Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

28 June, 2009

Spell 15 : Take Time To Realize


Spell 15 : Take Time To Realize

“Zero??!” Zero terus menyerbu masuk sebaik pintu pejabat terbuka.Wajahnya jelas gusar dan tertekan.The Mask yang tidak tahu menahu menerutkan kening.Seingatnya,Zero jarang datang ke Syarikat IE.Zero hanya akan datang jika lady Yuna datang ke Syarikat itu.Zero yang sudah melabuhkan punggung disofa dihampiri.

“Kenapa?” Soal The Mask..Zero tidak terus menajawab soalan The Mask,tapi memandang ke atas sambil mengaru dahinya.


“Apasal kau ni..datang-datang dengan muka macam tu,” Kata The Mask lagi.


“Lily betul-betul datang Loganberry..aku ingat dia bergurau,tapi tak,” Jawab Zero pula.


“Kalau dia datang pula,kenapa?”


“Aku tak kisah kalau bukan kat sekolah..tapi kat sekolah dan Moon nampak kami sama-sama,aku takut Moon

salah faham dan yang paling penting..dia tak nak bertemu janji dengan aku lagi,”


“Aku peliklah Zero..kau anggap Moon sebagai girlfriend kau tapi kau tak pernah pun terus terang dengan dia yang kau sukakan dia,”


“Tapi..aku rasa lebih baik kau batalkan saja temujanji tu..aku tak benarkan!” The Mask tiba-tiba berubah tingkah.Zero mengerutkan kening.


“Kenapa?Bukankah kau juga yang sokong aku selama ni?”


“Bila aku fikir-fikir..aku rasa itu untuk kebaikan korang juga...dan aku tau kau juga tak nak sejarah dulu terulang lagi.Kalau kau tak nak terpisah dengan Moon.Hapuskan perasaan cinta kau pada dia,” The Mask bangkit.Zero semakin bingung.Orang yang betul-betul dia percaya,menghalang hubungan dia dan Moon.


“Tapi aku cintakan dia..”


“Aku tak benarkan!” Bentak The Mask lantas meninggalkan Zero yang terpana dalam pejabat besar itu.


*****


Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm


Mesej Zero masih segar diingatan Moon.Berkali dia mengusir,berkali juga ia bertandang.menyeksakan sungguh!


“Hai Moon!” Moon kebingungan.Dari tadi semua pelajar kata ‘hai’ sejak dia masuk perkarangan sekolah,semua pelajar berubah sikap.Dari gerun kepada mesra.Moon hanya tersenyum tidak mengerti.Dia melangkah masuk kedalam kelasnya.Kelihatan semua pelajar tersenyum sambil memandang kearahnya.Moon semakin pelik..tak pernah-pernah diorang senyum berbunga dengan aku(Perhatian!Aku tak sihir diorang.)Moon menuju kemejanya.Kelihatan Mine seperti biasa,membaca buku.


“Mine,ada apa-apa dimuka akukah?” Soal Moon dalam keadaan berbisik sambil melabuhkan punggung dikerusinya.


“Mestilah ada..tu mata,mulut..”


“Bukan itulah maksud aku..kenapa diorang semua pelik?Sejak aku masuk..semua pandang aku sambil tayang gigi..kau tak pelikkah?” Mine tersenyum lalu menutu buku tebanya.


“Pasal kehilangan kau tersebar..dan buat pertama kalinya Pengetua menghukum seseorang atas perbuatan diluar sekolah.Dan itu melanggar amanahnya sendiri.’Kesalahan yang dilakukan diluar sekolah,tidak akan dihukum’,” Jawab Mine sambil mengulang amanah Pengetua Alfred.


“Ooo..jadi sebab tu?Kalau begitu benci Trisha pada aku tak akan berakhirlah..semua pelajar seakan menyindir dia,”


“Trisah tak datang sekolah hari ni…”


“Kenapa?”


“Sebab dia malu..” Belum sempat Mine menjawab seseorang sudah dulu menjawab.Moon dan Mine serentak memandang kebelakang.Kelihatan Umi sedang menuju kearah mereka sambil tertunduk sedikit.Taku mungkin dengan Moon.


“Kenapa?Kau juga nak cari pasal dengan aku?” Kata Moon tiba-tiba.Langkah Umi serta merta terhenti.Tersentak.


“Moon..tunggulah dia laksanakan niat dia masuk kelas ni dulu,” Tegur Mine.Umi mengetap bibir,lalu menyambung langkahnya.


“Aku nak minta maaf pasal kehilangan kau..aku masa tu nak halang kau tapi Ami ugut aku,”


“Kenapa kau tak halang saja?” Jawab Moon pula.


“Sebab aku takut..tapi aku datang ni sebab aku nak kawan dengan kau,” Terlopong mulut Moon dan Mine.


“Kenapa kau nak kawan aku?”


“Sebab aku dah puas dibuli,aku tak nak orang pijak aku lagi,” Moon mengangguk,seakan faham dengan niat Umi.


“Aku bagi tau kau...walau kau kawan dengan kau sekali pun,kau akan tetap dipijak orang.Berkawan dengan aku belum tentu kau tidak dibuli..itu adalah atas usaha kau sendiri sejauh mana kau bertahan dan melawan diorang.”


“Jadi..aku tak layak jadi kawan kau?”


“Aku tak kata kau tak layak...tapi selagi kau berpijak diatas kaki kau sendiri,selagi itu kau layak menjadi kawan kepada sesiapa,” Umi tertunduk kecewa,lalu beredar.Aku ikhlas nak kawan dengan Moon,tapi aku ditolak.Wajah Umi kecewa seakan putus cinta.


“Macam kenal aja ayat tu,” Kata Mine sebaik umi hilang disebalik pintu.


“Yalah tu..”


“Kenapa kau lakukan benda yang sama kepada Umi?”


