Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 January, 2010

Substance 4 : Who are you?


Substance 4 : Who are you?


“Uncle Beck!!!”


Lima orang pembantu rumah berpakaian uniform hitam putih yang sedang melap tangga segera menoleh kearah si pemanggil.Terkejut.Uncle Beck yang sedang membawa dulang berisi jar dan secawan pantas memandang atas tangga.Hampir terjatuh dulang itu dari tangannya.


Bukan mereka saja yang terkejut tapi begitu juga dengan pembantu-pembantu yang lain.Aqua tidak pernah berkelakuan begitu,kalaupun dia memanggil dia akan datang dekat dan bercakap.Bukan macam tadi,menjerit mengalahkan singa lapar.


Ada apa cik muda?” soal uncle Beck.Aura tersengih lantas berlari menuruni anak tangga.Mereka-mereka yang ada di sisi tangga itu sudah menadanh tangan,bersedia untuk menyambut cik muda mereka daripada terjatuh.Uncle Beck membeliakkan mata,dia juga takut perkara yang sama berlaku.


“jangan lari cik muda!” tegus Uncle Beck.


“Hayk!” Aura melompat dari anak tangga ketiga dan berdiri tepat-teoat dihadapan mereka.Uncle Beck menutup mata,takut dia dirempuh tapi tidak pula dia melarikan diri.


“Aku nak jalan-jalan kejap..jangan ada sesiapa yang ikut aku,okey?” kata Aura seakan memberi arahan.Uncle melihat jam ditangannya.9am??


“Tapikan masih pagi ni…”


“Ya..aku tau..tapi aku nak jalan juga..please??” Aura buat muka merayu.

“Ah’ha..yalah..tapi boleh uncle ikut?”” Aura berfikir seketika.Kemudian dia tersenyum.


“Okey!”


“Cik Muda itu bukan kawasan kita!” kata uncle Beck sambil menunjuk kearah belakangnya.Suaranya kedengaran sedikit risau.Aura seperti tidak mendengar suara uncle Beck.Matanya melekat di satu tempat yang ditumbuhi dengan pokok-pokok bunga sakura,besar dan tinggi.Bunga-bunganya pula berterbangan ditiup angin.Kawasan itu dipagari dan ada sebuah gate besar setinggi 15 kaki membentaginya.


Kalau dilihat melalui sudut atas,ada dua mansion bersebelahan,besarnya hampir sama tetapi mansion disebelahnya lebih besar yaitu mansion milik keluarga Edifier.


Dia ingat mau meneliti kawasan Mansion itu dan mencari tempat strategi untuk melarikan diri secara senyap-senyap tapi,Pokok bunga sakura itu terlalu menarik perhatian.Bukan dia tidak pernah tengok pokok bunga sakura,tapi ada satu aura yang memaksa dia untuk tetap memandang keanggunan itu.


Kaki Aura berjalan tanpa paksaan,bahkan Aura seakan telah di pukau.Dia berjalan dengan sendirinya.Uncle Beck bingung sendiri.Dia segera mendapatkan Aura.


“Cik muda!” bahu Aura ditolak perlahan.Aura tersentak.


“Boleh aku pergi sana?” Tanyanya sambil menunjuk pokok tersebut.


“Tak boleh..kawasan itu bukan milik kita..itu milik keluarga Edifier,”


“Tapi..aku bukan jumpa dengan keluarga Edi..bla..bla..pun?Aku cuma nak tengok pokok tu aja,”


“Tapi..”


“Jangan risau..diorang bukan selalunya ada di sana pun,kan?Aku pergi dulu..tak perlu tunggu aku..bye!” Aura terus berlalu sebelum sempat uncle Beck membalasnya.


“Cik muda!!” pangginya tapi panggilan itu seperti angin yang hanya melintasi Aura.


“Cik muda lupakah yang tempat itu tempat kegemaran Tuan muda Shinichi?” uncle Beck mengumam sendiri.Aura sudah pun membuka pagar setinggi 15 kaki itu.Uncle Beck hanya boleh berdoa dalam hati agar Tuan Muda Shin yang dikatanya tadi tiada di sana.


