Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 September, 2009

Substance 1 : Bruce Lee Generasi Ke-2


Substance 1 : Bruce Lee Generasi Ke-2


Kelihatan seorang gadis cantik sedang menuruni anak tangga.Berpakaian lengkap baju sekolah.Blazer hitam,baju putih digosok,skirt sekolah paras lutut berpetak bertemakan merah hitam,rambut diikat kemas,kasut berjenama dan sepasang stoking putih paras lutut menghiasi kakinya.


Segala-galanya dalam keadaan slow motion.Disekeliling gadis tersebut mengeluarkan bling-bling seakan menunjukkan wajahnya berseri-seri.Tiba di anak tangga terakhir,seorang lelaki berumur lingkungan 40-an tunduk hormat kepadanya,berpakaian kot serba hitam,lelaki tua itu adalah butler di rumah agam tersebut.Tangannya sedang menyandang beg.


“Cik Muda Aura,kereta sudah disediakan diluar,” katanya tanpa mengangkat wajah.Gadis yang dipanggil Aura itu tersenyum suka akan layan tersebut.


“Baiklah,” jawab Aura sambil memandang karpet merah yang terbentang di sepanjang perjalanan menuju ke kereta.Di situ Aura boleh melihat seorang lagi pembantu muda membukakan pintu limo untuknya sambil tunduk.Aura dilayan seperti anak raja.


Aura turun dari tapak terakhir dan menuju ke kereta.Pelayan 40-an itu membuntutinya tanpa menginjakkan kaki ke karpet merah.Sebelum memasuki kereta,Aura sempat memandang pembantu-pembantu yang lain berdiri di sepanjang perjalanan keluar dari perkarangan rumah agam yang didiaminya.


Setelah Aura masuk ke dalam kereta,pembantu 40-an itu meletakkan beg disisi Aura lalu menutup pintu dengan cermat sekali.Kereta itu pun perlahan-lahan keluar dari perkarangan rumah.


“Cik Muda,lepas ini kita akan berjumpa dengan Tuan Zurdi,” kata pemandu itu.


“Tuan Zurdi?Siapa dia?” soal Aura.


“Tuan Zurdi..bapa kau!!” Aura tersentak.Serta-merta dia menjerit kesakitan dek telinganya dipulas seseorang.


“Oh..senangnya kau tidur.Siap tak kenal bapa sendiri lagi.Rasakan!” kata Encik Zurdi sambil mengetatkan cubitannya.


“Papa..sakitlah.Telinga Aura..!!” kata Aura seakan menjerti sambil melepaskan cubitan papanya.Aura membengiskan muka.Puas diusap telinganya.Berasap.Rupanya kemewahan yang dinikmatinya tadi hanyalah mimpi semata.


“Sakit..sakit..baru papa tinggalkan kau dengan kedai ni,kau dah tidur.Cuba kalau ada pencuri tadi.Kau yang papa sumbatkan dalam lokap!” kata Encik Zurdi lagi sambil mencekak pinggang.


“Kenapa pula Aura yang perlu disumbatkan ke dalam lokap?”


“Sebab kau yang akan menyebabkan kedai kita ni muflis,tau!” bentak Encik Zurdi.


“Alah..muflis apanya kalau dua,tiga orang aja yang datang sebulan,” kata Aura,memerli.Encik Zurdi membeliakkan mata.


“Eh..budak bertuah!!” marah Encik Zurdi sambil memulas semula telinga Aura.


“Ahh..sakitlah pa!Papa taukan Aura tak suka telinga Aura disentuh!” marah Aura sambil melarikan tangan Encik Zurdi dari telinganya sekali lagi.


“Ewah..jadi kau ingat kalau kau tak suka,kau boleh halang papa dari mencubit telinga kau??” kata Encik Zurdi lagi,seakan tercabar.Cubitan ingin hinggap semula di telinga Aura.


“Hop!!” dengan segera Aura menangkap tanga papanya sebelum sampai ketelinga.


“Papa takkan dapat cubit telinga Aura,” kata Aura sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.Kemudian dia pun ketawa terbahak-bahak.Bangga dapat menangkat tangan papanya.Sesaat kemudian keluarlah segala ilmu seni taekwondo dan karate mereka.Tendangan demi tendangan,tumbukan demi tumbukan,pancungan demi pancungan.Mereka bertarung di ruang yang dipenuhi dengan meja.Aura pula cekap menapis serangan papanya sampai melompat ke atas meja demi mengelak tendangan bawan milik Encik Zurdi.Sama-sama cekap menahan serangan.


“Berhenti!!Kalau tidak,kamu dua yang mama karate!!” tidak semana-mana kedengaran suara teriakan dari pintu masuk.Dua beranak yang satu ada atas meja dan satu ada di bawah,sama-sama menoleh ke arah suara itu.Aura dan Encik Zurdi berpandangan.


“Papa yang dulu!” kata Aura cepat sambil menunjuk papanya.


“Aura yang dulu!” kata Encik Zurdi pula,jari menunjuk anaknya.


