Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 July, 2010

Special Spell 1 : My Goddess


Special Spell 1 : My Goddess


Prang!

“Aku taknak baju ni!Cepat panggilkan Moon!” kedengaran bunyi hanger dan meja besi itu bertembung.Semua krew-krew,make-up artis dan para model perempuan yang lain itu memandang kearah Vanessa yang sedang duduk dengan berpakaian bathrobe.Pembantunya sudah tertunduk-tunduk meminta maaf.


“Apalagi?Pergilah panggil Moon!” arahnya lagi lantang.Gadis itu segera bergerak menurut perintah.Semua penghuni bilik persalinan itu sudah memandang Vanessa dengan pandangan menyampah.


“Hah,mengumpat!Umpatlah..aku tak kisah.Kamu tu setakat krew,aku ni orang penting!” katanya tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling.


“Kalau krew takda,runaway ni takkan berjalan lancar tau,” tiba-tiba ada orang menyampuk.Siapa lagi yang berani menyampuk kalau bukan Moon.Vanessa berbunga dalam hati,tapi dia tetap menunjukkan mukanya yang menjengkelkan.Moon menghampiri Vanessa.Terasa aman sikit bila Moon ada,kalau Moon ada,Vanessa akan iyakan semuanya sebab hanya Moon yang memahami cita rasa dia.


“Apa masalah ni Vanessa..sampai ke bilik sebelah aku dengar suara kau.Kau bukan saja ganggu aku tau,kau ganggu semua orang!” marah Moon.Vanessa mencebik.

“Bisinglah kau ni.Cepat pilihkan aku baju!” Moon mengeluh.Susah sangat nak layan perempuan sihir ni.Sekarang baru aku faham macam mana rasanya melayan Witch.What goes around,comes around!


Baju yang dilempar Vanessa tadi dihampiri dan dipungut.Dia kembali semula ke tempat Vanessa.


“Kau pakai saja baju ni,kau tahu tak baju ni hasil titik peluh sesorang.Kau takda hak nak campak baju-baju ni begitu saja,” Moon mengingatkan Vanessa,dia memang faham perasaan pereka itu sebab dia pun seorang pereka fesyen juga.


“Jangan nak membebel boleh tak?Aku taknak pakai baju ni!” Vanessa menolak tangan Moon.Moon mengeluh.

“Kerja model bukan mencantikkan mukanya,tapi menyempurnakan sesuatu pakaian.Kau sebagai model pelengkap kepada pakaian ini,bukan pakain ini yang menyempurnakan kau.Kau faham tak?” Vanessa diam.

“Kau jadi model semata-mata nak cantik?kalau betul macam tu,kau bukan model.kau ni boleh dipanggil pelanggan.Sebab kau nak kelihatan cantik,” Vanessa lantas berdiri,rasa tercabar dengan kata-kata Moon.Moon sedikit pun tidak berganjak.Para model dan semua penghuni bilik persalinan itu sekadar memandang mereka.

“Kau!”


“Apa?kau nak cakap aku salah?Vanessa,cuba kau pandang sekeliling kau,krew-krew,make-up artis,models…tanpa diorang fashion show ini takkan berjalan tahu tak,belajar menghargai diorang.Banyak orang cakap kau seorang model yang professional,tapi aku berani cakap kau tak tahu apa-apa pasal modeling.Seorang model boleh pakai apa-apa saja,walaupun pakaian itu sudah koyak-rabak,lusuh tapi bila sesorang model itu memakainya,ia akan nampak sempurna.Apa yang orang nampak itu bukan koyak-rabak,tapi satu fesyen.Faham tak?” riak Vanessa sudah mula berubah.Dia menunduk,terasa di betul-betul kecil dihadapan para model yang lain.Betul cakap Moon,aku jadi model sebab aku nak sentiasa nampak cantik,tapi aku lupa sesuatu..kerja model adalah untuk menyempurnakan sesuatu pakaian.Vanessa memandang Moon dengan mata membara.Dress koleksi De’Moon Star,rekaan Soleen salah seorang pekerja di bawah company Moon disambar dari tangan Moon.


“Aku pakai,puas hati!” kata Vanessa.Walaupun dia cukup tersentuh dengan kata-kata Moon tadi,dia tetap berkeras hati.Moon tersenyum.Mission accomplish!

“Dianz!” Moon memanggil pembantu Vanessa yang sedang berdiri di kaki pintu.Takut sangat dengan Vanessa.Dianz berlari anak menghampiri Vanessa.


“Nah!” Dress itu diserahkan kepada Dianz.

