Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 October, 2009

Spell 34 : The Promise


Spell 34 : The Promise


“Ya cik,apa yang kami boleh bantu?” soal perkerja wanita di tempat kaunter pendaftaran.


“Em..aku rasa aku ada tertinggal barang dekat ballroom semalam.Ada sesiapa yang nampak atau pulangkan?” kata Moon.


“Okey..tunggu sekejap ya?” kata pekerja itu lalu membuat semakan pada computer di hadapannya.


“Maaf cik..tiada barang pun yang di kembalikan di sini semalam,”


“Oh..tak apalah..tapi boleh tak aku sendiri yang pergi cari dekat ballroom.Sebab,barang tu penting bagi aku.Semua dokumen penting ada di sana,” kata Moon.Memang pun penting,setiap lakaran rekaan yang sudah pun siap,Moon akan selitkan di dalam buku itu.


“Boleh..sila ikut saya cik,” kata pekerja itu sambil keluar dari kaunter pendaftaran.Moon menyusul gadis tersebut.


Sepanjang menuju ke ballroom,seorang bellboy menemaini Moon.Sesampai saja di pintu ballroom,bellboy itu ingin membuk menggunakan kunci tapi mukanya tiba-tiba bertukar pelik.


“Ballroom ini tidak berkunci,” kata bellboy itu.


“Apa?” Moon tidak jelas.


“Takapa..silakan cik,” bellboy itu mempersilakan Moon masuk.Moon pun melangkah masuk,disusuli pula dengan bellboy tersebut.


“Lambat!” kedua-dua mereka tersentak.Moon berpaling kea rah suara tersebut.Hampir jatuh jantungnya ke lantai.Matanya terbuka luas.Zero????


“Zero?”


“Kau boleh pergi,” kata Zero kepada bellboy tersebut.Bellboy tersebut menurut.Sebelum keluar dia sempat tunduk hormat pada Zero.Moon hanya memandang bellboy itu keluar dari ballroom,kalau boleh mau saja dia ikut bellboy itu keluar.


“Kenapa?Jangan risaulah Moon..aku takkan makan kau,” kata Zero seakan faham telatah Moon.Moon buat muka meluat.


“Kenapa kau ada di sini?” soal Moon.


“Hotel keluarga aku,” pendek saja jawapan Zero.


“Bukan itu maksud aku..kenapa kau boleh ada kat ballroom ni?”


“Tunggu kaulah,” jawab Zero.Mata Moon terbeliak.Dia mengerutkan kening.


“Apasal kau tunggu aku?”


“Okey..kalau kau taknak buku ni,takapa!” kata Zero sambil mengeluarkan buku itu dari belakangnya lalu melangkah.Moon tersentak.


“Ehh..tunggu..tunggu..bagi balik buku aku!” halang Moon dari depan Zero.Zero tersenyum segaris.Senyuman itu masih meleburkan Moon,nasib baik Zero ada di hadapannya kalau tak sudah lama dia jatuh terduduk.


“Bukan kau dah buang buku ni 6 tahun lalu?” soal Zero sambil mendekati Moon.Moon tahan nafas sambil mengundur ke belakang.Zero tersenyum.Moon menjeling.


“Aku tak perlu jawab soalan tu.Pulangkan balik!” kata Moon sambil menghulurkan tangannya.Zero ketawa pula.Moon mencebik.Janganlah asyik senyum depan aku!!


“Okey..aku akan pulangkan tapi dengan satu..tidak!Dengan dua syarat,” kata Zero.Bersyaratlah pula mamat ni!


“Syarat apa?” Soal Moon.Jangan saja dia minta aku jadi maid dia lagi..sudah!


“Ikut aku!” kata Zero seraya menarik tangan oon keluar dari ballroom.


“Zero..wait!” jeritan Moon tidak diendahkan.


*****


“Kenapa kau bawa aku kesini?” soal Moon duduk sambil memeluk tubuh.


“Sebab aku tak boleh bawa kau ke tempat awam,” jawab Zero selamba.Moon memandang sekeliling

restaurant itu,mewah dan berkelas tinggi.Ianya sebuah restaurant Italy.Lampu-lampu yang terhias di siling tentunya diimport dari Italy juga.


“Cakaplah cepat..apa syaratnya?” soal Moon seakan menggesa.


“Temankan aku makan.Aku lapar,sejak semalam aku tak makan,” kata Zero sambil mengusap

perutnya.Moon menjeling jam ditangan,tepat jam 4 petang.4 petang??!


“Aku taknak makan!” balas Moon.Walaupun ada sedikit kerisauan,dia tetap bersikap dingin.


“Aku tak bawa kau makan sekali..aku just suruh kau temankan aku makan,” jawab Zero selamba.Sengaja membakar hati Moon.Moon berdehem,malu barangkali.Kalau boleh mau saja dia membaling Zero dengan garfu di depannya.Buat malu orang aja!


“Apa-apalah..but make it faster,tercekik saja aku terus balik dengan buku tu sekali.” Kata Moon.Zero tersenyum lagi.Macam seronok aja kena marah.Moon..Moon..kau tak pernah berubah.


“Apa gelak-gelak..cepatlah pesan!” kata Moon sedikit lantang.Semua kepala pelanggan terus beralih pada mereka,terkejut dek nada Moon.Moon terdiam.Zero pula sekadar memberi isyarat menunduk memohon maaf.


“Jangan takutkan orang Moon,” kata Zero separuh menyindir.Moon menjeling tajam.


