Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

09 November, 2009

Spell 35 : Jealousy



Spell 35 : Jealousy

“Eh Moon..kau tahu tak ada penyewa baru tinggal kat apartmen depan kita?” kata Kiran sambil membancu kopi,Moon pula duduk di meja makan sambil membaca surat khabar.Kiran meletakkan secawan kopi di hadapan Moon lalu mengambil tempat.

“Tak tahu pula,” jawab Moon.Mata tidak lepas dari membaca akhbar itu.Cawan itu dicapai lalu menghirup kopi sambil menyelak kertas.Bruzzz….macam air pancut menyembur meja.Kiran ternganga.

“Moon!” marah Kiran.Moon terbatuk sambil menyeka bibirnya yang bersisa kopi.

“Sorry..” kata Moon pula.Akhbar dilipat lalu bangkit menuju ke tandas.

“Tak sedapkah kopi yang aku buat?” kata Kiran sendiri sambil mencuba kopinya.Taklah pahit sangat..peliklah Moon ni.Akhbar yang terlipat tadi di capai lalu membelek akhbar tersebut.

“Sorry pasal tadi,” kata Moon yang baru keluar dari tandas sambil membawa tuala putih.Air kopi yang tersembur dilap.

“Peliklah kau ni Moon..seingat aku,aku belum pernah buat kopi pahit tau tak,” kata Kiran seakan merajuk.

Kan aku dah minta maaf..lagi pun aku bukan sengaja nak buat begitu.Itu tindakan reflexlah..aku mana boleh kawal,” jawab Moon.

“Kau ada nampak…Eh,Moon..bukankah ini lelaki yang nyanyi kat majlis tu?Dia dah nak bertunang rupanya..tapi dibatalkan??” Moon sekadar mendiamkan diri.

“Peneraju syarikat IE pula tu..aku tak sangka kau ada kawan macam dia ni,” kata Kiran lagi.Moon menuju ke singki lalu meletakkan tuala putih itu ke dalamnya.

“Dah..aku hantar kat studio,” kata Moon.Tas tangan di capai lalu beredar ke pintu.

“Eh..tunggu!” Kiran bergegas mengambil tas tanganya lalu mengekori Moon ke pintu.

“Eh..Moon,tahu tak ada penyewa baru yang pindah kat apartmen depan ni?” soal Kiran sambil menyarungkan high heelnya.Moon tidak bersuara.Takkanlah Zero putuskan hubungan dengan tunangan dia sebab dia masih….Stop!Mana mungkin dia masih sukakan aku!You stupid Moon!

“Moon?” panggil Kiran lagi.Moon tersentak.

“Tak tahu pula,” jawab Moon sepatah lalu keluar.

*****

“Wanita ini..aku nak kau jejaki dia.Ikuti semua perkembangan tentang dia tapi jangan sampai dikesan oleh orang lain,faham?” kata Zero sambil meletakkan sekeping gambar wanita di atas meja.Lelaki yang berpakaian serba hitam itu sekadar mengangguki faham.

“Dan lagi minggu ini syarikatnya akan mengadakan fashion show di Dewan Tun Mustapa.Usahakan supaya kau masuk dalam kehidupan seharian dia,” tambah Zero lagi.

“Baiklah,” gambar yang ada di atas meja itu di capai lalu dimasukkan ke dalam poket kot.Lelaki itu bangkit lalu keluar dari pejabat Zero.Zero menyilangkan kaki kiri ke kaki kanan.I’m sorry Moon,I have no choice.
TANGAN Moon cekap memasukkan pakaian-pakaian Vince ke dalam beg.Disebabkan Vanessa sibuk,aunty Sapheria pula tidak sihat,terpaksa dia yang mengambil dan menghantar Vince ke rumahnya.Kalau boleh dia tidak mahu berdepan dengan Vince,tapi mengelak lagilah memburukkan keadaan.

“President,I’m done.Kita balik sekarang,” kata Moon sambil menutup zip beg.Vince yang sedari tadi memerhatikan gerak-geri Moon akhirnya mendekati Moon.Tangannya masih dibalut.

“Morgana..boleh kau tolong aku?” minta Vince.Moon ketap bibir.

“Tolong apa?” Moon berpaling berhadapan Vince.

“Temankan aku untuk sehari ini saja,boleh?”

“Buat apa?” Moon menyoal penuh tanda Tanya.

“Luangkan masa kau sehari untuk aku.Hari ini aja??” Vince seakan merayu.

