Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 December, 2009

Spell 37 : “Yes,I Will!” [END]

Spell 37 : “Yes,I Will!”


“Papa takkan tarik balik kata-kata papa,keputusan papa muktamad!” Kata Encik Himura lantang,tegas dengan perndiriannya.


“Papa..takda gunanya papa lakukan semua tu,Zero tetap takkan balik pada Brenda..papa please?” Brenda sedaya upaya menurunkan nada suaranya,seperti orang merayu.Encik Himura mendengus kasar.Puan Syika pula hanya menjadi pendengar setia perdebatan antara dua beranak itu.Dia tidak perlu ikut campur,dia tahu masalah itu tetap akan selesai walaupun tanpa capur tangannya.


“How can I let it be,huh??Brenda anak papa,papa tak sanggup tengok anak papa tidak dihargai,” balas Encik Himura lagi lalu melangkah mendekati anak tunggalnya itu.Bahu Brenda di paut mesra.


“Brenda sayangkan Zero,bukan?Brenda cintakan dia,kan?Jadi kenapa tak nak dapatkan dia balik?” soalnya pula.Brenda menggeleng.Tidak bersetuju dengan kata-kata bapanya.


“Cinta bukan macam perniagaan papa..kita tak boleh dapat hanya sebab kita mahu..dan Brenda tak nak menyesal sebab sakitkan hati orang yang Brenda sayang,” lafaz Brenda.


“Kenapa..kenapa dia tak pilih Brenda sedangkan Brenda yang paling laying untuk dia?Kenapa dia tak hargai Brenda?” Encik Himura masih meminta kepastian.Dia tidak faham kenapa Brenda disingkirkan begitu saja.


“Mungkin dalam mata papa dan mama,Brendalah yang paling layak..tapi bagi Zero,gadis itulah yang paling layak dari sesiapa pun.Dan pa..Zero tidak pernah mengabaikan Brenda malah,dialah yang banyak meluangkan masa bersama Brenda sedangkan waktu itu dialah orang yang paling perlukan masa.Papa..Brenda cakap begini bukan sebab Brenda putus asa tapi,Brenda nak mulakan hidup baru,Brenda nak cari orang yang sayangkan Brenda seperti mana Zero menyayangi gadis itu..so please pa..jangan lakukanya,demi Brenda?”Brenda memaut kedua-dua tangan papanya sambil Puan Syika memaut bahu Brenda.


“Baiklah..kalau itu kemahuan Brenda,papa akan turuti,”


“Okey!” jawab Brenda sepatah.Tiada lagi ayat yang mampu keluar dari bibirnya.Matanya sudah menjadi merah.Sememangnya sakit apabila melepaskan seseorang,mungkin aku tak setabah gadis itu yangboleh melepaskan orang yang dia cintai demi sebuah keluarga.Brenda mengetap bibir.Dia berusaha menyembunyikan tangisannya.


“Brenda,no need to hold back,papa dan mama masih ada,” Encik Himura memaut tengkuk Brenda lalu memeluk Brenda dengan penuh kasih.Puan Syika pula memeluk mereka dari belakang Brenda.Brenda sudah tidak dapat menahan,akhirnya tangisannya pecah.


*****


Lagu Celion Dion bertajuk Cause I’m Your lady berkumandang saat Moon berjalan keluar dari pentas dengan berpakaian gaun pengantin putih,gaunnya itu dipenuhi dengan kilauan seperti mutiara,kecantikan gaun pengantin itu lagi terselah apabila sportlight memancar kepada Moon.Wartawan-wartawan yang hadir tidak lekang mengambil gambar Moon.


Dewan yang memuatkan lebih kurang 300 orang penonton itu terpegun dengan keindahan tersebut,ada yang tidak mahu terlepas pandang,ada yang berbisik antara satu sama lain,dan ada pula yang memandang Moon sambil mencatat sesuatu diatas kertas.Tidak dinafikan kecantikan Moon juga menyerlahkan keindahan gaun pengantin itu apabila penonton lelaki bujang juga turut terpana sehinggakan mata tidak berkelip.Semua penonton terdiri daripada pemilik-pemilik syarikat peragaan dan fesyen,ada juga pereka fesyen yang diundang.Malah,penonton yang terdiri daripada golongan elit juga turut datang di acar tersebut.


