Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

31 July, 2010

Special Spell 3 : The Angry Witch

Sp 3 : The Angry Witch


Moon mendengus. Jam di dinding dikerling lagi.Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi.Zero janji akan menjemput dia pada jam 8 pagi tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi.Moon mundar-mandir di hadapan television,beberapa minit selepas itu dia terus mencapai beg dan kunci kereta yang tergantung di dinding.Dia bergegas masuk ke dalam kereta lantas menghidupkan engine.Kereta menderu keluar dari perkarangan rumah banglo itu.


“Moon?!” Kiran terkejut dengan kedatangan Moon yang tiba-tiba,sedangan dia masih lagi bercuti.Kiran mengejar langakh Moon yang menuju ke pejabatnya.


“Kalau Zero call atau datang sini,cakap aku taknak jumpa!” keras nada Moon.

“Tapi kau kan cuti?kalau Vince..”

“Dia takkan tahu kalau kamu tak cakap.Tolong,aku nak bersendirian!” belum sempat Kiran membalas,pintu pejabat sudah ditutup dari dalam.Moon menarik tali blinds yang berwarna putih,pejabat yang tadinya kelihatan dek cermin dinding kini menjadi putih.Kiran mengeluh.Bala apa lagi ni?

Kiran menoleh ke belakang,tubuhnya kaku apabila banyak mata yang memandangnya.


“Buat kerja!” katanya sambil mengangkat tangan menuruh mereka meneruskan kerja.Kiran kembali ke tempat duduknya.Tiba-tiba handphonenya bernyanyi lagi Fire yang dipopularkan oleh 2NE1.Nama si pemanggil ditatap lama sebelum menyambut panggilan tersebut.

“Hello,Zero,”

“Moon ada sana tak?” Zero terus bertanya.Dah agak dah..nak cakap,tidak?nak cakap,tidak?Kiran terbahagi dua.

“Come on Kiran..aku tahu Moon ada sana,kan?”

“Kamu gaduhkah?”

“Aku takda masa nak bagi penjelasan..yang penting,Moon ada di sana?” Kiran berat hati.

“Kau tak kasihan aku,kan?aku baru balik semalam..belum pun sampai sehari aku jumpa dia..tolong?” Kiran belum sempat menjawab Zero sudah membalas dengan nada merayu.Salah dia juga,dia tak khabarkan Moon awal-awal yang dia akan lambat.

“Okey..ya,dia ada di sini tapi dia..” tut..tut.. talian terputus.

“Hello?Zero?” panggilnya.Zero sudah mematikan taliannya.Hem..thank youlah Zero..


Tidak sampai 15 minit Zero sudah pun menjejakkan kaki di studio itu.Wajahnya nampak resah.Besar sangatkah masalah diorang ni?Kah..Moon dapat tahu Zero curang??Kiran berteka-teki sendiri dalam hati.

“Zero,sekejap!Tak boleh masuk!” Kiran pantas menghalan apabila Zero berlalu di hadapan meja kerjanya.

“Why?aku mesti jumpa dia,kalau tak aku mati hari ni juga!” jawab Zero.

“Tapi dia cakap dia taknak…”

“Aku suami dia,I’m not just nobody,” pintas Zero.Kiran terdiam.Ada betulnya cakap Zero.Masalah diorang,dia tak boleh masuk campur.Kalau dah sendiri si suami datang memujuk,dia tak boleh buat apa-apa lagi.Akhirnya Kiran membenarkan Zero pergi ke pejabat Moon.Dari jauh banyak mata yang memandang Zero di hadapan pintu pejabat Moon.


Tombol pintu dipulas.Terkunci.


“Moon?” panggil Zero. Moon yang ada di dalam tersentak. Dalam hati dia menyumpah seranah Kiran kerana tidak menepati janji. Tapi Kiran sudah terbiasa dengan Moon, walauapapun yang terjadi Moon tidak akan berdendam lama, dan dia sudah bersedia mengambil risiko itu.

“Go away Zero..kalau kau cakap awal-awal yang kau memang tak dapat date dengan aku,tak perlulah aku tunggu macam orang gila!” bentak Moon dari dalam.Zero tiba-tiba diserang ketakutan.Dia tidak mahu Moon terus-terusan memarahinya.Sudahlah semalam begitu payah dia memujuk Moon.

