Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

26 June, 2010

Petal 2 : White Rose


Petal 2 : White Rose


Kyle keluar dari kedai bunga Flower Bud.Kekecewaan jelas terpancar di wajah tenangnya.Pemilik kedai itu baru saja menolak tempahan yang sudah dibuat beberapa hari lalu dengan alasan penghantaran bunga-bunga lambat.Alasan yang langsung tidak boleh diterima akal.


Sekali lagi papan tanda itu dipandang.Dalam hati Kyle bertekad akan membuatkan syarikat kecil-kecilan mereka akan menjadi syarikat yang besar.Satyia terus menghayun langkah.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.Dia terus berjalan menuju ke satu tempat di mana terdapatnya bunga yang diminta oleh Puan Kastina.


Tapi,tiba di pertengahan jalan,dia mematikan langkah apabila seorang wanita pertengahan tahun menyeberang jalan sambil mengangkat sebakul bunga ros putih.Wajah wanita itu kelihatan gembira.


Vrooomm!!!Kyle tersentak dengan bunyi deruan kereta.Dia segera memandang ke kiri dan jelas kelihatan sebuah pacuan empat roda sedang meluncur lagu dengan keadaan yang tidak teratur.Sepantas kilat Kyle berlari kearah wanita.Dengan keadaan kereta merah itu,dia tidak mungkin dapat memberhentikannya.


“Papa jahat!Papa tak sayang Jina lagi!Jahat,jahat,jahat!!” jerit Regina dalam kereta sambil menghentak-hentak string kereta.Minyak ditekan sekuat hati.Seperti tidak kisah dengan keadaan sekeliling.Banyak kereta lain yang membunyikan hon,tetapi Regina buat tidak kisah,dia hanya kisah dengan perasaannya saja.


Tiba-tiba Regina tersentak.Seorang wanita kelihatan baru ingin melintas di hadapanya,dia mulai panik.Brek kereta ditekan namun kaki di sebelah minyak tersangkut.Regina mulai hilang arah.Regina berusaha melarikan kakinya yang tersangkut tapi dalam masa yang sama tangan yang memegang string pula yang tidak teratur.


Keadaan semakin bahaya,namun tanpa disangka pada saat-saat akhir kakinya terlepas dan pada masa itu seorang lelaki menarik wanita tersebut lari dari atas jalan.Bunga ros putih di tangan wanita itu bertabur atas langit dan kelopak-kelopak bunga ros itu berterbangan.


Crassh!!Kereta merempuh tiang eletrik.Asap keluar berkapul-kapul dari enjin kereta.

Orang ramai mula mengeremuni Kyle dan juga kereta merah itu.Ada juga yang sedang menelefon hospital berdekatan.


“Kamu tak apa-apa?” soal Kyle.Mereka sama-sama bangun.Wanita itu menggeleng.


“Tak..terima kasih.Kamu?” soal wanita itu pula. “Tangan kamu…” katanya pula apabila ternampak siku Kyle berlumuran dengan darah.Kyle mengerut,baru terasa pedih di sikunya.Tapi dia tetap menggeleng.Kyle terus berdiri dan terus bergegas kea rah kereta merah itu.Wanita itu sekadar melihat.


“Ketepi sekejap,” kata Kyle sambil berjalan di ruang-ruang orang ramai.Pintu kereta di bahagian pemandu dibuka.Kelihatan seorang wanita berrambut keriting tidak sedarkan diri atas string kereta.


“Hei!” badan gadis itu diangkat.Kyle tersentak melihat wajah gadis itu.Perempuan ni…Tanpa membuang masa,dia terus memapah gadis itu keluar dari kereta.


“Tepi!” tanpa banyak soal orang yang mengerumuni tempat it uterus memberikan laluan.Walaupun pedih,Kyle berusaha juga mengangkat gadis itu.


*****


Regina masih berasa pening namun dipaksa juga membuka matanya.Dalam kesamaran itu,tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian putih sambil kelopak-kelopak bunga ros menghujaninya.Regina berusaha menajamkan daya penglihatannya tapi gagal.Apabila penglihatannya betul-betul jelas,benda pertama yang dilihatnya adalah lampu yang melekat di atas siling.


Tangannya pula meraba-raba tempatnya terlantar,lembut dan seperti berbunyi plastik.Aik?katil aku sendiri tak bunyi plastik,aku di mana ni?


“Cik perlu rehat,” kata doctor yang sedang merawat di sebelahnya.


“Aku..di mana?” soalnya.


"Cik ada di hospital sekarang,"


"Hospital?" Regina masih lagi mamai-mamai.


"Cik ingat apa yang terjadi sebelum ini?" soal Doktor itu.


"Apa?" Regina berfikir seketika.


