Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

19 June, 2010

Substance 13 : New Strategy

Substance 13 : New Strategy



Kelihatan dua kanak-kanak sedang berteduh di sebatang pokok.Kedua-dua kanak-kanak itu berpelukan disebabkan hujan lebat yang mencurah bumi ditambah pula dengan hari yang semakin gelap.Pakainan mereka kelihatan kusut-masai,muka mereka comot dengan tanah.Umur mereka masing-masing 9 tahun dan 5 tahun.


“Abang saya lapar,” kata si adik perempuan.Si abang memandang adiknya kemudian memandang langit.Sudah sehari mereka berjalan tanpa henti dan makan.Sudah semestinya adiknya lapar.


“Lapar,ya?Adik berani seorang diri sini?”


“Tak,” si adik menggeleng.


“Tapi hujan lebat,nanti adik sakit.Kejap aja,nanti abang balik ambil adik,ya?”


“Tapi…”


“Abang janji,” kata si abang penuh yakin.Si adik kelihatan ragu-ragu namun seketika kemudian dia

tersenyum tanda percaya akan abangnya.Kemudian dia mengangguk.


“Tunggu tau!” si abang terus berlari melawan arus hujan lebat.


15 minit kemudian…


Hujan semakin redah,si abang kini dalam perjalan balik ke tempat asal.Dia datang bukan dengan tangan kosong,dia datang ingin menjemput adiknya kerana berjaya mendapat bantuan dari penduduk sekitar

sana.


Namun langkahnya terhenti sesamapi saja dia di tempat itu.Adiknya sudah tidak kelihatan.Si abang berpusing-pusing mencari adiknya tapi tiada sesiapa di sana.


“Adik!!” panggil si abang.Tapi tiada yang menyahut.


“Adik ini bukan masa untuk bermain-main tau,keluar sekarang!” katanya seakan marah,walaupun dia

tahu adiknya tidak mungkin berguaru dalam keadaan seperti itu.


“Adik?Adik?!” kakinya sudah mula menggeletar.Dia terduduk di atas tar.Adik jangan buat abang begini…tolonglah keluar..tolonglah keluar…..tolonglah…


Gelang yang terukir dengan perkataan ALLAN itu ditenung lama.Air matanya menitis tepat di atas huruf

A.Terlalu banyak yang menimpa mereka dalam tiga hari itu.Keluarga mereka berpecah-belah dalam masa 3 hari dan mungkin akan berpisah buat selama-lamanya.


ADIK!!!!!!


Gedebumm!!!!Serentak dengan jeritan itu,guruh dilangit terus meletup dan hujan sekali lagi merejam bumi.


Mata Allan terbuka tepat memandang siling.Dahinya sudah basah dengan peluh.Entah kenapa mimpi itu kembali menghantuinya.Dia bangun dari katil dengan hanya berpakaian boxer dan terus ke kamar mandi.


Allan segera masuk ke dalam bilik mandi kaca itu,pili air dipusingkan dan air terus memancut dari atas.Allan menyisir rambutnya ke belakang dengan jari.Dia memandang tepat kea rah cermin.


“Why now?” soalnya dalam masa yang sama air mata menitis bersama-sama dengan air pancutan.


*****


“Eh,mana aci…diorang main tipu.Aku smash banyak kali atas base line tau, linesman sengaja aja cakap bola tu out!” rungut FA,atau nama penuhnya Farah Arshad.Dia lebih senang dipanggil FA.Dia dalam posisi Spiker dalam sukan bola tampar.Berketinggian 173cm,gadis tertinggi antara mereka 14 pemain.


“Ah..lepas tu,kaki lawan dah masuk sebelah tapi referee itu tak whistle diorang pun.Tak aci betul!” tambah Jasmine,dia dalam posisi setter,paling rendah antara mereka,157 cm.


“Dahlah..benda dah lepas.Yang penting kita dah buat yang terbaik,” kata Rozie selalu kapten.


“Tapikan..masa perlawan tu aku rasa kosong sangat..kenapa kau tak benarkan Aura ikut saja?” soal Amalina sambil membawa jarring yang berisi 3 buah bola tampar berjenama MIKASA.Tombol pintu bilik persatuan mereka dipulas dan kesemua ahli yang baru pulang daripada perlawanan bola tampar melangkah masuk.