“Mine..kau dah lupa..aku nak dia sedar bukan senang dia nak melarikan diri dari bulian orang terutamanya Ami,kakak dia sendiri.Apatah lagi,Trisha,”


“Ya..aku ingat..aku pun pernah mengalami peristiwa seperti Umi juga..tapi susahlah kalau Umi,Amikan kakak dia,”


“Terpulang pada dia macam mana dia berusaha,”


****


Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm


Sekali lagi mesej itu menerpa diminda Moon.Moon mengeluh.Apa dah jadi dengan aku ni?Moon memandang langit,kelabu.Menandakan hujan akan turun.Keadaan aku teruk,cuaca juga ikut sama teruk.Mungkin aku ni memang layak digelar Witch.

Moon mengeluh sambil memandang kearah restaurant,niat untuk mengisi perut namun alangkah terkejutnya dia apabila terpandang sesuatu..ia seakan ilusi tapi seperti reality.Terbeliak mata Moon.


Yellow Leaf Lake,3.00pm


Kenapa nama tu ada kat signboard restaurant?Moon menggeleng berkali-kali sambil menutup rapat matanya.Matanya dibuka semula.Perkataan itu sudah berubah.Sah!Aku memang gila.Kenapa aku boleh terperangkap dalam situasi ni?Kenapa Zero beriya-iya sangat nak temujanji itu berlangsung?Bukankah dia benci dengan aku?Kenapa dia berlagak seperti orang yang takut kehilangan?Ehh!jangan perasaanlah Moon..kau kan tahu dia dengan Lily?


“Tau,” Jawab Moon tiba-tiba.Tanpa sedar dia menjawab persoalan dalam hatinya sendiri.Moon tergelak kecil.Malu dengan sikapnya sendiri.


“Happy nampak?” Tersentak Moon apabila dia ditegur dari belakang.Moon segera menoleh.Lily?


“Lily…apa kau buat kat sini?” Soal Moon.Lily menghampirinya.


“Kebetulan sangat..aku nak datang rumah kau tapi aku nampak kau macam hilang arah..Aku takut kau terlanggar sesuatu,so aku tegurlah,” Jawab Lily bersahaja.Moon tersenyum sumbing.Tiba-tiba,setitik air jatuh kemuka mereka.Mereka memandang langit,hujan ternyata turun.Lily dan Moon bergegas menuju kesebuah café sebelum hujan menjadi lebat.


“Aku dah lama berhubungan dengan Zero,” Kata Lily sebaik saja mereka melabuhkan punggung disebuah café.


“Oya?Kenapa kau tak behubungan dengan aku juga?” Kata Moon perpura-pura tenang,tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.


“Saja..nak bagi surprise..sebenarnya sudah setahun aku berhubung dengan dia melalui YM..aku hanya minta alamat kau dari Zero,” Cerita Lily lagi.Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang sambil meletakkan pesanan mereka.


“Moon aku nak tanya kau sesuatu,”


“Apa dia?”


“Kau sukakan Zero?” Soal Lily.Terbatuk Moon akibat soalan tak berasas itu.


“Kenapa kau tanya soalan macam tu?Tentulah tak..kenapa aku perlu suka orang yang aku benci?” Jawab Moon sambil menghirup jus Oren pesanannya.


“Kau tak tipu?” Lily meminta kepastian.Moon mengangguk pasti.Pasti??Tapi kenapa perasaan aku ragu-ragu dengan jawapan aku?


Tiba-tiba telefon bimbit Moon berbunyi menandakan mesej masuk.Begnya disalukMesej dari Zero.Moon memandang Lily,beralih pula pada telefon bimbitnya.Dia tidak terus membuka mesej itu,tapi menuju ke inbox dulu.Takut-takut dia membuka mesej itu.Dia takut kalau-kalau Zero mengatakan yang dia akan menunggu lagi.Mesej akhirnya dibuka.Selepas dibaca,Moon menutup telefon.


“Moon aku tak kisah kalau kau cakap kau sukakan Zero..jangan tipu diri kau sendiri,k?”


“Lily..aku tak sukakan dia..”


“Nah!” Tiba-tiba Lily menghulurkan sepucuk surat.Moon mengedutkan dahi.


Surat apa ni?” Surat sudah bertukar tangan.


“Jangan buka sekarang…sebenarnya aku nak datang rumah kau hari ni sebab nak bagi kau surat tu,tapi kebetulan aku nampak kau,”


Surat apa ni?” Lily bangkit.Moon memandang Lily.


“Jangan buka sekarang..balik nanti baru buka,k?Aku nak jalan dulu..keluarga aku tengah tunggu tu,” Kata Lily sambil tersenyum.Moon mengangguk.Lily pun beredar.Moon membelek surat ditangannya.Sejak bila Lily pandai bersurat-surat ni?Oya..akukan dah lama tak jumpa dia..people change..


****


Jam menunjukkan 4.55pm.Sebaik keluar dari kereta sewa,Moon terus masuk Kelihatan Puan Saphiera sedang duduk membuat kerjanya.Moon yang sedikit basah melangkah menghampiri Ibunya


“Jarang mama ada dirumah..mama tak ada kerja?” Moon melabuhkan punggung.


“Pergi mana tadi?Kenapa basah?Tak bawa payung?” Bertubi-tubi soalan Puan Saphiera.


“Basah sikit saja ni..papa mana?”


“Moon taulah papa Moon tu..tak habis-habis dengan kerjanya,”


“Jadi mama ni bukan kerja?” Kata Moon pula sambil tersenyum.Puan Saphiera turut tersenyum.Tersedar dia juga sedang berkerja.Kerjanya segera dihentikan.


“Moon nak makan?Mama masakkan,” Moon tergamam,lantas tersenyum.Perkara sekecil itu mampu membuatkan Moon tersenyum mekar.


“Apa-apa saja asalkan itu buatan tangan mama,” Puan Saphiera tersenyum mendengar kata-kata anaknya.Bukan senang berbaik dengan Moon,perlu usaha.


“Okey..Moon pergi mandi,lepas tu kita makan sama-sama,” Moon mengangguk.Puan Sahiera pula terus menuju ke dapur.


