Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 March, 2010

Substance 9 : Devil Beside You


Substance 9 : Devil Beside You


BUK!!Aura terbaring atas rumput tebal di belakang Mansion keluarga Leon.Baru tiga kali bola sepak itu mengena kepalanya.Nasib baik rumput itu tidaklah terlalu tajam.Naik pening kepalanya dek terkena bola tersebut.


“Sorry,” kata Leon dalam nada mengejek.Lagi?Asyik sorry aja..kenapa tak main jauh-jauh!Aura bangun dari rumput itu sambil meniup rambut di dahinya.Kerjanya terus disambung,kalau dia melawan lagi tambah teruklah


Leon mengerjakanya.Tambahan pula,ada 3 bidang tanah lagi yang perlu dikerjakannya.Bayangkan saja satu bidang itu besarnya seperti selanggang bola jaring.Besar wow..


Leon mengerut kening,dia terus mengutip bola itu yang berada di tepi Aura dan sebelum membaling Aura,bola itu dilambung-lambung ke udara dengan tangan kanan,tangan kiri masih lagi berbalut dengan simen.Buk!Kali ini belakang Aura yang terkena.Aura lantas berdiri,Leon terkejut lantas terundur ke belakang.


“A..apa?” soalnya sedikit gagap.Tangan mencekak pinggang.


“Macam mana aku nak buat kerja kalau kau ganggu aku?Mainlah jauh-jauh!” kata Aura.Sudah dua bakul kecil penuh dengan rumput-rumput panjang.Berjam juga Aura mencangkung mencabut rumput,dan baru 30 minit yang lalu Leon datang menganggunya.


“Aku nak main sini,kenapa?” soalnya tenang.Aura mendengus.


“Kalau nak main pun,mainlah jauh-jauh dari aku.Ni..sebelah aku ja.Mestilah orang kena,” jawab Aura.Walaupun dia tahu,Leon sengaja bermain bola dekat dengannya agar dia boleh menyeksa dia.


“Siapa kau untuk buat keputusan?Kau tu hamba aku..jadi aku boleh buat apa ja dengan kau,faham?” kata Leon,Aura sudah muncung.Mata sudah berubah tajam.Leon menjelar lidah sambil bibir terukir dengan senyuman.Langsung tidak takut dengan renungan tajam Aura.Nahaslah kau kalau aku dapat balik badan aku,aku cekek-cekek kau Leon!!!!


“Apa tengok-tengok??Ada hutang?” sergah Leon,Aura segera mengalih pandangan.Bukan takut dengan sergahan Leon,tapi meluat memandangnya.Aura mengangkat bakul ketiga yang sudah separuh dengan rumput itu dan mencari tempat yang lebih ‘selamat’.Leon tercegat memandang Aura.


“Tuan Muda,” panggil nanny Vdya dari belakang.Leon segera menoleh.Aura memandang dari jauh sambil tangannya mencabut rumput-rumput itu.


“Minum petang sudah sedia,” khabar nanny Vdya.Leon tersenyum.


“Aqua,my slave..sini!” panggil Leon manja.Aura memandangnya.Apa lagi ni…


“Sini!!” laung Leon pula apabila Aura tidak memberi respon.Malas-malas Aura berdiri dan menghampiri mereka.


“Apa?”


“Bawa minuman petang ke pondok,sekarang!” arahnya.


“Tapi kerja tu..”


“Rumput-rumput tu takkan lari..dah pergi ambil,” katanya lalu terus menuju ke pondok yang bersebelahan dengan kolam renang.Nanny Vdya sekadar tersenyum dengan telatah Leon.


“Sini cik muda,” kata Nanny Vdya seakan menunjukkan jalan.Aura menurut.


“Nanny,aku rasa apa yang nanny cakap hari tu salah la,” kata Aura.


“Bila tu?” soal nanny Vdya.


“Hari tu..dekat kantin hospital.Nanny cakap Leon….”


“Shhuuu!!” Aura segera terdiam. “Jangan guna panggilan itu,Aqua.Jangan guna sekiranya Aqua masih berada dalam lingkungan Mansion ni,” kata nanny Vdya dengan nada berbisik.Serta-merta Aura teringat akan kata-akata Aqua tempoh hari.Jadi..nama Leon betul-betul menakutkan sehinggakan nanny Vdya turut memberinya amaran.Aura mengangguk perlahan.


