Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 September, 2009

Substance 1 : Bruce Lee Generasi Ke-2


Substance 1 : Bruce Lee Generasi Ke-2


Kelihatan seorang gadis cantik sedang menuruni anak tangga.Berpakaian lengkap baju sekolah.Blazer hitam,baju putih digosok,skirt sekolah paras lutut berpetak bertemakan merah hitam,rambut diikat kemas,kasut berjenama dan sepasang stoking putih paras lutut menghiasi kakinya.


Segala-galanya dalam keadaan slow motion.Disekeliling gadis tersebut mengeluarkan bling-bling seakan menunjukkan wajahnya berseri-seri.Tiba di anak tangga terakhir,seorang lelaki berumur lingkungan 40-an tunduk hormat kepadanya,berpakaian kot serba hitam,lelaki tua itu adalah butler di rumah agam tersebut.Tangannya sedang menyandang beg.


“Cik Muda Aura,kereta sudah disediakan diluar,” katanya tanpa mengangkat wajah.Gadis yang dipanggil Aura itu tersenyum suka akan layan tersebut.


“Baiklah,” jawab Aura sambil memandang karpet merah yang terbentang di sepanjang perjalanan menuju ke kereta.Di situ Aura boleh melihat seorang lagi pembantu muda membukakan pintu limo untuknya sambil tunduk.Aura dilayan seperti anak raja.


Aura turun dari tapak terakhir dan menuju ke kereta.Pelayan 40-an itu membuntutinya tanpa menginjakkan kaki ke karpet merah.Sebelum memasuki kereta,Aura sempat memandang pembantu-pembantu yang lain berdiri di sepanjang perjalanan keluar dari perkarangan rumah agam yang didiaminya.


Setelah Aura masuk ke dalam kereta,pembantu 40-an itu meletakkan beg disisi Aura lalu menutup pintu dengan cermat sekali.Kereta itu pun perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah.


“Cik Muda,lepas ini kita akan berjumpa dengan Tuan Zurdi,” kata pemandu itu.


“Tuan Zurdi?Siapa dia?” soal Aura.


“Tuan Zurdi..bapa kau!!” Aura tersentak.Serta-merta dia menjerit kesakitan dek telinganya dipulas seseorang.


“Oh..senangnya kau tidur.Siap tak kenal bapa sendiri lagi.Rasakan!” kata Encik Zurdi sambil mengetatkan cubitannya.


“Papa..sakitlah.Telinga Aura..!!” kata Aura seakan menjerti sambil melepaskan cubitan papanya.Aura membengiskan muka.Puas diusap telinganya.Berasap.Rupanya kemewahan yang dinikmatinya tadi hanyalah mimpi semata.


“Sakit..sakit..baru papa tinggalkan kau dengan kedai ni,kau dah tidur.Cuba kalau ada pencuri tadi.Kau yang papa sumbatkan dalam lokap!” kata Encik Zurdi lagi sambil mencekak pinggang.


“Kenapa pula Aura yang perlu disumbatkan ke dalam lokap?”


“Sebab kau yang akan menyebabkan kedai kita ni muflis,tau!” bentak Encik Zurdi.


“Alah..muflis apanya kalau dua,tiga orang aja yang datang sebulan,” kata Aura,memerli.Encik Zurdi membeliakkan mata.


“Eh..budak bertuah!!” marah Encik Zurdi sambil memulas semula telinga Aura.


“Ahh..sakitlah pa!Papa taukan Aura tak suka telinga Aura disentuh!” marah Aura sambil melarikan tangan Encik Zurdi dari telinganya sekali lagi.


“Ewah..jadi kau ingat kalau kau tak suka,kau boleh halang papa dari mencubit telinga kau??” kata Encik Zurdi lagi,seakan tercabar.Cubitan ingin hinggap semula di telinga Aura.


“Hop!!” dengan segera Aura menangkap tanga papanya sebelum sampai ketelinga.