Moon meletakkan begnya ke atas meja sambil melabuhkan punggung.Mesej dari Zero dibaca semula.Tidak tertahan,telefon ditutup semula.Dia tiada kekuatan untuk menghabiskan mesej itu.Tiba-tiba Moon teringat suart yang diberi oleh Lily tadi.Cepat-cepat dia mencari surat itu.Jumpa saja,surat itu terus dibuka dan dibaca.


Kawan yang tersayang…

Pertama sekali,aku nak minta maaf sebab tulis surat untuk mengucapkan selamat berjumpa lagi.Moon sebenarnya aku rindu sangat dengan kau..aku dah nak balik semula ke UK..aku nak luangkan masa dengan kau lebih lama lagi tapi masa tak mengizinkan…tapi jangan risau,kita akan jumpa lagi,kan?Aku akan balik esok,jam 8.00am….Tapi,sebelum itu aku nak buat pengakuan dengan kau dulu…aku sukakan Zero.Kau dah tahukan,sejak dulu lagi aku sudah sukakan dia..walaupun dia menolak aku..mentah-mentah lagi..tapi aku tak kisah..yang penting aku dah cakap yang aku sukakan dia…

Just,aku nak tanya…kau sukakan Zero?Sebab aku dapat rasa yang Zero sukakan kau..okeylah..aku tak biasa dalam bab menulis ni..sampai berjumpa lagi,Moon.Love You..

Selamat berjumpa lagi,

Lily Madalina


Surat dilipat tanpa memandang tangannya.Mata Moon membulat sebulat-bulatnya..Zero sukakan aku???Jantung Moon sudah berdetak kencang,menahan perasaan.Telefon bimbit yang terletak disebelah beg itu dipandang.Tidak semana-mana,Moon bangkit dan keluar dari bilik itu.Dia berlari menuruni tangga dan enuju kepintu utama.Puan Saphiera yang sedang meletakkan pinggan sambil dibantu oleh Aunty Munir segera menghentikan kerjanya.


“Moon..nak pergi mana lagi tu?!”


“Jogging!” Entah dari mana Moon mendapat jawapan,itu seketika kemudian Moon terus hilang dari pandanggan mata.


“Jogging?Hujan-hujan macam ni?Munir tau Moon nak pergi mana?” Soal Puan Saphiera.Aunty Munir sekadar mengangkat bahu tidak tahu.


Zero : Moon,aku tunggu kau datang.Tapi aku takkan paksa kau..terpulang pada kau sama ada nak datang atau tak..IST!


*****************

25 June, 2009

Spell 14 : The Past and The Present


Spell 14 : The Past and The Present


“Mine?” Panggil Moon apabila ternampak Mine sedang duduk sambil memeluk kaki dibawah pokok cherry.Kepalanya dibenamkan dicelah lutut.Mine mendongkok.Kelihatan matanya membengkak.Moon yang agak terkejut terus mengambil tempat disebelah Mine.


“Kau nangiskah?Kenapa?” Soal Moon sambil memeggang bahu Mine.


“Moon,..aku penat..” katanya sayu,air mata mengalir dipipi.


“Why?It’s okey...nangis saja seberapa banyak yang kau nak...aku temankan kau,” moon memeluk Mine,dan Mine pun terus menangis.Menangis semahu-mahunya.Habis basah baju Moon dek air mata Mine.


Beberapa minit berlalu….

“Puas?” Soal Moon.Mine tersenyum sambil menyeka sisa air matanya.


“Kau nak tinggal sini atau masuk kelas?” Soal Moon lagi.


“kalau aku kata tinggal,kau laporkan pada President(Zero)?” Moon tidak menjawab,tapi terus duduk disamping Mine.Mine mengedutkan dahi.


“Aku takkan laporkan..tapi aku ikut serta,” Jawab Moon sambil tersentum.Mine tergelak kecil.Lepas tu…senyap.


“Moon,kenapa kau tak tanya aku kenapa aku menangis?” Setelah lama mendiamkan diri,Mine memulakan bicara.


“Kenapa aku perlu tanya?” Jawab Moon selamba.Mine tergelak lagi.


“You’re so mean!”


“Yalah..kenapa pula kau perlu tanya kalau benda itu akan menyakiti kau lagi?Aku tak tanya sebab aku nak kau sendiri ceritakan pada aku,”


“Moon..Witch..Perempuan sihir..you are my bestfriend!” Mine memeluk Moon lagi.


“Sebenarnya..aku ada sesuatu nak bagi tau kau..lama dulu..” Mine melepaskan pelukan sambil menyambung ayatnya.Takkan dia nak bagi tau aku yang dia sukakan Zero selama ni?


“I have a cousin..tapi dia juga sukakan orang yang aku suka,”


“Cousin?Kau tak pernah bagitau aku pun kau ada sepupu?”


“Sebab kau tak pernah tanya..lagi pun kitakan jarang cerita pasal keluarga.Aku nak kenalkan dia pada kau,tapi takda masa..sebab dia makan angin dengan keluarganya dan kita pula ada kem.” Moon mengangguk,faham.


“Her name is Lily Madalina..dia berpindah ke US waktu umur dia 9 tahun,dan sekarang dia balik ke Logenberry semata-mata nak cari lelaki yang dia suka,dan orang itu….” Ayat Mine segera terhenti apabila terpandang Moon yang seakan terkejut.Lily..Lily Madalina??Bukankah dia…ahh..kecilnya dunia..

“Mine!!” Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara panggilan dari belakang.Mine dan Moon sama-sama menoleh.Kelihatan seorang gadis berkulit putih berjalan menuju kearah Mine dengan senyuman,dan tiba-tiba muncul lelaki yang cukup dikenali dibelakangnya.Lelaki itu adalah Zero.Alangkah terkejutnya Moon.Zero kenal gadis ini?Nanti!Macam kenal aja gadis ni..diakan gadis yang pernah aku selamatkan dulu??Ya..gadis putih tu!


“Lily..” Kata Mine.Moon tersentak.Lily?Jadi gadis putih ni Lily..sepupu Mine??Moon memandang Zero.

