Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

25 July, 2010

Petal 5 : Di sini segalanya bermula…


Petal 5 : Di sini segalanya bermula…


5.43 am.Puan Kastina mengetuk pintu bilik Regina. Tapi tiada tanda-tanda yang pintu akan dibuka. Puan Katina mengetuk sekali lagi. Sama seperti tadi, tapi kali ini dia terdengar dengkuran dari dalam. Puan Kastina sudah menahan sabar. Bukan marah kepada Regina tapi marah pada adik iparnya, iaitu Encik Haritz. Apa yang sudah bapa kau ajar selama ini Mejina?

Setelah lebih 15 minit berdiri dan mengetuk pintu, Puan Kastina mengambil keputusan untuk pergi ke dapur dan kembali dengan sebuah beldi berisi air. Tombol pitnu di pulas dan melangkah masuk. Kyle yang sudah mahu keluar dari kedai itu berhenti di kaki pintu.

Langkahnya mati sebaik melihat Regina seperti berenang di atas katil dengan gaya bebas. Kaki tersangkut di meja solek, mana kala kedua-dua tangannya lurus di atas kepala. Puan Kastina mengelengkan kepala. Apa nak jadi dengan budak seorang ni? Setahu saya, dia sudah berumur 26 tahun..kenapa perangai tak tumpah seperti orang yang bergelimpangan di kawasan-kawasan gelap?

Puan Kastina mendekati katil, lalu menolak-nolak lengan Regina. Dia masih memberi peluang pada Regina walaupun itu sudah terlebih masa bagi Regina untuk tidur. Regina hanya bergoyang sedikit.

“Mejina, bangun!”

“Mejina!” kali ini berserta dengan pukulan kecil di lengannya.

“Hem! Kacaulah!” jerit Regina sambil mengubas posisi mengiring, kaki yang tersangut di atas meja solek ditarik sehingga menjadi posisi berlari.

“Budak ni,” Puan Kastina sudah mencekak pinggang.

“Mejina, bangun! Sebelum saya guna cara kasar,” katanya dengan suara yang sedikit tinggi.

“Diamlah!Orang nak tidur, sekali lagi kamu bangunkan aku pecat kamu semua!”

Buzzz!!!

Regina pantas terbangun sambil terbatuk-batuk. Habis katil dan tubuhnya basah kuyup. Puan Kastina meletakkan beldi putih itu ke atas lantai lalu mencekak pinggang. Regina memandang wanita itu dengan wajah terkejut, terpana dan tergamam. Dia memandang pula sekitar katil itu. Habis basah, katilnya terasa lembap dek air yang terkumpul. Air yang membasahi lantai pula sampai ke pintu.

“Nenek?” Regina betul-betul blank. Dia seperti orang yang baru saja hilang ingatan. Dia tidak tahu apa yang baru saja berlaku. Adakah nenek sengaja menyiram aku dengan air atau air turun dari siling?

“Kau dah bangun?” tanya Puan Kastina selamba tanpa rasa bersalah sedikit pun. Mulut Regina membulat. Tiba-tiba gelak-tawa seseorang dari arah pintu menarik perhatian Regina.

“Kyle lekas pergi sekolah, nanti lambat!” arah Puan Kastina. Kyle hanya mengangguk tapi senyuman mengejek di bibir belum hilang.

“Ah! Kalau mandi pagi-pagi, memang segar,kan?” Kyle kembali ke posisi setelah dua langkah ke depan dengan niat mengejek Regina. Regina menjegilkan mata. Kyle terus beredar. Baru kau tahu, sini bukan macam si istana kau tu!

“Kalau kau dah bangun, pergi mandi dan keringkan katil serta bilik ini,” beldi di capai dan terus beredar setelah selesai memberi pesanan. Regina seperti orang bodoh berdiri di atas katil itu, katil dan lantai ditenung. Regina meraup mukanya. Terasa matanya panas, air yang menitis dari rambut mengalir bersama air matanya. Kenapa diorang jahat sangat dengan aku? Tak boleh kah kejutkan baik-baik?

Puan Kastina menjenguk di halaman belakang rumah, kelihatan Regina begitu kekok menyidai selimut dan sarung bantal di ampaian. Mejina, kau perlu tahu di sini tiada namanya orang gaji, butler atau pengawal peribadi yang sentiasa mengikut kamu ke hulu ke hilir, yang menyiapkan semua kerja-kerja rumah. Sebaik kau melangkah ke rumah ini, kau bukan lagi Regina, kamu adalah Mejina. Itu yang bapa kamu sendiri mahukan.

“Nek buat apa tu?” Terangkat bahu Puan Kastina dek sapaan Kyle dari belakang. Puan Katina berpaling.