“Papa takkan dapat cubit telinga Aura,” kata Aura sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Kemudian dia pun ketawa terbahak-bahak.Bangga dapat menangkat tangan papanya.Sesaat kemudian keluarlah segala ilmu seni taekwondo dan karate mereka.Tendangan demi tendangan,tumbukan demi tumbukan,pancungan demi pancungan.Mereka bertarung di ruang yang dipenuhi dengan meja.Aura pula cekap menapis serangan papanya sampai melompat ke atas meja demi mengelak tendangan bawan milik Encik Zurdi.Sama-sama cekap menahan serangan.


“Berhenti!!Kalau tidak,kamu dua yang mama karate!!” tidak semana-mana kedengaran suara teriakan dari pintu masuk.Dua beranak yang satu ada atas meja dan satu ada di bawah,sama-sama menoleh ke arah suara itu.Aura dan Encik Zurdi berpandangan.


“Papa yang dulu!” kata Aura cepat sambil menunjuk papanya.


“Aura yang dulu!” kata Encik Zurdi pula,jari menunjuk anaknya.


“Kau dua beranak,boleh tak kalau sehari tak bertarung?Kau Aura,kau tu perempuan berapa kali mama nak cakap,jangan guna seni mempertahankan diri untuk bertarung dengan papa??Papa juga..taulah Aura tu perempuan,janganlah bertarung dengan dia!” bebel Puan Newlina.Aura tidak menjawab,jari kelingking mencucuk-cucuk telinga.Sudah biasa dengar ayat itu.Encik Zurdi pula mengangguk.Tak sakitkah tengkuk?Hari-hari mengangguk tapi tak pakai.


“Turun!” arah Puan Newlina.Aura terus melompat turun dari meja.


“Papa..kita sambung lepas ni,ya?” bisik Aura di telinga Encik Zurdi namun bisikan itu masih mampu sampai ke telinga Puan Newlina.


“Ha..bisik!Ingat mama tak dengar..jangan harap kamu boleh sambung.Kunci ada di tangan mama!” kata Puan Newlina sambil berlalu ke dapur.


“Yalah..yalah..” Aura mengalah.Nanti tak pasal-pasal,Puan Newlina pula jadi lawan dia.Beg yang terletak atas meja dicapai lalu disandang.


“Hah..kau nak pergi mana tu?” soal Encik Zurdi pula.


“Nak keluarlah,” jawab Aura sambil berlalu ke pintu.


“Siapa nak tolong jaga sini?Dave cuti hari ni,” kata Encik Zurdi.


“Alah..Aura adakah,takdah..sama aja..” jawabnya dan terus keluar.Tidak mengendahkan panggilan papanya.


“Biarlah dia tu papa..dia ada cakap tadi,dia ada kerja.Ambil barang.” Kata Puan Newlina.


“Ah..yalah,” jawab Encik Zurdi pula sambil berlalu ke pintu keluar.Pintu dikuak.Tubuh Aura masih kelihatan.


“Aura,balik sebelum jam 8!” laung Encik Zurdi,tanpa mengabil kiar reaksi dari orang-orang sekeliling.


“Yes Bosss!!” balas Aura pula sambil menabik.Lagak seperti askar.


Aura dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan,namun tidak pernah kekurangan kasih sayang.Keluarga mereka adalah sebuah keluarga yang hangat sehangat matahari.Senyuman tidak pernah hilang.Papa Aura,Encik Zurdi ialah seorang tukang masak masakan Itali iaitu,pasta.Namun dia berhenti dek rasa tangannya sudah mulai hilang.Oleh itu dia mendirikan restaurantnya sendiri,pada mulanya restaurant itu mendapat sambutan namun tidak lama kemudian,semakin sikit pelanggan yang datang.Papa Aura juga adalah seorang jurulatih Karate.Ilmu diperturunkan kepada Aura.Bukan kemahuannya tapi disebabkan Aura sangat meminati pelakon lagenda iaitu Bruce Lee,Aura sendiri yang mahu belajar seni mempertahankan diri itu daripadanya.


