Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

27 July, 2010

Substance 16 : Another H2O’s ability reviled

Substance 16 : Another H2O’s ability reviled.



Selesai mengerjakan kerja amalnya selama 3 jam itu,Aura terus menuju balik ke bilik persatuan menjahit,ingin menbasahakan tekak.Selepas ini,dia akan masuk pula ke kelas,seperti yang diarahkan Pengetua.Tinggal 15 jam lagi,bermakna ada 5 hari lagi hukumannya akan tamat.Tapi baginya itu bukan sesuatu yang perlu disyukuri kerana selepas itu hidupnya akan sepenuhnya menjadi hamba abdi Leon!


Selepas membasahkan tekaknya dia pun keluar,namun baru setapak keluar dari bilik,dia menarik kakinya semula apabila terlihat seorang gadis berambut panjang paras punggung menutup telinga dan berkaca mata dengan bingkai hitam sedang bercakap dengan tiga orang pelajar lelaki di foyer dekat tapak perhimpunan.Aura seperti mengenali gadis itu,tapi siapa lagi yang ada figure begitu kalu bukan dari kelab Aqua.Semuanya kelihatan blur dan nerd.


Aura mengerut kening. Nampak seperti ianya bukan perbualan biasa, apa tidaknya. Dari jauh dia boleh nampak gadis itu menghulurkan sekeping surat berwarna merah jambu namun lelaki yang berada di antara dua lelaki itu menapis kasar tangan gadis tersebut. Sampul merah jambu itu terjatuh atas lantai. Dengan tanpa rasa bersalah, sampul itu dipijak-pijak seperti memijak puntung rokok. Gadis itu hanya tunduk memandang sampulnya dipijak.


“Sebelum buat sesuatu,fikir dulu. Kau sedar kau tu siapa?” kata Abby Roy atau dengan nama panggilannya, Abby. Ringan saja tangannya menolak kasar kepala gadis itu. Fiona terundur ke belakang.Mukanya sudah merah apabila dua orang lelaki kawannya Eric dan Andri tergelak sakan mengejeknya. Kepalanya semakin ditundukkan. Abby,seorang model terkenal yang baru saja berusia 17 tahun, Abby juga adalah rakan sekelas Fiona. Dia pernah menjadi cover majalah-majalah terkenal seperti Female, Cleo dan lain-lain lagi.


“Kau tak layak pun cakap yang kau suka aku,kau tak layak pun pandang aku,kau faham? Dalah muka macam Ju-On ada hati nak suka aku.Bagus kau ajak hantu The Ring tu untuk berkawan dengan kau,” ketawa mereka pecah lagi.Badan Fiona semakin menunduk, terasa dirinya sangat kerdil tika itu .Mahu saja dia lenyap dari situ sekarang juga. Salah dia juga,dia tidak berfikir panjang, dia tidak fikir apa kesannya jika mendekati lelaki angkuh itu. Bukan kehendak dia juga untuk berhadapan dengan Abby tapi disebabkan adiknya yang beriya-iya meminta tolong menghantar surat itu, sehingga kan sanggup melutut dan mogok makan dua hari semata-mata mahu dia menyampaikan surat itu kepada Abby, apa lagi yang mampu dia katakana? Fiona kalah dengan keinginan melampau adiknya itu.


Mata Fiona sudah terasa panas,air mata sudah berkumpul di bibir mata dan akhirnya menitis.


“Hei kau dengar sini..” kata Abby sambil mengangkat wajah gadis itu dengan jari telunjuk.Mata mereka bertembung. Untuk seketika,Abby seakan terpana, fokusnya untuk menghina, memaki hamun gadis itu hilang serta marta. Mata yang bersinar disebalik kaca mata dek air mata itu seakan sedang memukaunya. Abby tersentak apabila lengannya disiku oleh Andri.


“Huh?” tangan didagu Fiona dilarikan.


“Apasal?” soal Eric pelik.Tiba-tiba aja kawannya itu diam, tadi bukan main lagi mulutnya menghina.