“Presiden..maaf..aku tak..”

“Lepas tu,aku akan dengar jawapan dari kau.Walau apa pun jawapan kau,aku terima tapi temankan aku untuk hari ini saja,” Vince segera memintas.Moon berfikir.

“Okey..tapi hantar barang-barang ni dulu,” Moon terpaksa beralah.Anggap saja ini sebagai membalas budi…

SELEPAS Memakir kereta,Zero teruk keluar.Selepas barang-barangnya di pindahkan ke apartment barunya,belum pernah dia menjejakkan kaki ke apartment itu.Sudah berhabuk barangkali..

Sambil melambung-lambungkan kunci kereta,kakinya turut serta melangkah.Tiba-tiba dia berhenti,dia seperti terlepas pandang sesuatu.Bokk!Tidak tahu pula kunci yang ada di atas udara tak boleh berhenti.Kunci itu tepat jatuh ke atas kepala Zero gara-gara matanya leka melihat kereta yang sama dilihatnya semasa balik ke banglo abangnya.Mercedes CL 500.Kepalanya diusap sambil mencangkung memungut kunci.Aduh..

“Takkan kebetulan sangat kot,mungkin Zany ada jawapan,” pantas tangannya menyaluk poket seluar sebelah kanan,nombor Zany menjadi destinasi.Tut..tut…tidak bersambut..akhirnya voice mail.Dua kali..tetap voice mail.Mana pergi diorang ni..taulah honeymoon buat kalu ke tiga,tapi janganlah sampai tak sambut pangglan.Nombor didail sekali lagi…agak lama.

“Hello?” akhirnya.

“Apasal tak sambut?” soal Zero.

“Sorry..sibuk.Kenapa?”

“Ni..about the car that day,abang kata bukan abang punyakan,so siapa punya?” tiada jawapan dari Zany.

“Zany?”

“Oya..Zero,nanti call lagi ya?ni Dana dan Dyan gaduh..Hanna pula keluar kejap.Abang sibuk,bye!” klik!!Zero terkesima.Handsetnya dipandang.

“Okey..” katanya sepatah.Handset dimasukkan semula ke dalam poket lalu berjalan kearah pintu menuju ke lif.


*****

Tok!Tok!

Pintu bilik Zero diketuk.Sejurus mendengar pintu diketuk,Zero segera bangkit untuk membukakan
pintu.Wajah Tuan Albumin terpacak di hadapannya.Tuan Albumin melangkah masuk lalu duduk di sofa empuk itu.Zero turut melabuhkan punggung.

“Papa datang ni nak bincang pasal pertunangan tu?” soal Zero.

“Tak..papa datang nak suruh Zero balik.Jenguk mama,dia sakit,”

“Tapi Zero..”

“Zero nak papa merayu sampai melutut depan Zero baru Zero nak balik rumah?Singgah sekejap pun dah cukup,mama nak sangat jumpa dengan Zero.Takkan Zero langsung tak boleh buat itu?” Zero mengeluh.

“Baiklah..Zero cuba,”

“Satu lagi..bawa Moon datang bersama Zero.Mama nak jumpa dengan Moon.Dia dah balik Loganberry kan?” Zero tersentak.Bawa Moon sama?Itu bawa bencana alam tu..bukan senang nak bawa Moon.

“Tapi pa..sekarang tak boleh..aku dengan Moon..”

“Papa tak kisah..ini arahan!” tegas nada Tuan Albumin.Zero terdiam.Wajah Tuan Albumin dipandang.Bukan senang macam nak bagi arahan papa..dia tu keras macam berlian!

“Itu saja..pasal pertunangan itu,biar papa yang uruskan,yang penting Zero jumpa dengan mama dengan Moon,” Tuan Albumin bangkit sambil membutangakan kotnya.Zero turut berdiri sama.Zero sudah tidak boleh berkata apa-apa.Tuan Albumin berlalu ke pintu lalu lesap.Zero menghempap badan ke sofa,rambut dikuak kebelakang.

Tok!Tok!Pintu diketuk sekali lagi.Zero mendengus kecil.Fyonne melangkah masuk sambil membawa dulang berisi dua cawan tea.Tea itu disediakan untuk Tuan Albumin tapi depan-depan dia Tuan Albumin keluar dari pejabat.Seorang lelaki berkot hitam masuk selepas Fyonne.

“Tuan,Rudolf ingin berjumpa,” kata Fyonne.Cawan itu diletakkan atas meja.Lelaki yang dipanggil Rudolf itu menghampiri Zero.