Ibu Aura pula,Puan Newlina adalah seorang suri rumah penuh dimana hanya dia yang mampu menghalang suaminya dan Aura dari terus bertarung.Aura juga punya seorang adik lelaki iaitu,Alfa.Seorang yang bijak ndamun senang dibuli.Sebab itu Aura mahu jadi lebih kuat.Untuk melindungi adiknya.Kadang-kadang,dia dan Alfa juga sering bertarung tapi Alfa selalu kalah.Maklumlah,Aura pakar dalam karate.


*****


Sebuah bas panjang berhenti di sebuah basstop.Kelihatan beberapa penumpang menuruni tangga diikuti pula Aura.Aura melangkah menuju ke sebuah gerai.


“Ah..Aura..ini barang bapa kamu,” kata tauke gerai.Seorang wanita berusia 50-an menghulurkan sebuah kotak berisi buah epal.Aura cepat-cepat mengambil kotak itu dari tangan wanita tersebut.


“Terima kasih nek,Berapa?” soal Aura.


“50,” kata wanita itu.


“Alah..murahlah sikit.50?Aku ada 45 ja nek..bolehlah,oh?” Aura mulai merayu sambil menunjukkan muka sepuluh sennya.


“Tak boleh..ini dah kira murah dah ni,” mereka masih lagi tawar-menawar.


“Alah..kan dah banyak kali kami bayar 50,takkan kali tak boleh kurang kot.Nenek ni..juah tau dari restaurant pergi gerai ni..tambang pula 10 ringgit,habislah kalau macam ni…” rengek Aura.Seakan memancing nenek tua itu.Sesekali dia menjeling untuk melihat reaksi nenek itu.Nenek itu mengeluh.


“Yalah..nenek bagi 45.Pandai ja kau main ayat dengan nenek,” Aura tertawa.Jeratnya menjadi.Empat keping sepuluh ringgit dan sekeping lima ringgit dibawa keluar dari poketnya.


“Macam tu lah..nenek memang baik.Paling baik!” puji Aura pula.


“Yalah tu..dah,dah..bawa kotak ni pergi sebelum nenek tukar fikiran,” Aura masih tersenyum.


“Pergi dulu,nek!” kata Aura lalu beredar.Namun Aura sempat mengambil sebiji epal sebelum beredar.Wanita itu langsung tidak menyedari Aura sudah mencuri buahnya.Hehe..bukan selalu.


Rasa epal itu memang manis tetapi sebaik ternampak dua orang sedang menconteng dinding menggunakan spray warna-warni,rasa epal itu bertukar tawar.Aura memang benci melihat orang menconteng dinding sesuka hati.Macam takda kerja lain,merosakkan pemandangan dinding betul!


“Hoi..kamu ingat dinding tu bapak kamu punya???” tanpa berfikir panjang Aura terus menerjah dua orang lelaki itu,kotak yang ada di bahu diturunkan ke atas aspal.Dua belah tangan mencekak pinggang.


“Hei perempuan..kau nak mati?” kata lelaki A.Aura mendengus.Beg yang disandangnya di buka lalu dilempar berdekatan kotak.Lengan bajunya disinsing hingga ke bahu.


“Kau boleh offer aku untuk mati??Kamu kenal aku ni siapa?” soal Aura.Dua lelaki itu menggeleng.


“Aku rasa tentu kamu kenal restaurant Pasta yang ada di depan tu,kan?” soal Aura lagi.Lelaki A dan lelaki B saling berpandangan.


“Oh..kedai tu..memang tidak boleh disangkal,masakannya memang sedap.Kau pernah pergi?” soal Lelaki B kepada lelaki A.


