Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

29 May, 2009

Spell 6: My Saviour


Spell 6: My Saviour

“Apa??Okey..ekori diorang dan bagitau aku mana Moon dibawa,” Suara Zero benar-benar kedengaran cemas.Belum pernah dia secemas itu.Telefon di letakkan.Zero mula mundar-mandir seperti orang kehilangan anak.Di depannya pula,duduk seseorang lelaki bertopeng..The Mask.

“Apa aku nak buat ni?” Kata Zero lagi.

”Pergilah selamatkan dia..takkan kau nak mundar-mandir kat pejabat ni?” The Mask bersuara.Tenang saja tutur bicaranya.Tiba-tiba Zero berhenti dan memandang tepat ke arah The Mask.

”Mask,can i borrow your mask and white coat?”

*****

Perlahan-lahan mata Moon terbuka,pandangan masih kabur,tubuhnya terasa kebas.Mungkin kesan sampingan pada jarum penidur itu.Tengkuknya terasa pedih namun pergerakannya terbatas.Tangan dan kakinya terikat kebelakang.Mr. Tam masih tidak sedarkan diri.

Mata Moon melilau ke sekeliling tempat.Kawasan itu seperti sebuah gudang dan banyak tong-tong besar yang sudah berkarat di sekeliling itu.

“Hoho!Masih tidak sedarkan diri lagi orang tua ni,” Tiba-tiba Moon didatangi sekumpulan lelaki seramai 7 orang.Wajah lelaki-lelaki itu diamati.Moon seakan pernah melihat wajah-wajah itu dan dia teringat kembali peristiwa kemarin di mana dia menyelamatkan seorang gadis.Lelaki-lelaki inilah yang aku belasah kemarin.

“Perempuan ini pula siapa?Kenap korang bawa di sekali?” Soal lelaki itu pula.Dalam fikiran Moon,lelaki itu semestinya ketua mereka kalau tidak Donny dan kawannya takkan tunduk begitu.

”Bos..perempuan inilah yang belasah kitorang,” Dengan rasa malu yang menebal dia lancarkan juga ayat-ayat itu.Lelaki yang dipanggil bos itu berpaling sambil mencekak pinggang.

”Apa?Kau nak bagi tau aku yang perempuan ni yang kalahkan kamu??” Tinggi nada suaranya. PAP!! Kepala Donny dipukul kasar.

”Maaf bos!” Pintanya sambil tertunduk.

”Maaf..maaf..anak buah tak guna!” Katanya lagi.Dia berpaling semula ke arah Moon.

”Macam mana kau boleh kalahkan diorang?”

”Aku tak kalahkan diorang...diorang yang kalah pada diri diorang sendiri,” Jawab Moon lemah.Walaupun tubunya terasa lemah dan kebas sedaya-upaya dia menjawab pertanyaan itu.

”Oh..kau nak berlagak pula dengan aku?” Bos itu menghampiri Moon dengan muka bengisnya.Pipi Moon ingin disentuh.

”Jangan sentuh dia!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara dari belakang.Semua serentak menoleh ke arah suara itu.Kelihatan seorang lelaki bertopeng dan berpakaian coat panjang berwarna putih.

”The Mask?kenapa dia boleh berada di sini?” Bisik Moon.

”Apa tercegat lagi,musnahkan dia!” Arah bos itu.Serta merta mereka menyerbu ke arah lelaki bertopeng dan cuba untuk menumpaskannya.

Namun tidak disangka pergerakkannya sungguh pantas sehinggakan Moon sendiri tidak sedar,keenam-enam lelaki itu sudah rebah ke tanah.Dalam masa sesaat,lelaki-lelaki itu tumbang.

Bos itu seakan tidak percaya.Mulutnya ternganga.Tetapi sebaik saja dia tersedar bahawa nyawanya menjadi taruhan selepas itu,cepat-cepat dia mengangkat Moon dan menghunus sebilah pisau kecil ke leher Moon.Langkah lelaki bertopeng itu terhenti.

Moon memandang lelaki bertopeng yang ada dihadapannya.Mata hitam miliknya ditenung dalam.

”Jangan dekat..kalau tidak aku akan kerat leher perempuan ni,” Ugut bos itu pula.

”Easy..aku akan lepaskan kau tapi kau perlu lepaska dia.Aku tak akan halang kau,”

”Macam mana aku boleh percaya dengan kata-kata kau?”

”Sebab nyawa gadis itu lebih bermakna daripada menewaskan kau,” Bos itu berfikir sejenak.Dengan segera Moon dia menolak badan lemah Moon dan melarikan diri.Lelaki bertopeng itu cepat-cepat mendapatkan Moon sebelum rebah ke tanah.

Pandangan Moon yag kabur itu menyebabkan dia seakan melihat Zero disebalik topeng silver itu.

”Zero..” Bisik Moon lalu pengsan semula.Lelaki bertopeng itu tersentak.Macam mana Moon boleh tahu ini aku?Seangkan aku memakai topeng?

Sejuru itu,bunyi kenderaan polis kedengaran.Bos itu tidak sempat melarikan diri dengan lebih jauh lagi kerana dia telah dikepung.Polis-polis itu membawa Donny dan kawan-kawannya masuk ke dalam tahanan kereta.

******

”Amni ada tengok berita semalam tak?” Soal Surizan penuh minat.Amni mengangguk-angguk.

”Ada..ada..aku tak sangka The Mask tu bukan saja penaraju IE,tapi juga seprang hero..betul tak?” Jawab Amni excited.

”Tapikan apa yang aku pelik tu,kenapa dia taknak orang tau tentang orang yang dia selamatkan?” Soal Jiji pula.Amni dan Surizan menunjukkan wajah ingin tahu.The Mask memang tidak ingin memberitahu identiti orang yang dia selamatkan kerana orang itu adalah Moon,dan kalau itu diumumkan Moon yang akan mendapat susah.

Amni,Surizan dan Jiji berjalan beriringan sambil bercerita dengan lebih lanjut lagi.Bukan mereka saja yang bercerita tentang The Mask tapi seluruh sekolah juga memperkatakan The Mask.

Moon yang berdiri tidak jau dari situ telah mendengar setiap butir kata yang dituturkan mereka.Aku juga tertanya-tanya siapa The Mask?Kenapa dia selamatkan aku?

”Hei!” Bahu Mine ditepuk dari belakang.Mine segera tersentak lalu menoleh kebelakang.

”Moon!Terkejut aku.” Katanya.Moon tersenyum sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Mine.

”Kenapa ni?Dari tadi aku panggil pun kau tak menyahut,apasal?”

”Takda...buku aku hilang,” Jawab Mine ringkas.Mungkin buku yang Mine maksudkan itu buku coklat yang ketinggalan kat cafe hari tu?

”Dah cuba cari?”

”Dah..tapi takda..”

”Penting sangatkah buku tu?”
”Lebih dari segalanya..” Nasib baik aku yang jumpa buku tu kalau orang lain aku tak tau lah buku itu di buang kat mana.

”Carilah lagi..cari lagi dekat tempat yang kau pernah pergi,mana tau ada yang kembalikan balik.Jangan putus asa macam ni,aku tak suka tengok.” Kata Moon sambil menepuk bahu Mine.Moon bangkit.

”Kau nak pergi mana?”
”Nak masuk kelas..kau taknak masukkah?”Mine berdiri lantas berjalan bersama Moon menuju ke kelas mereka.

Sudah 4 hari aku menjadi maid tak bergaji di rumah Zero,bermakan ada 3 hari lagi.No!Sepatutnya 4 hari..katanya untuk menggantikan hari yang aku tak jadi maid dirumahnya..can you imagien that?Dia akan membunuh aku!

”Hei!” Moon yang sudah tidak tahan ditenung begitu segera mengejutkan Zero.Zero tersentak dan segera melarikan pandangannya pad buku diyangannya.Malunya aku...