“Kau dua beranak,boleh tak kalau sehari tak bertarung?Kau Aura,kau tu perempuan berapa kali mama nak cakap,jangan guna seni mempertahankan diri untuk bertarung dengan papa??Papa juga..taulah Aura tu perempuan,janganlah bertarung dengan dia!” bebel Puan Newlina.Aura tidak menjawab,jari kelingking mencucuk-cucuk telinga.Sudah biasa dengar ayat itu.Encik Zurdi pula mengangguk.Tak sakitkah tengkuk?Hari-hari mengangguk tapi tak pakai.


“Turun!” arah Puan Newlina.Aura terus melompat turun dari meja.


“Papa..kita sambung lepas ni,ya?” bisik Aura di telinga Encik Zurdi namun bisikan itu masih mampu sampai ke telinga Puan Newlina.


“Ha..bisik!Ingat mama tak dengar..jangan harap kamu boleh sambung.Kunci ada di tangan mama!” kata Puan Newlina sambil berlalu ke dapur.


“Yalah..yalah..” Aura mengalah.Nanti tak pasal-pasal,Puan Newlina pula jadi lawan dia.Beg yang terletak atas meja dicapai lalu disandang.


“Hah..kau nak pergi mana tu?” soal Encik Zurdi pula.


“Nak keluarlah,” jawab Aura sambil berlalu ke pintu.


“Siapa nak tolong jaga sini?Dave cuti hari ni,” kata Encik Zurdi.


“Alah..Aura adakah,takdah..sama aja..” jawabnya dan terus keluar.Tidak mengendahkan panggilan papanya.


“Biarlah dia tu papa..dia ada cakap tadi,dia ada kerja.Ambil barang.” Kata Puan Newlina.


“Ah..yalah,” jawab Encik Zurdi pula sambil berlalu ke pintu keluar.Pintu dikuak.Tubuh Aura masih kelihatan.


“Aura,balik sebelum jam 8!” laung Encik Zurdi,tanpa mengabil kiar reaksi dari orang-orang sekeliling.


“Yes Bosss!!” balas Aura pula sambil menabik.Lagak seperti askar.


Aura dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan,namun tidak pernah kekurangan kasih sayang.Keluarga mereka adalah sebuah keluarga yang hangat sehangat matahari.Senyuman tidak pernah hilang.Papa Aura,Encik Zurdi ialah seorang tukang masak masakan Itali iaitu,pasta.Namun dia berhenti dek rasa tangannya sudah mulai hilang.Oleh itu dia mendirikan restaurantnya sendiri,pada mulanya restaurant itu mendapat sambutan namun tidak lama kemudian,semakin sikit pelanggan yang datang.Papa Aura juga adalah seorang jurulatih Karate.Ilmu diperturunkan kepada Aura.Bukan kemahuannya tapi disebabkan Aura sangat meminati pelakon lagenda iaitu Bruce Lee,Aura sendiri yang mahu belajar seni mempertahankan diri itu daripadanya.


Ibu Aura pula,Puan Newlina adalah seorang suri rumah penuh dimana hanya dia yang mampu menghalang suaminya dan Aura dari terus bertarung.Aura juga punya seorang adik lelaki iaitu,Alfa.Seorang yang bijak ndamun senang dibuli.Sebab itu Aura mahu jadi lebih kuat.Untuk melindungi adiknya.Kadang-kadang,dia dan Alfa juga sering bertarung tapi Alfa selalu kalah.Maklumlah,Aura pakar dalam karate.


*****


Sebuah bas panjang berhenti di sebuah basstop.Kelihatan beberapa penumpang menuruni tangga diikuti pula Aura.Aura melangkah menuju ke sebuah gerai.


“Ah..Aura..ini barang bapa kamu,” kata tauke gerai.Seorang wanita berusia 50-an menghulurkan sebuah kotak berisi buah epal.Aura cepat-cepat mengambil kotak itu dari tangan wanita tersebut.


“Terima kasih nek,Berapa?” soal Aura.


“50,” kata wanita itu.


“Alah..murahlah sikit.50?Aku ada 45 ja nek..bolehlah,oh?” Aura mulai merayu sambil menunjukkan muka sepuluh sennya.


“Tak boleh..ini dah kira murah dah ni,” mereka masih lagi tawar-menawar.


“Alah..kan dah banyak kali kami bayar 50,takkan kali tak boleh kurang kot.Nenek ni..juah tau dari restaurant pergi gerai ni..tambang pula 10 ringgit,habislah kalau macam ni…” rengek Aura.Seakan memancing nenek tua itu.Sesekali dia menjeling untuk melihat reaksi nenek itu.Nenek itu mengeluh.


“Yalah..nenek bagi 45.Pandai ja kau main ayat dengan nenek,” Aura tertawa.Jeratnya menjadi.Empat keping sepuluh ringgit dan sekeping lima ringgit dibawa keluar dari poketnya.


“Macam tu lah..nenek memang baik.Paling baik!” puji Aura pula.


“Yalah tu..dah,dah..bawa kotak ni pergi sebelum nenek tukar fikiran,” Aura masih tersenyum.