“Kau nak aku baling kau dengan high heel ni?” ugut Moon sambil bersedia membuka high heelnya.Zero tergelak lagi.


“Okey..okey..waiter!” Zero mengalah sambil memanggil seorang pelayan lelaki.Pelayan itu datang bersama dua menu di tangannya.


Bruschetta Classica and Bruschetta Al Pomodoro.Cepat sikit,nanti aku pula yang dibaham,” kata Zero masih belum puas menyakat Moon.Moon menjeling lagi.Pelayan itu pun beredar.


“Syarat yang kedua apa?” soal Moon lagi,mengesa.


“Tak boleh sabarkah kau ni Moon?”


“Aku tak ada masa nak sabar-sabar tau..aku masih ada banyak kerja lagi.Jangan buang masa aku,”


“Okey..okey..syarat yang kedua ialah aku nak kau jelaskan sesuatu,”


“Apa dia?” soal Moon.Zero menyaluk poket kot sebelah kiri lau meletakkan sebuah key-chain dan sekeping kertas di atas meja.Kertas itu bertulis nombor-nombor seperti yang Moon pernah beri kepada Zero dulu.Moon menelan air liur.Worst!


“Ini kepunyaan kau kan?” soal Zero.


“Bukan..aku tak kenal benda tu,” jawab Moon.


“Jangan bohong..Mine yang cakap kertas dan key-chain ini milik kau.Aku cuma nak penjelasan Moon.Nombor ni..apa maksudnya?” kata Zero lagi.Bersungguh-sungguh mahukan penjelasan.Moon menggeleng.


“Bukan aku punya.Lagi pun Mine yang cakap begitu,bukan aku,”


“So kau taknak buku ni?Fine!Jangan menyesal!” kata Zero sambil bangkit.Moon turut bangkit.


“Kau tak boleh buat aku begini,Zero.It’s not fair!”


“Then answer me!Kenapa kau taknak mengaku?” nada Zero bertukar tegas.Moon terdiam seketika.Meeka tidak kisah lagi dengan pandangan orang lain.Mata Moon dan mata Zero berlaga.Moon kalah.


“Okey..aku takkan jawab apa-apa dan aku juga takkan tuntut buku tu balik!Kau boleh simpan!” kata Moon lalu segera beredar.Namun Zero segera menyentap tangan Moon.Moon kembali menghadap Zero dengan pandangannya yang tajam.


"Kau takkan pernah terlepas dari aku Moon,I promise you!" mata Zero tajam menikan mata Moon.


"Jangan ingat aku tak boleh lepaskan diri dari kau!" Moon menarik tangannya,kasar dan terus beredar.Dia sudah tidak boleh menghadap Zero lagi.Zero terpana.Seketika kemudian barulah dia mengejar Moon.Baru saaja melangkah keluar dari restaurant,handsetnya pula berdering.Langkahnya mati.Zero mendengus.Time beginilah kau berbunyi.Panggilan tersebut disambut.


“Zero kau kat mana?Kami semua dah tunggu kau 15 minit tau,” suara Brenda kedengaran di corong handphone.Zero mengetap bibir.


“Brenda..aku dah cakap semalam yang aku takkan datang.Kenapa kau tak nak faham aku?”


“I’m sorry Zero..tapi aku cintakan kau,aku tak boleh lepaskan kau,”


“Brenda..please understand me..i can’t!” suara Zero seakan merayu.


“Aku taknak faham..aku akan tunggu kau dengan family aku sampai kau datang!” klik!Talian segera dimatikan.Zero mendengus kasar.Okey..kau taknak ikut cara ni,then aku terpaksa buat cara kasar!


*****


Pintu bilik tempahan dikuak dari luar.Zero melangkah masuk.Kelihatan Lady Yuna dan Tuan Albumin serta keluarga Brenda sedang duduk mengelilingi meja bulat itu.


“Here you are,Zero?How are you?” soal Encik Himura,bapa kepada Brenda.Zero melabuhkan punggung sambil menjawab soal Encik Himura.


“I’m fine,uncle.Thank you!”


“Hah..Brenda,pergi duduk sebelah Zero.Papa dah lama tak tengok kamu duduk bersebelahan,” arah

Encik Himura.Tuan Albumin dan Lady Yuna sekadar berpandangan.Brenda memandang Zero,kemudian dia

bangkit lalu mangambil tempat di sebelah Zero.Zero memandang Tuan Albumin.Matanya seperti menyampaikan sesuatu.


“Apa kata kita mulakan perbincangan tentang pertunangan Brenda dan Zero sekarang?” kata Encik Himura memberi cadangan.


“Maafkan saya uncle,tapi sebelum itu .Izinkan saya untuk bercakap sebentar,” kata Zero.Mata Brenda

segera berpaling kea rah Zero.Dari situ dia sudah dapat menangkap sesuatu.


“Boleh..silakan,”


“Saya ingin membatalkan pertunangan ini sekaligus perjanjian ini.Saya tak boleh bertunang dengan Brenda.Maafkan saya!” kata Zero hanya senafas lalu bangkit.Sebelum beredar dia sempat tunduk meminta maaf.


“Zero!” panggil Brenda sambil keluar dari bilik tersebut.Encik Himura dan isterinya,Puan Syika cukup tersentak.Namun Lady Yuna dan Tuan Albumin langsung tidak menunjukkan riak terkejut kerana Zero sudah pun memaklumkan pada mereka yang diak akan batalkan pertunangan itu sebelum perjumpaan keluarga.