”Apasal kau tengok aku begitu?Maca nak makan aku pun ada juga,” Kata Moon seakan menyindir lalu menyambung semula kerjanya.

”Aku bukan pandang kaulah..aku pandang cermin tu.Berhabuk!” Zero memberi alasan yang tidak munasabah.Sedangkan cermin itu bukan berada di sebelah Moon,tapi hanya berada didepannya.

”Laplah kalau tak puas hati!” Balas Moon pula.Orang dah berusaha jadi maid yang berguna.dia taknak hargai kerja aku pula.Memang tak patut Zero ni. Zero berdiri lalu mencapai kain putih dan penyembur yang ada di atas meja.Zero mellap semula cermin itu.Moon seakan tidak percaya.Pelik betullah makhluk asing ni.

”Kau pergi mana kemarin?” Soal Zero pura-pura tidak tahu.Sejak dari hari dia selamatkan Moon.fikirannya kusut memikirkan pasal Moon memanggil namanya dalam keadaan yang bertopeng.Moon tahukah itu aku?Tapi dia tak kata apa-apa pun?

”Aku tertanya-tanyalah..kenapa ya kau selalu saja ambil tahu pasal aku?Apa yang kau tak puas hati dengan aku sebenarnya?” Seperti biasa.Setiap pertantaan Zero akan dibalas dengan persoalan.

”Kau ni..orang tanya lain,jawab dengan pertanyaan pula..tak bolehkah stright to the point?”

”Kan aku ada bagi nota..tak bacakah,atau tak pandai baca?” Sindir Moon pula.

”Malaslah bersoal jawab dengan orang yang tak faham soalan!” Kata Zero geram.Kain lap putih itu dilempar kelantai,penyembur itu diletak kasar keatas meja.Tujuk perasaanlah tu..

Zero melangkah menaiki tangga.Bunyi tapak kakinya jelas kedengaran.Membingitkan telinga betul..kalau tak nak bersoaljawab,janganlah soal..

”Lap semua lantai,tingkap,cermin dan seluruh rumah ni!” Laung Zero sebelum masuk ke dalam biliknya.Pintu dihempap kuat.

”Stupid Zero!” Moon mencebik lalu menyambung kerjanya yang tertangguh tadi.

Selesai saja mengakhiri kerja-kerjanya,barang-barangnya pula yang dikemas.Moon menuju ke dapur.Ingin membasahkan tekaknya.Sebelum beredar,dia sempat menghantar mesej kepada Zero.

Witch: Aku balik

Zero: Ya!

Ringkas saja jawapan Zero.Jelaslah masih kesal dengan adegan pertengkaran mereka tadi.Tapi semua orang tahu,Moon memang seorang yang takda perasaan.Sebaik saja Uncle Adin sampai di perkarangan rumah banglo Zero,Moon terus masuk dan balik ke rumahnya.Sampai saja Moon,dia terus menuju kebiliknya ingin mencari buku Mine.

”Mana pula buku tu pergi?” Sudah habis barangnya diselongkar tapi buku itu masih tidak dijumpai.Serentak itu,dahinya tiba-tiba ditepuk.Seperti dia terlupa sesuatu yang penting.Hanya satu tempat lagi yang masih belum diselongkar.Beg sandangnya sewaktu dia menyelamatkan gadis tempoh hari.

Beg sandangnya di capai lalu mengeluarkan segala isi kandung beg tersebut,sebuah buku terjatuh dan terbuka luas.Secara tidak sengaja,sebahagian dari isi buku itu telah terbaca oleh Moon dan alangkah terkejutnya Moon apabila terlihat nama seseorang jelas tertulis di buku itu.

26 May, 2009

Spell 5: The Mask


Spell 5: The Mask

“Who’s The Mask anyway?” Soal Lady Yuna sambil meletak kasar surat khabar yang dibacanya tadi.Laporan di dalam kahbar itu membuatkan tidak puas hati.

The Mask,penaraju Infinity Enterprise semakin berjaya.

“Easy Yuna..Zero pilih dia sebab dia percayakan The Mask,so kita pun harus percaya pada Zero.” Jawab Tuan Albumin bersahaja.Teh dicawan antik itu dihirup perlahan.

“Al?Al tak takutkah suatu hari nanti The Mask tu akan rampas syarikat kita?Dia pun ada share kat syarikat tu tau?”

”Then Zero will be punish,” Jawab Tuan Albumin lagi sambil menuju ke meja kerjannya.

”Zero will be punish?Isn’t The Mask should be punish?” Soal Lady Yuna seakan terkejut.

“Kalau The Mask rampas syarikat tu,ini bermakan Zero yang menanggung masalah tu sebab dia percayakan orang luar.Tapi..Zero bukan orang sembarangan.He’s a genius,dia tidak mudah percaya pada siapa-siapa.So,kalau dia dah letakkan tanggungjawabnya pada The Mask ni bermakna orang itu boleh dipercayai sepenuhnya,”

‘Tapi…”

“My Lady..don’t worry.Percaya dengannya,” Pintas Tuan Albumin.Lady Yuna mengangguk perlahan.Tapi dalam hati dia masih ragu-ragu.Sukar baginya untuk percaya pada orang yang tidak pernah tunjukkan muka pada khalayak ramai.

Tidak lama dulu,dia pernah bertentang mata dengan The Mask pada hari perasmian,tapi mata itu seakan menunjukkan kesedihan dan keperitan yang terpendam.Lady Yuna ingin menegurnya tapi sekelip mata,The Mask hilang dalam kesesakan orang ramai.

Pandangan mata Tuan Albumin beralih pada sebuah frame gambar di mana itu adalah gambar mereka sekeluarga.Lady Yuna sedang duduk disebuah kerusi manakala Tuan Albumin berdiri di belakangnya bersama dua orang budak lelaki,dikiri dan kanannya.

Gambar budak lelaki yang ada disebelah kanannya diusap lembut.Kalau saja kau masih ada,Zero takkan terseksa begini sampai sekarang.

*******

Ring!Ring!

Bunyi deringan telefon bimbit mengejutkan Moon.Nama Zero tertera di screen telefon bimbitnya.Apalah makhluk asing ni nak lagi…

“Hello!” Jawab Moon keras.Zero yang memang tahu bahawa Moon akan menyinga dia sedia menjarakkan telefon bimbit dari telinganya.

“Jangan lupa beli bahan untuk malam ni,ya?” Pesan Zero.Apa kena pula dengan mamat ni..lupa ingatan apa??

“Ya!kau kan dah bagitau aku sebelum kau keluar rumah?”

“Oh..yakah?Okeylah kalau macam tu..thanks and be careful,” Klik!Talian dimatikan tanpa sempat Moon menjawab.Apalah makhluk asing ni…

Moon pun menyambung perjalannya menuju ke OneBorneo,shoping kompleks terbesar di Logenberry.Setelah selesai membeli-belah Moon menuju pula kesatu café untuk menghilangkan kekeringan yang mencengkam tekaknya.Cafe iru diberi nama Sparkling Café,di mana dia dan kakaknya sering berkunjung sebelum menghilang.

Tiba-tiba Moon ternampak Mine di café tersebut sedang bertelefon dan wajahnya bertukat cemas tiba-tiba.Baru saja Moon hendak melangkah masuk,Mine sudah bergegas keluar sehinggakan terlupa bukunya yang ada diatas meja.

Moon masuk ke café itu dan memungut buku coklet yang seakan dairy.Buku itu dimasukkan ke dalam begnya.Selesai saja membasahkan tekak Moon mengambil keputusan untuk balik ke banglo Zero sebelum matahari terbenam.

Selesai saja mengemas dapur dan memasukkan bahan-bahan yang sepatutnya dalam peti sejuk Moon pun beredar.Tapi sebelum beredar dia sempat memberikan nota buat Zero dan melekatkannya dipeti sejuk.

