Followers

Quick Survey

Hello reader2 sekalian,
sini saya nak buat sikit survey, nanti saya sediakan poll untuk genre mana yang korang nak saya tulis dan saya upload dalam blog. Saya taknaklah blog ni senyap ja :)
Please take your time sebab saya pun akan ambil masa saya juga untuk tulis apa yang korang nak. Enjoy voting :)

14 August, 2010

Petal 6 : Calling Out


Petal 6 : Calling Out


“Tuan Haritz, jangan paksa diri lagi Tuan,” kata Butler Hong, wajahnya jelas menunjukkan kerisauan. Melihat tuannya yang bertungkus-lumus berkerja sehingga subuh membuatkannya risau.


“Tak apa Hong, kamu baliklah dulu,” kata Tuan Haritz pula tanpa memandang Butler Hong, tangannya pantas membelek fail-rail yang bertimbun atas meja.


“Tuan, sekarang sudah 3 pagi. Apa kata Tuan tidur dulu esok baru datang lagi?” Butler Hong memberi cadangan.


“Tak..kerja ni mesti disiapkan hari ini juga. Hong baliklah dulu. Jam 5 nanti datang ambil saya di sini,”


“Tuan…kalau macam itu, saya akan tunggu di sini sehingga Tuan selesai,” kata Butler Hong nekad. Dia menghampiri meja kerja Tuan Haritz dan berdiri di sisinya. Tuan Haritz tersenyum. Sudah puluhan tahun Butler Hong berkerja di bawah Tuan Haritz, tidak pernah terlintas di fikirannya yang Butler Hong akan setia dengannya sehinggga hari ini.


Tuan Haritz mengalihkan pandangannya kea rah satu frame gambar yang terletak di depannya. Frame itu dicapai. Seorang gadis yang putih dengan mata yang bulat tersenyum dihadapannya. Helle..kenapa kau pergi dengan cepat sekali?


“Tuan rindukan Regina,kan?” tiba-tiba Butler Hong bersuara. Tuan Haritz tersenyum lagi. Frame itu diletak semula di tempatnya.


“Saya memang rindu,Hong. Tapi saya tak boleh pergi sana. Itu perjanjian kami,” jawab Tuan Haritz.


“Tapi Tuan boleh sembunyi-sembunyi tengok Regina,kan?” kata Butler Hong. Tuan Haritz segera berpaling kea rah butlernya.


“Ya kan..macam mana saya tak terfikir benda tu. Hong, kita balik sekarang. Saya nak tidur dan kita jumpa Mejina. Jom!” Tuan Haritz segera berdiri dan mencapai kotnya di penyangkut baju. Kot segera di sarungkan ke tubuh dan mereka sama-sama beredar keluar dari pejabat.

*****

3.33 am

Kedengaran esakkan seorang gadi. Bulan yang terang itu menampakkan seorang gadis sedang duduk di bahu jalan sambil memeluk erat lututnya. Muka disembamkan di antara lututnya. Sebuah bagasi besar berada di sampingnya. Kiranya sebagai peneman.


“Papa…Gina nak balik!” rintih Regina dengan tangisan. Dia sudah tidak tahu ke mana lagi dia harus pergi. Dia mahu keluar dari kampung itu tapi di tidak temui jalan sebaliknya tersesat. Sekarang dia tidak tahu di mana dia berada.


Angin yang tadinya bertiup lembut tiba-tiba saja menganas. Daun-duan kering berterbangan atas udara seperti sebuah peting beliung kecil. Regina tersentak lalu mengangkat kepala. Angin kencang itu meniup kasar rambutnya yang terurai. Dia lantas berdiri dan memandang sekeliling. Daun-daun kering itu bertiup mengelilinginya. Regina menelan liur.


“Papa…” Regina mulai ketakutan. Air matanya menitis lagi.

“Apa semua ni???” jerit Regina lantas terduduk di tengah-tengah pusaran angin sambil menutup kepalanya. Sepanjang hidupnya, dia tidak eprnah mengalami situasi seperti itu. Ia bagaikan mimpi dan semua itu tidak masuk akal.

“Mejina…” tiba-tiba kedengaran satu suara lembut memanggilnya. Perlahan-lahan Regina mengangkat kepala dan mencari-cari pemilik suar atersebut. Tapi tiada seorang pun yang ada di sana.

“Siapa?” soal Regina.

“Mejina..papa hantar kau ke Kampung Sinibulan ada maksudnya sendiri, Mejina jangan hampakan papa, sayang..” Ujar suara itu lembut.

“Kamu siapa? Macam mana kamu tahu nama aku?”

“Itu tidak penting, sayang..yang penting Mejina perlu tahu betapa sayangnya papa dan mama pada Mejina. Jangan hampakan papa. Papa ada sebabnya sendiri kenapa dia menghantar Mejina di sini…”Kata suara itu lagi.

“Tapi..aku takut..aku tak kenal siapa-siapa di sini, aku tak tahu tempat ni..aku sesat!” jawab Regina.

