Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 October, 2009

Spell 34 : The Promise


Spell 34 : The Promise


“Ya cik,apa yang kami boleh bantu?” soal perkerja wanita di tempat kaunter pendaftaran.


“Em..aku rasa aku ada tertinggal barang dekat ballroom semalam.Ada sesiapa yang nampak atau pulangkan?” kata Moon.


“Okey..tunggu sekejap ya?” kata pekerja itu lalu membuat semakan pada computer di hadapannya.


“Maaf cik..tiada barang pun yang di kembalikan di sini semalam,”


“Oh..tak apalah..tapi boleh tak aku sendiri yang pergi cari dekat ballroom.Sebab,barang tu penting bagi aku.Semua dokumen penting ada di sana,” kata Moon.Memang pun penting,setiap lakaran rekaan yang sudah pun siap,Moon akan selitkan di dalam buku itu.


“Boleh..sila ikut saya cik,” kata pekerja itu sambil keluar dari kaunter pendaftaran.Moon menyusul gadis tersebut.


Sepanjang menuju ke ballroom,seorang bellboy menemaini Moon.Sesampai saja di pintu ballroom,bellboy itu ingin membuk menggunakan kunci tapi mukanya tiba-tiba bertukar pelik.


“Ballroom ini tidak berkunci,” kata bellboy itu.


“Apa?” Moon tidak jelas.


“Takapa..silakan cik,” bellboy itu mempersilakan Moon masuk.Moon pun melangkah masuk,disusuli pula dengan bellboy tersebut.


“Lambat!” kedua-dua mereka tersentak.Moon berpaling kea rah suara tersebut.Hampir jatuh jantungnya ke lantai.Matanya terbuka luas.Zero????


“Zero?”


“Kau boleh pergi,” kata Zero kepada bellboy tersebut.Bellboy tersebut menurut.Sebelum keluar dia sempat tunduk hormat pada Zero.Moon hanya memandang bellboy itu keluar dari ballroom,kalau boleh mau saja dia ikut bellboy itu keluar.


“Kenapa?Jangan risaulah Moon..aku takkan makan kau,” kata Zero seakan faham telatah Moon.Moon buat muka meluat.


“Kenapa kau ada di sini?” soal Moon.


“Hotel keluarga aku,” pendek saja jawapan Zero.


“Bukan itu maksud aku..kenapa kau boleh ada kat ballroom ni?”


“Tunggu kaulah,” jawab Zero.Mata Moon terbeliak.Dia mengerutkan kening.


“Apasal kau tunggu aku?”


“Okey..kalau kau taknak buku ni,takapa!” kata Zero sambil mengeluarkan buku itu dari belakangnya lalu melangkah.Moon tersentak.


“Ehh..tunggu..tunggu..bagi balik buku aku!” halang Moon dari depan Zero.Zero tersenyum segaris.Senyuman itu masih meleburkan Moon,nasib baik Zero ada di hadapannya kalau tak sudah lama dia jatuh terduduk.


“Bukan kau dah buang buku ni 6 tahun lalu?” soal Zero sambil mendekati Moon.Moon tahan nafas sambil mengundur ke belakang.Zero tersenyum.Moon menjeling.


“Aku tak perlu jawab soalan tu.Pulangkan balik!” kata Moon sambil menghulurkan tangannya.Zero ketawa pula.Moon mencebik.Janganlah asyik senyum depan aku!!


“Okey..aku akan pulangkan tapi dengan satu..tidak!Dengan dua syarat,” kata Zero.Bersyaratlah pula mamat ni!


“Syarat apa?” Soal Moon.Jangan saja dia minta aku jadi maid dia lagi..sudah!


“Ikut aku!” kata Zero seraya menarik tangan oon keluar dari ballroom.


“Zero..wait!” jeritan Moon tidak diendahkan.


*****


“Kenapa kau bawa aku kesini?” soal Moon duduk sambil memeluk tubuh.


“Sebab aku tak boleh bawa kau ke tempat awam,” jawab Zero selamba.Moon memandang sekeliling

restaurant itu,mewah dan berkelas tinggi.Ianya sebuah restaurant Italy.Lampu-lampu yang terhias di siling tentunya diimport dari Italy juga.


“Cakaplah cepat..apa syaratnya?” soal Moon seakan menggesa.


“Temankan aku makan.Aku lapar,sejak semalam aku tak makan,” kata Zero sambil mengusap

perutnya.Moon menjeling jam ditangan,tepat jam 4 petang.4 petang??!


