Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

21 December, 2009

Spell 36 : Say ‘Marry Me’




Spell 36 : Say ‘Marry Me’

Kelihatan Moon dan Lady Yuna sedang duduk di sebuah café.Saling berdepan.Sudah lebih 10 minit mereka mendiamkan diri setelah Moon sampai.Masing-masing menunggu ayat keluar dari bibir.Zero pula selepas menghantar Moon,dia terus kembali ke syarikatnya.Tea yang terhidang dibiarkan sejuk.

“Moon?” Lady Yuna seakan memanggil.Moon mengangkat kepala.

“Aunty panggil Moon datang sini bukan sebab nak minta maaf,aunty dah lama minta maaf pada Moon dulu,itu sudah terpulang pada Moon sama ada mahu memaafkan aunty ataupun tidak,” sambungnya.

“Jadi apa maksud puan ingin berjumpa dengan saya?” soal Moon.Masih membahaskan diri Lady Yuna sebagai Puan.Sememangnya luka di hati Moon tiada penawarnya.

“Pasal soalan aunty 4 tahun lalu,Moon masih sudi bagi peluang kedua pada hubungan kamu?” I knew it!Sebab tu aku tak nak jumpa dengan Lady Yuna.

“Puan,saya ada soalan..kenapa saya perlu kembali pada Zero lagi selepas saya diusir,dibuang macam sampah? Puan lakukan saya dan kak Hanna seperti benda menjijikkan. Tapi saya tahu, kak Hanna dan puan sudah berbaik, malah seperti anak-beranak. I’m glad..tapi keadaan takkan balik seperti dulu lagi, maafkan saya..saya tak boleh terima Zero lagi,”

“Aunty faham dan aunty mengerti kenapa Moon tak boleh kembali pada Zero lagi,tapi semua tu bukan salah Zero,bukan Zero yang halau Moon dari hidupnya.Aunty tak kisah kalau Moon tak boleh terima aunty lagi,tapi sekurang-kurangnya terimalah Zero,kembali pada Zero,” Lady Yuna mencapai dan mengenggam tangan Moon,tapi perlahan-lahan Moon menarik balik tangannya.

“Maafkan saya,” Moon memohon .Hatinya betul-betul tawar.L ady yuna sekarang mendiamkan diri. Memang patut pun dia dilayan seperti itu.

“Memang,saya mengaku saya masih cintakan Zero tapi sebab cintalah dia terseksa dulu,sebab dia terlalu cintakan saya,dia jatuh sakit..walaupun saya tak nampak keadaan dia,saya tahu dan lebih baik kalau dia bersama dengan orang yang menyayanginya..dia takkan terluka,” Moon menyambung.

“Tapi macam mana dengan Moon?” soal Lady Yuna.Moon tersenyum kecil.

“Saya dah lama bersedia untuk ini dan aunty..” Moon berhenti.Lady yuna tersentak. Moon memanggil saya sebagai aunty??It’s mean??

“Saya dah maafkan aunty dan saya minta aunty hormat keputusan saya. Tapi tolong rahsiakan apa yang saya cakap tadi,saya tak nak Zero tahu,”

“Baiklah kalau itu yang Moon mahu..tapi bukankah itu lebih baik kalau Moon sendiri yang bercakap dengan Zero,terus-terang dengan dia.Moon sendiri tahu macam mana sikap Zero.Semakin Moon melarikan diri,selagi itu Zero takkan berhenti kejar Moon.Kalau betul Moon mahu tamatkan hubungan kamu,itu lebih baik jika Moon berdepan dengan dia,” kata Lady Yuna.Moon sekadar mendiamkan diri.Ada betulnya kata aunty,itu sememangnya sikap Zero.Maybe I should meet him.

Setelah Lady Yuna pulang ke rumah dengan keretanya,Moon segera menghubungi Zero.

“Hello?” suara Zero kedengaran.

“It’s me,Moon.”

“Kenapa?”

“Boleh kita jumpa,sekarang!” Moon menekankan ayat terakhirnya.

