Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

11 July, 2010

Petal 4 : New Home

Petal 4 : New Home



Pantas kaki Regina melangkah sambil kepalanya memandang belakang.Lelaki itu masih mengekorinya.Walaupun kakinya sakit,digagahkan juga untuk melangkah takut lelaki itu juga ingin mencuri.Sudahlah lelaki itu baru saja menipunya dengan mengatakan dialah yang menjemputnya di basstop.Tapi Regina tahu,lelaki itu menipu


“Regina Haritz,umur 26 tahun.Lahir pada 19hb bulan September,berbintang Virgo.Diperintahkan untuk tinggal di satu kampung oleh bapanya,iaitu Encik Haritz.Salah satu usahawan berjaya yang kini sudah berkerja-sama dengan pihak antarabangsa,” langkah Regina mati.Mulutnya ternganga.


“Baru nak percaya?” soal Kyle,memerli.


“Siapa kau?” soal Regina pula sambil memandang Kyle yang berlalu dikirinya.


Kan aku dah cakap tadi,aku yang jemput kau,”


“Bukan itu maksud aku,dari mana kau tahu latar belakang bapa aku?” Kyle angkat bahu.


“I just know..sekarang kau nak ikut aku atau kau nak beg kau ni dibawa lari lagi?” kata Kyle seakan mengugut.Regina mengetap bibir.


“Aku anggap itu ya,ikut aku!” kata Kyle lalu berpaling dan meneruskan perjalanannya.


“Kejap!” Kyle berpaling.


“Kalau begitu kau ni mesti orang gajikan,jadi angkat beg aku ni,” arahnya selamba.Kyle mendengus sinis.


“Hidup mati kau,kau sendiri yang tanggung.Di sini tiada orang gaji,” jawab Kyle.Regina mengetap bibir,geram.Kyle sudah menyambung langkahnya.


“Tunggu aku!” jerit Regina lalu mengheret begnya mengejar Kyle.


*****


“Kyle!!” Puan Kastina seakan terkejut sebaik saja Kyle melangkah masuk dengan seorang gadis.Sudah lama dia

menunggu Kyle.Kalau Kyle tidak juga muncul-muncul,memang dia akan mencari mereka.Regina yang berdiri di

sisi Kyle dipandang.Wajahnya mirip Halle,sangat mirip!


Mission accomplish!” kata Kyle terus masuk ke biliknya.Regina yang baru mahu memanggil dimatikan niatnya.Wanita separuh abad itu dipandang.Rumah itu bukan kelihatan seperti rumah,ia lebih kelihatan seperti kedai bunga.Di tepi kanan dan kiri berbaris dengan pelbagai warna dan jenis bunga.


“Duduk sini,” kata Puan Kastina sambil melabuhkan punggung di kerusi,kerusi disebelah lagi ditepuk-tepuk.Regina menghampiri dan duduk.


“Mejina kenal saya siapa?” soal Puan Kastina.


“Jangan panggil saya Mejina,panggil Regina,” jawab Regina.


“Saya yang akan tentukan siapa saya nak panggil.Di sini sayalah peraturan,sayalah undang-undang,” kata Puan

Kastina.Tersentak Regina.Tiba-tiba pula dia berasa gerun dengan wanita dihadapannya.Wanita itu kelihatan

masih muda walaupun umurnya sudah seperti 40an.


“Saya adalah makcik Jina,kakak kepada ibu Jina,” terang Puan Kastina.


“Kakak?kenapa saya tak pernah tahu?”


“Sebab baru sekarang bapa kau munculkan diri,dia tidak pernah benarkan saya untuk berjumpa dengan ibu Jina sampailah ibu Jina meningal,” kata Puan Kastina,rasa marah masih ada dalam dirinya,dia menerima Regina di

sana pun hanya disebabkan Halle,adiknya yang telah tiada.Dia dapat tahu adiknya itu meninggal dunia setahun selepas melahirkan Mejina,itu pun dia tahu apabila Encik Haritz mengupah orang untuk memberitakan khabar buruk itu padanya selepas 3 tahun adiknya meninggal.


“Kenapa papa nak buat begitu pula?” Puan kastina bangkit,soalan Regina tidak dipedulikan.Regina mendongak.Dia ikut bangkit.