“Pergi dulu,nek!” kata Aura lalu beredar.Namun Aura sempat mengambil sebiji epal sebelum beredar.Wanita itu langsung tidak menyedari Aura sudah mencuri buahnya.Hehe..bukan selalu.


Rasa epal itu memang manis tetapi sebaik ternampak dua orang sedang menconteng dinding menggunakan spray warna-warni,rasa epal itu bertukar tawar.Aura memang benci melihat orang menconteng dinding sesuka hati.Macam takda kerja lain,merosakkan pemandangan dinding betul!


“Hoi..kamu ingat dinding tu bapak kamu punya???” tanpa berfikir panjang Aura terus menerjah dua orang lelaki itu,kotak yang ada di bahu diturunkan ke atas aspal.Dua belah tangan mencekak pinggang.


“Hei perempuan..kau nak mati?” kata lelaki A.Aura mendengus.Beg yang disandangnya di buka lalu dilempar berdekatan kotak.Lengan bajunya disinsing hingga ke bahu.


“Kau boleh offer aku untuk mati??Kamu kenal aku ni siapa?” soal Aura.Dua lelaki itu menggeleng.


“Aku rasa tentu kamu kenal restaurant Pasta yang ada di depan tu,kan?” soal Aura lagi.Lelaki A dan lelaki B saling berpandangan.


“Oh..kedai tu..memang tidak boleh disangkal,masakannya memang sedap.Kau pernah pergi?” soal Lelaki B kepada lelaki A.


“Pernah..kedai itu memang terkenal tapi itu dulu.Sekarang,masakannya sudah tidak sedap lagi,” jawab lelaki B tenang,tanpa menyedari wajah Aura sudah berasap.Geram.Kalau disentuh,sah melecur tangan.


“That is not the point,moron!” bentak Aura.Dua lelaki itu selambanya berpaling kearah Aura.Langsung tidak takut dengan amarah Aura.


“Bapa aku adalah jurulatih Karate,dan aku adalah pemegang tali pinggang hitam dalam karate.Jadi jangan paksa aku untuk mematahkan tulang-tulang kamu,” gertak Aura.Serta-merta dua ketawa pecah.Dua lelaki itu ketawa terbahak-bahak mendengar ayat yang keluar dari bibir Aura.Aura mengerutkan dahi.Seingat dia,dia belum buat lawak bodoh lagi,kenapa ketawa?


Lelaki A dan lelaki B menghampiri Aura,spray di tangan dilempar atas aspal.


“Kalau kau pemegang tali pinggang hitam,kami pula pemegang tali pinggang WWF.Siapa lebih kuat?” kata lelaki B.Aura diam,keningnya bertembung.


“Kalau bapa kau tu jurulatih karate,bapa aku pula jurulatih Ultraman,” kata lelaki A.Selesai menghabiskan ayat,serta-merta mereka ketawa semula.Aura mengepal penumbuk,tapak kakinya sudah mulai gatal dan…


“Haiiihhh…yaaaaaahh!!!!” lelaki A pantas mengalihkan mata ke arah tiang eletrik.Kawannya sudah melekat ditiang tersebut.Keras dan perlahan leher si lelaki A berpaling semula kepada Aura.Kelihatan kaki Aura mesih dalam posisi tendangan.Senyuman cute diberikan kepada lelaki A.


“Hello..hello??” tiba-tiba lelaki itu meletakkan handset ditelinganya dan berpaling.Aura mengerutkan kening.


“Ma..lain tak clear..tiang eletrik patah!” katanya sambil melangkah menjauhi Aura.Pososi Aura masih seperti tadi.Lelaki A memandang sekilas ke belakang dan kemudian terus melarikan diri.Ghaib.Kawannya pula sudah berada atas aspal.Pengsan.


Dua minit kemudian…


“Macam mana nak turunkan kaki ni?Tak pandai turunlah…” suara Aura cemas kedengaran.Kakinya masih dalam posisi menendang.Naik lengush tulang-tulangnya berdiri begitu.Hanya sebelah kaki yang menampung seluruh badannya.


“Rorr..rorr..” Aura tersentak.Anjing???!Papa!!!!!Akibat ketakutan yang melampau-lampau,kaki Berjaya juga diturunkan.Aura paling ke belakang.Kelihatan seekor anak anjing berwarna coklat,berbulu lebat sedang merenungnya.Anak anjing itu menganggong semula.Aura tersentak.Kemudian dia melangkah dengan kakinya yang mengletar.Kalau 10 orang samseng,aku tidak takut,10 ekor ular lagilah aku tak takut..tapi kalau anjing..tak kira,baru lahirkah,sudah besarkah..aku lebih rela jumpa singa!!


“Mama!!!” jerit Aura dan terus berlari apabila anak anjing itu masih mengikutinya dari belakang.Sambil berlari,Aura menoleh ke belakang.Anjing itu kejar aku??!!


Gedebuk..gedebang..