Jaring yang berisi tiga biji bola itu lantas terjatuh dari peganggan tangan Amalina.Mata mereka bulat memandang bilik itu,kemas.Kotak-kotak yang bertindih-tindih seperti tempat pembuangan sampah,tersusun rapi di sudut bilik.


“Aura?”


“Oh..hai!Macam mana dengan perlawanan?” Aqua yang sedang duduk membaca buku segera berdiri.Satu persatu duduk di bangku panjang.Beg sandang diletakkan atas lantai.


“Kenapa bilik ni boleh jadi begini?” soal Rozie.


“Oo..saya bosan so saya kemaslah.Kenapa,salah?”


“Tak,tak!Cuma..pelik..” kata Amalina sambil menggaru kepala.Bila masa Aura boleh kemas bilik ni?selalunya dia yang tolong semakkan.FA bangkit lalu mendekati Aqua.Aqua tersenyum-senyum.


“Kenapa?” soal Aqua.kedua-dua pipinya dipegang.yang lain sekadar memerhti.Muka Aqua dibelek ke kiri kanan.


“Kau ni..sihat?” Aqua mengangguk.Pipi Aqua dilepaskan.


“Tipulah..ini mesti gara-gara Dave.Kamu ingat tak tahun lepas…” FA berpaling kearah kawan-kawannya di belakang. “…Dave ponteng 3 hari dan dia langsung tak jumpa dengan Dave,inilah jadinya.Dia boleh pula bosan gila kalau Dave takda,” cerita FA.Yang lain pula mengangguk,seperti baru teringat akan kisah itu.


“Eya?” soal Aqua.


“Aura..Aura..jangan risaulah..dia akan pulang lepas seminggu,bukan kau tak kenal dia,” kata Flossy.Salah seorang ahli pasukan bola tampar,berbadan besar kira-kira 60kg dan berketinggian 157cm.Aqua mengangguk walaupun dia tidak tahu menahu tentang sikap Dave yang suka menghilang.


“Ah!” Reyna seraya bangkit sambil memetik jari.Semua kepala berpaling kepadanya.


“Cerita pasal Dave,aku dapat mesej dari Jiro pagi tadi yang Dave masuk sekolah hari ni,” kata Reyna.Juga salah seorang dari pada pasukan itu,gadisnya rendah 156cm,berada di posisi setter dan simpanan.


“Baru aja sebut dan muncul,” kata Sumiyati. “Air ada lagi tak?” soalnya pula sambil menuju ke peti sejuk.


“Rasanya dah takda..kita dah bawa kemarin,” kata Rozie.


“Oya?aku pergi belilah…”


“Jap!Jap!....” langkah Amalina terhenti. “..biar saya yang beli,” kata Aqua dan terus beredar.Mereka kaku tapi mata tetap memandang Aqua sehingga Aqua keluar dari bilik itu.Kemudian mereka memandang antara satu sama

lain.


“Dave,Dave!” langkah Dave mati.kelihatan Cikgu Emely sedang mendekatinya sambil tersenyum.Di tangannya ada memegang sebuah folio.


“Tahniah..assignment kau kali ini adalah yang terbaik dari yang terbaik,” kata Cikgu Emely.Dave mengerut kening.


“Maksud cikgu?”


“Eya..walaupun kamu selalu ponteng kelas cikgu tapi kamu selalu siapkan assignment yang cikgu bagi,” puji

Cikgu Emely lagi.


“Nah..ini folio kamu.Teruskan prestasi kamu!” nampaknya Cikgu Emely langsung tidak memberi Dave peluang untuk bercakap.Sebelum beredar dia sempat menepuk bahu Dave.


“Assignment?” Dave membelek folionya.Kemudian dia tersenyum.Dia tahu siapa yang membantunya menyiapkan

assignment itu.Dia terus berlari menuju ke satu tempat.Sesampai saja dia di tempat yang selalu dia dan Cherry kunjungi,dia terus melaungkan nama Cherry.


Cherry dan kawan-kawannya kebetulan sedang berehat di taman itu terkejut dengan laungan Dave.Cherry bingkas bangkit.Dave pula sedang berlari ke arahnya dan sepantas kilat tubuh Cherry diraih.Cherry tersentak.Dua sahabatnya pula terpegun sambil menekup mulut.