Zero juga kelihatan amat terkejut apabila terpandang Moon.Zero menghampiri mereka sambil matanya tidak lepas daripada memandang Moon.Mata Moon terus beralih pada Mine,dia tahu yang Mine penat berpura-pura dihadapan sepupunya itu.Wajah Mine waktu itu sudah berubah keruh tapi dia tetap cuba untuk berpura-pura tenang.


Moon memandang Zero,Zero sudah pun mengalihkan pandangannya.Sebelah tangan masuk dalam poket,sebelah lagi menyelak rambut kebelakang.Wajahnya kelihatan gusar.


“Mine,Zero setuju nak keluar dengan aku!” Kata gadis putih gembira seolah-olah Moon tiada disana.Lily..kau dah tak kenal akukah?Tiba-tiba gadis putih itu memandang Moon,dia merapatkan mukanya pada Moon dan Moon pula menjauhkan wajahnya.


“Macam kenallah..kau kan gadis super tu?” Soal gadis itu.Zero dan Mine sama-sama memandang kearah mereka.Moon tersenyum sumbing.


“Gadis super?” Tanya Mine pelik.


“Eya..gadis super yang aku cerita kat kau masa aku mencari rumah kawan aku..hebat betul kau berlawan dengan mereka..tapi aku tak sempat nak ucapkan terima kasih pada kau sebab aku takut..lagi-lagi selepas aku nampak awan gelap tu.Anyway..thank you so much!” Lily menghulurkan tangannya,pelan-pelan Moon menyambutnya.


“Lily..nama dia bukan gadis superlah nama dia Moon,Moon ini Lily,” Mine memperkenalkan mereka antara satu sama lain.Lily mengedutkan wajah.


“Moon Morgana,” Kata Moon.Satu senyuman keluar dibibir Lily.Tiba-tiba dia menjerit memanggil nama Moon.


“Rindunya!” Kata Lily seakan menjerit sambil memegang kedua-dua tangan Moon.Moon tersenyum,tapi rasa sedikit janggal dengan kawan lamanya tu.


“Stop!!Kamu dah kenal?” Mine pula yang dilanda persoalan.


“Eya..rumah Moonlah yang aku cari hari tu..aku tak tau pula gadis super tu kau..sorry,aku dah tak kenal kau,Moon,”


“It’s okey..kitakan dah lama tak jumpa,lagi pun aku juga tak cam kau..jadi,serilah!” Kata Moon.Matanya sempat melirik kearah Zero yang semakin janggal.Mesti terseksa kalau dia tahu 2 orang mencintai dia sekali gus..mungkin aku patut pergi,tinggalkan mereka.


“Okeylah..aku ada kerja lagi ni..lain kali kita berbual lagi,ya?Mine,Aku pergi dulu.” Moon terus berlalu.Zero seakan tersentak..tapi dia hanya memandang langkah Moon yang semakin laju dan hilang disebalik dinding bangunan.Zero meraup wajah.Aku harap kau tak salah faham Moon..

****

Pintu Bilik Persatuan Pelajar dibuka kasar.Moon terus menghempas badannya disofa.Kepala memandang siling putih.Kenapa dengan aku ni??Apa dah jadi..kena kejutan budayakah apa?Kenapa aku rasa begini?Hati aku sakit..sakit sangat!!Tapi..sebab apa?Tadi biasa-biasa aja…


Dua-dua mereka sukakan orang yang sama dan mereka kawan baik aku sendiri..adakah perkara yang sama akan berulang lagi?Adakah mine juga akan tinggalkan aku?

Sebelum Lily berpindah..

“Moon..aku ada nak cakap dengan kau,” Soal Lily sambil memandang Moon yang sedang berlatih judo dengan patung yang sama besar dengannya.(Kisah ini selepas Moon mengalami kejutan dan berubah secara extreme.)


“Apa?” Soalnya pendek.


“Aku...akan berpindah tidak lama lagi,” Hayunan patung itu terhenti.Payung itu jatuh ke lantai.


“Kenapa nak pindah?”


“Papa dan mama aku terpaksa pindah,so aku pun perlu pindahlah..lagi pun kau dah boleh jaga diri dengan latihan judo aja,kan?” Moon tidak menjawab.Tapi dia melabuhnkan punggung ditempat dia berdiri.


“Tapi..aku perlu lakukan sesuatu…” Moon memandang Lily,menunggu jawapan.


“Aku nak luahkan perasaan aku pada Zero..kau jangan marah..aku sebenarnya dah lama sukakan dia..Cuma dia selalu buli kau sebab tu aku tak nak cakap pada dia..kau marah?” Moon menggeleng.


“Bila kau nak cakap pada dia?” Soal Moon.


“Esok!”

Esoknya…

“Moon!!!” Jerit Lily sambil berlari kepada Moon dengan matanya yang berair.Tiba atas selanggang teakwood(Moon banyak mengikuti persatuan selepas kejutan itu).Lily terus terduduk dan menangis semahu-mahunya.Aku dah tahu jawapannya..


“Aku nak pindah cepat-cepat..aku benci dengan dia..dia tak suka dengan aku…Moon…” Rintih Lily.

Macam tulah kejadiannya..Lily berpindah sehari selepas itu.Dan aku dah takda kawan selain dia.Tapi,aku harap kejadian itu tidak menimpa Mine,aku harap juga dia berani meluahkan perasaannya pada Zero.Persoalannya sekarang...kenapa aku risau??

“Kenapa tak boleh?Kau dah cakap kau setuju tadi!” Moon tersentak.Dia seakan mendengar suara sedang menuju kea rah bilik itu.Moon terus mengangkat badan.Pintu yang tertutup tiba-tiba terbuka kasar.Moon bangkit.


“Aku minta maaf..tapi aku tak boleh,” Kata Zero tanpa sedar Moon sedang memerhatikan dia dan Lily.Serta merta mereka berhenti bergerak apabila terpandang Moon yang sedang memandang kearah mereka.


“Sorry..aku pergi dulu!” Moon terus berlalu.Zero mendengus kasar.Tanpa berkata apa-apa Zero terus meninggalkan Lily yang masih termenggu.