“Pernah..kedai itu memang terkenal tapi itu dulu.Sekarang,masakannya sudah tidak sedap lagi,” jawab lelaki B tenang,tanpa menyedari wajah Aura sudah berasap.Geram.Kalau disentuh,sah melecur tangan.


“That is not the point,moron!” bentak Aura.Dua lelaki itu selambanya berpaling kearah Aura.Langsung tidak takut dengan amarah Aura.


“Bapa aku adalah jurulatih Karate,dan aku adalah pemegang tali pinggang hitam dalam karate.Jadi jangan paksa aku untuk mematahkan tulang-tulang kamu,” gertak Aura.Serta-merta dua ketawa pecah.Dua lelaki itu ketawa terbahak-bahak mendengar ayat yang keluar dari bibir Aura.Aura mengerutkan dahi.Seingat dia,dia belum buat lawak bodoh lagi,kenapa ketawa?


Lelaki A dan lelaki B menghampiri Aura,spray di tangan dilempar atas aspal.


“Kalau kau pemegang tali pinggang hitam,kami pula pemegang tali pinggang WWF.Siapa lebih kuat?” kata lelaki B.Aura diam,keningnya bertembung.


“Kalau bapa kau tu jurulatih karate,bapa aku pula jurulatih Ultraman,” kata lelaki A.Selesai menghabiskan ayat,serta-merta mereka ketawa semula.Aura mengepal penumbuk,tapak kakinya sudah mulai gatal dan…


“Haiiihhh…yaaaaaahh!!!!” lelaki A pantas mengalihkan mata ke arah tiang eletrik.Kawannya sudah melekat ditiang tersebut.Keras dan perlahan leher si lelaki A berpaling semula kepada Aura.Kelihatan kaki Aura mesih dalam posisi tendangan.Senyuman cute diberikan kepada lelaki A.


“Hello..hello??” tiba-tiba lelaki itu meletakkan handset ditelinganya dan berpaling.Aura mengerutkan kening.


“Ma..lain tak clear..tiang eletrik patah!” katanya sambil melangkah menjauhi Aura.Pososi Aura masih seperti tadi.Lelaki A memandang sekilas ke belakang dan kemudian terus melarikan diri.Ghaib.Kawannya pula sudah berada atas aspal.Pengsan.


Dua minit kemudian…


“Macam mana nak turunkan kaki ni?Tak pandai turunlah…” suara Aura cemas kedengaran.Kakinya masih dalam posisi menendang.Naik lengush tulang-tulangnya berdiri begitu.Hanya sebelah kaki yang menampung seluruh badannya.


“Rorr..rorr..” Aura tersentak.Anjing???!Papa!!!!!Akibat ketakutan yang melampau-lampau,kaki Berjaya juga diturunkan.Aura paling ke belakang.Kelihatan seekor anak anjing berwarna coklat,berbulu lebat sedang merenungnya.Anak anjing itu menganggong semula.Aura tersentak.Kemudian dia melangkah dengan kakinya yang mengletar.Kalau 10 orang samseng,aku tidak takut,10 ekor ular lagilah aku tak takut..tapi kalau anjing..tak kira,baru lahirkah,sudah besarkah..aku lebih rela jumpa singa!!


“Mama!!!” jerit Aura dan terus berlari apabila anak anjing itu masih mengikutinya dari belakang.Sambil berlari,Aura menoleh ke belakang.Anjing itu kejar aku??!!


Gedebuk..gedebang..


Macam bunyi dram bercantum dengan bunyi seruling.Aura tersedung dan terguling-guling sehingga menjadi posisi duduk.Aura cemas,liur diteln beberapa kali,hingga tekaknya menjadi kering.Anjing itu masih mengejarnya dan semakin dekat,dekat..dan…Aura menekum mukanya dengan lengan.


‘Aik?Kenapa aku tak rasa apa-apa?’ getus hari Aura.Lengan masih menutupi muka.Tangan dilarikan.Alangkah terkejutnya dia apabila seorang lelaki sedang duduk mencangkung sambil mengusap anjing itu.Bulat matanya.What the..??