Namun,walaupun begitu Moon masih tenang menghadapi situasi itu.Situasi yang belum pernah terjadi dalam hidupnya selama ini.


Banggg!!!

Tiba-tiba pintu besar dewan terbuka luas.Sportlight yang tadinya memancar kearah Moon beralih ke pintu besar.Semua kepala sudah beralih tempat.Begitu juga Moon.Muzik yang tadinya beralun-alun tiba-tiba senyap.Tiada suara pun yang kedengaran,yang ada hanyalah bunyi tapak kaki.


Muncul seorang lelaki di sebalik pintu.Alangkah terkejutnya Moon apabila mendapati lelaki itu adalah Zero!Dunia Moon seakan berputar,kepalanya tiba-tiba berpusing.Zero???Katanya tak dapat datang?


Zero melangkah mendekati Moon,bisikan-bisikan dari para penonton sudah kedengaran.Pelik.Malah yang pelik lagi,guard yang bertugas langsung tidak menahan Zero menaiki pentas.Jantung Moon sudah mula berdegup kencang.Kakinya terketar.


Moon terpinga.Kakinya mahu mengundur namun kaku masih terkejut dengan kejutan itu.Moon menelan air liur.Apa dia nak buat ni??Saat itu,apa yang ada di telinga Moon hanyalah bunyi tapak kaki Zero mendekatinya walaupun bisikan-bisikan penonton lebih kuat dari itu.Lenses kamera gamat memancar kearah Zero.


Zero dengan tenangnya menaiki pentas,sehingga Zero mendekati Mon,Moon masih lagi memandang mata Zero.Matanya langsung tidak boleh lari daripada Zero.Melekat macam magnet.


“Surprise!” ujar Zero tenang kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket.Moon tercangang.


“Surprise??Apa kau buat?Kenapa kau ada di sini?” soal Moon,gagap.Zero tersenyum manis.Perlahan-lahan Zero jatuh,melutut di hadapan Moon.Kaki Moon mundur satu tapak ke belakang.


“Will you marry me?” Moon menekup mulutnya.Tidak percaya.Para wartawan semakin rancak menangkap gambar.Moon memandang sekeliling.Semua memandang tepat ke arahnya.Bukan Zero saja yang menunggu jawapan,tapi begitu juga para teamu yang datang.


“Will you marry me,Moon??” Zero meninggikan sedikit suaranya memandangkan Moon seakan hilang arah.Tangan Moon dicapai lalu dikucup mesra.


Flashback….5 jam yang lalu…sebelum Fashion Show bermula


“Kau tak dapat datang?” soal Moon.Ada sedikit kecewa di hatinya.


“Tak dapat..ada mesyuarat tergempar.Kenapa,kau nak sangat aku datang?Boleh juga,aku cancelkan mesyuarat

tu,”


“No..no..no!!It’s okey..itu lebih baik kalau kau tak datang,” jawab Moon cepat.


“Kenapa?” Zero mengerutkan kening.


“Takda..okeylah..aku nak jumpa modeling kejap.Bye!”


“I love you!” bush!!Muka Moon serta merta berubah merah padam.


“Ar..ya…ok..eyy…” jawab Moon tergagap-gagap.Sememangnya,hanya dengan ayat Zero sudah mampu buat dia mengelabah.Kedengaran ketawa kecil di corong handset.Moon mengetap bibir.Stupid Zero!


“Okeylah..bye!” talian dimatikan.Moon menghembus nafas lega.Sebaik terlihat nama pemanggil itu,jantung Moon serta merta berdegup kencang mengalahkan angin taufan apa lagi mendengar suara Zero.Hampir gugur jantungnya.What wrong with me??


“Moon?” suara Kiran kedengaran.Moon menoleh kearah Kiran.


“Kenapa muka kau merah?” soalnya.Cepat-cepat Moon menyentuh kedua-dua pipinya.Panas.Mon menggeleng.


“Takda pa..President mana?” soal Moon.