“Uwahhh!!!” Aura seakan menjerit sambil berpusing-pusing di bawah pokok sakura itu.Ada beberapa pokok lagi yang tumbuh merimbun di sekelilingnya.Aura duduk.Rumput hijau itu sudah ditutupi dengan daun bunga sakura,macam salji.Kemudian Aura berbaring sambil membelahkan tanganya menyentuh rumput.Segar dan cantik.


“Rorr!!” Aura segera duduk tegak.Anjing??Ada anjing???Kenapa uncle tak cakap???Aura memandang ke kanan di hadapan gate,dari juah dia boleh nampak ada seekor anjing Chichewa,kecil tapi matanya garang menikam Aura.Aura bingkas bangkit.Ini tak boleh jadini,macamana aku nak lari..dia ada depan gate?????Okey..relax..relax..fuh..sup..fuh..Aura tarik hembus nafas.Aura mengundur.


Setapak..dua tapak..tiga tapak..dan berlari sekuat hatinya,namun anjing itu cekap,dia terus mengejar Aura sebaik Aura berlari.Aura memandang belakang.Dia kejar aku???Alah..kenapa keadaan ini selalu terjadi pada aku??!!Aura berlari lagi sehingga anjing kecil itu tidak dapat mengejar langkahnya.Sebuah pokok bunga sakura menghadang dihadapannya lalu cepat-cepat dia menyorok di sebalik pokok tersebut.


Aura duduk sambil tercungap-cungap macam orang lemas.Tangannya mengusap-ngusap dada.Tanpa dia sedari,seorang lelaki sedang duduk disebelahnya sambil merenungnya dengan riak terkejut,kening berkerut seribu.Di tangannya ada sebuah kamera berwarna hitam.Aura memndang ke tepi.


“Hai!” sapanya tanpa sedar.Tiba-tiba,dia menahan nafas.Perlahan-lahan dia memalingkan kepala kearah lelaki tersebut.Lelaki itu bingkas bangkit.Aura kaget.


“Apa kau buat disini,huh??” bentak lelaki itu sambil menolak kasar paha Aura dengan kakinya.Aura terkejut tidak terkata.Matanya terbeliak memandang tanah.Mulutnya sudah bulat semacam.Aura segera berpaling kea rah lelaki itu dengan muka bengisnya.Dia bangkit.


“Kau sapa,hah?kau ingat kau boleh tandang aku sesuka hati kau??!” teriak Aura macam orang hysteria sambil tangannya terbang sana-sini.Lelaki itu terundur sedikit.Wajahnya berkerut.


“Kau dah pandai melawan hah sekarang Aqua?Bukan aku lelaki yang paling kau takut seumur hidup kau?” kata lelaki itu dengan wajah bengis.Sebelah mata Aura pandang atas,berfikir.Aqua?Lelaki itu panggil aku Aqua?jadi dia kenal Aqua?Oya..aku sekarang adalah Aqua..so,be Aqua!Aura berubah tingkah.


“Jadi..kau ingat..aku..tak boleh berubah?” soalnya sedikit gagap.Maklumlah..tak pernah bercakap lembut macam Aqua.Lelaki itu tergelak.


“Oh..baru dua bulan tak pergi sekolah dah berubah?Hem..ingatkan dah membusuk dekat rumah,” kata lelaki itu kasar.Aura mengenggam penumbuk.Marah tahap merah,sekejap lagi lelaki yang ada di depannya akan melekat kat pokok.


“Apa-apalah..tapi kau takda hak nak tendang aku macam aku ni tin kosong,” tapi ditahan.Dia sekarang bukan Aura,dia Aqua!


“Kau memang pun tin kosong..lagipun yang kau marah sangat kenapa?Bukan aku tak pernah buat begitu pada kau pun..” kata lelaki itu selamba sambil melindungi kameranya dengan tangan.Aura tercangang.Bukan tak pernah??


“Dah..keluar dari tempat ni atau aku heret kau keluar!” kata lelaki itu lalu duduk semula,langsung tidak mempedulikan Aura yang sudag merah padam menahan marah.