“Apa maksud semua ini?” soal Encik Himura dengan wajah berkerut.Wajah mereka jelas menunjukkan ketidakpuasaan.


“Tolong jelaskan Encik Albumin,Puan Yuna!” tambah Puan Syika pula.


“Maafkan kami Encik Himura,Puan Syika..nampaknya pertunangan serta perjanjian ini terpaksa di batalkan.” jawab Tuan Albumin.Dia dan Lady Yuna sama-sama bangkit.


“Maafkan kami!” pinta Lady Yuna pula.Encik Himura dan Puan Syika seraya bangkit.


“kamu tak boleh buat kami begini,Encik Albumin.Macam mana dengan tempahan dan kad-kad sudah pun diedarkan.Apa pandangan mereka nanti?” soal Puan Syika lagi,nyaring suaranya.


“Kami minta maaf..pasal itu,kami akan selesaikan.Tapi kami tetap menurut keputusan Zero.Kami pergi dulu,” jawab Tuan Albumin lalu membawa Lady Yuna keluar dari bilik itu.Pintu ditutup dari luar.Encik Himura mendengus kasar lalu melabuhkan punggung.


*****


“Zero!” lengan Zero disentap.Langkah Zero mati.


“How can you do this to me?Why?” air mata Brenda sudah bercucuran.Zero berpaling.


“Brenda..aku minta maaf tapi aku tak boleh.Cuba faham aku!”


“Tapi aku cintakan kau Zero..tak bolehkah kau bagi aku satu peluang untuk mencuba?”


“Aku bukan taknak bagi peluang..tapi aku tak boleh.Aku dah cakap semalam,aku cintakan orang lain,” Brenda tersentak.Air matanya diseka.


“Please..cuba untuk mencintai aku Zero.Aku janji aku akan buat yang terbaik untuk kau,” Brenda memaut tangan Zero.Perlahan-lahan Zero melarikan tangan Brenda.


“Brenda..kau seorang yang sempurna,kau baik tapi aku bukan yang terbaik untuk kau.Aku percaya,kau tetap akan jumpa lelaki yang terbaik untuk kau,but not me.Okey?” kata Zero.Brenda sekadar mendiamkan diri.Macam mana aku nak cari lelaki yang baik sedangkan hanya au yang ada di depan mara aku,Zero.


“Aku minta maaf.Aku pergi dulu,” Zero beredar.Brenda hanya dapat memandang pemergian Zero.


“Kenapa aku tak boleh??”


*****


Kelihatan kira-kira 10 orang model wanita sedang berjalan di atas entas berbentuk T panjang yang di lekapi dengan fabric berwarna hitam bersama seorang choreography memerhatikan para modeling itu berjalan atas pentas.Mereka begitu bersungguh-sungguh dengan langkah mereka ini kerana CEO Mathias Fashion Show turut memerhatikan mereka.


“Moon?Moon?” panggil Kiran sambil menyiku Moon.Sudah beberapa kali Kiran memanggilnya namun tiadak reaksi darinya.Tapi kali ini dia tersentak.


“Ya?” jawab Moon dengan kedua kening dinaikkan.


“Kenapa ni?Dari tadi aku panggil,kau marah aku ya?” Moon senyum segaris.


“Kalau aku marah kau,mesti kau dah tahu apa jadi dengan kau,kan?” giliran Kian pula tersenyum kelat.


“Yakan..so,kau ni kenapa?Tak pernah-pernah aku nampak kau mengelamun sampai pekak,” kata Kiran,ada bau menyindir.


“Takdalah…saja nak mengelamun,” jawab Moon pula kemudian bangkit lalu melangkah.Kiran angkat kening kiri,kemudian menggeleng lalu melangkah ke bahagian penonton sebelah kanan pentas.


Vince yang duduk sambil berpeluk tubuh itu terpandang Moon sedang berjalan keluar dari dewan.Dari jauh dia boleh nampak,Moon sedang mengelamun.


Moon mengeluh lagi,sedari tadi keluhannya tidak pandai redah.Semua itu gara-gara Zero,buku itu ibarat nyawa kepada Moon.Sudah bertahn-tahun dia hidup bertemankan buku itu.Dengan buku itu,dia sentiasa dapat merasa Zero berada di sampingnya.Sekarang,Zero dah nak bertunang dan buku itu juga ada di tempatnya.Macam mana aku nak hidup???


Tiba-tiba kaki Moon tersedung wayar,dalam masa yang sama wayar itu terselit di bawa tangga di tempat krew-krew menghias tepi pentas.Moon jatuh terduduk.Kedengaran suara teriakan dari pentas apabila tangga besi itu sudah ingin menghempap tubuh Moon.


“Moon!” hanya suara Vince yang didengarnya dan dia menutup mata.Tapi tiada kesakitan pun di tubuhnya.Moon membuka mata.


“Abang!” panggil Vanessa sambil menuruni tangga.Cemas wajahnya.


“President!?President??Answer me!!” jerit Moon sambil mengoncang bahu Vince tapi Vince sudah tidak sedarkan diri,rupanya dia menerpa ke arah tubuh Moon untuk melindungi Moon dari tangga besi itu.Para krew dan modeling sudah mengerumuni tempat itu.


“Abang!” Vanessa sudah mulai menangis.Badan Vince di goncang-goncang.


“Call the ambulance,now!!” jerit Moon.


