Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 June, 2010

Substance 12 : Devil May Cry???

Substance 12 : Devil May Cry???


Aura memandang belakang.Mansion milik keluarga Fax masih kelihatan besar walaupun dia sudah berjalan 1 kilometer di hadapan.Aura mengeluh lagi.Beginikah kehidupan orang kaya?Baru jalan masuk dah jauh berapa kilometer entah..bagus bagi tanah ni untuk orang miskin!Rungut Aura dalam hati.


Tiba-tiba sebuah kereta Ferrari F430 Spider berwarna kuning berhenti di sisi Aura.Aura mematikan langkah.Pintu pemandu terbuka.Kelihatan Fax keluar sambil membuka cermin mata hitamnya.


“At least kau perlu ucapkan terima kasih dengan aku..bukan pergi begitu saja,” kata Fax.Aura mengerut kening.


“Apa?” soalnya seperti tidak dengar.


“Masuk dalam,”


“Huh?” kali ini Aura menyoal tanda terkejut.


“Masuk..aku terangkan semuanya,” Tanpa menunggu Aura,Fax terus masuk.Aura yang terpinga cepat masuk dalam kereta.Pacuan empat roda itu meluncur laju keluar ke gate Mansion.


“Apa maksud aku perlu berterima kasih dengan kau?” malas menunggu Fax membuka mulut,Aura menyoal.


“Sebab aku yang selamatkan kau..habis lenguh tulang-tulang belakang aku ni angkat kau tau,” Aura mendengus kecil tanda tidak puas hati.


“Tapi macam mana kau boleh tau aku terkurung dalam stor?” tapi segera dilupakan rasa tidak puas hatinya.


“Sarah yang bagi tau,”


“Sarah?” tiba-tiba Aura teringat kemsbali bagaimana tingkah laku Sarah sejak awal mereka datang kepadanya dan menyerahkan surat perintah Leon kepadanya.Mungkin Sarah masih ada sedikit balas kasihan berbanding Darinna dan Reddy sebab itu dia memberitahu Fax.


“Tapi kenapa kau selamatkan aku?”


“Sebab Sarah dah bagitau aku,takkan aku nak biarkan kau dalam stor sampai esok.Lagipun…” Fax memegang kepala Aura. “...kau sangat bermakna buat aku,” mata Fax tetap memandang bola mata Aura sambil bibirnya tersenyum,senyuman yang mampu mencairkan batu.Aura seakan terpana.Terasa jantungnya seakan melanggar tulang rusuk.Dia menelan liur.Tapi sudah pastinya bukan dia saja yang sudah mendengar ayat itu,mungkin juga semua gadis-gadis yang ada di sekolah turut mendengar ayat yang sama.


“Aku dah cakap jangan pegang aku!” tangan Fax ditapis kasar.Fax seakan terkejut.Tapi dia tetap tersenyum.Aura terus berpaling kearah tingkap.


“Kau dah banyak berubah Aqua..sebab Shin kah?” Tanya Fax.Aura sekadar memandang Fax dengan ekor mata.


“Ya dan aku akan balas dendam dengan dia.Dia ingat dia boleh buli aku macam tu aja.Dia belum kenal siapa Aur…maksud aku Aqua,” hampir tersasul Aura menyebut namanya sendiri.


“Tapi kau begitu pastikah Shin yang buat semua ni?Sebab sejak kemarin dia tak datang ke sekolah,”


“Orang macam dia boleh buat apa saja..dia boleh suruh orang hantarkan surat perintah tu pada Darinna dan hantarkan pada aku,”


“Aku tak percaya,” tegas Fax.Aura segera berpaling.


“Kenapa pula kau tak percaya?Surat tu dah ada cop jawatan President Persatuan Pelajar..orang takkan senang-senang gunakan cop tu tau kalau bukan milik dia?”


“Aqua..kau dah lupa hari ini hari apa?” Fax memandang Aura


“Kenapa?” soal Aura malas.


“1 jun..” kata Fax,seakan berteka-teki dengan Aura.


“1 Jun..hari ini..kenapa dengan hari ini?”


“Kau dah lupa??”


