Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

01 June, 2010

Substance 11 : Innocent


Substance 11 : Innocent

6 Tahun yang lalu…

“Sejak dulu lagi dia memang tak layak masuk dalam keluarga kita.Dari dulu lagi dia memang patut dihantar ke rumah anak yatim!” bentak Puan Belinda dengan muka bengis.Penampilannya seakan seorang wanita koperat,berkaca mata dengan bingkai berantai.Separuh rambutnya sudah berwarna putih dan bertahi lalat di sebelah atas kiri bibirnya.


“Ma!” puan Narisa lantas bangkit mendengar ayat sinis itu.


“Tak bolehkah kalau tak ungkit pasal tu lagi?Aqua kan cucu mama sendiri..” marah
Puan Narisa.Panas telinganya mendengar cemuhan itu,lagi-lagi dari ibunya sendiri.Tapi berlainan pula dengan Tuan Josephine,dia sekadar mendiamkan diri sejak topic perbualan itu dimulakan,seolah-olah menyokong seratus peratus kata-kata ibunya.Nak kata dia sedih,wajahnya pula menunjukkan yang dia tidak kisah dengan apa yang terjadi.Lelaki itu memang boleh dikatogerikan sebagai lelaki yang keras dan dingin!


“Kalau bukan dia,Marriel akan ada bersama-sama kita sekarang,kalau bukan dia Marriel takkan mati!” kelantangan suara Puan Belinda sampai ke pendengaran Aqua yang sedang berdiri di belakang pintu biliknya.


“Ma..tolonglah..Aqua akan dengar!”


“Peduli..dia memang patut dengar semua tu dari dulu lagi.Dia patut sedar bahawa dia
hanya hidup menumpang di sini!” puan Narisa sudah lemah melawan ibunya yang sememangnya keras hati.Dia tidak pernah menerima kehadiran Aqua di situ walau sedikit pun.Dan kematian anak sulungnya membuatkan benci Puan Belinda semakin bercambah-cambah kepada Aqua.


“Atau dia memang sengaja heret Marriel ke tengah jalan dan biarkan Marriel dilanggar,dia nak rampas kasih sayang dan perhatian yang kamu dah bagi pada Marriel.Dia nak rampas semuanya!!” Emosi Puan Belinda sudah tidak stabil,kehilangan Marriel buat selamanya memberi impact yang besar kepadanya.


“Ma??!Aqua bukan macam tu..saya dah didik dia,dia anak saya!”


“Argh!!kalau dah dididik sekalipun,sikap tamak dalam diri dia tu tetap ada,biasalah anak pungutan!” sejurus ayat itu ditamatkan,pintu bilik atas tiba-tiba terkuak serentak itu tubuh Aqua rebah bersama-sama bukaan pintu.Ketiga-tiga kepala pantas berpaling kea rah atas.Dengan spontan Puan Narisa berlari menaiki tangga.Tuan Josephine yang langsung tidak bersuara sedari tadi turut membuntuti isterinya.


*****


Mata Puan Narisa yang masih mamai lantas terbuka luas sebaik melihat tangan Aqua yang terkapai-kapai ke atas,seperti ingin mencapai sesuatu,air mata juga menitis perlahan diekor matanya.Tangan Aqua pantas dicapai.


“Mama sini sayang!” lembut suara puan Narisa menyapa telinga Aqua,Aqua lantas membuka smata.


“Mama..maafkan Aqua..” itu ayat pertama yang keluar dari bibir Aqua selepas seminggu mendiamkan diri.Dia tidak kisah dengan keadaanya yang berwayar di tangan.Sakit tangannya langsung tiada kesan.Air mata Aqua semakin hebat mencurah.


Hati Puan Narisa serta-merta menjadi hiba.Dia diserang ketakutan yang teramat sangat apabila Aqua tiba-tiba pengsan..dia tidak mahu lagi kehilangan seorang puteri.Cukuplah penyeksaan yang ditanggungnya.


“Aqua tak salah apa-apa..Aqua tak perlu minta maaf..” rambut Aqua dibelai mesra.


“Aqua tahu..kalau bukan Aqua mesti kakak Aeril ada sama kita,kan?Aqua yang bunuh dia…” Puan Narisa menggeleng-gelengkan kepalanya tanda menidakkan.