*****


“Semua ni salah kau Moon!Salah kau!” jerit Vanessa sambil muncar-mandir di hadapan katil Vince.


“Boleh kau diam tak?Lepas ni baru bincang.Kau tak nampak Vince sedang tidur?” balas Moon.Lebih baik menjawab kalau orangnya tidak pandai diam.Vanessa mendengus sambil melabuhkan punggung di sofa.Moon pula duduk di sebelah katil Vince.Kelihatan tangan Vince dibaluti dengan pembalut luka.Lengannya diberi beberapa jahitan akibat hempapan itu.I’m sorry President…


Mata Vince terbuka perlahan-lahan.Orang pertama yang dilihatnya adalah Moon.


“Vanessa,president dah sedar!” panggil Moon.Vanessa segera menuju ke katil.


“Where am i?” kata Vince sambil bersandar ke katil.


“Abang ada kat hospital,gara-gara peremuan ni,” jawab Vanessa.Moon sekadar menjeling tajam.Vince memandag Moon.


“Are you okey Moon?” soal Vince pula.Vanessa buat muka meluat.


“Why are you do that?” soal Moon.Vince diam seperti sedang memikirkan sesuatu.


“Vanessa..tolong tinggalkan kami sendiri,boleh?” pertanyaan Moon tidak di jawab melainkan menyuruh Vanessa untuk tinggalkan mereka.Vanessa mendengus.Tas tangan yang ada di atas sofa dicapai kasar lalu beredar.Jelingan tajam sempat diberikan pada Moon.


“Morgana,aku ada sesuatu nak bagitahu kau,” kata Vince dengan muka seriusnya.


“Apa?”


“Aku rasa aku dah cintakan kau,” seakan tersepit jantungnya di antara paru-paru mendengar luahan tersebut.Mata Moon menjadi bulat sebulat-bulatnya.Mata Vince pula lembut merenung Moon.


*****


Tok!Tok!Tok!


Pintu bilik Zero diketuk.Dengar saja suara Zero mempersilakannya masuk,dia terus masuk.Fyonne,sebagai PA Zero melangkah mendekati mejanya.


“Tuan,apartment yang tuan nak saya carikan itu sudah ada di tangan saya,” kata Fyonne.Zero yang sedang meneliti beberapa dokumen memandang Fyonne.


“Okey,” kata Zero lalu bangkit menuju ke ruang tamu di dalam pejabatnya.Fyonne turut membuntuti Zero.Mereka melabuhkan punggung.


“Macam mana keadaan apartment tu?”


“Seperti yang tuan nak.Dindingnya kalis bunyi,sunyi dan pemandangan waktu malamnya pun memang best.Dan lagi,saya dengar penyewa sebelah apartment itu selalu tak balik,so keadaan sunyilah,” terang Fyonne.


“Okey,so tolong arahkan beberapa orang untuk memindahkan barang-barang aku.Bila boleh pindah?”


“Dalam minggu ni,”


“Thank you,kau boleh keluar sekarang,” Fyonne tunduk lalu beredar.Selepas saja PA nya lesap,Zero terus bersandar ke sofa.Rambutnya dikuak kebelakang.Buku yang ada dalam almari perhiasan dipandang sepi.Moon,aku nak tahu maksud nombor-nombor tu?Kenapa kau taknak mengaku??


Bertahun-tahun Zero mencari maksud nombor-nombor itu,Ada sekali,Zero mendail nombor tersebut tapi tiada sambungan.Zero juga meminta para saintis untuk menterjemahkan nombor itu.Tapi satu saintis pun tidak pernah melihat perkataan dalam bentuk nombor.


*****


Sudah tiga hari berlalu semenjak peristiwa di dewan itu berlaku.Dalam tiga hati itu juga Moon menahan perasaannya apabila dia masuk ke dalam wad Vince untuk menjaganya.Dia boleh pilih sama ada mahu menjaga Vince atau tidak,tapi takkan dia mahu tinggalkan Vince setelah Vince selamatkannya??


Arg..!!!What should I do????Aku tak sangka pula President boleh suka kat aku.Tapi aku ni kan sepupu dia,mana boleh dia suka kat aku???” kata Moon sendiri sambil duduk di bawah pohon pokok berbunga kuning.Sambil tangannya memegang aiscream dalam gelas.Aiscream itu ditonjok-tonjok dengan sudu.


‘Aku tak minta jawapan sekarang..aku akan tunggu,’


‘Tapi..jangan terlalu lama,’


‘Kita sepupu tiga kali..bermakna aku masih boleh suka dengan kau,’


‘Aku sedia terima apa saja keputusan kau,’


Kata-kata Vince tempoh hari menerpa semula di telinga Moon.Sesudu aiscream dimasukkan ke dalam mulut.Dia baru saja keluar dari wad Vince,memang buat orang sesak.Tapi Vince pula macam tiada apa yang terjadi.Sehingga membuatkan Moon berfikir,adakah semua yang Vince katakan sekadar gurauan?Tapi,kalau betul semua itu gurauan,baguslah.


Tapi aku tak boleh terus-menerus mengelak,aku mesti cakap dengan dia.Aku tak suka dia,aku hanya anggap dia macam abang aku.Okey tak??Noo!!!Bukan semudah itulah..aduh!!!Sesiapa..tolong aku!!