Macam bunyi dram bercantum dengan bunyi seruling.Aura tersedung dan terguling-guling sehingga menjadi posisi duduk.Aura cemas,liur diteln beberapa kali,hingga tekaknya menjadi kering.Anjing itu masih mengejarnya dan semakin dekat,dekat..dan…Aura menekum mukanya dengan lengan.


‘Aik?Kenapa aku tak rasa apa-apa?’ getus hari Aura.Lengan masih menutupi muka.Tangan dilarikan.Alangkah terkejutnya dia apabila seorang lelaki sedang duduk mencangkung sambil mengusap anjing itu.Bulat matanya.What the..??


“Chu..chu…” kata lelaki itu sambil mengaru-garu bawah rahang anak anjing tersebut.Kening Aura bertembung.Dari mana pula dia muncul ni???


“Go..doggy..go..” usir lelaki tersebut dalam nada lembut.Anak anjing itu mengaru-garu hidungnya dan terus menurut.Anjing itu sudah pergi.Baru lega sikit hati Aura.


Lelaki di depannya bangkit sambil memasukkan kedua-dua tangannya dalam poket.Lagak orang macho.Dia memandang Aura yang masih terkulat duduk di hadapannya.Kemudian dia tersenyum.Gila apa..tiba-tiba senyum.Aura mencebik dalam hati.


Tiba-tiba lelaki itu mendongkokkan badan.Aura tersentak.


“Kau gila?!” marah Aura.Dai mehu berdiri,tapi dia tahu dia masih belum boleh berdiri,ketakutannya masih berisisa.


“Jangan takut..anjing tu takkan gigit orang macam kau,Aqua!” kata lelaki itu sambil mengusap kepala Aura.Pak!Tangan lelaki itu ditapis kasar.Aik?sejak bila budah penakut ni pandai membalas?bisik lelaki itu.


“Jangan sentuhlah!” bentak Aura.Kemudian dia bangkit.Punggungnya dikibas-kibas.


“Shuuh...kau kan budak baik?” kata lelaki itu lagi.Entah baik yan dimaksudkan itu apa.Kepala Aura diusap semula,lebih banyak dari tadi.Telinga Aura sudah mulai berasap.Dia mengepal penumbuk.Aku tak sukaa!!!


“Haaihhhh…yahhhh!!!” Dash!!!Tidak semana-mana,sebuah tumbukan diberikan tepat ke perut lelaki itu.


“Arhh!!” jerit lelaki itu sambil terguling beberapa kali atas aspal.Perutnya ditekup.Dia terbatuk beberapa kali.Aura mengibas-ngibas tangan.Aura mendekati lelaki tersebut lalu mendongkokkan badan.Lelaki itu menjarakkan wajah.


“Kau dengar sini,aku tak kenal kau,dan aku tak kenal orang yang kau panggil Aqua.Dan…aku taknak tengok muka kau dikawasan ini lagi,faham?Huhm!!” Kata Aura sambil menguis batang hidungnya dengan ibu jari.Lagak seperti style Bruce Lee.Lelaki itu terpana,namun raut wajahnya masih berkerut menahan sakit diperut.


Aura pun beredar meninggalkan lelaki itu terbaring atas aspal.Dia menuju semula ke tempat asal.Mengambil kotak epal dan juga beg sandangnya.


Lelaki itu hanya merenung Aura melangkah sehinggalah Aura ghaib dari pandangan.Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala tidak percaya.What is her???

***************************************************

17 September, 2009

Spell 32 : Precious


Spell 32 : Precious


31 jam sebelum pertemuan Moon dan Zero…


Tengah Moon kusyuk melakar atas kertas,dia tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi handsetnya.Handset yang terletak di sebelah kanannya di capai dan terus di jawab tanpa memandang screen handsetnya.


“Hello?” tanya Moon,tangan masih melakar.


“Pick me at 7,today!” tangan Moon serta merta berhenti apabila mendengar suara si pemanggil,Vanessa..sepupunya.Mata Moon memandang jam di tangan,ada 8 jam sebelum jam 7.Moon sudah sedia maklum bahawa Vanessa akan pulang ke Sabah sebab dia adalah salah seorang model peragaan untuk Fashion Show yang akan diadakan bulan depan,tapi disebabkan Vanessa masih ada sedikit kerja di Paris,dia terpaksa menangguhkan kepulangannya bersama kami.


“Where?” soal Moon.


“An airport,”


“Which airport,”


“Triangle International Airportlah..kau nak kat mana pula?” suara Vanessa kedengaran kasar,mungkin naik angin disebabkan ditanya seperti itu.


“Okey..tapi aku mungkin akan lambat..”


“I don’t wanna know..aku nak bila aku sampai kat lapangan tu,orang pertama yang aku nampak kau,faham?” pintas Vanessa.Moon ketap bibir,rasa macam nak hentak aja kepala Vanessa dengan handsetnya.Tapi,dia tahu dia tiada keberanian untuk berbuat begitu,kepada sepupunya sendiri?No..Moon bukan orang macam tu.


“Okey..i’ll try,” Klik!Handset segera dijarakkan dari telinga.Moon mendengus nafas kasar.Mulut tu berat sangakkah nak cakap ‘Please’ dan ‘Thank you?’