“I knew it.It’s you...” kata Dave.Cherry semakin pelik.Elita dan Karen secara perlahan-lahan meninggalkan mereka sambil tersengih-sengih memandang Cherry.


“Dave..lepas!orang nampaklah!” Cherry menumbuk belakang Dave.Pelukan terlerai.Wajah Cherry masam mencuka tapi berlainan dengan Dave,senyuman mekar di bibirnya.


“Aku takkan lepaskan kau lagi,” kata Dave.Cherry mendengus.


“Apa kau cakap ni?Hubungan kita dah berakhir,kita dah takda apa-apa lagi!”


“Tapi sikap yang kau tunjukkan pada aku menunjukkan hubungan kita tidak pernah berakhir,”


“Apa maksud kau sebenarnya?”


“Thank you Cherry..sebab tolong siapkan assignment ni,kalau bukan kau siapa lagi” kata Dave.Selama ini Cherry yang sentiasa menolongnya menyiapkan assignment walaupun Dave tidak pernah meminta pertolongan daripadanya.


“Huh?assignment?Pleaselah Dave!” Cherry memeluk tubuh.


“Che..taknak mengaku konon..aku tahu kau masih sayang aku lagi.Please kita rujuk?” Cherry terpana seketika.Dia memandang wajah tersenyum Dave.


“Rujuk?Senang kau cakap..kalau kau tak boleh nak kotakan janji kau,jangan pernah jumpa dengan aku!” bentak Cherry dan terus beredar.Dave berpaling ke belakang.


“Aku takkan putus asa!Kita akan rujuk balik!” kata Dave penuh tekad.Seketika Cherry menoleh dan hilang dari pandangan Dave.


Buk!Kepala Dave pantas berpusing 180 darjah ke belakang.terasa kepalanya baru saja dibaling dengan benda keras.


“Wei..sakitlah!” kepalanya diusap.Aqua tersenyum sambil mendekati Dave.


“Eleh..kau pun pernah baling saya dengan batu,banyak lagi!” kata Aqua.Dave tersenyum lalu duduk di bangku yang tersedia.Aqua mengambil tempat di sebelah Dave.


“So..kamu dah berbaik?” Dave paling kearah Aqua.Matanya jelas menunjukkan soalan ‘Dari mana kau tahu?’


“Sorry..tak sengaja.Saya terdengar kau jerit nama Cherry so..” Aqua menguis-nguis kakinya ke tanah.


“Belum lagi tapi akan..entahlah..sikap dia menunjukkan yang dia taknak berpisah tapi dia taknak mengaku pula,”


“Em..mungkin dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kau untuk mendapatkan dia balik,”


“Mungkin juga..tapi aku dah cakap aku nak dia,aku dah cakap aku sayang dia,aku nak rujuk balik.Kenapa dia masih taknak?”


“Mungkin cara kau salah?”


“Salah?Apa yang salahnya?”


“Kau pernah cakap kau sukakan dia?” Dave mengangguk.


“Kau pernah cakap yang kau sayangkan dia?” Dave mengangguk.


“Kau pernah cakap yang kau cintakan dia?” Dave kaku.Dia tidak pernah sebut pun cinta di depan Cherry,walaupun keadaan terdesak dia tidak pernah menyebut cinta di depan mana-mana orang.


“Tak pernahkan?Apa kata kau luahkan pada dia yang kau cintakan dia?”


“Aku tak dapat!”


“Kenapa?isn’t it’s a magical words?’?” Dave buat muka meluat.


“Too much drama!” dia pantas bangun.


“Aku sudi tolong kau..aku akan buat kau ucapkan ‘I love you’ pada Cherry,” Dave memandang Aqua.


“Macam mana?”


“First..kau mesti panggil saya sifu!”


*****


Keluar saja Leon dari limo berwarna putih,dia sudah dikerumi oleh pelajar-pelajar tidak kira perempuan atau lelaki.Leon berjalan megah sambil senyuman menyapa mereka.Di satu sudut keramain itu,seorang pelajar perempuan terus pengsan apabila melihat senyuman Leon .Bagaikan pokok dipanah petir,berasap mukanya.Namun begitu tiada satu pun yang mempedulikannya,mereka lebih rela melihat Leon daripada gadis itu.