“Fyonne,tolong batalkan semua temu janji aku hari ini,termasuk untuk esok sekali,” pesan Zero sebelum Fyonne keluar dari pejabat.Fyonne sekadar tunduk tanda faham akan arahan tersebut.

“Apa yang kau dapat?” soal Zero.

“Ini adalah gambar-gambar yang saya dapat kemarin dan hari ini,” katanya sambil membawa keluar sebungkus kertas berwarna kuning lalu diletakkan atas meja.Zero mencapai bungkusan itu.

“Kau pasti ini dia?” nada Zero mendatar namun kedengaran tegas.Darah dalam badan Zero membuak-buak selepas melihat gambar Moon bersama ‘tunangan’ Moon.Satu persatu gambar digenggamnya renyuk.

“Eya tuan,” jawab Rudolf.

“Dan lelaki ini..”

“Lelaki itu bernama Vince,dia sepupu kepada Moon,4 tahun berada di Paris,Moon tinggal bersama lelaki itu dan bersama keluarga lelaki tersebut.Lelaki itu bukan tunangan Moon.Selepas berpindah ke Paris barulah Moon mengenali lelaki itu.” terang Rudolf.Bukan tunangan tapi sepupu??Tinggal sebumbung selama 4 tahun.Fikiran Zero sudah tidak waras,banyak bayangan-bayangan yang buruk menerpa ke mindanya.Tak!Benda tu takkan pernah terjadi..tapi 4 tahun tinggal sebumbung,masakan sedikit rasa pun tidak timbul??

“Gambar ini diambil di tempat yang berbeza?” soal Zero lagi.

“Eya tuan,” Kreek!Zero pantas berdiri membuatkan kerusi tempatnya duduk terdorong kasar ke belakang.Rudolf tertunduk dia seakan takut akan Zero.Tanpa kata-kata,Zero mencapai kot dan terus beredar keluar dari pejabat.

*****

“Morgana,thanks for today..aku betul-betul seronok bersama kau,mungkin selepas ini…”

“No more!I’m sorry..aku tak boleh…” pintas Moon tapi Vince terus memintasnya semula.

“Aku tahu..kau sukakan orang lain..aku tau,sebab itu aku nak minta masa kau sehari untuk temani aku.I’m sorry if I’ve put you in a hard way..selepas ini tiada lagi seperti hari ini melainkan hari kita adik-beradik,”

“Vince…” hanya itu yang keluar dari bibir Moon.

“Kalau aku tak boleh jadi special,biar aku jadi abang kau..kita tetap adik-beradik,kan?” kata Vince lagi sambil tersenyum namun hatinya terasa sakit menuturkan ayat ‘adik-beradik’ itu.Moon membalas senyuman itu.Lega...lega..lega…fuh…aik?Kejap!Macam mana dia boleh tahu aku sukakan orang lain???

“Vince,kau tahu dari mana aku suka orang lain?” soal Moon.

“Vanessa,okeylah..bye!” cupp!Dahi luas Moon dikucup.Moon terbeliak macam mau dicungkil.Dia memandang Vince,tapi Vince selamba mempamerkan senyuman manisnya sambil masuk ke dalam keretanya.

“Itu tanda sayang aku pada kau!” Vroommm!!!Belum sempat Moon membalas,kereta itu sudah memecut keluar dari perkarangan bangunan apartment itu.Moon tersentak,cepat-cepat dia menyeka dahinya sehingga menjadi merah.Stupid!Tapi..fikir-fikir..dari mana Vanessa tahu aku suka orang lain??

Tanpa disedarinya,di satu sudut,ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka tadi.Mata itu masih mengekori Moon masuk ke dalam pintu utama bangunan tersebut.

Vrooommm!!Bunyi kereta memecut sekali lagi kedengaran,Moon segera menolah ke belakang.Bunyi kereta itu betul-betul mengejutkan hatinya sekali lagi.Kereta tadi sudah tidak kelihatan.Ingat ini tengah harikah pandu kereta macam tu?!Tak faham betul!Umpat Moon dalam hati kemudian menyambung langkahnya masuk ke dalam apartment.

*****

Pagi-pagi lagi Moon sudah pun menyediakan sarapan untuk mereka memandangkan hari ini giliran Moon untuk membuat sarapan.Kiran yang sudah berpakaian lengkap untuk masuk kerja keluar dari biliknya sambil membawa beberapa file kuning.

