Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

22 June, 2010

Petal 1 : Disaster


Petal 1 :Disaster



Kelihatan seorang gadis berambut keriting sedang duduk di tepi jendela dengan dua orang gaji duduk melutut di hadapannya sambil merawat kuku si gadis itu.Gadis itu tersenyum manis melihat tangannya yang halus dan cantik.Tidak sia-sia dia membeli produk yang mahal-mahal untuk mencantikkan kuku dan kulitnya.


“Cik Muda!Cik Muda!!” pintu bilik empat penjuru itu rempuh.


“Ah!” disebabkan seseorang masuk dengan mengejut,orang gaji yang sedang merawat kukunya tercucuk isi si gadis.Serentak mendengar rintihan si gadis.3 orang gaji perempuan itu serta-merta menjadi kaku.


Semua memandang cik muda mereka dengan mata gerun.Seperti baru saja melakukan pembunuhan.Mata si gadis keriting menjadi besar.Marah dan geram bercampur-baur.


Lagaknya itu seakan ingin menerkam saja ketga-tiga orang gajinya.


“You!You,pack your belongings and GET OOOOUUUTTT!!!” bergegar satu villa dek teriakan itu.Merah

padam mukanya menahan marah.Tiga-tiga orang gaji itu serentak bergerak ke hadapan si gadis dan terus melutut.Jelas kelihatan kaki mereka sedang mengeletar.


“Fuh,fuh,fuh!!” si gadis meniup-niup kukunya yang kemerahan,nasib tidak berdarah.Kalau berdarah,memang sah seluruh hidup tiga orang perempuan itu akan musnah.


“Ampun cik muda..ampun!” kata si gadis yang merempuh bilik.Tangannya disusun 10.Si gadis mendengus dengan muka sarcastic-nya.


“Kuku aku ni lebih mahal dari rumah kamu,tahu tak?!” bentak Regina.Atau nama sebenarnya Mejina.Dia lebih rela dirinya dipanggila Regina kerana Regina bermaksud permaisuri.


“Ampun Cik muda..saya tak sengaja,” terketar-ketar bibirnya meminta ampun.


“Hem!!” Regina memalingkan muka.


“Tapi..cik muda..sebelum cik muda mengusir saya,saya ada benda nak sampaikan,”


“Apa dia??”


“Tuan…” mata Regina terbeliak.Tangannya sudah mula menggeletar.


“Tu..tu..an..?ke..ke..napa?” bibir Regina sudah mulai pucat.


TAP!TAP!TAP!


Kedengaran bunyi tapak kaki di luar biliknya.Agak keras bunyinya.Regina menelan liur.Kakinya

secara spontan mengundur ke belakang.


“MEJINA!!!” Regina pantas terduduk di kerusi belakangnya sebaik mendengar suara garau.Seorang lelaki bertubuh sasa,berpakaian segak kot hitam dan rambutnya tersisir rapi ke belakang,rambut putih segaris terletak ditengah-tengah.Ketiga-tiga orang gaji itu serentak memandang kearah pintu.


“Pa..papa..” walaupun dalam keadaan begitu,Regina masih boleh tersenyum.Kelat.


“Apa Jina dah buat ni?” Encik Haritz mencekak pinggang.Beberapa sampul surat di lemparkan ke atas katil yang bersebelahan dengan Regina.


Surat apa tu papa?” Regina buat-buat tidak tahu.


“Buat-buat tak tahu pula..bil kad kredit Jina la!Apa Jina dah buat ni?Bagus kalau semua tu duit Jina!”


“Alah..duit papa,duit Jina juga,”kata Regina perlahan.


“Apa?!” Regina tersentak lalu memandang bawah.Gerun bertantang mata dengan bapanya.Tuan Haritz mendengus.


“Sikap Jina yang boros ni memang takkan berakhir,selagi papa tak buat sesuatu,”


“Papa…Jina janji takkan boros lagi,” rayu Regina.


