Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

15 March, 2010

Substance 8 : Together


Substance 8 : Together


Sedar tadi Dave memerhati gerak-geri Aqua.Matanya seperti sudah dipakukan ke tubuhnya.Aqua perasaan itu,tapi dia biarkan saja.Rimas?ya..memang rimas.Sejak Dave masuk kerja selepas waktu sekolah,tak habis-habis Dave memerhatinya.


“Woi!” tangan Dave yang sedang melap meja meluncur jatuh,hampir tumbang dia dibuatnya.Dave berdiri tegak memandang Alfa.


“Boleh jangan buat begitu?” kata Dave,sedikit geram.Alfa tergelak.


“Boleh jangan tengok kakak aku begitu boleh tak?” Alfa membalas.Dave berdehem.


“Mana ada,” nafinya pula.


“Memang ada,” jawab Alfa lagi lalu terus beredar.Ingin saja Dave membalingnya dengan tuala di tangannya itu.


“Aura!” panggil Puan Newlina.Aura yang sedang menghidangkan pesanan di sudut bahagian pintu segera kembali ke dapur sebaik meletakkan pesanan.Dave tetap memerhati.


“Ya ma?”


“Ni tolong belikan bahan.Semua ada dalam senarai ni,” puan Newlina menghulurkan sekeping kertas kecil kepada Aqua.Aqua meneliti isi kandung kertas itu.Berkerut-kerut keningnya membaca kertas tersebut.Banyaknya…dan..tulisan apa ni???


“Hah..kenapa?” Aqua tersentak.Dia tersengih.


“Takda..saya pergi sekarang,” dia terus membuka apron yang terikat di panggangnya dan bergegas keluar.Dave sempat menangkap banyang Aqua keluar dari pintu.Dave menghentikan kerja melap meja.Kemudian dia tersenyum sengih.Hehehe…timbul idea jahatnya.


Buk!


Langkah Aqua terhenti,belakang kepala segera dipegang.Terasa seperti kepalanya baru saja dibaling dengan benda keras.Kemudian menoleh ke belakang.Siapa yang baling?Matanya sudah meliar seluruh kawasan lorong itu.Wajahnya sudah berkerut.Dia berpaling semula,masih dengan wajah berkerutnya.Sakit tu..


Dua langkah,buk!Aqua berhenti semula.Lama-lama dia berdiri,membatu.Tahan geram.Sesaat kemudian dia terus menoleh dan…


“Bahh!!!” gedebuk!Dave tiba-tiba muncul di depannya,akibat terlalu terkejut Aqua jatuh terduduk.Dave terdiam,wajahnya segera menjadi kaku.Matilah..


“Arh…sakit..” Aqua mengaduh.Dave sudah mengetap bibir.


“Okey?” Aqua mengangkat muka.Dave segera menekup muka dengan kedua-dua tangannya.Takut diapa-apakan Aqua.Aqua mengerut kening.


“Okey..” jawabnya lalu bangkit sambil mengibas-ngibas punggungnya.Dave dipandang semula.Masih dengan menekup kepala.


“Dave?Kenapa kau?” soalnya sambil menepuk bahu Dave.Perlahan-lahan Dave melarikan tangannya.


“Kenapa?” soal Aqua lagi.


“Kau okey?” soal Dave.


“Okey..yang kau tu kenapa?” Dave menggeleng.Aqua tersenyum,dia terus menoleh menyambung langkahnya yang diganggu Dave tadi.Dave segera mengejar Aqua.


“Kenapa kau ikut saya?” soalnya sambil berjalan.Dave memasukkan kedua-dua tangannya ke poket belakang seluar.


“Takda..saja.Kawasan sinikan banyak anjing..” Aqua tergelak.


“Kenapa kalau banyak anjing?”


“Kau kan takut dengan anjing,aku temankan kaulah,” Oooo…ya..Jun,BJ dan Micky pn cakap begitu juga.Aura..Aura..kenapa kau boleh takut dengan binatang comel?


“Thank you..kalau dah macam tu,boleh tolong translate tulisan ni tak?” Aqua berhenti lalu mengeluarkan kertas yang diberi ibunya itu kepada Dave.Kertas berganti tangan.


“Tak perlu..kita cari sama-sama bahan ni.Jom!” Dave segera menarik tangan Aqua menuju ke pasar berdekatan.Aqua sekadar menurut.Jantungnya terus berdegup kencang sejurus tangan mereka bertaut.Aqua menelan liur.Perasaannya sudah bercampur baur.Dia tidak tahu perasaan jenis apa yang sedang dialaminya.