“Dia keluar tadi.Kau betul ni takdapa?” soal Kiran lagi,wajah Moon yang merah padam membuatkan dia risau.Moon menggeleng lagi.


“Takda..I’m fine..please,get me some water!” arah Moon.Kiran menurut.Moon saja tidak mahu mendengar soalan-soalan dari Kiran lagi


Dalam masa yang sama…jauh dari dewan.


“Please..i beg you!” Zero menyusun 10 jari di hadapanVince,seakan merayu.Vince cekak pinggang sambil mendengus kasar.Permintaan Zero memang tidak masuk akal!


“No!I said no!Ini Fashion Show tau,bukan tempat melamar orang!Lagi pun,takkan aku nak rosakkan Fashion Show aku sendiri,” kata Vince.


“Fashion Show ni takkan rosak hanya sebab lamaran aku,malah..akan menaikkan lagi nama syarikat kamu.Lamaran aku akan jadi gimik yang besar untuk syarikat kamu yang baru saja mahu menapak di Loganberry,tau?” Zero masih cuba meyakinkan Vince.Vince memandang Zero dengan pandangan ingin tahu.


“Kenapa kau beriya-iya sangat nak lamar Moon dalam Fashion Show tu?” soal Vince.Zero membelakangi Vince.


“Sebab aku nak memiliki Moon sepenuhnya,dengan begitu Moon takkan pernah lupa lamaran aku buat selama-lamanya.Aku nak semua orang tahu aku betul-betul sayangkan dia.Dan..hanya dengan cara ini Moon tidak boleh menolak aku,” Zero berpaling kea rah Vince dengan pandangan yang sukar ditafsir.Vince mengerutkan kening.


“Apa maksud kau?” Zero hanya ketawa mendengar soalan Vince.Moon takkan menolak aku depan-depan orang ramai.Macam mana aku boleh begitu pasti?Sebab dia cintakan aku!Ha..ha!


*****


“Will you?” genggaman tangan Moon semakin dieratkan.Please Moon say something.


“Say something!” kedengaran suara tetamu memaksa Moon memberi jawapan.Agaknya mereka sendrir tidak

sabar dengan situasi itu.Tidak sabar mendengar jawapan dari Moon.Moon memandang Zero.


“Don’t you love me?” bisik Zero perlahan.Moon tersenyum dalam masa yang sama,matanya turut berkaca.Terharu.


“Yes..I will!I will marry you!” akhirnya,jawapan yang ditunggu-tunggu terlafaz juga.Zero tersentak.Mendengar saja jawapan dari Moon,para tetamu pun menepuk tangan,riuh satu dewan.Zero segera bangkit lalu memeluk pinggang Moon.Zero mengangkat Moon sambil memutar-mutarkan badan mereka atas pentas.Terlalu

gembira.Aku memang tahu Moon akan jawab ‘ya’,tapi aku tak sangka pula aku boleh jadi begini teruja.


“Thank you Moon..I love you so much!” bisik Zero di telinga Moon.


“I love you too!” Moon membalas.Air matanya sudah menitis ke pipi.

Serta merta lagu ‘Cause I’m Your Lady’ kembali berkumandang.Seluruh dewan terasa gamatnya.Wartawan-wartawan yang ada semakin rancak mengambil gambar Moon dan Zero.Tapi dalam masa yang sama,Moon sempat berfikir..


“Semestinya,isu ini yang akan menjadi tajuk utama esok ,”



TEPAT jangkaan aku!!Semua wartawan sedang menunggu di bawah studio aku!Apa aku nak buat ni???!!


KIRAN sudah mula nak juling tengok Moon mundar-mandir di hadapannya.Nasib baik Moon bosnya kalau tidak ada juga benda yang boleh di baling pada dia..dahlah kasut tinggi 4 inci,dah berlubang-lubang karpet tu.Kiran mengeluh,dia lantas bangun lalu menghampiri Moon sambil menarik kerusi Moon.


“Moon..?” kata Kiran.Moon menoleh.


“Apa??” lepas menjawab,dia mundar-mandir balik.


“Dudukkk!!!” Kreekkk!!Kiran menghempas badan Moon ke atas kerusi,Moon tergamam.Dia memandang Kiran.


