Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

02 March, 2010

Substance 6 : Differences


Substance 6 : Differences


“Cik muda,cik muda!!” Aura yang sedang duduk mencangkung sebelah pintu wad Leon tersentak.Dia memandang ke kanan.Dia segera bangkit.kelihatan uncle Beck sedang berlari menuju ke arahnya.


“Uncle Beck?Kan aku dah cakap takpayah datang.Aku takda apa-apa,”


“Eya uncle tahu..tapi berada disisi Tuan Mudah Shin adalah 70% kemalangan,” jawabnya sambil menahan nafas.Ee..orang tua ni..ada-ada aja.


“Jangan risaulah..aku tak akan ada apa-apa punya,”


“Tapi..” ayatnya mati apabila pintu wad V.I.P terkuak dari dalam.Wanita yang membukakan pintu itu tertunduk dihadapan Aura.Aura mengangkat kening.Ini siapa lagi ni?Uncle Beck membalas.Aura mengerut kening.Diorang kenalkah??


“Cik muda,tuan muda panggil masuk,” kata Nanny Vdya.Aura sekadar mengangguk.Dia menelan liur sebelum melangkah masuk.Uncle Beck yang baru saha mahu menyusul,pantas ditahan oleh Nanny Vdya.Pintu tertutup.

Syuunggg!!Bok!!Dahi Aura dan gelas plastik yang dibaling Leon seakan magnet yang menarik antara satu sama lain.


“Auww..” Aura memegang dahinya sambil memandang gelas plastik yang bergolek ke kaki katil Leon.Nasib baik plastic,kalau kaca??Kepala aku yang bergolek kat bawah katil tu...Aura meniup rambut depannya sambil memandang Leon yang terbaring atas ketil dengan tangan kiri disimin.Tajam mata Leon menikam Aura.


“Good Shot!” Aura memerli.Opps!Macamlah aku tak boleh jangka apa yang akan terjadi nanti..ofcaurselah,what goes around,comes around.Tapi aku tak salah sepenuhnya..okey!


“Kau memang nak mati ditangan aku,kan??” keras suara Leon,keras lagi wajahnya.Macam beruang kutub kelaparan.


“Wei..kau tak boleh salahkan aku sepenuhnya tau..kalau perempuan lain pun diorang buat akan buat benda yang sama!” or..it’s just me???


“Shut it!!” bentaknya.Aura terdiam.


“Tangan aku di simin,lanse kamera aku pecah,belakang aku sakit mau mampus dan kau bagi alasan macam tu???Kau nak mati?!” tengking Leon.Ish ba..Lion king betullah dia ni..


“Tangan ni penting buat aku,kau tau??” tambahnya lagi.


“Yalah..tak pernah aku dengar tangan tak penting..” gumam Aura,melawan dalam diam.


“Kau fakir dengan tangan macam ni,aku boleh buat apa?”


“Senang..baring aja kat katil tu,tak perlu buat apa-apa kerja,” jawab Aura selamba.Leon ketap bibir.Selimut yang menutupi kakinya,diselak kasar lalu turun dari katil.Aura menggelabah mencari pintu keluar.Belum sempat tombol pintu dipulas,Leon terus menekan pintu itu agar tertutup semula.


“Kau jangan ingat kau boleh lari lepas kau dah masuk kawasan aku!” keras nada Leon.Aura berpaling.


“Memandangkan kau dah cakap,aku hanya perlu baring atas katil.Apa kata kau jadi hamba abdi aku??” terbeliak matanya mendengar ayat itu.


“Kau gila???”


“Kalau kau tak nak..” Leon mendekatkan jarak kepalanya dengan kepala Aura.Spontan Aura manjarakkan wajahnya.


“Kau boleh bayar dengan badan kau,” bisik Leon.


“What??!!”


*****


Tok!Tok!


Pintu bilik yang tertera nama ‘Doktor Narisa’ diketuk.Selepas mendapat kebenaran,Uncle Beck segera melangkah masuk.


“Beck?!” Puan Narisa seakan terkejut dengan kehadiran Butlernya di situ.Dia bangkit.


“Selamat pagi puan,” uncle Beck tunduk hormat.Puan Narisa tersenyum.


“Have a seat.Beck nak minum apa-apa?” Tanya Puan Narisa.