“Tak boros lagi?Sini!” dengan sepantas kilat Tuan Haritz menangkap tangan anaknya dan membawa Regina ke hadapan 4 buah almari yang setinggi 10 berbaris di hadapannya.Pintu almari keempat dibuka di mana ia adalah almari koleksi-koleksi beg-beg tangannya.Ada pelbagai jenis warna dan jenama beg yang ada di dalam almari itu.


Serentak itu beberapa buah kotak kasut jatuh ke lantai,agaknya sudah terlebih muatRegina tertunduk sambil bermain tangan.Tuan Hatitz memandang anaknya.


“Ini yang Jina cakap tak boros?Tahu tak ini adalah benda-benda yang Jina beli minggu lalu?Aduh…” Tuan Haritz mengeluh sambil mengurut-ngurut belakang lehernya.


“Alah pa..ni baru sikit berbanding Suhi,dia lagi banyak,” puji Regina.


“Haik?Papa tengah bercakap pasal duit yang terbuang begitu saja,bukan nak Jina puji kawan-kawan Jina tu!” Regina tunduk balik,tapi mulutnya terkumat-kamit membantah dalam diam.


“Sekarang..papa nak soal Jina.Apa papa nak buat dengan Jina?” soal Tuan Haritz sedaya menahan rasa geramnya.


Regina menggeleng. “Tak tahu,”


“Kalau begitu,papa biar papa yang buat keputusan..papa akan block semua kad ni,duit belanja takkan ada sehingga Jina ubah perangai boros Jina tu!"


“Papa?Tak adillah begini!” rengek Regina sambil bangkit dari kerusi.


“Dan..papa akan hantar Jina ke kampung.Keputusan papa muktamad!”


“What?!” Tuan Haritz terus beredar.Tiada masa mahu mendengar rungutan anaknya. “Papa!!Papa!!” bum!Pintu tertutup rapat.Regina mengeluh.Regina memanlingkan wajahnya kea rah tiga orang gajinya.Serentak mereka tunduk kepala.


“Ini semua kamu punya pasal!!Salah kamu!Keluar!!!!” jerit Regina.Tergesa-gesa mereka berdiri dan keluar dari bilik itu.Regina tercungap-cungap.Marah,geram,benci,sedih..semua ada.


“Sampai hati papa..”


“Sediakan kereta,kita akan berangkat ke kampung halaman mama jina,” kata Tuan Haritz kepada butler Hong sebalik saja keluar dari bilik Regina.Butler Hong tunduk tanda perintah akan dilaksanakan serta-merta.


“Dan lagi..bungkus semua barang-barang yang dibeli oleh Jina,masukkan dalam stor.Kunci serahkan pada saya,” tambahnya lagi.


“Baik Tuan!” jawab Butler Hong.


***********************************************************************

p/s: helloww....ini ch.1 utk WR,semoga kamu berpuas hati.Bagila pendapat suka tau tak dgn enovel baru ni..hehe...tolong eh..

EnjoY reading!!\(^-^)/

6 comments:

  1. abes la jina... org bndar masuk kampung... hehehe..kompom mcm2 jadi nt..

    ReplyDelete
  2. wakaka..ras ny ni nti jd romantik komedi ni..suka2...hmm..hero tu char pemuda kampung ke okie..?

    ReplyDelete
  3. hohohoh....
    best2x....
    gdis bndr brtemu pmuda kg....
    wah mnarik...

    ReplyDelete
  4. apple_pie
    -kecoh satu kg nanti..hehe


    Cleo
    -eya..pemuda kg..tp kita tgok karakter dia cm na nti..hehe


    epi elina
    -thanks epy(^-^)

    ReplyDelete
  5. wau :)
    hehe, kena stay kat kg lah jwabnya...
    huhu ;)

    ReplyDelete
  6. when i first time read it, oh no!!! i feel like i'm truly like it. ingat citer becoming a billionaire boo tae hee and choo woon suk. i like them so much more than hero and heroin, they become sweet couple in that drama. kamsahamnida. chommal kumawo....

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.