Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 July, 2010

Special Spell 2 : Missing you


:

Special Spell 2 : Missing you


Hari ini adalah hari kepulangan Zero,hari yang ditunggu-tunggu Moon.Moon pula terpaksa mengambil cuti seminggu atas desakan Vince.Vince mahu Moon betul-betul dapat tenaga untuk berkerja lagi sambil itu boleh dia luangkan masa dengan Zero.


Moon memandang handphone yang ada di atas meja.Sudah 5 jam selepas dia berbual dengan Zero,katanya dia akan telefon lagi lepas sejam.Tapi tiada sebarang panggilan ataupun SMS sejak itu.


Jam dinding menunjukkan pukul 10:25pm.Sepatutnya sudah dua jam Zero sampai,tapi sampai sekarang masih tidak kelihatan batang hidungnya.Moon agak kecewa,apa Zero sudah melupakan dia?Ah..tak mungkin cinta Zero padanya senipis itu.


Tunggu punya tunggu,Moon tertidur diatas sofa dengan handphone ditangan.Penat menunggu panggilan sekaligus kepulangan Zero.


Sebuah kereta Proton Perdana berhenti di perkarangan banglo Moon.Kot yang tersangkut di tempat duduk penumpang disebelahnya dicapai bersama briefcasenya.Engin dimatikan dan teruk keluar dari kereta.Bangol yang sudah ditinggalkan hampir dua bulan itu pandang.Moon,I’m home!


Pintu utama dibuka dengan kunci pendua.Sebelum melangkah masuk,dia sempat mengerling jamtangannya.11:30..hm..harap-harap Moon belum tidur.Dia melangkah masuk.Pintu ditutup dan terus dikunci.Sesampai dia diruang tamu,kelihatan sekujur tubuh dengan berbaring atas sofa.Moon betul-betul lena.Briefcase dan kot diletakkan atas sofa hadapan Moon.Moon dihampiri.


“Moon..i miss you,so much!” dahi Moon dikucup mesra.Rambut yang menutupi wajah Moon disisipkan ke telinga.Alis Moon ditenung,matanya jatuh pula pada hidung mancung Moon dan beralih pada bibir pink itu.Rindunya pada Moon sudah tidak tertanggung lagi,sepanjang dia out-station..banyak kerja yang hampir-hampir rosak hanya disebabkan rindukan Moon,tapi oleh sebab Moon sentiasa menghantar SMS kepadanya,dia sempat dan mampu memulihkan kerja itu semula.


Tubuh Moon diangkat penuh hati-hati,tidak mahu menganggu tidur isterinya.Dia meletakan Moon diatas katil,selimut ditarik shingga paras dada.Sebelum menuju ke kamar mandi,dahi Moon sekali lagi dikucup.

Zero keluar dengan berpakaian bathrobe putih,rambutnya basah kuyup.Habis permaidani mereka basah dek titsan air dari rambutnya.Tanpa dia sedari,Moon terbangun dan sedang bersandar dikepala katil sambil memandang Zero.


“Sorry..did I awake you?” Zero terpandang Moon.Moon hanya mendiamkan diri.

“Tidurlah balik..” arah Zero sambil membuka pintu almari.

“I wait for you,for a day..” kedengaran kesal nada suara Moon.Baju tanpa koler ditarik.

“I’m sorry..aku tak sangka ada parti tadi.Sorry?” Zero seakan merayu.

“Tapi kau boleh call aku,kan? Kenapa biar aku tunggu?” kata Moon.Matanya terasa panas.Entah kenapa emosi menguasai dirinya.Zero mengeluh lantas menghampiri Moon.

“Sorry..handphone low bat…”

“Sorry..again?” kata Moon.Masih tidak puas hati dengan Zero.Zero terdiam.Dia sendiri penat,dia tiada tenaga pun mahu membalas kata-kata Moon.

“Dear,I’m tired..kita cakap besok,boleh?” Moon mengeluh.Terasa berat didadanya.Aku pun penat juga...

Zero kembali ke almari.Dia memakai pakaian selengkapnya.Moon masih cemburut macam tadi.Dia tidak puas hati,tapi dia sampan dalam-dalam.Nanti timbul pula masalah.

Tiba-tiba terasa pinggangnya dilingkari.Zero memaut tangan Moon dari depan.

“I miss you…” ujar Moon.Zero mendepani Moon,pelukan berganti.Zero tidak menjawab,melainkan mengucup uban Moon.Cukup dengan itu dia melafazkan betapa dia merindukan Moon.

“Esok ada masa tak?” soal Moon.