“Aku taknak makan!” balas Moon.Walaupun ada sedikit kerisauan,dia tetap bersikap dingin.


“Aku tak bawa kau makan sekali..aku just suruh kau temankan aku makan,” jawab Zero selamba.Sengaja membakar hati Moon.Moon berdehem,malu barangkali.Kalau boleh mau saja dia membaling Zero dengan garfu di depannya.Buat malu orang aja!


“Apa-apalah..but make it faster,tercekik saja aku terus balik dengan buku tu sekali.” Kata Moon.Zero tersenyum lagi.Macam seronok aja kena marah.Moon..Moon..kau tak pernah berubah.


“Apa gelak-gelak..cepatlah pesan!” kata Moon sedikit lantang.Semua kepala pelanggan terus beralih pada mereka,terkejut dek nada Moon.Moon terdiam.Zero pula sekadar memberi isyarat menunduk memohon maaf.


“Jangan takutkan orang Moon,” kata Zero separuh menyindir.Moon menjeling tajam.


“Kau nak aku baling kau dengan high heel ni?” ugut Moon sambil bersedia membuka high heelnya.Zero tergelak lagi.


“Okey..okey..waiter!” Zero mengalah sambil memanggil seorang pelayan lelaki.Pelayan itu datang bersama dua menu di tangannya.


Bruschetta Classica and Bruschetta Al Pomodoro.Cepat sikit,nanti aku pula yang dibaham,” kata Zero masih belum puas menyakat Moon.Moon menjeling lagi.Pelayan itu pun beredar.


“Syarat yang kedua apa?” soal Moon lagi,mengesa.


“Tak boleh sabarkah kau ni Moon?”


“Aku tak ada masa nak sabar-sabar tau..aku masih ada banyak kerja lagi.Jangan buang masa aku,”


“Okey..okey..syarat yang kedua ialah aku nak kau jelaskan sesuatu,”


“Apa dia?” soal Moon.Zero menyaluk poket kot sebelah kiri lau meletakkan sebuah key-chain dan sekeping kertas di atas meja.Kertas itu bertulis nombor-nombor seperti yang Moon pernah beri kepada Zero dulu.Moon menelan air liur.Worst!


“Ini kepunyaan kau kan?” soal Zero.


“Bukan..aku tak kenal benda tu,” jawab Moon.


“Jangan bohong..Mine yang cakap kertas dan key-chain ini milik kau.Aku cuma nak penjelasan Moon.Nombor ni..apa maksudnya?” kata Zero lagi.Bersungguh-sungguh mahukan penjelasan.Moon menggeleng.


“Bukan aku punya.Lagi pun Mine yang cakap begitu,bukan aku,”


“So kau taknak buku ni?Fine!Jangan menyesal!” kata Zero sambil bangkit.Moon turut bangkit.


“Kau tak boleh buat aku begini,Zero.It’s not fair!”


“Then answer me!Kenapa kau taknak mengaku?” nada Zero bertukar tegas.Moon terdiam seketika.Meeka tidak kisah lagi dengan pandangan orang lain.Mata Moon dan mata Zero berlaga.Moon kalah.


“Okey..aku takkan jawab apa-apa dan aku juga takkan tuntut buku tu balik!Kau boleh simpan!” kata Moon lalu segera beredar.Namun Zero segera menyentap tangan Moon.Moon kembali menghadap Zero dengan pandangannya yang tajam.


"Kau takkan pernah terlepas dari aku Moon,I promise you!" mata Zero tajam menikan mata Moon.


"Jangan ingat aku tak boleh lepaskan diri dari kau!" Moon menarik tangannya,kasar dan terus beredar.Dia sudah tidak boleh menghadap Zero lagi.Zero terpana.Seketika kemudian barulah dia mengejar Moon.Baru saaja melangkah keluar dari restaurant,handsetnya pula berdering.Langkahnya mati.Zero mendengus.Time beginilah kau berbunyi.Panggilan tersebut disambut.


“Zero kau kat mana?Kami semua dah tunggu kau 15 minit tau,” suara Brenda kedengaran di corong handphone.Zero mengetap bibir.


“Brenda..aku dah cakap semalam yang aku takkan datang.Kenapa kau tak nak faham aku?”


“I’m sorry Zero..tapi aku cintakan kau,aku tak boleh lepaskan kau,”


“Brenda..please understand me..i can’t!” suara Zero seakan merayu.


