Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

13 February, 2010

Substance 5 : Meet The Gentlemen


Substance 5 : Meet The Gentlemen



“Aura,bangun!!” Bum!Pintu yang dikuak kasar bertembung dengan dinding,Puan Newlina melangkah bersama kipas kertas di tangannya.Tapi wajahnya serta-merta berubah sebaik melihat bilik itu menjadi kemas teratur.Kipas kertas itu meluncur jatuh dari tangannya.Perlahan-lahan dia melangkah sambil matanya meliar di seluruh tempat.


Katil yang sebelum ini ditimbuni dengan kain yang belum dicuci kini sudah berada di dalam bakul.Meja yang berselerak dengan buku-buku sudah disusun ke dalam rak bersebelahan meja.Tong sampah yag selalunyadipenuhi dengan kertas remuk kini kosong.Bilik itu tidak lagi ‘berkabus’ seperti hari-hari sebelum ini.


“Uncle?” soal Aqua separuh berbisik sambil bangun dari tidurnya.Tapi sebaik mendapati orang yang ada didepannya adalah ibu Aura,dia sekera berubah tingkah.Sangkahnya Uncle Beck yang mengejutkannya.


Puan Newlina mendekati katil.Nampak seperti dia tidak dengar pun panggila Aqua tadi terlalu terkejut dengan perubahan itu.


“Kau yang kemas bilik ni Aura?” soal Puan Newlina.Aqua mengangguk dua kali.Tiba-tiba Puan Newlina meletakkan belakang tapak tangan ke dahinya sendiri.Kemudian meletakkan pula ke dahi Aqua.Aku tak sakit,Aura pun tak sakit?Siapa yang sakit?Aqua mengerut dahi.Pelik dengan tingkah ‘ibunya’.


“Kenapa mama?” soal Aqua.Dalam masa dua hari,dia sudah dapat menyesuaikan diri sebagai Aura.Dia sudah semakin biasa dengan keadaan itu.


“Ma,kenapa?” soal Aqua lagi apabila Puan Newlina terus membisu.Puan Newlina tersentak.


“Takda..ehem!Pergi mandi cepat,kaukan nak pergi sekolah,” katanya sambil berdehem lalu terus beredar.Sebaik pintu tertutup,dia segera menuruni tangga menuju ke dapur.


“Ha..kenapa ni?” soal Encik Zurdi apabila melihat isterinya tercungap.Kerja memasukkan spageti ke dalam bekas makan terhenti.


“Papa mesti tak percaya kalau mama cakap,” jawabnya.


“Duduk dulu,” dia menurut. “Mama pergi exercise kat mana?” soal Encik Zurdi pula.


“Ish..bukanlah.Papa tahu masa mama kejutkan Aura,biliknya kemas!” cerita Puan Newlina seperti budak-budak yang bersungguh-sungguh menceritakan sesuatu.Encik Zurdi tersentak.


“Betulkan?” soalnya separuh berbisik sambil merapatkan kepalanya di kepala isterinya.Macam lah topic perbualan mereka itu melibatkan rahsia kerajaan.Puan Newlina mengangguk laju.Tidak semana-mana tawa Encik Zurdi pecah.Puan Newina mengerut kening.


“Papa..mama seriuslah!” Puan Newlina seakan marah.


“Eya..papa tahu,” jawab Encik Zurdi dengan tawa yang masih bersisa.


“Jadi kenapa papa ketawa?Papa tak risaukah?”


“Nak risau apa?Bukankah itu perubahan yang baik..mama juga yang mahu Aura jadi perempuan,nah..sekarang dia dah jadi seperti yang mama mahu,mama risau pula,”


“Bukanlah..tapi tak kah pelik tu?”


“Ee..mama ni..jadi mama tak nak dia berubah perempuan?”


“Taklah begitu..”


“Jadi?” kata Encik Zurdi lalu menyambung kerjanya yang terbantut tadi.Selepas selesai memasukkan spageti ke dalam dua bekas makanan,bekas makanan itu dimasukkan pula ke dalam beg kecil.


“Eyalah,eyalah..tapi kalau papa ajak dia masuk kelab karate tu lagi mama kerjakan kamu berdua sekaligus,” Puan Newlina seakan memberi arahan.