Ditambah pula mengambil Vanessa adalah permintaan dari Aunty Sapheria,katanya untuk mengeratkan hubungan.Huh?Dengan perangai si Vanessa tu?Jangan harap…


Belum sempat Moon menarik nafas,handset sekali lagi berteriak,Moon mengepal penumbuk.Seketika kemudian barulah handset dijawab.


“Hello President,” kata Moon.


“Have Vanessa call yet?” macam tau-tau aja si president ni..


“Dia dah call,dia nak aku ambil dia kat airport,”


“Aku rasa biarlah aku yang ambil dia,kau ada kerja lagi yang nak disiapkan,” kata president,nama dia Vince.Tapi semua pekerja memanggil dia President.


“It’s okey president,it’s my responsible anyway,”


“Okey..it’s up to you,” klik!Handset dijarakkan sekali lagi.Memang sama species betullah dua beradik ni..suka sangat letak handset tanpa selamat tinggal..good bye pun bolehlah..ni??Tak faham betul!


****


30 minit sebelum jam 7,Moon sudah pun tercegat di lapangan terbang..di tempat kapal terbang mendarat.Ole kerana lapangan terbang itu milik keluarga Moon,dia ada full access untuk masuk ke sana.Sudah hampir 20 kali Moon menjeling jam.Kali terakhir dia memandang jam,pukul 7.40pm.Itu bermakna sudah lebih sejam Moon menunggu di sana.


Tiba-tiba kedengaran bunyi kapal terbang,perlahan-lahan kapal terbang yang hanya sebesar helicopter itu mendarat.Moon sekadar memandang.Selang beberapa minit kapal terbang itu mendarat,pintu pun terbuka.Kelihatan Vanessa sudah menuruni tangga diikuti pula dua orang lelaki membantunya mengangkat barang-barang.


Vanessa kelihatan sungguh anggun dengan mini dress berwarna coklat,diikuti pula dengan kakinya yang panjang(siapa-siapa yang pernah tengok Girl Generation menari,ah..begitulah kaki si Vanessa..hehe..)Mereka menuju ke pintu keluar lapangan terbang,tanpa bersapa dengan Moon,Vanessa terus melintasinya.


Moon melangkah ke belakang kereta untuk membukakan bonet kereta.Dua orang lelaki itu memasukkan bagasi-bagasi Vanessa di dalamnya.Selesai saja,Moon menutup semula bonet tersebut.Vanessa sudah pun berada di dalam kereta Mercedes CL 500 milik Moon.Dua orang lelaki itu pula kembali masuk ke dalam bangunan.


“Aku nak menginap di hotel,” kata Vanessa sebaik saja Moon masuk ke dalam kereta,belum sempat pun menyambungkan tali pinggang keselamatan.


“Tapikan aunty Ria nak kau tinggal dengan aku?” kereta dihidupkan.


“Apartment buruk kau?kau ingat aku ni siapa?” kata Vanessa angkuh.Peganggan pada stering

diketatkan.Menahan amarah.Apartment aku buruk?Fuh….


“Okey,” mahu tidak mau terpaksa juga mengalah.


“Hotel Eclipse,” Moon terbatuk.Hotel bertaraf 4 bintang tu?gila apa Vanessa?


“Jangan risau..aku takkan guna duit kau.Kau boleh simpan duit kau tu untuk bayar sewa apartment buruk kau,” tambah Vanessa lagi.Masih dengan ayat ‘apartment buruk kau’.Buruk pun,kau takda apartment.Moon membela dalam hati.


“Dahlah..jalan.Aku ngantuk ni,” kata Vanessa lagi.Tanpa menjawab,Moon terus meluncurkan kereta.Tidak mahu buang masa,tak pasal-pasal aku pula dikatanya buruk.


*****


“Ini bukan seperti yang aku nak,Soleen.Baju ni kelihatan suram.Langsung tak boleh tarik perhatian orang.Aku harap kau boleh perbaikinya lagi,” kata Vince setelah siap menganalisis lakaran baju oleh Soleen.Lakaran diletakkan atas meja.Soleen yang sedang berdiri mencapai lakarannya.


“Baiklah President,” Soleen akur.Baru saja Soleen ingin melangkah keluar.Vince telah memanggilnya semula.


Ada apa?” soal Soleen.


“Morgana mana?She should meet me at 8am,” kata Vince.Dia sudah terbiasa memanggil Moon sebagai Morgana.Dan hanya Vince yang memanggil Moon seperti itu.


“Cik Vanessa suruh dia pergi Hotel Eclipse,” jawab Soleen.


“Kenapa dia tak bagi tau aku?I’m the bos here,not Vanessa!!” tiba-tiba Vince meninggikan sura.Soleen terundur kebelakang.Terkejut dengan perubahan sikap bosnya.


“Saya ingat Moon dah bagi tau president,” nasib baik SOleen masih mampu mengawal getaran nada suaranya.Vince mengelu.Dia tersedar dia tidak sepatutnya memberi reaksi sebegitu,apalagi di hadapan pekarjanya.