**************************************************************************


02 October, 2009

Spell 33 : Wedding Ceremony


Spell 33 : Wedding Ceremony


“Hei!” laung Zero sebaik saja memasuki ruang Wonder Bar itu.Kelihatan Uto,Ches,Awie dan Alven sedang duduk di meja bar berempat.Mereka mengangkat tangan.Sementara Zero menghampiri mereka.


Wonder Bar masih belum berubah namun hanya satu yang berubah,mereka berlima bukan lagi peneraju pentas.


“Hey..” kata Ches.Sambil tangan mengenggam antara satu sama lain.Begitu juga dengan yang lain.


“Ingat kau tak datang,” kata Alven.Zero melabuhkan punggung bersebelahan dengan Ches.


“Mestilah..kan aku yang ajak.Nadal mana?” soal Zero sambil seorang pelayang meletakkan segelas whiskey di hadapannya.


“Sorry to say..dia tak boleh.Baru aja dia mesej aku tadi,” terang Awie.


“Apasal kau bawa kami kat sini?” soal Alven pula.


“Lusa adalah hari perkhawinan kawan aku,tempatnya adalah Hotel Eclipse,dan aku nak minta pertolongan kamu untuk buat persembahan di sana..alah..untuk satu hari aja.Macam mana?” mereka berpandangan.Agak lama juga mereka mendiamkan diri,diorang sekarang bukan macam 6 tahun dulu lagi,sekarang semuanya sudah berkomitment.


Ches mengendalikan syarikat perkapalan milik keluargannya,manakala Alven sudah punya bar sendiri.Uto pula,sudah berkeluarga dan sedang menerajui ladang anggur di Korea.Nadal pula berkerja sebagai doctor di hospital induk sabah.Manakala Awie berkerja sebagai photographer.


“Boleh juga,” setelah mendiamkan lebih dari dua minit,Ches akhirnya bersuara,sekali gus mewakili Uto dan Alven dan Awie.


“Okeylah..aku pun setuju juga.Mungkin aku boleh jumpa ‘sesuatu’ di majlis itu nanti,” jawab Awie ’Sesuatu’ yang dimaksudkan oleh Awie adalah sesuatu yang menarik dan berharga untuk di foto.


“Okey.I’m in!” jawab Uto pula,ringkas.


“Then..bila kita boleh berlatih.Rasanya latihan dua hari bolehkan?” soal Zero.


“Boleh!”


*****


“Jan Fernandez Adin,adakah anda sudi menerima Marina Maria Rafie sebagai isteri anda didalam kesenangan atau pun kesusahan,didalam terang ataupun kegelapan.Sehingga maut memisahkan kamu?” soal Pendeta Verto.


“Saya sudi..sehingga maut memisahkan kami,” jawab Jan sambil memandang Mine.


“Marina Maria Rafie,adakah anda sudi menerima Jan Fernandez Adin sebagai suami anda didalam kesenangan ataupun kesusahan,didalam terang dan kegelapan.Sehingga maut memisahkan kamu?” soal Pendeta Verto lagi sambil memandang Mine.


“Saya sudi..sehingga maut memisahkan kami” jawab Mine,bibir menguntum senyuman.

Ada sesiapa yang ingin membantah perkahwinan ini?” soal Pendeta Verto kepada tetamu yang sedang duduk dihadapan.Tidak sesiapa yang menjawab.Mereka hanya tersenyum.


“Saya umumkan,Jan Fernandez Adin dan Marina Maria Rafie sebagai suami isteri.Kamu boleh mengucup pengantin perempuan,” kata Pendeta Verto.Mine dan Jan sambil berpaling.Jan membuka kain penutup wajah Mine.


“Cium!Cium!Cium!” kedengaran sorakan dari tetamu diikuti pula dengan tepukan tangan.Mine tertunduk

malu.


“You are totally mine!” bisik Jan dan terus mengucup lembut bibir Mine.Serentak itu kedengaran sorakkan yang kuat bersertakan tepukan gemuruh.Bunga-bunga dari atas berterbangan menuruni lantai itu.Puan Jarina dan tuan Rafie tersenyum gembira,manakala Aunty Munir dan Uncle Adin pula masing-masing menyeka air mata.Air mata gembira.


Moon yang berada di bahagian perempuan turut menepuk tangan,akhirnya..tidak sia-sia penantian Jan.Mine jadi milik kau!Moon ketawa kecil.Tanpa disedari Zero sedang memerhatikannya.Zero turut tersenyum,melihat Moon tersenyum begitu,hatinya terubat.


Akhirnya,tiba masanya untuk melemparkan bunga.Mine berada di atas tangga,manakala tetamu wanita berada di bawah.Mine berpaling ke belakang lalu melempar bunga yang ada ditangannya ke belakang.Ramai juga tangan yang ingin memiliki bunga itu,bak kata orang tua,siapa yang dapat bunga itu akan bertemu dengan jodohnya.Pengantin lelaki dan para lelaki hanya memerhatikan mereka dari jauh.Moon tersentak,bunga ros merah jambu bercampur kuning itu jatuh tepat di tangannya.Wanita-wanita yang juga ingin memiliki bunga itu kelihatan kecewa namun mereka tetap bertepuk tangan.Moon tayang senyuman pada mine sambil berbisik ‘Thank You’.


*****


Kot hitam dicapai lalu bergegas keluar dari pejabatnya,file-file yang bertimbun atas meja ditinggalkan saja.Seperti mengejar sesuatu.namun,malang sekali,benda yang ingin dijauhi sudah berada depan mata saat pintu pejabatnya terbuka.