“Kau pergi mana semalam?Lambat betul kau balik,” soal Kiran sambil melabuhkan punggung.Bread yang sudah dipotong segi tiga dicapai.

“Aku keluar dengan president,dia bawa kau cari ilham,” bohong Moon.

“Yakah?Tapi takkanlah nak cari ilham pun lama sangat,” kata Kiran lagi.Moon yang sedang menuang air kopi ke dalam cawan berhenti lalu memandang Kiran dengan wajah tanpa riak.Kiran segera angkat tangan,tanda tidak mahu bertanya lagi.Barulah Moon menyambung semula kerjanya.
“Moon?” panggil Kiran semasa masuk ke parking lot.

“Hmm?” jawabnya ringkas sambil membuka kunci kereta menggunakan remote.

“Aku ada nak bagi tahu sesuatu..pasal jiran sebelah kita,”

“Kenapa?”
“Moon Morgana!” Degup!Jantung Moon seakan berhenti berdegup mendengar suara itu.Jangan!!Moon berdoa dalam hati,berharap itu bukan dia.

“Moon..sorry ya?” kata Kiran lalu beredar meninggalkan mereka.

“Kiran,wait!” panggilan Moon tidak diendahkan.Kiran sudah pun keluar dari kawasan parking.Kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri Moon.

“Nice car..patutlah kak Hanna gelabah semacam aja.Rupanya kau ada kat dalam rumah tu,kan?” kata Zero sambil mengusap kereta itu.Moon sekadar berdiri macam tiang,tidak berani bergerak.

“Macam mana kau tahu aku ada di sini?” soal Moon.

“Apartment no. 1002,” jawab Zero.Moon mengerutkan dahi.No. 1002?Hah!Sebelah apartment kami!Oo..God!

“Kau ikut aku?” soal Moon curiga.Zero tergelak kecil.

“Jangan nak perasaanlah..PA aku yang pilihkan tempat ni,” ‘jangan nak perasaanlah’,ayat itu betul-betul membuatkan Moon tersentap.Mungkin dia dah tak sukakan aku lagi…argg!!Kenapa sekarang baru nak rasa sakit Moon?!It’s no use!

Moon bergerak ke pintu kereta.Lama-lama di sana,boleh pecah jantung aku.Moon terus membuka pintu kereta dan masuk tapi belum sempat pintu ditutup,Zero menghalang.Moon mendongak.

“Apalagi?Pergilah!” Moon cuba menutup pintu namun tangan Zero kuat memegang pintu tersebut.Zero menarik tangan Moon untuk keluar dari kereta.

“Zero..stop it!” Moon seakan menjerit.Badan Moon disandarkan ke kereta sambil tangannya didepakan ke kereta,menghalang Moon untuk melarikan diri.Mata Zero tajam memandang moon.Jantung Moon sudah mula berdegup laju mengalahkan train.

“Apa kau nak buat?” suara Moon sedikit gugup.Tangannya sudah berada paras dada sambil menggengam penumbuk.Tapi Zero tidak bersuara,masih tetap memandang Moon dengan matanya yang mengerunkan itu.Matanya seakan menunjukkan dendam dan sakit hati.Moon mengeluh,perlahan-lahan tangannya jatuh.

“Kenapa…tak bolehkah kau lepaskan aku..aku lemas begini..” kata Moon sambil tertunduk.Dia betul-betul takut memandang Zero.Sudahlah dia begitu dekat dengan aku,jantung ni pun dah nak pecah.Zero tetap diam.Kau sengaja nak seksa aku dengan mendiamkan diri????Moon mendongak.Moon tersentak.Mata Zero…merah!!Dan mata yang tajam tadi sudah bertukar rupa…dia menangis???

“Zero…”

“Why…you love him that much??Cara kau tengok dia…do you love him so much??” kata Zero sambil melarikan tangannya dari kereta lalu membelakangi Moon.Moon mengerutkan kening.Apa benda Zero cakap ni?Siapa yang aku suka?

“Apa kau cakap ni?”

“I saw you..kau dengan dia.Sepupu kau tu..that night..” tersekat-sekat Zero bersuara.Sampaikan Moon sendiri tidak faham,tapi ayat terakhir itu betut-betul mengejutkan Moon.He saw?The kiss and the car?

“It’s not what you think,tiada apa-apa antara kami,”

“It’s okey if you want to pretend..aku dah tak kisah apa-apa lagi” Moon tersentak.Kau tak kisah??jadi kau ingat aku kisah kau tak kisah??