“Kenapa?Dah rindu dengan aku?” blush!Seperti cerek yang telah mendidih,asap keluar dari muncung.Merah padam wajah Moon.

“Don’t ever say that,stupid!Aku tunggu kau kat Yellow leaf Lake,sekarang!” klik!Talian segera dimatikan,tidak sempat Zero menjawab.

Zero tersenyum lebar,namun hanya seketika.Wajahnya kembali murung.Mungkin ini adalah kali terakhir Moon menghubungi dan berjumpa dengan dia.

*****

Kelihatan seorang gadis sedang duduk di bangku bersebelahan pokok besar berdaun kuning berhadapan dengan tasik.Zero tersenyum.Pemandangan itu membuatkan kenangan bersama Moon menerpa di mindanya.Zero menghampiri gadis itu.Walaupun hari semakin gelap,hanya diterangi dengan lampu jalan Zero masih mengenali wanita itu.

“What’s up?kau nak aku secara rasminya melepaskan kau?” tanpa mengucap hai,Zero terus menyerang dengan soalan itu.Walaupun soalan itu menyakitkan hatinya sendiri.Moon tersenyum nipis.

“Salah satu sebabnya juga..tapi yang lebih penting aku nak berterus-terang tentang sesuatu pada kau,so tolong diam sehingga aku habis bercakap,” kata Moon.

“Geez…” Zero mendengus. “Ok!”

“Kau tahu tak,disinilah tempat dimana aku sedar betapa aku sukakan kau,disini juga dimana aku belajar untuk percaya dengan kau sepenuh hati aku,disini juga…EM!” Moon terdiam sebaik tubuhnya dipeluk oleh Zero.Matanya membulat sebulat-bulatnya.mulutnya ternganga.Dia seakan tidak boleh bernafas.Tangan Zero melingkari bahunya.

“Zero…” Moon blank!

“That’s enough..aku taknak dengar apa-apa lagi dari kau..just stay like this..1 minutes,okey?” Zero seakan merayu.Suaranya hampir tidak kedengaran.Moon memandang ketepi,tapi Zero menyembunyikan wajahnya.

“Do you really love me?” entah kenapa,ayat itu tiba-tiba saja terluah dari bibir Moon.Matanya sudah berkaca saat melafazkan ayat itu.Tapi Zero tidak menjawab,pelukannya semakin erat.

“Zero..sakit!Let me go!” Moon berusaha menolak tubuh Zero,akhirnya pelukan terlerai.Zero terus memalingkan mukanya dari Moon.Walaupun begitu,Moon tetap nampak telinga Zero bertukar merah padam.Moon turut memalingkan wajahnya..he’s crying!

“I should go!” Moon pantas berdiri.

“Tunggu!” langkah Moon mati,tapi tidak berpaling pada Zero.Sebab dia tahu,sebaik dia berpaling dia takkan dapat lepaskan Zero lagi.

“Pasal soalan kau tadi,ya..aku masih cintakan kau!Kalau itu yang kau nak dengar.I love you!” Moon tersentak.Memang itu yang aku nak dengar,tapi kenapa aku masih takut,kenapa aku ragu-ragu??

“Then you should let me go,forget me and don’t love me!” Moon menegaskan ayatnya.

“Why?” soal Zero.

“Because the feeling we have is the sources of our painful..”

“Do you think so?Kau rela melepaskan aku walaupun kau cintakan aku?kau betul-betul nak aku melepaskan kau?”

“I don’t love you ANYMORE!” Moon menekankan ayat itu.

“Kau betul-betul nak aku melepaskan kau?” kali ini suara Zero berlainan dari tadi.

“Berapa kali kau nak aku jawab?” soal Moon kasar.

“Okey..as you wish.Tapi,bagi aku melepaskan kau adalah mati untuk aku!” Moon tersentak.Belum sempat Moon berpaling,Zero sudah melintasinya.Dia menuju ke jalan raya besar.Berjauhan dari keretanya.What he’s trying to do???

Zero berhenti di bahu jalan,lalu berpaling.

