Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

16 July, 2010

Substance 15 : The Untold Story


Substance 15 : The Untold Story


Pintu utama rumah besar itu terkuak dari luar. Nampak seperti si pembuka dalam keadaan yang tergesa-gesa. Sebaik dia jauh dari pintu utama, dia segera mendail nombor Aqua.


“Hello, Aqua!” suara Aura kedengaran cemas.


“Kenapa ni?”suara Aqua dihujung talian turut ikut cemas.


“Kate…Katerina..”


“Dari mana kau..dia balik?” Aura mengangguk,macam Aqua boleh nampak anggukkan dia.


“Eya dan..aku tahu tahu apa-apa tentang dia. Dia tiba-tiba aja muncul dan tanya aku macam-macam. Ini pun aku cuma mengelak dengan cakap aku ada kerja. Kalau tak dia memang tak akan lepaskan aku. Apa aku nak buat?” Aura sudah kebingungan. Lebih bingung daripada menjawab soalan additional mathematic.


“AQUA RIGHT?” soal gadis itu.Perlahan-lahan Aura menganggukkan kepala.


“Nampaknya, kau macam dah tak kenal dengan aku. Aku Kate,Katerina,” gadis itu memperkenalkan dirinya sebagai Kate,namun tidak pula dia menghulurkan salam.

“Oo..Kate..ya,Kate,” Aura mengangguk. Mampus…aku tak kenal pun dia ni siapa!

“So,macam mana dengan hidup kau sekarang? Masih lagi tidak diiktiraf oleh Nenek Belinda?” Aura mengerutkan kening. Apa benda dia merepekkan ni? Diiktiraf? Oleh Nenek Belinda?


“Em..” Kate tergelak,sinis.


“Macam mana kau boleh masuk dalam rumah Shin?” soalnya lagi. Aura mengetap bibir bawah. Dia ni siapa nak tanya aku macam-macam?


“Em..sorry, aku ada kerja. Nanti kita berbual lagi,” kata Aura,ingin mengelak dari Kate. Kate tidak menghalang Aura pergi, dia hanya mengekori Aura dengan ekor matanya.


“OKEY..relax, kau di mana?” Aqua cuba menenagkan Aura.


Dekat Mansion Leon..i mean Shinichi, Kate pun sini juga,”


“Okey..kalau gitu kita jumpa di tempat biasa,” selepas Aura bersetuju. Talian terus dimatikan.

Aqua menoleh ke belakang, tapi dia terundur semula apabila Dave berdiri di hadapannya, tepat memandang matanya.


“Kau nak pergi?” soal Dave.Aqua menggaru belakang kepala.


“Nak jumpa kawan, sekejap,”


“So aku macam mana? Dough ni macam mana pula?”


“Em..okey, kita buat dulu step yang terakhir,” kata Aqua lalu menuju kearah doh yang sudah menjadi rata di atas meja. Doh yang sudah rata itu diangkat lalu dikisar ke dalam fettuccine cutter.


“Lepas semuanya sudah dipotong ke dalam cutter, kita boleh simpan dalam peti sejuk,”


“Kalau basi macam mana?”


“Fresh pasta boleh disimpan dalam peti sejuk selama tiga, empat hari,”


“Oh..so, sekarang macam mana?”


“Esok kita buat spaghetti. Sekarang saya nak keluar sekejap. Boleh?” tanya Aqua seperti meminta kebenaran.


“Well..pergi ajalah Sifu. Oya, bila kita nak latihan?” soal Dave. Dahi Aqua mengerut.


“Oh!” Aqua baru teringat dengan perjanjian mereka pasal Cherry.


“Esok! Saya janji!” katanya pantas sambil mengangkat tangan, tanda berjanji.


“Okey, jangan lupa janji kau. Dah..pergilah!” katanya,s empat dia memegang kepala Aqua sebelum Aqua bergerak keluar.Terukir senyuman Aqua sepanjang dia berjalan keluar dari restaurant.


AGAK lama juga Aqua menunggu Aura sampai di tempat itu. Selalunya untuk sampai ke sana perlu masa kurang dari sejam. Hari sudah semakin gelap waktu Aura sampai disana.


“Wei, kenapa kau tak bagitau aku pasal Kate?” dia terus menyapa Aqua dengan soalan sebaik saja sampai di tempat itu. Aqua terus berdiri.


“Sorry..sebab saya fikir dia takkan balik lagi,” pinta Aqua.


“Dahlah…duduk!” arahnya. Mereka sama-sama duduk atas gelanggang.


“Sekarang, ceritakan semuanya tentang si Kate tu. Kenapa dia tanya aku macam-macam? Siapa Nenek Belinda? Kenapa kau perlu dapat pengiktirafan dari Nenek Belinda?” soal Aura bertalu-talu. Aqua sudah menutup rapat matanya, dia tersentak mendengar nama Neneknya disebut. Aqua menarik nafas panjang.