“No..i’m sorry..memang aku batalkan meeting tu,but it’s take some time Moon.I’m sorry that I didn’t call you..” tiada balasan di dalam.


“Moon, janganlah macam ni. Kita bincang,ya? Bukan senang kita nak date, dulu pun kita jarang date. Moon, buka pintu ni,ya?” Zero merayu dari luar.Moon yang ada di dalam sudah dihimpit rasa bersalah. Penjelasan Zero tadi betul-betul membuka matanya yang dia sedang bersikap kebudak-budakan. Dia terlalu mementingkan keinginannya. Perlahan-lahan dia bangkit membukakan pintu.Dia menundukkan kepala dihadapan Zero,air mata sudah mula menakung.Entah kenapa selalu beremosi,terlalu sensitive walaupun ianya hanyalah perkara kecil.Mungkin juga tubuhnya yang sudah berbadan dua mempengaruhi emosinya.Zero mengangkat dagu Moon.

“Kenapa ni?” air mata Moon diseka.Moon terus memeluk pinggang Zero.

“Hey..Moon..aku minta maaf.Don’t cry,” Zero membalas pelukannya.Moon menggelengkan kepala.

“Tak..aku yang patut minta maaf..i’m being self-fish,I’m sorry…” pnta Moon.

“It’s okey..Moon pandang aku,” Zero mengangkat kepala Moon.Mata menatap mata.

“Aku tak patut suruh kau batalkan mesyuarat kamu tu,mesyuarat tu penting untuk syarikat IE..” Zero tersenyum.

“Actually,mesyuarat tu ditangguhkan,NeE Group yang tangguh.Ditunda ke minggu depan,”

“Jadi kenapa kau lambat?” Zero tersengih.

“Tayar pancit,” Moon ikut tergelak.Patutlah..

“Dah jom..aku dah tak sabar nak date dengan kau ni,” kata Zero bersemangat.Moon memaut tangan Zero.

“Jom!”


Sepanjang perjalanan mereka keluar dari studio itu,banyak pekerja yang bersiul-siul menyakat.

Zero dan Moon bagaikan pasangan yang baru saja mula bercinta, senyuman tidak lekang di bibir masing-masing. Selepas makan tengah hari si satu restaurant disalah satu shopping complex terbesar di Logenberry, mereka menuju pula kepanggung teater, di mana sekumpulan pelajar bidang lakonan membuat persembahan disitu. Itu tiada dalam rancangan Moon, dan semestinya itu adalah plan Zero. Apa yang bagus sangat pun Moon tidak tahu.


“Zero, bosanlah..kita keluar,” ajak Moon apabila mereka sudah sampai di climax persembahan. Zero menggeleng.


“Janganlah, tunggu kejap lagi,okey?” Moon mengalah. Dia membetulakn duduknya, perutnya diusap. Tak sabar rasanya memberitahu pasal kandungan itu kepada Zero.

“Moon, aku nak pergi tandas kejap ya. Tunggu sini,” kata Zero sambil bangkit. Moon sekadar mengangguk tanpa memandang Zero, tangannya ralat memagut bertih jagung. Zero sudah pun beredar ke tandas.

Pentas sudah pun ditutup dengan tirai dan itu bermakna persembahan sudah tamat tapi Zero masih belum muncul. Moon mengetap bibir. Berapa lama Zero nak pergi tandas?


Kelihatan semua pengunjung teater itu sudah mula berarak keluar. Moon mendengus. Takkan aku nak tunggu seorang diri? Tapi Zero suruh tunggu. Dengan pantas Moon menyaluk handsetnya di dalam tas tangan. Nombor telefon Zero didail tapi tiada jawapan. Handset di simpan semula.


Moon memandang sekeliling, semua pengunjung sudah keluar kini dia keseorangan. Tiba-tiba dua pancaran dari spotlight memancar ke arahnya dan satu lagi di atas pentas yang tiada apa-apa. Moon pantas berdiri. Perlahan-lahan tirai ditutup, dan satu lembaga berpakaian serba putih dengan top hat dan topeng berwarna putih kelihatan, apabila tirai terbuka luas, kelihatan pula sebuah grand piano di atas pentas.