Mereka kini sudah berada di tengah-tengan pasar raya,tangan kekal berpaut.Aqua sudah mula rasa janggal.


“Dave,tangan saya,” kata Aqua.Dave segera berpaling tapi tidak melepaskan tangan Aqua.


“Wei..bukan kita tak pernah pegang tangan pun..sini!” Dave tidak mengendahakan permintaan Aqua,mereka terus saja masuk di celah-celah orang ramai untuk mendapatkan kedai yang menjual bahan-bahan seperti yang tertera dikertas.Memandangkan restaurant milik keluarga Aura sudah tidak laku lagi,mereka tiada pembekal.


Setelah siap membeli-belah,mereka pun keluar dari pasar raya.Dave mendahului Aqua.Dave mendengus sambil menoleh ke belakang.Kelihatan Aqua seperti tidak larat mengangkat plastic putih yang dipenuhi sayur-sayuran itu.Sedangkan Dave memengang plastic yang sama,cuma Dave memegang dua plastic.Dave mendekati

Aqua.


“Sejak bila kau ada penyakit lemah ni,huh?” katanya.Plastik di tangan kiri dipindahkan ke kanan,plastic yang ditangan Aqua di ambil.Aqua pelik.


“Dave,berat!” Dave memandang Aqua.


“Sebab beratlah aku perlu angkat.Plastik ringan macam ni pun kau tak boleh angkat.Apa kau buat?” kata Dave,Aqua menunduk.OMG…


“Dah jom..” Dave melangkah.Lama-lama Aqua berdiri dan terus menikut jejak Dave.


“Dave,jam berapa sekarang?” soal Aqua sambil berlari ke arah Dave.


“I think it’s 4..sebab yang kita keluar tadi jam 2 ptg,” terlopong mulut Aqua.Langkahnya segera terhenti.Ya ampun…Aura!Matilah kali ni…


“Minta maaf ya Dave..saya perlu balik sekarang.Saya ada emergency!Sorry..!!!” dia berlari meninggalkan Dave sambil melaungkan kata-katanya.Dave terkulat memandang Aqua yang sudah jauh meninggalkannya.Bahunya sudah jatuh.


“Dia tinggalkan aku???”

*****


Sebaik tiba di pondok bawah Tokong,Aqua segera mencari tempat duduk.Walaupun sudah melabuh punggung,dia masih tercungap-cungap.Penat berlari menaiki bukit.Matanya meliar di sekeliling kawasan pondok,apabila mendapati baying Aura tiada,dia menghembus nafas lega.Entah kenapa..dia betul-betul takutkan Aura sedangkan wajah mereka hampir seiras.


Dia mengibas-ngibaskan fail lutsinar itu ke mukanya.Menghilangkan kepanasan.Setelah hampir kering peluhnya,dia membelek semula fail itu.Itu adalah fail Aura yang mengandungi gambar-gambar kawannya,itulah yang mereka bincangkan kemarin di talian.Amat susah untuk mencari fail itu kerana kunci laci telah disembunyikan oleh Aura.Nasib baik Aura memberitahu di mana kedudukan kunci itu.Dia masih ingat amaran Aura kemarin di talian.


“Jangan bongkar laci tu kalau dah nampak fail putih terus bawa keluar dan kunci semula,faham?”



Begitulah bunyi amaran Aura dan Aqua memang buat seperti yang di suruh.Apa yang ada di dalam laci itu pun dia tidak tahu.Nampak saja fail yang di maksudkan dia terus bawa keluar dan kunci laci itu semula.


Banyak gambar kawan-kawannya di dalam.Gambar seperti sebuah pasukan.Ya..pasukan bola tampar sekolah.Dalam gambar,Aura berada di tengah 10 orang perempuan dan dia memegang sebuah piala besar seperti piala Johan perlawanan.Bukan itu saja,banyak juga sijil-sijil olaraga yang di menangi Aura.Rupanya Aura seorang atlit..dan saya??Entahlah..saya Cuma ahli kelab kraftangan saja…


“Aqua…” Aqua mengangkat muka dari memandang fail.Dia segera mendapatkan Aura apabila melihat Aura sedang berjalan sambil membongkok.Baru beberapa hari tidak berjumpa,’badannya’ sudah berubah tua.


“Kenapa ni?” soal Aqua cemas sambil memapah Aura menuju ke pondok.


“Biar aku duduk dulu!” Aqua membantu Aura untuk melabuhkan punggung.Selepas melabuhkan

punggung dia terus berbaring.