“Kalau kau taknak aku hilang dari dunia ni,duduk!” kata Kiran,seperti seorang ibu mengarahkan anak.


“Okey!” jawab Moon.Dia masih gelisah.Walaupun begitu,kakinya pula yang bergoyang.Cepat.Kiran menggeleng.Aku ingat bos aku ni tak pandai risau..Kiran menarik kerusinya dekat dengan Moon lalu melabuhkan punggung.


“Moon..it’s gonna be allright,okey?” kata Kiran.Moon mengangguk.


“Begini..aku menyamar sebagai kau untuk tarik tumpuan wartawan itu okey,lepas tu kau pergi,okey?” Kiran member cadangan.


“Bolehkah buat macam tu,kalau itu menyusahkan kau macam mana?”


“Leave it to me..pandai-pandailah aku urus sendiri..yang penting kita ikut rancangan aku,”


Dalam masa yang sama….


Berkerumun wartawan berdiri di kaki bangunan Syarikat IE menunggu kemunculan Zero.Sejak pagi-pagi tadi,Zero tidak boleh keluar..para pengawal sendri tidak boleh mengawal wartawan-wartawan itu.Zero menekan butang intercom menghubungi PA’nya.


“Fyonne,tolong call Bodygaurd Agency sekarang..aku mahu keluar dari syarikat sekarang juga,”


“Baik Tuan!” Fyonne menurut.


*****


Wartawan-wartawan itu segera memberi laluan sebaik saja tiga buah limousine menghampiri bangunan itu.Kira-kira tiga belas lelaki tegap berpakaian serba hitam keluar dari limousine itu lalu berbaris menghalang para wartawan mencapai Zero.


Sebaik saja Zero keluar dari bangunan,cahaya dari camera terus memancar bertalu-talu.Soalan demi soalan berkumandang namun Zero sekadar mendiamkan diri.Zero sudah pun masuk ke dalam kereta itu.


“Kita ke Mathias Fashion House studio,sekarang!” arah Zero.Pemandu itu mengangguk.Perlahan-lahan limousine itu keluar dari perkarangan bangunan itu agar tidak terlanggar wartawan-wartawan yang tidak serik-serik mengambil gambar walaupun Zero sudah pun berada di dalam kereta.


15 minit dalam perjalan menuju ke studio itu,15 minit juga Zero memegang handphonenya.Berkali-kali Zero menghubungi Moon tapi yang menjawab hanya operator.


Zero tersentak.


“Berhenti!” Zero separuh menjerit.


“Tapi wartawan masih mengejar kita” jawab pemandu itu.


“Kalau kau tak berhenti,aku tak kisah terjun dari kereta ni!” ugut Zero.Pemandu tersebut segera menurut.Sebaik kereta itu berhenti,Zero terus turut.Pintu kereta dibiarkan terbuka.

Para wartawan yang tidak putus asa mengejar Zero meneruskan lagi usaha mereka sebaik saja terlihat Zero turun dari kereta tersebut.Zero terus berlari dalam kesesakan orang ramai.


“Oh my God…please help me!!” tercungap-cungap Moon berlari.Dia menoleh ke belakang.Dia berhenti.Nasib baik dah hilang.Moon mengusap dadanya.Berkali-kali dia menelan air liur.Penat.Apa yang dirancang tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.Ternyata mata wartawan lebih tajam dari haiwan pemangsa.


“MOON!” laung Zero.Moon menoleh.


“Zero?”


“Lari!!” pantas Zero menarik tangan Moon dan membawa Moon lari dari tempat itu.Wartawan masih mengejar mereka dari belakang.Orang ramai yang lalu lalang tidak dihiraukan,Zero dan Moon terus berlari seperti angin.Berpegang tangan.


Setelah lama berlari,sebuah kereta Ferrari berwarna merah berhenti tepat di depan mereka.Takkan wartawan lagi kot??!


Cermin kereta diturunkan “Cepat naik!”


“Vanessa?” Moon seakan tidak percaya.


“Cepat naik!” arah Vanessa sekali lagi.Tanpa membuang masa Zero dan Moon terus masuk ke dalam kereta.Lantas kereta itu pun meluncur laju keluar dari kawasan itu.Wartawan-wartawan itu ketinggalan di belakang.


