Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

03 July, 2010

Petal 3 : Selamat Sampai


Petal 3 : Selamat Sampai


Bunyi pintu terbuka tidak menganggu Encik Haritz yang sedang berkerja di meja kerjanya.Dia tahu siapa yang masuk.


“Papa…” panggil Regina sambil berhenti melangkah.Di tangannya sedang memegang tangan Teddy Bear bersaiz besar berwarna coklat.Sedih wajahnya memandang Encik Haritz dari belakang.


“Em?” tanya Encik Haritz tanpa berpaling.


“Papa…” panggil Regina lagi,kedengaran manja suaranya.Tangan Encik Haritz berhenti diatas kertas,bibirnya mengukir senyuman.Pen diletakkan dan memusingkan kerusi menghadap anak bujangnya.


“Sini!” panggilnya.Regina melangkah dan duduk di bawah bapanya,Teddy Bear dipeluk.Kepala dilentokkan ke paha Encik Haritz.Kepala Regina diusap,sepertimana yang selalu dilakukannya sewaktu Regina dizaman kanak-kanak.


“Betul papa nak hantar Regina dekat kampung?” soal Regina.Seperti tidak percaya yang bapanya sendiri sudah mahu berjauhan dengannya.


“Eya..untuk kebaikan Jina juga.Sekarang jina dah umur berapa?”


“Seventeen?” Regina berseloroh.Encik Haritz tergelak kecil.


“Umur sendiri pun tak ingat..26 tahun,Jina.26 tahun..Jina bukan budak kecil lagi,semua benda Jina beli dengan duit yang berlambak.Papa bukan nak memperkecilkan kemampuan Jina,papa nak Jina belajar.Mungkin salah papa juga sebab terlalu manjakan Jina..maafkan papa,ya?” uban Regina dikucup.Tanpa Regina minta,air matanya menitis di kepala lutut bapanya.


“Jina pernah terfikirkah yang papa akan hantar Jina ke satu tempat yang asing?” Regina menggeleng.


“Sebab Jina tahu,papa takkan buat macam tu.Tapi sekarang Jina tak tahu.Papa betulkah nak hantar Jina kat tempat asing tu?”


“Keputusan papa muktamad,sayang.Papa nak jina belajar di sana…sampai sekarang Jina hanya tahu nak guna duit,tapi Jina tahukah nak cari duit macam mana?Duit itu umpama peluh papa tau?Papa bukan nak hukum Jina,papa nak ajar Jina macam mana nak berdikari.Susah kalau papa dah takda,” kepala Regina pantas terangkat apabila mendengar ayat terakhir bapanya.


“Apa papa ni?Jina taknak pergilah kalau macam tu..” rajuk Regina.Kepala Teddy Bear ditumbuk sekali.


“Eya,eya..so,Jina ikut perintahlah ni?” soal Encik Haritz.Lama-lama baru Regina mengangguk.Dia tidak boleh

bayangkan macam mana kehidupannya nanti,ditempat asing dan takda duit disisinya,memang dia takkan hidup lama kecuali kalau ada Putera berkuda datang menjemputnya pulang ke istana.


Sebuah teksi berhenti di pertengahan jalan.Pemandu itu bergegas keluar dan membuka bonet kereta lalu membaling keluar dua bagasi besar berroda ke luar bonet.Dalam masa yang sama,seorang gadis berrambut keriting juga bergegas keluar sambil mencekak pinggang melihat tindakan biadap si pemandu.


“Berani kau buang beg aku!Kau ingat kau siapa!!” tengking Regina sambil mendapatkan dua bagasinya.Si pemandu mematikan langkah tepat di sisi pintu kereta.


“Hah,cik jangan nak angkuh sana,duit pun takda nak bayar tambang.Peerah!!” bam!dia terus masuk dan menghempap kuat pintu kereta.Senang saja gadis itu cakap dia bayar dengan kad kredit,teksi bayar dengan kad kreditkah?Entah makhluk asing dari mana entah!


“Kau jangan nak pandang rendah dengan aku,aku ada kuasa nak dakwa kau tahu tak!!!” Regina masih lagi menjerit walaupun teksi itu sudah berangkat laju meninggalkan dia di satu jalan dibawah panas terik.Tercungap-cungap Regina menahan marah.


“Ingat dia siapa?!kalau bukan sebab takda kereta,aku takkan naik kereta buruk kau tu,hem!!” dengusnya lagi.Regina mengesat peluh di dahinya.


“Oh my God..dia tinggalkan aku di bawah panas terik macam ni??Aku akan ingat sampai bila-bila!” masih lagi menjerit seorang diri di sana.Dia mencekak pinggang sambil matanya meliar di seluruh kawasan.Apa yang dapat disimpulakan tentang tempat itu ialah,tempat itu dikelilingi dengan hutan dan pokok-pokok yang tinggi,dan hanya ada sebatang jalan saja,jalan yang tiada penghujungnya.


“What should I do?” soalnya sendiri.


Sinibulan Town


Setelah 30 minit berjalan,akhirnya dia temui satu jalan menyimpag ke kiri,iaitu kampung yang dimaksudkan bapanya dan sebuah bas stop selepas simpang itu.Regina melonjak kegembiraan,bolehlah dia berrehat sekejap.Dia berjalan pantas mendekati bas stop itu dan terus melabuhkan punggung.Sepatu tingginya itu ditanggalkan lalu meregang-regangkan buku lalinya.


Tiba-tiba dia merintih kesakitan,matanya segera menangkap darah pekat di kakinya.Patutlah..dia berjalan kaki sepanjang 3 meter dengan high heel 4 inci.Kakinya sudah melecet sampai berdarah.


