Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

06 March, 2010

Substance 7 : Friendship


Substance 7 : Friendship


“Terima kasih Pengetua,saya pergi dulu!” kata Aura sambil bangkit lalu tunduk hormat pada lelaki berjambang dan berkaca mata bulat itu.Uncle Beck turut bangkit.Pengetuan Toshima sekadar mengangguk.Aura dan Uncle Beck ebrganjak kelaur dari bilik itu.Pintu itu ditutup rapat dari luar.Aura mengeluh kecil.


“Cik muda,biar uncle yang buat semua kerja tu,ya?Uncle rela!” kata uncle Beck sambil menepuk dadanya.Aura memandang lelaki separuh abad itu.


“Uncle,ini tanggungjawab aku,aku boleh buat.Aku tak boleh lepas tanggungjawab begitu saja,kan?” kata Aura.Tapi jauh disudut hati dia masih ragu-ragu,bolehkah dia buat kerja amal selama seminggu mencuci tandas dan memungut sampah selepas sekolah?


“Tapi..”


“Uncle baliklah..aku akan baik-baik saja,” katanya lagi sekadar menyedapkan hati Uncle Beck.Uncle Beck mengeluh,bukan Aqua tidak pernah melakukan kerja amal sebelum ini tapi dia risau akan kesihatan Aqua,sebab Aqua akan pengsan juka terlalu penat.


“Baiklah,kalau itu keputusan Cik muda,uncle balik dulu!” mahu tidak mahu dia terpaksa bersetuju.Aura dan Uncle Beck berpisah selepas menuruni tangga dari bilik Pengetua Toshima.


“Sekolah ni takda petakah?Sekolah begini besar,tapi satu peta pun takda!”rungut Aura apabila cuba mencari peta sekolah.Kepala dipusingkan ke kiri dan kanan.Tiba-tiba matanya melekat pada kertas berukuran kira-kira dua keping F4 yang melekat di dinding bangunan jauh dihadapannya.


Ada pun!” Aura segera menghampiri peta sekolah itu.Dia boleh tanya pelajar lain,tapi orang mungkin syak sesuatu kalau dia bertanya di mana letakknya rumah rehat pekerja pembersih.Peta itu dicabut dari dinding.


“First,mana rumah rehat cleaner?” Aura membelek peta sekolah itu.


“Ish..berapa lama aku nak cari rumah rehat diorang ni?!” Aura mula merungut.Dia sampai di satu tempat yang agak tersembunyi dari sekolah itu.Di tempat itu ada sebuah Tower dimana diatasnya terdapat beberapa tangki bersegi berwarna merah.Rasanya dalam peta dekat saja..atau..aku sesat??Ishh!


“Eee..bodoh betul!!” bentaknya pula


“Wei!” Aura tersentak apabila sesorang tiba-tiba menyapanya dari belakang.Dia berpaling.Kelihatan seorang lelaki bertubuh tinggi hampir sama dengan tinggi Leon dan seorang perempuan berambut ikal mayang paras pinggang sedang berdiri dihadapannya.Tangan lelaki itu pula memaut bahu si perempuan.Dari pakaian mereka,mereka adalah pelajar sekolah itu.Perempuan itu sudah buat muka V,tapi lelaki itu sekadar memandang Aura.


“Hei,kau tahu tak kau baru saja ganggu kami?” kata perempuan itu.keras.Aura mengerut kening.Hah..datinglah ni..


“Kalau kamu taknak diganggu,pergilah tempat lain.Rasanya sekolah bukan tempat untuk ‘berbulan madu’kan?” peril Aura.Perempuan itu sudah menahan marah.Keningnya sudah hampir bercantum.lelaki itu pula tergelak.Aura memandang lelaki itu.


“Fax,what so funny?perempuan lembab ni baru saja ganggu kita,okey!” marah perempuan itu.Lelaki yang dipanggil Fax itu melepaskan pautan dibahunya.Fax menghampiri Aura.Tapi Aura sikit pun tidak berganjak.


“Long time no see,Aqua!” kata Fax.Kening Aura terangkat.Dia kenal Aqua???Okey..relax,relax!


“Ya,long time no see!” ayat Aura bermaksud.Maksudnya dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu.Perempuan yang ada dibelakangnya segera menarik lengan Fax agar menghadapnya.


“Boleh tak jangan layan perempuan ni.She’s disgusting!” maki perempuan itu pula.Aura sudah mula berasap.Matanya sudah timbul urat-urat besi.Tapi perasaan marahnya itu ditolak jauh-jauh.