“Aku taknak faham..aku akan tunggu kau dengan family aku sampai kau datang!” klik!Talian segera dimatikan.Zero mendengus kasar.Okey..kau taknak ikut cara ni,then aku terpaksa buat cara kasar!


*****


Pintu bilik tempahan dikuak dari luar.Zero melangkah masuk.Kelihatan Lady Yuna dan Tuan Albumin serta keluarga Brenda sedang duduk mengelilingi meja bulat itu.


“Here you are,Zero?How are you?” soal Encik Himura,bapa kepada Brenda.Zero melabuhkan punggung sambil menjawab soal Encik Himura.


“I’m fine,uncle.Thank you!”


“Hah..Brenda,pergi duduk sebelah Zero.Papa dah lama tak tengok kamu duduk bersebelahan,” arah

Encik Himura.Tuan Albumin dan Lady Yuna sekadar berpandangan.Brenda memandang Zero,kemudian dia

bangkit lalu mangambil tempat di sebelah Zero.Zero memandang Tuan Albumin.Matanya seperti menyampaikan sesuatu.


“Apa kata kita mulakan perbincangan tentang pertunangan Brenda dan Zero sekarang?” kata Encik Himura memberi cadangan.


“Maafkan saya uncle,tapi sebelum itu .Izinkan saya untuk bercakap sebentar,” kata Zero.Mata Brenda

segera berpaling kea rah Zero.Dari situ dia sudah dapat menangkap sesuatu.


“Boleh..silakan,”


“Saya ingin membatalkan pertunangan ini sekaligus perjanjian ini.Saya tak boleh bertunang dengan Brenda.Maafkan saya!” kata Zero hanya senafas lalu bangkit.Sebelum beredar dia sempat tunduk meminta maaf.


“Zero!” panggil Brenda sambil keluar dari bilik tersebut.Encik Himura dan isterinya,Puan Syika cukup tersentak.Namun Lady Yuna dan Tuan Albumin langsung tidak menunjukkan riak terkejut kerana Zero sudah pun memaklumkan pada mereka yang diak akan batalkan pertunangan itu sebelum perjumpaan keluarga.


“Apa maksud semua ini?” soal Encik Himura dengan wajah berkerut.Wajah mereka jelas menunjukkan ketidakpuasaan.


“Tolong jelaskan Encik Albumin,Puan Yuna!” tambah Puan Syika pula.


“Maafkan kami Encik Himura,Puan Syika..nampaknya pertunangan serta perjanjian ini terpaksa di batalkan.” jawab Tuan Albumin.Dia dan Lady Yuna sama-sama bangkit.


“Maafkan kami!” pinta Lady Yuna pula.Encik Himura dan Puan Syika seraya bangkit.


“kamu tak boleh buat kami begini,Encik Albumin.Macam mana dengan tempahan dan kad-kad sudah pun diedarkan.Apa pandangan mereka nanti?” soal Puan Syika lagi,nyaring suaranya.


“Kami minta maaf..pasal itu,kami akan selesaikan.Tapi kami tetap menurut keputusan Zero.Kami pergi dulu,” jawab Tuan Albumin lalu membawa Lady Yuna keluar dari bilik itu.Pintu ditutup dari luar.Encik Himura mendengus kasar lalu melabuhkan punggung.


*****


“Zero!” lengan Zero disentap.Langkah Zero mati.


“How can you do this to me?Why?” air mata Brenda sudah bercucuran.Zero berpaling.


“Brenda..aku minta maaf tapi aku tak boleh.Cuba faham aku!”


“Tapi aku cintakan kau Zero..tak bolehkah kau bagi aku satu peluang untuk mencuba?”


“Aku bukan taknak bagi peluang..tapi aku tak boleh.Aku dah cakap semalam,aku cintakan orang lain,” Brenda tersentak.Air matanya diseka.


“Please..cuba untuk mencintai aku Zero.Aku janji aku akan buat yang terbaik untuk kau,” Brenda memaut tangan Zero.Perlahan-lahan Zero melarikan tangan Brenda.


“Brenda..kau seorang yang sempurna,kau baik tapi aku bukan yang terbaik untuk kau.Aku percaya,kau tetap akan jumpa lelaki yang terbaik untuk kau,but not me.Okey?” kata Zero.Brenda sekadar mendiamkan diri.Macam mana aku nak cari lelaki yang baik sedangkan hanya au yang ada di depan mara aku,Zero.