“Aduh…” rintihnya perlahan lalu membawa keluar tisu yang ada didalam handbegnya.Dua helai tisu dikeluarkan dari pembungkus dan menekup pergelanggan kakinya.


“Mana orang ni?Kata ada yang nak jemput?” soal Regina sambil memandang ke sebelah kiri.

Pintu kedai bunga milik Puan Kastina dikuak.Puan Kastina yang sedang duduk menggubah bunga memandang orang yang baru saja masuk.


“Kyle mana dia?” soal Puan Kastina.


“Dia takda..dah dua kali aku balik sana,tapi dia tak muncul juga.Dia sesat kot,”


“Kyle,” mendatar suara Puan Kastina.


“Nak buat macam mana lagi..aku rimaslah ulang-alik.Biarlah..pandailah dia cari tempat ni sendiri,” katanya lantas masuk ke biliknya.Puan Kastina hanya mempu menggeleng.Kerja di atas meja ditinggalkan lalu melangkah ke pintu bilik Kyle.Pintu itu diketuk.


“Kyle?” panggilnya.


“Emm?”


“Nak nenek yang pergi ambil dia atau,Kyle yang tunggu di sana?” kata Puan Kastina,berbaur ungutan.Kyle mendengus,sengaja nak pancing!Dia bingkas bangkit dan menguak pintu.Terpacul wajah tersenyum Puan Kastina di depannya.


“Nek penatlah..dalah Kyle tunggu dia dari pagi tadi,tangan Kyle lagilah,” rungut Kyle.Puan Kastina tersenyum.


“Takpalah..kalau Kyle masih sakit lagi,nenek jalan sendiri,” Puan Kastina berpaling,namun belum sempat dia melangkah Kyle sudah mendahuluinya.Puan Kastina tersenyum lagi.Senang ja nak jerat si Kyle ni.


“Jangan lariiiii!!!!!!” di kejauhan Kyle sudah terdengar jeritan menghala kepadanya.Kepala dihalakan ke hadapan jalan,leher memanjang ingin mencari pemilik suara itu.Pemilik suara itu adalah seorang perempuan.Dia melangkah pantas.


“Duit aku!!jangan lari!!Berhenti!!!kalau tak kau akan menyesal 12 keturunan!!!” suara nyaring lagi menumpah-seranan itu kedengaran lagi.Tiba-tiba Kyle memberhentikan langkahnya apabila dia ternampak seorang lelaki sedang berlari sambil membawa bagasi besar dan seorang gadis berdress pendek berkilat,berambut keriting dan high heel berlari di belakang.Seakan mengejar si lelaki.


“Duit aku!!!” jeritnya lagi,dari suaranya gadis itu seakan ingin putus asa mengejar lelaki tersebut.Kyle masih berdiri di tempatnya,menunggu sehingga pencuri itu dekat dengannya.


“Tolong,dia curi duit aku!!” jeritnya dengan penuh harapan apabila dia ternampak ada seorang lelaki di hadapan.Pencuri itu semakin mendekati Kyle,melihat Kyle yang tidak berganjak membuatkan dia tidak takut untuk melintasinya.Kyle tertunduk membuka kasut snickernya dan apabila lelaki itu berjaya melintasinya jauh dihadapan,Kyle membelakang,dengan penuh bergaya tangan kiri yang berbalut dimasukkan ke dalam poket

dan….sssyyyungggg!!!!


Dukk!!Kasut yang dilepar kearah lelaki itu tepat mengena dikepala dan melatun balik ke pangkuan Kyle,tangan cekap menagkap kasut itu dan menyarungkan semula di kakinya. Macam boomerang saja yang boleh berputar balik.Regina yang menonton dari jauh ternganga.


Pencuri itu tergolek-golek atas tanah,bagasi itu tertinggal dibelakang.Pencuri itu pantas berdiri,dibiarkan saja rasa sakit dibadannya dan terus berlari meninggalkan bagasi itu.Itu baru kasut,belum tangan atau kakinya yang sampai dikepalanya.


Regina terus berlari mendapatkan bagasinya,Kyle tidak diendahkan apatah lagi berterima kasih.Muka pun tidak dipandangnya.Kyle hanya memandang dari belakang.Regina cepat-cepat menyelongkar bagasinya,sebab tidak mahu memegang banyak barang,dia letakkan sekali handbag kecilnya itu didalam bagasi tapi handbag itu ditolak ke tepi sebaliknya frame gambar berwarna hitam dengan jalur ungu itu terus dipeluk.Erat.Kyle mendekati gadis itu.Dari jauh dia jerit duit,duit bila dah dapat beg,lain yang dipeluk.Getus hati Kyle.

Pelukan dari frame gambar itu dilepaskan,Kyle tersentak apabila melihat apayang dipeluk gadis itu.Bukan duit,tapi frame?Kyle tergelak kemudian dia berdehem.Dia duduk mencangkung dihadapan Gadis itu.


Regina memandang lelaki itu,dengan pantas tangannya mencapai handbag,Kyle tersenyum.


“Kau baru sampai?” Regina mengerutkan kening.


***************************************************************

p/s: selamat membaca!please leave some comments,okey?EnjoY!

3 comments:

  1. adik...
    menumpah-seranan??
    ader ke??
    bkn menyumpah seranah ker??
    hhmmm...

    ReplyDelete
  2. wawawa.... best gler r....
    cepat sambung...next n3 please....
    x sabar nak tau cter dia...;p
    gambate...;p

    ReplyDelete
  3. suka je dgn citer ni :)
    dh jmpa blik dgn kyle!

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.