“You are the one who disgusting me,Judha!” balas Fax pula sambil menyebut keras nama Judha.Judha sudah ternganga mendengar ayat itu.Dia menggiggit bibir geram,lantas terus beredar dari situ.Aura memadang Fax yang sedang tersenyum kepadanya.


“Aku dengar kau yang buat Shin masuk wad,betul?” soal Fax.Hmm..lelaki ni kenal Lion King tu rupanya.


“Ya,kenapa?Bukan dia berhak masuk wad?” kata Aura pula.Fax tergelak.


“Sudahlah..aku pergi dulu.Sorry ganggu ‘Honeymoon’ kamu,” Aura terus berpaling membelakangi Fax tapi belum sempat kakinya melangkah tangannya sudah ditarik oleh Fax agar menghadapnya semula.Fax tersenyum sementara Aura sudah hilang sabar.Dia benci bila orang memperlakukan dia seperti itu,terutamanya lelaki.


“Gila!!” jeritnya.Tanpa amaran,Aura terus melepaskan penumbuk ke perut Fax,sementara Fax membongkok menahan sakit diperut,belakangnya pula dihentak dengan siku tajam Aura.Serentak itu tubuh Fax menghempap tanah.


“Ahh…” aduhnya.Fax memegang perutnya sambil bergolek ke kiri dan kanan berulang kali.Aura mencuit hidungnya dengan ibu jari,seperti yang selalu dilakukannya apabila dia berjaya menumpaskan lawannya.


“Kau.Tak akan.Pernah.Buat.Begitu.Lagi.Dengan.Aku,kau faham????” kata Aura sambil menyebut satu-persatu perkataan itu dengan keras.Fax masih berguling-guling.Mukanya sudah berkerut seribu.Aura mendengus sebelum meninggalkan Fax dalam kesakitan.


*****


Semua mata memandang Aqua apabila dia beriringan dengan BJ,Jun dan Micky.Pertama kali dalam sejarah sekolah itu Aura berdampingan dengan lelaki selain Alfa dan Dave,apatah lagi dengan BJ,Jun dan Micky.Sambil ketawa sambil berjalan.Mereka seperti berjalan atas pentas.Tiada mata pun yang terlepas pandang,termasuk

guru-guru dan pekerja pembersihan sekolah.


“Dave,do you hear me?” kata Cherry sambil menepuk lembut pipi Dave.Dave segera tersentak,cepat-cepat dia mengalihkan matanya dari Aqua kepada Cherry.


“Kau cakap apa tadi?” soal Dave.Satu bunyi pun tidak masuk di telinganya,apa tidak dia juga turut memerhati Aqua.


“Kau tengok Aura,ya?” kata Cherry seakan menjauh hati dengan sikap Dave.


“Sorry..aku tak dengar tadi.Sorry ya?” Dave mula resah,kalau boleh dia tidak mahu menyakiti hati gadisnya.


“Yalah..dari tadi kau tengok Aura,” ada terselit rasa cemburu dalam nadanya.Cherry mengalih posisi duduk dari menghadap Dave.


“Aku minta maaf,ya?Jangah marah lagi boleh?” pujuk Dave.


“Tak..aku tak marah pun,” naïf Cherry pula.Dave tersenyum.


“Marahlah tu..okeylah.Aku buat apa saja asalkan kau tak marah lagi,” Cherry segera berpaling ke kiri.Senyuman terukir dibibirnya.


“Betul?” Dave mengangguk. “kalau gitu,boleh tak jangan selalu berdamping dengan Aura,boleh?” Dave mengerut kening,pelik mendengar permintaan Cherry.


“Tapi aku kerja di restaurant dioranglah Cherry,lagipun kaukan tahu kami kawan dah lama.Tak normallah kalau kami tak sama-sama,” kata Dave.Cherry sudah buat muka balik.


“Tak boleh,walaupun demi aku?” rayu Cherry lagi.


“Bukan tak boleh,tapi kami kawan,kawan Cherry.Kawan tak boleh buat begitu,”


“Okey..kalau begitu kau carilah kerja lain,” kata Cherry pula.Dave tergelak.Ini dah macam permintaan budak-budak dah.


“Tak boleh..aku mesti cari duit.Bukan senang nak cari duit sekarang,apa lagi kerja,” Cherry seraya berdiri lalu memeluk tubuh.


“Kalau tak boleh,tak apalah.Suka hati kau!” bentaknya lalu beredar.Cepat-cepat Dave mengejar Cherry.Berlakulah adegan pujuk memujuk.

Alfa tiba-tiba keluar disebalik pokok besar di belakang tempat Dave dan Cherry berbual.Dave dengan Cherry?Okey..tapi janganlah dia tukar kerja sudah.Alfa bermonolog.