“Hmm..esok?Mungkin tak kot..sebab,esok aku ada presentation dengan NeE Group,” Moon menutur rapat matanya.Diakan baru balik..sudah semestinya dia boleh bercuti?Tangan Zero dipinggangnya dilarikan kasar.Zero tersentak.


“Why?”

“Kalau kau masih kerja,kenapa kau balik hari ini?kan bagus kau tak balik sampai kerja kau siap?!” bentak Moon.Selesai bercakap,dia terus beredar,laju agar Zero tidak boleh menghalangnya keluar dari bilik itu.

“Moon!” bam!Pintu sudah tertutup.Zero meraup mukanya.Aku ada cakap sesuatu yang salah kah?”

Semua bilik sudah diperiksa,termasuk bilik studi Moon tapi tiada bayang Moon kelihatan.Tiba-tiba dia teringat,hanya satu bilik lagi yang belum diperiksanya.Iaitu bilik di tingkat tiga,bilik itu tempat Moon mencari ilham untuk mereka baju-baju pengantin.Tangga pantas didaki.

Pintu bilik diketuk berkali-kali apabila Moon tidak menyahut.

“Moon,are you there?”

“Leave me alone!” laung Moon dari dalam.Zero menghembus lega,nasib baik Moon ada di dalam.

“Kenapa ni?aku ada buat salah?” lembut suara Zero.Dia mahu menarik perhatian Moon sebenarnya.

“Moon..jawablah.What is it?” pintu diketuk lagi.

“Kau tak salah apa-apa,Cuma aku tak puas hati dengan sikap kau..kau macam dah abaikan aku,kau dah tak perlukan aku lagi.Kau dah tak cintakan aku lagi!” kedengaran esakan dari dalam.Zero mengerutkan kening.Bila masa aku dah tak cintakan dia lagi ni?Tak faham betullah isteri aku ni…


“No Moon..aku masih macam dulu..aku masih cintakan kau.Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau.Aku perlukan kau lebih dari segala-galanya.Moon..tolong,buka pintu..aku dah nak tidur ni,kah kau nak aku tidur diluar ni sampai kau keluar?” kata Zero berbaur ugutan.Seketika kemudian,kedengaran kunci pintu berbunyi menandakan pintu sudah boleh dibuka.Sebaik tubuh Moon kelihatan,dia terus mendakap Moon.

“Kenapa ni?Tiba-tiba aja melenting,tadi baik aja..cakaplah,” lembut saja Zero menuturkan ayat.

“Okey..esok ada masa tak,meeting boleh cancel?” Zero ragu-ragu.

“I afraid,I can’t,”

“Then,let me go!”

“Wow,wow,wow…okey,okey..i’ll cancel it,” cepat Zero menjawab.

“You will?” Moon seakan meminta kepastian.

“Yes,my Queen,” barulah Moon tersenyum.Zero lega.

“Okey!” Moon melangkah menuju ke katil,Zero ditinggalkan di luar bilik.

“Moon,boleh kita balik ke bilik?”

“Kau pergilah..aku nak tidur sini,” Moon sudah naik ke katil.Selimut ditarik ke dada.Zero melangkah masuk.

“Kalau kau tidur sini,siapa kawan aku?”

“Tak boleh tidur satu orangkah?”

“Oh..come on Moon..aku dah taknak tidur sorang diri lagi.Jom balik,”

“No..aku nak tidur sini.Naiklah sini,” jawab Moon sambil menepuk tilam disebelahnya.Zero tersenyum lantas melompat ke katil.Dia memeluk Moon dari belakang.Jendela disebelah katil itu dibiarkan terbuka,membiarkan cahaya dari bulan mengembang memancar terus ke bilik itu.

“Moon?” panggil Zero.

“Hemm,”

“Good night,”

Moon tersenyum. “Night,”

“Moon?” panggilnya lagi.

“Apa?”

“I love you,” bisik Zero dicuping telinga Moon.Moon tersenyum lagi.

“Ya..love you too.Sekarang,boleh kita tidur?”

“Okey!” sebaik Zero menjawab,Moon memejamkan mata.Tapi tidak sampai seminit,Zero memanggil lagi.

“Apa lagi?”

“Kau datang bulan,eh?” pak!lengan Zero ditapis.

“Why?” Zero seakan tidak puas hati.

“Tidurlah..kata penat, esok baru kita cakap lagi.Okey?” kata Moon sambil bergerak menghadap Zero.Tidak semana-mana dahi Zero dikucup dengan gaya seorang anak mencium papanya.Zero tersenyum.Tubuh Moon dipeluk erat-erat.


link

2 comments:

  1. amboi2...
    loving giler seyh si moon ngn zero nie..
    sweet jer...

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.