“Dah..jom.Gerun aku tengok muka dia, mimpi ngeri aku nanti!” katanya lagi lalu beredar pantas.Dua lelaki itu sempat tersenyum sinis sebelum meninggalkan Fiona.


Terasa kakinya sudah tidak mampu untuk menampung tubuhnya lagi,dia terduduk disitu juga .Air matanya deras mengalir. Dia thau memang itu padahnya jiga berhadapan dengan Abby. Dia memang tahu dan sedia maklum, dia juga sudah bersedia dengan itu tapi kenapa hatinya tetap sakit?


Aura mengeluh kecil,simpati pula tengok Fiona diperlakukan seperti itu.Dia segera berlari menghampiri Fiona.


“Fiona? It’s you?” bukan berpura-pura, tapi dia memang tidak tahu itu Fiona sampailah dia di situ baru dia kenal. Wajah Fiona ditutupi dengan rambut itu menyebabkan Aura tidak mengenalinya. Fiona mendongak. Aura duduk mencangkung.


“Aku nampak tadi..siapa dia tu?” soal Aura.Fiona memandang Aura dengan muka berkerut.


“Kau dah lupa Abby?” mata Aura memandang tepi, kemudian dia tersenyum.


“Ingat..cuma dah tak berapa kenal,”


“Dia kan model, penampilan mesti dijaga,” Aura mengangguk-angguk.


“Aku rasa aku tau apa yang terjadi tadi,” kata Aura. Fiona menggeleng. Dia thau apa yang Aura fikirkan.

“Bukan saya…adik saya…saya tak suka mamat tu, tapi adik yang paksa saya untuk bagi surat ni bagi pihak dia,” pantas Fiona membetulkan tafsiran Aura. Mulut Aura membulat.


“Jadi kenapa kau bagi kalau itu dari adik kau,kenapa adik kau tak bagi sendiri?”


“Sebab dia takut…Abby itu kawan Shin, susah nak dekat tambahan pula perangai dia tu serupa macam Shin,” terangnya lagi sambil mengesat sisa air matanya.


“Macam mana kau boleh dekat pula?”


“Sebab kami satu kelas,lagipun untuk adik saya sanggup buat apa saja walaupun saya dilabel Ju-On dan hanya layak berkawan dengan hantu The Ring,” katanya lagi.Aura menjegilkan matanya. Aish…susah betul berkawan dengan geng Aqua ni..


“Apalah Abby tu cakap?”

“Dia cakap saya tak layak untuk dia, tak layak pun suka dengan dia…dia kata, lebih bagus kalau saya bawa hantu The Ring berkawan. Sedangkan bukan saya yang suka dia..” kata Fiona.

“Memanglah…tapi kau yang ada didepan dia, dan surat tu pula datangnya dari kau mestilah dia fikir kau yang nakkan dia,” kedengaran keluhan dari Fiona.

“Tapi tak baik juga kan dia cakap kau macam…adik kau sekolah sini?” tanya Aura.Fiona menggeleng.

“Macam mana dia boleh suka lelaki tu kalau dia tak sekolah sini?”

“Sebab dia tu terkenal..semua orang nakkan dia pokoknya semua perempuan dalam dunia ni nakkan dia,”

“Jadi kau pun nakkan dialah ni?” duga Aura.Serta-merta wajah Fiona merona merah,seperti terbakar.

“Ma..maa..mana ada..saya tak suka dia pun,” tergagap-gagap Fiona menjawab.Aura tersenyum.

“Jangan nak sembunyi…kau sukakan dia kan?” sengaja Aura mengusik.Nampak sangat di wajah Fiona yang dia menyimpan perasaan terhadap Abby,kalau tidak kenapa dia sampai boleh jatuh tersungkur?

“Mana ada!Kenapa saya nak suka dengan orang yang adik saya suka!” bentak Fiona tiba-tiba.Dia lantas bangkit dan meninggalkan Aura dalam keadaan terpinga-pinga.