Petang yang indah itu memyebabkan Moon teringin untuk berjalan kaki balik kerumahnya sendiri.Moon hanya menumpang teksi memandangkan uncle Adin berada bersama ibunya menghadiri kempen.Turun saja diperhentian,Moon memulakan perjalannya.Tetapi suasan itu tidaklah seindah pemandangan matahari terbenam,kerana dalam perjalan itu dia terserempak dengan samseng jalanan yang sememangnya menganggu ketenteraman awam.Namun,bukan dia yang menjadi mangsa petang itu tapi seorang gadis yang putih,dalam gaun putih.Cantik bak bunga lily putih.

Aku tak salahkan samseng-samseng itu sebab pemakaian gadis itu terlalu menonjol bagi samseng-samseng tersebut.Tapi,yang aku tak suka ni..kenapa depan rumah aku pula?

“Stop it!”Jangan kacau saya!” Marah gadis itu sambil menapis segala tangan yang ingin menyentuh pipinya.

“Alah..kau jalan kat sini pun sebab nak minta perhatian kami,kan?so,janganlah pura-pura menolak pula,” Kata Donny,ketua samseng jalanan.Kata-katanya disambut dengan tawa yang nyaring dari kawan-kawannya.

“Yalah..lagipun,kecantikan kau ni untuk kami-kami.Body kau mantap!” Jawab salah seorang dari mereka.

PANG! Satu tamparan hinggap di pipi lelaki tersebut.Lelaki-lelaki itu terkesimah.

“Berani kau tampar aku,huh??!”Marah lelaki itu seakan lembu jantan mukanya.Lelaki itu mengengam bahu gadis itu dan menghayun tangan.

“Hei!” Jerit Moon dari belakang.Hayunan tangan lelaki itu terhenti.Mereka semua menoleh ke belakang,kelihatan Moon berjalan menghampiri mereka semua.

”Kau ni siapa pula?” Soal Donny.

”Nobody,” Jawab Moon selamba.Dengan tenangnya dia melintasi samseng-samseng itu untuk mendekati gadis putih itu.

”Hei perempuan!Kau taktaukah kami ni siapa?” Soal Donny lagi.

”Taktau pula..tapi aku rasa aku pernah dengar somewhere.”

”Kalau gitu kau akan kenal kami dengan lebih dekat lagi,” Serta-merta samseng-samseng itu mengelilingi Moon.Gadis putih itu memaut baju Moon dari belakang.Takut.

”Aku bagi korang amaran,sebelum keluarga kamu terpaksa bayar bil hospital,lebih baik korang pergi dari sini.” Suara Moon sudah mulai serius.Ketawa samseng-samseng itu serta merta bergema mengisi ruang kesepian kawasan itu.Donny mendekati Moon.

”Apa kau boleh buat,huh?Kau cuma perempuan tau..lebih baik kau berseronok dengan kami..perempuan jalang..” Bisik Donny di telinga Moon.

”What did you just say??!” Soal Moon dalam nada keras.Serta merta awan gelap berarak ke atas mereka,menutupi cahaya oren matahari senja.Pandangan matanya sudah berubah,aura kematian dirasai di setiap sudut.Kata-kata Donny cukup membangkitkan kemarahan Moon.

Dengan tindakan yang tidak dijangka,Moon melompat sambil menyepak kepala Donny.Donny terpelanting dan badannya terhempap ke tembok rumah banglo Moon.Kawan-kawan Donny tergamam dengan mulut ternganga.

Tapi oleh kerana samseng-samseng itu merasa maruah mereka tercalar,mereka terus menyerang Moon.Tidak lagi mengambil kira musuh mereka lelaki ataupun perempuan.Nasib baik Moon telah menguasai segala ilmu taekwando,ju-jitsu dan karate dulu.Dengan senang Moon menumpaskan mereka.

Samseng-samseng itu terbaring diatas jalan sambil menahan dan mengerang kesakitan.Setelah itu,awan gelap yang menyelubungi langit oren beransur hilang,ini bermakna kemarahan Moon pun turut reda.Moon mendekati Donny dan duduk mencangkung dihadapan Donny.

“Dengar sini,kalau aku nampak muka korang di depan rumah aku lagi..aku takkan teragak-agak untuk menghabiskan kamu,faham?” Soal Moon.Gadis putih yang sedari tadi tidak habis-habis diberi kejutan turut merasa takut.Takut kepada Moon apatah lagi setelah dia melihat apa yang Moon boleh lakukan.Donny dan kawan-kawannya mengangguk faham lalu bangkit dan segera beredar.

Moon pun bangkit sambil melihat bayang samseng itu menghilang.Satu keluhan berat lahir dibibir Moon.

“I did it again!” Kata Moon.Dia sudah berjanji tidak ingin melakukan itu tapi dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya tadi.Moon berpaling melihat keadaan gadis putih itu namun alangkah terkejutnya dia apabila gadis itu sudah lenyap.Seluruh kawasan itu dikerling tapi bayangnya juga tidak kelihatan.

“Misterious girl,” Hanya itu yang mampu Moon jelaskan tentang gadis tersebut.Moon pun masuk ke dalam banglonya.Terasa perutnya kosong setelah melakukan aksi-aksi yang sudah tidak lama dilakukan.

******

P/S: aku tak dapat jadi maid kau esok.I need to meet someone.

-Moon-

“Siapa pula ‘someone’ Moon ni?” Soal Zero setelah mendapat pesanan Moon.Wajahnya berkerut.Dia ingin tahu siapa yang Moon bakal jumpa.Mungkin aku tak patut tahu siapa someone Moon tapi aku dapat rasakan sesuatu yang buruk.

Dengan langkah yang cepat,Zero mendaki tangga dan menuju ke biliknya.Handphone yang ada di atas meja dicapai lalu mendail nombor seseorang.

“Hello,Master?” Suara garau seseorang kedengaran di corong telefon.

”Can you help me..again?”

“Yes Master.What can I do for you?”



“Hantar Moon kat café,ya?” Kata Moon sambil menutup pintu kereta.Uncle Adin mengangguk faham.

“Moon?” Panggil Uncle Adin pula.

“Emm..”

“Moon ada bercakap dengan Puan Saphiera?”

”Nope!” Jawab Moon pantas.Uncle Adin tidak lagi bertanya.Faham akan nada jawapan Moon.

Setelah sampai di tempat tujuan,Moon pun turun dari kereta.Kemudian masuk kedalam Sparkling Cafe.

Disatu sudut yang lain...

”Master,orang yang Moon jumpa itu adalah seorang lelaki.But nothing to be worry about.He’s to old to Moon,”

“Okey..but keep tracking her,”

“Understood!” Klik!Talian dimatikan.

Jam sudah menunjukkan pukul 3.40pm,ini bermakana sudah 2 jam 20 minit lelaki itu menunggu perbualan Moon dan lelaki separuh abad itu habis.Tidak lama selepas itu,Moon dan lelaki itu berdiri dan saling bersalaman.Mereka pun beriringan keluar dan bersama-sama masuk ke perut kereta.

“Terima kasih.Moon akan jaga rantai ni baik-baik,” Kata Moon sambil menggenggam kemas rantai cristal berwarna biru itu.

“Itu adalah pemberian Hanna Ishara dan uncle tau dia ingin Moon menyimpannya,” Jawab Mr. Tam sambil menghidupkan engin kereta dan keluar dari pekarangan Sparkling Café.

“Sudah 7 tahun rantai ini ada pada uncle,kenapa perlu tunggu hari ini baru beri pada Moon?”

“Sebab itu kemahuan Hanna,”

“Sudah 8 tahun berlalu,dan selama itu juga dia menghilangkan diri.Semua usaha papa mencari kakak hanyalah sia-sia.Kenapa dia terus menghilang?”

“Jangan cakap begitu Moon.Kita tak boleh hilang harapan.Mungkin diluar sana,dia masih menunggu kita,”

“Kenapa dia perlu menunggu sedangkan kita menantinya?Kalau betul dai ada di luar sana,dia seharusnya pulang.” Suara Moon sudah mulai sebak.Setiap kali memikirkan kakaknya,setiap kali itu juga hati Moon menjadi lemah.