“Sorry..kau boleh pergi sekarang,” kata Vince.Selepas tunduk Soleen segera beredar.Vince kelihatan risau,dia tahu Vanessa tidak sukakan Moon.Sejak kehadiran Moon dalam keluarga mereka,Vanessa tidak serik-serik menyusahkan Moon.Tapi Moon,dia tidak pernah kisah dengan perbuatan Vanessa,buat don’t know aja.


Akhirnya Vince mengambil keputusan untuk menyusul ke Hotel Eclipse.Kot yang tersangkut di tempat penyangkut di capai dan terus keluar dari pejabatnya.E


Entah kenapa,semenjak dua menjak ni,Vince selalu mengambil berat pasal Moon.Tidak kira perkara kecil ataupun besar.


*****


“Kau nak aku buat apa?” soal Moon sambil melabuhkan punggung atas katil size queen di hotel itu.Kelihatan Vanessa masih memakai bathrobe dengan kepala yang dibungkus dengan tuala putih.


“Pilihkan aku baju,kau tau aku tak boleh pilih.Yang selalu buat pembantu aku atau pembantu rumah.Kau pilihkan,” kata Vanessa.Minah ni memang tak pandai ucap ‘tolong’ atau ‘terima kasih’kah?Moon hanya berkata dalam hati.Namun apabil teringatkan akan ucapan ‘tolong’ dari aunty Sapheria,dia layu.


Moon bangkit dan menuju ke almari Vanessa di mana semua baju-baju Vanessa sudah di kemaskan ole pekerja hotel.Ole kerana Moon sudah terbiasa dengan cita rasa model-model seperti Vanessa di tau apa dan apa yang tidak digemari oleh mereka.


Setelah beberapa minit menganalisis,baju yang sesuai untuk dipakai oleh Vanessa sudah pun didalam tangannya.Baju tersebut diletak atas katil.


Ada apa-apa lagi?” soal Moon.


“Sekejap,” kata Vanessa,dress berwarna biru bertali pinggang putih itu dicapai dan berlalu ke ruang sebelah.Baju tersebut adalah sentuhan halus pereka fesyen, Adeline AndrĂ©.


Sementara itu Moon berlalu dulu ke tandas.Beg di letakkan atas sofa.Setelah Vanessa siap memasangkan dress tersebut ditubuhnya,dia keluar.Namun tiada bayang.Vanessa kemudiannya menuju ke arah almari,ingin membelek diri.


Namun automatic mata Vanessa menangkat sesuatu.Buku berwarna ungu silver yang terkeluar separuh dari beg moon,buku yang pernah membuatkan Vanessa di tolak kasar kerana menyentuhnya.Dia pernah memegang buku tersebut semasa Moon tinggal di Paris.Disebabkan rasa terkejut Moon menolak Kasar Vanessa sehingga terjatuh atas simen marmar9bilik Moon semasa di Paris).


Vanessa memandang sekilas ke pintu tandas.Kemudian mendekati beg tersebut,perlahan-lahan buku itu di bawa keluar.Covernya di buka.Mata Vanessa serta merta menjadi bulat.Dia menelan air liur.Dia memang tidak percaya.Peneraju Syarikat IE ada di dalam buku itu??


“Vanessa!” kata Moon seakan terkejut.Vanessa segera menutup buku tersebut.Moon melangkah pantas kearah Vanessa.Tangan ingin merampas semula buku itu namun pantas lagi tangan Vanessa meletakkan buku itu di belakangnya.


“Vanessa please..give me back!” suara separuh tegas,separuh merayu.Vanessa tayang senyuman sinis.Memang,dia takkan bagi buku tersebut sebelum membalas dendam.


“Moon,kau pernah tolak aku hanya kerana aku sentuh buku ini,sekarang aku dah nampak semuanya isi kandung buku ni,adakah aku akan bunuh aku?” kata Vanessa.Suara macam menyindir pun ada juga.Moon mengeluh.


“Tak..tapi tolong pulangkan.I beg you,” tangan sudah dihulurkan.Moon betul-betul merayu.Vanessa tergelak.


“You ‘re begging me?” Vanessa ketawa lagi.


“Ambillah sendir!” katanya lalu keluar dari bilik tersebut.Moon tersentak lalu mengejar Vanessa.


“Vanessa please..pulangkan balik!”


“Nope!” Vanessa sudah masuk dalam lif,Moon ketinggalan di luar.Lif sebelah di tekan.Buka saja Moon terus masuk.Dia pun tak tahu Vanessa di tingkat mana sekarang.Namun dia perlu mencuba.Buku itu penting,penting mengalahkan nyawanya sendiri.


Lif terbuka di tingkat paling bawah.Moon keluar mencari Vanessa.Penta jugalah round-round hotel tu,mau tercabut urat-urat dawainya.Namun,Tuhan sentiasa adil.Dia akhirnya menjumapi Vanessa setelah berpeluh-peluh mencarinya.Rupanya Vanessa sedang berdiri di foyer hadapan hotel.


“Vanessa..” panggil Moon.Vanessa menoleh dengan mimik muka tenang yang menggeramkan manusia.Moon mendekati Vanessa.