*****


“Aqua!Aqua!” Aura yang sedang duduk mencangkung mencuci tandas segera bangkit apabila terdengar namanya dipanggil dari laur tandas.Dia segera keluar dari ruang kecil itu.Pintu dirempuh dari luar.muncul seorang gadis berkaca mata dan rambut terurai menutupi muka di hadapannya.Gadis itu tercungap-cungap,seperti baru saja memenangi larian pecut.Aura sekadar menunggu gadis itu membuka mulut.


“Shinichi..” liur ditelan. “Dia..kumpulan..semua ahli..kelab menjahit..di gelanggang basketball,” tersekat-sekat suaranya.Walaupun begitu Aura masih dapat menangkap setiap bait kata yang keluar dibibir pucatnya.


“Kenapa?” soalnya sambil membuka glove.


“Dia nak bubarkan kelab itu dan menendang kami keluar dari sekolah,” Aura tersentak.Leon betul-betul mengotakan kata-katanya,ugutan semasa dia berada dalam wad Leon.Aura menutup rapat matanya.Dia memang betul-betul melampau!Glove segera dilempar ke lantai dan terus beredar bersama gadis malang itu.Mereka berlari menuruni tangga menuju ke gelanggang basketball.


Langkah Aura terhenti apabil gelanggang itu sudah dikerumuni dengan pelajar-pelajar.Kelihatan 7 orang gadis yang hampir serupa dengan gadis disebelahnya sedang melutut.Tanpa membuang masa,Aura terus menyerbu masuk dicelah-celah pelajar.Dia berdiri di hadapan 7 orang gadis yang sedang melutut dihadapan Leon.Gadis yang ada dengan Aura pula ikut serta 7 orang gadis itu.


Leon tersenyum memandang Aura sambil duduk dipayungi oleh 3G,Darinna,Reddy dan Sarah.Meluat Aura

memandang mereka.


“Muncul pun.Sorrylah ganggu kau cuci tandas.Tapi kami takkan lama disini,” kata Leon pula seakan memerli.Aura memandang gadis-gadis dibelakangnya.Kesiannya kamu..


“Kenapa kau buat semua ni?” soal Aura.Leon bangkit lalu berjalan sambil mengelilingi mereka.


“Senang,aku nak kau jadi hamba abdi aku,” ringkas dan tepat.Aura memandang senyuman-senyuman pelajar-pelajar yang mengerumi mereka.Penyibuk betul!8 gadis yang masih melutut itu serentak memandang Aura.Mereka juga terbahagi dua,mengorbankan Aura atau korbankan diri sendiri.


“Kalau kau menolak,sudah semestinya kelab itu dibubarkan dan mereka akan ditendang dari sekolah,” sambung Leon lagi.Langsung tiada rasa bersalah.


“Aku ada pilihan lain?” kata Aura seakan sudah membuat keputusan,dia tahu lelaki itu takkan memberi dia banyak pilihan.


“Takda,” jawan Leon pendek.


“Okey..tapi dengan satu syarat,” Leon mengerut kening.


“Kau ingat kau…”


“I’ll do anything you ask!” potong Aura dengan nada sedikit tinggi.8 gadis itu tersentak.Takut dan gembira bercampur-baur.Leon tergelak.Kemudian semua pelajar yang ada disitu turut sama ketawa.


“Kau ingat semudah itu?” kata Leon sinis.Aura mendengus kasar.


“Apa lagi yang kau mau?” Leon mendekati Aura,mulutnya didekatkan ke telinganya.


“Melutut depan aku,dan cakap yang kau bersalah dan kau minta maaf,” bisiknya.Mata Aura terbeliak.Melutut??Minta maaf??Pelajar yang ada disitu mula tertanya-tanya,suara Leon terlalu perlahan.


“Okey..tapi bukan di sini!Bukan depan semua orang..aku janji.Asalkan kau lepaskan diorang,” Aura tidak sanggup melutut.Egonya terlalu tinggi untuk di malukan depan semua orang.Leon tersenyum.


“Kalau gitu,say please,” Aura mendengus lagi.Tapi okeylah..aku tak perlu melutut..


“Please..tolong lepaskan diorang,” ucap Aura.


"Please,master!" Leon membetulkan ayat Aura.Aura mendengus.


"Please,master," Aura tetap menurut.Serentak itu semua ketawa pecah.Tapi Leon segera mengangkat tangan,dan tawa itu serta-merta lenyap.Leon tersenyum.


“Okey..apa syaratnya?” Leon terus bersetuju memandangkan Aura akan menurut semua arahannya.