“Kita mesti percaya.Kalau kita percaya pada sesuatu sudah pasti ia akan pulang pada kita,Moon.”

”Aku percaya..tapi pernahkan dia percaya seperti mana kita percaya?” Kata Moon.Sedaya-upaya air matanya ditahan.Rantai itu ditenung lagi.Kalau saja rantai itu boleh menunjukkan keberadaan kakaknya,sudah pasti Moon dapat berjumpa dengan kakaknya.Tapi,itu takkan berlaku didunai realiti.

”Moon,pegang!!” Jerit Mr.Tam sambil menekan brek dengan mengejut,membuatkan Moon terdorong kedepan dengan kasar.Sebuah Van hitam tiba-tiba muncul di hadapan kereta mereka.Pada masa yang sama,lelaki yang ditugaskan untuk mengekori Moon segera menghubungi Zero untuk melaporkan kejadian itu.

Moon dan Mr. Tam sama-sama keluar dari kereta.Belum sempat Mr. Tam bersuara kedua-dua mereka ditembak dengan jarum penidur melalui jendela kereta yang terbuka separuh.Moon dan Mr.Tam serentak rebah ke tanah.

*******************************************************************

P/S : Kalau ada yang tak masuk akal,please komen.Biar sa tau mana salah dan mana yang kurang,okey?Enjoy!

24 May, 2009

Spell 4: Confession

Spell 4: Confession


Kolam itu dipandang lama.Kakinya kaku disitu tidak berganjak.Kenangan yang cuba untuk dilupakan kini menerpa semula di minda Moon,kenangan yang meragut keberaniannya.

“Wei..apasal tercegat lagi?” Moon tersentak.Secara spontannya Moon terus menjauhkan diri dari kolam itu,jauh juga dari Zero.Zero kehairanan.

“Kenapa Moon?” Soal Zero.Moon menggeleng beberapa kali.Lututnya terketar-ketar.Mulutnya yang tadi merah bertukar kelabu.Zero yang sedar akan perubahan wajah Moon ingin menghampirinya.

“Stop!Berhenti di situ!” Kata Moon seakan terkejut.Langkah Zero serta merta mati.

”Moon kau pucat..ada apa?” Soal Zero.

”Bukan urusan kau!” Jawab Moon kasar pula.

”Jawablah betul-betul..kau sakit?” Soal Zero lagi sambil melangkah,mengendahkan amaran Moon tadi.

”Stop!Kan aku dah cakap berhenti..jangan dekat dengan aku!” Marah Moon.Langkah Zero mati buat kali kedua.

”Kenapa Moon?Kenapa kau tak bagi aku dekat dengan kau?”

”Aku tak sukalah..kau tak perlu tau kenapa.”

”Takkan..” Zero berfikir sambil memandang ke arah kolam yang sudah lama ditenung oleh Moon.Peristiwa 10 tahu yang lalu menerpa semula di ingatan Zero.Takkan kejadian itu masih membekas di hati Moon?Pandangan Zero beralih pula pada Moon.

”Kau takut aku tolak kau lagi?Oh..come on Moon..it’s been 10 years.Can’t you just forget about that?” Moon mengedutkan dahi tanda protes.Zero memang keterlaluan!
“Forget??Forget??!Kau tau tak aku yang hampir mati kat dalam kolam tu..kau sedar tak apa yang kau lakukan itu membuatkan aku hilang segala-galanya..termasuk kawan-kawan aku!” Moon meluah kan rasa sakit yang terpendam selama 10 tahun,hampir berkarat hati Moon menahan rasa sakit itu.

”Moon,kau yang tak sedar apa dan siapa yang ada di sekeliling kau..kau patut diubah.”

“Diubah??Siapa kau..kau untuk ubah siapa aku?Aku tak pernah sakiti kau Zero..apa yang membuatkan kau menolak aku?”

“Sebab kau terlalu baik!”

“Salahkah aku baik dengan semua orang?”

”Memang tak salah..tapi aku tak suka,”

”Kenapa pula kau tak suka?” Zero terdiam.Soalan akhir Moon membuatkan lidahnya kelu.
”Sebab...aku..aku meluat dengan sikap kau tu..anyway,aku rasa kau perlu ucap thank you pada aku,”

”Untuk apa?” Soal Moon pelik.

”Sebab kalau bukan aku,kau takkan sedar siapa kawan dan siapa lawan.Just like Lily..bila kau berubah dia tinggalkan kau.Dia tak terima baik buruk kau,Moon,”

”Because of me?Why?”

”Aku tak perlu bagi tau kau,” Jawab Moon sambil melangkah ingin keluar dari banglo itu.

”Wei..kau nak pergi mana?Kerja kau belum siap lagilah,” Halang Zero.Langkah Moon terhenti lalu berpaling semula.

”Kolam tu..aku tak boleh bersihkan..aku tak dapat.So,i’m going home now,”

”Tak boleh!Kau mesti bersihkan kolam tu,” Desak Zero lagi masih enggan melepaskan Moon pergi.

”Please Zero..i can’t,” Pinta Moon.

“Of course you can..aku takkan tolak kau lagi.Percayalah,” Pujuk Zero lagi.Masih belum mengalah lagi.Macam mana aku nak percaya pada orang yang pernah tolak aku dalam kolam?

“Please..mama papa akan balik dalam masa terdekat ni..aku tak nak diorang fikir aku tak boleh berdikari,” Sambung Zero lagi.

“Apa kena-mengena kolam dengan persepsi diorang?” Soal Moon pula.Zero mengeluh lembut.Takda gunanya bercakap dengan perempuan sihir.

”Okey..aku tak nak paksa kau lagi..pergilah!” Zero mengalah.Zero akui yang dia memang tidak boleh mengubah pendirian Moon.Moon terlalu keras.

Moon mengedutkan dahi.Kejam sangatkah aku pada Zero?Tapi takkan aku nak pertaruhkan nyawa aku demi ibubapa dia pula..think Moon..think!

”Okeylah..aku tolong kau..tapi jauh sikit..aku taknak pisang berbuah dua kali,” Moon mengambil keputusan untuk setuju.Nanti aku dikira perempuan paling kejam di bumi lagi..walaupun title tu sudah ada..

Kayu jaring yang seakan kayu untuk menangkap rama-rama itu dipungut dari lantai.Perlahan-lahan dia mendekati kolam itu.Glup!Relax Moon..

Zero tersentak.Langkah Moon yang terketar-ketar itu dipandang lalu dia tersenyum sendiri.Sudah takut separuh mati pun masih nak buat juga.Zero mendekati Moon lalu mengambil kayu jaring itu dari tangan Moon.

”It’s okey Moon...thank you..kau boleh balik.Aku boleh uruskan sendiri,” Moon melepaskan pegangannya pada jaring itu sambil berundur beberapa tapak kebelakang.

”Betul??Okey..aku balik dulu!” Tanpa sempat Zero berkata apa-apa,Moon sudah berlari meninggalkannya.Zero tergelak kecil.

”Ohh..Moon..you drive me crazy!” Katanya.Giliran Zero pula meninggalkan tempat itu.

“Macam mana jadi orang gaji dirumah musuh ketat?” Soal Mine sebaik saja mereka melabuhkan punggung di satu meja dimana hanya Moon yang boleh menduduki tempat itu.Bukan Moon yang mahu sebenarnya tapi pelajar semua yang menyisihkan tempat itu.

“Takpayahlah nak perli-perli aku dan aku bukan maid dia..aku Cuma nak tunaikan perjanjian itu.”

“Okeylah..apa saja yang kau buat dalam rumah agam dia tu?” Soal Mine lagi penuh minat.

“Takda benda yang menarik..yang ada hanya penyeksaan.Dahlah bertimbun kerja dia bagi,dia suruh aku bersihkan kolam lagi.The most terifing in my world!”