“Sebelum aku bagi kau buku ni,aku nak kata sesuatu,” kata Vanessa sambil peluk tubuh.


“Okey,” ringkas jawapan Moon.Yang penting buku dapat balik.


“Kau tau tak kehadiran kau selama ni dalam keluarga aku,membuatkan aku menderita?” Vanessa memulakan bicaranya.Moon sekadar diam.Dia tahu tapi buat-buat tak tahu..bukan salah dia.Vanessa saja yang taknak bertolak ansur.


“Mama tak layan aku sebab kau,aku tak mampu nak dekati mama,tolong sorongkan kerusi rodanya..abang pula tak selalu bantah aku bila kau datang.Selama ini abang,papa dan mama tidak pernah mengabaikan aku..kehadiran kau mengubah segala-galanya!”


“Vanessa,aunty dan uncle tidak pernah mengabaikan kau...diorang sayangkan kau,begitu juga dengan Vince.Cuma,aku pelik kenapa kau taknak cuba bertolak ansur dengan aku..kita ada hubungan persaudaraan tau,” Vanessa mendengus.


“Persetankan dengan hubungan kekeluargaan kau tu..tak pernah pun aku dengar pasal keluarga kau sebelum ni,aku dapat tahu selepas kau jejakkan kaki di Paris.Kalau betul kau ni ada hubungan dengan

kami,kenapa tak pernah muncul??” suara Vanessa meninggai.


“Aku sendiri tak tahu aku ada keluarga di Paris.Mama tak pernah bagi tau kami pun,”


“Itu bermakna..kamu semua pentingkan diri sendiri.Mama aku yang dah lumpuh pun kamu tak pernah jenguk.Memang pentingkan diri sendiri!!” bentak Vanessa sambil menuding-nudingkan jarinya.


“Vanessa..kau tak boleh salahkan aku seorang aja..lagi pun kamu kan dah jumpa mama,papa aku 6 tahun lalu?”


“kenapa tak beberapa tahun sebelum tu?Dasar keluarga lupa daratan!!” katanya lagi sambil menuju ke kolam dan melemparkan buku yang ada di tangannya ke dalam kolam.Moon tersentak,mata sudah berkaca.


“You’re too much,Vanessa!!”


*****


Dan begitulah kisah sebelum itu..



“Kau dah pandai berenang?” soal Zero.Wajah Moon berkerut-kerut.Tuhan,tolong hantarkan aku penyelamat!


“Morgana!” tiba-tiba kedengaran suara memanggil dari arah belakang Zero.Zero menoleh.Kelihatan Vince sedang menghampiri Moon.


“Are you okey?” soal Vince,pantas tangannya membuka kot lalu menekup tubuh basah Moon.Zero mengerutkan dahi.Lelaki ini??


“Yah..i’m okey..” jawab Moon.


“Vanessa did this to you?” soal Vince lagi seakan tahu apa yang terjadi tadi.


“It’s okey..” jawab Moon.Saat itu,Zero rasa dia macam tunggul,tiang eletrik yang tersergam indah di tepi-tepi jalan.Mamat ini yang pernah aku jumpa dengan Moon 2 tahun lalu.Saat aku mahu menjejaki Moon di Paris.Zero bercerita dalam hati.


"Oh..i’m sorry..i don’t notice that..”


“It’s okey..it’s okey…” pintas Zero.Sebenarnya dia tidak mau mendengar ayat yang seterusnya.Sakit hatinya.


“Kau dengan Morgana..??” soal Vince.Morgana?Nama dia Moonlah..siapa bagi kau hak panggil dia Morgana??! Hati Zero mendengus kasar.Zero memandang Moon dengan mata yang sedikit tajam.Moon tutup rapat matanya.Tahulah takut ketauan aku ni ex-boy di depan fiancĂ© tersayang kau,kan?Hati sembarang jawab.Zero mengeluh.


“No..kami tak kenal..aku Cuma nak pastikan di tak apa-apa tadi,” jawab Zero cukup tenang,namun dalam hati,mau putus urat-uratnya dek kesakitan.Moon pantas angkat muka,terkejut ataupun??


“She okey know,..tolong jaga tunang kau baik-baik,jangan biar orang lain injak kepalanya,” pesan

Zero.Vince dan Moon sama-sama tersentak.Tunang??!


“Tuna..” ayat Vince terhenti apabila Moon menyiku pinggangnya.Pantas kepala Vince menoleh kea rah Moon,menyoal dengan kening terangkat.


“Okey..aku rasa takda apa-apa lagi,kan?Good bye!” kata Zero,dia berpaling dan segera melangkah.


“Moon..jom masuk,” kata Vince sambil membawa Moon masuk ke dalam bangunan.Sempat Moon berpaling ke belakang,hanya belakang Zero yang kelihatan.My Prince…


‘Itu tunang kau,Moon..dua tahu lalu..aku nampak kau keluar dengan dia dari church,siap bawa baju pengantin lagi.Kau memang betul-betul dah lupakan akukah,Moon?Ternyata..apa yang kita lalui selama ini langsung takda makna buat kau,’


*****


“Moon!!” jerit Mine sambil mendapatkan Moon.Tubuh Moon dipeluk erat,melepaskan rindu.Moon tersenyum.