“I love you!” sejurus melafazkan ayat itu,Zero melangkah 3 tapak ke depan,tepat di tengah-tengah jalan.Tapi ayat itu tidak sampai ke teling Moon disebabkan bunyi hon dari lori besar.Dari jauh lori itu meluncur dengan laju.No..jangan!!Tanpa dikawal,kaki Moon berlari pantas mendapatkan Zero,semakin laju Moon berlari,semakin perlahan lori itu bergerak.namun hon masih berkali-kali berkumandang.Walaupun begitu Zero masih teguh berdiri.

Akhirnya kedua-dua tangan Moon sudah mencapai Zero.Sebaik Moon memeluk Zero dari belakang,lori itu berhenti dengan bunyi brek yang membingitkan telinga.Jarak antara lori dan mereka hanya setapak.

“Kamu sudah gila??Kamu mahu mati??Jalan raya bukan untuk berkasih sayang!!Gila!!Pergi tepi!!” jerkah pemandu itu sambil mengeluarkan kepalanya dari jendela lori.

“Sorry..hehe..” dalam keadaan seperti itu,Zero masih mampu ketawa.Berlainan dengan Moon.Kakinya terketar-ketar ketakutan dan tangannya masih melingkari pinggang Zero.Mukanya dibenamkan di belakang Zero.Zero mendepani Moon.D ia sedar akan keadaan itu sebab tangan Moon terasa bergegar.Zero segera mengangkat Moon keluar dari jalan.Moon masih tidak melepaskan Zero.Sememangnya dia benar-benar ketakutan.Zero meletakkan Moon di atas tanah.

“I’m sor….” Panggg!!!Pipi Zero menjadi mangsa tapak tangan Moon.Tidak cukup dengan itu dada bidang Zero ditumbuk-tumbuk melepaskan geram namun Zero membiarkan Moon melakukan itu.

“Are you trying to kill yourself,huh??Kau nak mati didepan aku??Kau nak uji aku dengan bunuh diri di depan aku??Kalau begitu,tahniah..kau berjaya.Ya..aku memang taknak melepaskan kau,aku nak bersama kau untuk selama-lamanya..aku cintakan kau..” habis saja ayat itu disemburkan,Moon mula menangis seperti budak-budak.Air matanya deras mengalir.Tangannya sudah tidak menumbuk dada Zero lagi melainkan berlutut di hadapan Zero.

“I’m sorry..i’m so sorry..shuu!!!” Zero memeluk Moon sambil mengusap rambut Moon.Cuba untuk memenangkannya.Lama mereka dalam keadaan itu.

“Don’t ever do than again!” kedengaran keras suara Moon.

“I promise!” jawab Zero sambil menyeka sisa air mata Moon.

“Aku tak boleh bayangkan kalau kau takda..” kata Moon.

“Jadi kenapa kau nak lepaskan aku?”

“Sebab aku nak kau bahagia..?”

“Aku hanya akan bahagia kalau aku bersama kau,no one can replace you.No one!”

“Tapi macam mana dengan Brenda?”

“Is this all about Brenda?” Moon terdiam.

“Brenda tiada kena-mengena dengan hubungan kita Moon.I don’t even love her!”

“Tapi dia cintakan kau,”

“Aku lebih pentingkan kau dari sesiapa pun.You’re everything to me!Understand that?” soal Zero seperti seorang budak-budak.Moon mengangguk.

“Tapi..”

“Tiada tapi-tapi!Memandangkan kau dan cakap kau masih cintakan aku..that’s means,your mine and I’m yours.No turning back!” Zero menegaskan ayatnya.

“Okey!” Moon tersenyum Terasa tenang sebaik meluahkan isi hatinya.

“Will you marry me,Moon?” erk!Mata Moon ke kiri ke kanan.Itu terlalu tiba-tiba.

*****

“Aunty,I’m not letting him go,I love him!” suara nyaring Brenda bergema di seluruh kawasan restaurant itu.Semua pelanggan sudah memandang kearah mereka.