“Apa kau cakap??!Jadi kau ingat tempat ni kau punya?Kau boleh usir aku macam tu aja??” marah Aura lagi,tidak puas hati.Lelaki itu memandang atas lalu bangkit.Aura mendongak keatas.Nampaknya lelaki itu terlalu tinggi baginya.Lelaki itu memandang Aura dengan wajah berkerut.Takkan dia tak tahu kot?


“Apa kau cakap ni?Sejak berkurun-kurun dulu lagi tempat ni milik aku dan selain aku,tiada seorang pun yang boleh jejakkan kaki disini..kau sendiri cukup tahu.Tempat ni aku punya,faham?” tegas lelaki itu.


“Jadi kau ni..Edifier?” lelaki itu mengerutkan kening.


“Apa kau cakap ni?Dia tu bapa akulah!” kata lelaki itu.Kemudian dia tergelak kecil “Ingat kau berubah jadi berani,tapi berubah jadi gila pula!” sindirnya.Aura menarik nafas.Dia belum pernah berhadapan dengan orang macam lelaki didepannya.


“Dah..pergi balik!Kaukan dengar cakap aku??” kata lelaki itu sambil mengusap kepala Aura seperti yang selalu dia lakukan kepada Aqua.Aura menahan geram. Dia paling pantang bila orang memegang kepalanya.“Kalau tidak..aku heret kau keluar!!” buk!pinggul Aura ditolak kasar dengan kaki sehingga Aura terduduk atas tanah..sekali lagi.Aura mengangkat wajah lalu bingkas bangkit.Mukanya sudah berubah merah padam.Aura genggam penumbuk kanan.Lelaki ni memang cari pasal dengan aku!!Lelaki itu tersentak.Keadaan ini pernah terjadi.


“Aku dah cakap..jangan tendang aku!!!Haiiiiyahhhhkkkkkk!!!!!” dushhh!!!Sebiji tumbukan dilepaskan di perut lelaki itu.Kamera terlepas dari tangan lantas lensenya meretak sementara lelaki itu terguling atas tanah.Dia terbatuk,kemudian dia memandang Aura dengan wajah tergamam.Dia macam….


Aura mengibas-ngibas tangannya. “Sakit?Tau pun sakit!” katanya sambil mencuit batang hidungnya sendiri.Lelaki itu tersentak lagi.Bayang gadis didepannya tiba-tiba berubah seperti gadis tempoh hari.Gadis yang menumbuknya.Tapi hanya sementara,fikirannya terganggu dek bunyi gonggongan anjing.


Tubuh Aura tiba-tiba mengeras.Lehernya keras memandang kebelakang.Anjing kecil itu lagi??Aura menelan liur.Wajahnya yang tadi merah padam serta merta bertukar warna putih.Lelaki itu mengerutkan kening,pelik memandang Aura yang tiba-tiba bertukar tingkah.


Zupp! “Papa!!” jerit Aura sambil berlari macam angin.kelajuannya mengalahkan pelari pecut, Jason bolt.Lelaki itu tercangang.Sekelip mata Aura sudah hilang dari matanya.Dia memandang kearah gate,bunga-bunga sakura berterbangan atas tanah,seperti baru ditiup angin.


Lelaki itu tersentak.Dia teringat sesuatu yang sama seperti hari ini.Dia ditumbuk dan seorang gadis berlari ketakutan anjing.Persis sekali.


Ting!Tiba-tiba matanya disilaukan dengan cahaya dari cermin retak.Lelaki itu memandang

kearah cahaya tadi.Dia tercangang.


“Kamera aku??!!” dia lantas menghampiri kameranya lalu dipeluk erat seperti memeluk bayi.Matanya berubah tajam.


“Nahas kau Aqua!!!” bergema satu taman dek jeritan itu.

BAM!!Pintu utama dihentak kuat.Melepaskan geram di hati.Pembantu-pembantu rumah yang sedang sibuk mengemas seluruh kawasan mansion itu tersentak dek bunyi hempapan tersebut.Semua memandang kea rah Leon Shinichi.Ada pula yang ebrbisik apabila Leon bersikap demikian.


