Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 January, 2010

Substance 2 : Desire


Substance 2 : Desire


Pintu bilik yang sebesar pintu dewan itu diketuk dari luar.Aqua yang sedang memasukkan baju gentian ke dalam beg terpinga.


“Nanti!Jangan masuk dulu!” katanya.Zip beg ditutup kelam-kabut,macam dikejar hantu.Beg diperiksa sekali lagi,mana tau ada yang terkeluar.Bila semuanya dalam keadaan yang baik,Aqua kembali ke atas katil.Beg diletakkan ditepinya.Selimut ditarik menutupi kaki.


“Masuklah!” arah Aqua.Suara terpaksa ditinggikan sedikit memandangkan pintu dan katil agak berjauhan.Pintu itu ditolak dan muncul seorang lelaki berumur separuh abad sedang membawa meja lipat yang dipenuhi dengan makanan.Lelaki itu menghampiri Aqua lalu meletakkan meja tersebut di atas katil.


“Terima kasih,uncle Beck!” kata Moon dengan senyuman di bibir.


“Sama-sama cik muda!Silakan bersarapan,” katanya penuh hormat.Aqua memulakan suapannya.Lelaki yang dipanggil uncle Beck itu mengundurkan diri.Pintu ditutup dari luar.


“Beep!Beep!” handphone N90 Aqua berbunyi tanda mesej masuk..Handphone yang ada dihujung katil dicapai.Nama ibunya tertera di skrin handphone.


Aqua,please jangan ponteng lagi.Pengetua dah telefon mama suruh Aqua masuk sekolah.Jangan ponteng okey?


Aqua mendengus lembut.Handphone diletak kembali.Setelah membaca mesej itu,dia langsung hilang selera.Bukan saya yang suka ponteng,tapi sekolah itu yang menakutkan tahap dewa!Bila terfikirkan sekolah,wajah-wajah yang sering membulinya terus menerpa di kepalanya.


“Saya taknak pergi sekolah…”



Skyscraper High School



Sebuah kereta limousine dan sebuah lagi kereta Proton Perdana berhenti dihadapan gate sekolah.Belum pun keluar dari kereta itu,badan Aqua sudah seram sejuk.Uncle Beck selaku pemandu,selaku teman berbicara,selaku bapa kepadanya membukakan pintu bagi Aqua.Disebabkan Uncle Beck,barulah Aqua mempertimbangkan hal ponteng sekolah.Uncle Beck meyakinkan dia supaya berhadapan dengan mereka,meyakinkan dia agar tidak takut.


Namun tetap sama,perasaan takut itu sukar untuk diusir.Aqua memandang sekolah di hadapannya dengan dahi berkerut.Baru saja keluar dari kereta dia sudah boleh bayangkan apa akan terjadi kalau dia melangkah masuk ke dalam…sudah semestinya dia akan dibuli lagi seperti hari-hari sebelumya.


Bukan Aqua saja yang selalu dibuli,ada ramai lagi pelajar yang menjadi mangsa buli pelajar-pelajar di sekolah itu,memandangkan sekolah itu sekolah swasta dan salah seorang pembulinya adalah anak kepada pemilik sekolah itu.Dan anak pemilik itu sungguh kejam,tidak berhati perut dan memang boleh dikatogerikan sebagai..setan!!


“Cik muda??” panggil uncle Beck.Aqua tersentak.Nasib baik uncle Beck mengejutkannya kalau tidak ‘setan’ itu akan muncul di minda Aqua dan akan membuatkan dia menjadi hysteria.


“Apa?” Tanya Aqua sambil mengenggam tangannya.Dia berharap sangat uncle Beck tidak menyuruhnya masuk ke dalam.


“Cik Muda..jangan risau,saya akan menemani Cik Muda di sekolah hari ini,” kata uncle Beck.Aqua menggeleng.Tak ada gunanya!!Walaupun 100 orang bodyguard yang ada di sisi aku,kuncu-kuncu mereka masih mampu membuli aku,membuli perasaan!!