“Sambung kerja guys!” laung Moon sambil mengangkat tangan ke atas.Dalam hati,mereka betul-betul rasa bertuah berkerja di bawah Moon.Hanya dia yang boleh menundukkan Vanessa yang keras hati mengalahkan bata itu.Moon pun berjalan keluar tapi sampai di kaki pintu,dia berhenti sambil berpaut pada tombol pintu.Kepalanya tiba-tiba terasa berat,penglihatannya mula kabur.Banyak mata yang memandang Moon.Moon bertahan,dia tidak boleh jatuh di situ.Hari ini adalah hari penting buatnya,hari ini adalah hari pembukaan dan Fashion Show bagi koleksi-koleksinya yang pertama.Bukan sekarang!

Makin banyak yang menghampiri Moon.Suara Vanessa bertanya hampir tidak kedengaran ditelinganya.Matanya terasa makin berat dan akhirnya seluruh dunianya menjadi gelap.Moon rebah dipangkuan Vanessa.


*****


“Tahniah,Encik..isteri anda mengandung 7 minggu,” terbeliak mata Vince mendengar ucapan Doktor itu.Isteri?mengandung?Doktor itu menghulur salam.Lama baru salam itu bersambut.


“Anda tak patut biarkan isteri anda penat dan letih..ia mungkin mempengaruhi kandungan isteri anda.Anda tidak tahu isteri anda mengandung?” soal doctor itu pula.Vince menggaru kepalanya.Macam mana kau nak tahu,aku bukan suami dia..


“Minta maaf doctor,tapi saya bukan suami dia.Saya abang sepupunya.Boleh saya masuk ke dalam?” akui Vince.

“Ah?maaf..anda kelihatan seperti suaminya.Boleh..silakan,” kata doctor itu.Vince pun masuk.Kelihatan Moon sedang berbaring diatas katil dengan wajah lesu.Katil Moon didekati lantas melabuhkan punggung dikerusi yang tersedia disebelah katil Moon.


Moon terganggu apabil terdengar bunyi kerusi ditarik.Dia tersenyum memandang Vince.

“Hei..aku ganggu kau kah?” Moon menggeleng.

“Macam kau tak tahu yang kau mengandung?” soal Vince.

“Maaf..aku terlalu sibuk dengan fashion show dan perasmian.Sampai kesihatan aku pun terabai,” Vince mengeluh.Moon memang terkenal dengan sikap workaholic-nya itu,ditambah lagi dia sudah syarikat Mathias Fashion House sudah ada cawangan baru dan CEO-nya adalah Moon,makin gila kerjalah dia.

“Bukan dengan aku yang kau patut minta maaf,tapi dengan suami kau,Zero.Oya..dia di mana?Baru aja kahwin dua bulan dah hilang,” Moon tersenyum.

“Taklah..dia sibuk.Aku ada call dia kemarin..lusa dia pulanglah,”

“Apalah dia tu,belum Honeymoon dengan isteri dan honeymoon dengan kerja,” Vince pula yang merungut,sedang si isteri diam saja.

“Dia tahukah kau mengandung?” soal Vince lagi.Moon menggeleng.

“Biar aku bagitahu dia,”

“No!No!No!..biar aku.Nanti aku bagi tau dia,” pantas Moon menghalang Vince.Berita baik ini biarlah aku orang pertama yang memberitahunya.

“Oya..macam mana dengan Fashion Show tu?” tiba-tiba Moon teringat majlis itu.

“Tak perlu risau..semua sudah diuruskan oleh Kiran.Kerja kau tinggal rehat saja.Ada faham?” Moon menghembus nafas lega.Kemudian dia mengangguk.


link

************************************************************

special spell untuk peminat Moon dan Zero aka My Witch Is Angel

enjoy,..actually..saya byk berfikir samada mau publish n3 ini/tidak. tapi biarlah..ini khas utk yang setia menyokong saya sehingga sekarang...enjoy!


salam sayang, Okie aka Witch

7 comments:

  1. wahhh ade special n3......
    trubat jap rindu pada moon ngn zero..huhuhu..tq writer..syg kamu..ngeee

    ReplyDelete
  2. wahhhhhhhhhhh bestnya. ndak sabar nak baca n3 seterusnya, sya peminat moon nie biarpn x aktif g komen heheh thank writer kali nie wat terusler kasi panjang ckit heheh

    ReplyDelete
  3. to apple_pie:

    sayang kamu juga apple_pie. Semoga terhibur!

    to dontbelong2u:
    mgkn MWIG ni pendek saja, mmndgkan ia hnyala special n3..hehe..walauapapun, semoga terhibur!

    ReplyDelete
  4. bestnya.. trubat gak hati dgr psl moon.. jgn la bz sgt nti kcian kt ana yg bkl lahir 2... heheh

    ReplyDelete
  5. uih...dr dulu sampai skrg best

    ReplyDelete
  6. hai mcm maner ari tu blh xperasan n3 baru nieh...
    ish ish ish...

    ReplyDelete
  7. moon!!!
    zero!!!
    sukaAAAAAAAAAAAAAAA sgt dgn SoEulMates ;)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.