“Brenda?” kata Zero,pura-pura terkejut,sedangkan wanita itulah yang mahu sangat dielakkan.Wanita anggun yang sedang berdiri didepannya tersenyum.


“Hai Zero!” kata Brenda.Wanita yang akan ditunangkan dengan Zero atas perjanjian Hotel keluarga Brenda dengan Hotel Eclipse.Perjanjian itu dibuat 5 tahun yang lalu.Dalam 5 tahun itu,Zero dan Brenda di berikan waktu untuk menyambung pelajaran masing-masing.Zero dalam bidang rekaan kereta manakala Brenda pula belajar dalam bidang pengurusan.


“Kau nak pergi mana?” soal Brenda sambil meluru masuk ke dalam pejabat Zero dan terus melabuhkan punggung.Kaki kiri disilangkan ke kaki kanan.Tas tangan diletakkan atas meja.Zero ketap bibir.Kalau saja PA aku tu cepat bertindak…Zero mengeluh sendiri.


“Aku ada kerja,em..aku pergi dulu!” jawab Zero lalu ingin keluar tapi suara Brenda mematikan langkahnya.


“Keluarga aku nak jumpa dengan kau,” kata Brenda tanpa memandang Zero.Zero mengeluh lagi,pintu yang terbuka ditutup semula.Zero duduk di hadapan Brenda.


“Bila?” soal Zero.


“Esok!” jawab Brenda sepatah.


“Okey..itu sajakan?Aku pergi dulu,” Zero bangkit dan terus keluar dari bilik tersebut.Brenda sekadar mendiamkan diri,mata ditumpukan pada luar jendela.Perlahan-lahan,air matanya menitis.Pertama kali berjumpa dengan Zero,5 tahun yang lalu dia sudah pun terpaut hati padanya.Gerak-geri Zero,tatatertib Zero membuatkan dia jatuh hati.Tapi Zero tidak pernah mengambil tahu perasaannya walaupun Brenda sudah meluahkan isi hatinya pada Zero.


****


Majlis Perkahwinan Jan & Mine.Banner besar terbentag di pintu ballroom Hotel Eclipse.Semua tetamu yang diundang sudah pun sampai dan sedang menikmati hidangan.Jan dan mine berada di hadapan semua tetamu.Masih memakai pakaian pengantin masing-masing.


Ting!Ting!Ting!Bunyi gelas dipukul dengan sudu kedengaran.Semua mata berpaling ke arah atas pentas.Bertentangan dengan meja Jan dan Mine.Di sana kelihatan Zero,Uto,Alven,Nadal dan Ches sudah pun berada atas pentas.Semuanya berpakaian kasual.


Moon yang sedang duduk bersama Kiran di sudut kiri meja Jan dan Mine turut memandang ke atas pentas.


“Moon,kau kenal yang pegang microphone tu?” soal Kiran tanpa mengalihkan mata dari Zero.Moon memandang Kiran dengan dahi berkerut.


“Kenapa?” soal Moon.Kiran memandag Moon.


“Aik..tanya pun tak boleh?i’m just asking..he’s look gorgeous!” kata Kiran sambil kedua belah tapak tangan bertemu.Macam memuja seorang putera.


“Attention please!” suara Zero begema. “I’m here as mine’s friend and I would like to give some speech,” sambung Zero pula.Para tetamu sekadar memandangnya.


“Jan,please take care of Mine..she is a wonderful woman.Tiada siapa yang boleh jaga dia melainkan kau dan keluarganya..aku harap selepas ini,ada juga kawan anak-anak buah aku,kay?” kata Zero berseloroh.Kedengaran gelak tawa tetamu.Mine pula menjugilkan mata.Zero tersenyum.


“Aku di sini bukan sekadar memberi kata-kata,aku juga akan menyanyikan sebuah lagu untuk mereka..semoga lagu ini akan membuka hati semua orang untuk mencari pasangan masing-masing..” kata Zero sambil melirik sekilas pada Moon yang jauh didepannya.


“Dia tengok akulah!” kata Kiran.Moon tersengih kecil.Bunyi gitar kedengaran.Dan itu bermakna melody akan bermula.


(Whispered) Let me be your hero

Would you dance if I asked you to dance?
Would you run and never look back
Would you cry if you saw me crying
Would you save my soul tonight?


Para tetamu sudah mula berdiri menuju ke tengan ballroom dan menari bersama pasangan masing-masing.Hanya berberapa lagi yang tinggal di meja termasuk Moon dan Kiran.



Would you tremble if I touched your lips?
Would you laugh oh please tell me these
Now would you die for the one you love?
Hold me in your arms tonight


Saat itu,mine dan Jan berpandangan.Jan tiba-tiba berdiri lalu menghulurkan tangan.


“Dance?” kata Jan.Mine sekadar tersenyum lalu menyambut tangan Jan.Gaun pengantinnya yang menyentuh lantai diangkat lalu bersama-sama menuju ke tengah-tengah ballroom.Sebaik saja mereka mula menari,para tetamu memberikan ruang kepada mereka dengan mengelilingi Jan dan Mine.


(Chorus)
I can be you hero baby
I can kiss away the pain
I will stand by you forever
You can take my breath away


Would you swear that you'll always be mine?
Would you lie would you run away
Am I in to deep?
Have I lost my mind?
I don't care you're here tonight


Moon pula sekadar memandang mereka menari.Sesekali moon melirik pada Zero.Majlis itu mengingatkan peristiwa semasa hari penyatuan keluarga mereka (Spell 20).Moon mengeleng-gelengkan kepalanya.No!Jangan ingat lagi,Moon!Kiran sekadar memandang pelik kelakuan Moon.Takkan dah mabuk kot?