“Aunty tahu..tapi tolonglah..aunty merayu,Moon perlukan Zero dan Zero tak boleh hidup tanpa Moon.Kalau Brenda teruskan niat Brenda,Moon akan sensara.Sudah cukup dengan apa yang telah terjadi pada dia selama ini..” Lady Yuna segera bangkit lalu melutut di hadapan Brenda.Badan Brenda terundur sedikit ke belakang.Terkejut.Aunty Yuna sanggup melutut di hadapan saya semata-mata mahu Zero dan perempuan itu bersama?Pelanggan-pelanggan itu sudah tidak mahu melepaskan mata mereka dari Lady Yuna.

“Aunty..please..aunty tak perlu buat begini..maafkan Brenda,” Brenda memapah Lady Yuna untuk duduk di kerusinya.

“Saya akan undur diri dan saya juga akan bincang dengan papa dan mama..aunty takpayah risau,ya?” sambung Brenda.

“Terima kasih Brenda..kamu anak yang baik.Terima kasih!”


*****


“Moon,cepat kita lewat nanti!!” laung Kiran sambil menumbuk-numbuk pintu bilik Moon,lalu segera menuju ke dapur.

“Eya!Eya!I’m done!” jawab Moon sambil menyerbu keluar menuju ke dapur.

“Wei..kita dah takda masa nak sarapan tahu.Cepat!” arah Moon.Dia mendahului Kiran.Ini semua salah Zero..dia membuatkan aku mimpi sesuatu yang pelik!Moon membuka pintu.

“Hai!” gedebuk!Moon segera jatuh terduduk sdi kaki lima akibat sergahan Zero.Zero tergelak,bukan menolong.

“Sakit tahu!” marah Moon.Zero membantu Moon untuk berdiri.

“Sorry!” mintanya sambil tersenyum.

“Moon!” tiba-tiba Kiran muncul di belakang Moon.Dengan cepat Moon menarik tangannya.Kiran termengu seketika.

“Something happened?” soal Kiran.Moon segera menggeleng.Pelik rasanya bila dah sambung balik..aku bukan tak hargai dia.Aku tak boleh berhadapan dengan dia walaupun aku sendiri yang nakkan dia balik.

“Cepatlah!” Moon segera menarik Kiran menuju ke parking lot.

“Bye Zero!” Kiran sempat melambai Zero.Zero sekadar tersenyum.Take your time,Moon..i’ll be waiting for you.

“Hmm...i wonder what should I do to make you totally mine?” Zero bertanya sendiri.

Dalam masa yang sama….

“Kenapa jantung aku berdegup kencang sangat ni??Stop!!” Moon menumbuk-numbuk kecil dadanya.Naik hairan Kiran.Aku rasa aku tak pernah terlepas dari Zero..


*****


Pak!Pak!Pak!Kedengaran tapak kasut Vince menepuk-nepuk lantai.Moon dan Kiran berdiri di hadapan Vince yang sedang berpeluk tubuh.

“Maaf!” Kiran meminta.

“Kamu tahukan hari ini adalah hari yang penting buat syarikat kita?Kenapa boleh lambat lagi?” Vince seakan marah.

“Maafkan kami,” kali ini Moon pula yang meminta maaf.

“Sudah..pergi tolong yang lain,” arah Vince lalu beredar.Sebaik Vince beredar,Kiran terus mengusap dadanya.

“Hampir-hampir…hah tulah,semua ni salah kau Moon.Kalau kau tak balik lewat semalam aku juga tkkan lewat bangun tahu,”

“Yang kau pergi tunggu aku tu apasal?”

“Sebab aku risau..kau pula tak telefon aku..tapikan semalam kau balik dengan Zero,kan?Kau nak share cerita dengan aku?” Pak!Dahi Kiran ditepuk.

“Shut up!” jawab Moon pendek lalu meninggalkan Kiran.Kiran mengusap dahinya.Sakit!