*****

“Siap!” kata Dave sambil menepuk tangan atas kejayaann

ya menyiapkan doh pasta.Lega rasanya,selepas 5 percubaan barulah dia berjaya menyiapkan satu doh dengan sempurna. Aqua yang ada ditepinya tersenyum, tumpang gembira.D ave memandang Aqua, hidung mancung itu dicuit. Hidung Aqua berbekas dengan tepung.


“Thank you,” ucap Dave,s emakin lebar senyuman Aqua.


“So,bila kita nak mula latihan?” soal Dave.Serta-merta bibir Aqua hilang seri.Oh..ya,semua ni dia buat untuk Cherry. Aqua tersenyum,paksa. Sisa tepung dihidung dikesat dengan belakang tapak tangan.


“Okey..memandangkan kau dah berjaya buat satu doh dengan sempurna,saya bagi kau tipsnya,” kata Aqua.Lengan Dave ditarik, mereka keluar dari dapur itu dan duduk di sudut restaurant bersebelahan dengan pintu keluar. Kerusi untuk Dave ditarik. Dave duduk. Aqua pun melabuhkan punggung dihadapannya.


“Sebelum itu..saya nak tanya,”

“Tanyalah,” Dave menjawab.

“Sebelum ini, pernah kau cakap dengan Cherry yang kau cintakan dia?” Dave memandang tepat mata Aqua dan perlahan-lahan menggeleng.


“Tapi kau cintakan dia?” Dave menganggguk.Dia akui dia memang cintakan Cherry,tapi entah kenapa lidahnya kelu untuk mengucapakan 3 ayat itu. Ia terlalu sukar baginya.Atau mungkinkah sejarah silam Dave masih menghantuinya?


“Why? Kau tahu dengan ayat itu kau boleh bersama-sama dengannya sampai bila-bila. Cherry takkan tahu selagi kau tak luahkan cinta kau terhadap dia,”


“Aura..macam mana aku nak cakap. Aku tak dapat..aku tak boleh! Aku memang nak cakap,tapi setiap kali aku nak cakap lidah aku kelu,” akui Dave. Aqua mengeluh..hanya ego yang menggunung macam kau tak boleh luahkan ayat tu!


“Okey beginilah..berdiri,” Aqua bangkit sambil mengacah tangannya menyuruh Dave ikut berdiri. Dave dengan sendirinya bangkit. Aqua mendekati Dave,hanya sejengkal saja tubuh mereka akan bercantum. Aqua mendongak ke atas, memandang wajah Dave.


“Bayangkan saya ni Cherry, orang yang paling kau sayang, orang yang kau rindu saban hari.Bayangkan Cherry sedang berdiri dihadapan kau,menunggu ayat itu keluar dari bibir kau.Menunggu dengan penuh harapan.Cuba Dave.Saya Cherry..” Aqua mengucap sambil memandang tepat ke anak mata Dave.Buat seketika,keadaan menjadi sunyi,Dave merenung mata Aqua,sedalam-dalamnya.Kisah silam yang selama ini menghantuinya dilontar jauh-jauh.


“Aku…” anak tekak Dave naik turun menelan liur.Aqua masih menunggu.


“I lo..i love you.I want you back..aku nak kita macam dulu.Aku rindukan kita yang dulu.Balik sama-sama,sambil pegang tangan…” tangan kiri Aqua dipaut dan dibawa ke paras dada.Buat seketika, Aqua seakan hilang arah,terasa seperti ayat itu ditujukan khas buatnya. Dadanya sudah mula berombak.


“Aku rindu kau sangat-sangat..aku tahu bukan senang kau nak terima aku balik.Tapi percayalah hanya kau yang aku mahu,takda orang lain dalam hati aku,kecuali kau..” bertambah hebatlah goncangan didada Aqua.Matanya berlaga dengan mata Dave,itu yang membuatkan dia terharu.Apa yang membuatkan dia terharu pun dia tidak tahu,dia seakan terlupa tujuan dia berdiri di hadapan Dave.Perlahan-lahan pinggang Aqua dipaut dan dirapatkan ke badannya.Dave menunduk mendekatkan wajahnya ke wajah Aqua,Aqua pula seperti tidak mahu berganjak.Otaknya kosong,blank!Wajah Dave semakin menghampiri wajahnya dan dengan sendirinya dia menutup mata.

