Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

05 July, 2010

Substance 14 : Rival

14

Substance : Rival



Kapal terbang dari KLIA baru saja mendarat di KKIA.Para penumpang sudah pun turun dari kapal terbang itu dan keluar dari pintu masuk ke lapangan terbang.Kelihatan seorang gadis memakai cloche hat di kepala dan cermin mata biru yang hampir menengelamkan hidungnya.Wanita itu memakai kot panjang berwarna coklat,disebelah tangan kirinya sedang memegang handbeg besar keemas-emasan.Tangannya pula mengheret sebuah bagasi.Bibir wanita itu menguntum senyuman.Akhirnya dia selamat juga mendarat di Negeri dibawah Bayu itu.

Sesampai saja dia di luar bangunan,dia terus menghirup udara sambil menunjukkan esperasi wajah yang dia betul-betul menikmati udara Negeri di bawah Bayu itu.Sudah bertahun dia tidak menjejakkan kaki di sana,dan kali ini dia mungkin selama-lamanya berada di sini.

Sebuah teksi berhenti di tepinya.Pemandu itu keluar dan langsung mengangkat bagasi wanita itu dan memasukkannya ke dalam bonet kereta.Selesai memasukkan barang-barang wanita itu,dia membukakan pula pintu penumpang.Wanita itu tersenyum lantas masuk ke dalam.Pintu ditutup semula.

“Nak pergi mana,cik?” soal pemandu itu.

Le Meridien Hotel Kota Kinabalu,”

“Baik,cik,” pemandu itu menurut.

“JADI ini maksud kau panggil kau ‘sifu’?” Aqua mengangguk sambil tersenyum.Dave mengeluh kecil lalu menyarungkan apron biru itu di badannya.Ini pula maksudnya,dia suruh aku belajar memasak Pasta,aku tak tahu pula yang Aura sebenarnya bijak.Tapi takapa..aku sanggup asalkan Cherry balik ke pangkuan aku.

“Peliklah kau ni,Aura,” kata Dave tiba-tiba.Aqua yang sibuk mengeluarkan barang dari peti sejuk menoleh.

“Apa yang pelik?”

“Sejak bila kau belajar pasta ni?”

“Well..saya ada banyak rahsia yang kau tak tahu sebenarnya,” jawab Aqua tersenyum lalu menyambung kerjanya.Dave tergelak kecil sambil mendekati Aqua.Kepala Aqua disentuh.

“Dan juga..kau dah tak marah kalau aku sentuh kepala kau,kenapa eh?” badan Aqua mengeras dan menunduk serta-merta.Terasa ada arus eletrik yang mengalir ditubuhnya.Dave melarikan tangannya.

“So,kita nak buat apa ni?” soalnya.Aqua menegak.

“Em…ah..emm..” Aqua seperti orang hilang-arah.Sekejap garu kepala,sekejap pegang hujung hidung,sekejap cekak sebelah pinggang.Dave mengerut kening.

“Kau keluarkan..barang-barang ni dulu.” Aqua sedaya-upaya menyembunyikan gagapnya.Poket apron disaluk lalu membawa keluar sekeping kertas F4 terlipat empat diatas meja dapur.Senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan satu Spaghetti.

“Huh?” terkalut-kalut Dave menjawab.Dia bukannya tahu nama-nama yang ada dalam senarai tu.

“Saya keluar kejap,nanti saya datang lagi,” kata Aqua tanpa memandang Dave.Belum sempat pun Dave menjawab,Aqua sudah melangkah keluar dari dapur.Dave mengeluh kecil.Kertas F4 di atas meja didekati dan tunduk melekapkan tangannya di atas meja.Mata tepat memandang kearah senarai.

“Oh..God..”

“Dave?!” bang!!belakang kepala menghentak bumbung meja.Dave mengusap-ngusap kepalanya,matanya sudah berkedut menahan sakit.Alfa yang masih berdiri di kaki pintu tergelak tanpa rasa bersalah.

“Wei..boleh tak jangan main sergah aja?” marah Dave.Ada benjolan di belakang kepalanya.Alfa mendekati Dave.

“Relaks arh..wei,kau datang kerja lagi?”

“Terpaksa..”

“Kakak mana?”

“Entah..dia keluar tadi,” kertas F4 dicapai.Zap!kertas F4 disambar dari tangannya.

“Apa ni?” Zap!kertas dirampas semula.

“Jangan kacaulah.Dah keluar!” bahu Alfa ditolak kearah pintu.Menyuruhnya untuk keluar dari tempat itu.