“Ke mana semua orang?Oh ya..semua ada dekat dewan” jawab Moon sendiri sambil masuk ke dalam bilik persalinan.Tiada seorang pun yang ada di situ.Sunyi sepi.What am I doing here?Tiba-tiba mata Moon menangkap sesuatu.Baju pengantin putih yang pernah direkanya dulu tapi baju itu tidak boleh diperagakan.Vince yang membantah baju itu diperagakan.Itu adalah baju pengantin rekaan pertama Moon.Baju itu dinamakan White Lies Bride.Dia mendapat ilham daripada kisahnya sendiri.Moon pernah cuba buat Vince mempertimbangkan balik permintaannya tapi kata Vince.Baju pengantin itu penuh dengan kesakitan.Pengantin wanita sepatutnya bahagi ketika memakai baju pengantin.Ayat itu benar-benar membuat Moon tersentap.

“What should I do with this?” soal Moon sambil memeluk baju pengantin itu.

“Will you marry me,Moon?”


Tiba-tiba lamaran Zero menerpa di mindanya.Moon malu sendiri.Oh my God..jantung aku berdegup cepat lagi.I’m so in love with him.Entah kenapa dia betul-betul mahu mencuba baju pengantin itu.Moon menyumbatkan baju itu di tubuhnya lalu membelek tubuhnya di hadapan cermin.Adakah aku kelihatan begini setelah menerima lamaran Zero??Tapi aku juga yang mahukan sedikit masa untuk berfikir..argh!!Kenapa aku tak terus jawab ‘ya’?Moon menyesal sendiri.


“I will marry you,” kata Moon,walaupun dia tahu Zero tidak mungkin mendengar jawapannya.Kendengaran pintu bilik itu dibuka.Moon segera berpaling kearah pintu.Kiran?Vince?and..everybody??


“Moon??Is that you?” soal Kiran tidak percaya sambil menghampiri Moon begitu juga para modeling yang lain.

“You’re look beautiful..” puji Kiran lagi.


“Am I?” soal Moon.


“Moon betul-betul cantik dengan baju itu,” kata salah seorang modeling.Satu persatu bersetuju dengan kata-kata itu.


“Ah..apa kata biar Moon jadi special appearance malam ini?” Kiran memberi cadangan.


“Kau gila?Tak boleh!” bantah Moon.


“Tapi bukankah kau pernah minta baju itu diperagakan?kenapa menolak sekarang?” sampuk Vince tiba-tiba.


“Ya..memang.Tapi bukan aku yang pakai baju ni,model lain kan ada?”


“It’s must be you,Moon.” Vince berkeras.


“Why me?” soal Moon.

“Sebab hanya kau yang boleh pakai baju itu,hanya kau yang boleh menonjolkan perasaan yang terpendam dari baju pengantin itu,” kata Vince.Semua mata memandang Moon.Menanti jawapan darinya.Moon mengeluh.


“Okey..I will!” akhirnya Moon bersetuju.


“Yes!” Kiran teruja sendiri.


“Get ready..kau perlu buat persediaan untuk fashion show nanti.Kita perlu pergi ke pentas sekarang,” arah Vince lalu meninggalkan bilik itu.

“Mesti seronok malam ini,Moon!Good luck!” ucap mereka pada Moon.Moon sekadar tersenyum tanpa perisa.


“Kenapa aku rasa tak sedap hati ni??” Moon menyentuh dadanya.


*********************************************************************
p/s: saya minta maaf sebab lambat post n3 ni,lately ni saya betul2 sibuk dengan aktiviti.Sorry ya??
Lagi satu,mungkin chapter kali ini tidak berapa menyenangkan kamu..i’m so sorry ada yang tidak selesa disebabkan cerita ini.Minta maaf sangat2.jangan marah,ya?
Btw,enjoy ur reading!

p/s : saya rasa chapter kali ini terlalu melebih kot..kan?kan?kan?

3 comments:

  1. haha...
    oke je,,
    at last..
    dorang back together,,
    but,ble nk kawen..
    ngaaaaaa..
    smbung2..

    ReplyDelete
  2. next chapter plezs~ngeeee~ jgn marah yer...dah mula jatuh chenta ngan cter ni...huhuhuhuu

    ReplyDelete
  3. kenape kata citer nie melebih..
    ala biasa la org hati tgh bunga2 mmg cam tu...
    hihihi...
    ok aper...

    nice work writer...
    peace..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.