Chorus

I just want to hold you (2x)
Am I in too deep?
Have I lost my mind?
Well I don't care you're here tonight

Chorus (2x)


Dari jauh Zero dapat memandang Moon bersama Kiran,Moon angkat muka memandang ke atas pentas.Mata mereka berpaut.Namun,Moon kalah dengan tatapan Zero.Seperti mata Zero itu seakan mengeluarkan aura kebencian.


“Kiran,aku pergi tandas dulu,ya?” kata Moon sambil menyorong kerusi ke belakang.Kiran sekadar mengangguk.


You can take my breath my breath away
I can be your hero.


****


Mine dan Jan sibuk mengambil gambar bersama keluarga dan juga para tetamu yang ingin menangkap gambar bersama.Bersebelahan dengan mereka,sebuah meja panjang dipenuhi dengan hadiah-hadiah pelbagai saiz.Moon dan Kiran sekadar memandang dari jauh.


“Moon!!Zero!!” tiba-tiba nama mereka dilaungkan.Moon tersentak manakal Zero yang sedang mengemas barang-barang atas pentas memandang kea rah mine,kemudian kepada Moon.


“Wait a sec.” kata Zero meminta diri dari mereka.Moon pula bangkit menuju kea rah Mine dan Jan.


“Kita gambar sama-sama?” kata Mine,lebih kapada permintaan.


“Em..” Moon kelu.Matanya melilau.


“Okey,” Zero menjawab tanpa memandang Moon.Moon pandang Zero lalu tertunduk.


“Okey..” perlahan-lahan Moon mengangguk.


“Good!Jan..sini!” panggil Mine,Jan yang sedang berbual dengan salah seorang tetamu meminta izin beredar.


Moon berdiri di sebelah Mine,manakala Zero berdiri sebelah Jan.Mine dan Jan berdiri di antara Moon dan Zero.Jurukemera mula menangkap gambar.Baru tangkapan yang kedua,sudah terdengar suara menyapa mereka.


“Hai..taknak bawa aku sekali?”


“Lily?!” Mine seakan terkejut.Lily menghampiri mereka.


“Kau kata tak dapat balik?” soal Moon.Dia dengan Lily kerap kali berjumpa di Negara kepulauan,Australia.Lily pernah balik ke Sabah,mengejar Zero semula tapi mentah-mentah Lily ditolak.Tapi selepas itu,Lily dan Zero semakin rapat,hanya sebagai kawan.


“Baru mendarat,aku terus datang.Rasa lain pula kalau tak datang.Can I join?” kata Lily lagi.


“Sure!”


*****


Majlis berakhir sekitar jam 1.00am.Semua tetamu sudah pun berangkat pulang.Zero dan ahli band yang lain sudah pulang kecuali Awie.Sedang menangkap gambar Kiran walaupun sudah berkali-kali dibentak Kiran.Moon sekadar tersenyum memandang mereka.


“Cantik gaun ni…inikan gaun Fashion Show tahun lepas?” kata Lily sambil menyentuh lakaran baju pengantin putih bertitahkan mutiara disekitar leher dan lengan baju tersebut.


“Ini antara karya aku yang paling dikritik oleh President tau,” jawab Moon pula.


“For me..it’s unique,” puji Lily.


“Kau nak balik mana nanti?” soal Moon pula.


“Rumah uncle Rafielah..kenapa,kau nak aku tinggal dengan kau?” kata Lily.Buku ditutup lalu dikembalikan pada Moon.


“Kalau kau nak boleh juga,lagi pun Kiran dengan aku aja yang tinggal kat apartment tu,masih ada bilik kosong,” jawab Moon.


“Taklah...kau kan masih ada banyak kerja,lagipun aku dengar Mathias Fashion House akan mengadakan Fashion Show nanti.Taknak ganggulah,” Lily menolak.


“I’m just suggesting you dear..bila-bila kau nak tinggal kat apartment tu,no prob.”


“Yalah..kau dengan…” Kring!!Bunyi deringan handset moon memantikan ayat Lily.Zip handbag dibuka dan terus mencari handset.


“Sorry..” pinta Moon lalu menyambut panggilan tersebut. “Hello President?”


“Morgana,hurry up!Mama..dia pengsan!” suara Vince kedengaran cemas.Moon tersentak.Wajahnya menjadi pucat.


“O..okey..” jawab Moon tergagap lalu mematikan panggilan.


“Why?” soal Lily,Lily juga tumpang cemas.


“Aku perlu pergi,tolong hantar Kiran balik ya?” kata Moon dan terus beredar sambil membawa lari buku tersebut.Lily yang baru saja ingin bertany lebih lanjut lagi terbantut.Kiran yang sedang berpose cantik-cantik mamandang Moon sambil mengerutkan dahi.


Dalam perjalanan menuju ke lif,langkah Moon serta-merta mati apabila ternampak Zero sedang bercakap dengan seorang wanita sambil menangis.Depan matanya,Zero mengesat air mata wanita itu.Hati Moon seperti digerudi,hancur..dan sakit!Moon hampir tidak boleh bernafas saat itu.Moon memalingkan wajah.Dan terus berlalu,namun tiba-tiba sebuah troli muncul bersama seorang cleaning servicer,hampir terjatuh Moon

dibuatnya.