“Jangan takut sayang, saya akan sentiasa berada di sini Mejina. Mejina mesti kuat, Mejina ada misi yang perlu Mejina laksanakan. Banyak benda yang Mejina perlu tahu, sebab hanya Mejina yang boleh selamatkan papa..saya akan datang lagi, sayang. Selamat tinggal!”


“Tunggu!Jangan pergi dulu!!” jeritnya, namun pusaran angin yang terbentuk perlahan-lahan meredah dan daun-daun kering berterbangan halus di udara dan akhirnya satu-persatu mendarat.


“Tunggu!!” Regina terbangun, kepalanya lantas terangkat. Duan-duan yang bertaburan atas tanah sudah tiada, angin masih sama bertiup lembut. Menyedari kejadian tadi sekadar mimpi dia mengeluh.

“Mimpi rupanya, tapi kenapa aku rasa itu bukan mimpi?” Regina membuat andaianya sendiri. Regian mengusap-usap tubunnya yang sudah kesejukan. Walupaun sudah memakai sweeter. Dia lantas berdiri. Aku perlu cari jalan keluar sekarang juga.


Regina sudah mengorak langkah, setelah jauh lagi berjalan barulah di ternampak rumah-rumah teres yang berbaris di sepanjang jalan. Nasib baik ada kemudahan lampu jalan, kalau tidak sudah pasti Regina tidak boleh meneruskan perjalanannya.


“Cik Muda?” tiba-tiba satu suara garau menyapanya dari belakang. Regina tersentak. Butler Hong?! Dia pantas menoleh. Dengan penuh harap agar tekaannya itu betul, namun sangkaannya meleset, itu bukan Butler Hong. Dia mengeluh kecil. Seorang lelaki yang agak sebaya dengan Butler Hong sedang menghampirinya sambil membawa sebuah basikal. Regina terundur sedikit. Pengalaman pertamanya membutkan dia takut.


“Jangan takut nak, pak cik takkn buat apa-apa,” kata lelaki tua itu. Regina masih ragu-ragu.

“Cik nak ke mana ni? Sudah lewat malam,” katanya pula.

“Aku..aku sesat..” jawab Regina pula.

“Sesat? Cik ni bukan orang sini?” Regina menggeleng.

“Kalau begitu..cik ikutlah pak cik dulu, esok baru cik ceritakan pada pak cik. Kawasan sini tak selamat, kadang-kadang ada binatang buas. Jadi kalau cik rasa cik boleh percaya pak cik, cik boleh ikut,” katanya pula. Macam mana aku tak ikut dia kalau dia dah cakap ada binatang buas?


“Tapi aku takut…”

“Jangan takut, pak cik pun ada anak perempuan. Marilah, rumah pak cik dekat saja,” katanya lalu berjalan membawa basikalnya. Perlahan-lahan Regina membuntuti lelaki tua itu.

“Nama kamu siapa?” soal lelaki tua itu.

“Em..panggil saja Jina,”

“Kalau begitu, panggil saja pakcik, pakcik Billion,” balasnya pula. Serta-merta Regian tersedang mendengar nama lelaki tua itu. Billion, kampung betul! Pakcik Billion turut tergelak. Dia tahu namanya memang kedengaran lucu.


“Nama pakcik memang lucu,kan? Tapi itulah yang ibubapa pakcik bagi. Nama yang pelik dan orang akan sentiasa mengingati nama pakcik,” katanya. Regina terdiam. Dia teringat akan namanya sendiri. Dia langsung tidak sukakan namanya itu, Mejina? Kampung dan pelik! Tapi, pakcik itu walaupun namanya pelik dia tetap suka. Kenapa aku tak suka nama aku sendiri?

*****

Puan Kastina menyelak daun pintu Kyle yang tidak berkunci. Kelihatan Kyle begitu nenyak sekali. Langsung tidak berasa apa-apa. Berlainan dengannya, sejak sepeninggalan Regina, dia langsung tidak boleh melelapkan mata. Tambahan pula Regina baru saja menjejakkan kaki di kampung itu sudah tentunya dia tidak tahu di perlu ke mana. Lagi pun tempat ni besar dan bahaya. Pernah sekali dua orang lelaki cedera akibat di terkam binatang buas yang besar. Besarnya tidak diketahui, tapi menurut cerita mangsa, tubuh binatang itu memang besar dan bulunya lebat, matanya bersinar, taringnya pula ada empat, dua di atas dan dua lagi dibawah. Nasib baik tumpuan binatang baus itu di ganggu saat ingin memakan mangsa-mangsanya.


“Nenyak betul Kyle tidur, dia tak risaukan Mejinakah?” soalnya sendiri lalu menutup rapat pintu bilik Kyle. Kemdian dia menuju pula ke meja makan, dia duduk. Cawan yang berisi tea itu diangkat lalu diconcang perlahan. Dia tidak boleh lelapkan mata, jadi hanya tea sajalah penemannya.


“Maafkan aku Helle….” Kata Puan kastina penuh kesal. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk menjaga saat Tuan Haritz menemuinya meminta tolong. Tapi disebabkan sikap tegasnya dan sikap keras kepala Regina, dia melanggar janjinya sendiri.

“Mejina, kamu di mana…” soalnya sendiri.