“Ahh….” Kedengaran suara lega Aura.Aura turut membawa sebuah fail berwarna biru,mungkin itu juga mengandungi maklumat kawan-kawan Aqua.Atau lebih dari maklumat kawan-kawannya,maklumat Fax dan Leon turut berada di sana.


“Saya tolong kipas!” kata Aqua lalu mengipas Aura dengan fail putih di tangannya.


“Kenapa dengan kau?” soal Aqua dengan tangan yang masih mengipas Aura.


“Memang betullah Leon tu bukan manusia!” Aqua tersentak.


“Shiii!!!jangan panggil dia begitu!” kata Aqua dengan nada risau.Aura segera terbangun,dia memandang Aqua.


“Memang betul pun dia bukan manusia,” jawab Aura.Aqua menggeleng.


“Bukan itu..itu memang saya setuju tapi jangan panggil dia dengan nama tu,” Aura mengerut kening.


“Kenapa pula?”


“Well..saya tak tahu,tapi dia akan jadi lebih ganas kalau dia dipanggil dengan nama tu.Dia tak suka orang panggil di guna nama tu,” Aqua melapor.


“Kau pernah panggil dia dengan nama tu?”


“Tak..tapi saya pernah dengan orang panggil nama tu dan esoknya lelaki tu dibelasah teruk,” kata

Aqua.Glup!Aura menelan air liur.


“Saya sendiri tak tahu kenapa,tapi seingat saya..ada orang lain yang pernah memanggilnya dengan nama tu,tapi lupalah..” Aura mendengus.


“Kalau tak tahu jangan cakap.Okeylah..cepat mulakan perbincangan kita!” Aura menyerahkan fail biru di tangannya.Aqua menyambut.


“Bagitau aku semua tentang diri kau,” kata Aura.


“Em..aku ahli persatuan kraftangan,dan ahli seramai 9 orang.Semua ada dalam fail tu,”


  1. Farah Felecia,President.
  2. Jedah,Vice-President.
  3. Juriani,Setiausaha
  4. Amari,Timb.Setiausaha
  5. Aqua Arenetta,Bendahari



Pembacaan Aura terhenti apabila terbaca nama Aqua.Arenetta??


“Arenetta tu nama bapa kau eh?” soal Aura.Aqua menggeleng.


“Nama belakang saya,kenapa?”


“Takda..nama belakang aku pun Arenetta juga.Jodoh!” kata Aura sambil tersenyum.


“Fax tu orangnya macam mana?” soal Aura.Serta-merta Aqua berubah riak.


“Kau jumpa Fax?”


Aura mengangguk. “Kemarin.Kenapa kau macam terkejut?Dia tu boyfriend kaukah?” Aqua terus menggeleng berkali-kali.


“Bukanlah!Tapi jangan terlalu dekat dengannya,dia tu suka dengan peremuan.Perempuan keliling pinggang,” Aqua seakan memberi amaran.


“Kau ingat aku apa?Suka lelaki macam dia?”


“Sorry..”


“Aura,Cherry tu siapa?” giliran Aura pula berubah riak muka.


“Cherry?Emm..perempuan yang suka dengan Dave.3 tahun dia mengejar Dave.Kenapa dengan dia?”


“Dia dah jadi girlfriend Dave..” Oooo..mulut Aura membulat.Seperti yang sudah dijangka.Ngamlah tu..sama-sama pandai,sama-sama cantik!


“Oya..kau ahli kelab bola tampar kan?” Aura mengangguk.


“Hari tu,diorang paksa aku main bola tampar,”


“Hah??!Jadi macam mana?” Aura seakan terkejut.Aku hampir terlupa pasal diorang.


“Aku bagi alasan,dan hari sabtu ni diorang ada latihan.Kau mesti tolong saya Aura.Saya tak pandai main!”


“Ya..aku tahu.Sekejap,biar aku fikir,” lama Aura mendiamkan diri.Aqua sudah menggigit jari.Sudahlah dia tu kaki bangku,bukan pernah main atau ikut apa-apa sukan,yang dia tahu menjahit dan menanun saja.


“Ah!” Aura memetik jari.Dia sudah dapat idea.Aqua membetulkan duduknya.


Ada satu gelanggang,gelanggang di mana hanya aku dan Dave saja yang tahu.Kita akan berlatih di sana,setiap petang jam 6.Macam mana?” Aqua mengangguk.


“Tapi macam mana nak pergi sana?”


“Jom..aku tunjukkan jalan!” Aura segera bangkit dan keluar dari pondok.Aqua membuntuti Aura.