“Mama,papa!” tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara panggilan Alfa.


“Kenapa?” spal Encik Zurdi.


“Tengok tu..tengok tu!” Alfa menunjuk kearah tangga.Mereka pun mengalihkan pandangan.Encik Zurdi dan Puan Newlina ternganga sebaik melihat Auqa yang sedang menuruni tangga dengan berpakaian sekolah serta rambutnya yang diikat kemas.Mereka betul-betul dikejutkan dengan perubahan itu.Blazernya siap digosok dan rambut pangjang tidak lagi mengurai macam hantu baru keluar dari semak samun.


“Selamat pagi!” ucap Aqua.Wajah mereka satu-persatu dipandang.Dia mengerut dahi.


“Saya salah pakai baju sekolahkah?” mereka serentak menggeleng.


“Aura..baru papa perasaan..Aura memang cantik bila berpakaian macam ni,” Encik Zurdi bersuara memecah suasana sepi.Aqua sekadar tersengih.Inikan baju sekolah?


“Duduk,duduk!” kata Encik Zurdi lagi sambil menarik kerusi untuk Aqua,Aqua melabuhkan punggung.Alfa dan Puan Newlina sekadar memandang.Alfa mendengus.Kreek!!Semua beralih pandangan apabila terdengar kerusi ditarik kasar.Alfa menghempas punggung.


“Makanlah.” Kata Encik Zurdi lalu sambil menyorong piring yang berisi bread dan segelas susu mendekati Aqua.Kali pertama dia berada di situ,dia betul-betul terharu dengan makan yang Encik Zurdi sediakan,seperti rasa masakannya lain daripada yang lain,walaupun begitu kedai itu tetap tidak punya pelangan,yang ada hanya tempahan itu bukanlah banyak sangat.Ia adalah sesuatu yang rugi jika mereka tidak singgah di restouran itu.


“Ni..cepat habiskan sarapan dan pergi keluar.Dave tengah tunggu tu.Rasanya kamu dah patut berbaik dah sekarang,kan?”


“Dave?Dave??” Aqua seakan terkejut.Encik Zurdi mengangguk.


“I’m done!” tiba-tiba Alfa bangkit lalu mencapai beg bekas makanan dan terus beredar.Aqua memandang Alfa pelik.


*****


Dave yang sedang bersandar di badan morotsikal Yamahanya sekera berdiri tegak apa bila pintu restaurant dikuak.Aqua melangkah keluar,dia memandang Dave tapi kepalanya tunduk sedikit.Relax Aqua..Aura kand ah cakap Dave baik,so percaya ajalah…


“Hai!” Dave melambai.Aqua membalas lambaian itu tadpi tidak bersuara.


“Hello..anybody??” Dave seakan memerli.Aqua kerut kening.Bukankah ‘kami’ tengah sekarang,napa sikap dia macam takda apa-apa yang terjadi?


“Nah!” Dave mencapai topi keledar yang tersangkut di pemegang motor lalu menghulurkan kepada Aqua.


“Buat apa?” Aqua tidak menyambut sebaliknya menyoal.


“Kau nak ikut siapa?Alfa dah lama jalan.Nah..cepat pakai!” gesa Dave sambil menarik tangan Aqua untuk mengambil topi itu darinya.


“Tapi nak naik apa?” Dave menepuk tempat duduk motor tersebut.Huh??Motor tu?benda yang saya tak pernah naik?Aduh..mampuslah..Dave sudah pun berada atas motor.Engin dihidupkan.


“Cepatlah naik!”


“Eya..kejap,saya nak pakai topi ni dulu..macam mana nak pakai ni?”


“Oh God..kau pergi betapa kat bawah air terjunkah apa sampai lupa cara nak pakai topi ni.Sini!” Dave mengambil topi keledar itu lalu menyarungkan di kepala Aqua.Aqua memaut kedua-dua bahu Dave untuk naik ke belakangnya.


“Sorry…” Aqua tersentak.Walaupun telinganya ditutup dengan topi itu dia masih mampu mendengar ayat sorry daripada Dave.


“Buat masa sekarang..aku belum boleh bagitau dia siapa dan thanks pasal Cherry sebab yakinkan saya pasal dia,” kening Aqua terangkat.Dia siapa?Cherry pula siapa?