“Thank you Vanessa,” ucap Moon.


“Don’t thank me,kalau bukan sebab abang, aku takkan cari kamu tau!” kata Vanessa.Moon tersenyum.Vanessa memandang mereka melalu cermin depan.Mamat yang ada dalam buku Moon,takkan dia yang lamar Moon masa Fashion show?


“What?” soal Zero sambil membalas pandangan Vanessa melalui cermin depan.Moon memandang Zero.ingatkan bercakap dengan aku.Moon memandang bawah,tangannya masih dalam genggaman Zero.


“Nah..nothing!Anyway..kamu nak pergi mana,cakap cepat..aku tak suka orang asing masuk dalam kereta aku!” kata Vanessa selamba.




*****


“THANK YOU,VANESSA,” ucap Moon sekali lagi sebaik saja mereka diturunkan berdekatan laut.


“Emm!” jawab Vanessa endah tak endah.Ferrari merah it terus meluncur meninggalkan mereka di tepi pantai.


“Hmm..nyamannya..” kata Zero sambil mendepakan tangannya.Membiarkan angin bayu membawa beban-beban fikiran dari kepalanya.Moon hanya memandang Zero dari belakang.


“Macam mana kau boleh jumpa aku?” soal Moon.Masih tertanya-tanya bagaimana Zero boleh ternampak dia di tengah-tengah orang ramai.Zero berpaling kearah Moon.


“Sebab yang ada di kepala aku hanya kau,” selamba Zero menjawab.Moon ketap bibir.


“Malaslah mau bercakap dengan kau!” Moon seakan marah lantas mendekati air laut.Zero tersenyum kecil.Kau masih macam dulu Moon,so cute!


“Moon!” Zero mendapatkan Moon. “Aku memang cari kau..aku baru aja nak datang di studio kau then aku nampak kau berlari so aku kejarlah kau balik,” jawab Zero.Mereka berjalan seiringan.Senyap aja.


“Zero..” panggil Moon.


“Eya?”

Moon berhenti berjalan lalu mendepani Zero. “Why did you propose me on the stage?”


“Sebab dengan cara tu,kau tak boleh tolak lamaran aku.Yalah..depan orang ramai,aku tau kau tak boleh tolak aku,” jawab Zero selamba.Moon mendengus kecil.


“Kau ni memang..kan aku dah cakap aku nak minta masa,”


“You don’t need time,darling..you just need me,okey?” kata Zero sambil menguis rambut Moon yang terjuntai.


“Kenapa kau nak masa lagi sedangkan apa yang kau betul-betul perlukan sudah ada di depan mata?Aku tak nak kehilangan kau lagi Moon,dan kali ini aku takkan lepaskan kau lagi..kalau kau tetap menolak…” Moon segera menekup mulut Zero dengan tangannya.


“Don’t do anything reckless again..” ujar Moon.Dia seakan tahu apa yang Zero akan cakap.Dia melepaskan tangannya.


“Okey..” Zero mencapai jemari Moon. “Jangan lari lagi..penat aku nak kejar kau..” sambung Zero.Moon tersenyum.


“Tak apalah..lagi pun aku suka tengok kau terseksa macam tu..comel!” kali ini,Zero pula yang merah padam.Tak pernah-pernah Moon cakap dia comel sebelum ini.Moon ketawa kecil.Seketika kemudian Zero pula yang ikut ketawa.


“I love you so much..thank you..” ujar Zero sambil mengucup uban Moon.


“Aku pun,” jawab Moon pendek.


“Oya..” Zero menyaluk poket seluarnya lalu membawa keluar sekeping memo kecil yang sudah koyak sedikit.Memo yang pernag Moon geri pada Zero 6 tahun lalu,sudah koyak rabak rupanya.Ingatkan dah buang,rupanya dia sentiasa bawa benda tu..


“Sampai bila aku nak sembunyikan pasal memo ni?ini memang kepunyaan kau kan?” soal Zero.


“Kau masih tak putus asa lagi?Okeylah..aku bagitau maksudnya,” Zero tidak sabar.