“Aku minta maaf.Aku pergi dulu,” Zero beredar.Brenda hanya dapat memandang pemergian Zero.


“Kenapa aku tak boleh??”


*****


Kelihatan kira-kira 10 orang model wanita sedang berjalan di atas entas berbentuk T panjang yang di lekapi dengan fabric berwarna hitam bersama seorang choreography memerhatikan para modeling itu berjalan atas pentas.Mereka begitu bersungguh-sungguh dengan langkah mereka ini kerana CEO Mathias Fashion Show turut memerhatikan mereka.


“Moon?Moon?” panggil Kiran sambil menyiku Moon.Sudah beberapa kali Kiran memanggilnya namun tiadak reaksi darinya.Tapi kali ini dia tersentak.


“Ya?” jawab Moon dengan kedua kening dinaikkan.


“Kenapa ni?Dari tadi aku panggil,kau marah aku ya?” Moon senyum segaris.


“Kalau aku marah kau,mesti kau dah tahu apa jadi dengan kau,kan?” giliran Kian pula tersenyum kelat.


“Yakan..so,kau ni kenapa?Tak pernah-pernah aku nampak kau mengelamun sampai pekak,” kata Kiran,ada bau menyindir.


“Takdalah…saja nak mengelamun,” jawab Moon pula kemudian bangkit lalu melangkah.Kiran angkat kening kiri,kemudian menggeleng lalu melangkah ke bahagian penonton sebelah kanan pentas.


Vince yang duduk sambil berpeluk tubuh itu terpandang Moon sedang berjalan keluar dari dewan.Dari jauh dia boleh nampak,Moon sedang mengelamun.


Moon mengeluh lagi,sedari tadi keluhannya tidak pandai redah.Semua itu gara-gara Zero,buku itu ibarat nyawa kepada Moon.Sudah bertahn-tahun dia hidup bertemankan buku itu.Dengan buku itu,dia sentiasa dapat merasa Zero berada di sampingnya.Sekarang,Zero dah nak bertunang dan buku itu juga ada di tempatnya.Macam mana aku nak hidup???


Tiba-tiba kaki Moon tersedung wayar,dalam masa yang sama wayar itu terselit di bawa tangga di tempat krew-krew menghias tepi pentas.Moon jatuh terduduk.Kedengaran suara teriakan dari pentas apabila tangga besi itu sudah ingin menghempap tubuh Moon.


“Moon!” hanya suara Vince yang didengarnya dan dia menutup mata.Tapi tiada kesakitan pun di tubuhnya.Moon membuka mata.


“Abang!” panggil Vanessa sambil menuruni tangga.Cemas wajahnya.


“President!?President??Answer me!!” jerit Moon sambil mengoncang bahu Vince tapi Vince sudah tidak sedarkan diri,rupanya dia menerpa ke arah tubuh Moon untuk melindungi Moon dari tangga besi itu.Para krew dan modeling sudah mengerumuni tempat itu.


“Abang!” Vanessa sudah mulai menangis.Badan Vince di goncang-goncang.


“Call the ambulance,now!!” jerit Moon.


*****


“Semua ni salah kau Moon!Salah kau!” jerit Vanessa sambil muncar-mandir di hadapan katil Vince.


“Boleh kau diam tak?Lepas ni baru bincang.Kau tak nampak Vince sedang tidur?” balas Moon.Lebih baik menjawab kalau orangnya tidak pandai diam.Vanessa mendengus sambil melabuhkan punggung di sofa.Moon pula duduk di sebelah katil Vince.Kelihatan tangan Vince dibaluti dengan pembalut luka.Lengannya diberi beberapa jahitan akibat hempapan itu.I’m sorry President…


Mata Vince terbuka perlahan-lahan.Orang pertama yang dilihatnya adalah Moon.


“Vanessa,president dah sedar!” panggil Moon.Vanessa segera menuju ke katil.


“Where am i?” kata Vince sambil bersandar ke katil.


“Abang ada kat hospital,gara-gara peremuan ni,” jawab Vanessa.Moon sekadar menjeling tajam.Vince memandag Moon.


“Are you okey Moon?” soal Vince pula.Vanessa buat muka meluat.


“Why are you do that?” soal Moon.Vince diam seperti sedang memikirkan sesuatu.