“Tak.Tak..biar saya yang buat puan,” cepat-cepat dia menggeleng.Uncle Beck terus menuju ke dapur mini bersebelahan dengan meja kerjannya.Puan Narisa melabuh punggung..


“So Beck,ada berita tentang Josephine?” Puan Narisa memandang tepat kearah Uncle Beck.


“Saya diberitakan bahawa Tuan akan pulang minggu depan,tapi harinya belum ditetapkan lagi,” Puan Narisa sekadar mengangguk.Begitulah keadaan mereka suami isteri,jarang berkomunikasi.Itu pun hanya melalui Uncle Beck.


“How’s Aqua?”


“Itu adalah sebab saya dating ke sini puan,” kata Uncle Beck sambil meletakkan dua cawan tea lipton di atas meja lalu melabuh punggung.


“Kenapa dengan Aqua?” soalnya.


“Dua hari yang lepas dia cuba melarikan diri dari kami,”


“Apa?!dia di mana sekarang?” Puan Narisa kelihatan amat terkejut.Sudah lebih dua minggu dia tidak mendengar berita pasal anaknya,tup-tup,dia terdengar pula pasal Aqua melarikan diri.


“Maafkan saya pun..tapi biar saya habiskan ceritanya dulu,” Puan Narisa membisu.


“Kami menemuinya di satu Bandar kecil Bernama Santina Town.Kami dapat mengesannya dengan GPS.Selepas itu sikapnya berubah,”


“Berubah macam mana?”


“Dia…”


“Dia apa??”


“Saya rasa lebih baik puan sendiri yang pergi menjenguknya.Saya rasa mungkin disebabkan dia kurang dapat perhatian dari puan dan tuan sebab itu dia cuba untuk melarikan diri,” Puan Narisa terdiam seketika.


“Saya rasa,Beck betul.Saya akan ambil cuti untuk bersama dia nanti,”


Ada satu lagi puan,”


“Apa dia?”


“Dia yang menyebabkan Tuan Muda Shinichi masuk wad,dan dia ada bersama dengan Tuan Muda sekarang,”


“APA???” kali ini lebih dari terkejut,jantungnya hampir jatuh ke perut mendengar ayat itu.Puan Narisa menelan liur.Dia bangkit dan mula mundar-mandir dihadapan Uncle Beck.


“Puan..Puan??” panggil Uncle Beck.


“Macam mana ni Beck..apa akan jadi dengan Aqua nanti???” rasa takutnya mula menyerang.Seperti beberapa tahun yang lalu apabila Aqua secara tidak sengajanya merosakkan kamera kesayangan Leon,pemberian ibunya.Macam-macam yang menimpah Aqua sehingga Aqua trauma,dengar saja nama Leon dia akan menggeletar.Tapi selepas menjalani beberapa terapi,traumanya sedikit demi sedikit pulih.


“Jangan risau..Vdya ada bersamanya sekarang..dia takkan apa-apa,” Puan Narisa segera menyentuh dadanya sejurus mendengar nama Vdya,seperti nama itu terlalu keramat sehingga menghilangkan kerisauannya.


“Kalau begitu,Beck pun harus ada bersama Aqua.Kalau Aqua dah keluar dari bilik itu,suruh dia dating ke bilik saya,”


“Baiklah puan,saya pergi,” baru saha Uncle Beck bangkit,Puan Narisa segera menyuruhnya duduk semula.


“Minum dulu teanya,” dia duduk semula dan menikmati tea itu bersama-sama majikannya.


*****


“Why I have to do this?” soal Aura sambil memalingkan kepalanya ke kiri.Sebilah pisau ada di sebelah tangan kanan,manakala sebelah kiri sedang mengenggam sebuah Epal.Atas meja ada lagi sebakul buah epal.Kedengaran gelak-tawa Leon yang sedang menonton Hagemaru,budak bodoh + bijak.Aura menggeleng lalu mengupas buah epal tersebut.


“Yalah..sebagai hukuman dan penebus kesalahan kau,kau perlu bayar dengan tenaga.Kau fakir bayar dengan badan maksudnya aku perlu meniduri kau??Hah.dah gila??” jawab Leon pula,epal yang sudah siap dipotong digigit separuh.