“Bawakan aku air.Cepat!!” bentak Leon separuh menjerit sambil menghempaskan badan di sofa buatan itali.Kameranya yang rosak diletak kemas disisinya.Matanya tajam menikam pasuk bunga yang terletak di tepi jendela.Macamlah pasu bunga itu yang bersalah.


Nanny Vdya yang berada didapur sempat menjengah ke ruang tamu yang besarnya seperti gelanggang tenis.Cepat-cepat dia membawakan segelas air sejuk ke ruang tamu.Saat itu hanya Nanny Vdya yang berani mendekati Tuan Muda.Kalau pembantu lain,sudah psati akan dipecat.


Nanny Vdya meletakkan gelas di meja depan Leon.Leon terus mencapai gelas itu lalu meminum air itu dengan rakus sekali.Dia mengesat sisa air dibibirnya.Gelas kace itu dihempas kelantai.DIa tidak kisah tentang keselamatan orang lain,apa yang dia tahu dia sedang marah dan dia akan membalas dendam kepada Aqua.Pembantu-pembantu itu segera beredar sebaik Nanny Vdya mengangguk ke atas sekali.


Nanny Vdya tenang menghadapi situasi itu.Dia kenal benar dengan sikap tuan mudanya.Kaca yang bertaburan atas lantai marmar itu sekadar ditenung dari jauh.Pandai-pandailah diorang kemas sendiri.


Leon menyelak rambutnya kebelakang,butang baju pertama dibuka kasar.Nafasnya susah untuk keluar.


“Nanny..nanny tahu tak budak sial tu dah dua kali rosakkan camera aku??Dua kali,nanny..dua kali!” Leon melepaskan amarahnya.


“Dan..dia tumbuk aku!!Berani budak tu..tengok sajalah..dia akan menyesal seumur hidup.Aku akan seksa dia sampai dia dah tak hidup lagi!” sambungnya lagi.Nanny Vdya sekadar mendiamkan diri.Dia tahu,ketika itu dia tidak boleh berkata-kata melainkan berdiam diri.


Leon diam buat seketika.Nampak seperti dia sedang menyusun strategi,strategi untuk membuat hidup Aqua(Aura) merana!


*****



“Argghhh!!!!” Aqua yang sedang duduk disebelah Aura terkejut buat kali ketiga.Masuk itu,sudah tiga kali Aura menjerit.Bila mengenangkan peristiwa di taman sakura itu,hatinya membara sehinggakan api kemarahannya itu sudah tidak boleh dipadam lagi.


Mereka terpaksa menangguh perjalanan mereka untuk ke tokong.Mereka berhenti di pondok bawah bukit.Melihat Aura yang seperti itu,Aqua mula cemas.Takut Aura menjadi gila,dia pun jadi gila selepas tubuh mereka bertukar balik.


Aqua memandang Aura sambil menyedut kotak minuman perisa strawberry.Sesekali terlintas difikiran Aqua yang dia tidak mahu balik semula ke tubuhnya.


“Eeee!Geramnya!!” jerut Aura sambil mengenggam kedua-dua penumbuknya.


“Ingat dia siapa?!Keluarga Edifier konon!” buk!Kotak minuman yang dipegang Aqua meluncur jatuh sebaik terdengar nama ‘Edifier’.Aura mengerutkan kening.Berkuasa sangatkah nama tu sampai terkejut menakutkan orang?


“Kenapa?” soal Aura.


“Ed..E..Edifier?” terketar-ketar Aqua menyebut nama itu.


Aura mengangguk. “Kenapa?” kali ini suara Aura seakan mendesak.


“Takda apa..?” Aqua memungut kotak minumannya.


“Eee..Geram!!Kau tahu,aku jumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul menjengkelkan!Sepanjang hidup aku,aku belum pernah jumpa orang sekejam dia(Selain Puan Newlina)..aku cuma masuk dalam dalam tamannya pun nak marah orang..bagus kalau dia sekadar usir aku,ni..siap tendang orang lagi.Ingat orang ni tin kosong apa?“


“Taman?Taman mana?” soal Aqua.