“Aku taknak!” Aqua terus berpaling dan berlari meninggalkan uncle Beck yang terkejut dengan tindakan dratis itu.Terpinga-pinga dia memanggil cik muda.Dua orang pengawal secara automatik mengejar Aqua dengan kereta Proton Perdana.


Sepantas kilat,Aqua sudah hilang dari pandangan mata.Kalau bab-bab menghilang Aqua memang pandai.Maklumlah sudah biasa..


*****


“Akak,sembunyi..mama datang!!” pintu kedai dirempuh dari luar.Wajah Alfa sudah berubah.Takut.Nasib waktu tu tiada pelanggan(Memang tiada pelanggan)Aura dan Encik Zurdi terpinga.Sebelum pintu tertutup,pintu dirempuh semula.Kali ini mama singa pula yang datang bersama dengan kayu besbol kepunyaan Alfa di tangan.Mereka segera berdiri.Encik Zurdi dan Alfa segera menuju ke dapur,lalu masing-masing mengambil besin kecil dan menyarungkan besin tersebut di kepala.Aura terpinga.Tidak tahu harus pergi mana.Akhirnya dia segera menaiki meja di hadapannya.


“Aura!!!!Turun!!!” bergegar satu kedai.Hampir pecah cermin-cermin yang melekat di dinding.Puan Newlina memandang tajam kearah Aura,macam singa kelaparan.Puan Newlina menguatkan genggamannya pada batang besbol.


“Ma..i can explain..” kata Aura sambil bersedia untuk mengelak pukulan ibunya.


“Kau jangan nak speaking dengan aku Aura,kau ni betul-betul memalukan aku tau!” marah Puan Newlina sambil menyinsing tengan bajunya.Nampaknya,dia betul-betul marah.Gunung berapi sudah meletup!


“Ma..lelaki tu yang salah..Aura tak buat salah pun!” kata Aura cuba menjelaskan kejadian sebenar yang terjadi di sekolah.


“Hah..menjawab..menjawab!!Kau tak buat salah kau cakap???!Hamster,Aura..hamster!!Kenapa kau pukul lelaki tu sampai patah hidung,huh??”


“Sebab..Aura dah cakap Aura tak suka binatang berbulu tapi dia bagi juga..jadi…” Aura bermain dengan jarinya.Semestinya Puan Newlina sudah tahu apa yang terjadi selepas itu sebab ibu kepada lelaki itu baru saja berjumpa dengannya tadi dan meminta duit ganti rugi untuk membayar duit perubatan anak lelakinya itu.


“Itu bukan alasan kau untuk tumbuk dia!Ni siapa nak ganti duit yang mama dah bagi tu?Kau?Kau tak perlu ganti,mama akan ganti dengan kayu besbol ni..turun kau!!” bentak Puan Newlina sambil menonjok-nonjok Aura dengan kayu besbol itu.


“Ma..jangan guna benda tu,ganti dengan penyapu tu kecil sikit,” mata Puan Newlina terbeliak.Makin panas.Sempat lagi bagi cadangan budak seekor ni.


“Kau turun,kalau tak aku cantumkan sekali batang penyapu tu dengan kayu besbol ni..turun!” bentak Puan Newlina lagi.Encik Zurdi dan Alfa hanya memandang dari dapur.Hanya separuh badan yang keluar melalui jandela.


“Ma…” Aura seakan merayu.


“Turun!” arahnya lagi.Aura hentak kaki.


“Okeylah!” apa nak jadi,jadilah…Aura turun dari meja lalu melutut di hadapan ibunya.


“Apa nak jadi dengan kau ni,huh?Sampai bila kau nak jadi macam ni Aura..kalau berlawan dengan berjuta orang,kau berani..tapi kalau binatang berbulu pula,dekat sikit mesti ada yang masuk hospital.Bila kau nak berubah ni?,” bebel Puan Newlina.Aura sekadar mendiamkan diri.Dah macam tu,aku nak buat apa lagi.Dalam hati Aura menjawab.Puan Newlina melabuhkan punggung sambil melepaskan keluhan berat.Kayu besbol menjadi tongkat.


“Alfa!”


“Yes Madame!” pantas saja Alfa menjawab panggilan ibuya.