“Er..tapi..nanny tetap salah..dia mana ada budak baik.Nanny sendiri yang nampakkan macam mana dia buat aku,” kata Aura tidak puas hati.


“Aqua..kenapa ni?Aqua tak pernah merungut sebelum ni,Aqua dah banyak berubah walapun baru dua bulan kita tidak berjumpa,” kata nanny Vdya.Aura mendengus.Dalam hatinya,dia menyumpah-nyumpah Aqua sebab bersikap seperti itu.Aku harus mengubah persepsi mereka terhadap Aqua,yang Aqua juga boleh merungut!


“Nanny,kalau dulu tuan muda nanny membuli aku,aku takkan membalas mahupun merungut.Tapi aku juga manusia,aku ada kesabaran.Kesabaran aku ada tahapnya.Dia pernah buat aku trauma,dan aku takkan biarkan itu terjadi sekali lagi,” kata Aura,matanya jelas memancarkan keberanian.Nanny Vdya seakan tersentak.


“Nanna tahu dan nanny minta maaf bagi pihak tuan muda,”


“Nanny tak perlu susah-susah minta maaf demi dia,aku sendiri yang akan buat dia minta maaf dengan aku,” lafas Aura dan kali ini ayat itu betul-betul mengejutkan nanny Vdya.


*****


“Kak!” panggil Alfa sambil menyelak daun pintu bilik Aqua.Alfa melangkah masuk.Di tangannya ada sebuah buku teks matematik tingkatan 4.


“Kak!” pangglnya lagi.Bilik itu tidak berpenghuni,tapi kemas dimatanya.Alfa tersenyum.Dia menghampiri meja tulis kakaknya,kelihatan beberapa keping kertas resepi membuat pasta.Berbagai juga jenis resepi yang melekat di dinding hadapannya.


“Alfa?” dia segera menolah.Kelihatan Aqua menghampirinya sambil mengeringkan tangand engan sapu tangan.


“Kakak nak belajar memasakkah?” soal Alfa.Aqua tersenyum.Dia melabuh punggung di katilnya.


“Ya..kakak rasa,kakak perlu belajar memasak.Untuk selamatkan restaurant ini,” jawab Aqua.Dia masih ingat peristiwa kemarin dia mana dia dan Aura berkongsi cerita.Kata Aura,restouran itu adalah nyawa bapanya,dan nyawa dia adalah bapanya.Restaurant itu adalah sumber pendapatan mereka selain kelab teakwando yang berada di bawah bangunan yang bersebelahan dengan bangunan restaurant itu.Aqua memang minta memasak sejak kecil lagi,jadi tiada masalah baginya untuk belajar resepi itu.


“Kenapa cari kakak?” soal Aqua.


“Ni..kakak tahu Dave mana?” soalnya.Aqua menggeleng.Sejak pagi tadi mereka tidak bertegur,kalau berselisih pun mereka saling tembus saja.Lagi pun Dave sayik berkepit aja dengan Cherry,takkan saya nak ganggu pula.


“Kenapa dengan dia?” soal Aqua.


“Ni..Cherry mesej saya tadi tanya Dave.Ingat aku ni apa?penjaga Davekah?”


“Alfa telefonlah dia,”


“Dia tak angkat..sebab tu Alfa tanya kakak.Kakakkan selalu aja tahu pasal Dave,” Aqua mengangguk-angguk.Not really..ada juga benda yang dia tak bagi tau kakak kau,Alfa.


“Kalau gitu kakak try call dialah,”


“Oh..Alfa keluar dulu,” Alfa terus beredar dari bilik itu.Aqua pula mencapai handsetnya yang terletak di meja lampu tepi katilnya.Nama Dave dicari dan butang hijau segera ditekan.


Aqua sudah mengiggit bibir.Dia tak angkat?Cuba lagi!


Pipi kirinya sudah membulat diisi udara.Tak angkat juga?Cuba lagi!


Dia sudah berdiri,mundar-mandir.Talian segera di matikan apabila mesej masuk ke dalam Voice mail.Aqua mendengus kecil.Wei..kenapa saya nak risau pula?Dia kan dah besar?


Vubb!Aqua menghempap badan ke katil.Selimut di capai lalu menekup mukanya.