“Emm..okey!” jwab ajalah apa-apa!Dave tersenyum.


“Pegang kuat-kuat!” belum sempat tangan Aqua memaut pada pemegang belakang,Dave sudah memecut laju.Spontan kedua-dua tangannya memeluk pingang Dave.Erat!


“Mama!!” dari jau kedengaran teriakan Aqua.Tidak tahu sama ada Dave dengar ataupun tidak sebab mereka masih laju membelah angin.



*****




“Cik Muda?Cik Muda??” Uncle Beck meninggikan suara serta bunyi ketukan pintu.Sudah 10 minit dia cuba membangunkan Aura tapi tiada sebarang reaksi.Akhirnya dia mengeluarkan masterkey dan membukakn pintu itu.


“Cik Muda,uncle masuk.Maafkan ketidaksopanan saya,” Uncle Beck berserta tiga pembantu rumah yang membawa seorang satu membawa pakaian sekolah,telephone bimbit dan kasut melangkah masuk.


Kedengaran dengkuran halus dari atas katil.Tubuh itu masih diselubungi dengan selimut dua lapis.Terasa

macam dia berada di atas gunung Everest.Uncle Beck memandang jam ditangannya.Pukul 6.30am.Kemudian dia

mendekati katil.


“Cik muda?Cik muda,bangun!” kata Uncle Beck.Aura menggaru kepala.


“Kenapa?”


“Kita nak pergi sekolah..pengetua mahu berjumpa dengan cik muda,”


“Sekolah??Alah..malaslah..”


“Tak boleh cik muda..sudah 2 bulan cik muda tidak datang ke sekolah.Kalau cik muda tak pergi hari ini,mungkin cik muda akan dibuang sekolah,” Aqua..apa malanglah dapat badan kau ni..


“Cik muda?” panggil Uncle Beck lagi apabila Aura terus membisu.


“Eyalah..eyalah..” Aura bangkit. “Em..kali ini..aku mandi sendiri,kamu boleh letakkan barang-barang tu kat atas katil,” Aura terus berlalu ke kamar mandi.Dia tidak mahu kejadian dua hari lalu berulang semula.Sehari dia belajar membuka paip emas berkilat dikamar itu,akhirnya mahir juga.Kali pertama dia masuk ke kamar itu,dia

betul-betul terperanjat.Kamar mandi Aqua lebih besar daripada biliknya dan semua lengkap dengan tuala

putih.Sinki pun diperbuat dari emas tulin.Rasa macam dia dah tek perlu pergi ke Dubai lagi.


Sebuah Limousine berhenti di hadapan Skyscraper School.Uncle Beck membukakan pintu kereta.Mahu tidak mahu Aura turun juga dari limousine itu.Sebaik saja dia keluar,matanya terbeliak memandang bangunan mencakar langit dihadapannya.Sekolahkah Tembok China ni?


“Cik Muda..maafkan kebiadapan uncle sebab memaksa Cik Muda untuk datang ke sekolah,” Uncle Beck memohon maaf.Aura menghembus nafas.


“Uncle,kalau uncle minta maaf lagi lebih baik aku takpayah jumpa pengetua,” jawab Aura seakan mengugut.


“Jangan..cik muda mesti berjumpa dengan pengetua hari ini juga,” cepat saja Uncle Beck membalas.


“Yalah!” jawab Aura.


“Cik muda..nak uncle temankan jumpa pengetua?”


“Nah..berani buat,berani tanggung,” kata Aura.Uncle Beck mengerut kening.Dari mana dia dapat quote tu?Aura sudah pun memasuki gerbang sekolah tapi ada sesuatu yang pelik berlaku.Semua pelajar yang sudah sampai ke sekolah dan yang sedang melepak bersama kawan masing-masing memandang Aura dengan pandangan pelik.Ada juga yang berbisik sesame sendiri.Aqua..apa kau dah buat ni?Aku rasa aku ni macam makhluk asing yang baru saja mendarat.


“Gadis malang tu pergi sekolah lagi lah..dia ingat Shin akan lupakan hukuman dia tu?” sememangnya Aura punya pendengaran yang tajam,dia tetap dapat mendengar bisikan mereka.Hukuman?Lantaklah nak hukum apa pun..ingat aku takut?Ini Auralah!