“Okey..aku akan ceritakan semuanya, satu-persatu,” Aura membetulkan duduknya.


“Sebenarnya Kate tu kawan kami…I’m mean bukan kawan rapat. Saya kenal dia masa umur saya 9 tahun. Dia pindah ikut keluarga 5 tahun lalu. Kate dengan Shin sepupu. Saya pindah kat sekolah diorang masa tu lah, dan memang diorang rapat sangat. Saya tak tahu pun yang kami berjiran, dan Kate memang baik dengan saya,”


“Kalau dia baik, kenapa dia tanya aku macam-macam?” soal Aura.Aqua tertunduk seketika. Berat mulutnya untuk bercerita.


“Aqua..kita ni dah macam adik-beradik tau. Aku patut tau masa silam kau, dan kau pun patut tahu pasal aku. Aku tak rasa badan kita akan bertukar dalam masa yang singkat. Kalau kau tak bagitau aku, orang mungkin perasaan sesuatu,” Aqua memandang Aura. Ada betulnya kata-kata Aura.


“Eyalah..sebenarnya Kate berubah lepas kakak saya meninggal,” bulat mata Aura.


“Kakak? Kau ada kakak?” Aqua mengangguk.


“Macam mana..boleh…”


“Masa tu kami satu keluarga dengan keluarga Shin bercuti, dekat Bali,”


“Memang keluarga kau dengan keluarga Leon rapat,eh?”


Aqua mengangguk. “Business partner,” Aura segera mengangguk. Faham.


“Lepas tu?” kata Aura.


“Kakak dengan Kate kawan rapat,dan….”



“Kakak, kita main layang-layang nak?” sedang Marriel berbual dengan Katerina, Aqua datang sambil menarik-narik tangan Marriel.


“Kejap, Aqua,” Marriel melarikan tangan Aqua dari tangannya.


“Alah cepatlah..kita main. Tengok Shin, dia pun main juga. Kita mainlah!” Aqua semakin mendesak.

Merengek memaksa kakaknya. Kate yang menjadi pemerhati tersenyum.


“Aku pun nak main juga..jomlah!” Kate seakan menyokong Aqua .Aqua tersenyum.


“Yalah,yalah,yalah.Jom!” Kate dan Marriel serentak bangkit. Marriel berpimpin tangan dengan Aqua menuju ke kedai layang-layang.


Aqua selaku pemegang layang-layang, dan Marriel pula memegang tali.


“Kakak kira sampai tiga, lepas tu Aqua lepas, ya?” laung Marriel.


“Eya!” jerit Aqua. Marriel menarik-narik tali itu sambil mengira. Sampai kiraan yang ke tiga, Aqua terus

melepaskan layang-layang serentak itu Marriel terus berlari mengundur sambil memanjangkan lagi tali layang-layang itu.


Aqua mendongak ke atas apabila layang-layang itu berjaya diterbangkan.Layang-layang itu terbang tinggi hampir tidak kelihatan. Aqua melonjak kegembiraan. Dia terus berlari ke arah kakaknya.


“Kakak,Aqua pegang!” kata Aqua.Marriel tersenyum lalu menghulur tali itu dengan berhati-hati.


“Jangan lepaskan tau,” Aqua mengangguk dan terus memegang tali tersebut. Tidak tahu macam mana, tali itu terlepas dari tangan Aqua, mungkin peganggan tangannya tidak ketat.


“Kakkkk!!!” rengek Aqua.Marriel medengus kecil.


Kan kakak dah cakap jangan lepaskan?” Marriel bukan marah pada Aqua.


“Minta maaf..nanti Aqua kerja layang-layang tu,” belum sempat Marriel menghalang Aqua, Aqua laju berlari mengejar layang-layang itu.


“Aqua,jangan!” jerit Marriel tapi Aqua terus berlari. Tanpa banyak soal, Marriel pun terus mengejar Aqua. Takut adiknya itu tersesat. Bali bukannya kecil. Kate yang sedang bermain dengan Leon di kawasan berdekatan sempat mendengar suara teriakan Marriel.


“Arel?” panggil Kate. Tali yang ada ditangannya terus diserahkan pada Leon. Leon ditinggalkan begitu saja.


Josephine dan yang lainnya yang sedang duduk berbual di satu pondok terpanggil dengan suara panggilan Kate. Mereka sempat melihat Aqua berlari dan Marriel mengejar. Mereka lantas berdiri.


“Apa dah jadi tu?” soal Puan Belinda. Josephine mengangkat bahu. Dia terus keluar dari pondok itu dan kakinya pantas mengorak langkah. Yang lain turut membuntuti Josephine.