“8 perempuan ini akan mendapat keistimewaan.Tiada siapa yang boleh mengusik,menyakiti,menghina,dan kelab menjahit itu takkan dibubarkan,” kata Aura lagak seperti seorang peguam.Leon mengangguk-angguk,seperti

memikirkan cadangan Aura.


“Itu saja dan aku akan buat seperti yang kau suruh,” tambah Aura.Leon tersenyum.


“Okey tapi kalau kau ingkar janji kau sendiri,aku takkan berbincang lagi,Done.Bersurai!” Kata Leon sambil mendepakan tangan.Semua pelajar terus beransur pulang ke kelas masing-masing,tapi sudah semestinya masih bercerita tentang kejadian itu.Tinggal Leon,Aura dan 8 gadis itu.Aura berpaling ke belakang.


“Aku nak kau datang ke bilik persatuan pelajar selepas waktu sekolah,dan semestinya selepas kerja amal kau selesai,” kata Leon.Aura mengerut kening.Persatuan pelajar?Oh..ada peta sekolah!


“Eya!” jawabnya ringkas.Leon terus beredar.


“Wei..berdirilah!” arah Aura sebaik Leon beredar.Perlahan-lahan mereka bangkit.Perasaan takut itu masih ada lagi.


“Bangun ajalah.Kamukan dah ada hak istimewa,” kata Aura lagi seakan faham dengan perasaan mereka waktu itu.


“Maafkan kami Aqua,sebab kami kau perlu jadi hamba abdi dia,” kata Jedah.Gadis berambut pendek seperti tempurung kelapa.


“It’s okey..sebenarnya ini takda kena mengena dengan kamu.Cuma dia guna kamu untuk ugut aku.Jangan risaulah,okey?” Aura cuba menyedapakan hati mereka.


“Kau pasti kau akan okey nanti?” soal Juriani pula.Aura mengangguk sekali.Pasti.


“Kau tak takut dengan dia lagi?” soal Jedah.Aura tersengih.


“Dah..kamu baik kelas dulu!” Aura tidak menjawab soalan itu.Lebih baik diamkan saja.


“Okey,” jawab Tracy pula,gadis yang berlari bersama Aura tadi.Mereka bersama-sama meninggalkan Aura.Aura sekadar memandang mereka dari belakang tanpa disedari Fax sedang memerhatinya dari astaka gelanggang basketball,tempatnya agak tersembunyi.


“Wah..aku tak tahu kau begitu berani Aqua.Sudahlah kau buat aku tertidur atas lantai,” Aura memandang bawah.Dia kenal suara lelaki itu.Aura segera berpaling sambil menayangkan buku limanya.


“Ep,ep!Aku tak akan dekat dengan kau.No!” jawab Fax pantas.Aura menjatuhkan penumbukanya.


“Peliklah..baru dua bulan kita tak jumpa kau dah banyak berubah,” kata Fax lagi.


“Kalau kau nak tahu,semua orang akan berubah.Kau ingat aku akan biarkan kamu semua ni injak kepala aku macam tu saja?”


“Tapi kau biarkan Shin injak kepala kau,bukan?”


“Sebab aku terpaksa.Ingat aku takut dengan dia..lagi.” katanya.


“Wah..you impressed me Aqua,” puji Fax pula.Aura mendengus.Geli dengan ayat itu.Tanpa membalas apa-apa,dia terus meninggalkan Fax diatas gelanggang itu dimana Fax adalah seorang lelaki yang tidak pernah ditinggalakan,melainkan meninggalkan.


Tanpa mereka sedari,Leon sedang memerhati mereka diatas gelanggang.Dia berhenti di selekoh bangunan apabila melihat kelibat Fax di astaka.


Aura mengeluarkan handphonenya dari poket lalu mendail no telefonnya sendiri.Lama panggilan itu tidak dijawab.Aura sudah mula hilang sabar.Saat aku perlukan dia pulalah dia buat hal!


“Hello?” akhirnya..Aura menghembus nafas lega.


“Wei..tangan aku dah cacatkah apa?” marah Aura.Aqua tersenyum ditalian.


“Sorry..and sorry juga.Kita dah lama tak jumpa.Aku perlu pertolongan kau,” kata Aqua.


“Samalah.Aku pun perlu pertolongan kau juga,”


4 comments:

  1. jahat sgt leon tu..
    or dia ada simpan prasaan pd aqua?

    ReplyDelete
  2. kejamnya leon..
    takpa jaksa pendamai da tiba.. go Aura..

    ReplyDelete
  3. mmg jahat ar si leon tu...
    ntah2 nti dia ader ati lak ngn si aura tu...bknnyer ngn aqua...
    cinta pas kena blasah ngn aura...
    wakakaka..

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.