*****


Sebuah Motosikal Yamaha TZR50 berhenti di hadapan café Lavender.Dave membuka topi keledarnya lalu menyangkutkan topi itu ke pemegang motornya.Dia memandang ke dalam Café Lavender,matanya memandang tepat kearah seorang wanita berambut pendek dan berpakaian kerja serba hitam sedang duduk di sudut café.Dave segera menghampiri wanita itu dan terus mengambil tempat.


“Buat masa ini,hanya ini sahaja maklumat yang saya dapat.Semua keratin-keratan akhbar ada di dalamanya,” kata wanita itu.Dave mencapai envelop kuning itu lalu dibukanya.Sekeping keratin akhbar yang sudah lusuh ditarik separuh.



SYARIKAT GOLDEN HOUSE JATUH BANKRUP: AHLI KELUARGA BERPECAH-BELAH.



Hanya separuh daripada keratan akhbar itu di baca dan dimasukkan semula.Dave menelan liur.Debaran di dadanya semakan menjadi-jadi.


“Dave stop digging it up..okey?Cukuplah sampai sini saja..” kata Milaney.Dia tidak mahu,pada akhirnya dirinya yang akan disakiti.


“No!I want to know more..i want to know everything!” nada Dave segera meninggi.Milaney mengeluh.


“Kita jumpa lagi minggu depan,” Dave bangkit dan terus mendapatkan motorsikalnya.Milaney sekadar

memandang Dave keluar dari kawasan café itu.Sudah berbulan Dave mengupahnya untuk mendapatkan maklumat yang sudah 22 tahun tertanam kemas.Hal yang sudah hampir dilupakan oleh semua masyarakat.


Dave segera menekan brek setelah melihat barisan panjang yang menuju ke restaurant Aura.Dahinya berkerut.Sejak bila orang berbaris di depan restaurant ni???


“Maaf,maaf…” Dave memohon untuk masuk ke dalam restaurant.Sebaik di menapak masuk,langkahnya mati.Wajahnya kelihatan terkejut tapi dalam masa yang sama bibirnya tersenyum kecil.Semua tempat di meja itu sudah diisi dan BJ,Micky serta Jun membantu untuk melayan pelanggan.Dave segera berlalu ke dapur.Dave tersentak saat matanya melekat pada tubuh Aqua yang sedang khyusuk memasak.


“Uncle?kenapa dengan restaurant ni???” soal Dave pelik sambil menyambar lengan Encik Zurdi.


“Kau tak nampak?Lekas pergi buat kerja!” arah Encik Zurdi dan terus bergegas menghantar pesanan.Dave terkulat.


“Dave,hantar ini ke meja no.4!” laung Aqua.Dave segera tersentak.Dia ingin bertanya tetapi niatnya itu segera dibuang dan segera menurut perintah Aqua.


*****


Amsterdam, Holland.


“Kate tetap nak balik!Mummy..please???” Katerina sudah bersujud di hadapan ibunya,puan Agnesa.Puan Agnesa memandang suaminya.Tuan Elliot.Matanya juga merayu agar suaminya itu membenarkan anak kesayanganya itu balik ke tanah air.


“Kenapa Kate nak balik sana?” soal Tuan Elliot.


“Sebab..Shin sakit,” perlahan-lahan Kate maenjawab.


“Asyik-asyik Shin,asyik-asyik Shin!Penting sangatkah Shin pada Kate?” kata Tuan Elliot seakan marah.


“Penting!” jawab Kate dengan penuh yakin.


“I refuse!” Encik Elliot segera menolak.Kate tersentak.


“Kalau daddy tetap menolak,Kate terpaksa mencari jalan untuk balik ke sana,” Kate sudah bertekad.


“Kate!Kate tahu tak Kate tu dah 24 tahun?Apa yang Shin boleh buat untuk Kate?Lagipun Kate akan berkahwin tidak lama lagi!”


“Kate tak kisah..Kate tetap nak Shin,” Kate bangkit dan mula menuju ke pintu keluar rumah banglo.


“Keluar saja Kate dari rumah ni,Kate bukan lagi anak daddy dan mummy!” langkah Kate mati.Puan Agnesa

tersentak dengan luahan itu.Agak lama Kate berdiri di tempatnya.Tiba-tiba dia berpaling dan menaiki tanggan menuju ke biliknya.Encik Elloit menghembus nafas lega.