“Chu..chu…” kata lelaki itu sambil mengaru-garu bawah rahang anak anjing tersebut.Kening Aura bertembung.Dari mana pula dia muncul ni???


“Go..doggy..go..” usir lelaki tersebut dalam nada lembut.Anak anjing itu mengaru-garu hidungnya dan terus menurut.Anjing itu sudah pergi.Baru lega sikit hati Aura.


Lelaki di depannya bangkit sambil memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket.Lagak orang macho.Dia memandang Aura yang masih terkulat duduk di hadapannya.Kemudian dia tersenyum.Gila apa..tiba-tiba senyum.Aura mencebik dalam hati.


Tiba-tiba lelaki itu mendongkokkan badan.Aura tersentak.


“Kau gila?!” marah Aura.Dai mehu berdiri,tapi dia tahu dia masih belum boleh berdiri,ketakutannya masih berisisa.


“Jangan takut..anjing tu takkan gigit orang macam kau,Aqua!” kata lelaki itu sambil mengusap kepala Aura.Pak!Tangan lelaki itu ditapis kasar.Aik?sejak bila budah penakut ni pandai membalas?bisik lelaki itu.


“Jangan sentuhlah!” bentak Aura.Kemudian dia bangkit.Punggungnya dikibas-kibas.


“Shuuh...kau kan budak baik?” kata lelaki itu lagi.Entah baik yan dimaksudkan itu apa.Kepala Aura diusap semula,lebih banyak dari tadi.Telinga Aura sudah mulai berasap.Dia mengepal penumbuk.Aku tak sukaa!!!


“Haaihhhh…yahhhh!!!” Dash!!!Tidak semana-mana,sebuah tumbukan diberikan tepat ke perut lelaki itu.


“Arhh!!” jerit lelaki itu sambil terguling beberapa kali atas aspal.Perutnya ditekup.Dia terbatuk beberapa kali.Aura mengibas-ngibas tangan.Aura mendekati lelaki tersebut lalu mendongkokkan badan.Lelaki itu menjarakkan wajah.


“Kau dengar sini,aku tak kenal kau,dan aku tak kenal orang yang kau panggil Aqua.Dan…aku taknak tengok muka kau dikawasan ini lagi,faham?Huhm!!” Kata Aura sambil menguis batang hidungnya dengan ibu jari.Lagak seperti style Bruce Lee.Lelaki itu terpana,namun raut wajahnya masih berkerut menahan sakit diperut.


Aura pun beredar meninggalkan lelaki itu terbaring atas aspal.Dia menuju semula ke tempat asal.Mengambil kotak epal dan juga beg sandangnya.


Lelaki itu hanya merenung Aura melangkah sehinggalah Aura ghaib dari pandangan.Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya.What is her???

***************************************************

6 comments:

  1. permulaan dah ok. tapi kena hbiskan dulu cerita My Witch Is Angel sebelum start cerita ni ok? peace..

    ReplyDelete
  2. Memang sa akan hbiskan dulu MWIA br publish H2O,sinopsis dan ep.1 hanyalah sebagai preview.sa cuma mau minta pendapat kamu untuk preview ini.ep 2 akan dipub;ish se;epas MWIA tamat.

    ReplyDelete
  3. best2...
    cpt2 hbiskan MWIA, lps tu smbung H20. xsbar nk tw smbungannya ni....

    ReplyDelete
  4. ~tiyasari~
    hye okie!
    nice story la.
    MWIA tu pun best sgt sgt (;
    H20 ni klo leyh bg ur pic hero heroin nye.
    mst gempak n best.
    gud job okie.
    smbg cpat2 H20 ni tau
    PEACE!!

    ReplyDelete
  5. juz nak kata
    the starting is okey
    nak baca episod len plak ;D

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.