“Mine..aku tak dapat bernafas..” suara Moon hampir tenggelam.Mine tersentak lalu segera melepaskan rangkulannya.


“Kenapa tak call dulu?” soal Mine.


“Saja..nak bagi surprise..Jan mana?”


“Dia takda..taulah mamat polis,” kata Mine.


“Jomlah..masuk dalam.Aku ada something yang nak di’share’kan,” sambung Mine pula.Moon sekadar menurut.Mine dan Moon sama-sama masuk ke dalam banglo keluarga mine.


“Cantik tak?” soal Mine sambil menekapkan baju itu di tubuhnya.


“Mestilah..tengok-tengoklah siapa yang reka,” kata Moon,puji diri.


“Aku tak kata baju ni,tapi aku sendiri,”


“Alah..siapa-siapa yang pakai hasil sentuhan aku akan tetap nampak cantik walaupun rupa dia macam kuda belang,” kata Moon lagi.Mine tersenyum lalu mendapatkan Moon yang duduk di atas katilnya.Baju pengantin di letakkan atas kerusi meja solek.


“Moon..thank you..kau reka khas baju pengantin ini untuk aku..”


“Mine..who am I to you?a friend?” kata Moon.Mine mengangguk.


“Then..why thank me..kalau aku ni kawan kau,kau tak perlu ucap apa-apa,as long as kau happy dengan baju ni,as long as baju ni membawa kebahagian pada kau,itu sudah memadai dari ucapan ‘thank you’ kau tu,” kata Moon.Mine tersenyum.


“Tapi..kalau aku kata aku tak dapat pergi..”


“Hah?jangan nak berani cakap!kau dah janji Moon..kau ubah fikiran sebab Zero?” teka Mine.


“Aku jumpa dia kemarin dekat Eclipse Hotel,”


“Betul?so,macam mana?” Mine ingin tahu.


“Dia nampak Vince,lepas tu dia ingat Vince tu tunang aku,gila!”


“Lepas tu?apa Vince cakap?”


“Aku suruh dia diam..biar,lagi pun kan dia juga dah nak bertunang.Anak yang setaraf dengan dia juga..”


“So kau ni tak setaraflah dengan bakal tunangan Zero?”


“Tak tahu..tapi biarlah.Aku taknak dia ingat kisah dulu yang buat dia merana,kau pun tahu macam mana

dia terseksa dulu,kan?”


“Jadi yang kau tu sakit tak habis-habis selama dua minggu,tak terseksa?lepas tu,masuk wad,wayar terpasang sana-sini,tak terseksa?” Mine mengimbau semula bagaimana keadaan Moon sewaktu berada di Australia,6 tahun lalu.Hanya Mine yang tahu bagaimana keadaan Moon masa tu,sebab moon berkeras tidak mahu kakaknya,Zany atau Zero tahu keadaannya.Buat orang risau takkan buat dia sembuh.Hampir sebulan Moon macam tu.Semua orang takut,Puan Sapheira tak habis-habis menangis.Terlalu takut.


“Itu lainlah..”


“Apa lainlah..keadaan kau denagn Zero masa tu sama aja tau?Aku pula masa tu yang terasa macam nak bunuh diri,nasib baik Prince(Jan) aku datang,kalau tak..susah!” Moon tergelak mendengar bicara Mine.Makin cute pula Mine bila dah dekat nak kahwin.


“Tapikan,Zero dah matang.Dia nampak segak dengan kot,” kata Moon pula.


“Cakap ajalah yang kau masih suka dengan dia,”


“Aku tak kata apa-apa,okey?”


“Memang kau tak kata apa-apa,tapi aku yang berkata-kata,”


“Banyaklah kau!” Moon menolak bahu Mine,Geram dibuatnya.


“So?” soal Mine.


“So?So what?” Moon pula menyoal.


“Yalah dapat datang atau tak?kalau kau tak datang..aku..”


“Okey..okey..aku datang..takkanlah aku kejam sangat,” Moon segera memintas,takut Mine

merajuk.Orang sekali aja kahwin.


“Yalah..kau kan witch dulu,”


“Jangan lupa kau ada sebut perkataan ‘dulu’ itu bermakna sekarang tidak lagi,aku sudah kembali normal,”


“Yalah tu..ni,tolong aku pakaikan baju ni,” kata Mine sambil berlalu ke meja solek.Baju di capai.Moon bangkit dan melangkah kearah Mine.


“Moon..Zero masih ada di hati kau,” kata Mine,bukan soalan tapi penyataan.Moon hanya tersenyum.Tangannya cekap membantu Mine dengan baju pengantin putih itu.


***************************************************************


Ps: sorry ini aja yang termampu..minta maaf kalau jalan ceritanya tak berjalan,macam tu juga..SOrry ya?EnjoY!love u guys!btw,please leave some comment,kay?

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.