*****




Cakera padat bulat berwarna emas itu di masukkan ke dalam DVD player.Butang play di remote ditekan.Video yang di rakam sehari yang lalu bermain semula di kaca tv LCD di biliknya.Senyuman devil terukir di bibir Leon.


Rakaman itu berlatar belakangkan bilik empat penjuru,di tengah-tengah bilik itu ada sebuah meja bulat dan satu meja empat segi bernama Leon Shinichi,di bawah nama itu tertera perkataan ‘Ketua Persatuan Pelajar’.Kelihatan Leon sedang duduk di hadapan Aura dan kamera itu berada di belakang Aura.Berada di tempat tersembunyi.Dan semestinya Aura tidak tahu akan kewujudan kamera itu.


Perlahan-lahan Aura melutut di hadapan Leon yang sedang duduk dengan kaki bersilang.Tangannya berbalut dengan kain putih.Senyuman kemenangan tidak pernah padam dibibirnya.


“Ampunkan aku,master.Kejadian ini tidak akan berulang lagi.Aku berjanji.” Lafas Aura sambil tunduk mencecah lantai.


“Aku nak kau tunduk tiga kali di hadapan aku,” kedengara suara Leon memerintah.Lagak seperti seorang raja.Aura segera mengangkat muka,wajahnya jelas menampakkan ketidakpuasan hati.


“Kenapa?Menyesal?” Leon seakan memancing.Dia betul-betul mahu Aura tunduk kepadanya.Aura mendengus.Walaupun hatinya sudah sakit sepeti dibakar,dia tetap menurut.Itu adalah keputusannya,dan tiada siapa yang boleh mengubah keputusannya walaupun dia tahu pada akbirnya dia yang akan disakiti.


Leon tersentak apabila Aura betul-betul melakukan seperti yang diperintahkan.Aura tunduk tiga kali sehingga dahinya mencecah lantai.Aku akan benci kau buat selama-lamanya,Leon!!


Selesai tunduk ala-ala jepun,Aura segera berdiri.


“Kau puas hati?” soal Aura.Leon tersenyum,dia menepuk tangan sebanyak tiga kali,konon menunjukkan betapa kagumnya dia dengan Aura.


“Bagus,dan kau akan selama-lamanya menjadi hamba abdi aku,” kata Leon.Aura tidak menjawab.


“Lepas ni,aku nak kau datang ke rumah aku,” arah Leon lagi.Aura menutup rapat matanya.


“Buat apa?”


“Sebab kau hamba abdi aku,jadi kau akan mengantikan pembantu peribadi aku,” ternganya mulut Aura.Gila ini!!!


“kau tau kan aku ada kerja amal di sekolah.Aku mana boleh buat dua kerja dalam satu masa!” Aura seakan membantah.


“Yes you can and you will!” jawab Leon.Aura mendengus kasar.


“Apa aku nak buat di sana?”


“kau akan tahu,sekarang keluar!” katanya seakan menghalau(memang pun).Tanpa banyak bercakap,Aura terus keluar dari bilik itu.Pintu dihempap kuat.Tunjuk perasaan.Leon tersenyum.Dia terus mendapatkan kamera yang tersembunyi di sebalik pasu bunga.



Butang pause ditekan,dan ketawanya serta-merta pecah.Bangga dengan diri yang dapat menundukkan Aura yang disangkanya Aqua.Walaupun begitu di mendapati sedikit ganjil dengan sikap Aqua.Selalunya Aqua tidak pernah berani mempertahankan sesiapa apabila melibatkan dia dalam apa-apa situasi.Aqua terlalu takut dengannya.Dan selepas dua bulan mengurung diri,sikap Aqua terus berubah.Mungkin otaknya sudah di’scan’ dengan masa lampaunya sendiri.


*****


“Selamat datang!” ucap Dave.BJ,Micky dan Jun melangkah masuk ke dalam restaurant itu.Dave tidak dapat berkata-kata.


“Silakan duduk,” kata Puan Newlina,mereka pun mengambil tempat.Alfa yang baru balik dari menghantar pesanan turut berubah kaku. Alfa segera merapati Dave.Lengan Dave disiku.


“Wei..dorang nak apa datang sini?” soal Alfa.Dave angkat bahu.


“Dave apa kau buat,cepat ambil pesanan!” Dave tersentak mendengar arahan puan Newlina.Dia segera mendekati meja mereka.


“Dave,Aura mana?” soal BJ sebaik Dave berhenti,dia sedang bersedia mengambil pesanan.