Terkumat-kamit mulut Aura melihat Leon,mengumpat dalam keadaan berbisik.Kedengaran gelak-tawa seseorang di sebelahnya.


“Wei..sejak bila kau di sini?” soal Aura.


“Sejak tadi,” selamba Fax menjawab sambil mendekatkan kepalanya ke kepala Aura.


“Eh,jangan dekatlah!” tubuh Fax ditolak kuat.Aura terus keluar dari tempat itu.Panas ditambah lagi dengan perangai Fax yang suka muncul dimana dan bila-bila saja.Tapi yang pasti,dia mana ada Aura,di situ ada Fax.macam magnet.


“Kenapalah syaitan tu nak muncul sekarang?kan bagus dia tak masuk sekolah buat selama-lamanya??” ngomel Aura sendiri.


“Bukankah keadaan tetap sama walaupun dia takda?” kedengaran suara Fax dari belakang.


“Tak sama sebab kalau dia ada,keadaan akan jadi lebih teruk lagi!” Fax tergelak.Aura duduk di bawah pokok,kerja mengumpul daun kering terganggu dek ‘kepulangan’ Leon.


“Berapa lama lagi Khidmat Komuniti kau pada sekolah?” soal Fax.


“Entah..150 hari kot,”


“Hamba abdi?” Aura mengetap bibir sebaik mendengar perkataan itu.


“Please..jangan sebut ayat tu!” Fax tergelak lagi.Entah kenapa,setiap tingkah laku Aura membuatkan dia geli hati.Ingat aku ni pelawak apa,ketawa..ketawa!Aura bingkas bangkit lalu memegang penyapu daun kering itu.


“Nak aku tolong?” soal Fax.


Ada aku suruh kau tolong?”


“Takda,” Fax menggeleng.


“So buat apa nak tolong?bukan kau dapat apa-apa pun,”


“Aku ni ikhlas nak tolong..aku tak minta apa-apa ganjaran pun,”


“Tak perlulah..bukan banyak pun.Lagipun masa aku hari ini tinggal dua jam saja lagi.So tak berbaloi kau tolong,”


Zas!!Terlopong mulut Aura bila Fax melemparkan daun-daun kering itu ke mukanya.Fax tersengih-sengih nakal.


“Kau!!!” jerit Aura,kini giliran dia pula yang memungut daun kering dan melempar semuanya kearah Fax.Dan terjadilah adegan kejar-mengejar dan lempar-melempar daun kering.Begitu seronok bermain sehingga tidak menyedari ada beberapa pasang mata yang memerhati.


“Hm..bahagia nampak?” tawa berhenti,langkah pun berhenti.Serentak mereka berpaling ke belakang.Leon sedang menuju kearah mereka..Aura buat muka meluat.


“Ya..kami memang bahagia!” jawab Fax.Bahu Aura dipaut dan dirapatkan ke bahunya.Aura kaku dengan mulut ternganga.Leon sudah mengetap bibir.Geram.


“Wei!” Aura segera menolak tubuh Fax.Fax tergelak.


“Orang gurau ajalah..good luck!” kata Fax di cuping teling Aura.Dia langsung tidak takut dengan wajah Aura yang macam binatang baus kelaparan.


“Kau buat begitu lagi,aku patah-patahkan gigi kau!!” jerit Aura,Fax yang sudah jauh di hadapan sekadar melambaikan tangan tanpa berpaling.Aura mendengus.Kemudian dia memandang Leon.


“Apa tengok-tengok?” jerkah Aura.Leon kaget.


“Wah..berani kau jerkah aku?”


Aura menarik senyum selebar-lebarnya. “Minta ampun tuanku,intan payung!” kata Aura seperti mengejek.Leon menghembus nafas,panas dadanya melihat perangai selamba Aura.


“Sini!” Zab!Tangan Aura direntap kasar.


“Wei!Lepaslah!” jeritnya.Tapi Leon sedikit pun tidak mengendahkan amarah Aura sebaliknya terus mengheret Aura menaiki tangga menuju ke Bilik Persatuan Pelajar.