“Vanessa..tolong tinggalkan kami sendiri,boleh?” pertanyaan Moon tidak di jawab melainkan menyuruh Vanessa untuk tinggalkan mereka.Vanessa mendengus.Tas tangan yang ada di atas sofa dicapai kasar lalu beredar.Jelingan tajam sempat diberikan pada Moon.


“Morgana,aku ada sesuatu nak bagitahu kau,” kata Vince dengan muka seriusnya.


“Apa?”


“Aku rasa aku dah cintakan kau,” seakan tersepit jantungnya di antara paru-paru mendengar luahan tersebut.Mata Moon menjadi bulat sebulat-bulatnya.Mata Vince pula lembut merenung Moon.


*****


Tok!Tok!Tok!


Pintu bilik Zero diketuk.Dengar saja suara Zero mempersilakannya masuk,dia terus masuk.Fyonne,sebagai PA Zero melangkah mendekati mejanya.


“Tuan,apartment yang tuan nak saya carikan itu sudah ada di tangan saya,” kata Fyonne.Zero yang sedang meneliti beberapa dokumen memandang Fyonne.


“Okey,” kata Zero lalu bangkit menuju ke ruang tamu di dalam pejabatnya.Fyonne turut membuntuti Zero.Mereka melabuhkan punggung.


“Macam mana keadaan apartment tu?”


“Seperti yang tuan nak.Dindingnya kalis bunyi,sunyi dan pemandangan waktu malamnya pun memang best.Dan lagi,saya dengar penyewa sebelah apartment itu selalu tak balik,so keadaan sunyilah,” terang Fyonne.


“Okey,so tolong arahkan beberapa orang untuk memindahkan barang-barang aku.Bila boleh pindah?”


“Dalam minggu ni,”


“Thank you,kau boleh keluar sekarang,” Fyonne tunduk lalu beredar.Selepas saja PA nya lesap,Zero terus bersandar ke sofa.Rambutnya dikuak kebelakang.Buku yang ada dalam almari perhiasan dipandang sepi.Moon,aku nak tahu maksud nombor-nombor tu?Kenapa kau taknak mengaku??


Bertahun-tahun Zero mencari maksud nombor-nombor itu,Ada sekali,Zero mendail nombor tersebut tapi tiada sambungan.Zero juga meminta para saintis untuk menterjemahkan nombor itu.Tapi satu saintis pun tidak pernah melihat perkataan dalam bentuk nombor.


*****


Sudah tiga hari berlalu semenjak peristiwa di dewan itu berlaku.Dalam tiga hati itu juga Moon menahan perasaannya apabila dia masuk ke dalam wad Vince untuk menjaganya.Dia boleh pilih sama ada mahu menjaga Vince atau tidak,tapi takkan dia mahu tinggalkan Vince setelah Vince selamatkannya??


Arg..!!!What should I do????Aku tak sangka pula President boleh suka kat aku.Tapi aku ni kan sepupu dia,mana boleh dia suka kat aku???” kata Moon sendiri sambil duduk di bawah pohon pokok berbunga kuning.Sambil tangannya memegang aiscream dalam gelas.Aiscream itu ditonjok-tonjok dengan sudu.


‘Aku tak minta jawapan sekarang..aku akan tunggu,’


‘Tapi..jangan terlalu lama,’


‘Kita sepupu tiga kali..bermakna aku masih boleh suka dengan kau,’


‘Aku sedia terima apa saja keputusan kau,’


Kata-kata Vince tempoh hari menerpa semula di telinga Moon.Sesudu aiscream dimasukkan ke dalam mulut.Dia baru saja keluar dari wad Vince,memang buat orang sesak.Tapi Vince pula macam tiada apa yang terjadi.Sehingga membuatkan Moon berfikir,adakah semua yang Vince katakan sekadar gurauan?Tapi,kalau betul semua itu gurauan,baguslah.


Tapi aku tak boleh terus-menerus mengelak,aku mesti cakap dengan dia.Aku tak suka dia,aku hanya anggap dia macam abang aku.Okey tak??Noo!!!Bukan semudah itulah..aduh!!!Sesiapa..tolong aku!!


**************************************************************************


2 comments:

  1. isk2..
    moon ego..
    argghhhh...geramnya..
    nieh vince plak..
    moon,,zero boleyh tolong..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. alaaaaa
    npe m0on xm0w
    ngaku nih???
    huhuhu
    pape p0n..smb0nk2

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.