“Moon!” Panggil Zero sambil menyentap tangan Moon.Moon berpaling sambil menarik tangannya.


“Kenapa?” Soal Moon sambil berundur beberapa tapak.


“Jangan salah faham ya?”


“Jangan salah faham?Apa maksud kau?”


“Aku dengan Lily takda apa-apa..”


“Zero,kenapa kau perlu jelaskan pada aku tentang hubungan korang?Aku takda kena-mengena dengan kamu tau.”


“Tapi…”


“Dan lagi..aku rasa temu janji tu tak diperlukan lagi.Aku tak nak,”


“Kau dah janji Moon..kau dah lupa?”


“You know what..bukan aku saja yang memungkiri janji..lagi pun,I don’t think it’s necessary.” Kata Moon seakan menyindir.Lantas meninggalkan Zero yang terpana mendengar kata-katanya.

****

“Kakak!!” Panggil Moon dari luar.Sudah jemu tangannya menekan lonceng rumah banglo itu tapi tiada seorang pun yang membuka pintu tersebut.Dalah tandannya penuh dengan barang-barang..Moon memanggil sekali lagi.Kali ini lebih kuat dari tadi.


KRAK! Pintu terbuka.


“Zero?” Lelaki yang dianggap Moon sebagai Zero itu mengedutkan dahi.


“Aku terlalu seiraskah dengan Zero?” Moon tersentak.Aduss!!Malunya..ini mesti abang Zany..


“Sorry..aku ingat Zero tadi,”


“Masuklah..mari abang tolong!” Zany mengambil plastic berisi sayur-sayuran ditangan kiri Moon.Zany

dan Moon beriringan masuk.


“Kakak mana?” Soal Moon sambil melabuhkan punggung disofa.


Ada..di taman belakang,” Jawab Zany sambil memasukkan sayur-sayur itu dalam peti sejuk.Patutlah tak dengar..mesti dengan Gia..Moon tersenyum lalu melepaskan beg sandang dari badannya.Dia bangkit lalu menuju ke taman belakang.


Kelihatan Hanna dan Morgiana sedang duduk di atas rumput beralaskan tikar getah.Moon mendekati mereka.Lantas mengambil tempat.


“Pari-pari!” Panggil Morgiana gembira.Hanna juga kelihatan terkejut dengan kedatangan Moon.Moon tersenyum.


“Tak bagi tau pun datang hari ni?”


“Saja..nak bagi surprise..takdalah..sebenarnya Moon datang ni sebab nak tau dan bagitahu sesuatu,”


“Cakaplah..”


“Kakak mesti dah tahu..pasal aku muncul di tahun 2000..8 tahun lalu,kan?” Hanna mengangguk.


“Moon nak tahu apa yang terjadi antara keluarga kita dan keluarga abang Zany,dan sebelum kehilangan kakak..kenapa kakak boleh diculik?” Hanna menarik nafas dalam-dalam lalu dihembusnya.Hanna memandang Moon.


“Biar kakak mulakan dari A..sebenarnya,selepas Zany selamatkan Moon,terus terang..kakak dah mula sukakan dia..dan sejak itu kami hang-out together..dan lama-lama aku dah jatuh hati dengan dia..dia juga cintakan kakak..kami couple.Tapi bila mama papa kita dan keluarga Zany tahu,diorang halang perhubungan kami.Kami pun dah terlalu saling menyayangi sebab tu kami tak boleh berpisah.Papa masa tu dah jodohkan kakak dengan Kenichi dan papa nak mempercepatkan pertunangan tu.Kakak langsung tidak dibenarkan keluar,even membuat panggilan.Kakak dikawal dengan rapi.Moon tak tahu pasal tu sebab Moon kan selalu ada latihan kat luar sekolah.”


“Lepas tu?” Moon menyoal ingin tahu.


“Masa tu..hanya Kenichi yang dibenarkan berjumpa dengan kakak,dalam masa yang sama..Kenichi menjadi perantaraan kakak dan Zany.Kami merancang untuk menghilangkan diri.Dengan bantuan Uncle Adin,kakak dapat keluar dengan bersembunyi di bonet kereta papa masa papa nak keluar kerja.Kami janji nak jumpa disebuah tasik,sejam kakak tunggu..tapi yang datang bukan Zany,tapi lelaki yang menculik kami,”


“Tapi macam mana abang Zany juga diculik sama?”


“Selepas lelaki bertiga tu membuatkan kakak pengsan..Zany muncul dan terdengar mereka bercakap pasal dimana mereka nak sembunyikakan kakak..Zany terus menghubungi Kenichi..lepas tu baru dia menyerbu kearah lelaki itu.Dia sengaja menyerbu untuk melindungi kakak.Dia percaya yang Kenichi boleh menyelamatkan kami..dalam masa yang sama..Moon muncul dari masa depan untuk membantu Kenichi,”


“Apa terjadi selepas tu?Apa jadi dengan Kenichi?”


“Kenichi memanggil doktor keluargannya untuk merawat kami..waktu tu Moon dah ‘balik’.Doktor itu juga merawat Areena,untuk pengetahuan Moon..Areena pengsan lebih lama dari Moon..4 hari!” Melopong mulut Moon.Banyak sangatkah tenaga dia yang aku gunakan?Atau pun dia yang tak boleh menampung tenaga aku?


“Tapi kenapa kakak dan abang Zany tak terus masuk hospital?”


“Itulah perkara yang kami elakkan..lepas kejadian itu..berita telah menyiarkan tentang kehilangan kami dan kami mengambil keputusan untuk hilang selama-lamanya sebab kakak dan Zany tak nak terpisah lagi..”


“Kakak tahu tak kehilangan kakak menyebabkan papa dan mama selalu bergaduh?Moon ada atau takda..diorang tetap gaduh..tapi pernahkah kakak dan abang Zany gaduh?”


“Memang tak masuk akal kalau kakak cakap kami tak gaduh…hampir setiap hari..tapi kami tetap tak nak pisah..ada saja yang buat kami berbaik..contohnya kehadiran Zero,”


“Zero?”