“Kalau kau berkeras,kau taulah apa yang akan jadi dengan kelab kau!” Aura tiada pilihan selain akur dengan Leon.Kalau dia ikutkan hati,mahu saja dia mematah-matahkan tulang Leon.


“Melutut!” arah Leon.Mahu tidak mahu,Aura menurut.


“Angkat tangan ke atas,” arahnya lagi.Aura mengangkat tangan kiri.


“Dua-dua!” Aura menjeling Leon,tapi dituruti juga perintah itu.Leon memandang Aura yang ada di sebelah pintu masuk Bilik Persatuan Pelajar.


“Kekalkan posisi itu sampai aku suruh kau duduk sana,” katanya sambil menuding jari ke meja bulat di hadapannya.What??Berapa lama aku nak begini??


“Wei..agak-agaklah!”


“Sekejap saja..lepas kau dah tanda tangan kontrak ni,kau boleh keluar,”


“Kontrak apa lagi ni?”


“Kontrak Hamba Abdi,”


“Apa?Wei..”


“Tak banyak..hanya ada lebih kurang 2 muka surat,” terlopong mulut Aura.Gila,dua muka surat??!


15 minit kemudian….


“Siap!” Leon menyusun 2 keping kertas F4 yang baru di print out.Dia memandang Aura yang sudah tertidur dengan tangan yang masih terangkat ke atas.Tanpa disedari,dia tersenyum sendiri.


“Ehem!” senyuman Leon lenyap. “Wei bangun!Boleh pula kau tidur dalam keadaan begitu,” hampir terjatuh Aura dari duduknya.Liur yang kian meleleh itu segera dikesat.


“Dah siap?”


“Eya..duduk sana!” Aura pantas berdiri sambil mengurut kedua-dua lengannya.Terasa seperti tulang-tulangnya mahu tercabut dari joint.


“Nah..baca dan tandatangan,” dua keping kertas itu di diletakkan atas meja.Kertas dicapai.


Kontrak Hamba Abdi


1.Setiap perintah haruslah dilaksana serta-merta.


2.Mulai hari ini,bersamaan 7/06/2010..kamu adalah Hamba Abdi kepada Leon Shinichi SAHAJA.


3.Setiap hari,bermula jam 7 pagi,kamu sudah terpacak di hadapan pintu bilik aku.


4.Semua kerja pembersihan di Bilik Persatuan Pelajar dan tandas adalah kerja kau.(Tidak termasuk Bilik Data)


5.Hari isnin-jumaat,setiap hari jam 9.20 tugas kau untuk membeli sarapan untuk aku.



“Wei,apa ni??” Aura bingkas bangkit sehingga kerusi yang didudukinya jatuh kebelakang.Leon memandang

Aura.


“Aku ada sebab aku sendiri,tangan ni.Kalau bukan sebab tangan ni masih berbalut dengan simin,aku takkan biarkan kau dekat dengan aku,” kata Leon angkuh.


“Tapi jam 7??Belum tentu aku dapat urus diri aku dalam masa yang singkat,”


“Senang saja..baca kontrak no.14,” kata Leon.Kertas segera dibelek.



14.Mulai hari ini,7/06/2010..kamu,Hamba Abdi aku akan tinggal di Mansion Edifier.



Mulut Aura terlopong.Nafasnya sudah tidak teratur.Dadanya turun naik menarik nafas.Terasa otaknya kosong dengan oksigen.Air,air!!


Aura terus berlari ke peti sejuk dan mencari air.Apa yang di perlukan sekarang adalah oksigen!


“Relaxlah...aku bukan suruh kau tidur dengan aku pun,” buzzzz!!!!air yang sudah sampai di anak tekak tersembur

keluar,kepala dipalingkan kearah Leon.Botol air kecil digenggam sehingga remuk,isi air terkeluar dari botot.


Argghhhhhh!!!!!!



*******************************************************************

p/s: soryy guys..sa sudah cuba bt cerita ni simple kalau masih ada yang susah utk di fahami..im sorry..btw,enjoy reading!

2 comments:

  1. hahaha....
    leon jeles ar tu kt si fax...
    iyela aura mesra jer ngn fax...
    hahahaha...

    ReplyDelete
  2. alahai leon...
    hehe
    tntu best kalu aura tggal skali dgn si devil tu, tntu gaduh hari2 :)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.