“Jangan berteka teki dengan aku,boleh tak?” dia sudah naik darah.Fax memandang Aura.Begitu bencikah kau dengan Shin sampai kau boleh lupa tarikh kejatuhan Leon?


*****


“Cik Muda..tolonglah bukan hari ini..Tuan Muda dah berpesan dia tak nak jumpa dengan sesiapa buat masa ni,” kata nanny Vdya.


“Tapi aku nak jumpa dia juga..tolonglah Nanny,Leon mana?”


“Cik Muda!Tolong jangan sebut nama itu,untuk tempoh ini..tolong bagi kerjasama Cik Muda,” nada suara nanny Vdya berubah tegas.Aura seakan terkejut.Aura terlupa yang dia tidak harus menyebut nama hadapan Leon di tempat itu.Dia lantas memandang Fax yang sedang bersandar di sisi keretanya.


“Tapi Nanny..”


“Cik Muda..maafkan nanny,tapi nanny sendiri tak boleh rapat dengan dia buat masa sekarang.Dalam tempoh masa ni,kami semua tidak boleh mendekati dia,” terang nanny Vdya.Aura mengeluh.Kalau bukan Leon yang yang buat,siapa??


“Takpalah kalau macam tu..maaf nanny,”


“Maafkan nanny juga..Aqua baliklah dulu,apa-apa nanti nanny akan call Aqua,” Aqua mengangguk-angguk kemudian berpaling dan menuruni beberapa anak tangga menuju ke tempat letak kereta Fax.Fax memandang kearah nanny dan tunduk hormat paras dada.Nanny Vdya membalas.Fax dan Aqua pun masuk ke dalam kereta.


“Kenapa tak boleh?” soal Aura.


“Aku dah cakap..kita takkan boleh jumpa dia tapi kau yang beriya-iya,”


“Aku nak cuba mah..aku nak tahu siapa dalang sebenarnya,”


“Aku rasa Shin sendiri tak tahu siapa yang buat semua tu,”


“Jadi,siapa?”


“Aku juga tak tahu..tapi aku akan cari dalangnya sampai ke lubang cacing,” Aura terdiam.Mendengar suara Fax yang tegas begitu,dia tahu dia perlu percaya.Aura memandang ke luar jendela,tiba-tiba dia tersentak saat terlihat pokok-pokok yang berwarna merah jambu.Sakura!


“Stop!!” jerit Aura tiba-tiba.Fax yang tiada apa-apa persediaan,lantas terkejut dan kakinya spontan menekan brek.


“Kenapa?kau sakit?” soal Fax seakan cemas.


“Tak..aku turun sini.Terima kasih!” belum sempat Fax membalas,Aura pantas membuka pintu dan beredar.Fax hanya memandang Aura berlari ke hadapan menuju ke sebuah Mansion lagi.




Sesampai Aura di gate yang setinggi 15 kaki itu dia pun mencari tempat strategi untuk menceroboh taman larangan milik Leon memandangkan gate itu sudah dikunci dengan manga sebesar buku lima.Tapi,apa-apa pun aku mesti jumpa juga dengan dia!Aura sudah nekad.


Aura terus berfikir supaya dia boleh melepasti tembok konkrit itu.Tiba-tiba dia ternampak sebatang kayu sepanjang 3 meter dan lebar 1 meter.Cukup sesuai untuk digunakan sebagai tangga.Dia terus mendapatkan kayu tersebut dan diletakkan secara condong.Perlahan-lahan tembok itu dipanjat.Tangan kanan didahulukan dan kaki kanan terus memanjat tembok.Walaupun lenguh kakinya,dia tetap berusaha keras.Peluh sudah menitis di dahinya.


Sampai saja atas tembok,dia berehat sebentar.Tapi matanya pantas menangkap \tubuh Leon yang sedang duduk bersandar di pokok sakura.Sebuah kotak merah berada disisinya.Matanya tertutup rapat,mungkin sudah terlelap.


Betul firasat Aura yang leon akan berada di taman larangannya.Tapi kenapa di sana?Adakah tempat itu berkaitan dengan ibunya?