“Tapi aku tak buat..I mean,aku nak buat tapi dia halang aku.Aku tak buatlah.”

“Kenapa dia halang?” Soal Mine lagi,dalam nada mendesak.

”Saja..” Ringkas saja jawapan Moon.

”Alah..bagi taulah..aku nak tau sangat apa-apa yang kau buat kat sana.Bolehlah..ya??” Kata Mine pula seakan merayu pada raja.

”Vice-President!” Belum sempat Moon menjawab,mereka telah dikejutkan dengan suara yang memanggil Moon dengan jawatannya.Serentak mereka menoleh ke arah suara tersebut.Kelihatan Nadal Safary,Setiausaha Kelab Persatuan Pelajar.

”Kenapa?” Soal Moon.

”Lepas rehat ni kita ada mesyuarat di bilik persatuan pelaja,”

”Mesyuarat?Apasal tiba-tiba saja?” Tanya Moon pula.

“Aku sendiri tak tahu..tapi lepas ni kita akan tahu.Okey..i have to go.See ya!” Jawab Nadal lalu beredar.Lagaknya kelihatan tergesa-gesa.Cara jalan pun dah tahu dah..

“His gorgeous..” Kata Mine sambil memandang langkah Nadal sehinggalah dia lenyap disebalik selekoh itu.

“Entahlah..bagi aku dia tu biasa-biasa aja.”

“Yalah..bagi kau tu semua manusia di mata kau biasa-biasa aja..tapi pernahkah kau melihat seseorang yang bagi kau dialah segala-galanya dan dialah yang paling penting dalam hidup kau?”

“Tak pernah..sebab,aku tak percaya yang seseorang akan menjadi orang yang penting dan segala-galanya bagi aku”

“Love is learn,Moon..cinta itu dimana kita belajar untuk mencintai dan memandang seseorang dengan cinta.”

“Wow!Aku tersentuh Mine..but it’s okey..you always good on it.” Balas Moon pula,seakan menganggap kata-kata Mine hanyalah perkara remeh yang tak akan berlaku pada dirinya.

“I’m not joking,Moon..tapi aku tau kau akn faham apa yang aku cakap suatu hari nanti.,”

“Mine,are you in love?” Soal Moon.Serta merta muka Mine berubah merah bak ketam dididih.Moon tergelak.

“You’re in love,don’t you?Tell me..who’s the guy,” Giliran Moon pula tertanya-tanya.

Baru saja Mine ingin menyangkal,bunyi lonceng menandakan rehat sudah tamat berbunyi.

“Ahh..aku perlu pergi..tapi kau AKAN bagitau aku siapa orang tu.” Kata Moon sambil berdiri.Sengaja dia menekankan ayat akan.Nada suaranya seakan mengugut.Moon sudah melangkah tanpa sempat Mine menjawab.

“Macam mana Moon boleh tahu?Dia boleh baca fikiran orangkah?”

* * * * * *

“Moon!” panggil Zero sebaik saja mereka keluar dari Bilik Persatuan Pelajar.Moon mengeluh.Aku tak nak berdepan dengan dia!

“Apa lagi??” Soal Moon maran sambil menoleh kebelakang.

”Lagi??Setahu aku hari ni..ini kali pertama aku panggil kau..kau selalu dengarkah aku panggil nama kau?” Soal Zero berselorah.Sengaka menaikkan darah Moon.Suka sangat dia melihat Moon marah.

”Gila!Apa..cakaplah!” Gesa Moon.

”Okey..jangan lupa.Jam 2,”

”Hey!Kat sekolah..kau dan aku takda kena-mengena,so jangan nak arah-arah aku.Aku tahulah nak buat kerja aku sendiri!” Moon benar-benar kelihatan marah.Takda angin,takda ribut..tiba-tiba ja menyinga.Perempuan sihir samgatlah dia ni.Zero yang seakan terkejut itu tidak dapat bersuara.Tergamam.Melihat keadaan Zero yang diam membisu.Moon pun menyambung langkahnya.

”Kenapa kau benci sangat dengan aku,Moon?” Soal Zero,ada terselit kekecewaan dalam nada suaranya.Langkah Moon mati namun tidak pula dia berpaling.

”Aku tak benci kau,aku cuma...” Ayat Moon berhenti disitu.

”Cuma apa?” Zero diserang ingin tahu.

“Aku cuma…tak suka,” Sambung Moon lantas meninggalkan Zero dengan pertanyaan.

”Tak suka?” Fikir Zero sendiri.Apa bezanya benci dan tak suka?


15 May, 2009

Spell 3: Flashback


Spell 3: Flashback.

Hari ini adalah hari pertama dalam neraka buat aku.Aku akan jadi maid tak bergaji dirumah Zero.Semua ni pasal dia,kalau dia tak cabar aku depan semua orang..benda ni takkan terjadi..tapi,kalau pun dia cabar aku di tempat yang tersembunyi..aku akan tetap terima.Nanti,dia anggap aku penakut pula.
.Bila aku bagi tau Mine tentang perjanjian itu,dia menunjukkan reaksi yang belum pernah dia tunjukkan pada siapa-siapa..bermakna aku orang pertama yang melihat dia sedemikian rupa.Begitu juga dengan Uncle Adin,lagi-lagi dia tau yang aku memang anti-Zero.Dia memang larang aku,tapi aku harus tepati janji.Aku juga menyuruh Uncle untuk menyembunyikan hal ni dari mama,papa..kalau diorang tahu,kemungkinan besar diorang akan tukarkan aku ke sekolah lain.
Aku tak boleh rapat dengan Zero,tapi..kalaupun boleh..fuuhh..gempa bumi pun aku taknak juga.Aku hanya tahu ada sesuatu yang terjadi pada kakak yang berkaitan dengan keluarga mereka.Dan seorang lelaki..aku tak tahu siapa lelaki tu..Ahh!! Biarlah..taknak peduli lagi..yang penting hari-hari ini berlalu dengan cepat.
Tritt! Tritt! Moon dikejutkan dengan bunyi dari handphonenya.Handphonenya disaluk dalam beg sandang.Mesej itu dibuka.

Zero: Masuklah!Tunggu apa lagi?tunggu pintu tu terbuka sendiri?

Witch: Kalau ko hak sangat..bukalah sendiri!

Zero: Masuk sendiri!

Witch: So,takpayah nak paksa2 orang masuk..aku boleh masuk sendiri.

“Keras kepala!” Getus Zero.Moon dipandang melalui kaca bersebelahan dengan pintu.Apa agaknya reaksi Moon bila masuk nanti,ya?
Moon menolak daun pintu.Sebaik saja pintu terbuka luas.Jantungnya seakan tersepit diantara paru-paru.Belum pernah dia melihat rumah sekotor dan sesemak ini.Even,kalau dibandingkan dengan kandang kuda di lading keluarganya,kalah-kalah kandang mereka.
Plastik keropok bersepah,kusyen tunggang-terbalik..macam baru lepas gempa bumi pun ada juga.Kulit kacang..ya ampun..bertaburan di merata tempat.Dalah cermin pun berminyak macam disembah dengan minyak pula.Kenapalah rumah dia boleh jadi begini??