“Alah..taman yang banyak pokok bunga sakura tu..”


Erk! “kenapa kau pergi sana?Tempat tu tempat larangan tau!Macam mana muka orang yang kau jumpa?”


“Tinggi,macam cina..matanya sepet.Dan lagi..dia pegang camera macam camera tu anak dia,” Aqua tepuk dahi.Masalah,masalah!


“Dan lagi,dia kata..dia orang yang paling kau takut dalam hidup kau..adakah?”


“Leon Shinichi!” serta merta nama itu terbit dibibir Aqua.Aura memandang Aqua. “Siapa tu?"


“Dialah lelaki yang kau jumpa kat taman.Dan..dia memang betul-betul menakutkan.Lebih baik jangan dekati dia atau melawan dia,kalau tidak kau takkan terlepas dari genggamannya,” Aqua memberi nasihat.


“Kau gila??Hem..ini Auralah…ingat orang macam dia boleh takutkan aku??Belum cuba belum tahu!” katanya dengan penuh keyakinan.Aqua menggeleng.Anak hantu sekalipun,tetap tak boleh lawan kejahatanya Aura..


Aqua memandang tangga yang menuju ke Tokong.Tiba-tiba,matanya menangkap kelibat seseorang.Diteliti wajah orang itu yang sedang menaiki tangga menuju ke Tokong sambil mengangkat dua buah guni.Satu diatas bahu,satu lagi ditangan kiri.


“Ah!” Aqua tersentak sambil menuding jari kearah lelaki itu.lelaki yang dijumpanya di dalam hutan.Aura yang masih geram memandang Aqua.Dia turut memandang kearah tangga.Serta merta marahnya hilang.Dave???Macam mana ni?


“Sini!” dengan tiba-tiba tangan Aqua ditarik keluar dari pondok itu lalu bersembunyi disemak-samun belakang pondok.Aqua terpinga-pinga mengikut langkah Aura.


“Kenapa?”


“Diam!” kata Aura keras tapi dalam nada berbisik.


“Itu lelaki tu yang aku jumpa waktu sesat dalam hutan hari tu,” Aqua mula bercerita.


“Apa kau kata?”


“Hari kita bertembung kat Tokong,hari tulah aku jumpa dia.Dalam hutan.Apa dia buat kat Tokong?Bukan dia tu perogolkah?” Aqua menuduh sembarangan.


“Ish..manada..itu Davelah.Kawan aku.Dia bukan perogol.Mungkin dia terkejut nampak kau dalam hutan,dia ingat kau tu aku.Kitakan hampir serupa,” Aura cuba mempertahankan Dave.


“Yakah?Kalau begitu,dia pun kawan aku juga,kan?” Aura mengangguk.Selepas kelibat Dave tidak kelihatan barulah Aura dan Aqua keluar dari tempat itu.


“Dia tu orang baikkah?” Aura memandang Aqua dengan mata kuyu.


“Aku dah cakap dia tu baik,yang kau takut sangat ni kenapa?Tapi..dia tu taklah baik sangat,” Aqua terbeliak.Dia pun macam si ‘setan’ jugakah?


“Tida la..kadang-kadang dia jahat,tapi selalunya dia baik.Believe me,” segera Aura menyenangkan hati Aqua sebaik melihat reaksinya.Aqua tersenyum.Okey..percaya ajalah..Aura mencekak pinggang lalu memandang Aqua.Aqua kerut kening.


“Tapi..yang aku hairan sangat-sangat ni,kenapa dalam banyak-banyak penduduk bumi,aku harus bertukar badan dengan kau?Muskhil..muskhil..” kata Aura sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lalu beredar meninggalkan Aqua.Aqua mengerutkan kening.Hodoh sangatkah muka saya?


****************************************************

p/s: harap korang berpuas hati..hehe..enjoY!

1 comment:

  1. lama lagi ke nak update ni. suka lah cerita ni. Buat angel tertanya-tanya je. Sambung lah cpat..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.