"Ini berapa?" kata doktor itu sambil menayangkan dua jarinya.


"Dua,"


"Bagus..sebenarnya cik baru saja mengalami kemalangan kecil dan cik jatuh pengsan.Nasib baik cik tidak mengalami kecederaan yang serius,” terangnya.


“Kemalangan?” mata Regina terbeliak.Dengan spontan tangan kiri menghentak kepalanya sendiri.Dia baru teringat kebodohannya di tengah jalan.Dia hampir-hampir merempuh orang.


“Cik,cik masih belum sembuh sepenuhnya,” kata doctor itu seakan memberi amaran.Regina ketawa kelat.


“Kawan cik di mana?dia harus tandatangan di sini,”


“Kawan?Siapa?” Regina pelik.


“Ya..kawan cik yang cedera tu,”


“Kawan..yang cedera?maksud doktor ada yang menghantar aku disini?" Doctor itu mengangguk.


“Ya..kecederaannya teruk dan perlu dirawat segera sebelum dijangkiti kuman,” Regina semakin pelik.Kawan?Setahu aku,dalam kereta aku seorang aja..


“Jina!!” kepala Regina segera menghadap depan.Kelihatan Tuan Haritz tergesa-gesa mendekatinya sambil Butler Hong membuntutinya.


“Jina okey?Jina tak cedera mana-mana?” soal Tuan Haritz cemas sambil membelek-belek tubuh anaknya.


“Takdalah papa..cedera sikit aja,”


“Ee..Jina ni.buat papa takut aja.Tahu taka pa yang papa dah buat demi datang sini tengok Jina?!” katanya seakan marah.Regina menunduk.Rasa menyesal menghimpit dadanya.


“Encik ni penjaga dia?” soal doctor itu.


“Ah..ya.Macam mana dengan keadaan anak saya?”


“Dia Cuma mengalami cedera ringan saja.Tiada yang teruk,” Tuan Haritz menghembus nafas lega.Tuan Haritz berpaling kea rah Regina dengan mata tajam.Regian segera melarikan matanya.Gerun.


“Pada mulanya..papa memang nak batalkan niat papa tu untuk hantar Jian ke kampung tapi oleh kerana Jina timbulkan masalah lagi.Esok papa akan hantar Jina ke kampung!” Regina tersentak.


“Huh?!Esok?Kata munggu depan,papa ni..”


“Takda!Selagi Jina tak ubah sikap Jina,jangan balik ke rumah!Itu amaran papa.Hong,selesaikan urusan di sini dan hantar Jina balik,” arah Tuan Haritz lalu terus beredar dari tempat itu.


“Papa!Papa!” panggilan Regina tidak diendahkan.Regian mendengus kasar.


“Papa jahat!” katil dihentak kuat.


*****


“Kyle,kenapa dengan tangan kau?” sebaik saja melihat Kyle masuk ke dalam kedai dengan tangan yang berbalut dan dipenuhi dengan darah.,Puan Kastina segera menerpanya.


“Sikit ja nek,” jawabnya sambil menuju tandas.Puan Kastina pula ikut dari belakang.Tapi tidak ikut masuk ke dalam tandas.


“Sikit?Ni..macam mana boleh berdarah banyak ni?kenapa tak pergi hospital saja?” soalnya bertalu-talu.


“Nenek..satu-satulah,” jawab Kyle sambil membersihkan lukanya.


“Yalah..kenapa boleh jadi macam ni?”


“Saya terjatuh…dan saya tak pergi hospital sebab kosnya mahal.Lagipun saya tak bawah banyak duit,”


“Apa ni?Kyle macam tutup sesuatu aja,Kyle bergaduh kah?” Puan Kastina hentam kerabu.Kedengaran tawa Kyle dalam bilik air.


“Taklah..saya tak buat macam tu.Percayalah.Alah..luka ni sikit aja,” Kyle keluar dari kamar.Lukanya masih mengalirkan dari Cuma sudah berkurangan.


“Cuai betullah Kyle ni..sini balut luka tu,” kata Puan Kastina sambil bergerak ke kaunter dan mengambil First-aid yang ada dalam laci.


“Alah..nenek yang risau sangat,” balasnya pula.Puan Kastina sekadar menggeleng.Bukan Kyle tidak tahu perangai neneknya itu,walaupun luka dicucuk kayu pun dia nak kecoh satu kampung.Tapi dia kira beruntung kerana masih ada yang ambil berat akan dirinya.


*********************************************************************

p/s: enjoy n happy reading guys..(^o^)/

2 comments:

  1. not bad...
    saper kyle pd rejina nie???
    x-boy dia ker??

    ReplyDelete
  2. hehe ;)
    agak2 jina akn jmpa bila lg ek dgn kyle ni :)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.