“Mejina, kekok benar dia menyidai,” Puan Kastina kembali ke posisinya tadi. Kyle turut ikut menjenguk ke luar.

“Bagus sangatlah tu..dia ingat dia tu masih Lady Castle?”

“Hem..begitulah didikan yang Haritz bagi pada dia. Dia masih ada untuk ubah semua tu. Kalau tak, kasihan la Haritz,” keluh Puan Kastina, matanya masih melekat pada tubuh molek milik Regina.

“Nek, Kyle laparlah..ada makanan tak?” soal Kyle pula sambil mengusap perutnya. Puan Katina berdiri tegak dihadapan Kyle.

Ada tu memang ada, Kyle cari aja dalam almari,” jawab Puan Kastina. Kyle terus melangkah ke dapur, beg sandang diletakkan atas kerusi.

Regina mengurut-ngurut belakangnya, peluh di dahi dikesat. Dia seperti orang yang kehabisan nafas, tercungap-cungap. Almaklumlah, itu adalah kali pertama dia mencuci kain apatah lagi selumut dan sarung bantal dengan menggunakan kedua-dua tangannya. Semua ni salah papa! Kalau papa tak berkeras, tentu sekarang aku ada dalam tub mandi.

Setelah selimut yang disidai itu seimbang di atas ampaian, dia terus membelek jari-jarinya.

“Papa!!” Kyle dan Puan Kastina yang duduk di ruang makan serentak tersentak. Mereka saling berpandangan sebelum bergegas keluar ke halaman belakang untuk mendapatkan Regina.

“Kenapa? Ada apa?” Puan kastian bersuara cemas, sambil memegang lengan Regina. Kyle pula memandang Regina dengan mata berkerut. Regina di hadapan sudah menitiskan air mata.

“Ku..kuku..” hampir tidak kedengaran suaranya, tapi mereka tetap faham kerana Regina menyuakan kedua-dua tangannya. Puan Kastian segera melepaskan lengan Regina. Kyle pula mendengus kasar. Dia tidak lagi bertanya, dia terus masuk ke dalam semula.

“Nenek..kuku saya patah..” rengek Regina. Puan Kastina menggeleng-gelengkan kepala. Apa mahu jadi dengan budak satu ni?

“Sudahlah Regina, benda tu tak penting pun. Kalau dah siap, masuk. Kita makan,” selesai berbicara, Puan Kastina pun meninggalkan Regina dalam keadaan yang terpinga-pinga.

*****

“Ini adalah peraturan untuk kamu selama kamu tinggal di sini. Oleh kerana saya tidak mengenakan apa-apa bayaran jadi kamu perlu patuhi semua peraturan ini,” kata Puan Kastina sambil menyorong kertas putih kea rah Regina.

“Huh? Peraturan? Kenapa perlu ada peraturan?” soal Regina.

“Seperti yang saya cakap semalam. Saya adalah peraturan, dan saya juga adalah undang-undang. Jadi setiap apa yang keluar dari mulut saya adalah perintah, faham?” Regina mengerutkan kening sambil menggeleng.

“Saya tak faham. Kenapa mesti ada peraturan, dan kenapa saya mesti ikut peraturan tu. Saya bukan selama-lamanya berada di sini,” kata Regina, cuba mempertahankan egonya. Rasa tercabar pula apabila ada orang lain yang cuba menguasainya sedangakan selama ini dia adalah pemerintah.

“Oh..jadi Mejina tak nak ikut peraturan ni?” soal Puan Kastina. Kyle yang berada di kaunter seseskali memandang ke ruang makan.

“Tak!” Regina berkeras.

“Baik. Kemas barang Jina dan keluar dari rumah ni,” lurus. Tiada ayat-ayat kiasan pun untuk menghalau Regina. Makin berkerut wajah Regina.

“Okey,saya keluar. Ingat saya nak sangat tinggal di rumah buruk ni? Jangan nak perasaan, saya lebih layak tinggal di rumah orang gaji saya berbanding rumah ni,” wajah Regina sudah kemerah-merahan. Puan Kastina masih bersahaja di hadapannya.

“Ya, silakan keluar dari rumah buruk ini,” balas Puan Kastina pula. Regina mendengus, lantas berlalu ke bilik dan mengemas semua barang-barangnya masuk ke dalam bagasi. Beberapa minit kemudian, dia keluar sambil mengheret bagasi. Dia berhenti dan memandang kearah Puan Kastina. Nenek ni betulkah nak halau saya? Tak kisahlah..yang penting aku dah tak tahan di sini. Ini dah macam neraka bagi saya.