“Aqua..dengar sini..apa yang terjadi tu bukan salah Aqua..itu sudah ketentuan.Aqua tak boleh macam ni..Aqua masih kecil,tak baik fikir yang bukan-bukan,”


“Tak!!Apa yang nenek cakap semuanya betul.Aqua anak pungutan,Aqua perampas,Aqua tamak..semuanya betul..Aqua pembunuh..itu semua betul,kan ma?Mama tengoklah sekarang..papa pun dah bencikan Aqua..dia takda…semua benci Aqua..mama jawablah..mama pun benci Aqua kan,Cuma mama simpati dengan keadaan Aqua,dan takut mama dah tak ada anak lagi..kan mama???” hampir luluh jantung Puan Narisa mendengar luahan itu.Kata-kata Aqua betul-betul merobek hatinya.


“Aqua!!!Aqua anak mama,anak mama sampai bila-bila..tiada siapa pun boleh ubah semua tu..Aqua anak mama.Walau papa dan nenek menentang sekalipun,mama tetap akan berada di sisi Aqua.kalau boleh mama akan lari sama-sama Aqua,biar kita hidup tenang..” kedua-dua lengan Aqua dipegang erat,seakan ingin membuktikan apa yang lahir dibibirnya itu akan dikotakannya.Aqua mendiamkan diri,mata yang berkaca menatap mata Puan Narisa.


“Jangan pernah cakap yang Aqua perampas,jangan pernah cakap yang Aqua bukan anak mama..Aqua anak mama yang SAH!” sambung Puan Narisa lagi sambil menekankan perkataan sah itu.Aqua yang masih mendiamkan diri mengangguk perlahan.Tubuh Aqua segera didakap sambil tangan mengusap belakang kepala.


*****


“Kakak?” Aqua tersentak.Suara Alfa kedengaran.Dia segera menyeka sisa air matanya.


“Macam mana Alfa boleh tahu kakak di sini?” soalnya.Alfa mengambil tempat di sisi Aqua.


“Aku kan pustakawan..perpustakkan belakang pokok ni aja..mestilah aku nampak kakak lari,” Aqua mengangguk-angguk mendengar jawapan Alfa.


“Kakak kenapa?Aku tak pernah nampak kakak macam ni..sebelum ini pun..kakak betul-betul berbeza sekarang..ada apa sebenarnya?”


“Tak ada apa Alfa..kakak okey..”


“Tak..kakak tak okey.Aku dah perhatikan kakak sejak kakak pulang dari tokong..kakak lain sangat.Dan sekarang kakak betul-betul berbeza..kakak takkan lari walau diherdik macam tu sekalipun..walau ada lelaki yang ajak kakak bertarung,kakak takkan lari punya..tapi sekarang..kenapa kakak boleh jadi lemah?”


“Alfa..tahu..??” Alfa mengangguk faham dengan apa yang dimaksudkan Aqua.


“Biarkan aja Cherry tu..dia memang gila dengan Dave,mengalahkan orang gila.So jangan risau..kejap lagi dia akan dihantar ke hospital bahagia,” Aqua tergelak.Alfa tersenyum.Tiba-tiba Aqua terdiam..dan mula menangis.Alfa pula menghembus keluhan berat.Kan tadi baru aja ketawa??


“Kak…”


“Alfa..kakak ni perampas kah?” soalnya.


“Tak,”


“Alfa!Kakak ni perampas hak orang lainkah??” soal Aqua sekali lagi,tidak puas hati dengan jawapan Alfa.


“Taklah!Siapa yang rampas milik siapa.Setahu aku,Cherry tu yang rampas Dave dari kita.Kakak dan Dave dah berkawan lebih dari 5 tahun tau,”


“Jadi kenapa Cherry cakap macam tu?Kakak tak pernah rampas milik siapa-siapa pun,kan?”


“Ya!Jadi kenapa nangis?” kata Alfa seakan marah.


“Sakit…” Aqua menyentuh pipinya.Bekas merah sudah beransur hilang.


“Ee..apasal jadi manja macam ulat ni?” kata Alfa.Aqua memandang Alfa dengan mulut muncung ke depan.Kemudian memeluk lengan Alfa.


“Wei..kakak jangan nak mula..kakak tau kan kakak tu kuat macam The Rock?” kata Alfa lagi sambil cuba melarikan tangan Aqua.


“Alfa..boleh kan kita jadi adik-beradik sampai bila-bila?” Alfa terdiam dan pergerkannya mati serta merta.


“Kakak ni peliklah..kita kan memang adik-beradik?Agaknya otak kakak dah ‘sot’ kali sebab tamparan Cherry,” Alfa terus berdiri serentak itu tangan Aqua terlepas.Alfa terus beredar meninggalkan kakaknya yang sudah dianggap ‘sot’.Aqua turut bangun.


“Alfa..tunggu kakak!” teriak Aqua,belum pun Aqua mula berlari Alfa sudah memulai langkah pantas.