“Mulai dari hari ini,semua kerja aku kau yang buat,termasuk menyiapkan kerja-kerja rumah yang cikgu bagi sepanjang tangan aku dibalut!Kalau kau ingkar,kau tahulah apa yang kau dapat!” Aura menghempas pisau dan epal atas meja,tanda tidak puas hati.


“Kau ingat aku takda kerja lainkah??Lagipun..bukan salah aku tangan kau dibalut.Aku ada hak buat begitu dengan lelaki miang macam kau!” balas Aura.Leon membeliakkan mata,dia segera turun katil.Dia mendekati Aura.


“Lelaki miang??Kau panggil aku lelaki miang?kau ingat aku berminat dengan perempuan singa macam kau??” sindir Leon.Aura mencekak pinggang.Perempuan singa???


“Untuk pengetahuan kau,aku hanya bersikap kasar dengan orang macam kau.Satu lagi,aku takkan jadi hamba abdi mahupun guna tenaga aku untuk semua yang sia-sia!so,I’m leaving!”


“Oo..jadi kau taknak bertanggungjawab?Setelah kau buat tangan aku macam ni,malukan aku depan semua orang???Okey..kalau itu yang kau mau..tapi kau akan ditendang keluar dari sekolah dan tidak diterima dimana-mana sekolah lagi,”


Aura tergelak. “Besar sangatkah pengaruh kau,huh?” Leon membisu namun dia menatap Aura.Perlahan-lahan dia mendekati Aura.


“Ka..kau nak..apa?” dia tergagap.inilah kali pertama dia berhadapan dengan musuh yang buat dia tergagap.Walaupun ibunya Puan Newlina sudah cukup mengerunkan,tapi di8a tidak pernah tergagap kecuali dengan lelaki yang sedang berdiri dihadapannya,Leon Shinichi.


“Why,you acting like you don’t know me Aqua?” soal Leon dicuping telinganya.Degup..degup!NO WAY!!


“Huh.of course I know you..”


“So..kau perlu ikut semua yang aku suruh atau…” Leon membisikkan sesuatu ditelinganya.Aura tersentak.


“Kau apa??” soal Aura,dia seperti tidak menangkap kata-kata Leon tadi.


“Fikirkan..atau diorang yang jadi mangsa,” kata Leon sambil mencapai buah epal yang sudah siap dikupas lalu kembali semula kekatil.


“Jangan cakap yang kau serius..”


“Well..tengoklah..kalau kau sanggup jadi hamba abdi aku..aku lepaskan diorang,” Aura mendengus.


“Do whatever you want!” Aura segera memulas tombol pintu.


“Kau nak pergi?” langkah Aura mati,dia menoleh.


“Walaupun bilik ini selesa,tapi bilik ini macam neraka bila kau ada.Memang betul cakap kau,aku tak kenal kau.Kau bukan manusia!” Leon tersenyum sinis walau ayat itu sedikit sebanyak menyentap hatinya.


“Kalau kau tetap pergi,aku akan pastikan diorang menderita!”


“Like I said,do whatever you want!” Aura terus beredar.Semakin lama dia berada dibilik itu,semakin panas dadanya.Macam dibakar-bakar.Sejurus pintu tertutup.piring kaca yang berisi hirisan epal atas meja dicapai lalu dilemparkan ke dinding,berkecap piring itu atas lantai,hirisan epal pula bertaburan atas lantai.


Aura memandang pintu yang sudah tertutup rapat,dia seperti terdengar bunyi kaca berkecai.Kenapa ada manusia macam dia?Sejahat-jahat aku,aku tak pernah ambil kesempatan pada yang lemah!


“Cik muda?” Aura tersentak lalu berpaling ke belakang.Kelihatan Nanny Vdya sedang mendekatinya.


“Cik muda dah nak pergi?” soal Nanny Vdya.


“Peliklah dia tu..aku belum jumpa lelaki kejam macam dia tau.Kenapa ada orang macam dia kat dunia ni,huh?” Aura menyuarakan ketidakpuasan hatinya.Tanpa disedari Nanny Vdya sedang pelik memandangnya.Maklumlah,Aqua seorang yang sopan,tidak pernah meninggikan suara pada sesiapa pun.


“Sorry…” Aura segera memohon atas keterlanjurannya.Tengok saja perangai Aqua,Aura terus tahu Aqua jenis orang yang macam mana,jadi dia tidak sepatutnya bersikap begitu pada orang terdekat Aqua.