Regina terus menyambung langkah, semasa berlalu di hadapan kaunter, Kyle langsung tidak memandang Regina. Dia menganggap Regina dalah pelanggan yang hanya datang menyinggah . Regina pula sempat memandang wajah Kyle yang dingin.

Sejurus melangkah keluar dari kedai itu, tiab-tiba bahunya terlanggar seseorang, Regina tidak memandang pun orang itu, dia terus menyambung langkahnya.

“Soo…” Nick yang baru saja ingin meminta maaf mematikan niatnya memandangkan perempuan itu sudah jauh darinya. Dia sekadar mengangkat bahu kemudian masuk ke dalam kedai di hadapannya.

“Hoi!” sapa Nick sambil menepuk meja. Kyle yang sedang membaca sedikit pun tidak tersentak dengan kejutan Nick.

“Kau lagi,” dengus Kyle. Buku ditangan ditutup.

“Wei, siapa perempuan yang baru keluar dari kedai ni, nampak macam dia bukan pelanggan sebab dia bawa bagasi,” Nick seolah-olah ingin tahu siapa gadis tersebut, kerana semasa berselisih bahu tadi, diasempat melihat basahan dari wajah putih gadis itu.

“Entah, tak tahu. Pelanggan lah kali,” Kyle menjawab acuh tidak acuh.

“Oh..tapi aku nampak dia macam menangis,”

“Menangis?” nada Kyle seakan terkejut, tapi dia segera menyembunyikan riak wajahnya. Nick mengganguk.

“Lupakan ajalah..mungkin orang salah masuk kedai tak,”

“Ah’ah..mungkinlah tu,”

“Wei, hari ini boleh kita lawan lagi? Siapa kalah belanja esok,”

“Okey..sediakan duit belanja banyak-banyak seperti yang kau selalu buat,” nada Kyle seperti menyindir. Nick menyuakan lengannya yang berotot.

“Aku takkan kalah lagi!” tap! tap! otot yang seperti gunung di atas lengannya itu ditepuk. Kyle tersengih mengejek.

“Bodoh!” kepala Nick diketuk dengan buku di tangan.

“Dahlah..tak berbaloi semua tu. Aku tetap akan menag. Lebih baik kau balik rumah dan fikir strategi macam mana nak kalahkan aku,” Kyle seakan memberi petua. Nick diam seketika, Berfikir. Otaknya memproses setiap bait kata yang Kyle tuturkan tadi.

“Ya, kan? Mungkin lebih berbaloi kalau aku fikir strategi macam mana nak kalahkan kau,” kata Nick, seakan bersetuju dengan cadangan Kyle.

“Ya..kau baliklah,”

“Okey…esok, Crystal akan ikut aku!”

“I hope so..dahlah, pergi balik!” katanya sambil menolak bahu Nick. Nick terus keluar dengan otak yang masih giat berpusing. Kyle sekadar menggelengkan kepala. Kawanya itu selalu saja masuk dalam perangkapnya, mungkin sudah sebati dengan diri Nick mendengar cakap Kyle kerana selama ini berguru pada Kyle cara-cara untuk memikat perempuan. Kyle tidak memiliki apa-apa keistimewaan, dia tidak pandai berkata-kata atau mengayat mana-mana gadis. Tapi oleh kerana seorang gadis yang terkenal dan mempunyai peminat tidak kira perempuan atau lelaki sangat rapat dengan Kyle, Nick pun tanpa berfikir panjang lagi terus berguru dengan Kyle memandangkan dia adalah salah seorang peminat pada gadis itu, iaitu Crystal. Nama yang cantik , ecantik wajahnya.

****************************************************

ps: sorry lmbt update..sibuk la akhir2 ni..nway, enjoy White Rose Petal 5, jangan lupa bg feedback!

5 comments:

  1. hadoi..kan da kata..org kaya masuk kampung..mane nk tahan..huhuhu.. fighting regina....

    ReplyDelete
  2. cian rejina...
    xpe...
    tu pengajaran tuh..

    okie ader byk salah taip la...
    "nick seolah-olah ingin tahu pasalah gadis tersebut, kerasa semasa berselisih bahu tadi, dii..."

    huhuhu..

    ReplyDelete
  3. sorry..byk sgt kesalahan ejan..apa2 pn saya dah edit balik..tq Nursya ^.^

    ReplyDelete
  4. adoi,kpala gue pusing dey sis okie...gue bingung..puan kastina tu kan kakak mak c jina n so y leh jina pnggil bliau nenek??slah type,erh?
    p/s,kyle tu bdak skolah ke?

    ReplyDelete
  5. sorry...ya, pn.kastina tu kakak pd ibu Jina. Spatutny Jina plu panggil dia aunty...thanks yu. Nanti sy edit balik.
    Ya, Kyle budak sekolah. 19 tahun

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.