Marriel semakin mendekati Aqua, dan Aqua pula sedang menghampiri jalan raya besar. Banyak kereta yang lalu-lalang. Aqua seperti tidak kisah dengan kereta itu, dia lebih pentingkan layang-layang yang entah sudah tersangkut atas gunung ataupun atas pokok-pokok tinggi.


“Aqua!!” jerit Marriel tapi Aqua seperti tidak dengar. Marriel terpaksa berlari lebih laju lagi untuk

mengejar Aqua. Bersamaan dengan itu, orang ramai yang ada ditempat itu turut menyuruh Aqua supaya tidak berlari, takut terjatuh. Tapi tidak diendahkan.


Sambil berlari Aqua memandang ke langit ,tapi layang-layang itu sudah lenyap dari pandangan matanya. Aqua mematikan langkah. Tanpa dia sedari dia berhenti tepat di tengah-tengah jalan raya. Banyak suara berteriakan memanggil Aqua tapi Aqua tidak tahu bahawa teriakan itu adalah untuknya. Dia seperti hidup dalam dunianya saja.


“Aqua!!!” jerit Marriel tiba-tiba menjadi sangat kuat.Dengan bersahaja Aqua menolah kearah Marriel yang sedang menerpa kearahnya. Dia menoleh pula ke hadapan, dan sebuah lori sedang meluru ke arahnya. Dengan keadaan tidak sedar, Marriel terus berlari dan menolak tubuh Aqua. Badan Marriel dan lori yang tidak sempat berhenti pada waktunya bertembung.


Dushhhh!!!!Bunyi brek dan tayar bergeser dengan tar kedengaran.


“Arel!!” suara Puan Belinda, Narisa, Josephine dan yang lain bergabung menjadi satu. Kereta-kereta mula berhenti, orang ramai mula mengerumuni tempat itu. Pemandu lori pula bergegas keluar. Josephine dan Puan Belinda berlari mendapatkan Marriel, dan Narisa pula mendapatkan Aqua.

Kate yang tidak mampu berbuat apa-apa terduduk di tempatnya berdiri. Terasa seperti tulang-tulangnya patah saat melihat tubuh kawannya itu bertembung dengan lori. Air hangat mula menitis di bibir matanya.


“Arel….” Hanya itu yang keluar dibibirnya.



TERASA seperti pipinya dikesat seseorang. Aqua tersentak. Dia terbangun dari mimpi ngeri. Wajah Aura dipandang kosong.


“Bila saya sedar, saya dah ada dalam wad dengan kepala berbalut,” sambung Aqua. Aura sekadar mendengar. Simpati mendengar kisah Aqua.


“Lepas tu…Kate datang dengan mata bengkak dan hitam.Dia menangis tak henti-henti,”



“Kau bunuh Arel! Kau pembunuh Aqua .Kau yang sepatutnya mati, kau rampas nyawa Arel!!” jerkah

Kate. Aqua yang sedang berbaring atas katil sudah memeluk erat selimutnya, takut diapa-apakan Kate. Air matanya sudah mencurah keluar. Dia sangat takut tika itu.


“Kak..”


“Jangan panggil aku kakak,orang yang kau panggil kakak itu baru saja mati disebabkan kau! kau bunuh dia!!” jeritnya lagi seperti orang terkena hysteria. Kate terus menerpa kearah Aqua namun sebelum apa-apa terjadi, Josephine dan Narisa datang tepat masanya dan terus memeluk Kate dari belakang. Narisa pula memeluk Aqua, menghilangkan sedikit ketakutan Aqua.


“Uncle, lepas!” Kate meronta-ronta. Josephine terus membawa Kate keluar dari wad itu.




“SEJAK ITU Kate dan Shin menjauhkan diri dari saya. Diorang mula menyeksa saya dengan mengarahkan semua budak-budak tidak berkawan dengan saya. Saya dipulaukan,” Aqua masih bercerita. Mungkin inilah masanya untuk dia meluahkan segala-galanya.


“Nenek Belinda pula?”


“Sebenarnya..saya bukan cucu kandung mahupun anak kandung papa dan mama, saya tak ingat asal usul saya. Saya hanya ingat nama saya,” Aqua menarik nafas.


“Dan..nenek memang tak penah anggap saya sebagai cucu,dia hanya anggap saya sebagai orang asing dan perampas,” sambunya lagi. Tiba-tiba Aura rasa bersalah, menyesal.


“Aqua..aku,aku minta maaf. Aku tak patut paksa kau,” pinta Aura. Dia sebenarnya baru saja menghantar Aqua balik ke zaman gelap Aqua.