Aqua pernah bercerita pasal keluarga Leon pada hari mereka berjumpa.Ibu leon iaitu Puan Helena pergi meninggalkan keluarganya demi cita-cita dan impiannya.Walaupun pada masa itu,Leon baru saja 11 tahun tapi pada umur itulah seorang kanak-kanan memerlukan seorang ibu disisinya.


Aura terus menatap Leon dari atas tembok itu.Entah kenapa,sejuk hatinya memandang pemandangan itu.Wajah Leon yang di temani dengan guguran kelopak bunga sakura seakan memukaunya dan perlahan-lahan air matanya menitis tanpa disedari.Tapi yang pasti,pada saat itu juga,air mata Leon turut menitis.


Setiap tahun Leon akan berkurung di taman itu,menunggu,menunggu dan terus menunggu kepulangan ibunya.


“Mama takkan pergi lama Leon,mama tetap akan pulang.mama janji!”


Masih terngia-ngia janji Puan Helena di kuping Leon.Janji yang selama ini mengurung diri Leon di taman itu.Sejak pada hari itu,puan Helena tidak pernah munculkan diri lagi.


*****


Sudah tiga hari Dave tidak datang ke sekolah.Malah,tiada seorang pun yang dapat mengesan di mana keberadaannya dan itu yang membuatkan Aqua hilang semangat.Lagi-lagi apabila berita perpisahan Dave dan Cherry sampai ke telinganya,lagilah menghimpit dadanya.Diorang berpisah sebab saya,kah?ini semua salah saya??Aqua menyoal dalam hati.


Bang!!!


Aqua segera terlompat dari duduknya.Hampir meletup jantungnya dek terkejut dengan bunyi hempapan pada meja.


“Berangan lagi!Dave takkan balik lagi di kedai ni,” suara nyaring Puan Newlina kedengaran.Aqua menggaru kepalanya.


“Sampai bila kau nak begini Aura?baru ja beberapa minggu kedai kita ni maju dan lingkup balik hanya sebabkan masakan kau yang macam makanan tak cukup garam tu.Kau nak kita mati kelaparan?” Aqua sekadar menggeleng mendengar bebelan itu.


“Itu baru Dave yang letak jawatan,kalau kita takda tempat tinggal macam mana?kita semua ni yang akan meninggal tau,” Aqua mengangguk,seakan bersetuju dengan kata-kata ibunya.


“Dah..mama rasa baguslah kau pergi ambil angin di luar tu dulu..bukan apa,lebih baik kau keluar dulu sebelum mama betul-betul mengamuk,”


“Eya ma..maafkan saya,ya?”


“Ya!ya!ya!..dah,pergi,pergi,pergi!” kata puan Newlina sambil menolah belakang Aqua sehingga Aqua keluar dari pintu restaurant.


“Jangan balik sebelum fikiran kau tenang!” bang!pintu restaurant tertutup semula.Aqua mengeluh.Sampai hati mama halau saya…..


Di sebalik pintu restaurant,puan Newlina tersenyum hambar.Mungkin lebih bagus kalau Aura tenangkan fikiran di luar sana..di dalam dia akan rasa lebih bersalah lagi sebab restaurant dah tak banyak pelanggan.


“Aura!!” Aqua tersentak.Kepala segera diangkat.Kelihatan 3 orang lelaki sedang berlari ke arahnya sambil tersenyum lebar.


“Kau nak pergi mana?” soal Micky.


“Nak ambil angin.kamu nak pergi mana ni?”


“Nak pergi restaurantlah,sukarelawan!” jawab Jun.Aqua tersenyum nipis.


“Restaurant tutup hari ni,”


“Kenapa,ada masalah?” giliran BJ pula menyoal.Aqua menggeleng.


“Ah,dalam tiga hari ni kamu ada jumpa Dave tak?” soal Aqua.masing-masing menggeleng.


“Cikgu pun cari dia juga,assignment dia belum dihantar lagi,” kata Micky,memandangkan dia sekelas dengan Dave.


“Boleh saya tahu assignment apa?” soal Aqua tiba-tiba.


Sebuah buku rujukan Multimedia dihulurkan kepada Aqua.Buku dan wang kertas sebanyak RM17 ringgit bertukar tangan.Aqua tersenyum seakan berpuas hati.Ini saja yang saya boleh Bantu..harap ia memadai.