“Owww…belajar memasak ya?” Alfa mengusik.

“Out!” keras nada Dave.Alfa tersengih lantas keluar dari situ.Pintu ditutup.

“Macam mana ni?” kata Aqua sambil mundar-mandir di hadapan restaurant mereka.Tangannya masih lagi basah dengan peluh dek keresahan.Nasih baik restaurant mereka itu ditutup untuk satu minggu.

“Saya tak boleh ada perasaan macam ni,tak boleh!” bentak Aqua.Fokus,Aqua..fokus!Kau yang kemukakan syarat itu,so pegang janji kau.Kau buat semua ni untuk bapa Aura.Keluarga Aura!

Pintu restaurant tiba-tiba dikuak dari dalam.Aqua tersentak.

“Wei..apasal kau di luar?aku dah buat semua yang kau suruh,sifu.Jomlah masuk!” kata Dave sambil memberi isyarat tangan untuk menyuruh Aqua masuk.

“Oh..ya,” Aqua terus bergerak.Pintu dibuka luas dan mereka sama-sama masuk ke dalam.

“So,apa kita nak buat ni?” soal Dave sambil memandang meja yang sudah siap disusun dengan resepi-resepi diatasnya.

“Em..kita nak buat dough,”

“Apa?Dog?” Dave bertanya semua seakan tidak jelas dengan suara Aqua.Ayat dough kedengaran seperti bunyi ‘dog’.Aqua tergelak.

“Bukanlah..dough.D.O.U.G.H.Adunan tepung,” Dave mengangguk-angguk sambil mulutnya membentuk bulat.

“Boleh kita mula?” soalnya seperti bersungguh-sungguh mahu belajar.

“Dah tak sabar dah?”

“Nak belajar sangat ni Sifu,” ketawa mereka pecah.

“Okey..apa yang kita buat ni baru asasnya.Kalau takda doh,takdalah mi nya,”

“Tengok macam mana saya buat,” Dave hanya mendengar ‘Sifu’nya bercakap.Tangan Aqua mencapai dua cawan berisi tepung lalu menumpahkan tepung itu di atas meja yang sudah dibersihkan.

“Lepas macam ni,buat dinding ditengah-tengah tepung untuk masukkan telur,” tangan Aqua kemas membuat dinding seperti yang dia maksudkannya.Dia memecahkan pula dua biji telur ke dalam lubang.

“Masukkan sesudu garam,minyak zaitun,dan juga air,” satu persatu dicampurkan ke lubang tepung.Kemudian dia mencampurkan dinding tepung dengan campuran itu sedikit demi sedikit dengan jarinya sampai semuanya dicampur-adukkan.

“Lepas semua sudah dicampur-adukkan,baru kita uli tepung ni sampailah adunan ni jadi lembut dan elastik.Lepas ni kau pula yang buat,” kata Aqua.Dave sekadar mengangguk.Kelihatan dia betul-betul menumpuhkan perhatian dengan kerja Aqua.Tangan Aqua menguli adunan sampai menjadi bulat.

Kemudian,dia memindahkan pula adunan itu ke tempat yang ditaburi dengan sedikit tepung.Aduanan diuli semula sehingga menjadi anjal dan rata.Selama 10 minit dia mengulih adunan tersebut.Sesekali juga dia mengesat peluh dengan belakang tapak tangan.Penat menguli.Aqua berhenti.

“Lepas 10 minit kita menguli,kita tutup adunan dengan sedikit sapuan minyak zaitun di atasnya.Boleh guna tuala atau besin dan biarkan ia selama 10 hingga 15 minit,” katanya lalu menghembus nafas.Bibir mengupas senyuman.

“Done?” soal Dave.

Aqua menggeleng. “Nope,ada lagi.Tapi sebelum tu,ada kau salin apa yang saya cakap tadi?” perlahan-lahan Dave menggeleng.

“Takda?macam mana kau nak buat nanti?”

“Kalau saya takda nanti macam mana?” Dahi Dave terus mengerut.

“Maksud kau?Kau nak pergi mana?” Aqua terpinga.

“Maksud saya,kalau saya tiba-tiba ada kerjakah,pergi satu tempatkah dan time tu kau aja yang boleh buat,macam mana?Ini sekadar andaian,okey?” cepat saja Aqua menerangkan maksudnya.

“Oh..jangan risau.Semuanya ada di sini,” jawab Dave yakin sambil menyentuh tepi matanya dengan jari telunjuk.