“It’s means ‘I Love You,My Prince’,”


“I love you my prince???” soal Zero seakan tidak percaya.Moon mengangguk.


“Aku ingat itu itu nombor handphone..but anyway..kau memang anggap aku ni putera kau lah kan?” Moon mengangguk lagi.Zero memeluk Moon.Erat.


“Dan..sebelum pergi UK,you made a kiss,don’t you?” soal Zero lagi.Meminta kepastian.Moon mengangguk lagi.Perlahan-lahan tangannya melingkari pinggang Zero.


“Kenapa tak bangunkan aku?Kan lagi bagus kalau aku bangun?” kata Zero sambil tersenyum.


“Pervert!”


“Pervert pun..tempat kau aja,kan?”


“Yalah tu..wei,kau ada bawa handphone?” soal Moon sambil melepaskan tangannya dari pinggang Zero.


“Jap!” Zero membawa keluar handphonenya dari poket kot.Air muka Zero tiba-tiba berubah sebaik melihat skrin handphonenya.Zero memandang Moon.


“Moon..”


“Kenapa?” soal Moon,keningnya berkerut.


“No network!”


“What??!!” Moon seakan menjerit.


“Macam mana kita nak balik?”


“Entah!” jawab Zero selamba.Mata Moon terbeliak.


“Entah kau cakap?!” Moon mencekak pinggang.


“Kau mesti bawa aku keluar dari sini..Zero..macam mana kita nak…” ayat Moon mati.Zero memandang Moon.


“Kita nak apa?” soal Zero.


“Pokoknya..kau mesti bawa aku keluar dari sini..semua ni salah kau tau,siapa suruh kau minta Vanessa hantar

kita kat mana-mana aja,tengok sekarang!” Moon mendengus.Macam mana nak kahwin kalau macam ni???Moon sudah pun meninggalkan Zero di belakang.Pantas saja langkahnya.Tunjuk perasaanlah tu..


“Alah..sorrylah..Moon,tunggu!!”


~Don't marry the person you can live with; marry only the individual you can't live without.~


The End of The Spell~~


********************************************************************


P/s : Akhirnya…habis juga MWIA ni…sorrylah kalau endingnya tak berapa best..saya sudah buat yang terbaik untuk kamu..kalau tak best ia datang dari saya..sorry..saya x berapa pandai buat ending..and sorry mungkin post ni telampau panjang..

P/s : aku betul2 gmbra sbb ini first time aku bt novel n tamatkan ceritanya..fuh..lega..terima kasih juga pada pembaca dan pengkomen2 semua..kalau bukan sebab kamu,cerita ni memang macam takakan siap,sebab kamu saja aku boleh kasih abis ni cerita..thank you so much guys!!(>-<)(^-^)

Lepas ni H2O pula..tunggu,ya??Hehe…




10 comments:

  1. for me...
    ending dia okay lah...
    akhirnya masing2 mengaku suka...
    n moon seuju nk kahwin...
    hehehhe...tahniah...
    good job..

    ReplyDelete
  2. yeaayyy..
    abes sudah..
    suke2..
    best2..
    akhirnyee,,,due2 bhagia..
    gud job writer..=)

    ReplyDelete
  3. yes!yes happy ending..
    akhirnya kira jd la moon kawin ngn zero..
    romantik jer bile zero lamar moon kat pentas tu...
    caya la writer...
    keep a good work...

    ReplyDelete
  4. aiye!!comey nyer!!!sweettt!!!!

    ReplyDelete
  5. wahhh okie.. sweet la... ok jer ending yer... hehehhe

    ReplyDelete
  6. hepi2!
    suka2!
    from the beginning till the end, citer ni tsangatla sweet!
    ;D

    ReplyDelete
  7. congrat to you miss writer..
    your fingers full with magic taht can make other
    people smile when they read your writing..
    and thanks for make me cry,angry and smile..
    thanks for happy ending..

    ReplyDelete
  8. to Anon Monday, June 06, 2011
    thank you so much for the compliment ^-^

    ReplyDelete
  9. best..suweett..the ending is ok..but quite short laa..lg pnjg lg best..hahaha..gud job writer ^_^

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.