“3G,3G!!” tiba-tiba sekumpulan pelajar menyebut perkataan 3G dan mereka serta-merta lari bertempiaran.Aura terpinga-pinga melihat semua pelajar hilang dari pandangan matanya.3G bermaksud Three Glamour dan itu merujuk kepada 3 perempuan yang sangat berpengaruh di sekolah itu.


Aura tersentak tiada angin,tiada ribut tiba-tiba saja tiga orang gadis berpakaian seragam sekolah dan wajah bermake-up sedang berdiri di hadapan Aura,Aura sedikit kaget.


“Wei..kamu ni hantukah apa?” soal Aura selamba.


“Hei..berani kau cakap kami hantu!” Darinna yang berada di tengah-tengah menolak kasar bahu Aura.Aura terdorong sedikit ke belakang.Dia mengetap bibir.Apahal ni??


“Aqua..pengetua nak jumpa,” Reddy yang berada di sebelah kiri pula memainkan peranan.


“Aku tahu.Dah..aku nak jalan,” baru saja Aura melangkah,tangannya sudah ditarik.


“Ikut kami!” mereka terus mengheret Aura pergi ke satu tempat.


“Wei..apa ni?!


*****


Aqua memandang Dave dengan mata berkaca,bibir bawahnya terketar-ketar tanda mahu menangis.


“Aura..kau okey?” sejurus soalan itu taman,tangisan Aqua pun pecah.Terlalu kuat sehingga mampu

menarik perhatian pelajar lain.Dave terpingga-pinga.


“Aura kau sakitkah?Mana?Aku hantar kau pergi hospital sekarang,” air mata Aqua semakin lebat,habis tangannya basah dek mengesat air mata.Dave binggung.Dia memandang ke depan,semua pelajar sedang menatap mereka.Akhirnya Dave terus megangkat Aqua masuk ke dalam pondok pengawal.


“Hah..kau nak lepaskan tanggungjawab pula?” soal Azus,Security Guard di sekolah itu.


“Bukanlah..aku tak nak dia tarik lebih banyak perhatian dari pelajar-pelajar,” Dave menarik kerusi lalu menekan bahu Aqua agar melabuhkan punggung lalu mencangkung di hadapannya.Tangan Aqua yang masih mengesat air mata ditarik.


“Kenapa?Sakit?” soal Dave.Aqua menggeleng.


“Jadi kenapa nangis?”


“Saya takut..laju sangat!” erk!Aura takut dengan kelajuan kami tadi?


“Takut?Bukankah kelajuan itu yang selalu kita guna untuk jalan-jalan?” Aqua tersentak.Ya ampun,rahsia akan terdedah kalau aku terus menangis.


“I mean..saya terkejut,Em.kita sama kelas kan?” Aqua segera mengubah topik.Dave mengangguk perlahan-lahan.


“Jomlah masuk kelas!” Dia segera berdiri dan keluar dari pondok itu.Dave dan Azus saling berpandangan lalu serentak mengangkat bahu tanda tidak faham dengan sikap Aqua tadi.


*****


“Kenapa aku perlu buat kerja ni?” soal Aura sambil memegang penyapu sampah.Barang-barangnya diletakkan di bawah pokok.Tiga gadis itu sedang berdiri memeluk tubuh dihadapan Aura.


“Ini arahan pengetua dan kami diberi hak sepenuhnya ke atas kau.Jadi,kau tak boleh ingkar,” kata Darinna.Aura mendengus.


“Aku tak percaya kamu,so I’m off!!” batang kayu itu dilepaskan lalu mengambil semula barang-barangnya.Tapi langkahnya terhenti apabila ternampak sepasang kaki berdiri atas tanah.Dia mengangkat muka.Lelaki sombong tu!


“Shinichi-sama!” serentak tiga gadis itu menjerit memanggil nama Leon dengan panggilan Sama di belakang.


“Pengetua dah serahkan kau pada aku!” Aura mengerut seribu.Lagi?Ingat aku ni barangkah?


“I don’t trust you either,” jawab Aura dan terus meninggalkan tempat itu.


