puan Saphiera sebaik saja menyedari Moon menitiskan air mata.


“Am i?” soal moon pula sambil menyentuh pipinya.Berair.Puan Saphiera jadi pelik.


“Ma..kenapa Moon nangis?” soal Moon sendiri.Dia seakan tidak sedar dia menangis.PUan Saphiera memeluk Moon.


“Moon..let it go..just cry..” Moon terus menangis.Walaupun dia sudah bertekad tidak ingin menangis lagi.


“MOON!!” jerit Zero sepenuh hati.Namun pesawat itu sudah pun berada di udara.Tiada lagi patah balik,sama seperti hubungan dia dengan Moon.Zero rebah.Tidak bermaya.


“You leave me..you leave me,Moon..” Zero betu-betul hilang jasad.Tidak cukup dengan persoalan yang Moon timbulkan,ditambah lagi dengan nombor itu.No apa sebenarnya??


“Tangkap dia!” arah pengawal itu.Tiga orang pengawal segera mendapatkan Zero dan membawanya keluar dari lapangan terbang.


*****


“Zero?Zero buat apa sampai macam tu?” soal Lady Yuna sebaik saja Tuan Albumin dan Zero melangkah masuk kedalam banglo.Belum sempat pun Zero menghela nafas.


“Ma..not now..Zero nak rehat,” kata Zero tanpa memandang Lady Yuna.Dia menaiki tangga menuju ke biliknya.Bunyi hempapan pintu kedengaran.


“Yuna bagi Zero masa..dia baru keluar dari lokap,jangan tergesa-geas,” kata Tuan Albumin pula.Dia turut meninggalkan Lady Yuna.


“Zero..its me,papa.Boleh papa masuk?”


“Masuklah,” Tuan Albumin melangkah masuk.Kelihatan Zero sedang duduk di sisi katit sambil memandang lantai.Tuan Albumin mengambil tempat di sisi Zero.


“Zero papa bukan nak tanya Zero sebab apa Zero masuk lokap,papa cuma nak cakap,jangan biar masalah menguasai kau,” Zero senyum segaris.Masalah itu nsudah lama menguasai dia.


“Zero belum pernah rasa macam ni,pa..its killing me..Zero dah takda matlamat..”


"Don’t say that!Zero ada papa,Zero ada mama yang perlukan Zero,Zero ada syarikat yang Zero perlu jaga.Abang Zany akan take over CEO di Eclipse Hotel,kalau Zero macam ni,siapa akan pimpin IE?papa sendiri tidak tahu berapa banyak masa lagi untuk papa,papa boleh hilang bila-bila masa saja,Zero,” Zero diam.Mengangguk tidak,menggeleng tidak.


“Kenapa Zero fikir Moon pergi?Sebab dia masih boleh hidup disana..papa percaya dia juga rasa sakit macam yang Zero rasa.So buktikan pada dia Zero juga boleh hidup disini tanpa dia,”


“Zero pernah buat papa bangga dulu jadi apa salahnya buat papa bangga sekali lagi,ya?” sambung Tuan Albumin lagi.Zero mengangguk perlahan.Sebelum keluar dari bilik,bahu Zero ditepuk dua kali.Lantai masih menjadi mangsa tenungan Zero.Dia biarkan saja minda memproses kata-kata papanya tadi.Bolehkah aku hidup tanpa Moon?


**********************************************************


P/s : Just for u…hehe..rasanya n3 kali ini lah yang paling panjang,kan?takdalah..sbnarnya tidak mau bagi cerita ni panjang sbb tu buat n3 panjang2 skt.Aku xnak kamu bosan.Tapi I afraid,aku tak dapat htr new n3 buat beberapa minggu ni..so aku harap kamu boleh bersabar tunggu new n3..kalau ada masa aku kasi masuk juga..tapi kalau xda,aku minta maaf..

Btw,korang jgn marah ya?dan jan lupa komen n3 ni,ya?Enjoy u’r reading!Love u guys.

5 comments:

  1. sedihnyee..
    hope moon n zero akn bertemu juge nnty..
    one fine day..
    huhu..
    nk moon end up ngn zero..
    hope even dorang berjauhan..still rse tuh ade,.
    huhuhu..

    ReplyDelete
  2. woooo.. ape cter 20 thn lepas tu? huhuhuh.. cepat la sambung nak tahu nih,,,

    ReplyDelete
  3. sedeyhla n3 kali nieyh...
    btw.. wait 4 next n3

    ReplyDelete
  4. aku x mau!!! sumpah..x mau moon pergi.. waa~ jhat nye lady yuna..hate2..

    sdeh nye.. ksian zero..moon pon sme...x puas hti dngan lady yuna..argghhhhh!!!

    okie~ x suke la part kli ni..moon pegi uk la..huhuhu..waaa~~~

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.