“Ambil beldi dan kain buruk sekali,” arah Puan Newlina.Aura mengeluh kecil.Not again…mesti aku jumpa dengan Dave di sana..dahlah baru lepas bergaduh dengan dia…


“Baik!”


“Kau tahu apa kau nak buatkan lepas ni?Jangan balik sebelum jam 10 malam,kalau aku tahu kau ponteng macam hari tu,siap kau!” kata Puan Newlina sambil berdiri di kaki lima.Beldi berwarna putih dan kain buruk dilemparkan kearah Aura.Nasib Aura pantas.Cepat saja tangannya menangkap.


“Ma..” Aura masih mahu merayu.Bam!Pintu restaurant di hempap kuat sebelum Aura menghabiskan ayatnya.


“Blurrrr!!!” Aura jelar lidah,tidak puas hati.Tidak semana-mana,pintu restaurant dikuak dari dalam.Aura segera berdiri tegak.


“Kak..kakak boleh!” kata Alfa sepatah lalu masuk semula ke dalam.Pintu di tutup semula.Aura melepaskan nafas.Stupid Alfa!Ingatkan mama…


*****


“Oh Tuhan..sebelum apa-apa terjadi,biarkan aku siap bersalin baju dulu,” bisik Aqua sambil memandang sekeliling.Dia sendiri tidak tahu dia berada di mana..tapi yang pasti dia berada di dalam hutan tebal!


Pengawal-pengawalnya itu langsung tidak tahu erti putus asa,sehinggakan Aqua tidak tahu dia harus berlari ke mana hinggalah dia masuk ke dalam hutan semata-mata mahu melepaskan diri dari mereka.Menukar baju pun di dalam hutan sebab sudah pasti kalau di dalam tandas,dia akan ditemui.Pengawalnya itu bukan calang-calang banyaknya..hampir 100 orang yang mencarinya..bayangkan!


“Cepat,cepat!” kata Aqua sendiri.Tergesa-gesa dia menyarungkan baju ke tubuhnya,takut-takut ada haiwan liar.


“Slak!Kerkk!” bunyi ranting dipijak tiba-tiba kedengaran.Aqua tersentak.Aqua memandang ke belakang dengan ekor mata.Janganlah beruang…Perlahan-lahan Aqua menoleh tapi tidak pula memandang kearah bunyi tadi,dia menyusun baju-bajunya ke dalam beg dengan penuh hati-hati.Dia tidak mahu membuat sebarang bunyi pun.


“Kreek!” bunyi itu kedengaran lagi.Aqua sudah hampir mau menangis dia di tahan.Kalau dia menangis,sudah pasti dia akan dikesan.


“Kau buat apa?” Aqua tersentak.Orang!Suara garau menerpa di telinganya.Air mata lantas menitis.Jangan…


“Wei!Kau buat apa dalam hutan seorang-seorang?Perempuan lagi?kau sesatkah?” soal orang itu.Aqua terasa seperti orang itu mendekatinya.Dia tidak menjawab sebarang soalan.Tidak juga berpaling.Orang itu memalingkan Aqua berdepan dengannya.Alangkah terkejutnya dia bila wajah Aqua seperti katak penyek dilangar lori.Bibir dicondongkan sambil gii atas mengetap bibir,matanya pula dijulingkan sambil memandang atas.


“Wow!” orang itu segera melepaskan bahu Aqua.”Orang gila!” katanya lagi.Tapi riak Aqua tetap begitu.Sekali…Pakk!!” kepala Aqua di tapis,kuat!Berdegung bunyinya.Serta-merta wajah Aqua berubah bentuk asal.Hah..balik pun!Bisik lelaki itu dalam hati.Bibir bawah Aqua terketar-ketar,tanda mau menangis.Terkejut dan sakit kepalanya.Orang di depannya dipandang.Orang itu mengerutkan kening.Seinci demi seinci orang itu mendekatkan wajanya ke wajah Aqua.Aqua menjauh.Jangan-jangan dia nak rogol aku??Lawan Aqua!!


“Kau…” belum sempat orang itu menghabiskan ayat.Bam!Bam!Sebelah-menyebelah kepala orang itu dihentak dengan beg di tangan.