“It’s okey..nanny faham..cik muda nak balik?” Oo..Nanny..


“Eya..lagipun waktu kelas dah tamat,”


“kalau begitu,boleh kita bercakap sebentar?”


“Emm..okey!”


*****


“Mana Dave ni?” soal Aqua sambil matanya meliar seluruh kawasan sekolah dari luar gerbang.


“Uncle,jam berapa?” Tanya pula pada Azus yang berada dalam pondok pengawal.


“Dua tepat,” Aqua mengeluh selepas mendengar nombor itu,sudah 30 minit di menunggu di depan gerbang.Semua pelajar sudah pun pulang dengan kenderaan masing-masing.


“Kak!” Aqua tersentak.Kelihatan Alfa sedang menghampiri Aqua dengan basikal ditepinya.


Napa lambat keluar?”


“Aku siapkan peka.Dave belum keluar?” Aqua menggeleng.


“Kita baliklah,nampak macam nak hujan aja,” Alfa memberi cadangan.Aqua memandang langit,awan sudah mula berkumpul.


“Takpa..saya tunggu sekejap lagi,dia dah janji nak balik sam-sama,”


“Okey..kalau gitu Alfa balik dululah,” Alfa terus membonceng basikalnya dan beredar.


“Hati-hati,Alfa!” laung Aqua,Alfa sekadar melambaikan tangan.Aqua tersenyum melihat Alfa dari belakang.So,begini pula rasanya punya adik.kau bertuah Aura..you have a family..


15 minit kemudian….


Aqua memandang langit.Awan putih sudah bertukar kelabu,tanda ingin menumpakan air kebumi.Aqua meliarkan matanya lagi.Tiba-tiba matanya melekat pada dua susuk tubuh yang sedang keluar dari pintu utama bangunan sekolah.Akhirnya..keluar juga Dave..tapi siapa perempuan tu??


Kelihatan Dave sedang beriringan dengan seorang gadis,lagak seperti sepasang kekasih.Tangan saling bertaut.Entah kenapa,saat itu terasa seperti baru saja ditembak dengan riffle dibahagian kepalanya.Terasa seperti jasadnya baru saja keluar dari badan.


“Aura??” panggil Dave.Aqua tersentak.Dave segera mendapatkan Aqua.Gadis disebelahnya ditinggalkan ke belakang.Gadis itu menyusul.


“Kau masih disini?” soalnya.Aqua sedaya-upaya tersenyum walaupun hatinya terasa sakit.Walaupun dia sudah biasa dengan situasi itu,dia tidak pernah rasa sakit seperti itu.Seringkali dia menunggu kepulangan ibubapanya,setiap kali juga harapan dia musnah.Tapi kali ini,ia berlainan.


“Begitulah nampaknya,” jawab Aqua.


“Sorry..kau tunggu aku?”


“Tak..tak!Saya tunggu..Alfa.Dia siapkan peka,” jawab Aqua pantas.Dave menghembus nafas lega.


“Oo..baguslah..”


“So..kamu..” Tanya Aqua sambil memandang mereka bergilir-gilir.Dave tersenyum.Cherry turut tersenyum,kelihatan lesung pipinya yang satu disebelah kiri.


“Ya..thanks to you buddy!” jawab Dave sambil mengusap kasar kepala Aqua,tapi dia pelik sebab Aqua

tidak melawan sebaiknya tertunduk.Tangannya ditarik.Selalunya,jika dia buat begitu dengan kepala Aura,paling tidak dia akan terpelanting,Tapi pelik,tiada reaksi.


“Kau okey?”


“Ya..oh..nampak macam nak hujan.Kamu tak balik lagi?” kata Aqua.Pelik rasanya apabila terpaksa berpura-pura.Dave memandang langit.


“Okeylah..kami balik dulu.Kau okey tunggu Alfa,mungkin dia lama lagi,”


“It’s okey..i’ll be fine,”


“Okey..jom!” Dave memaut bahu Cherry lalu keluar dari gate.Aqua sekadar menjadi pemerhati.Cherry sempat melambaikan tangan sebelum mereka menaiki motor Dave dan beransur dari situ.


Aqua menghela nafas,dia memegang dadanya.Why??Bukan saya kenal Dave pun..Cherry juga.Diorang takda kena-mengena dengan saya pun..jadi kenapa saya perlu sakit hati??Nonsense!