“Kejarlah kalau dapat!” laung Alfa sambil berlari memandang ke belakang.Aqua yang rasa tercabar terus mengejar.Sempat lagi Alfa menjelar lidah kepada Aqua,sebab dia tahu kalau pasal kejar-mengejar dia yang nombor satu,tapi kalau pasal ‘smack-menyemek down’ ni memang kepakaran kakaknya,Aura.


*****


Perlahan-lahan mata Aura terbuka,tilam yang lembut lagi empuk itu terlalu selesa baginya.Dia mengangkat badan dan bersandar di kepala katil.Serentak itu matanya terus dihidangkan dengan pemandangan bilik 4 penjuru yang luas,kemas dan teratur.Di sebelah kanannya ada sebuah rak buku yang besar dan tinggi serta dipenuhi dengan buku-buku antic.Di sana juga terdapat satu ruang tamu mini.


Disebelah kirinya pula ada sebuah meja studi yang berbentuk C.Diatasnya ada sebuah Komputer lengkap.Dan walaupun meja itu ditimbuni dengan fail dan buku-buku ianya tetap tersusun dengan rapi.Tepat dihadapannya ada 3 jendela besar yang setinggi 13 kaki,Langsir yang berada ditengah terbuka dan cahaya matahari terus masuk menerangi tempat di mana Aura berbaring.



“Kagum?” Aura tersentak.Kepalanya lantas berpusing 100 darjah ke sebelah kanan.Seorang lelaki sedang berdiri dan bersandar di daun pintu yang tertutup.Mata Aura terbeliak dan kepalanya lantas kembali ke tempat asal.Macam mana Fax boleh ada di sini???


“Hairan?” Fax seakan boleh membaca fikiran Aura.Aura memandang Fax.


“ini rumah siapa?kenapa kau boleh ada disini?”


“Ini rumah aku,mestilah aku boleh ada di sini?”


“Macam mana aku boleh ada di sini pula?setahu aku…” Aura terdiam.Serta-merta otaknya mengulang semula kejadian di stor.


“Dalam stor??” Fax menyambung.


“Leon Shinichi!!” Aura mengenggam penumbuknya.Fax mengerut kening lalu mendekati ruang mini tersebut.Dia melabuhkan punggung.


“Shin?Kenapa nama dia boleh terlibat sekali?bukan itu kerja Darinna?”


“Memang itu kerja Darinna tapi kepalanya tu Leon Shinichi,Syaitan yang tak bertauliah!” Fax tergelak.Aura mengerut kening.


“kenapa kau ketawa?Ingat lucu\kah?” marahnya.


“Mana mungkinlah dia buat begitu..hari ini kan..”


“Yang kau nak bela dia kenapa?Oya..kau ni pun nak jadi syaitan yang tak bertauliah jugakah?” Fax tersenyum pula.Mata Aura melilau lagi,terasa janggal berada di bilik itu.


“Kau pasti Shin yang buat semua ni?” Fax seakan meminta kepastian.


“Mestilah..takkan kau tak tahu.Dia sanggup buat apa saja asal boleh seksa aku hidup-hidup!”


“Tapi hari inikan hari..”


“Asyik-asyik hari,asyik-asyik hari…ya hari ini memang hari yang menyeksakan puas hati?” selimut yang menutupi separuh badannya diselak kasar lalu turun dari katil.


“Sekarang pukul berapa?” soal Aura.


“11.20 pagi,”


“11.20 pagi?”


“11.20??!!” terbeliak mata Fax dek terkejut.Aura lagilah..hampir terkeluar urat-urat matanya mendengar nombor itu.


“Dah berapa lama aku tidur?Atau aku pengsan???”


“Relax Aqua!”


“Relax?hem!!Aku nak balik!” Aura pantas melangkah keluar dari bilik.Fax cepat-cepat mengejar Aura.


“Lepaslah!” Aura menapis tangan Fax.


“Aku hantar kau balik,”


“Kau nak hantar aku balik?Kau nak aku mati?Mama aku tu bukan calang orangnya,kalau dia tahu aku tidur di rumah lelaki,hari ini juga akan berlaku gempa bumi!”


“Apa kau cakap ni Aqua?Aku dah bagi tau aunty Narisa dan uncle Beck yang kau ada di sini,” wajah Aura yang tadi ketakutan berubah menjadi hairan.Aunty Narisa,uncle Beck??Aura menepuk dahi.Gila..kenapa aku boleh lupa yang aku sekarang ni Aqua!


“Kenapa?” soal Fax.


Aura menggeleng. “Takda,” jawab Aura lalu menyambung langkahnya menuruni tangga.


“Kau nak pergi mana?”