“Orang gila!!!” jerit Aqua ketakutan lalu berlari masuk ke dalam semak-samun.


“Arg…Aura!!” orang itu mengerang kesakitan sebelum memanggil nama ‘Aura’.Merah padam mukanya dek pukulan beg itu tadi.Entah apa yang ada di dalam,berdesing telinganya.


Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu,handphone N90 di bawah kakinya.Handphone di pungut lalu di belek.


“Sejak bila Aura ada handphone canggih macam ni??”


“Krooookk!!!” bunyi perut bergendang kedengaran.Sambil berjalan Aqua mengusap perutnya.Hari semakin gelap.Kedengaran sendu-sendu Aqua.Menyesal menghimpit dadanya.Bodohnya aku…kalaulah aku tak lari,mesti aku ada di rumah sekarang ni..maa…..Aqua mengesat air matanya.Hari sudah semakin gelap,jalan sudah pun tidak kelihatan.Hanya cahaya bulan yang menerangi.Nasib baik Aqua dapat keluar dari hutan dan jumpa sebatang jalan menuju di atas bukit kalau tidak sudah pasti dia dibaham binatang liar.


Dari jauh,kelihatan sebuah tangga menuju ke atas bukit,tangga itu memang tinggi.Cepat-cepat Aqua berlari lalu menaiki tangga tersebut.Mungkin ada rumah di sana.

“Nah!” segelas berisi tea di hulurkan kea rah Aura yang sedang melap tiang sebesar kayu balak berwarna merah.Sudah satu tokong di bersihkan Aura.Kalau Aura didenda membersihkan tokong,semua pekerja di sana tidak dibenarkan untuk membantu,tolong tengok bolehlah.Itu arahan dari ibunya.Ketua sami di sana adalah datuk Aura,bermakna Ketua sami itu bapa kepada ibu Aura.Tapi sebaik datuknya menjadi Ketua sami,automatic dia bukan lagi datuk Aura dan automatic juga bukan lagi bapa kepada ibu Aura.


“Tea aja?” Aura demand lebih.Chinmi tersengih.Kawan sekolah Aura.


“Nasib baik aku boleh buatkan kau tea,Aura..itu pun lepas aku mati-mati merayu pada Tok Sami(Ketua Sami),” kata Chinmi.


“Tapi aku laparlah…” kata Aura.


“Sapa suruh,comel-comel hamster tu,kau pergi tumbuk orang kenapa?Dah banyak kali kes ni terjadi.Kalau tak silap aku dah lebih 20 kali kau didenda buat kerja amal hanya disebabkan binatang species macam tu,” Chinmi mula membebel macam Puan Newlina.Aura buat muka meluat.


“Diorang yang tak faham bahasa,aku pula jadi mangsa...diorang dah tahu asal binatang berbulu aku tak suka,diorang bagi juga..” balas Aura.Kalau dulu,disebabkan arnab,seorang lelaki patang jari,tapi itu atas kerelaan lelaki itu sendiri,katanya mahu mengubati penyakit aku ni.Ini bukan penyakitlah..tapi tak suka.


“Diorang nak tolong kaulah,Aura,”


“Aku tak perlu pertolongan diorang.aku lagi suka macam ni,tak perlu sentuh binatang berbulu,”


“Suka hati kau lah..ni,30 minit lagi jam 10..kau tak nak balik?”


“Mau..mau!” cepat saja Aura menjawab.Tak sabar nak jumpa dapur yang penuh dengan makanan.Itulah kebiasaannya,lepas balik dari didenda Encik Zurdi akan menyediakan makan kegemaran Aura sebab dia tahu Aura memang tidak akan diberi sebarang makan ketika didenda.


“Besarnya rumah…er?Ini bukan rumah..ini tokong!” sebaik Aqua melangkah naik tangga terakhir,kelihatan sebuah tokong besar di hadapannya.Sebuah patung Buddha kelihatan.Aqua mendekati tokong tersebut.


“Aura?” Aqua tersentak.Walaupun bukan dia yang dipanggil,dia tetap menoleh.Kelihatan seorang lelaki separuh abad,botak dan memakai selendang seperti sari tapi besar dan berwarna kelabu.Sudah semestinya seorang sami.