“Sorry Miss,” pinta gadis itu sambil memaut tangan Moon.


“It’s okey,” jawab Moon sambil memandang seklias kearah Zero dan wanita tersebut.Pada masa yang sama,Zero memandang kearah Moon dek terdengar suara Moon dan gadis tersebut.Moon segera berpaling dan beredar.Cepat-cepat dia menuju ke lif dan menekan butang.Zero tersentak,lalu mengejar Zero,Brenda yang sedang menangis ditinggalkan begitu saja.Brenda seakan terpana.


“Miss,your book!” laung gadis tersebut namun Moon sudah pun masuk ke dalam lif.Zero pula tidak sempat mengejar Moon.Lif sudah hendak turun ke lobi.Moon..please..walauapa pun yang ada dalam fikiran kau,tolong jangan salah faham!Zero mendekati gadis tadi.


“Buku itu..?” soal Zero.


“Tuan..buku gadis tadi terjatuh dalam troli ni,tak sempat nak pulangkan,” kata gadis itu.


“It’s okey...aku kenal dia.Buku itu akan aku pulangkan pada dia,” kata Zero pula.Gadis itu tiada sebab untuk menolak,disebabkan Zero juga boleh dikira majikannya.Buku berganti tangan.Gadis itu pun beredar.


Lama Zero menatap buku tersebut.Buku itu seakan dikenalinya.Zero tersentak.Buku ini..bukankah??!!


“Moon..you will come back!” bisik Zero,pasti.Brenda yang sedang berdiri tidak jauh dari Zero sekadar memandang.Baru saja tadi Zero bersikap baik,selama ini Zero sentiasa dingin dengannya.Tapi,apa yang baru saja berlaku tadi sehingga membuatkan Zero tinggalkan aku begitu saja??


****


“Aunty!” pintu dikuak dengan kasar.Tuan Mathias,Vince dan Vanessa tersentak lalu memandang kearah pintu.Moon bergegas mendekati katil aunty Sapheria.


“Oh..Moon!” kata aunty Sapheria.


“Aunty tak apa-apa?tak luka mana-mana?” soal Moon bertubi-tubi.Risau.Tuan Mathias sekadar tersenyum.Vanessa pula tunjuk muka meluat.


“Aunty okey..biasalah orang dah tua,boleh pengsan bila-bila,” kata aunty Sapheria bersahaja.


“Kenapa boleh pengsan?” soal Moon.


“Alah..perkara kecil aja,” jawab aunty Sapheria pula.


“Yalah..perkara kecil tu apa?” Moon tetap mendesak ingin tahu.


“Penat,” jawab Tuan Mathias.


“Penat?kan Moon dah cakap jangan banyak bergerak..”


“Alah..kau tak payahlah nak berpura-pura Moon,muak aku tengok kau,” sampuk Vanessa pula.


“Apa masalah kau Vanessa?Jangan ingat kau boleh pijak aku lagi selepas apa yang kau lakukan pada aku.Kau tahu tak buku itu berharga pada aku?Buku itu nyawa aku,tahu tak?!” bentak Moon,tinggi nada suaranya.Vince,Tuan Mathias dan Puan Sapheria tersentak,lebih-lebih lagi Vanessa sendiri.Mereka seakan baru saja merasai rasa sejuk yang teramat sangat,mata Moon tajam menikam Vanessa sehinggakan Vanessa menelan air liur,matanya tidak habis-habis berkelip.Sebelum ini dia belum pernah melihat Moon marah,inilah kali pertama Moon betul-betul marah didepannya.Muka Moon merah padam menahan marah.Vince kelu.Moon tidak pernah meninggikan suara apatah lagi apabila ibu dan bapa Vanessa ada di sana.


Moon tiba-tiba terentak,dia segera menekup mulut.Dia tersedar.Tidak disangka,dia tidak boleh mengawal rasa marahnya tadi mungkin disebabkan ‘drama’ di hotel tadi telah mempengaruhinya fikiran dan perasaannya.


“I’m sorry..” pinta Moon.Vanessa mencebik lalu segera beredar.Pintu wad ditutut kuat.Moon memadang Puan Sapheria dengan wajah bersalah.


“It’s okey..memang padan dengan muka dia,lain kali buat lagi Moon.Biar Vanessa tu tahu rasa macam mana dia menginjak Moon selama ini,” kata tuan Mathias pula.Vince sekadar mendiamkan diri,rasa kagum terselit sedikit dihatinya.


“Em..buku apa Moon cakap tadi?” soal Puan Sapheria.


“Oh..buku?Buku lakaran Moon,yang selalu Moon bawa ke hulu ke hilir,” kata Moon.


“Takda pun buku tu?” soal Vince pula.


“Oh..mungkin ada dalam kereta,aku tak sempat bawa.Nak cepat sangat,” jawab Moon tanpa disendarinya buku itu tiada bersamanya walaupun didalam kereta.


****


“Noooo!!!!” jerit Moon dalam kereta mercedesnya.Seluruh kereta itu sudah dicarinya tapi buku itu tidak

juga kelihatan.Isi kandung handbagnya juga bertaburan atas kerusi depan penumpang.Moon menggaru

dahinya.Tak mungkin..takkan aku tertinggal kat hotel??Tidak..aku tak nak jumpa dia lagi..Macam mana ni??


*******************************************

p/s: sorry sbb lmbt upload..sa btl2 sibuk dalam minggu ni..

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.