“Tak tahu..kamu nak apa?kamu datang sini nak makan,kan?” kata Dave.


“Tak juga..kami nak jumpa Aura,” jawab Jun.


“Sebenarnya kami sini sebab Aura yang suruh datang,” bulat mata Dave.Dadanya tiba-tiba terasa sakit.


“Dia takda,kamu nak apa?” soal Dave,suaranya kedengaran sedikit kasar.


“Em..kata Aura spaghetti alfredo sedap.Aku nak tu!” kata Jun.Micky dan BJ turut meminta hindangan yang sama.


“Hai!!!” serentak kepala mereka berpaling kea rah pintu masuk restaurant.Sebaik ternampak Aqua melangkah masuk,senyuman terus mekar di bibir 3 lelaki itu.Wajah Dave seperti tidak mahu Aqua pulang ke restaurant itu.Tapi jam sudah menunjukkan dekat jam 8 malam.Memang patut dia balik sekarang.Dave bermonolog.Aqua tidak mengendahkan kehadiran Dave di situ,dia terus melabuhkan punggung.


“Kamu datang?Kamu sudah minta pesanan?” kata Aqua.Mereka mengangguk,bibir kekal tersenyum.Seperti bidadari baru saja bersama mereka.Mata Dave sudah berubah tajam.


“Minum?” soal Aqua lagi.


“Belum,” jawab BJ.Aqua terus memandang Dave.Dia berdiri dan terus mengambil notepad di tangan Dave.Dia mengambil ahli Dave.Dave mengundur ke belakang.


Dia membiarkan Aqua mengetuai semuanya.Dengan hati yang panas dia berlalu ke dapur.Dia bersandar.Tangannya memegang dada.kenapa dengan aku ni???


Tiba-tiba poketnya terasa bergegar dan lagu Romantic dari Shinee kedengaran.Dia terus tahu itu panggilan dari Cherry.


“Hello Cherry,”


“Sayang,aku ada kat luar restaurant Aura ni.Boleh keluar tak?” kedengaran suara manja Cherry.Dave terus tersenyum mekar.Sakit di hatinya serta-merta hilang.Dia keluar dari dapur untuk mendapatkan Cherry.


Sebaik dia keluar dari dapur,kelihatan Cherry sedang menguak pintu bersama dua orang kawannya.Aqua,BJ,Jun dan Micky sedang memandang mereka.Aqua memandang Dave.Dave tersenyum.Aqua terus berdiri.


“Selamat datang,silakan duduk!” Aqua mempersilakan Cherry dan kawan-kawannya mengambil tempat.


“Aku tak datang untuk makan,” kata Cherry.Wajah Dave terus berubah.


“Masa kerja Dave sudah tamat kan?” kata Cherry lagi.Aqua memandang jam yang melekat di dinding.7.45 pm.Dia tertunduk.


“Jom Dave.Kita tengok wayang,” kata Cherry lagi.Baru Dave perasaan,masa kerjanya sudah tamat 3 jam yang lalu,dia terleka menunggu Aqua balik.Apron di buka dari tubuhnya.


“Jomlah!” Dave bersetuju.Aqua seakan tersentak.Well..pergilah..Aqua terus berlalu ke dapur mengambil pesanan Jun,BJ dan Micky.Dave dan Cherry bersama kawan-kawannya keluar dari restaurant itu.


**************************************************


p/s: ellow guys..sorry lambat post n3..hehe..enjoy..please bg feed back ok?luv u guys!!

7 comments:

  1. i like it. suka sangat kisanya yg penuh tndatnya..

    ReplyDelete
  2. buat cte nieh..best la...tak sbr nak taw smbungan dia..

    ReplyDelete
  3. green87
    best2 sgt best.. smbung g ek.. x sbr nk tgu kesudhn cta nie..

    ReplyDelete
  4. best2..
    cpat smbung ek?
    x sabar nak tau pasal aura n' leon
    ttanya2, leon tu suka aqua ke?

    ReplyDelete
  5. mybe drg (Aqua n Aura ) twin kot...
    best cite nie.. post new n3 cepat mgkin bule tak..... x sabor da nie ^_*

    ReplyDelete
  6. hmmm sye sokong ckp DONTBELONG2U 2 mybe aqua n aura twin...dave sebenarnye suke kan aqua (aura)...leo pula suka aqua(aura)...hmm this story r getting more interesting...
    SO WILL GIVE ME NEXT N3 PLEASE...;P
    x sabr nak tau kesudahanya...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.