“Jina tanyalah papa Jina sendiri kenapa dia bersikap begitu,” dingin saja sikap Puan Kastina.Regina diam..dia pasti bapanya itu orang yang masih berhati perut.Papa tentu ada sebab kenapa dia buat begitu.


"Oya..em..aunty ada anak?” rasa kekok pula memanggil wanita dihadapannya aunty.Selama ini dia tidak pernah tahu dia ada saudara selain orang gaji dan duit.


“Takda,kenapa?” jawab Puan Kastina jujur.Memang betul dia tidak bersuami.


“Jadi lelaki nama Kyle tu siapa?kenapa dia panggil aunty nenek” tanya Regina ingin tahu.


“Buat masa sekarang,Jina tak perlu tanya tahu apa-apa,” katanya sambil bangkit.Regina mendongak.


“Sini,saya tunjukkan Jina bilik Jina,” Puan Kastina mengorak langkah menuju ke basement.Regina terus mendapatkan bagasinya dan membuntuti wanita yang kini baru saja menjadi auntynya dalam masa tidak sampai sejam.

Mata Regina meliar sebaik saja menuruni tangga untuk ke basement.Bawah tanah?


“Emm…disini bilik saya?” soal Regina.Puan Kastina memalingkan kepala.


“Sebenarnya ada dua pilihan,di bumbung atau pun bilik bawah tanah.Jina pilih sendiri,” glup!atas bumbung?bilik bawah tanah?mana yang lebih selamat?dua-dua ada bahaya sendiri.


“Sinilah,” teragak-agak Regina menjawab.Dalam hati dia meronta meminta tolong,minta dikeluarkan dari tempat itu.Segugus kunci dikeluarkan,kunci bersaiz kecil dan berwarna kuning itu di asingkan dan membuka kunci mangga.


“Masuklah..pandai-pandai kemas sendiri.Lampu dan kipas masih okey lagi.Cuma mungkin banyak..tikus,”


“Harh??” Regina terjerit kecil.Tikus???Seumur hidup aku,aku belum pernah nampak tikus secara live,janganlah..aku jijik!!Papa!!!


“Kenapa?Takut?jangan risau sini ada banyak racun tikus,” kata Puan Kastina lagi,seakan sengaja ingin menyakat Regina.Kepala lutut Regina sudah mengeletar.Sebelum meninggalkan Regina di ‘medan perang’ seorang diri,dia sempat menepuk bahu Regina.


Tulang bahunya seakan ingin tercabut dari join,terasa seperti dia sedang mengangkat gajah.Beratnya..tolong,sesiapa…Prince?anybody…help me!


“Nek,macam mana?” panggil Kyle sebaik Puan Kastina muncul dari basement.


“Nenek rasa bersalahlah..ini macam dah keterlaluan,” rasa kasihan pula dengan Regina.


“Nek,biar dia rasa…macam nilah hidup orang miskin.Ini dah cukup okey,kalau kita bagi dia tinggal atas bumbung lagilah keterlaluan,” jawab Kyle.


“Kyle..dia darah daging nenek,sebahagian dari Kyle juga.Tak baik kita buat begini,” barulah Puan Kastina berubah fikiran.Dia terus kembali ke basement.


“Suka hati neneklah…yang penting,aku takkan biarkan dia hidup senang disini!” kata Kyle dan terus masuk ke biliknya.


“Jina?” Regina yang sedang duduk atas bagasinya segera mendongak.Aunty datang nak ‘selamatkan’ saya kah?


“Sini,aunty ada bilik yang lebih bagus untuk Jina,” Regina tersenyum.Dia terus berdiri dan keluar dari bilik itu.Dia membuntuti Puan Kastina naik.Pintu bilik disebelah Kyle dihampiri.Huh?Di sebelah lelaki ni aja?


“Ini bilik mama Jina,saya tak pernah masuk sejak dia tinggalkan rumah ni.Mungkin banyak habuk,pandai-pandailah Jina kemas sendiri,” kata Puan Kastina.Kunci silver diserahkan ditangan Regina.Kunci itu dipandang.Bilik mama?Regina tersenyum.Akhirnya..dia berpeluang melihat barang-barang milik ibunya seperti

budak-budak lain.