Pak!Dahi Aqua dijentik kuat.Boleh dengar tulangnya bertembung dengan jari hantu Dave.Serentak pelukan dilepaskan,Aqua terus memegang davinya yang sudah bertanda merah.

“Apa kau buat?” soal Dave.Aqua terpinga.Sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu dengan apa yang bru saja berlaku.Ianya berlaku dengan pantas sehingga dia tidak sempat untuk menganalisis keadaan itu.Aduh Aqua..kau bikin malu saya saja!Aqua tersengih.Sebenarnya menutup malu.

Kan..kau boleh juga.Siapa cakap kau tak dapat,” Aqua tiba-tiba mengubah topik.Dadanya masih berkocak hebat tapi sedaya-upaya disembunyikan.Dave tersenyum.

“Semua atas pertolongan kau,kawan..sebab kau aku boleh luahkan ayat tu.Aku rasa..aku betul-betul lega,” Dave menghembus nafas lega.

“Nah..cuba kalau kau ketepikan ego kau tu sikit,mungkin sekarang kamu masih lagi bersama,” Aqua mengingatkan Dave.Dave ketawa kecil.Kedua-dua bahu Aqua dipegang.

“Thank you,” ucap Dave.Ikhlas.Aqua hanya tersenyum.Aqua,you did it.Cuma jangan lupa tujuan sebenar kau,kau tak tahu sampai bila kau boleh tinggal dalam tubuh tu.Apa yang kau perlu ingat,bukan selama-lamanya kau boleh berdiam dalam tubuh tu.Aqua seakan memberi amaran dan peringatan kepada dirinya sendiri.Dia tersenyum nipis.

*****

“Aku tak puas hati!” bam!meja dihentak,kerusi terbalik ke belakang.Penghuni bilik persatuan itu terkejut,nasib baik jarum pengait tidak mencucuk tangan. Fikiran Aura betul-betul terganggu disebabkan peristiwa kemarin. Apa yang dia tidak puas hati pun dia tidak tahu.

“Aqua..” kata Alina.Cermin mata yang hampir jatuh ditolak ke atas batang hidung.Aura memandang Fiona yang sedang duduk termenung dijendela.Hanya dia seorang saja yang tidak terkjut dengan hentakan meja itu.

“Apa yang kau tak puas hati?” soal Jedah.

“Fiona!” panggil Aura.Tapi Fiona langsung tidak berpaling.

“Fiona!!” panggilnya seakan menjerit.Fiona yang terkejut hampir terjatuh dari kerusi.Dia terus berdiri tegak memandang kearah Aura dengan muka blur. Tujuh orang ahli memerhati Aura,pelik.

“Apa dia?” tanya Fiona.

“Aku akan buat kau cantik,biar diorang terbeliak tengok kau!”

“Huh?” serentak lapan gadis itu bertanya.Kening mereka semua berkerut.

“Apa kau cakap ni?” kata Fiona seakan tidak percaya dengan apa yang baru saja kawan mereka suarakan.Yang lain ikut mengangguk.Sejak bila kawan diorang tu boleh mencantikkan orang?

“You heard me!” kata Aura dan terus keluar dari bilik itu.Mereka semua tergamam,tidak boleh bersuara lagi.Sebaik pintu ditutup dari luar,Aura segera mendail nombor uncle Beck.

“Cik Muda?!Cik Muda tak apa-apa?Cik Muda tak cedera???” belum sempat Aura menyebut hello,uncle Beck sudah menyerangnya dengan soalan.Maklumlah sudah beberapa hari mereka jarang bersama,puan Narisa yang bercuti semata-mata ingin berjumpa dengan anaknya pun langsung tidak berpeluang bersama-samanya.