“Kenapa kau tipu Aura?” Aqua hampir terlupa bahawa bukan dia seorang saja yang ada di sana,tapi Azus juga ada disitu,memerhati situasi itu.Aqua mendekati pondok pengawal.


“Nak buat macam mana..takkan saya nak cakap saya tunggu dia.Apa kata girlfriend dia nanti?”


“Tapi aku nampak kau betul-betul terkejut tadi,” Aqua tersenyum.


“Mungkin saya terlalu lama menunggu kot..okeylah uncle,saya pergi dulu,” Aqua beredar sambil melambaikan tangan.


“Em..hati-hati!”


“Dia datang,dia datang..cepat lepaskan kucing itu!” arah Jun sambil berlari kearah dua orang kawannya.Micky yang sedang memegang rumah kucing itu menarik pintu ke atas,dan Bj pula menyambut kucing itu.Mereka segera berlari menuju ke dinnding tembok lalu melepaskan kucing itu.Tiga kepala bertindih menjenguk dari tembok,memerhati apa akan terjadi seterusnya.


“Meow!” Aqua mengiau sambil mendapatkan kucing orange putih itu.


“kau nak pergi mana?” soalnya pula dengan nada soprano,kapala kucing itu diusap-usap.


Sementara Jun,Micky dan Bj saling berpandangan.”Kita silap orangkah?” soal Bj.


“Tak tahulah..nampak macam Aura..tapi dia memang Aura!” jawab Micky.


“Tapi..dia peluk kucing tu..jangan-jangan dia mainkan kita tak selama ini,” Jun pelik.Baru saja beberapa hari yang lalu hidungnya patah disebabkan dia menakutkan Aura dengan hamster.Micky pula jari tengahnya yang menjadi mangsa apabila secara tidak sengaja melepaskan tikus yang digunakan untuk experiment.Bj??Lebam di matanya baru saja sembuh seminggu yang lalu,itu pun Aura juga penyebabnya.


“Ini kucing kamu?” serentak mereka terkejut dek sapaan Aqua.Jun lantas berdiri dihadapan Aqua,Aqua menjarakkan kepala.


“Kau mempermainkan kami selama ini,betul tak?Fobia dengan haiwan berbulu konon.Buktinya..kau tengah peluk kucing tu!” marah Jun tidak puas hati.Aqua mengerut dahi,satu benda pun dia tidak faham.Fobia dengan haiwan berbulu??Aura???Aqua lantas tergelak.


“Hey..apa yang lucu??Kau tengok hidung aku,kau tengok jari dia..semua ni kau punya pasal kau tau tak??” kata Jun lagi sambil menunjuk hidungnya dan mengangkat tangan Micky di muka Aqua.Aqua membisu buat seketika sambil memandang Bj,Jun dan Micky satu-persatu.Kucing itu dilepaskan ke bawah.Satu-satu tangan dicapai.Mereka kehairanan tapi merelakan.Tangan mereka bercantum satu,dan tangan Aqua berada diatas.


“Maafkan saya..saya betul-betul minta maaf..” kata Aqua,sekali hembus,terasa macam mereka berada di awang-awangan,ditiup angin sepoi-sepoi bahasa..terasa dekat dengan syurga.Anak mata mereka sudah keluar bintang-bintang.Ayat itu membuatkan mereka terpikat,jatuh hati…suara itu menyapa lembut di telinga mereka.


“Kamu sudi maafkan saya?” soal Aqua.Mereka serentak mengangguk.Seperti mereka baru saja disihir.Aqua melepaskan tangan.”Terima kasih,ya?” mereka mengangguk lagi.


“Comel kucing ni,kamu dapat dari mana?” soal Aqua.


“Di sana!” jawab mereka serentak sambil menuding kea rah berlainan.Jun menuding ke timur,Micky menuding ke barat dan Bj pula ke selatan.Aqua tersenyum.


“Mulai hari ini..kita jadi kawan okey?” Aqua menghulur salam,mereka tersenyum lebar sambil serentak

mencapai tangan Aqua.Aura,aku tolong kau kurangkan musuh okey??


*****************************************************************


p/s: hehe..sorry lagi lambat post..enjoy ur reading..luv u guys!!

2 comments:

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.