“Hey…”


“Nanti!” Darinna yang baru saja mahu membentak terdiam apabila Leon bersuara.Langkah Aura mati.


“Boleh kamu bertiga tinggalkan kami sebentar?” kata Leon.Kami?Aura menggumum.


“Shin-sama nak seksa gadis tu..aku tak sabar nak tengok.Jom pergi!” bisik Darinna,Reddy dan Sarah mengengguk laju.


“Eya..silakan..silakan..” tiga gadis itu terus beredar sambil bibir tersengih-sengih.Aura memandang Leon.Leon tersenyum,bukan ikhlas tapi ada sesuatu.


“Ikut aku!!” tidak semana-mana tangan Aura ditarik kasar.


“Hey..lepaslah!Kau nak bawa aku pergi mana?” Aura menapis-napis tangan Leon.


“Untuk menjalani sesi hukuman kau!” jawabnya tanpa memandang belakang.


“What??lepaslah..aku nak jumpa pengetua!Hei..kau nak mampus??Lepaskan akulah

bodoh,bangang,gila,pervert,stupid,bahlul,mangkuk!!” satu sekolah bergema dek teriakan itu.Semua jendela

bangunan sudah dikerumuni dengan kepala.Leon melepaskan tangan Aura.


“You call me that again,you’re a dead meat!ikut aku!!” katanya keras lalu mencapai semula tangan Aura tapi hanya angin yang terasa.Dia menolah.


“Aku tak mahu!Aku nak jumpa pengetua!” bentak Aura sambil berjalan mengundur sehingga pokok besar itu menghalang kakinya.Leon sudah mengurut belakang leher.Geram!


“Okey..kau tak mahu?Boleh..tapi aku akan langsungkan hukuman itu disini juga,” katanya sambil mendekati Aura.Glup!Aura menelan liur.Leon semakin dekat.


“Kau nak buat apa?” soal Aura gugup.Inilah kali pertama dia berdepan dengan musuh yang membuatkan dia gugup.Leon mengangkat tangan seperti hendak memeluk Aura.Aura tersentak.


“Aku taknak!!!” tidak semana-mana badan Leon ditolak lalu menerajang Leon dengan side-kick.Serta-merta Leon terpelanting tergolek-golek jatuh ke padang.Tapi belum sempat sampai ke

padang,Leon sudah dulu masuk ke dalam longkana yang dalamnya kira-kira 3 kaki.


Aura menekup telinga ada bunyi bong kedengaran.Kemudian dia ketawa kecil,siapa suruh!Leon tidak kelihatan dari jauh.


“Arh..tangan aku!!” sayup-sayup kedengaran suara rintihan Leon.Aura memanjangkan leher.Tangan?Takkan patah kot?Ee..mana ada,mana dalam longkang tu..

“Teksi!!” jerit Aqua sambil melambai-lambaikan tangannya,berharap agar ada yang berhenti di depannya.Tapi tiada satu pun yang berhenti.Leon yang berbau longkang pula berada di belakangnya.


Pak!Kepala Aura ditepuk kasar.Aura mengetap bibir.Sedar-sedar saja dah pukul orang!


“Kau buat apa?” marah Leon.


“Hantar kau kat hospitallah..takkan aku nak tinggalkan kau kat dalam longkang tu kot,”


“Hospital??Kau gila..kau tak perfikirkah nak telefon Nanny Vdya??Bawa sini handphone kau.Ishh..bodoh betul!!” Aura mendengus,sudahlah dia seperti nenek tua yang mengangkat barang,dipukul lagi.Poket blazer disaluk lalu memberi handphone Nokia N97.Bukan saya punya,itu Aqua punya.


*************************************************************


p/s: sorry lambat post e3 baru..kamu berpuas hati dengan chapter kali ini dan dapat bagi komen,okey??enjoY!!


3 comments:

  1. okie...
    nak lg ;D
    bestla citer ni
    agak2, leon tu bkenan kat aqua ke ( tp x nak tunjuk, lbih kurang cam zero )

    ReplyDelete
  2. best ark...
    huhuhu...
    pndai okie bt...
    nk bce lg..hehehe

    ReplyDelete
  3. jom.. follow this blog.. http://www.mayrahazim.blogspot.com
    thanx

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.