“Eya..dua tahun selepas itu..Zero menemui kami dengan bantuan penyiasat peribadinya..sebab Zero,kakak dan abang Zany dapat melanjutkan pelajaran di oversea,” Terbeliak mata Moon..macam mana Zero boleh membantu sedangkan dia baru berumur 13 tahun?Budak berumur seperti Zero belum mampu untuk melakukan perkara itu..menghantar 2 orang sekali gus belajar di oversea??


“Zero kan masih darjah waktu tu..macam mana pula dia boleh melakukan sesuatu yang orang lain tak boleh buat?”


“Moon..Moon tak tahu kisah hidup Zero..Zero lebih terseksa..lebih menderita dibandingkan kami..Zero berkorban demi Zany dan kakak!”


“Berkorban?”


“Eya..dia buat perjanjian dengan papanya..dia akan takeover jawatan CEO di syarikat IE kalau ibu bapanya tidak mencampuri urusannya..seperti duit yang dia gunakan untuk menampung pembelajaran kakak dan Zany..pada mulanya,papa tak yakin dengan Zero,tapi Zero dapat juga meyakini ibubapanya.” Moon seakan tidak percaya..Zero menjadi CEO pada usia yang muda..mala sangat muda!Memang tak masuk akal…langsung!

*****

“Fuuh….” Masuk kali ini sudah tiga kali Moon mengeluh panjang.Bila teringatkan cerita kakaknya,dia tiba-tiba teringatkan Zero.Zero terseksa..Zero menderita..adakah orang lain kisah tentang perasaan dia?Mesti Zero penat..arg!Aku mengeluh pun takda gunanya..aku bukan boleh buat apa-apa untuknya…


Moon menghempap badan diatas katil empuknya.Siling putih itu ditenung sambil tangannya bersilang dijadikan bantal.Belum sempat Moon menarik nafas,telefon bimbitnya tiba-tiba berdering menandakan panggilan masuk.Moon bangun lalu menyaluk begnya.Nama Zero tertera di screen telefonnya.Lama Moon berfikir,lama juga telefon itu berdering.Akhirnya,Moon membiarkan saja panggilan Zero tidak dijawab.Telefon diletakkan lagi.Nampak saja nama Zero,dia teringatkan kejadian di Bilik Persatuan Pelajar.Dia betul-betul terkejut..Zero dan Lily seakan pasangan kekasih.Bergaduh sambil berkejaran..sakit hatinya memandang mereka.


Moon dikejutkan lagi dengan bunyi telefon,kali ini bukan panggilan tapi mesej.Mesej itu dibuka.Daripada Zero.

Zero : Moon..aku takkan batalkan temu janji itu..biar apa pun,aku tetap akan tunggu kau sehingga kau datang..walau kau tak datang,aku tetap tunggu kau..Yellow Leaf Lake,jam 3pm.

Telefon ditutup.Moon merapatkan matanya.Dia tidak tahu apa harus dia lakukan.Kalau aku pergi jumpa dia,Lily dan Mine pula macam mana?Aku tak nak mereka salah faham..tapi aku juga nak jumpa dengan dia…

**************************************

P/s : Tolong komen kalau ada yang korang rasa tak bagus..aku sedia menerimanya..EnjoY!

21 June, 2009

Spell 13 : A Proposal To Date

Spell 13 : A Proposal to Date


“Nah!” Kata Zero sambil menghulurkan Ice-cream cone dihadapan Moon yang sedang bersandar dibadan motorsikal.Moon menyambut huluran itu.Ice-cream cone yang ada ditangan Zero dibuka.


“Thank you!” Kata Zero pula sambil memandang Moon dengan ekor mata.Moon tidak mempedulikan sindiran Zero.


“Apa kau nak cakap dengan aku?” Soal Zero.Moon memberhentikan suapan ice-cream cone dimulutnya.Moon tidak terus menjawab soalan Zero,dia berjalan menuju ke satu tempat yang terdapat bangku.Zero membuntuti Moon.


“Aku nak minta maaf sebab buat tangan kau luka,”

“Maksud kau?”


“Sebab aku,tangan kau cedera dan kau bersengkang mata untuk mencari aku,”


“Moon..aku tak perlu ucapan maaf kau..cukuplah kau ucapkan terima kasih pada aku..bukan sebab aku selamatkan kau,tapi ice-cream tu,” Pantas kepala Moon berpaling kearah Zero.Zero tersenyum.


“Pasal apa pula?”


“Takdalah,aku gurau aja…kasih kau diterima,sayang kau juga diterima..maaf kau juga diterima,” Sambung Zero lagi dalam nada bergurau.

“Aku takda cakap aku sayang kau,okey?But,thanks for saving me.”


“Memang kau takkan cakap sekarang tapi aku akan tunggu sehinggalah kau cakap ayat itu depan aku,” Bulat mata Moon mendengar ayat yang keluar dibibir Zero.


“Actually,aku selamatkan kau pun sebab sifat kemanusiaan..aku tau kau ni witch,tak takut pada apa-apa pun..tapi kau mungkin akan takut kalau kau jumpa harimaukah,singakah,beruangkah…”


“Zero,are you okey?Aku tak tanya kau pun kenapa kau selamatkan aku,” Pintas Moon,ice-cream ditangannya disuapkan ke dalam mulut.


“Aku cuma tak nak kau salah faham,itu aja.” Kata Zero


“Kau takut aku salah faham yang aku sukakan aku?” Suapan ice-cream dimulutnya terhenti.Zero memandang Moon dengan pandangan terkejut.


“Kenapa pula kau perlu takut kalau memang kau tak sukakan aku?” Moon memandang Zero.Pandangan mereka bertaut.

“Sebenarnya aku…”


“Oya!Kenapa kau nampak risau bila aku datang kat rumah kau?” Belum sempat Zero menghabiskan ayatnya,Moon sudah memintas.Zero melarikan matanya.Tangannya satu menyelak rambutnya kebelakang.Zero tergelak.Zero apa yang kau cuba nak cakap?Yang kau cintakan dia?Jangan jadi bodoh!