*****


Keadaan rumah yang sunyi itu bertambah sunyi lagi apabila pakcik Billion memberitahu isteri dan anaknya. Regina hanya tunduk memandang meja kecil.


“Mama..cakaplah sesuatu,” kata pakcik Billion. Wanita itu sekadar memandang Regina. Tiba-tiba, seorang anak gadis datang membawa dulang berisi air sejuk dan tea. Dulang itu diletakkan atas meja dengan penuh cermat. Gadis itu hanya berpakaian pajama, rambutnya pendek paras leher dan berkaca mata bulat berbingkai tebal. Kemudian gadis itu duduk pula di sini ibunya.


“Minumlah, kamu mesti haus,” kata gadis itu. Regina sekadar mengangguk lalu mencapai gelas berisi air dan meneguknya sekali. Tetakknya sudah kering akibat berjalan terlalu lama.


“Berapa lama dia nak tinggal sini?” soal wanita itu dingin. Pak cik itu dan gadis tersebut tersentak.


“Ma?”


“Tak apalah..terima kasih untuk air ini. Saya pergi dulu,” kata Regina seakan terasa hati. Bagasinya yang terletak berdekatan tangga dihampiri. Pakcik dan gadis itu mendapakannya.


“Tapi, diluar tu gelap dan bahaya. Tak baik keluar lagi, memandangkan kau dah masuk tidurlah sekali. Esok baru kita bincang lagi,” kata gadis itu sambil mengambil pemegang bagasi dari tangan Regina.


“Ma, dia akan menginap di sini. Dia akan tidur sebilik dengan saya,” kata gadis itu lagi, nekad.


“Eya, lagipun dia bukan lama di sini, esok bolehlah kita hantar dia balik,” kata pak cik itu. Wanita itu bangkit.


“Baguslah kalau macam tu,” jawabnya. Gadis itu tersenyum.


“Jom, kita masuk ke bilik,” tangan Regina pantas di paut sebelum sempat dia berterima kasih. Mereka sudah menaiki tangga. Sebaik saja pintu kedengaran ditutup, pak cik itu memandang isterinya.


“Kenapa tanya macam tu, kecil hati dia,” kata pakcik Billion.


“Ah!papa ni..baru saja jumpa dah jaga hati dia. Mana tau dia ada niat tak baik pada kita, papa yang susah,” kata wanita itu lantas meniggalkan suaminya. Pakcik Billion hanya boleh menggelengkan kepala, sikap prajudis isterinya itu tidak pernah berubah.


“Nama saya Ezra, nama kamu?” soal gadis itu sambil memperkenalkan dirinya Ezra. Nama yang singkat dan senang untuk diingati.


“Saya..panggil saja Jina,” jawab Regina sambil matanya meliar di setiap sudut. Melihat bilik yang penuh dengan poster-poster komik sudah menyimpulkan gadis itu sorang penggemar komik. Rak-raknya pual dipenuhi dengan buku-buku komik daripada pelukis Jepun.


“Kamu umur berapa?” soal Regina pula.


“19 tahun. Kamu?”


“Em..26,” ternganga mulut Ezra mendengar angka itu. 26, tapi nampak macam pelajar!


“Jadi saya patut panggil Jina kakaklah ni,kan?” kata Ezra pula.


“Suka hatilah,” kata Regina. Banyak tanya pula, tau nama sudahlah.


“Nasib baik esok cuti, bolehlah kita berbual panjang esok,” kata Ezra pula. Regina hanya tersenyum. Terpaksa. Ezra bangkit lalu mengambil dua buah selimut dan sebiji bantal dari almari. Selimut yang tebal itu di buka atas lantai bersebelahan dengan katilnya. Regina sekadar memerhati.


“Tidurlah,” kata Ezra sambil meletakkan selimut lagi satu dan juga bantal. Wajah Regina sudah berkerut.


“Atas lantai…” katanya sambil memandang katil milik Ezra yang sangat-sangat empuk. Ezra memandang belakang dengan ekor mata, dia seakan faham apa yang bermain di kepala Regina.


“Good night!” ucap Regina sambil menarik selimut hingga ke paras dada. Ezra yang ada di bawah tersenyum dan membalas ucapan itu. Kemudian tangannya naik ke meja kecil untuk memadam lampu kecil.


***************************************************


ps: lamanya tak post WR, apa lg H2O..so ini dia WR..selamat membaca!

No comments:

Post a Comment

Komen anda amat bermakna..terima kasih(^o^)

Total Pageviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hak Cipta Mutlak @ OkiE a.k.a WitcH 2011

Perhatian! Jalan cerita atau watak-watak didalam Enovel ini hanyalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal. Saya harap, pembaca-pembaca blog ini dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima Kasih <3

Adalah dinyatakan bahawa semua yang ada dalam blog
SoulMate http://bluevioletsky.blogspot.com adalah hak milik Okie a.k.a WitcH.Ia sama sekali tidak dibenarkan untuk digunapakai oleh sesiapa.Apa-apa tindakkan yang melibatkan peng'copy'an ataupun mautturun haruslah mempunyai kebenaran daripada penulis blog ini.