“Yalah tu,” jawab Aqua sambil mengesat peluh dihidungnya tanpa dia ketahui tangannya itu masih bersisa dengan tepung.Atas bibirnya sudah comot seakan misaim.Dave tergelak.Aqua mengerut.

“Apa?” Aqua pelik.

“Kau ni,macam budak-budak betullah,” tangan Dave segera bergerak mengesat sisa tepung diatas bibir Aqua,sesekali jari Dave mengena bibirnya.Aqua tergamam,terasa panas meraup mukanya.Aqua kaku tapi matanya memandang Dave.Dave turut memandang Aqua.

“Apa?” soalnya bersahaja,seperti tiada apa-apa perasaan.Bukan macam Aqua,perasaan aneh itu muncul lagi.Dadanya sudah berdebar-debar.

“Em..” Aqua mundur setapak.Tangan Dave tergantung seketika kemudian ditarik.

“Saya..keluar sekejap,” kata Aqua mengelak sambil menunjuk ke belakang dengan ibu jari.

“Again?”

“Lepas 15 minit nanti saya datang,” katanya. “Sementara tu,em..ingat balik apa yang saya bagitahu tadi,” tambahnya dan terus beredar.Dave hanya boleh mengeluh kecil,maklumlah dia berlu menurut kata-kata Sifunya.

*****

Zap!!Sebaik manapak di ruang tamu Mansion Leon,barang-barang yang bergaut di kedua-dua bahunya dilepaskan terus.Semua itu barang-barang yang dibeli Leon semasa mereka keluar membeli-belah disebuah shopping kompleks di Bandar besar itu.

“Gila..aku fikir ‘Syaitan’ tak pergi shopping,tau-tau shopping mengalahkan perempuan!” rungut Aura sendiri.Leon sudah pun naik ke biliknya meninggalkan Aura yang sudah seperti pekerja buruh kasar mengangkat batu-bata.

“Cik Muda?” kedengaran suara Nanny Vdya memanggil Aura.Dia menoleh.Kelihatan Nanny Vdya menghampirinya sambil membawakan segelas air sejuk.Oh..untungnya,balik saja terus dapat air.

“Terima kasih Nanny,” kata Aura gembira sambil ingin mencapai gelas tersebut,tapi nanny Vdya segera menarik gelas itu.Aura berkerut.

“Ini untuk Tuan Muda,” serba-salah Nanny Vdya bersuara.Mulut Aura sudah muncung,pelan-pelan dia menarik tangannya.Kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket.

“Tolong hantarkan ke bilik Tuan Muda,” sambung Nanny Vdya.Aura sekadar mengangguk dengan riak wajah yang kurang puas hati.Gelas dicapai dan terus menaiki tangga menuju ke bilik Leon.

Pintu besar itu diketuk.Namun tiada jawapan dari Leon.Pintu sekali lagi diketuk.

“Leo…” Aura lantas menekup mulutnya. “Tuan!” panggilnya sekali.Namun tiada juga jawapan dari Leon.Kalis bunyi apa dinding ni?Kah..Leon yang pekak?

“Ah..lantaklah!” pintu terus dikuak kasar.Bam!Pintu yang dikuak seperti bertembung sesuatu.Serentak itu terdengar suara teriakan dari dalam.Aura mengetap bibir.Dia terus melangkah masuk.Kelihatan Leon sudah terduduk diatas lantai sambil memegang hidung dengan tangan yang hanya berbalut dengan bandage,pakaian bathrobe dan rambutnya masih basah.Masalah lagi…

Leon mendongak lantas memberi pandangan membunuh pada Aura.Aura hitam sudah mula menyelubungi Aura.Perlahan-lahan Aura duduk mencangkung dan meletakkan gelas itu diatas karpet.Dia memandang Leon dengan muka kelat.

“Emm..sakit?” Leon sudah menyiarap,terasa otaknya seperti mengembang ke belakang.Matanya ditutup rapat,menahan rasa marah yang sudah hampir meletup.Aura mencapai gelas yang ada di tepinya lalu dihulurkan kepada Leon.Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang di lakukan.Dia mahu lari,tapi kakinya tidak mahu berganjak malah tangannya sendiri yang bergerak suka hati.

“Air?” katanya.Dia tidak tahukah yang Leon sedang transform menjadi gorilla?Dada Leon sudah mula turun naik,nafasnya sudah bercelaru dan…

“Get OUT!!!!!” jerit Leon sambil menuding kearah pintu.Aura lantas terduduk dek terkejut dengan teriakan itu.Tapi sekejap saja dan dia duduk mencangkung semula.