“Zero?” Zero tersentak.

“Takda apa-apa..papa,mama aku ada kat rumah..kau taukan kita tak boleh bergaul,” Jawab Zero seikit kecewa.


“Yah..aku faham…”

Trit!Trit! Bunyi telefon bimbit Moon mematikan ayat mereka.Panggilan itu dijawab.


“Hello Moon?Moon di mana?” Kedengaran suara cemas milik Puan Saphiera dicorong telefon.

“Mama..Moon okey,kejap lagi balik..ya?”

“Nak mama cakap kat Uncle Adin?”

“Takpalah..masih ada teksi lagi ni.Moon akan balik sekarang.” Kata Moon.Rasa sakit hatinya sudah beransur pulih.Entah kenapa dia tidak lagi sakit hati selepas berbual dengan Zero.Talian dimatikan.

“Kau nak balik?” Soal Zero.Moon mengangguk.


“Jom..aku hantar!” Zero terus berdiri.Moon kelihatan ragu-ragu.


“Dah..takpayah fikir..aku hantar kau,” Moon mengeluh.Ice-cream ditangannya yang sudah tinggal cone dibuang kedalam tong sampah yang kebetulan berada disana.Zero turut membuang ice-creamnya.Lantas mereka kembali ketempat letaknya motorsikal Zero.


Topi keledar disarungkan dikepala,dalam masa yang sama Zero menghidupkan motorsikalnya.Zero membonceng diikuti dengan Moon.


“Cepat sikit!” Arah Moon.Zero menjeling kebelakang.Tidak suka diperlakukan sebagai pemandu.Nak cepat ya? Zero mengangkat kening satu,niat jahat tertera diwajahnya.Zero menukar gear dan…ZOOMM!!!

Belum sempat Moon berpegang kuat pada tempat pegangan dibelakang,motor itu sudah dipandu seperti angin kencang.Dengan spontan,kedua-dua tangan Moon memeluk pinggang Zero.Zero tergelak kecil.


“Bukan cepat beginilah,mangkuk!” kedengaran suara jeritan Moon.Zero lagi rancak ketawa setelah mendengar ayat Moon.

*****


Seperti mat rempit memberhentikan motorsikal.Badan motor belakang terangkat tinggi akibat break ditekan secara mengejut.Berhenti saja motor itu,Moon terus turun dan cepat-cepat membuka topi keledar.


“Kalau kau pandu macam tu lagi,aku bunuh kau!!” Marah Moon sambil menghulurkan topi keledar itu dengan kasar pada Zero tapi senyuman dibibir Zero semakin besar mencecah telinga.Moon yang masih mendidih terus beredar.Benci melihat senyuman mengejek Zero.


“Moon!” panggil Zero.Moon menghentikan langkahnya lalu berpaling.


“Kau betul-betul rasa bersalah dan ingin mengucapkan terima kasih?” Moon berfikir.Kenyatannya..ya,memang.


“Eya..kenapa?”


“Aku tarik balik..aku tak nak sekadar ucapan terima kasih dan maaf.”


“So,kau nak apa?”


“Kalau aku bilang temu janji?”


“Temu janji??Apa tu?” Alahai..tepuk dahi.Soalan bonus betullah..


“Kau tak tau apa tu temu janji?Takapalah..aku faham.Nanti aku bagitau kau tarikhnya bila dan tempatnya dimana.Janji?” Zero menggeleng kepala.Bukan salah Moon kalau dia tak pernah keluar date..sebab dia takda pun teman lelaki..


“Okey!” Jawab Moon seperti berjanji dengan kawan baik.Zero menyarungkan topi keledar dikepalanya dan meneruskan perjalanannya balik ke rumah.Moon berpaling dan terus masuk ke banglo itu.


*****


Zero menghempap badannya kekatil.Tangan kiri menyelak rambutnya.Masih ada harapan lagikah?


“Zero?!” Kedengaran suara Lady Yuna memanggil Zero dari luar bilik.Zero menutup rapat matanya.Tapi bangkit juga membukakan pintu untuk ibunya.


“Apa lagi ma?” Mahu tak mahu saja Zero membukakan pintu untuk ibunya.Selepas mendengar suara panggilan ibunya,pertengkaran petang tadi terus menerpa di minda Zero.


“Kenapa Zero ikut kem tu tanpa bagi tahu mama?” Itulah soalan pertama yang terbit dibibir Lady Yuna sejurus Zero masuk kedalam rumah.Tuan Albumin yang sedang duduk diatas sofa dipandang Zero,wajahnya bersahaja.Zero mengeluh.Zero tidak menjawab soalan ibunya,dia terus menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk.Sebotol air mineral kecil dibuka dan diteguk separuh dari penuh.Namun,air sejuk itu tidak mampu untuk menyejukkan hatinya yang masih panas.


“Jawab mama Zero..kau tu pewaris Syarikat IE..kau sepatutnya jaga company bukan ikut kem yang tak berfaedah tu.”


“Ma..bagi Zero rehat kejap boleh..Zero penatlah..” Jawab Zero,cuba untuk menenangkan dirinya.Botol ditangannya diletakkan atas meja.Zero ingin berlalu tapi pantas dihalang oleh Lady Yuna.


“Nanti..mama nak ingatkan Zero..Zero tahu tak kat syarikat tu ada orang asing..orang asing tau tak..bila-bila masa saja syarikat itu akan dirampas.” Kata Lady Yuna lagi.Zero menarik nafas lalu menghembus nafas.


“Mama..please..not now,okey?” Jawab Zero.

“Kenapa dengan Zero ni soalan simple macam ni pun tak nak jawab..mama cuma takut syarikat itu dirampas oleh orang asing,”


“Enough ma!!He’s not a stranger..he’s not!!” Bentak Zero.Perasaan marah tidak dapat dibendung lagi.Hatinya sakit disoal sedemikian rupa.Bagus kalau soalan itu melibatkan tentang keadaan dan situasinya,ini kerisauan tentang syarikat yang tidak bernyawa..hanya memberikan nyawa kepada orang lain.Fedup!!