“Kalau kau kisah pun takda kena mengena dengan aku!” Moon peluk tubuh.Sedikit sebanyak,kata-kata Zero tadi menyentap jantungnya.Zero menoleh kearah Moon.Pandangan mereka bertaut.

“Kau tak nak aku ganggu kau lagi,kan?” soal Zero.Moon mengerutkan dahi.

“Kalau gitu aku takkan ganggu kau lagi,tapi kau perlu ikut aku jumpa dengan mama,” hampir Moon tersedak air liurnya sendiri.Jumpa dengan Lady Yuna???!No way!

“No!” tolak Moon.

“Kalau kau menolak,itu maknanya kau masih nak jumpa dengan aku?” pancing Zero.Taknik psychology dari Zero.

“No?” tidak Moon lagi.

“So,kau nak pergi atau tak?” pancing Zero lagi.

“Aku tak nak pergi dan aku juga taknak jumpa dengan kau!” Zero tergelak.Moon kerut kening.Tadi marah,sekarang ketawa.Sakit jiwa kali Zero ni.

“Okey..terpulang dengan kau.Kalau kau tak nak gossip antara kau dengan Vince tersebar,up to you,” kata Zero sambil menghulurkan Moon sekeping gambar.Terbeliak mata Moon memandang gambar tersebut.Dari mana Zero dapat gambar aku dengan Vince masuk panggung wayang??

“Kau tak boleh buat aku macam ni!” kata Moon separuh menjerit sambil merampas gambar tersebut dari tangan Zero lalu mengoyak-rabakan gambar tersebut.Cebisan kecil gambar itu bertaburan atas lantai.Zero hanya memandang tingkah Moon.

“Koyakkanlah gambar tu sepenuh hati kau Moon,aku ada banyak lagi.Keputusan ada di tangan kau,nak atau tak,pilihan kau,” kata Zero lagi sambil bersandar ke badan kereta Moon sambil memeluk tubuh.Moon memandang tajam Zero

“Bila?” soal Moon.Akhirnya dia mengalah juga.Bukan dia tak kenal Zero,Zero sanggup buat apa saja
asalkan apa yang dihajatinya tercapai.

“Pilihan yang tepat.Petang ini.Lepas waktu kerja.Jom aku hantar kau kat Fashion House,”

“Takpayah!Aku ada kereta sendiri!” tolak Moon kasar.

“Macam mana kereta nak berjalan kalau kunci takda?” Moon memandang tangannya.Kunci kereta sudah hilang dari tangannya.Dia segera menoleh kearah Zero.Kelihatan Zero sedang tersenyum sambil melambung-lambungkan kunci keretanya ke udara.

“Macam mana…???!” ayat Moon mati.Macam mana kunci tu boleh ada pada dia???

“Jom aku hantar,atau kau nak jalan naik teksi?Sekarang dah jam 7.15.Sempat lagikah?” Moon mendengus.Kejam,keji!!!!Bentak Moon dalam hati.

“Kau ni kan,sengaja nak seksa hidup aku,kan??! Marah Moon.

“Alah..relaxlah.Kejap lagi,kau dah tak terseksa,” kata Zero sambil berlalu ke keretanya.Moon hanya memandang langkah Zero.Betul-betul buat orang sesak nafas!Sebaik pintu pemandu dibuka,Zero menoleh kearah Moon yang masih berdiri di tempatnya tadi.Segera dia memberikan isyarat untuk Moon agar masuk ke dalam kereta.

“Kau nak aku buka pintu untuk kau,hah tuan puteri?” kata Zero memerli.

“Takpayah!” kasar Moon menjawab.Dia pun menuju ke kereta.Zero tersenyum lebar.Cutenya Moon kalau marah-marah macam ni…Zero hanya bersuara dalam hati.


*************************************

p/s: sorry guys sbb bt kamu tunggu…mayb ini adalah last e3 dr sa sbb sa mau berabis sudah ni..hehe..sorry jg kalau n3 kali ni tidak memuaskan kamu..mgkn cerita ni dah tak berapa best..so sorry ya..btw..enjoy ur reading!

4 comments:

  1. hohohoh..
    ala napa zero nmpk adegan moon ngn vince..
    mst zero jeles...
    hmm napa ekk mama zero nak jmp moon Curious ni...
    ok r gud luck for exam..

    ReplyDelete
  2. haiissyyy..
    salah paham n ego..!!
    ngeeeeee..
    smbung2..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.