“To My Goddes,” suara seorang lelaki kedengaran. Lelaki itu tunduk sambil membuka topinya. Moon mengecilkan matanya, dia tidak kenal lelaki itu lagi-lagi apabila lelaki itu memakai topeng.

Dalam hati, Moon berfikir itu barangkali Zero tapi suaranya sangat-sangat berbeza. Moon pun mengambil keputusan untuk menuruni tangga sehingga ke barisan pertama kerusi di panggung itu

“Zero?” Moon meneka. Topeng yang hanya separuh itu membuatkan senyumannya kelihatan. Lelaki itu membetulkan kedudukan microphones kecil dipipinya yang disangkutkan ditelinga.


“Be seated, my Goddes ,” lelaki itu mempelawa Moon.


“Saya hanya menurut perintah dari Tuan,” sambung lelaki itu pula. Moon duduk. Moon sekadar memandang lelaki itu menghampiri grand piano dan meregang-regangkan tulang-tulang jari-jarinya. Sesaat kemudian, jari-jemarinya mula menari diatas keyboard hitam putih, dan lelaki itu mula menyanyi setelah beberapa saat intro.


Moon kenal sangat muzik dan lagu itu, ianya adalah lagu tema Twilight nyanyian Greta Smidt. Moon menekup mulutnya, lirik lagu itu sungguh menyentuh hatinya. Matanya sudah berkaca. Dia sangat yakin lelaki bertoping di atas pentas itu bukan sesiapa tapi suaminya, Zero!


I promised to love you
Everyday of forever
This I swear, to you
I love you.

Without you I would die,
This I know is true.
You stole my heart
And I won't ever let you go.

Go to sleep, little one
You are so precious to me
You are safe, in my arms
Safe from any harm.
You are heaven's gift to me
There is nothing to fear while I'm here
Now close your eyes
And dream...

You are the most beautiful soul to me
You never see yourself
As clearly as I do.
And while you sleep, close holding me.
I'll tell you a little secret,
That your dreams will only know:

I loved you when I first saw you
I vowed to never let you get away
Sometimes when I stay
I hear you call my name
Only to hear it, in your dreams
One day I'll ask you to be with me
But until then I'll dream
Even though I can't sleep...

You will never understand what you mean to me
You are, my life
Before you I was lost.
And as I see you sleep now,
I'll let you know somehow
Saving you, saved me
My heart is yours to keep
Now sleep...


Selesai saja lelaki itu menghabiskan persembahannya, Moon terus bangkit dan meluru naik ke atas pentas. Lelaki itu tidak sempat berdiri dan dia sudah didakap erat oleh Moon. Dia sangat pasti, lelaki itu adalah Zero.


“I love you, Zero!” ucapnya dengan air mata kegembiraan. Zero tersenyum.

“So, you know me, huh?” Moon melepaskan pelukan dan duduk di sebelah Zero. Mata Zero dan matanya bertentangan. Zero tersenyum.

“Can I kiss you?” tanya Zero. Mata Moon serta merta membesar, wajahnya merah padam. Dia menelan liur. Zero tergelak kecil melihat isterinya terpinga-pinga apabila disoal seperti itu.

“Tak boleh?” Zero masih menyakat Moon.

“Em…ar..aku rasa, kita perlu keluar sekarang,” jawab Moon lantas bangkit namun dia terduduk semula apabila tangannya disentap, tidak semana-mana bibir Moon dipagut. Moon seakan tidak boleh bernafas. Moon cuba meronta, namun pelukan Zero semakin kemas di pinggang dan bahunya. Kucupan itu membuatkan Moon lemas.

Pak! Dengan hanya satu petikan jari, pentas dan seluruh panggung itu menjadi gelap-gelita.


link



3 comments:

  1. wah...
    romantiknyer zero nie...
    suka..suka..
    hihihi..

    ReplyDelete
  2. waaa!!!!
    so romantiklah zero ni! huhu
    tbayang2 kim bum n' kim so eun ;)
    soooooooo sweeeeeeeeeeeeettttttttttttt!!!!!!

    ReplyDelete
  3. so so so sweet......pe pun aq pling suke nama 'zer0' unik n un4getable...realy suit de cast..kang ade ank nk wat name zer0 la..hihihih

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.