“Wow!ini rumah apa??” Kata Moon seakan menyindir.
“Kau tak payahlah nak sindir-sindir aku,aku bukan suka-suka nak buat terjanjian dan seksa kau,tapi aku betul-betul perlukan orang gaji.” Moon tergelak sinis.
“Bukan suka-suka??Kau tau tak,kau memang dah pun seksa aku hidup-hidup.Kau memang taukan aku tak pernah buat kerja-kerja ni.”
“So,bila lagi kau nak mula..takkan kau dah ada suami baru nak mula belajar?”
“I don’t need..” Suara Moon tiba-tiba bertukar rendah.Zero kehairanan.
”Mana orang gaji kau?Takkan seorang pun takda kot..” Namun hanya sementara.Moon kembali seperti biasa.Galak.Apalah dia ni..macam cuaca,pandai berubah-ubah.
“Diorang cuti seminggu.” Jawab Zero.
“Cuti seminggukah,cuti selama-lamanya?” Sindir Moon lagi.
“Wei!Aku suruh kau masuk bukan nak dengar kata-kata kau ni,tapi kemaskan rumah ni,faham?” Kata Zero pula.Moon menjeling tajam.Sebal.
“Kau ingat aku nak sangat jejakkan kaki kat rumah kau ni..kalau bukan pasal perjanjian tu,aku takkan sesekali mendekati rumah ni apatah lagi menjejakkan kaki!” Balas Moon lagi.Zero mendengus kasar.
“Sudahlah..malas aku nak bercakap dengan kau.Semua tugas kau ada kat meja.Pastikan semuanya siap.” Zero terus beredar.Bosan bertekak dengan Moon.Last-last,dia juga yang kalah.
Moon menuju ke meja seperti yang dimaksudkan.Sekeping kertas terbentang atas meja.Kertas A4 itu dibaca.

* Ruang tamu
* Dapur
* Lantai,cermin
* Tab mandi
* Siram bunga(depan & belakang)
* Tandas
* Cuci pinggan,mangkuk
* Basuh kain
* Jan lupa ambil kain kotor dlm bilik aku
* Bersihkan kolam


“Oh..my God..bersihkan kolam??Sah..tak silap lagi dia memang nak musnahkan hidup aku..errr!!” Moon mendengus geram.Lengan bajunya disinsing ke bahu.Rambut lurusnya disanggul.
“Macam mana nak buat semua ni?Takkan aku nak tanya Aunty Munir pula..It’s embarrassing.” Moon mengomel sendiri.Di satu bilik..Zero tidak habis-habis tergelak
Tiba-tiba,Moon menepuk dahi seakan terlupa sesuatu yang penting.Handphonenya dibawa keluar lalu mencari nombor seseorang.
“Hello..it’s me,Moon.Mr.Tam,I’m sorry aku tak dapat hari ni.How about tomorrow?..oh..okey..Thank you,Mr.Tam.” Kedengaran hampa nada suara Moon.Satu keluhan keluar dibibir Moon.

* * * * * * *

Akhirnya,semua kerja telah pun Moon siapkan.Kini,hanya tinggal kolam saja yang belum disentuh.Benda yang paling ditakutinya.Moon berdiri tidak jauh dari kolam.Disebabkan kolamlah,dia membenci Zero tahap dewa..dan ia kekal sehingga sekarang.Itulah perkara yanh dimimpinya hampir setiap hari.

Episode kebencian itu bermula sewaktu mereka masih berada di darjah 3.Sekolah mereka telah mengadakan perkhemahan di satu tempat.Moon kelas Biru,manakala Zero berada di kelas Hijau.Zero memang meminati Moon tapi terlalu cemburu bila Moon baik terlalu baik kepada semua orang.Moon seorang yang sungguh baik dan sikapnya seperti malaikat.

Walaupun barang-barangnya diambil,dia tak pernah marah..sekalipun duitnya dirampas,dia tidak pernah merungut apatah lagi melaporkan pada guru mereka.Dan bila orang menyoalnya.Jawapannya hanya satu. “Sebab dia kawan aku.”
Sejak itu muncul perasaan untuk mengubah Moon di hati Zero.Walau apapun terjadi,dia ingin Moon berubah.
Sepanjang perkhemahan itu,kakak Moon telah menjadi penjaga Moon.Zero pula berada di bawah jagaan abangnya.Masing-masing berumur 17 tahun.

9 tahun yang lalu…

“Moon,napa Moon tak pernah marah bila diorang ambil barang-barang Moon?” Soal Lily,kawan kepada Moon.Masing-masing berumur 17 tahun.
”Sebab..diorang kawan Moon..Moon sayangkan diorang.” Jawabnya dengan senyuman.
”Kalau diorang pukul Moon,Moon marah tak?”
”Tapikan..kenapa kawan perlu pukul kawan?Kan kalau kena pukul,sakit?”
”Jadi..Moon marah?”
”Emm..entah..tapi kenapa diorang perlu pukul orang?” Soal Moon lagi,seolah-olah lili tahu segala-galanya.
”Entah..tapi aku tengok Zero tu selalu marah-marah,bentak-bentak Moon..kenapa ya?” Moon berfikir sejenak.Dia sendiri juga tidak tahu kenapa Zero suka sangat marah-marah dengannya sedangkan selama ini Moon tidak pernah menyakiti Zero.
”Mungkin aku pernah buat salah dengan dia kot?” Jawab Moon.Merelakan. Tiba-tiba..sebiji bola melantun ke kepala Moon.Moon tertunduk menahan sakit.
”Wei! Kenapa buat Moon begitu Zero?” Marah Lily.Selama ini dia bersabar dengan sikap biadap Zero terhadap Moon sebab itu kemahuan Moon sendiri..Tapi ini sudah melampau.Bagus kalau itu bola yang lembut,tapi ini..bola sepak.Mesti sakit!

“Dia sendiri yang tak elak,aku nak buat macam mana lagi.“ Jawab Zero selamba.Baru saja Lily hendak menjawab,Moon segera memintas.
”Tak apa Lily..Zero tak sengaja”
”Aku nampak Moon,dia sengaja!” Tegas Lily.Walaupun dia nampak perbuat Zero tapi dia tidak menjangkakan yang bola itu akan mengena Moon kerana Zero berada agak jauh dari mereka.
”Tak apalah..kau kan tau sikap Zero macam mana.Jomlah..kita pergi tempat Kak Hanna.” Moon dan Lily bangkit dan segera beredar menuju ke tepi kolam.Tidak mahu masalah itu berpanjangan.Bukan mereka tak tahu sikap Zero yang baran tahap karma.
Zero hanya memandang pemergian Moon dengan hati yang membara.Zero tidak mengalihkan langsung matanya dari Moon sehinggalah Moon dan Lily sampai ke tempat tujuan.Berdekatan dengan Hanna di tepi kolam.

”Makin lama,makin aku nak buli budak budak bengong tu..tak faham betul kenapa dia takda perasaan!” Hati Zero berbisik geram.
Dengan langkah yang cepat dan tindakan yang diluar jangkaan,Zero menolak kasar tubuh Moon ke dalam kolam.Tanpa perasaan dan simpati,Zero hanya memandang Moon yang sedang timbul tenggelam.

”Moon!!!” Serentak itu satu jeritan berkumandang.Tidaak sampai sesaat,seorang lelaki telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Moon.Moon dibawa ke darat dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.Semua orang mengerumuni tempat itu.
”Moon..bangun..bangun Moon!Jangan buat kakak begini..” Terketar-ketar suara Hanna.Air matanya deras mengalir.

”Excuse me miss.” Lelaki itu bersuara.Hana segera memberi ruang untuk lelaki itu.Lagaknya seperti seorang pakar.Dada Moon ditekan berulang,sejurus itu air keluar dari mulut Moon,Moon terbatuk.Segera lelaki itu membangunkan Moon.seraya itu tubuh Moon dipeluk.Ketakutan yang dirasainya masih belum berkurang.

”Moon okey?Jangan takut..kakak ada,ya?” Tubuh Moon dipeluk semula.Moon membatu,hanya nafasnya yang tidak stabil.Lelaki yang menyelamatkan Moon tadi bingkas berdiri.Dengan langkah yang cepat dia menghampiri Zero dan menghayun tangan
.
PANG!! Pipi putih Zero bertukar merah akibat hayunan itu.
”Siapa ajar Zero buat begitu?!Jawab abang!!” Bentaknya.Walaupun begitu,tamparan tadi tidak memberi sebarang reaksi kepada Zero,tetapi sedikit memberi kesan kepada orang sekeliling,Mereka tergamam melihat budak itu ditampar termasuk Hanna.Hanna melangkah menghampiri mereka.Lily pula menggantikan Hanna untuk berada disisi Moon.
”Arr..aku minta maaf kalau aku menganggu..tapi aku rasa tak perlulah angkat tangan pada dia,cukuplah sekadar tinggikan suara pada dia.” Kata Hanna.Zany langsung tidak memandang Hanna yang berad didepannya,matanya terus-menerus menikam tajam ke arah Zero.