“Darah…” katanya.Leon tersentak lantas memegang semua hidungnya.Ada cecair pekat mengalir di hidungnya dan betul warna cecair itu merah.

“Kau!!!” Aura segera menekup kedua-dua telinganya.Dia akan diserang lagi dengan larva yang keluar di bibir Leon.Leon mendengus lantas bangkit.Aura turut bangkit.

“Keluar sekarang!” nada Leon mendatar.

“Tapi..darah..hidung..”

“Berambus!” bahu Aura ditolak kasar sehingga di terhumban keluar dari bilik itu.Bamm!!Terasa seperti pintu itu menghempap wajahnya.

“Apa yang bising-bising tadi tu,Aqua?” tiba-tiba Aura dikejutkan suara yang tidak dikenalinya,siap dengan panggilan nama Aqua lagi.Kelihatan seorang gadis berrambut coklat dan panjang separas lengan,dress putih lengan pendek dan high heel 4 inci.Dari bawah sampai ke atas mata Aura menatap gadis itu.Kemudian dia memandang Nanny Vdya yang ada di belakang gadis itu.Dahinya mengerut seakan menyoal,“Siapa dia ni?”.


*******************************************************

p/s: semoga terhibur semuanya...kalau ada perbezaan itu maksudnya,ada yg saya edit.

pss: hm..ada sesiapa yang tak suka White Rose?atau kamu dah muak dgn cerita Okie?hehe..im just curious..nway enjoy!Comments please...

6 comments:

  1. erm...
    aqua suka kat dave ker??
    wow dlm hati ader taman..
    tp ok gak aper aqua ngn dave..
    sweet jer...

    aura lak ngn leon...
    hehehehe...


    p/s: hai okie...
    majuk ker??
    relax ar...
    agaknyer ramai yg jd silent reader kot...

    ReplyDelete
  2. nape okie cam desperate sgt na org komen??cam memakse lak..huhhu..tp mmg sye suke cite ny..memang best!!superb!actually sye rase ramai suke cite ny..xcaye buat la hit counter..sure bnyk no dye..tp mcm nursya ckp la,ramai jadik silent reader..dye owg tak komen..bace n suke n dok dendiam..hehehe..panjg sgt ke komen sye ny??tp xpe lah ye,okie kan ske org komen2..

    ReplyDelete
  3. to nursya : thanks..bukan merajuk..sa ok ja..

    to tanpa nama : thnks sbb suka ceta ni..bukan desperate,just curious..kalau boleh,nak tau juga pendapat diorang,sa tak kisah..sebab kdg2 kita x npk kesalahan kita tp org len npk..kesalahan tatabahasa,kesalahan fakta dan mcm2 lg..skg pembaca2 smua bijak2,diorang tahu mana salah,mn btl..walupn penulis tu dah bt byk kajian ttg apa yg dia nak tulis..tmbhn lg penulis online cam sa,sa xda pengalaman,sa tulis apa yg terlintas di kepala sa..sa xnak jd syok sndr dgn cerita ni..

    hmm..cam len pula rasany kamu ckp cam tu..tp it okey,pendapat kamu,sa terima..thank you so much...e2 jalah..again,Tq..

    all the best to all of u guys...

    To silent reader : thank u sbb sudi baca,tq sbb sudi ketawa(kalau)bl bc cerita sa,tq jg sbb luangkan masa utk buka blog ni,tq juga kalau kamu cakap dlm hati "keep it up,Okie,"..hehe..pendek kata..
    Thank you 4 everything...

    OkiE aka WitcH

    ReplyDelete
  4. to okie.... cter nie memang best... tapi okie slalu gantung cter nie ngan pertanyaan so... reader akan rasa x sabar2 nak baca next n3.... cter white rose pown best... keep it up okie... owh lupa lak nak g tau.. sebenarnya bukan org x mo komen, cuma diorang lebih suka berdiam diri, cam saya n kwn2 sy dulu... papepown chayok2 okie... lau leh antar n3 banyak2 skit...;p

    ReplyDelete
  5. geram tollah dgn s leon tu
    aura baik2 je nak tolong dia tngking plak :(

    ReplyDelete
  6. to pinkpurle amie : thank you..eya,sa pn dah taknak ckp apa-apa lagi,asalakn diorang boleh terima n faham apa yang sa mau sampaikan..once again,thank you 4 da support!

    Haruno Hana : hehe..Leon mmg 'Devil',jom,kita sma2 blasah dia.hehe.....

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.