“Takpa..mungkin ini masanya untuk saya luahkan perasaan saya. Selama ini,saya takut nak berhadapan dengan masa silam saya dan sekarang saya rasa saya dah kuat sebab kau ada,” kata Aqua sambil mencapai tangan Aura.

Aura turut membalas pegangan Aqua.


“Satu kebaikan yang saya dapat bila bertukar badan dengan kau, saya jadi berani. Saya berani menghadapi apa-apa saja. Sebab saya tahu, saya bukan keseorangan,” Aqua memaut tangan Aura.


“Mulai sekarang,kita adalah satu. Faham?” Kata Aura. Aqua mengangguk sambil air matanya menitis ke hujung bibir. Aura mendakap Aqua. Erat. Entah kenapa, dia mula rasa sayang dengan Aqua. Pelukan dileraikan.


“Jadi dengan Leon pula kenapa? Kenapa dia benci sangat dengan kau?” soal Aura. Aqua menjeling jam ditangannya.


“Em..boleh tak kita cerita esok saja, saya janji saya cerita. Lagipun hari dan makin gelap ni,” kata Aqua. Dia bukan mengelak tapi betullah hari sudah semakin gelap. Entah berapa jam Aqua bercerita. Kalau dia teruskan juga mungkin sampai pagi mereka di situ.


“Okeylah, aku pun sebenarnya ada nak cakap tapi telampau kusyuk dengar cerita kau, aku lupa. Kita datang lagi, esok dan masa yang sama,” kata Aura.Aqua mengangguk. Mereka pun sama-sama berdiri dan keluar dari tempat itu. Keluar saja dari tempat itu, mereka berpecah. Aura ke kiri, Aqua pula ke kanan.


“Jumpa esok!” kata Aqua. Aura hanya menjawab dengan lambaian tangan. Beberapa meter di hadapan, Dave tiba-tiba muncul. Aqua tersentak lalu memandang Aura dengan ekor mata.


“Dave?” panggil Aqua sengaja meninggikan suaranya agar Aura dapat dengar walaupun dia sudah jauh. Aqua terus berlari mendekati Dave. Mata Aura terbeliak.Suara nyaring Aqua sempat menyengat ditelinganya. Dia terus mempercepatkan langkahnya. Dave yang sedang melihat memandang handset ditangan kiri sambil tangan kanannya melantun-lantunkan bola tampar ke atas aspal, memandang hadapan. Bola segera ditangkap dan disisipkan ke pinggang.


“Aqua? Kau buat apa di sini?” soal Dave.


Aqua menggeleng. “Takda,”


“So, kau buat apa di sini?” giliran Aqua pula menyoal.


“Aik? Sejak bila aku tidak dibolehkan datang sini?” Dave seakan terasa.


“Sorry..”


“Nah..eh!aku ada mesej Cherry tadi,” kata Dave.


“Okey..so,apa dia jawab?” Dave mengeluh.


“Dia tak balas..” kedengaran hampa suaranya.


Ada masa lagi, Dave. Saya akan tolong kau,” Aqua tersenyum. Dave tarik senyuman.


“Semoga aku cepat dapat buat doh!” katanya sambil mengenggam handset. Aqua tergelak.


“Kau nak mainkan? Saya balik dululah kalau macam tu,” Aqua terus memintas Dave.Tapi Dave cepat menyambar tangan Aqua.


“Kita balik sama-sama, sambil tu kau bagitau aku macam mana supaya aku boleh dapat Cherry balik,” Aqua tergamam apabila tangannya disambar. Perlahan-lahan dia mengangguk. Bahu Aqua dipaut agar seiringan berjalan. Aqua tambah mengelabah. Tiba-tiba dia melompat satu tapak ke depan berhadapan dengan Dave. Langkah Dave mati.


“Bruhh…” Aqua menjelar lidah. “Sebelum kau dapat buat satu doh dengan baik,saya takkan bagi tau caranya,” katanya dan terus berlari meninggalkan Dave. Dave mendengus kecil lalu tersenyum.


“Wei tak acilah kau!” Dave terus mengejar Aqua.


********************************************************

ps: enjoy reading!

4 comments:

  1. nice one...
    aqua ngn aura nie mmg kembar kan...
    byk lg rupernyer misteri yg blm terbongkar nie...
    x sabar nk tggu..

    ReplyDelete
  2. bestnye okie ;)
    curious nk tau nape leon bnci sgt kat aqua
    hehe

    ReplyDelete
  3. okey...rahsia sudah mula terungkai sikit2...
    xsabar nk tau knp leon benci aqua...

    ReplyDelete
  4. name blakang aqua nan aura same kan??
    pastu yg aqua nmpk laki cam dave kt otel tu cite pasal allan kan??allan tu abg dave??yg tepisah tu??dave carik rasia 22 tawon lalu..??betol x ape yg lily teka??

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.