*****


“Wei!!!” jerit Aura lantang,dulang yang berisi jar dan cawan itu segera di berikan kepada Nanny Vdya.Dia segera menghampiri kolam renang itu.Leon yang sedang duduk pondok tersenyum manis.Nanny Vdya hanya boleh menggeleng.Aura mendengus.Kolam renang itu dipenuhi dengan rumput-rumput yang dicabutnya sebentar tadi.Walaupun dia tidak nampak Leon menumpahkan rumput-rumput itu ke dalam kolam,dia pasti Leon yang melakukan itu.


“Kenapa kau buang rumput tu dalam kolam?!” marah Aura.Leon buat muka innocent.


“Mana ada..angin kuat tadi,mungkin ditiup dengan angin,” jawab Leon selamba.Tipu!Bakul begitu berat mana mungkin boleh ditiup dengan angin melainkan angkara manusia.


“Aku tahu kau yang tumpahkan rumput tu dalam kolam,bakul tu berat tahu,”


“Kalau kau rasa aku yang buat,then akulah tu,” tenang saja Leon menjawab.Aura sudah mengetap bibir.Perasaan bencinya terhadapan Leon sudah mula bercambah-cambah.Seperti semua salur darahnya dipenuhi ndegan rasa benci terhadapan Leon.


“Aku penat-penat cabut rumput,kau pula senang-senang tumpahkannya dalam kolam.Ingat senangkah nak cabut rumput-rumput tu?” Leon mengangkat bahu.


“Aku taknak tahu susah atau tidak..sekarang kau nak kau bersihkan kolam tu,” terasa seperti kepalanya baru saja di hempap dengan kapal terbang.Gila!!!


“Wei..agak-agaklah!” marah Aura.Leon segera berdiri sambil mengutip kayu yang seakan seperti jaring itu.


“Kau boleh guna ni,bukan?” katanya lalu melemparkan kayu jaring itu ke kaki Aura.Benda itu di pungut.Aura tersentak.Jaringnya sudah koyak.Kepalanya pantas berpaling kea rah Leon.


“Opps..aku lupa,aku tergunting semalam,” akui Leon.Darah Aura sudah naik ke otak.Sekejap lagi saraf-saraf dalam otaknya akan bocor dek aliran darah yang terlalu laju.Oh..God..help me..help me from killing him!!!


“Good luck!” sambungnya lalu keluar dari pondok dan masuk semula ke dalam Mansion.Nanny Vdya segera membuntuti Leon.Nafas Aura masa itu sudah turun naik dengan deras sekali.Peluh-peluh semakin banyak mengalir dari dahinya.Sekejap lagi gunung berapi akan meletus.


“ARGGGHHHHHHHH!!!!!!!”


****************************************************


p/s:semoga terhibur!!jan lupa bg feed back ok?Love u guys!!!

8 comments:

  1. Nak N3 seterusnya.. i like. hehehe...

    ReplyDelete
  2. kah kah kah33x...lawak r cter ni. but bertambah seronok klu awak atur balik tatabahasa 2. hehe. nway new entry pleasee.......

    ReplyDelete
  3. besh2....
    tapi kalu nk bunuh leon yg kejam 2 bley x????
    nk tau la pesal leon 2 kejam sgt ngn aqua???
    si dave 2 cari maklumat pasal sapa???
    aqua n aura 2 rs ny kembar...
    nama blakang dorg sama...
    hehehehe...
    smbg2...
    x sbr nk tgu n3 bru...

    ReplyDelete
  4. hahah...sgt 'hebat' la keje2 yg aura kna wat..hehehe...
    comey je bler bce aqua yg msak...

    ReplyDelete
  5. nak lagi...best sgt2...,...smbg k...

    ReplyDelete
  6. wahhhh...besttttt... cayalah writer...
    siapa kate 2???? kekasih lama leon kew?
    dave cari maklumat psl family die ker?
    sye rse memang aura n aqua 2 kembar tapi terpisah atas sebab tertentu..
    kenapa x leh guna panggilan 'leon'?
    ish writer tlg lah antar cepat n3 yg bru n lau leh antar bnyk2 yew..;p

    ~ameera~

    ReplyDelete
  7. wah jahat giler si leon nie...
    agak2 ler klw pn nk amik phatian si aqua tu kan...
    aper la..
    cian kat aqua...

    ReplyDelete
  8. okie! lawakla n3 nieyh! hehe
    tsenyum2 hana dpn lappy baca n3 ni
    geram jugak dgn leon tu, jahat sgt!
    leon jd jahat sbb kate ke?
    huhu, lmbat lg new n3

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.