”Zero,it’s okey..Zero boleh cakap pada kakak..kakak tak marah,kakak Cuma nak tanya kenapa tolak Moon?” Lama Zero membisu.Zany mencekak pinggang,rasa marah masih bersisa dihatinya.Belum pernah Zero bersikap demikian.Malah,dia sungguh sopan dengan orang tua.

”Sebab Moon tu bodoh,terlalu lemah!!Aku benci sikapnya yang lemah!!” Habis saja ayatnya,dia terus berlari menuju ke bilik penginapan mereka.
”Zero!!” Panggilan Zany tidak dipedulikan,pintu bilik dihempas kuat.
”Thank you for helping me.” Ucap Hanna.Zany berpaling dengan rambut yang basah terjuntai.

”Maafkan adik saya,dia belum pernah berkelakuan begini sebelum ni..i’m sorry.”
”It’s okey..aku rasa kau patut tengok Zero..kang hilang kau pula yang susah.”
”Okey..by the way,I’m Zany.” Zany menghulurkan salam.Salam itu disambut mesra.
”Aku Hanna.”
”Nice to meet you..i’m going.Bye!” Zany berlalu tapi sempat memberikan senyuman yang mampu mencairkan mana-mana hati wanita.Hanna turut tersenyum.Seperti dia merasakan satu tarikan yang kuat antar mereka.Tapi,cepat-cepat fikiran itu dilontar jauh-jauh.Bila difikirkan,tanggungjawab yang sedang dipikulnya sekarang juga sudah cukup menjadikannya robot.Dia belum bersedia untuk membina perasaan itu.

Hanna kembali ke tempat Moon,kelihatan Moon sedang tunduk memandang lantai,dia seakan hilang punca.Pucat tak berdarah.Mungkin dia masih terkejut,fikir Hanna.

* * * * * *
Sejak kejadian itu,Moon berubah seratus peratus dari sikap.Dia berubah menjadi dingin,bersikap acuh tak acuh,kadang-kadang dia boleh menjadi sangat kejam.Dia bukan lagi budak yang boleh dipijak oleh siapa pun,sehinggalah dia kehilangan Lily.Lily berpindah beberapa hari selepas kejadian itu berlaku.
Tapi,keadaan menjadi lebih teruk apabila Hanna tiba-tiba sahaja menghilangkan diri sewaktu dia berumur 11 tahun.Dan itulah yang membelengu Moon sehingga sekarang.

11 May, 2009

Spell 2: Promise


Spell 2: Promise

Kringg!!!!
Bunyi lonceng menandakan waktu rehat bermula.Moon dan kawannya,Mine menuju ke kantin sekolah.Tiba-tiba,langkah Moon terhenti apabila terpandang kawasan papan kenyataan yang sedang dikerumuni oleh pelajar-pelajar.Mungkinkah...
“Mine,jom tengok!” Tangan Mine ditarik menuju ke papan tersebut.Mine yang seakan terkejut hanya menurut.Akibat terlalu ramai pelajar,penglihatan Moon terbatas.
“Tepi!!” Moon seakan menjerit.Semua pelajar tersentak lalu segera menoleh.Serta merta mereka memberi laluan.Seperti magnet yang saling menolak.Perlahan-lahan Moon mendekati papan itu.Mine pula tunduk tanda maaf bagi Moon.Semakin Moon hampir dengan papan itu,semakin laju degup jantungnya.Moon berhenti,tepat dihadapan papan kenyataan itu.


President Persatuan Pelajar
Zero Albumin

Vice-President Persatuan Pelajar
Moon Morgana Sarandani


Bulat mata Moon memandang papan itu.Benarkan apa yang ada di depan mata aku?Lebih banyak undian Zero dari aku??
“That’s stupid Zero!” Moon berkata keras lalu meninggalkan tempat itu serta merta.Jauh dari papan dan pelajar-pelajar itu.

”Aku tak nak!Aku tak nak tewas di tangan dia!!” Sampai saja di Astaka Bola Sepak,Moon segera melepaskan rasa tidak puas hatinya.
”Damn..jangan nangis Moon!” Moon mengomel sendirian.Dadanya ditepuk berkali-kali,berharap agar sebak di dadanya hilang segera.Namun,sia-sia..air matanya tetap gugur dalam perang perasaan.Terlalu payah baginya untuk menerima hakikat bahawa Zero menang.
”Mengakulah..kau dah tewas..kau memang tak boleh lawan dengan aku.” Belum sempat hati Moon sejuk kedengaran suara menyapanya dari belakang.Suara yang cukup dikenalinya.Moon berpaling ke belakang.Zero Albumin berada di depannya.
”Aku tak tewas!” Nafi Moon.Zero tergelak kecil melihat sikap Moon yang terlalu egois.
”Terpulang..tapi di mata aku,kau dah pun tewas..dan masih ingat akan dengan perjanjian kita?” Soal Zero.Moon mengalihkan pandangannya ke padang.Siapa yang boleh lupa,dah kau umumkan dalam perhimpunan..semua orang tahu dan akan ingat sampai bila-bila.Moon mengeluh berat.
”Say it!” Jawab Moon.
”Okey..” Zero melangah setapak ke depan.
”Stop!Jangan dekat!” Jawab Moon seakan terkejut sambil berundur beberapa tapak.Wajah Zero kelihatan sedikit hampa tapi masih mampu disembunyikan.Benci sangatkah kau pada aku,Moon?
”Okey..begini,kita sudah membuat perjanjian bahawa kita akan menurut pada siapa yang menang selama 7 hari,bukan?So,apa yang aku mau ialah kau jadi maid di rumah aku.” Ternganga mulut Moon.
”Maid??!It’s totally crazy!Takda option lainkah?” Soal Moon geram.
“Ada..baru terfikir tadi..kiss me!” Seakan sebuah meteor menghempas di kepala Moon.
“Are you out of your mind??” Soal Moon kasar.
“Then..??”
“Okey..err..no..i mean,aku tak nak option ke-2 tu,aku rela jadi maid di rumah kau.”
“Tapi..jaga jarak.Kalau ada apa-apa yang kau perlukan,kau hanya perlu hantar mesej,begitu juga aku.Kalau tak perjanjian itu tamat.” Sambung Moon lagi.
“okey..no problem.Tapi,kenapa perlu jaga jarak?” Soal Zero ingin tahu.Sebab,sejak 5 tahun yang lalu,Moon mula menjauhinya,walaupun benci itu sudah wujud sejak sekolah rendah lagi,tapi kali ini ia berbeza.
“It’s none of your business.” Jawab Moon bersahaja.Zero mendengus lembut.Walaupun dia terdesak ingin tahu tapi,dia faham akan sikap Moon.Semakin dipaksa,semakin berkeras.

Moon sendiri juga tidak tahu,sejak 5 tahun yang lalu dia sudah merasakan hal yang sama.Setiap kali Zero berada dekat dengannta walau selang 1 meja,dia seakan sukar untuk bernafas,seluruh badannya tiba-tiba menjadi panas dan jantungnya,jantungnya akan berdegup kencang serta merta.Mungkinkah,rasa takut yang perrnah dialaminya dulu masih membelenggu dirinya?Hanya Moon yang tahu.