“Aku okey..mungkin malam ini aku akan balik terus..uncle dah tahukan yang Kate dah balik ke Sabah,”


“Baguslah kalau Cik Muda tak apa-apa..nanti uncle khabarkan pada puan Narisa.Ibu Cik Muda sudah beberapa hari tiada selera makan..puan ingin sangat meluangkan masa dengan Cik Muda,” kata uncle Beck,seperti tidak kisah dengan berita tentang Kate.


“Eya,uncle.Cakap dengan mama,Aqua pun rindukan mama juga…” sengaja Aura menyebut nama Aqua,untuk mewakili Aqua yang sedang rindukan ibunya.

“Nanti uncle sampaikan,”

“Uncle..aku nak minta tolong sikit,”

“Apa dia?”

“Tolong bawakan aku alat solek sebanyak yang mungkin,hari ini.Di sekolah,” kata Aura.Uncle Beck yang ada dihujung talian mengerutkan kening.Sejak bila Cik Mudanya itu sukakan alat solek?

“Untuk apa Cik Muda?”

“Nanti uncle akan tahu juga..kalau boleh bawakan dress seberapa banyak yang boleh.Bolehkan uncle?”

“Em..boleh.Nanti uncle sampaikan pada Puan Narisa,”

“Okey…kita jumpa di sekolah.” Selesai perbualan,talian segera dimatikan.Dia kembali masuk ke bilik persatuan.

Gedebuk!!Tujuh tubuh serentak rebah atas lantai sebaik pintu terkuak.Sedari tadi mereka memasang telinga disebalik pintu.Aura tersenyum memandang mereka.

“Aku..” tangan kanan naik ke dada kiri. “Aqua,akan jadikan kamu daripada itik hodoh kepada Swan,” katanya.Mereka mengerut kening lagi.Kemudian mereka tergelak serentak.


“Aqua,Aqua..macam mana kau nak jadikan kami Swan?jangan nak mimpilah Aqua!” Tracy tidak percaya yang Aura mampu lakukan itu.Dia ada bakat yang satu orang pun tidak tahu termasuk keluarganya.Walaupun dia yang selalu menggunting rambut Puan Newlina dan Encik Zurdi.Apa yang mereka nampak itu hanya 1 peratus dari kebolehannya.Dan sekarang…tiba masanya untuk dia membuktikan bakatnya.


“Kamu belum kenal siapa aku..aku ada banyak rahsia sebenarnya.Malam ini,kamu akan lahir sebagai ‘Swan’,” tawa mereka terus redah.Mereka sama-sama berdiri.

“Aqua..kau seriuskah?”

“Tunggu dan lihat!” jawab Aura.Mereka semua berpandangan,tidak tahu dan juga tidak percaya.Betulkah kawan diorang yang satu ini BOLEH buat semua tu sedangkan pegang Make-up pun dia tidak pernah.Bukan Aqua saja,semua penghuni kelab itu juga TIDAK pernah sentuh make-up!


*******************************************

Psst~~

Sorry guys..skg ni saya sibuk sgt2..sy tau ada yg penat menunggu n3 dr saya, tp sy sgt sibuk..ada xm lg nti..so skg sgt susah nak menaip, sy hny ble on9 ja, tak da masa nk spare utk menaip..sgt2 minta maaf..apa2 pn, enjoy~~ kalau ada apa2 yg kamu nak tanya, tny aja…

Enjoy new n3 of H2O…

Salam sayang ^.^ OkiE aka WitcH

4 comments:

  1. nk tau crita ni lebih lnjut sma ada si fiona dpat atau x jd cntik... smbung la.. nk tau mcm ne reaksi abby 2...

    ReplyDelete
  2. name kite lily..

    okie..smbg plis..addicted to your h2o

    ReplyDelete
  3. wow...
    aqua nk tunjuk bakat tpendam nie...
    nti ader lak y tergugat ngn bbdk kelab menjahit nie...
    hihihi...

    ReplyDelete
  4. haha ;D
    smbung lg okie
    bestla!
    x sabar nk tau bla diorang jd swan ;)

    ReplyDelete

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.