“Kenapa belum balik lagi?” soalnya.


“Maaf..saya bukan Aura,saya Aqua,” Aqua memperkenalkan dirinya sambil tunduk hormat dihadapan sami itu


“Bukan Aura?” kata sami itu sambil mendekati Aqua.Lalu dia mengangguk.Mengiyakan.


“Ya..tapi wajah kamu hampir seiras,hanya mulut yang membezakan kamu,’ kata lelaki tua itu.Aqua tetap mengangguk walaupun dia tidak faham dengan situasi itu.


Ada apa-apa yang boleh saya bantu,anak?” tanyanya.


“Saya..lapar.Boleh bagi saya makanan?” kata Aqua.Sami itu mengangguk.


“Di sini anak muda,” sami itu menunjukkan jalan kepada Aqua.I’m glad..nasib baik ada juga yang sudi memberi makanan.


“Kalaulah aku ada kehidupan mewah..aku tak perlu kerja amal ni..aku nak jadi kaya!!!” kata Aura separuh menjerit di hadapan tokong.Sebelum keluar dari dari tokong,Aura siap tunduk hormat di hadapan tokong dan dia pun beredar.


“Terima kasih,Tok Sami!” kata Aqua sambil tunduk.


“Sama-sama..kalau anak muda perlu apa-apa,anak muda boleh datang ke mari.Kami akan menolong,” kata Tok Sami.Aqua sekadar mengangguk.Kenyang perutnya dengan hidangan tadi.Betul-betul sedap.Tok Sami itu pun masuk ke dalam tokong semula.Aqua sekadar memandang Tok Sami itu menghilang.Aqua memandang bulan.


“Kalaulah aku ada kehiduan sederhana..aku tak perlu lalui detik macam ni..aku tak perlu lari,aku takkan dibuli oleh mereka.Aku boleh pergi mana-mana..tapi apakan daya..” kata Aqua lalu menghembuskan nafas kecil.Apa yang keluar dari bibirnya seakan doa.Dia pun turut beredar dari tokong itu.Tangga yang dinaiki tadi dituruni.


“Macam mana aku boleh lupa beldi?” rungut Aura tanpa menyedari seorang gadis melintasinya.Empat anak tangga memisahkan Aura dan gadis itu.Mereka saling memandang antara satu sama lain.Saat itu,masa seakan terhenti,mata mereka bertaut lama.Satu perasaan aneh menerpa di hati.Jantung mereka berdetak kencang seakan berbicara sesama sendiri.


Tiba-tiba mereka tersentak dan terpinga-pinga.Mereka seakan hilang ingatan sebentar tadi.Aura tersenyum paksa di hadapan gadis itu,gadis itu pula menunduk lalu terus beredar.Apa yang terjadi tadi?Aqua tertanya-tanya.


“ITU dia!!” jerit salah seorang pengawal sebaik saja Aqua mengakhiri anak tangga terakhir.Aqua tersentak.Baru saja dia mahu melarikan diri,5 orang pengawal sudah berdiri di belakangnya.Langkah Aqua mati.Lalu mengeluh.Sia-sia..macam mana diorang boleh jumpa aku kat sini?


“Cik Muda..tolonglah ikut kami balik.Tuan dan Puan sudah risau.Tolonglah balik dengan kami,” kata Uncle Beck.


“Baiklah..tapi macam mana uncle tau saya ada di sini?” soal Aqua.


“Kami jejak Cik Muda dengan GPS,” jawabnya.Aqua dan para pengawal dan Uncle Beck beriringan menuju ke arah Limousine.


“Tapi setahu saya,saya…’ ayat Aqua mati.Segera dia membongkar begnya.Tekaannya betul handphonenya tiada di dalam.


“Kenapa Cik Muda?” soal Uncle Beck.


Aqua menggeleng. “Takda apa,” Aqua pun masuk ke dalam limousine.5 biji kereta perton perdana mengiringi limousine itu keluar dari bukit tersebut


*****************************************************************

P/s: sorry kalau n3 ni tidak berapa memuaskan kamu..but,EnjoY!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.