“Aunty..terima kasih,” tubuh gebu dihadapannya terus didakap.Puan Kastina agak tersentak dengan perbuatan Regina tapi seketika kemudian dia membalas pelukan itu.Terasa Halle kembali di pangkuannya.


“Dah..masuklah.Jina rehat…nanti saya sediakan makan untuk kita,”


“Kita?” Regina bertanya pelik.Puan Kastina mengerut kening.


“Eya,kita.Kenapa?” Regina pantas menggeleng.


“Masuklah,” Regina mengangguk dan terus masuk ke dalam.bagasi ditingglkan di kaki pintu.Matanya meliar di seluruh empat penjuru itu.Suis lampu disebelah pintu dihidupkan.Baru jelas pemandangannya.


Kemas walaupun berhabuk.Katil single berada di sebelah jendela,dan meja belajar ada di sebelah katil.Meja komputer ada di sebelah kiri pintu.Almari kain pula ada di sebelah meja komputer.


Barang-barang atas meja belajar menarik perhatiannya,burung yang seperti diukir dari kayu terhias di atas meja,pelbagai jenis ukiran yang ada di meja itu.Mamakah yang buat semua ni?Emm..bolehkah aku jadi macam mama?Mama?kenapa sekarang baru Jina rasa yang sebenarnya Jina takda mama?kenapa sekarang?mama tingglkan Jina terlalu awal,mama tak biarkan Jina kenal mama dulu…kenapa mama pergi awal sangat?Kenapa biarkan Jina hidup kalau mama memang nak tingglkan Jina?kenapa tak bawa Jina sekali?


Dari sebelah,Kyle boleh dengar esakkan seseorang.Dia mengeluh kecil.Masuk juga dia di bilik tu..

Buku di tangan ditutup lalu diletakkan atas meja lampu.Selimut ditarik paras pinggang.Bersedia untuk melelapkan mata.Namun tidurnya terganggu apabila esakan di bilik sebelah semakin menjadi-jadi.Bantal di bawah kepala ditarik lalu menekup kepalanya.Tiba-tiba dia bangun,mungkin sudah tidak tahan dengan bunyi bising itu,dia keluar dari bilik dan bilik Regina segera diketuk berkali-kali lagak seperti orang yang ingin bergaduh saja.


“Buka aja..” teresak-esak Regina menjawab.Tombol pintu dipulas kuat,pintu terkuak.Kelihatan Regina sedang duduk atas katil sambil memegang betisnya.Mulutnya membentuk n,matanya masih menitiskan air mata.


“Boleh tak jangan bising?orang nak tidur!” kata Kyle.


“Sakit…darah..kaki…” rengeknya.


Kening Kyle bertembung. “Huh?” kaki Regina dipandang.


“Itu pun nak menangis..carilah first-aid,ingat kalau kau menangis luka tu akan sembuh?” Regina memuncungkan mulutnya.


“Macam mana nak cari,aku baru ja sampai sini..aku tak tahu tempat ni,”


“Biasakan diri!” jawab Kyle lantas beredar.Regina mendengus kasar.Bibirnya terkumat-kamit mengajuk

kata-kata Kyle tadi.Kenapalah aku ada sepupu macam dia?Lagipun aku lebih tua dari dia,dia kenalah hormat aku!


Tiba-tiba Kyle kembali lagi dengan membawa sekotak putih bersamanya.Terkulat-kulat Regina memandang Kyle masuk.Kotak putih ditangannya dilempar atas katil.


“Macam yang aku cakap,hidup mati kau,kau sendiri yang tanggug.Pandai-pandailah kau sapu sendiri luka kau!” kata Kyle dan terus keluar.Pintu tidak lagi ditutup.Regina mendengus lagi.Memang hidup mati aku,aku yang tanggung..tak perlulah balik-balik cakap.Aku ada telinga!


**********************************************************************

Ps: enjoy reading!

3 comments:

  1. haha ;)
    tegasnye yong hwa dlm ni :)
    xD

    ReplyDelete
  2. cite ni lbih kurang drma korea my fair lady kn...cuma dlm cite neh heroin kna blik kg...
    tp cite ni ttap bes...
    chaiyok2..^_^

    ReplyDelete
  3. sampai ati kyle...
    cian kat jina..
    wlwpn dia perangai camtu kan...
    huhuhu...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.