“Okey..fine!Kalau itu yang kau mahukan..Mulai esok,jam 2pm” Kata Zero beralah lalu mula beredar.Jam 2??
“Jam 2?Tapi..”
“Tapi apa?Jangan bagi alasan.” Pintas Zero sambil berpaling.
“Tak..tapi aku ada kerja..”
“Kerja apa?Aku taknak tau apa masalah kau.Janji tetep janji.No excuse..Understood??” Moon hilang kata-kata.Macam majikan akulah pula dia ni..lagi,kenapa tiba-tiba naik marah?
Moon tunduk sambil mengangguk.Zero tersentak,belum pernah Moon tunduk seperti tadi dan itu menbuatkan hati Zero berdebar-debar.Oh..that face again?
“Ehem!Jam 2.” Zero berdehem lalu meninggalkan tempat itu tanpa sempat Moon menjawab.Takut dia tidak boleh mengawal hatinya sendiri.


* * *


“Siapa Yang Letak Kertas ni Kat Laci Aku??” Semua pelajar bagaikan terkena kejutan elektrik.Semua berpaling ke arah Moon.Sepi,tiada jawapan.Moon menunjukkan kertas di tangannya yang di cetak dari komputer.


PEREMPUAN YANG KALAH SELAMA-LAMANYA!!
LOSER!!

Perlahan-lahan mereka menggeleng,tidak tahu.Di tambah pula dengan keadaan Moon waktu itu,mengngerikan!
”Kenapa tak jawab?Kalau takda yang mengaku,aku akan siasat sendiri dan lagi teruk aku kerjakan orang itu.” Kata Moon seakan mengugut.Mine yang berada di sebelahnya tidak henti-henti menepuk telinganya.Bunyi nyaring masih lagi kedengaran akibat pekikan dari Moon.
”Jawab aku..siapa yang berani bersubahat?” Semua pelajar saling berpandangan.Pelik.Bersubahat??
”Apa benda kau cakap ni Moon..bersubahat apanya?” Soal Mine hairan sekaligus mewakili semua pelajar yang turut kebingungan.
”Aku tahu,kelas ni takkan berani buat begini.So,menaku sajalah...siapa yang bersubahat.” Terang Moon.Di satu meja,kelihatan seorang pelajar perempuan duduk sambil tertunduk.Langsung tidak berpaling.Moon menyedari akan sikap pelajar itu,begitu juga Mine dan akhirnya semua pelajar.
”Moon jangan bentak dia.” Pinta Mine.Moon mengangguk lalu menghampiri pelajar itu.
”Anna,siapa yang buat ni?” Anna menggeleng tanpa suara.
”Kalau kau tak jawab pun,lambat-laun aku akan tau juga.so,untuk memudahkan kerja aku,bagitau aku siapa orang tu.” Sudaya upaya Moon melembutkan suaranya.Namun,Anna tetap membatu.
”Cakap!!” Bentak Moon.Kesabarannya sudah memuncak.
”Trisha!Trisha yang suruh aku letak..letakkan kertas tu kat laci meja Witch..Eeh!..Moon..” Tersasul-sasul Anna menjawab dek ketakutan.
Tanpa berkata apa-apa,Moon terus melangkah keluar dari kelas itu dan menuju ke kelas Trisha sekaligus kelas Zero.


Sedang Trisha dan 2 orang kembar,Ami dan Umi rancak berbual,Moon terus menerpa masuk tanpa diundang malah kehadirannya cukup memeranjatkan semua pelajar yang ada di situ.Zero yang sedang duduk diatas meja segera turun.Moon menuju ke arah Trisha.Saat itu,jantungnya sudah berdetak laju.Takkan dia dah tahu kot?

”Okey..aku bagi kau peluang untuk meluahkan semua yang kau tak puas hati dengan aku.Cakaplah..” Moon berdiri tepat-tepat dihadapan Trisha,hanya seinci lagi hidung mereka bersentuhan.Zero sekadar melihat dari sudut.
”Err..apa maksud kau?” Soal Trisha.Kegugupannya disembunyikan seboleh-bolehnya.Moon menunjukkan kertas itu di hadapannya.Trisha tergelak kecil.
”Kenapa..salah?Kau memang berhak pun dapat title tu..kau kan..”

BAMM!!!
Belum sempat Trisha menghabiskan ayatnya,satu tumbukan kedengaran menghempap meja.Pandangan mata Moon sudah berubah.Aura kematian dirasakan di setiap sudut.Zero yanh tadinya tenang,menjadi resah.
Bulat mata Trisha.Dia mula takut.Bukan dia tidak tahu akan sikap Moon yang panas baran tapi kebenciannya pada Moon mendorong dirinya untuk melakukan itu.Kebencian itu terbit sejak mereka berada di Tingkatan 2.Sewaktu Moon mendapat pelbagai anugerah dan merampas gelarannya sebagai Ratu sekolah.Moon memang pelajar cemerlang hanya sikapnya yang membuatkan orang susah untuk mendekatinya.
”Apa kau nak cakap?Apa?!” Suara Moon kedengaran tinggi.Aku tak boleh diamkan diri,kalau berterusan begini habis Trisha dikerjakan dan itu tidak baik untuk Moon.Sebagai Vice-President ,harus menunjukkan teladan yang baik.
”Moon..apa ni?Ingat..kau tu Vice-President sekurang-kurangnya tunjukkanlah sikap yang baik.” Tegur Zero selang 2 meja dari Moon.Moon berpaling ke arah Zero.
”Ohh..kalau Vice-President perlu ingat?Kalau anak pengetua boleh bertindak sesuka hati?Begitu??Wow!” Moon tersenyum sinis.Pandangannya beralih pula pada Trisha.
”Kau dengar sini..aku juga boleh bertindak sesuka hati termasuk menyingkirkan kau dari sekolah ni,tapi aku tak..sebab apa?Sebab Pengetu Alfred,bapa kau.Bapa kau seorang yang berhemah-tinggi,amanah dan bertanggungjawab dan kau..If I were your father,I’ll kick you from this school.Tapi,jangan risau..aku tak berminat.Dan aku nak kau minta maaf pada aku sekarang juga.” Kata Moon seakan memberi satu ceramah pada para pelajar.Zero memandang Trisha.Matanya berharap agar Trisha menuruti kata-kata Moon.
”Sorry..” Kata Trisha separuh berbisik sambil tertunduk.
”What?Aku dengarlah..” Moon mendekatkan telinganya ke arah Trisha.
”I’m sorry..I’m sorry!” Ulang Trisha kali ini betul-betul melekat di gegendang telinga Moon.Moon tersenyum sinis tanda kemenangan.Sebelum meninggalkan kelas itu,Moon sempat memberikan jelingan maut pada Zero.Sebab kau lah orang anggap aku tewas.Sot!
Zero tersenyum kecil.Entah kenapa setiap apa yang Moon lakukan padanya membuatkan dia tergelak.Mungkin hatinya benar-benar menerima Moon seadanya.
’Ingat saja hari ini Moon,aku akan balas apa yang kau buat!’ Hati Trisha berbisik geram.
”Trisha,are you okey?” Soal Ami sebaik saja kelibat Moon tidak kelihatan.Zero berpaling menuju ke tempat asalnya.
“I’m okey..er..Zero thanks about earlier.” Kata Trisha.Dalam masa yang sama hatinya turut berbunga kerana Prince yang disegani dan diminati ramai tampil ke hadapan untuk membantunya.Tidak dinafikan,Trisha juga menyimpan rasa terhadap Zero.
“It’s nothing.” Jawab Zero ringkas lalu menyambung langkahnya.
“Wah!Prince tolong kaulah.Witch pun cool sangat,kan?”

Puk!Kepala Umi diketuk dengan tulang buku.Semestinya Ami yang selalu melakukan hal-hal mengetuk,apa tidak..Moon menjadi idola Umi dan Ami ingin membuang Moon dari hati Umi.
“Sakitlah…” Kata Umi sambil mengusap kepalanya yang terasa seperti membenjol.
“Don’t ever talk about the Witch again.” Kata Ami.Sikap taatnta pada Trisha tidak boleh disangkal lagi.Umi sekadar mengangguk.
“Aku akan balas semua ni dan pembalasan ini akan akan emberi kesan kepada keluargannya.” Kata Trisha dengan mata yang seakan mengeluarkan api,api kebencian yang teramat mendalam.

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.