“Mama tak boleh tengok Zero rehat kejapkah?Zero ingat,bila Zero balik mama akan tanya macam mana keadaan Zero,ini tidak..pasal company?” Sambung Zero lagi.Lady Yuna terkejut tak terkata.Pertama kali Zero meninggikan suara terhadapnya.


“Zero…” Hanya itu ayat yang terkeluar dibibir Lady Yuna.


“Cukup ma..Zero nak naik atas,” Zero terus berlalu,tidak ingin mendengar ayat yang terbit dimulut Lady Yuna lagi.Tiba di ruang tamu,Zero tunduk memberi hormat kepada Tuan Albumin dan masa itulah Moon menekan lonceng.


“Mama nak soal apa lagi?Zero dah sedia untuk menjawab,” Kata Zero sambil keluar dari bilik dan menutup semula pintu.


“Mama minta maaf pasal tadi..mama tak sepatutnya bersikap begitu pada Zero.Mama minta…” Belum sempat Lady Yuna menghabiskan ayatnya,Zero sudah memeluknya.Hangat.


“Mama..Zero rindukan mama…” Sebak suara Zero.Walaupun pada pandangan orang Zero sentiasa tenang,tapi Zero tetap manusia yang inginkan kasih sayang dan pelukan seorang ibu.Lady Yuna

tersentak.Pelukan Zero dibalas sambil air matanya jatuh dengan sendiri.


****


“Apa??Papa aku ada kat sini??” Soal Moon lantang selepas Mine memberitahu bahawa bapa Moon,Tuan Sarandani berada di bilik pengetua bersama Trisha,Ami dan Umi.Sepantas kilat Moon keluar dari kelasnya dan menuju ke bilik pengetua.Mine mengejar Moon tapi langkah Moon lebih cepat dari sangkaannya.


Zero yang kebetulannya memandang keluar ternampak Moon berlari,dia pun segera melihat keluar kelas.Bayang Moon masih kelihatan sehinggalah dia menaiki tangga menuju ke bilik pengetua.


“Zero!” Baru saja Zero hendak meyusuri Moon kedengaran suara perempuan memanggilnya dari belakang.Zero menoleh.


Ada apa Mine?”

Sebaik tiba di bilik pengetua,pintu segera dikuak.Mereka serentak memandang kearah pintu.Trisha,Ami dan Umi berada di sofa,manakala Tuan Sarandani duduk di hadapan meja pengetua.Moon tercungap-cungap menarik nafas.


“Moon.kenapa tak ketuk dulu?” Soal Tuan Sarandani.Moon menghampiri meja pengetua.Dia sempat memandang kearah Trisha yang sedang merenung tajam kearahnya.Biarkan saja Moon…


“Papa buat apa kat sekolah?” Soal Moon pula.


“Jangan salah faham Moon..papa cuma nak tanya ‘kawan-kawan’ Moon ni kenapa diorang merancang kehilangan Moon..itu saja,” Jawab Tuan Sarandani.Moon memandang Pengetua Alfred lalu memandang kearah Trisha,Ami dan Umi.


“Papa..Moon rasa tak perlulah kita besarkan masalah ni,biar Moon yang selesaikan,ya?” Kata Moon seakan merayu.


“Tak nak besarkan konon..padahal kau memang nak aku dipenjarakan,bukan?” Sampuk Trisha.


“Trisha!” marah pengetua.Trisha mendengus kecil sambil memeluk tubuh.Moon sekadar menggeleng kecil.


“Kau sepatutnya bersyukur sebab Moon yang nak selesaikan masalah ni sendiri,kalau Uncle..Uncle dah lama letak kamu dalam penjara,” Balas Tuan Sarandani pula.


“Papa dalah..jom kita keluar.Biarkan diorang..maafkan saya,cikgu!” Moon tunduk meminta maaf kepada pengetua Alfred sambil membawa papanya keluar dari bilik pengetua.


“Nanti!” Kata Pengetua cepat sebelum Tuan Sarandani dan Moon melangkah keluar.Lngkah mereka terhenti.


“Saya akan hukum Trisha,Ami dan Umi.Mereka akan cikgu hantar ke Bilik Putih!” Sambung Pengetua lagi.Bulat mata Moon.Bilik Putih hanya untuk pelajar yang bergaduh dan membuat perkara buruk dalam sekolah..kiranya bilik itu tempat hukumanlah..tapi bagi aku bilik itu lebih kepada paradise..sebab bilik itu penuh dengan peralatan,tidak pernah kurang dengan makanan,juga ada telivisyen..macam-macamlah..aku tahu sebab itu bilik persatuan kelab aku yang sudah dibubarkan lama dulu…


“Bilik Putih??” Serentak Trisha dan Ami bersuara.Terkejut beruk.


“Bilik Putih?” Soal Tuan Sarandani pula kepada Moon.


“Bilik hukuman..tapi bilik itu ada kamera yang disambungkan dalam bilik pengetua..” Jawab Moon dalam keadaan yang berbisik takut didengari oleh Trisha,nanti tak pasal-pasal dituduhnya Moon menyindir mereka.


“Ya..ada masalah?Trisha,sudah masanya papa dan juga sebagai guru bersikap lebih tegas dengan kamu..sikap kamu ni memalukan sekolah dan papa sebagai pengetua di sekolah ni,” Kata pengetua dalam nada yang sungguh serius.


“Tapi papa…”


“Disekolah..cikgu bukan papa kamu..bergerak sekarang!” Arah Pengetua sambil mengeluarkan kunci dari laci mejanya.Moon memaut lengan papanya dan berjalan ketepi untuk memberi laluan kepada mereka bertiga.Sebelum keluar dari bilik itu,Trisha sempat memberikan pandangan tajam kepada Moon.Tapi bagi Moon,pandangan itu hanya seperti pandangan orang dewasa yang ingin menakut-nakutkan budak-budak.


“Moon,do you think this is a good idea?” Soal Tuan Sarandani,Moon tersenyum.


“I hope so!”



*****************
P/s: Sorry kalau post kali ni tak baik..EnjoY!

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.