“Rumah syaitan,” jawabnya ringkas tanpa menolah ke belakang.Fax mengeluh berat.Kau ke rumah dia pan kau takkan jumpa bayang dia Aqua sebab hari ni…


*****


“Kenapa kau buat macam tu?” walaupun Dave terasa bengang dengan sikap melulu Cherry dia tetap cuba mengawal amarahnya.


“Memang dia patut terima semua tu,dan Dave juga patut ditampar.kau tikam aku dari belakang!” mata Cherry sudah mulai berkaca.


“Cherry aku sukakan kau..”


“Tapi suka kau lebih pada Aura,kan?” Dave tersentak.


“Cherry…”


“Dave..aku dah bosan..aku asyik nampak benda yang aku taknak tengok..aku putus asa…”


“Apa maksud kau?” Dave dilanda keresahan.


“Kita..break!”


“Apa?No way!Aku..aku sukakan kau Cherry..”


“Dave..aku tak nak ‘suka’,aku nak cinta dari kau..mungkin kau suka aku,tapi tak sebanyak Aura..sampai sini sajalah.Aku penat…” air mata Cherry menitis akhirnya.Dave kelihatan terpaku.


“Cherry…” Cherry terus mara ke depan,sambil tangannya menyeka air mata.


“Dave?” Alfa segera menyapa sebaik Dave melangkah masuk ke dalam restaurant.Wajah Dave yang seperti tiada semangat memaksa Alfa untuk mendekatinya.Dave duduk di meja yang tidak berpenghuni.


Ada kertas dan pen?” soal Dave.


Ada..eh,kau kenapa?” Alfa mengambil tempat.


“Kertas dan pen!” kata Dave seakan mendesak.Mahu tak mahu Alfa berdiri mengambil kertas dan pen.


“Nak buat apa kertas dan pen?” soal Puan Newlina.


Alfa angkat bahu. “Entah,Dave yang minta,”


Kertas dan pen diletakkan atas meja.Pen dicapai dan mula menulis sesuatu.Tangan Dave berhenti menulis.Dia mendongkak.Alfa sedang berdiri di hadapannya.Perlahan-lahan Alfa mengundur apabila dia ditatap dengan tajam.Sebaik Alfa tiada didepannya,kerja yang terbantut tadi di sambung semula.


“Dave buat apa tu?” soal Aqua di meja kaunter.


“Entahlah..dah banyak kertas yang dia minta.Tengoklah tempat tu banyak longgakan sampah.Nasib baik sekarang masa rehat,” jawab Alfa.


“Ah,ah..dia dah siap!Dia datang,dia datang,” Alfa dan Aqua berdiri kaku menunggu kedatangan Dave.Sekeping suart yang terlipat kemas dihulurkan kepada Alfa.


“Untuk aku?Dave…” Alfa mendekatkan bibir di telinga Dave. “Surat cinta ka ni?” pak!Kepala Alfa ditepuk kasar.


“Sakitlah!” marah Alfa.


“Tolong sampaikan surat ni pada Encik Zurdi,”


“Bapa aku?” Dave mengangguk.Aqua mengerut kening.Dave langsung tidak memandangnya.Macam Aqua tiada di sana.


“Sekarang?” Tanya Alfa.Dave mengangguk. “Okey!” Alfa terus masuk ke dalam dapur.Dave pula terus berpaling tanpa bercakap sesuatu dengan Aqua.Aqua mengerut kening.Sikap Dave terlalu pelik baginya.


“Dave!Dave!” panggil Aqua tapi Dave langsung tidak menolah melainkan terus melangkah dan terus keluar.


“Dave!!” kedengaran suara Ecnik Zurdi memanggil Dave dari dalam dapur.


“Kenapa papa?” soal Aqua.Wajah Alfa dan Encik Zurdi kelihatan cemas.


“Dave..Dave letak jawatan!”


“Apa??” Aqua terkejut.Dia lantas mengejar Dave,memandangkan Dave baru saja keluar mungkin dia masih berdekatan restaurant.

****************************************************************

P/s: sorry lambat post n3..ini saja yang termampu.Enjoy reading,k?Rindu dengan kamu!!

3 comments:

  1. wahhhh, at last ada juga entry bru... tapi x puas la okie.

    please antar entry bru... kenapa fax ckp "sebab hari nie..." kenapa dgn ari tu?...ish makin best la okie.

    thumbs up for u... please sent next n3 quik ok..;p

    ReplyDelete
  2. haah, kenapa dgn ari tu? dah lama tggu entry dr okie ;)

    oh ya, hana dh tukar nama. dr Hana Kimi ke Haruno Hana

    ReplyDelete
  3. naper dave jd cam 2???
    aura ngn aqua nie ader kaitan ker sbnrnyer???

    kompius2...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.