Selepas mengucapkan terima kasih,Aqua pun keluar dari kedai buku itu.Kelihatan beberapa bangunan mencakar langit di hadapannya,namun yang lebih menjadi tumpun ialah bangunan yang berada tepat dihadapannya.Bangunan yang tertinggi antara semua bangunan.Tiba-tiba saja dia teringat akan bapanya,Tuan Josephine.Macam mana keadaan papa sekarang?


Aqua berpaling ingin meneruskan langkahnya tapi badannya terus kaku.Kepala di palingkan semua kearah bangunan tertinggi itu.Dia seperti terpandang seseorang,berpakaian kot hitam,seluar hitam dan ditemani seorang wanita yang berambut ikal mayang,putih langsat dan bila wanita itu tersenyum,2 lubang timbul di pipinya.Lelaki itu membantunya keluar dari kereta limo berwana putih.


“Dave????” nama Dave terpacul di mulutnya.Aqua seakan tidak percaya,wajah Dave dan lelaki itu betul-betul seiras.Cuma rambutnya disisir ke belakang,rambut Dave pula seperti orang yang baru lepas bangun.Kini lelaki dan wanita itu sedang menuju masuk ke dalam bangunan tersebut sambil berpimpin tangan.


Entah kenapa kakinya turut melangkah menyeberang jalan.Tapi tidaklah sampai terlalu leka sehingga terlupa itu adalah jalan raya,tempat kereta lalu-lalang.Bertapak saja dia di kaki bangunan itu,dua orang guard menghalangnya.


“Kenapa?” tanya Aqua pelik.


“Cik tak boleh masuk,tempat ni sudah ditempah,” jawab guard itu.


“Ini tempat apa?” soalnya lagi.Kedua-dua guard itu saling berpandangan.


“Ini Restaurant bertaraf 5 bintang yang hanya boleh dikunjung kerabat diraja,” bibir Aqua membulat sambil mengangguk-angguk.Kemudian dia tersenyum.Walaupun dalam hati masih lagi gundah,keliru dengan apa yang baru saja dilihatnya.


“Okey..em..selamat berkerja!” ucap Aqua pula.Mereka mengerut kening,pelik dengan sikap anak gadis itu.Kemudian,Aqua berpaling dan meneruskan langkahnya tanpa berpaling lagi.


*****



Manhattan,NY


“Tahniah Puan Carcaryn,sekali lagi gallery Puan menjadi tumpuan seluruh dunia,” ucap Joyce sambil menghulur salam.Champagne berganti ke tangan kiri lantas menyambut salam Joyce,PAnya.


“Jangan begitu Jo,ini gallery kita berdua.Tanpa Jo siapalah Carcaryn,kan?” Aryn tersenyum.


“Terima kasih puan,it’s an honors,”


“So selepas ini puan nak buat apa lagi?” soal Joyce.Aryn menhela nafas sambil memandang bilik 4 penjuru yang dipenuhi dengan hasil-hasil gambar tangkapannya,tak ketinggalan juga dengan warga-warga Manhattan yang berkunjung di Gallery itu.Setelah mngharungi berbagai rintangan,akhirnya di sampai juga ke matlamatnya.


“Mungkin saya akan berehat setahun,”


“Setahun?lama tu..”


“Tiba masanya untuk saya balik ke tempat asal,” Joyce pelik.


“Tempat asal?Inikan tempat asal puan,” Aryn sekadar tergelak kecil mendengar ayat itu,kemudian di beredar meninggalkan Joyce yang masih keliru.Serentak itu,Aryn dikerumuni dengan pengunjung gallery,meminta tandatangan ke atas sekeping gambar yang bertemakan bunga sakura dan gambar itu tertera ayat The Truth One.



**************************************************************
p/s: sorry lambat post n3..minta maaf kalau n3 kali ini tidak memuaskan hati kamu.Please Comment,k?

3 comments:

  1. new n3!!! dah lama tggu! aryn tu mak shin ke? saspen2
    ;)

    ReplyDelete
  2. agak2 kan , berapa banyak chapter lg cerita ni ?

    ReplyDelete
  3. to aku : belum tau lagi..mungkin cerita h2O panjang sedikit berbanding yang lain.

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.